Tuesday, January 11, 2011

Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan

Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat.

PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN
LII.(1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah)
LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively:

Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.

Terjemahan oleh saya
LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali.

Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah.

Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh ‘Mamak Bendahara’ yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah ‘pilihan Sultan’ dan siapa menentang, menentang Sultan.

Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah “Derhaka, derhaka!” Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini.

Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat.

Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama.

Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Wahai Najib, kerajaan mampu beri Elaun Rakyat RM500 sebulan..

KALAU kita cerdik, kita mampu bayar elaun khas kakitangan awam RM500 sebulan, manakala rakyat biasa pun kita mampu berikan wang ehsan RM300 sebulan. Caranya ialah dengan ubah cara kita mengurus ekonomi negara.
Kita sedia maklum negara berbelanja RM73 bilion (ulang bilion) untuk subsidi pelbagai barangan. Banyak duit itu sebenarnya. Kalau kita boleh kurangkan RM30 bilion daripada jumlah itu untuk bantu rakyat, alangkah elok daripada membazir tak tentu fasal! Tidak boleh? Jawapnya, kenapa?
Caranya? Kita hasilkan barangan kegunaan sendiri. Contoh, gula, minyak masak, beras, bawang dan pelbagai kegunaan harian yang kebanyakannya berteraskan pertanian.

Kita hasilkan gula sebanyak mungkin. Gula jadi murah di negara ini, lebihannya kita eksport untuk dapat hasil. Kita tanam padi sebanyak mungkin untuk dapatkan beras, biar beras murah di negara ini. Lebihnya kita eksport. Kita tanam kelapa secukup-cukupnya. Kita jual murah pada harga tempatan untuk santan dan minyak misalnya. Rakyat akan gembira mendapat barangan berharga murah.
Kita tanam bawang, kita tanam semua benda yang boleh ditanam dan diperlukan rakyat. Lebihannya kita eksport, kita buat duit. Lihat Belanda! Apabila benda ini banyak di pasaran tempatan, harga yang perlu dibayar pengguna/rakyat tentulah menjadi murah. Tiga keuntungan kita dapat. Pertama rakyat tidak merana membeli barangan dengan harga mahal. Kedua, negara dapat duit daripada hasil eksport.
Ketiga, tak perlulah kita membebel kena keluar duit untuk subsidi. Kalau barangan itu murah di negara ini, kenapa kita harus memberi subsidi? Sebahagian daripada RM73 bilion yang kita bazirkan setiap tahun itu boleh menolong rakyat menjadi lebih senang.

Ini bukan kaedah yang sukar dan mustahil untuk dilakukan kerana sumber asas kita iaitu tanah dan sumber tenaga manusia amat banyak dan mewah! Kenapa kita mesti mengimport barangan yang sepatutnya kita boleh hasilkan sendiri. Di sinilah Najib sepatutnya bertanyakan diri sendiri daripada menuduh konon kalau kakitangan awam diberi elaun atau rakyat diberi elaun, anak cucu cicit kita akan hancur.

Itu adalah satu tuduhan yang tidak sama sekali masuk akal kalau kita gunakan akal dan fikiran yang ada. Tidak akan musnah atau hancur negara ini kalau kita patuh hukum keperluan ini. Sebaliknya akan hancur dan musnah negara ini kalau kerajaan masih melakukan cara menguruskan ekonomi seperti sekarang yang terbukti gagal, terutama kerana menyebabkan rakyat berdepan masalah kenaikan harga barangan berterusan!

Tepuk dada tanya selera. Rakyat yang jujur hati tentu boleh berfikir sendiri! Kita telah lama membiarkan diri menjadi hamba kepada barangan luar yang amat mudah dihasilkan di dalam negeri. Berbilion duit kita telah hanyut keluar negara. Kita bukan dapat keuntungan, tetapi kita buang kekayaan dalam negara ke luar negara. Kalau kita boleh hasilkan kereta dan hantar rakyat ke angkasalepas, mustahil mahu melaksanakan pertanian dengan skala besar di negara ini menjadi satu masalah!

Rakyat lihatlah. Berfikirlah. Jangan asyik ikutkan sahaja walaupun kita sebenarnya sedang membunuh ekonomi sendiri di atas keangkuhan pemimpin.
- Singa Laut Metro

Ketuanan Setan : Firaun lahir semula di Mesir

Gubernur Mesir Akan Batasi Pengajaran Al-Quran?

[eramuslim.com] Sumber media Mesir mengungkapkan terkait adanya laporan yang belum dikonfirmasi tentang terjadinya pengetatan yang dilakukan oleh Gubernur Kafr El Sheikh di Mesir utara, terhadap pembatasan dalam menghafal dan mengajarkan al-Qur'an.
Penulis Islam Mesir, Fahmi Huwaidi dalam esainya yang diterbitkan surat kabar "Asyuruq," menyatakan bahwa jika memang benar Gubernur Kafr Al-Sheikh mengeluarkan peraturan melarang pengajaran dan penghafalan Al-quran di wilayah itu jika didasarkan pada lisensi oleh Menteri Awqaf, atau perwakilan dari sebuah LSM yang berafiliasi dengan Departemen Sosial, maka hal itu adalah ekspresi dari kondisi kekacauan dan kebingungan, yang ditandatangani oleh beberapa pihak pejabat Mesir setelah kejadian pemboman yang terjadi di Alexandria, bagaimanapun, bahwa di bawah peartiran ini, Al-Quran tidak diizinkan diajarkan di wilayah tersebut kecuali di bawah pengawasan pemerintah atau perwakilannya.
Huwaidi menegaskan bahwa keputusan itu sejalan dengan tulisan-tulisan dan rekomendasi dari pandangan kaum sekuler yang ingin melemahkan Islam di negara itu dan melenyapkan identitas Islam yang akan memblokir jalan ke prospek kebangkitan Islam, yang mulai menjulang di cakrawala dan mereka (kaum sekuler) mengambil sikap yang sebaliknya terhadap kelompok yang mengatakan bahwa Islam adalah solusi, dan mereka mencoba meyakinkan publik bahwa Islam adalah masalah!(fq/imo)

RM500 untuk setiap guru, masih ada lebih untuk bina penjara baru!

