Sunday, September 29, 2013

PRU 14: Nasib UMNO Bergantung Kepada PAS

Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, “macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?...” Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, “semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR...”

Saya kemudianya dimaklumkan tentang perkara ini dan berpendapat bahawa sebenarnya inilah satu-satunya harapan untuk UMNO/BN untuk survive di dalam PRU akan datang. PAS mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR! Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Istilah kopiah putih bagi saya dimaksudkan jenis ahli PAS yang lurus bendul; inginkankan kemurnian dalam erti-kata tidak mahu bersama dengan yang ‘kurang atau diragui kejernihan fahaman Islamnya’. Mereka golongan ‘puritans’ atau ‘bersih dan jernih’ yang mudah diperalatkan UMNO dengan dipersoalkan hubungan PAS dengan DAP atau PKR. Mereka tidak semestinya ustaz tetapi adalah golongan yang berfikiran ‘simplistik’ dan tidak menjiwai konsep “PAS for all” serta Tahalluf Siyaasi dengan PR.
Pandangan pemimpin UMNO tersebut bahawa nasib UMNO/BN semasa PRU ke 14 adalah bergantung kepada PAS tidak menghairankan. Populariti UMNO/BN semakin merosot dan tidak ramai lagi pengundi yang mempunyai ‘mentaliti zaman Jepun’. PR pula merupakan kerajaan gabungan atau pakatan yang mampu menggantikan BN.

Tiba-tiba dalam keadaan UMNO/BN begitu terdesak, ada terdengar pula ada yang ingin bawa PAS keluar PR?! Setelah PR mencapai kejayaan demi kejayaan! Setelah UMNO semakin tertekan dan PR, termasuk PAS, semakin kukuh. Pelik bin Ajaib.

Ada orang muda yang berkata, “kemenangan PAS melalui PR tidak bermakna! Bukan PAS yang dominan!” Hujjah totok UMNO untuk menjejaskan PAS dan PR. Tidakkah kamu telah Allah kurniakan mata untuk melihat dan otak untuk berfikir? Lihatlah Selangor! Dulu PAS hanya 8 kerusi, sekarang 15! Apa pengajarannya?

Pengajarannya wahai orang muda, ialah, bawah PR, ruang untuk PAS bergerak jauh lebih luas sehingga boleh mengukuhkan kedudukannya, PRU demi PRU! Kebebasan dan ruang bergerak inilah yang kita inginkan dan perjuangkan terlebih dahulu. Sedangkan UMNO/BN tidak akan berikan kebebasan dan ruang tersebut kepada kita!

Dan kita perlu faham, apa-apa kedudukan sekalipun yang tercapai melalui mana-mana PRU boleh berubah setiap kali diadakan PRU. Oleh itu apa yang kita bermula dengannya tidak semestinya kekal buat selama-lamanya. 2008 hanya 5 kerusi, 2013 menjadi 15.

Mereka yang mengeluh ini bagaikan orang yang inginkan nasi tanpa ingin menghasilkan beras, atau inginkan kek tanpa ingin membancuh telur dengan tepung. Yang diinginkan adalah satu natijah tanpa diikuti proses ke arahnya. Sedangkan apa yang dianjurkan oleh mereka sendiri tidak menghasilkan apa yang mereka kata mereka inginkan! Dengan keluar dari PR, adakah tercapai dominasi PAS? Kalau tidak maka alasan untuk keluar PR kerana tiadanya dominasi PAS adalah alasan semata-mata! Dan sudah pasti, apabila PAS keluar PR, sepertimana yang diinginkan mereka, yang menjadi dominan adalah UMNO/BN dan bukan PAS!

Sememangnya sekarang ini tiada mana-mana satu parti yang boleh memerintah Malaysia. UMNO pun tidak boleh dengan memenangi hanya 88 kerusi Parlimen! Maka sekiranya UMNO sendiri tidak mampu memerintah Malaysia bersendirian, adakah PAS mampu? Atau PAS tidak berminat?! Adakah PAS hanya berminat untuk terus berlegar di luar kerajaan Pusat, menjadi ‘pembangkang kuat’?

Zaman PAS berfikiran sebagai ‘pembangkang kuat’ sudah lama berakhir. Kewajipan PAS sekarang ialah untuk bersama memenuhi kehendak dan desakan rakyat, menggantikan UMNO/BN sebagai kerajaan di peringkat Pusat dan membebaskan, melaluinya, rakyat Malaysia dari terus dicengkam UMNO! Inilah cabarannya! Cabaran inilah yang ingin digalas oleh pimpinan PAS dengan pembentukan HAK, APU, BA dan seterusnya PR!

Hairan anak Pelik cucu Ajaib! Ada pula dalam PAS yang tidak pentingkan kuasa politik? Maka masuk parti politik buat apa? Sudah pasti kuasa itu bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bergantung kepada siapa yang berkuasa.

Jawapan pemimpin UMNO/BN berkenaan, yang disampaikan kepada saya oleh adik saya, meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya. Usaha untuk menyokong golongan ‘kopiah putih’ sudah pasti sedang dijalankan UMNO. Sudah pasti SB sudah ramai ‘membantu’ dengan menghasut dan memuji. Duit mungkin sedang mengalir, “sumbangan ikhlas demi Melayu dan Islam”, kata mereka. ‘Suasana’ mungkin sedang ‘dicorak’.

Tidak mustahil fitnah terhadap TGHH yang menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang lemah, perlukan pertolongan, dikuasai golongan tertentu; sepertimana juga soal Syiah, Liberal Islam, Ulama’ dicemuh dan sebagainya; semua ini perancangan dari pihak tertentu untuk menghasilkan perpecahan yang akan menatijahkan keluarnya PAS dari PR. Dan dengan itu, selamatlah UMNO/BN.

Apabila pemimpin UMNO berbicara mengenai apa yang sedang berlaku dalam PAS, sudah pasti UMNO sedang berperanan. Semoga pemimpin dan ahli PAS sedar akan perancangan ini dan matang serta bijak.