Saya memberikan cadangan secara kasar supaya rakyat dapat meneliti sendiri angka yang diberikan dan menilai sebanyak mana wang yang 'bocor' dari kantung negara setiap tahun. Hanya dengan dua langkah mudah, kita mempunyai lebihan wang sebanyak 3 kali ganda berbanding apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga.
Bukan itu sahaja, bahkan kita memiliki wang lebih untuk membayar benda lain seperti penjara-penjara baru untuk ahli politik kaki rasuah yang suka-suki membuncitkan perut sendiri dan kroni dengan cara merampas hak rakyat terbanyak selama ini.
Ini hanyalah perkiraan kasar kerana tidak cukup masa, tapi angka kasar ini sudah cukup menjelaskan segalanya.
Sebarang komen balas dialu-alukan.

A) BN selalu berkata bahawa banyak perkara yang kita tidak mampu, kononnya ia akan memufliskan negara etc, terutamanya pada perkara yang melibatkan bantuan langsung pada rakyat terbanyak.

Pada masa lalu, bantuan kewangan yang signifikan yang sedang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang adalah sesuatu yang mustahil di bawah BN, kerana dakwa mereka, kononnya kerajaan kekurangan dana.

Semenjak mengambil alih, PR di Selangor telah memulangkan sekitar RM150 juta setahun kepada rakyat terbanyak dalam bentuk air percuma, bantuan kemasukan ke universiti, skim mikrokredit dan sebagainya.

Sebab musabab kenapa PR mampu dan BN sentiasa berdolak dalih sambil memberi alasan adalah kerana PR sentiasa berusaha untuk meminimakan ketirisan dana awam yang berpunca dari korupsi dan rasuah.

B) Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan bahawa negara kehilangan RM28 billion ( 28, 000, 000, 000) setiap tahun akibat korupsi dan rasuah seperti kaedah pemerolehan yang tidak telus, projek kerajaan yang tidak selesai, peningkatan harga kos sewaktu fasa pembinaan dan sebagainya.

Kita tidak perlu mewujudkan sebarang skim pembiayaan kebangsaan yang hanya sekadar gah pada nama dan slogan, cukup hanya dengan mengatasi masalah korupsi dan rasuah sahaja, kita mampu menjimatkan RM28 billion yang boleh disalurkan untuk kepentingan rakyat terbanyak.

Jumlah yang tiris ini adalah fakta, dan PR komited untuk memulangkan jumlah yang besar ini kepada rakyat terbanyak.

Selain itu, menghentikan perbelanjaan yang membazir, tidak perlu dan keterlaluan oleh kerajaan juga akan mewujudkan budaya berhemat dalam berbelanja. Contohnya, menghentikan perjalanan PM ke luar negara yang terlalu kerap sehinggakan tempoh masa beliau di luar negara adalah sama dengan tempoh masa beliau di dalam Malaysia.

Begitu juga jumlah bayaran untuk mendapatkan kepakaran spin doctor Yahudi APCO (RM77 juta) atau penubuhan PEMANDU (RM66 juta) - BN mungkin akan menghujahkan bahawa jumlah ini kecil, tapi ini merupakan gambaran bahawa kerajaan sekarang mengamalkan budaya membazir dan wewenang dalam membelanjakan wang rakyat.

C) Setiap tahun, PETRONAS terpaksa membelanjakan RM19 billion (19,000,000,000 - betul ke jumlah kosong ni?) untuk membayar subsidi gas kepada IPP (Penjanakuasa Bebas - dimiliki oleh kroni) yang mendapat keuntungan lumayan kerana mereka dilindungi dari naik turun harga tenaga elektrik.

PETRONAS terpaksa membeli gas dari Natuna dan JDA pada harga yang jauh lebih tinggi, kemudian menjual semula pada IPP pada satu pertiga dari harga asal, semuanya berjumlah RM19 billion.

Sekiranya perjanjian ini dibatalkan, kita akan mempunyai keuntungan 19 billion setahun yang boleh dibayar semula oleh PETRONAS pada kerajaan, sekaligus dipulangkan semula pada rakyat.

Setiap tahun juga, kerajaan membelanjakan RM4 billion setahun sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah sebanyak ini dapat dikembalikan pada rakyat jika struktur tol dibetulkan semula, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

D) Hanya dengan mengatasi ketirisan yang berlaku akibat korupsi, menghapuskan subsidi korporat kepada IPP dan pampasan tol kepada syarikat konsesi, kita ada sejumlah (RM28 billion + RM19 billion + RM4 billion = RM51 billion) RM51,000,000,000 setiap tahun.

Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk melunaskan segala janji yang terkandung dalam Buku Jingga.

E) Elaun khas guru - RM3.2 billion setahun

Subsidi diesel dan petrol kepada golongan yang memerlukan (di bawah pendapatan tertentu), selepas penstrukturan semula subsidi supaya hanya yang dari golongan bawahan akan beroleh manfaat: anggaran RM4 billion setahun.

Subsidi gas asli: Anggaran RM4 billion setahun.

Jumlah bayaran subsidi dan elaun khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga: RM11.2 billion.

Harga yang ditawarkan oleh KWSP dan Khazanah untuk ambilalih keseluruhan aset dan operasi lebuhraya PLUS adalah RM23 billion. Sayap pelaburan kerajaan dan agensi kerajaan pada masa ini (melalui Khazanah dan KWSP) sudahpun memiliki 67.3% PLUS, maka tambahan kos untuk memulangkan keseluruhan aset dan operasi kepada kerajaan (beli dari pemegang saham minoriti) hanyalah RM7.5 billion.

F) Jumlah keseluruhan adalah RM3.2 b (elaun khas guru) + RM4 b (subsidi bahan api) + RM4 b (gas asli) + RM7.5 b (pembelian saham minoriti PLUS) = RM18.7 b.

Jumlah ini adalah begitu kerdil untuk dibandingkan dengan RM51 b yang boleh diperoleh melalui penstrukturan semula subsidi dan penghapusan korupsi/rasuah.


Adalah jelas bahawa isunya bukanlah samada kita mampu atau tidak, kerana angka membuktikan bahawa kita memang mampu. Ia hanya memerlukan kesungguhan politik, terutamanya apabila BN begitu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan subsidi minyak tetapi tidak langsung memikirkan tentang subsidi yang diberikan pada IPP.

Apa kata anda? Masih tidak mampukah kita? Atau BN-UMNO masih mahu berdolak dalih kerana tidak mahu hilang sokongan taikoon besar?
- Rafizi Ramli

Harga bawang naik dua kali ganda, kementerian gesa rakyat kurangkan makan bawang!


BERITA 1

Harga bawang naik dua kali ganda

KUALA KANGSAR- Harga beberapa barangan keperluan harian terutamanya bawang di pasar dan kedai runcit di sini didapati melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari ini.

Kenaikan harga yang tidak munasabah itu telah menyebabkan ramai pengguna di daerah ini merungut dan mempersoalkan kewajaran tersebut kerana membebankan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kenaikan ini berlaku di hampir semua pasar serta kedai runcit di sini.

Misalnya, bawang putih yang kebiasaannya dijual antara RM4 hingga RM4.50 sekilogram telah naik hingga RM10 sekilogram.

Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4 hingga RM5 sekilogram meningkat kepada RM11 sekilogram, manakala bawang besar yang lazimnya dijual RM1.50 hingga RM2.50 sekilogram naik kepada RM5 sekilogram.


Menurut pengguna, kenaikan ini telah berlaku sejak sebulan lalu dan ada kedai tidak lagi menjual bawang disebabkan kenaikan harga yang terlampau tinggi.

Seorang peniaga kedai runcit, Salleh Mohamad berkata, kenaikan harga bawang berpunca daripada kekurangan bekalan yang tidak dapat dielakkan.

''Saya sendiri membeli bawang pada harga tinggi dari pembekal dan sebab itu saya terpaksa menjualnya pada harga agak mahal juga," katanya.

Tambah Salleh, minyak masak paket juga sukar didapati di pasaran dan hanya minyak masak dalam botol sahaja yang ada.

''Mungkin bekalan minyak masak paket ini akan terputus dalam pasaran dan ia mungkin taktik pemborong untuk menaikkan harga barangan ini," katanya.

Seorang penjual nasi lemak, Asmah Musa, 50, pula memberitahu, kenaikan harga bawang dan santan kelapa menyebabkan kos membuat nasi lemak meningkat, sedangkan untungnya tidak seberapa.

''Saya menggunakan tidak kurang satu kilogram bawang putih dan bawang besar serta dua kilogram santan kelapa setiap hari. Saya tidak boleh menaikkan harga nasi lemak kerana nanti pelanggan saya akan lari," katanya.

Oleh itu, mereka meminta pihak berwajib memantau kenaikan harga barangan tersebut yang tidak munasabah dan mengambil tindakan ke atas peruncit atau pemborong terlibat. - SH

BERITA 2

Kurangkan bawang dalam masakan

MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

Menurutnya, bagi barang-barang makanan yang diimport harganya ditentukan oleh kadar yang ditetapkan oleh negara pengeluar.


''Pada masa ini bekalan bawang yang kita import dari India amat berkurangan bukan sahaja di Melaka tetapi di negeri-negeri lain kerana masalah banjir yang melanda negara itu.

''Keadaan itu menyebabkan pengeluaran bawang untuk dieksport berkurangan kerana banyak tanaman bawang rosak dan secara tidak langsung negara kita turut terkena tempias kekurangan bekalan itu.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu.

Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, langkah mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan terpaksa dilakukan bagi mengelak orang menanggung beban ekoran kenaikan harga bawang yang tidak munasabah.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai kerana kenaikan harga bawang besar dan bawang kecil yang disifatkan cukup membebankan.

''Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemborong dan peruncit menurunkan harga bawang. Ini terjadi kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi," ujarnya.
BERITA 3
Harga Bawang Naik Melambung, Minyak Masak Kering Di Pasaran

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.


Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai runcit, pasar raya dan pasar basah di seluruh negara semalam mendapati pengguna turut menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak tetapi bahan itu tidak mengalami kenaikan harga.

Di
SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.

Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

Di
KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

Di
PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

Di
ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.
Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

Di
JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

Di
KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

Di
SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Di
MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

Di
KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

Di
KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

Di
KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.

Sinar Harian lapor Felcra Bankrap betul atau tidak?

Perdana Menteri Najib di dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (Rujuk Screenshot di atas) menggambarkan bahawa Felcra tidak akan bankrap memandangkan organisasi itu memiliki keuntungan yang konsisten setiap tahun sebanyak RM 1.1 Billion. [Sumber]

Namun laporan oleh akhbar Sinar Harian melaporkan berita yang sebaliknya dan jelas sekali bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri Najib yang mengatakan Felcra tidak akan bankrap. [Sumber]

Sinar Harian melaporkan bahawa Felcra berdepan pengistiharaan bankrap sekiranya gagal menjelaskan bayaran ganti rugi kepada 38 orang penduduk.

Rogol Amah : Siapa arahkan Sumati bercakap dalam Video ini?

Beberapa hari yang lalu setelah melebihi dua minggu isu Menteri Rogol Amah dibangkitkan, Najib telah mempersoalkan kenapa isu Menteri merogol Amah ini ditimbulkan sekarang sedangkan kes tersebut dikatakan telah berlaku pada tahun 2007?

Agak lama masa yang diperlukan untuk menafikan itu,mungkin kerana penasihatnya pada ketika isu ini dibangkitkan sedang bercuti bagi merayakan Krismas dan juga sambutan tahun baru, jadi masa yang diperlukan oleh Najib dan Rais untuk menafikannya agak panjang.

Keesokan harinya secara tiba-tiba muncul video (lihat video di bawah) Sumati yang dikatakan pernah berkerja untuk Rais Yatim menafikan tuduhan bahawa Menteri itu telah merogol Robengah kerana menurutnya sepanjang lapan tahun berkhidmat di rumah Rais beliau tidak pernah mendengar sebarang cerita mengenai rogol ini..


Video yang memaparkan Sumati iaitu sahabat kepada Robengah yang dikatakan sebelum ini diperkosa oleh seorang Menteri telah disiarkan oleh kebanyakkan blog-blog UMNO pada 6 Januari yang lalu. Kedua-dua mereka dipercayai telah berkerja untuk Rais Yatim, Menteri dari Zaman Pak Lah yang masih digunapakai oleh Najib.

Kata Sumati dalam video itu “Sepanjang saya berkerja di sini, saya tidak pernah mendengar sebarang cerita tentang kejadian rogol”.

Adalah memadai bagi sesetengah media untuk melaporkan bahawa Rais tidak merogol amah itu kerana sahabat amah itu sendiri iaitu Sumanti juga telah menafikan insiden rogol itu.

Lebih menakjubkan lagi bila lokasi Sumati bekerja sekarang berjaya dikesan dengan begitu cepat untuk diadakan sidang media bagi menyokong penafian Rais.

Dan Sumati pula kelihatan amat bersedia bagi membuat kenyataan untuk menyokong penafian Rais itu, seolah-olah beliau telah mengikuti isu ini sejak dari mula ianya tersebar di internet.