Kukuhkan Pakatan Rakyat dan teruskan perjuangan!

WaLlahu 'Alam
Khalid Samad

Anak Siapa Beli Bungalow RM 7,242,555.07 nie?



Dikala rakyat semakin ekonomi terhimpit dengan kanaikkan harga barang keperluan dan dikala usahawan mula terkesan dengan kadar nilai matawang yang menjunam, terdedah lagi bagaimana anak seorang pemimpin negara berbelanja mewah..

Gambar diatas ialah bungalow yang dikatakan bernilai RM 7,242,555.07 didakwa sebagai telah dibeli oleh seorang anak kepada seorang pemimpin negara.

Menurut NGO tersebut oleh kerana individu yang membeli rumah tersebut adalah seorang Bumiputera diskaun RM500,9444.08 atau 7% telah diberikan.

NGO yang membuat pendedahan mengenainya mempersoalkan kemampuan anak pemimpin tersebut untuk memilikinya.

Kerana menurut mereka sememangnya ianya amat meragukan bagaimana anak pemimpin itu yang jelas begitu muda dan dikatakan menjalankan perniagaan mampu memiliki rumah tersebut.

Adakah kerana kelulusan pinjaman yang diberikan berdasarkan keupayaan anak pemimpin tersebut membayar kembali pinjaman atau pinjaman diberikan kerana bapanya seorang Menteri?

Oleh itu mereka mendesak agar penjelasan diberikan oleh pihak yang terbabit..

Siapa Menteri itu, siapa pula anaknya dan dokumen-dokumen bukti pembelian sila lihat di SINI

Tanda Putera rugi RM3.77 Juta.. Pengarahnya nak salahkan siapa pula?



Semasa filemnya mula ditayangkan dan tidak mendapat sambutan dulu.. pengarahnya salahkan Kerajaan kerana telah menangguhkan tayangannya sebanyak tiga kali..

... Tindakan kerajaan menunda tayangan filem Tanda Putera sebanyak tiga kali menyebabkan pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba rasa seperti didiskriminasi oleh kerajaan Malaysia.

Shuhaimi berkata, penerbitannya hilang momentum sejak tahun lalu lagi dan kesannya dapat dilihat daripada sudut pasukan pemasaran yang hilang fokus.

"Mustahil bagi kami untuk mengembalikan momentum itu meskipun Finas berusaha membantu dengan memberikan peruntukan promosi namun masanya terlalu singkat bagi melihat kesannya dan kita hanya melakukan apa yang termampu,” katanya kepada The Malaysian Insider

Kemudian dia kata “Kenyataannya kami menjangkakan filem ini kurang mendapat sambutan dan kutipannya pula tidak mungkin akan pecah panggung. Tetapi kami tetap meneruskannya kerana ia wajar dilakukan,"

Dalam masa yang sama dia salahkan filem lain yang turut ditayang serentak dengan filem itu yang menurutnya memberi saingan yang besar kepada filemnya..

Sekarang filem Tanda Putera dilaporkan rugi RM3.77 Juta.. siapa pulak yang nak disalahkannya..

Tanda Putera rugi RM3.77j 

Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama. 'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.

'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.

Filem tersebut tetap mengalami kerugian walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti.

Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas.

Menurut laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan kutipan RM570,000 ~ Malaysiakini

Yang ruginya ialah rakyat dalam hal ini.. sebab RM4.8 Juta itu datangnya dari cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat..

Pengarahnya sendiri dah kaut masuk poket banyak mana entahlah...

Syarikat Tembakau Dedahkan Sebab Harga Rokok Akan Dinaikkan Esok...


Syarikat tembakau, British American Tobacco (BAT) Malaysia mendakwa kenaikan harga rokok sehingga RM10.50 bermula esok tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan eksais tembakau sehingga 14 peratus.

BAT dalam satu kenyataan media mendakwa, kenaikan harga rokok bermula 30 September 2013 itu juga tidak dapat dielakkan disebabkan kemerosotan jualan yang dialami syarikat tembakau berikutan lambakan rokok seludup di negara ini.

“Kami telah beroperasi pada kecekapan kos yang optimum dan peningkatan jumlah eksport dengan meluaskan kontrak pembuatan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengekalkan pulangan kepada pelabur.

“Langkah-langkah ini bagaimanapun sukar mengatasi kerugian akibat kewujudan rokok haram. Oleh itu kami tiada pilihan tetapi melakukan peningkatan harga,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam kenyataan sama hari ini.

Clini dalam pada itu mendakwa pihaknya kecewa dan terperanjat dengan kenaikan eksais tembakau melebihi kadar 14 peratus itu kerana didakwa akan menggalakkan kewujudan rokok tidak sah di negara ini sekali gus menyebabkan industri tembakau negara dikuasai sindiket penyeludupan rokok haram.

Ia kerana kenaikan harga rokok secara mengejut didakwa akan menyebabkan ramai perokok beralih kepada rokok haram yang lebih murah yang boleh didapati dengan mudah meskipun penjualan rokok seperti itu menyalahi undang-undang.

Beliau turut mendakwa kadar kerugian akibat lambakan rokok haram kira-kira RM2 bilion dan berharap kerajaan akan memperhebatkan langkah penguatkuasaan dan mengenakan peruntukkan undang-undang yang lebih tegas seperti penjara mandatori terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan rokok haram

Mynewshub.my semalam melaporkan harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula esok.


Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa akhbar utama hari ini.

Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.

Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter Stuyvesant dan Pall Mall ~ Mynewshub.my 

... Hari ini golongan perokok sudah menjadi semakin minoriti, apatah lagi dunia hari ini ditadbir oleh golongan “anti smoking facist”, maka kenaikan harga rokok tidak ramai yang peduli.

Berita mengenai rampasan rokok yang diseludup akan terus kita dengari jika kerajaan akan menaikkan lagi cukai rokok.

Rokok seludup akan terus laku setiap kali cukai terhadap rokok “halal” dinaikkan.

Sebabnya dimana ada permintaan disitu ada penawaran..

Dalam usaha untuk mengurangkan defisit negara disamping mengurangkan jumlah perokok dinegara ini..  siapakah yang sebenarnya untung setiap kali harga rokok naik?

Kerajaan atau tauke rokok seludup?

Woi..hangpa tengok ni.!!!! Mukhriz dah mula berkempen di DUN Sungai Limau...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan (3 Oktober) untuk membuat keputusan dan mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Tapi hangpa tengok... Mukhriz dah mula turun berkempen kat Sungai Limau,tup-tup dia pi buat konon-nya  Program Santai dan Minum Petang MB Kedah bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Bukit Besar. Tak percaya hangpa tengok kat BERNAMA IMAGES.

Tu la..ramai dok kata...puak UMNO Munafiqkun ni bukan boleh percaya walau sebesar zarah sekalipun...baru saja depa tunjuk baik pi ziarah Almarhum Ust Azizan_siap susah payah dia dan bapak dia Tun Mahadthir siram air mawar kat pusara Almarhum Ust Azizan time orang dok baca taklin...inilah sifat Munafiq UMNO yang terang-terang...belum apa-apa lagi dah mula nak berkempen untuk raih undi.

Mungkin Mukhriz boleh jawap sebab atas kapisiti dia sorang MB Kedah_tapi nampak sangat la orang semua baghral kalau tak faham kenapa dalam banyak-banyak tempat kat Kedah dia boleh pegi tempat yang bakal ada PRK....


YAN, 29 Sept -- MB Datuk Mukhriz  konon-nya dok menjawab soalan yang diajukan penduduk pada Program Santai dan Minum Petang MB Kedah bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Bukit Besar di sini hari ini.
Lebih 100 penduduk hadir bagi bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.
*Kalau dah depa dah boleh berkempen...apa lagi ahli PAS dan PR...tak kan dok dalam selimut lagi kot....hahaha....

UMNO Pulau Pinang perkenal kaedah baru untuk pertahan jawatan ke ni?


Menjelang pemilihan UMNO Oktober ini, Pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang dikhabarkan telah menggunakan kaedah baru bagi mengekalkan kuasa ditangan mereka dan juga kroni mereka.

Laporan dari Bernama ini cuma menyebut satu UMNO Bahagian saja yang menjadi mangsa kaedah baru itu, hakikatnya bukan satu sahaja.. tapi banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang menjadi mangsa..

Yang lain-lain tu cuma berani marah dari belakang saja.. berkumpul kat kedai kopi, lepas tu pakat kutuk dari belakang.. nak kutuk secara berhadapan takut saki baki kepentinganpun hilang..

Antaranya ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera dan juga Permatang Pauh.. yang lain-lain aku tak ingat dah..

Kaedah ini ialah mengusulkan kepada pusat untuk menggantung hak keahlian individu-individu yang cuba menentang calon-calon Ketua Bahagian yang merupakan kroni kepada seseorang.

Dengan cara itu kroni mereka akan menang mudah dan UMNO Pulau Pinang akan berada sepenuhnya dalam kawalan individu yang akan bertanding pada peringkat MT itu pula..

Tak kiralah samada individu yang digantung itu telah bersama UMNO sejak 20 tahun yang lalu atau telah bersama UMNO sejak azali lagi..

Ada khabar angin yang mengatakan individu itu akan melawan Ketua Bahagian atau apa saja jawatan yang melibatkan kepentingan kroni.. "Aku gantung hang!!.. biaq padan muka hang!"..

Alasan yang digunakan untuk penggantungan hak keahlian itu ialah kononnya mereka sabotaj UMNO semasa PRU13 yang lalu..

Itulah kaedah baru yang dikhabarkan oleh beberapa orang pemimpin UMNO yang sudah digantung...

Sebahagian anggota Umno di Pulau Pinang hari ini mahu pucuk pimpinan parti itu memberi penjelasan berhubung status keanggotaan mereka selepas menerima surat mengenai perkara itu Rabu dan Khamis lepas.

Sambil meminta perkara itu disiasat, Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed antara 21 anggota di bahagian itu yang menerima surat berkenaan, berkata surat itu menimbulkan beberapa keraguan berikutan mereka yang menghantar borang pencalonan untuk pemilihan Umno Oktober ini turut ditolak.

"Mengikut fasal 6.2.4 Perlembagaan parti, ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan untuk digantung atau dipecat tidaklah hilang hak keahliannya.

"Jadi mengikut fasal apa yang kami dikenakan tindakan seperti ini, kami mohon pihak pemimpin tertinggi Umno menyiasat perkara ini. Kami semua sayang parti sebab itu mahukan penjelasan daripada pucuk pimpinan," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Katanya 21 orang termasuk enam anggota di bahagian itu yang menghantar borang untuk bertanding pada pemilihan parti di bahagian itu hilang kelayakan untuk bertanding peringkat bahagian nanti kerana didakwa cuba mensabotaj parti dalam pilihan raya umum lepas.

"Kalau betul seperti itu mengapa surat ini hanya dikeluarkan pada 20 September dan bukan dikeluarkan sebaik pilihan raya umum berakhir pada Mei lalu.

"Tetapi surat itu juga hanya sampai kepada kami pada 25 dan 26 September iaitu selepas tamatnya tempoh 72 jam yang diberi kepada calon yang menawar diri untuk bertanding dalam pemilihan peringkat bahagian nanti," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jasmin yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Datuk Daud Taha berhubung tujuh calon yang menawar diri untuk bertanding dalam pemilihan Umno peringkat bahagian di Pulau Pinang digantung keanggotaan mereka kerana cuba mensabotaj parti pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Jasmin yang menghantar borang untuk bertanding Ketua Bahagian berkata apa yang berlaku itu seolah-olah menunjukkan wujudnya unsur sabotaj untuk menghalang mereka yang terlibat daripada bertanding.

“Dalam surat yang kami terima menyatakan keahlian kami digantung sehingga siasatan selesai tetapi yang menimbulkan keraguan Lembaga Disiplin parti belum mengeluarkan sebarang keputusan.