Jadi bagaimana pula kita boleh memastikan yang Sumati itu adalah benar-benar rakan kepada Robengah

Sistem demokrasi berparlimen memerlukan keikhlasan

Oleh Abu Firdaus
Ketika Perikatan Umno-MCA-MIC merundingkan bagi pihak rakyat Malaya untuk negara ini mencapai kemerdekaan, ia dapat berbuat demikian atas mandat yang diperoleh melalui pilihan raya tahun 1955 di mana rakyat secara penuh mengundi menyokong parti itu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaya dinyatakan bahawa sitem negara ini adalah berbentuk demokrasi berparlimen. Setiap parti yang memerintah perlu bersedia menyerahkan kuasanya apabila penggal berakhir.


Mereka hanya bertindak secara kerajaan sementara dan tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk bertanding. Ketika itu semua parti adalah setaraf dan setelah pilihan raya, maka kerajaan perlu dibentuk daripada parti yang menang. Secara terhormat parti yang kalah perlu berundur.
Maka sepanjang penggal pentadbirannya, kehendak rakyat mesti dihormati di mana kerajaan baru tidak wajar disabotaj. Apa yang boleh dilakukan adalah dibangkang tetapi tidak disabotaj atau dirasuah dan dibeli untuk melompat parti.
Sememangnya permulaan penubuhan negara ini pun tidak benar-benar demokratik. Pada tahun 1955, ketika mana Perikatan memperoleh mandat, seolah-olah tidak ada pencabar. . Pada masa itu Darurat. Maka pilihan raya diadakan ketikan darurat atau sebenarnya Perang Saudara antara pihak yang dipimpin oleh komunis dengan kerajaan pimpinan British. Parti ayng bercanggah dengan kepentingan British telah diharamkan atau pemimpin-pemimpinnya ditahan. Antaranya ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin.
Pada masa itu, seseorang boleh menjadi ahli kedua-dua pertubuhan iaitu PAS dan Umno. PAS bermula dengan nama Persatuan Islam Se Tanah Melayu. Hanya apabila diumumkan bahawa pilihan raya akan diadakan pada tahun itu, maka tergesa-gesa PAS mendaftar diri sebagai Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP). Lambang awal ialah tangan terbuka berwarna merah.
Dalam keadaan ini, PAS tidak dapat memberi tentangan yang sewajarnya.dan ia hanya menang satu kerusi iaitu di Krian, Perak sementara Perikatan menyapu bersih. Atas mandat inilah Perikatan berunding untuk kemerdekaan. Sebelum berunding dengan British, mereka bermesyuarat dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Walaupun parti itu diharamkan tetapi ia dilihat sebagai benar-benar wujud dan patut dihadapi untuk rundingan.
Tetapi rundingan itu gagal. Kerajaan tidak mahu terima PKM didaftar sebagai politik sah dari segi undang-undang, maka perang diteruskan. Justeru semasa pilihan raya tahun 1959, engara masih dalam peperangan, dan ketakutan. Tetapi kali ini dua negeri yang ditadbir Perikatan jatuh ke tangan PAS: Kelantan dan Terengganu. Sukar bagi Perikatan untuk menerimanya, maka akhirnya seorang ADUN PAS lompat dan jatuhlah kerajaan PAS Terengganu.
Selepas merdeka, Darurat pun tamat pada tahun 1960. Hujah PKM memperjuangkan kemerdekaan dapat ditumpulkan. Tetapi British masih mempunyai kuasa yang kuat. Keadaan kuasa British ini membawa hingga kepada peletakan jawatan menteri pertanian, Aziz Ishak yang keluar Umno dan menubuhkan Parti Konvensyen Kebangsaan (NCP).
Atas dorongan British, menurut Said Zahari, Utusan Melayu dikuasai oleh Umno. Itupun berlaku pada tahun 1960.
Walaupun PKM sudah lemah di Malaya tetapi ia bertambah kuat di Singapura. Ini membimbangkan British. Baginya untuk mengalahkan PKM di Singapura ialah dengan memasukkannya ke dalam Malaya. Tuinku Abdul Rahman kena tekanan teruk. Dia tdiak ada pilihan dalam menghadapi tekanan British. Hujah British bahawa SIngapura jadi komunis akan menyusahkan Malaya ada benarnya. Tetapi jika ia menerima Singapura masuk, Perikatan akan kalah. Orang Melayu yang bimbang dengan bilangan orang Cina Singapura akan menolak Umno.
Justeru British mencadangkan supaya Sarawak, Brunei dan Sabah turut dimasukkan ke dalam Malaya, iaitu untuk menyelamatkan Umno. Maka timbullah gagasan Malaysia. Kepentingan Umno dapat diselearaskan dengan kepentingan British. Semua parti pembangkang termasuk PAS pimpinan Burhanuddin AL-Hilmy dan NCP pimpinan Aziz Ishak menolaknya. NCP beserta Parti Buruh pimpinan Pak Sako dan Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam menubuhkan Front Sosialis.
Sukarno pula melancarkan Konfrontasi kerana menganggap gagasan Malaysia ini sebagai projek Amerika Styarikat dan Britih mengepung Indonesia. Dia menganggap projek Malaysia sebagai provokasi terhadap Indonesia. Maka mudahlah kerajaan Malaysia menahan Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak. Semuanya dianggap sebagai berbahaya kepada negara.
Selepas Malaysia ditubuhkan dan pilihan raya tahun 1964 diadakan, maka Perikatan pun menang besar. Dalam keadaan itupun Kelantan gagal diambil oleh Umno. Tetapi Umno tidak selesa dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura. Maka apabila PAP turut serta dalam pilihan raya di Malaya pada tahunj 1964, ia sebagai tanda bahawa Singapura akhirnya dikeluarkan daripada Malaysia, tanpa persetujuan British..
Begitu juga dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Tidak ada parti selain daripada Perikatan yang diizinkan secara rela mentadbir negeri. Tetapi keadaan ini benar-benar berlaku dalam pilihan raya tahun 1969. Pulau Pinang jatuh pada Gerakan dan Selangor hampir jatuh kepada DAP. .
Maka penubuhan Barisan Nasional membolehkan Perikatan menguasai semula bukan saja Pulau Pinang tetapi juga Kelantan melalui kerjasama dengan Gerakan dan PAS. Untuk Selangor, diwujudkan Wilayah Persekutuan supaya Kuala Lumpur dikeluaerkan daripada negeri itu bagi membolehkan ia terus diperintah oleh Umno.
Apabila USNO bertindak bebas di Sabah, maka dianjurkan penubuhan Parti Berjaya. Apabila Berjaya berpecah dan melahirkan Parti Bersatu Sabah (PBS), BN tidak boleh menerima parti yang bukan sekutunya, maka UMNO dibawa masuk ke Sabah yang akhirnya menang pilihan raya di situ.
Apabila PAS menang Kelantan pada tahun 1990, pelbagai usaha menjatuhkan kerajaan negeri. Ia tidak jatuh. Tetapi apabila Terengganu jatuh pada PAS, dengan manfikan royalty minyak dan usaha lain, kerajaan PAS Terengganu tidak dapat bertahan dalam pilihan raya umum tahun 2004.
Setelah kalah di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor, maka kerajaan-kerajaan negeri Pakatan rakyat tidak pernah diizinkan secvara ikhlas untuk mentadbir secara sendiri. Pelbagai tekanan dilakukan yang akhirnya menyakiskan Perak dahulu jatuh. Maka tidak hairanlah Selangor menjadi sasaran selanjutnya.

Apa yang ditakutkan sangat buku Mujahid?

Oleh ABD SHUKUR HARUN
Setelah mendengar pandangan beberapa teman yang sama-sama menjadi pendukung setia PAS selama ini dan berfikir agak lama, saya cuba ‘memberanikan diri’ untuk menyumbangkan sedikit pandangan mengenai isu buku Dr. Mujahid Yusuf Rawa -  ‘Menuju PAS Baru’ – Krisis, Peluang dan Dinamisme’ – terbitan Malaysian Insider yang kelihatahnya mulai menjadi polemik di mana pandangan beliau dibantah oleh beberapa pihak di dalam PAS sendiri.

Seperti orang lain yang amat cintakan percambahan fikiran, rasional dan tanpa emosi, saya mengharapkan perbahasan ini – atau apa namapun - biarlah dalam suasana akhlak Islam, terkawal dan dipersembahkan dengan hujah ilmu, bukan emosi.

Pihak yang menentang buku tersebut, mahupun Dr. Mujahid sendiri adalah mereka yang sangat sayangkan PAS dan sama-sama berusaha memperkasa dan memelihara kemurniannya sebagai sebuah jamaah Islam.
Pihak yang menentang tentu mempunyai hujah mengapa ia menolak buku tersebut yang mungkin dianggap boleh ‘memudaratkan’ PAS. Demikian pula Dr. Mujahid tentu sekali mempunyai hujah untuk mempertahankan bukunya. Sudah dihuraikannya di majlis pelancaran buku ini dulu bahawa pandangannya itu hanya berupa sebuah ijtihad, boleh saja diterima dan boleh pula tolak. Tidak ada masalah, katanya.
Jika begitu keadaannya maka perbahsan mengenai isu buku ini tentu saja boleh diteruskan, namun perbahasan itu mestilah diuruskan dengan baik, dalam suasana ukhuwah Islamiyah, jauh dari prasangka dan hal-hal negatif.
Bukankah berbeza pandangan di dalam Islam itu suatu rahmat, seperti yang ditegaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w. di samping banyak contoh lain di dalam sejarah kegemilangan Islam bagaimana berlaku perbezaan pandangan dari kalangan ulama mujtahidin, serta pemikir besar Islam yang lain sejak zaman berzaman di mana hasilnya menjadi warisan tamadun Islam yang sangat berharga.
Dengan itu jika perbahasan mengenai buku ini atau isu-isu lain dalam gerakan Islam diuruskan secara bijaksana, nescaya ia akan memperlihatkan kedinamisme PAS sebagai sebuah harakah Islam kontemporari. Nescaya ia akan dilihat sebagai model terbaik gerakan Islam moden yang sangat terbuka, toleransi, meraikan percambahan idea, bijaksana, sebuah parti Islam yang sangat dinamik. Memang ada sesetengah pihak yang merasa ‘terkejut’ dengan pandangan Dr. Mujahid ini yang mungkin dianggap sebagai suatu ‘penyimpangan’ dari kebiasaan bagi sebuah jamaah Islam. Mereka tentu saja merasa cemas dan tidak selesa dengan keadaan ini. Sebab itu mereka segera menyanggah apa saja yang meteka lihat sebagai elemen penyimpangan dari perjuangan PAS.
Bagaimanapun, tidak perlulah dikhuatirkan sangat bahawa sebuah buku Dr. Mujahid boleh ‘memecahbelahkan’ PAS. Jika ada tanggapan seperti ini, ia hanya menghantar isyarat seolah-olah dengan sebuah buku boleh ‘menggegarkan’ PAS, justru sepanjang sejarahnya, PAS telah mengharungi gelombang cabaran yang amat jauh lebih besar, namun bahtera PAS tetap utuh hingga kini.
Dalam sebuah perjalanan jauh dan sukar, jamaah Islam seperti PAS akan bertemu dengan pelbagai hal yang tidak diduga dan mengejutkan, dengan cabaran yang tidak putus-putus dihadapinya. Sebab itu, sepanjang sejarahnya sejak ditubuhkan, PAS telah mengalami pelbagai cabaran dan perubahan dalam rentang waktu lebih setengah abad perjuangannya, sehinggalah yang terkini, di mana ia mampu, malah mengisytiharkan, ‘PAS For All’ - langkah yang sangat dinamik dan berhasil meraih sokongan besar dari pelbagai pihak. Namun betapapun ia sangat terbuka dan toleransi, tetapi PAS tetap berada dalam orbit Islam.
Inilah uniknya PAS, sebuah kejayaan luar biasa di bawah pimpinan yang sangat dinamik. Ia tidak lagi memberikan keutamaan kepada form, tetapi kepada substans – tidak kepada label tetapi kepada isi. Kejayaannya ini terserlah dalam tsunami politik PRU Ke-12 2008 dulu. Ini menyebabkan musuh politik PAS ‘kelu lidah untuk berkata’. Inilah hasil keterbukaan dan dinamisme PAS, meninggalkan jauh kebelakang pemikiran politik perkauman yang masih diamalkan oleh musuh-musuh PAS hingga kini.
Namun seperti sebuah kafilah, PAS masih meneruskan perjalanan yang jauh dan mencabar dan sudah pasti pula akan bertemu dengan suasana, iklim politik dan sebagainya yang berbeza disepanjang perjalanan itu. Di sinilah sekali lagi kebijaksanaan PAS dituntut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru ini.
Di sinilah, saya fikir, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, seakan-akan berdiri dan memberikan isyarat bahawa PAS seharunya mempersiapkan diri dengan suasana baru yang dilihatnya akan ditempuh tanpa berkompromi dengan dasar asasnya.
Tentu saja pemberi isyarat ini bukan musuh PAS, ia adalah rakan seperjuangan yang amat setia, yang hanya mengingatkan kita bahawa di depan itu suatu perubahan yang perlu ditangani secara bijaksana. Ia merasa terpanggil untuk memberikan isyarat kepada jamaah.
Oleh itu tidak syak lagi, perbahasan mengenai buku beliau ini bukan untuk menentukan kalah menang, bukan juga untuk melepaskan letusan emosi, tetapi ia sebuah perbahasan yang diharapkan berjalan atas landasan hujah ilmu dan akhlak Islam.
Jika perbahasan ini berjalan seperti yang diharapkan, saya tidak fikir akan menyebabkan perbalahan sesama sendiri di dalam PAS. Bukankah PAS sendiri didukung oleh mereka yang matang dan boleh berfikir, yang disebut di dalam Al-Quran ‘Liqaumin-Yatafakkarun’, mereka yang terpelajar dan amat setia dengan perjuangan parti
Justru jika perbahasan ilmiah mengenai buku ini berlansung, maka hujah kedua belah pihak akan menjadi dokumintasi ilmu dan hazanah warisan PAS yang berharga bahawa di dalam sejarah perjuangan gerakan Islam ini, telah berlaku suatu perbahasan ilmu yang sangat dinamik.
Mungkin saja pelbagai golongan di Malaysia berminat menyaksikan jalannya perbahasan ini – sebuah perbahasan yang tidak mungkin dapat ditemui dalam mana-mana parti sekular - justru perbahasan ini berpaksikan fikrah dan pendekatan Islam. Dan inilah dinamisme Islam yang diserlahkan oleh PAS.
Benar, mungkin ada sedikit kekhuatiran jika polemik ini akan dijadikan senjata oleh musuh politik PAS untuk memecahbelahkannya. Janganlah dikhuatirkan, justru usaha mereka untuk melumpuhkan PAS selama ini tidak berjaya malah PAS bertambah utuh seperti yang saya nyatakan tadi, malah perbahasan ilmu seperti inilah antara ciri-ciri kekuatan PAS untuk berhujah di medan manapun.