"Kami juga dipanggil oleh Lembaga Disiplin pada 12 September dan telah memberi keterangan. Selain itu kami juga dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin yang kami boleh bertanding," katanya. – Bernama

Kenapa aku letak gambar Datuk Musa tu... pemimpin UMNO Pulau Pinang tentu faham... macai UMNO tak akan faham punya.. maklumlah.. macai katakan.. ha..ha..ha..

Diharap PKR tidak meniru kaedah ini dalam Pemilihan yang akan datang ni..

PEMILIHAN PAS - HARAP US TUAN IBRAHIM MENANG, JIKA TIDAK ELOKLAH MAT SABU SAJA

SELAIN dari pemilihan di dalam pimpinan Umno, aku juga tertarik dengan kehangatan pemilihan pimpinan di dalam PAS iaitu parti sekutu PR yang aku sokong selama ini.  Pemilihan Umno aku cuma tertarik dengan ragam mereka berkempen untuk memenangi jawatan yang ditandingi yang kadangkala menampakkan wajah Umno yang sebenarnya.


Aku hanya mahu ulas sedikit tentang pemilihan di dalam PAS.  Tidak salah rasanya jika aku meletakkan diri aku seketika sebagai ahli PAS agar aku boleh bayangkan siapakah pemimpin PAS yang aku mahu pilih menduduki jawatan tertinggi di dalam parti Islam tersebut.

Tuan Hj Muhammad Sabu - Timbalan Presiden PAS, bakal dicabar?


Bagi jawatan Presiden, aku istiqomah dari dulu bahawa tiada yang lebih layak berada di situ melainkan Tuan Guru Hj Hadi Awang.  Walaupun ada ketikanya aku kritik pendekatan Tuan Guru Hj Hadi di dalam beberapa isu, tetapi kelemahan atau kesilapan jika ada pun pada Tuan Guru Hj Hadi sedikitpun tidak menunjukkan PAS telah tersasar dari perjuangan Islam.  Tuan Guru tetap terbaik dan PAS tidak wajar memikirkan tokoh lain bagi menggantikannya.


Ketua Penerangan PAS Pusat/Pesuruhjaya PAS Pahang-Us Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden pula, aku masih lagi istiqomah semenjak Muktamar pemilihan yang lalu iaitu aku menyokong jika Us Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding kerusi Nombor Dua ini.  Pada pemilihan yang lalu aku tidak kecewa apabila Us Tuan Ibrahim tewas di tangan Tuan Hj Mat Sabu walaupun waktu itu aku turut berkempen untuk Us Tuan Ibrahim.  Kemenangan Tuan Hj Mat Sabu sedikit mengubati perasaanku waktu itu kerana bagi aku Tuan Hj Mat Sabu memang 'power' dan ada kelebihan pada beliau yang tiada pada Us Tuan Ibrahim.  Apa yang tiada pada Tuan Hj Mat Sabu hanyalah keilmuan Islam yang mendalam seperti yang dimiliki oleh Us Tuan Ibrahim.

Us Nik Amar - Exco Kerajaan PAS Kelantan
Kali ini, jika Us Tuan Ibrahim menyahut pencalonan yang mahukan agar beliau menentang Tuan Hj Mat Sabu di Kerusi Timbalan Presiden, sekali lagi aku akan berkempen habis-habisan untuk Pesuruhjaya PAS Pahang ini.  Bagi aku, PAS perlukan Timbalan Presiden seperti Us Tuan Ibrahim yang juga seorang Ulamak tetapi tidak menyamai sifat beberapa tokoh di Dewan Ulamak.  Us Tuan Ibrahim juga bukan tokoh kontroversi yang boleh dikaitkan dengan UG atau apa jua isu yang boleh merosakkan PAS atau PR.  Tuan Hj Mat Sabu juga begitu, namun 'markah' ilmu agama Tuan Hj Mat Sabu ini membuatkan aku lebih tertarik dengan Us Tuan Ibrahim.

Desas desus menyebut, pemilihan kali ini Us Nik Amar dari Kelantan akan mencuba nasib bertanding di Kerusi Nombor Dua di dalam PAS itu.  Jika benar begitu, aku lebih suka Tuan Hj Mat Sabu menang seandainya Us Tuan Ibrahim tewas sekali lagi.  Jawatan Timbalan Presiden PAS mestilah seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat Kebangsaan, pandai bergaul dan disukai ramai masyarakat Non-Muslim.  Sifat ini hanya ada pada Tuan Hj Mat Sabu dan Us Tuan Ibrahim sahaja.  Us Nik Amar hanya hebat dan berpengaruh di bumi Kelantan sahaja.  

Us Tuan Ibrahim, beliau bukan sahaja Ulamak tetapi boleh bergerak seperti aktivis.  Di Pahang khususnya, beberapa aktiviti yang melibatkan aktivis-aktivis yang memperjuangkan isu Felda, Orang Asal mahu pun alam sekitar, Us Tuan Ibrahim sentiasa masuk campor dan mengambil bahagian.  Beliau bukan membuat kerja dakwah di masjid semata-mata.  Beliau juga terkenal di seluruh Malaysia dan tiada isu panas atau kontroversi yang boleh menjejaskan nama baiknya.  

Atas sifat inilah, aku mahu agar kali ini Us Tuan Ibrahim berada di Kerusi Timbalan Presiden.  Bukan kerana Tuan Hj Mat Sabu tidak layak atau tidak baik, tetapi Us Tuan Ibrahim pada aku lebih layak dan lebih baik.  Seandainya Us Tuan Ibrahim tidak mahu bertanding Kerusi Timbalan Presiden, pastinya aku akan berkempen untuk Tuan Hj Mat Sabu.  

Betulkan Sejarah (1) - "Syiah"kah yang bunuh Saddam Hussain ?

Permainan semakin hampir, maka ayuh bersiap sedia dari sekarang sebelum bendera panji hitam yang sebenarnya di kibarkan... Allahumma...! Para mujahid sedang bangkit,dan sedang menanti klimaks keadaan sekarang....semakin ramai mujahid akan berjuang untuk menuntut keadilan dan kesejahteraan...! Takbir !! a.

Kisah sejarah hukumangantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein.. Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..? Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..?




Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..? Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..? Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi. Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini.


Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapus kan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.


Iraq diperangi kerana Saddam "diktator yg zalim", siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya  
igunakan amerika? Iran. 

Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan? Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah. 

Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang? Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. 


Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq. Sekarang Syria, Iran, Iraq telah dikuasai oleh seorang Pemerintah yang berfahaman Syiah


" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Ustaz Nordin Jaafar:Perjuangan bukan sekadar berlandaskan ijazah



UCAPAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN BUKIT GANTANG 2013

Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera

الحمد  لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين , وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجھك وعظيم سلطانك . 
أشھد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وھو على كل شيء قدير . وأشھد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير .
اللھم وصل وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه الى يوم الدين. 



Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermesyuarat, kepada semua para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang memeriahkan Mesyuarat Agong  Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kawasan Bukit Gantang kali ke 46 pada tahun ini.

Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.

Firman Allah SWT

{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}

(al-Hujurat : 15)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Ayat di atas memperlihatkan kepada kita bahawa keimanan menghasilkan keyakinan kepada Allah dan Rasul serta mencetuskan jihad dan perjuangan dalam kehidupan seseorang yang beriman itu. 

Orang yang tinggi imannya mempunyai kesanggupan dan kesungguhan untuk berjuang atas nama jhad dengan tahap kesungguhan yang tinggi kerana mempunyai keyakinan bahawa segala pengorbanan yang dilakukan akan dibalas dengan ganjaran yang amat besar di akhirat nanti.

​Banyak orang yang boleh bercakap tentang perjuangan dan kewajipan berjemaah tetapi hakikatnya tidak banyak yang sanggup menempuh pelbagai halangan dan cabaran dalam mengharungi cabaran yang dihadapi oleh jemaah. 

Perjuangan bukan sekadar berlandaskan ijazah atau kelulusan yang tinggi tetapi perlu disertakan dengan keyakinan, kesanggupan, ketahanan, kesungguhan, kepatuhan, ketaatan, keikhlasan dan pelbagai lagi resepi yang perlu dimiliki oleh pejuang.          

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?"

 Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(as-Saff 14) 

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Berdasarkan keterangan di atas, kita seharusnya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dipilih untuk berada dalam jemaah PAS yang secara prinsip dan pelaksanaannya adalah untuk berjuang dan menegakkan agama Allah di bumi Malaysia yang kita cintai ini. 

Keberadaan kita dalam perjuangan suci ini perlu dihayati dan diterjemahkan dalam bentuk perlakuan dan tindakan kita. 

Kita perlu memastikan kefahaman dan penghayatan kita terhadap perjuangan ini sentiasa ditingkatkan melalui peningkatan ilmu dan pengetahuan.

 Pendukung PAS semestinya sentiasa kasih dan cinta akan ilmu agama dan sentiasa berusaha untuk mendalami pengetahuan mereka kerana dengan adanya kefahaman dan pengetahuan, segala tindak-tanduk yang diambil akan berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui ktab suci-Nya Al-Quran Nur Karim.

Selain itu, pejuang PAS juga perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja dan sumbangan kita kepada perjuangan PAS dalam apa juga kedudukan dan keadaan. 

Kita seharusnya sentiasa membuat koreksi diri untuk menilai tahap dan kualiti sumbangan kita untuk menguatkan PAS di semua peringkat yang kita diamanahkan. 

Refleksi diri yang kita lakukan akan memberi kesan positif kepada kualiti amalan kita dan secara tidak langsung akan membina kekuatan dan keupayaan PAS untuk berhadapan dengan cabaran yang berada di luar. 

Kita perlu faham dan sedar bahawa segala kerja keras dan kesungguhan yang kita lakukan adalah untuk bekalan kita sendiri apabila berhadapan dengan Maha Pencipta. 
Refleksi dan koreksi diri ini akan mengurangkan sikap negatif yang sentiasa melihat dan mencari kelemahan orang lain tetapi akan menerima kelemahan dan kekurangan rakan sebagai suatu proses lengkap-melengkapi.

Perkara paling penting sebagai pejuang ialah keikhlasan dan keupayaan kita meletakkan segala penat lelah dan pengorbanan kita dalam perjuangan hanya sesungguhnya kerana Allah SWT. 
Kita perlu sentiasa dalam keadaan sedar untuk menilai bahawa landasan yang kita pilih merupakan laluan yang betul dan tidak tidak terbabas daripada tujuan dan matlamat asalnya. Amatlah malang sekiranya segala cabaran dan susah payah kita dalam perjuangan ini tidak dapat kita persembahkan kepada Allah SWT hanya semata-mata kerana hilangnya keikhlasan kita dalam perjuangan suci ini. 

Aspek populariti, keagungan, kehebatan dan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita sekiranya tidak diatur dengan baik akan menegelamkan kita ke jurang kebinasaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua jentera pilihan raya di semua peringkat kerana telah berjaya mempertahankan kemenangan kita di Parlimen Bukit Gantang, DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sapetang. Namun Allah SWT masih menangguh kemenangan kita di DUN Trong.

Kejayaan yang diraih ini merupakan kejayaan kita bersama-sama. Kejayaan ini hasil daripada keikhlasan semua jentera yang bekerja dengan penuh sistematik dan berstrategi di samping doa dan munajat. 

Hal ini kerana kerja-kerja pilihan raya merupakan suatu seni yang memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi untuk mengatur strategi bagi mengalahkan musuh yang juga dilatih dan dibentuk oleh tenaga pakar mereka.

 Malah dengan keupayaan kewangan dan kuasa yang ada, sudah tentu mereka jauh lebih berkemampuan untuk mendapatkan khidmat pakar dari dalam dan luar negara. 

Namun yakinlah bahawa Allah SWT akan bersama-sama dengan perjuangan yang berteraskan perintah-Nya asal sahaja kita memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam perjuangan agama Allah SWT ini. Penangguhan kemenangan juga merupakan hikmah yang Allah SWT berikan kepada kita bagi membuka lebih ruang dan peluang untuk kita bekerja. 