Pakatan Rakyat cabar Adun BN hadir sidang khas DUN 24 Jan


SHAH ALAM, 11 Jan – Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) agar hadir sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung bulan ini bagi membuktikan sokongan mereka kepada Sultan Selangor.
Khalid berkata, sidang khas itu adalah “ujian asid” bagi BN Selangor yang selama ini mendakwa mereka setia kepada negeri dan juga Sultan.
Yang Dipertua PAS Shah Alam itu menambah, beliau tidak menjangkakan Adun BN akan muncul pada sidang khas 24 Januari ini atas alasan mereka “pengecut”, yang hanya tahu untuk menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menggunakan taktik-taktik kotor.
“Buktikan kalau saya salah,” kata beliau.
Khalid juga berkata usul pindaan perlembagaan kemungkinan tidak akan menerima kelulusan, tetapi menekankan, sidang khas kali ini akan membuktikan Umno dan BN sebenarnya merupakan penderhaka kepada negeri dan Sultan.
Selangor akan mengadakan sidang khas 24 Januari ini untuk menyelesaikan kemelut semasa ekoran pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata sidang khas itu akan diadakan 24 Januari dan surat rasmi memanggil persidangan telah pun dikeluarkan.
Dalam laporan awal pagi, The Malaysia Insider melaporkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak meletakkan harapan akan memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan dalam usahannya meminda perlembagaan negeri, tetapi berpendirian tetap mahu meneruskan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi “mendedahkan sikap” Umno yang sebenarnya.
The Malaysian Insider difahamkan kerajaan negeri sudah pun menjangkakan yang cubaan mereka meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa pelantikan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar ekoran kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, tidak akan berjaya.
“Kami menjangkakan bahawa pindaan tidak akan berjaya kerana Umno atau BN (Barisan Nasional) (hanya) mahu merampas kuasa negeri,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
“Bagaimanapun, kami mahu meneruskan usaha ini, jadi rakyat akan tahu bahawa Umno bukan sahaja memperlekehkan kuasa Sultan, tetapi juga memperkecilkan kuasa negeri,” katanya.
Keputusan itu dicapai pada majlis taklimat ringkas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 wakil di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan sebanyak 56 kerusi dan memerlukan sokongan dua pertiga untuk meminda perlembagaan.
Sumber itu juga berkata, sidang khas kali ini juga bertujuan mengetepikan dakwaan Umno bahawa Pakatan Rakyat menderhaka pada institusi diraja.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar membayangkan Umno-BN akan menolak pindaan ini.
Semalam, satu sumber memberitahu bahawa Selangor akan memfokus untuk menyelesaikan pertikaian pelantikan Khusrin selepas sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Tanya najib: Rambut Rosmah jadi sasaran

Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang ini.

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" kesemua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

rosmah mansor"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

Populariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.

Najib berbohong, tidak yakin pilihan raya awal

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak yakin mengadakan pilihan raya awal kerana beliau sendiri pun bercakap bohong, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas laporan bahawa Najib tidak yakin mengadakan pilihan raya seawal Mac atau Julai tahun ini kononnya kerana prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di setiap kerusi pilihan raya, Mahfuz berkata Najib sendiri banyak kali didapati bercakap bohong.
"Isu terbesarnya bukan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat di bawahnya, tetapi Najib sendiri pun banyak kali didapati berbohong.
"Contohnya dalam isu terbunuhnya Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, keluarga mangsa kini menuntut Najib menunaikan janjinya untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues," katanya.
Sekarang, kata Mahfuz, ternyata mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues itu dan Najib pula tiba-tiba mengumumkan bahawa suruhanjaya tersebut hanya akan meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai.
"Ternyata Najib telah membohongi keluarga mangsa," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Bagi beliau, Najib bukan sahaja menipu keluarga mangsa, malah menipu seluruh rakyat Malaysia yang tertanya-tanya siapa yang membunuh Teoh.
"Persoalannya mengapa Najib kelihatan beria-ia mengelak dan memesong dari janjinya kepada keluarga Teoh bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues.
"Rakyat semakin tertanya-tanya , apakah yang cuba hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri memandangkan Teoh didapat terbunuh di pejabat SPRM Selangor, iaitu di premis salah sebuah agensi kerajaan," katanya.
Mahfuz juga menyifatkan keenganan Najib itu sebagai bukti amat jelas bahawa kerajaan pimpinannya bersungguh-sungguh mengelak dari bersifat telus.
"Barangkali sebab itulah Najib dilaporkan tidak yakin lagi untuk mengadakan pilihan raya, mungkin imej pembohong dan tidak telus menyebabkan Najib sentiasa ragu-ragu untuk berhadapan dengan rakyat," katanya.
Beliau percaya, rakyat semakin bersedia untuk menghukum kerajaan yang penipu dan tidak telus.