Kekalahan ini perlu diterima dengan berlapang dada tetapi perlu mencari jalan untuk meningkat keupayaan kita dan mengurangkan kelemahan kita agar tiada ruang dibuka untuk membolehkan musuh mengekalkan kemenangan mereka. Paling penting diharapkan semua kita ada saham yang dilaburkan dalam PRU-13 lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Dunia Islam hari ni dikejutkan dengan peristiwa rampasan kuasa di Mesir dan kekejaman yang dilakukan oleh Barsha As Saad di Libya. Kekejaman dan keganasan ini menunjukkan bahawa musuh Islam tidak pernah redha untuk melihat kejayaan yang dimiliki oleh perjuangan yang berlandaskan Islam.

Selain peristiwa di atas, pembongkaran tentang Syiah terutama di negara ini pelu ditangani dengan baik. Sebagai pejuang PAS yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita perlu memastikan tiada unsur luar menyerap masuk ke dalam jemaah kita. Kepatuhan kita hanya kepada ketetapan yang telah diputuskan dalam PAS.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam kesempatan ini saya memohon daripada semua untuk meneruskan kerja kita terutamanya untuk mengisi kemenangan yang dianugerah oleh Allah SWT. 

Kemenangan bukan sekadar kayu ukur untuk menilai kekuatan dan kelemahan musuh tetapi suatu amanah yang perlu ditanggung oleh kita. Kemenangan yang tidak dipenuhi dengan tanggungjawab akan mengundang kita ke jurang kehancuran pada masa depan. 

Lantaran itu, mengisi kemenangan di Parlimen Bukit Gantang merupakan tanggungjawab kita bersama agar kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada kita dalam PRU ke-13 merupakan suatu pelaburan yang berbaloi. 

Jawatan wakil rakyat bukan jawatan eksekutif tetapi merupakan institusi yang dianggotai oleh semua dalam kalangan kita.

Saya juga ingin menyeru kepada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang merupakan sayap kepada pentadbiran PAS Kawasan agar dapat bergerak sederap dan seiring dengan pimpinan PAS Kawasan menuju matlamat dan tujuan yang sama.

Generasi muda adalah harapan umat menjadi pewaris kesinambungan perjuangan dan tenaga terpenting, mereka juga menjadi sasaran musuh. UMNO/BN lebih suka kalau generasi ini dalam kedaan leka, jahil, miskin dan menganggur, supaya mudah menjadi penyokong mereka, sekurang-kurangnya sekadar menjadi tukang sorak walau pun kampung tergadai.

Oleh itu, Dewan Pemuda perlu sentiasa proaktif sesuai dengan
keanggotaannya. Dewan Pemuda perlu mempunyai aspirasi untuk memimpin dan memandu sebahagian besar anak muda di luar yang masih lagi hanyut dibuai dengan keseronokan dunia yang menjerat mereka. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Golongan wanita lebih mudah menjadi mangsa media yang datang dan masuk ke rumah mempengaruhi keluarga, mereka adalah benteng di rumah dan tenaga penting di luar rumah bersama masyarakat. 

Kepada Dewan Muslimat pula yang terkenal dengan kecekalan dan ketabahan menghadapi segala liku perjuangan ini ,perlu mengorak lebih jauh untuk memenuhi kehendak wanita di luar yang sebahagian besarnya masih lagi buta dari hakikat kebenaran. Selama ini pun Dewan Muslimat telah turun ke rumah pengundi sasaran, dengan penuh menghadapi cabaran yang tidak pernah dihadapi oleh muslimin.
Saya menaruh keyakinan dengan keupayaan kedua-dua Dewan ini untuk memenuhi hasrat tersebut.

Kita juga amat berbangga kerana mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bukit Gantang yang sentiasa bersama-sama kita sama ada ketika kita susah ataupun senang. Persepakatan yang dijalin merupakan suatu anugerah yang Allah SWT berikan kepada kita untuk hidup dalam suasana harmoni dan aman. 

Sebagai sayap parti yang baharu, DHPP perlu terus berusaha meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam tentang perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat yang akan membawa kehidupan rakyat lebih selesa dengan pemerintahan yang adil dan amanah. Hidup rakyat akan lebih terbela dan masa depan anak-anak kita lebih terjamin.

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Mesyuarat Agong ini dilangsungkan bersama pemilihan kepimpanan tertinggi parti, maka seluruh perwakilan hendaklah meletakkan perkara kepimpinan di atas tanggungjawab amanah yang besar dalam ajaran Islam, yang menjadi dasar dan matlamat perjuangan kita.

Maka hendaklah berpandukan kepada amanah yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW :

  "يا عبد الرحمن بن سمرة، لا تسأل الإمارة، فإنك إن أوتيتها عن مسألة وكِّلت إليها، وإن أوتيتها عن غير مسألة أُعِنْتَ عليها. 

Wahai Abdul Rahman bin Samurah !, jangan sekali-kali meminta jawatan menjadi ketua (pemimpin) . Maka sesungguhnya jika sekiranya kamu diberi jawatan dengan memintanya nescaya dibiarkan memikulnya (tanpa pertolongan Allah), sekiranya diberi jawatan itu tanpa memintanya nescaya kamu diberi pertolongan melaksanakannya. 


إَِّنا والله لا ُنَولِّي َعلَى َھَذا العمل احدا َسأَلَُه َوَلاأََحًدا َحَر َص َعلَْيِه

Sesungguhnya kami, demi Allah tidak melantik memegang jawatan dalam melaksanakan tugas ini ,kepada seseorang apabila dia memintanya dan tidak juga kepada seseorang terlalu ingin menjawatnya.

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Pemilihan dalam Islam mempunyai nilai moral keluhuran dan kemuliaan yang tersendiri, bukan sahaja kelayakan pemimpin yang berteraskan Islam dari aspek iman, akhlak, ilmu, pengalaman dan pengaruh, kemampuan melaksanakan amanah, komited dengan gerakerja, termasuklah cara penonjolan yang berakhlak. 

Ingatlah bahawa kita memimpin bukan untuk menjadi popular, atau supaya digelar orang sebagai pahlawan, tetapi adalah untuk melaksanakan amanah Allah SWT, kerana amanah khilafah ini tidak akan surut hinggalah ke hari kiamat.

Inilah pendekatan yang dihayati oleh PAS di sepanjang jalan, sehingga kita mampu menghadapi ranjau dan gelombang perjuangan yang suci ini. 
Maka tunaikan amanah ini dengan cara dan sifat Islam yang kita junjung selama ini, supaya PAS terus menjadi bahtera penyelamat di dunia dan akhirat.
Akhirnya, saya sekali lagi bagi pihak PAS Kawasan Bukit Gantang mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbangkan derma bagi menjayakan aktiviti kita sepanjang tahun ini. 
Kepada tetamu yang hadir pada pagi ini dan para perwakilan serta pemerhati, saya merakamkan ucapan terima kasih.  
Sebelum saya mengundur diri marilah kita hayati firman Allah ini:

ان الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا   كانه بنيان مرصوص.
 Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalanNya dalam saf yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (daripada bata yang disusun dengan rapi dan diikat dengan teguh)

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

MOHD NORDIN B. JAAFAR
Yang Dipertua
PAS Kawasan Bukit Gantang

Suhakam tuntut RUU Cegah Jenayah ditangguh

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa bimbang terhadap cadangan pindaan Akta Pencegahan Penjenayah (PAC) 1959 seperti mana yang dicerminkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 25 September lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmi Agam (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini berkata, walaupun menyokong usaha berterusan kerajaan dalam menangani jenayah serius, hasil kajian Suhakam  mendapati beberapa peruntukan dalam RUU tersebut terutamanya penahanan tanpa bicara dan perwakilan undang-undang, tidak selari dengan prinsip asas hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

“Walaupun adalah diperhatikan bahawa RUU tersebut mencadangkan satu pindaan ke atas Sesyen 9(1) menjadikannya satu keperluan untuk laporan-laporan siasatan dikemukakan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (Lembaga) dan bukannya Menteri, Suruhanjaya memandang serius terhadap cadangan Seksyen 9(5) dan Seksyen 9A(2) yang menafikan hak seseorang untuk perwakilan undang-undang seperti yang terjamin di bawah Perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 7 dalam UDHR,” jelas Hasmy.

Suhakam juga, tambah beliau bimbang dengan cadangan Seksyen 7C yang memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengeluarkan perintah tahanan terhadap seseorang yang telah melakukan dua atau lebih kesalahan yang serius, sama ada dia telah disabitkan atau tidak, dan semata-mata berdasarkan kecukupan bukti.

Tambah beliau, Suhakam  berpendapat peruntukan tersebut mencabuli hak seseorang kepada perbicaraan yang adil, perlindungan terhadap perbicaraan berulang serta hak untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan hak untuk dipertimbangkan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 7(2) dan Perkara 8(1)  Perlembagaan Persekutuan.

“Suruhanjaya juga melahirkan rasa kecewa ke atas cadangan Seksyen 15A yang menghalang semakan kehakiman ke atas keputusan Lembaga melainkan perkara-perkara yang berkenaan prosedur seterusnya menafikan hak seseorang individu untuk mendapatkan akses kepada mahkamah dengan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.

“Dalam usaha kerajaan memerangi jenayah, adalah penting untuknya memastikan bahawa undang-undang yang digubal adalah progresif dan tidak mundur, menyedari akan kedudukan Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang mengkehendakinya menegakkan piawaian tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini,” tegas beliau.

Sehubungan itu, Suhakam jelasnya menyarankan kerajaan menangguhkan pembentangan kali kedua rang undang-undang tersebut dan menjalankan kajian semula ke atas cadangan-cadangan pindaan dengan mengambil kira prinsip-prinsip hak asasi manusia iaitu penahanan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya; penahanan mestilah berdasarkan sebab dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang; maklumat tentang sebab-sebab penahanan mesti diperuntukkan; dan hak untuk perbicaraan yang adil dan akses kepada perwakilan undang-undang mesti diperuntukkan.

“Suruhanjaya berpendapat bahawa selaras dengan matlamat ternyata kerajaan untuk menggerakkan negara ke arah mencapai status negara maju pada masa akan datang, adalah penting untuk Malaysia menunjukkan pematuhan sepenuhnya dengan norma-norma hak asasi manusia di samping memastikan penglibatan yang bermakna bersama pelbagai pihak berkepentingan di dalam proses kajian semula undang-undang dan perancangan dasar yang mana kerajaan komited untuk menjalankan,” tegas beliau lagi.

Ibadah korban Amal Malaysia di Republik Sudan Selatan

Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) akan meneruskan program ibadah korban di kawasan-kawasan kritikal dengan memilih Juba, Republik Sudan Selatan (RSS) sebagai lokasi projek untuk tahun ini.

Menurut Presidennya, Husin Ismail, RSS dipilih Amal Malaysia sebagai lokasi program korban kerana keadaan dan keperluan bantuan lebih kritikal dan memerlukan bantuan segera.

RSS mencapai kemerdekaan daripada Sudan hasil referendum inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai 2011.

“Umat Islam membentuk 17 peratus komposisi penduduk di RSS, Kristian 15 peratus manakala selebihnya penganut animisme,” jelas Husin.

Hasil perbincangan Amal Malaysia dengan pemimpin Islam RSS, Dr Gassim Barnaba, misi Yayasan Amal akan berada di negara bekas wilayah selatan Sudan itu dari 13 hingga 19 Oktober.

Sehubungan itu, Husin mempelawa umat Islam yang berminat untuk menyertai program korban supaya menghubungi beliau di nombor 019 951 1860 atau boleh terus menyumbang ke akaun Yayasan Amal Malaysia 5530 1012 2090 (Maybank).

Slip pembayaran boleh juga di wassup, SMS ke nombor di atas atau emel kepada amalpresident@gmail.com .