Siasat ADUN Sri Muda: Polis Gagal Ikut Prosedur

SHAH ALAM 11 JAN: Tindakan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie tidak hadir bagi siasatan di IPD Shah Alam hari ini kerana polis gagal melaksanakan prosedur dan notis dibawah seksyen 111 kanun tatacara jenayah.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sewaktu hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi dan memberi penjelasan kepada media mengapa Shuhaimi tidak hadir hari ini.

"Saya harap polis tidak melibatkan diri dalam isu-isu politik. Polis harus bertindak profesional, menjaga keselamatan masyarakat, itu adalah 'priority' polis dan saya masih ingat IGP baru yang dilantik mengatakan 'priority' adalah keselamatan orang awam. Perkara yang melibatkan YB Shuhaimi tidak ada apa-apa kaitan dengan keselamatan awam," kata beliau.

Beliau seterusnya berkata, beliau dan rakan-rakan sepejuangan hanya akan bersetuju untuk menasihati Shuhaimi agar menghadirkan diri ke balai polis sekiranya polis mengeluarkan arahan di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah dan keputusan ini diambil setelah berbincang dengan para peguam PKR.

Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah memberikan kuasa kepada mana-mana anggota polis yang menyiasat sesuatu kes untuk mengarahkan mana-mana individu untuk hadir memberikan keterangan di hadapan anggota tersebut dan arahan perlu diberikan secara bertulis kepada individu berkenaan.

"Pada setakat ini tidak ada motis yang rasmi yang dikeluarkan untuk mewajibkan YB Shuhaimi untuk hadir ke balai polis hari ini, ini perkara  pertama. Walau bagaimanapun bagi pihak PR, sesiapapun yang diperlukan untuk siasatan, kami sedia bekerjasama, tidak ada unsur kami menolak atau melarikan diri," jelas beliau lagi.

Semalam polis mencari Shuhaimi di kediamannya dan meminta Shuhaimi menghadirkan diri ke IPD Shah Alam pada  pukul 2 petang hari ini.

Selain itu, beliau mencabar Umno-BN memberikan penjelasan berkenaan kain rentang yang mempersoalkan hak Sultan yang dilihat sebagai fitnah Shuhaimi.

"Saya, teman-teman saya mengesyaki, yang ada kepentingan dalam perkara ini adalah pihak Umno dan dan dengan cara yanng dibuat ini, saya mencabar supaya Umno Selangor untuk membersihkan imej mereka dan mengutuk tindakan ini bersama kita," tegas beliau.

Ini berikutan insiden di mana sejak pagi semalam, beberapa kain rentang yang mengandungi perkataan 'No to Royal' (Tidak kepada Raja) serta gambar Shuhaimi telah dinaikkan di sekitar Shah Alam oleh pihak tertentu dipercayai bertujuan memfitnah Shuhaimi.

Katanya lagi, polis sepatutnya menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam, bukannya menjadi alat politik pihak-pihak tertentu dan beliau juga menuntut agar Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar berpegang kepada janjinya semasa perlantikannya.

Petang tadi, Tian Chua beserta ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, ADUN Taman Medan, Haniza Talha, ADUN Rawang, Gan Pei Nei, Pengerusi Biro Kepengunaan serta sebagai wakil Ketua-ketua Cabang PKR Selangor, Yahya Sahri dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja, Azmizam Zaman Huri dan 200 ahli PKR hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi.

Program 100 Hari: Anwar cabar Najib debat terbuka

PETALING JAYA: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengadakan debat terbuka berhubung fakta dalam program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pagi tadi.

“Kenyataan Perdana Menteri kononnya janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno- BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

“Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan (Najib) debat terbuka,” kata Anwar.

Anwar menjawab kritikan dan bidasan Najib semalam yang menyatakan Janji 100 Hari Pakatan itu, yang terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu, sebagai tidak bertanggungjawab dan menggadai masa depan negara.

Anwar dengan tegas berkata Pakatan mampu melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam buku Jingga tersebut dengan mengatasi masalah pembaziran, ketirisan dan rasuah yang dilakukan BN yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun.

Selain RM28 bilion yang dapat diselamatkan, kata Anwar, Pakatan Rakyat akan menstruktur semula sistem subsidi dengan memansuhkan subsidi korporat dengan memulangkan RM19 bilion subsidi yang ditanggung Petronas untuk membayar IPP dan menyemak konsesi tol untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion yang ditanggung kerajaan.

“Dua tindakan itu sahaja akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanya satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan,” kata Anwar.

Antara janji yang terkandung dalam Buku Jingga berkenaan ialah memberi imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 yang menelan belanja RM3.2 bilion setahun, penstrukturan subsidi minyak berjumlah RM4 bilion, meneruskan subsidi gas memasak RM4 bilion dan mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dalam konsesi tol yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

“Jesteru jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji Pakatan Rakyat hanya lah RM19.2 bilion yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun.

“Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang,” kata Anwar.

Jesteru kata Anwar,  tuduhan Najib bahawa Malaysia akan muflis jika program itu dilaksanakan adalah dangkal kerana hakikatnya Umno-BN menanggung beban  hutang yang menggunung setiap tahun akibat pembaziran, ketirisan dan rasuah.

“Kerajaan Umno-BN akan mengugut negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta Apco. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan di sini,” kata Anwar.

Ketika ditanya sekiranya Najib enggan menerima cabaran debat tersebut, Anwar berkata ” Sepatutnya sebagai seorang tokoh negara, sewajarnya dia terima (debat), ” tegas Anwar.