Satu bahagian lembu korban adalah RM300 manakala kambing RM350 seekor. Sumbangan untuk akikah juga diterima.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Oktober hadapan.

“Moga usaha kita membantu mereka dan menyelamatkan akidah umat diterima dan mendapat keredaan Allah SWT. Insya Allah,” kata Husin.

Felda ingkari teras Plan Transformasi Ekonomi

Felda secara terang-terangan mengingkari salah satu teras utama Plan Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Persekutuan untuk melepaskan aset bukan teras apabila melabur hampir RM700 juta dalam bidang hartanah.



Pelaburan Felda itu membabitkan pembelian hartanah bagi tujuan perhotelan di dalam negara dan di London.


Setiausaha Agung DAP yang juga  Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mempersoalkan sama ada pelaburan korporat dan hartanah anak syarikat Felda itu mempunyai kaitan dengan pemilihan Umno, Oktober ini.


Felda Global Venture Holdings (FGV) baru-baru ini telah mengambil alih hotel empat bintang, Grand Borneo di Kota Kinabalu dengan harga RM86 juta dan membeli Grand Plaza Service Apartments di London dengan kos £98 juta (RM497 juta).


Anak syarikat Felda itu juga membeli 25 peratus saham syarikat Iris Corp yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan kos RM110 juta.


Iris Corp adalah syarikat pembuat kad pintar dan perkampungan agrikultur.


“Apa kaitan antara operasi dan pemilikan lapan buah hotel di serata Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London dengan (aktiviti teras Felda iaitu) penanaman kelapa sawit?


“Bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara?” soal Guan Eng.


Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, walaupun Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd  Isa Abdul Samad mencadangkan kepentingan Felda untuk mempelbagaikan portfolio perladangan yang kini tertakluk kepada ragam pasaran minyak kelapa sawit mentah, namun usaha kepelbagaian itu perlu berkait dengan bisnes teras Felda atau berkait rapat dengan pengalaman pengurusan pakar badan berkanun itu.


“Dunia korporat bersepah dengan sampah sarap pelaburan yang tidak rasional dan cuai; dalam bisnes yang syarikat induk tidak mempunyai banyak kepakaran atau ilmu.


“Felda tidak ada ilmu mengurus hotel. Apa yang membuatkan Felda merasakan ia boleh melakukan tugas yang lebih baik berbanding pengusaha hotel berpengalaman serta mendapatkan kadar pulangan yang lebih baik untuk pelaburan RM700 jutanya?” soal beliau lagi.


Menurut Guan Eng, berdasarkan pengalaman menguruskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau terkejut dengan tindakan bekas kerajaan BN negeri dan anak-anak syarikatnya dengan aktiviti bukan-teras seperti operasi ladang kelapa sawit, getah, kolam ikan, hotel, kolej malah padang golf.


“Kesemua usaha yang tidak difikirkan dengan baik ini menjana kerugian ketika itu.


“Melalui polisi melepaskan pegangan, dan penyumberan luar (outsourcing) melalui pelaksanaan tender terbuka, kesemua kerugian operasi ini ditukar menjadi keuntungan secara tahunan.


“Namun kerugian operasi  ini semua dapat ditukar menjadi keuntungan dengan cepat disebabkan hartanah yang terlibat sudah pun dimiliki oleh kerajaan negeri. Dengan kata lain tidak wujud sebarang perbelanjaan modal,” jelasnya.


Sehubungan itu, beliau sangsi perbelanjaan modal sebanyak RM700 juta oleh Felda, walaupun mampu menjana keuntungan akan menjustifikasi kos pelaburan.


“Atas sebab ini, pemimpin BN tidak sepatutnya menguruskan dana awam seperti milik peribadi tetapi ia perlu memberi justifikasi demi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan, apa sebenarnya faedah kewangan daripada melabur dalam bisnes bukan teras kepada orang ramai,” ujar beliau.

Mahasiswa Mesir demo menentang kudeta

Mahasiswa Mesir telah melakukan demontrasi aman di sejumlah universiti dan sekolah terhadap apa yang mereka sebut ‘kudeta tentera’ terhadap Presiden yang dipilih rakyat, Mohamed Morsi dan pemberian kekuasaan penangkapan kepada petugas keselamatan pentadbiran kampus.

Dipetik daripada blog Kelab Greenboc, sebagaimana diberitakan oleh Anadolu, Selasa (24 September), para mahasiswa melakukan demonstrasi untuk hari keempat berturut-turut di Universiti Assuit terhadap penggulingan Mursi dan pemberian kekuasaan kepada petugas keselamatan untuk menangkap mahasiswa di kampus.

Mahasiswa juga melakukan demo di Universiti Suez Canal terhadap penangkapan dua rakan mereka selama protes satu hari sebelumnya dan apa yang mereka katakan ‘serangan’ oleh pasukan keselamatan terhadap tindakan mereka.

Satu demonstrasi aman juga diadakan di Universiti Beni Sueif terhadap penangkapan dua mahasiswa dalam demonstrasi menentang kekuasaan penangkapan diberikan kepada petugas keselamatan kampus.

Para mahasiswa membawa symbol 'Empat Jari' sebagai tanda simpati terhadap pembantaian yang dilakukan tentera Mesir terhadap rakyatnya di Bundaran Rabaa al-Adawiya, Kahera pada Ogos lalu.

Demonstrasi juga dilakukan di Universiti Mansoura di panggung terbuka, mereka membawa gambar warga yang gugur dalam penyerbuan tentara terhdapa pendukung Presiden Mursi yang melakukan aksi duduk, selain itu mahasiswa juga menyerukan pembebasan untuk teman sekelas mereka yang ditahan.

Menurut saksi mata, seorang mahasiswi ditahan oleh polis keselamatan kerana memiliki lembaran-lembaran yang 'menghina' tentera .

Tapi para mahasiswa menafikan tuduhan tersebut, mereka menyatakan bahwa lembaran-lembaran itu merupakan soalselidik tentang 'kekuasaan tentera.