Khalid tak perlu lepas jawatan jikapun pindaan gagal, kata pakar

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak perlu melepaskan jawatannya sekalipun usaha meminda perlembagaan negeri mengalami kegagalan disebabkan ketiadaan sokongan majoriti dua pertiga, kata pakar perlembagaan.
Prof A Aziz Bari berkata, Khalid tidak perlu berbuat demikian kerana seseorang menteri besar seperti juga perdana menteri dan ketua menteri hanya perlu meletakkan jawatan jika sudah kehilangan sokongan majoriti anggota dewan.
“Ini diwajibkan oleh perlembagaan, baik persekutuan mahu pun negeri.
“Ini sebenarnya yang menentukan sama ada ketua kerajaan perlu meletakkan jawatan, bukan soal kegagalan mendapat kelulusan undang-undang di Dewan,” kata beliau.
Pandangan ini diberikan ketika timbul cakap-cakap bahawa Khalid (gambar), menteri besar penggal pertama, perlu melepaskan jawatannya lebih-lebih ramai berpandangan bahawa usaha meminda perlembagaan tidak berjaya kerana Pakatan Rakyat tidak cukup sokongan dua pertiga.
Perkara itu menjadi sebutan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat dan juga pembangkang negeri iaitu Barisan Nasional.
“Orang keliru kerana ada yang menyebut konvensyen atau amalan perlembagaan di United Kingdom (UK),” katanya lagi.
Kata beliau, aspek itu tidak relevan di Malaysia memandangkan di UK konvensyen atau amalan seperti itu penting kerana negara berkenaan tidak mempunyai perlembagaan bertulis.
“Di negara kita, ia dinyatakan dengan jelas, bila ketua kerajaan sudah hilang sokongan majoriti, dia kena letak jawatan,” katanya lagi.
Malah jelas beliau, pindaan perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, bukan majoriti mudah yakni lebih sedikit daripada separuh.
“Gagal mendapat kelulusan Dewan tidak mengapa kerana setakat ini tidak ada tanda yang komponen Pakatan akan ada yang membelot.
“Umno-BN boleh bawa usul undi tidak percaya ke Dewan dan kita lihat sama ada ia disokong oleh majoriti,” kata beliau lagi.
Kata beliau situasi di Selangor tidak sama dengan keadaan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 apabila kerajaan BN hampir-hampir kalah dalam meluluskan Bajet 2010.
Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini menambah bahawa yang jelas Whip tidak akan memberi kebebasan kepada ahli parti untuk mengundi sendiri dan “mereka perlu ikut cakap dan arahan Whip.”
Katanya, apabila Umno diharamkan oleh mahkamah pada 1987, perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kesemua ahli Parlimen BN untuk datang ke Parlimen mengisytiharkan sokongan kepada diri beliau.
“Mungkin Adun Pakatan akan melakukan hal yang sama di DUN Selangor dan ini akan mengukuhkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar,” katanya lagi.
Sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor yang antara lainnya dijangka untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan diadakan pada 24 Januari ini.
Speaker Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan supaya surat pekeliling pemberitahuan dikeluarkan kepada semua Adun Selangor bagi memaklumkan bahawa persidangan itu akan bermula pada 10 pagi, demikian menurut satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Menurut kenyataan itu, sidang berkenaan diadakan selepas Teng berpuas hati dengan alasan Menteri Besar bahawa ia adalah untuk kepentingan awam.
Urusan perkara mesyuarat dan kertas mesyuarat akan diedar kepada semua Adun kemudian selepas ia ditetapkan oleh Khalid.
Kerajaan negeri telah melantik Aziz dan peguam Datuk Param Cumaraswamy bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang bertujuan mengembalikan kepada Sultan dan negeri, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang ini yang kini terletak pada pertadbiran pusat.
Isu berkenaan tercetus ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

'Belasah' ahli perniagaan, lima polis didakwa

Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing, 35.

NONEDaripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar.
Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.

Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
NONESeorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam.
Beliau turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia.
Mohadi mohon dibicarakan. Jika bersalah dia menghadapi hukuman penjara maksimun setahun, denda dan juga kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas kesemua anggota polis itu.

NONEPeguam Suraj Singh yang mewakili Norzali dan Mohd Azwan dan peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Ahmad Saifullah, Alizulhafiz dan Mahadi membantah permohonan itu atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk mengenakan jaminan bagi kesalahan saman.

"Anak guam saya hadir ke mahkamah seawal 9 pagi selepas mereka menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan hanya menerima surat saman beberapa minit sebelum prosiding kes itu pada 3.40 petang tadi.

"Semua mereka hadir tanpa dipaksa walaupun surat saman belum dikemukakan kepada mereka," katanya.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengenakan jaminan terhadap kesemua anggota polis itu dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan kes.
Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya.

Sebelum Bersara, KJ Dituntut Tunai Janji Di Rembau

REMBAU 11 JAN: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin di gesa menjawab kegagalannya menunaikan empat janji besar yang ditaburkan kepada rakyat Rembau dalam PRU-12 lalu, sebelum berundur dari arena politik.

Empat janji itu - pembinaan Hospital Daerah Rembau, sebuah lapangan terbang, pembinaan Universiti Institut Teknologi Mara(UITM) dan mendirikan pusat-pusat tuisyen percuma  sehingga ke hari tidak ditunaikan.

Khairy awal bulan ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam PRU lalu, menantu kepada mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ini menewaskan calon PKR Badrul Hisham Shaharin.

Badrul ketika ditemui berkata, PKR demi kepentingan rakyat Rembau mahu Khairy menyelesaikan janji-janjinya terlebih dahulu.

"Sekarang ini dia dah nak berhenti. saya tak pedulilah apa alasan dia, itu saya tak peduli. hakikatnya orang rembau ditipu. dia harus tampil menyelesaikan janjinya," katanya.

Krew Tv Selangor dibawa ke satu kawasan di pinggir pekan Rembau untuk melihat tapak rancangan pembinaan Hospital Daerah Rembau.

Menjangkakan pembinaan separuh siap setelah dua tahun berlalu, yang kelihatan hanyalah lapangan tar yang luas, dan batu asas yang kotor.

"Dia meletakkan baru inilah. Dari Mac 2008 hingga Januari 2011, masa hari pelancaran itu meriah. Secara langsung di tv, pegawai-pegawai kerajaan dipaksa datang, khemah-khemah besar. Akhirnya batu ini kesunyian disini," tambah Badrul lagi.

Rakyat Rembau sekadar disediakan kemudahan klinik-klinik desa. Warga Rembau yang memerlukan perlu kembara jauh sehingga ke Seremban dan Tampin untuk rawatan rapi.

Badrul menasihatkan Khairy supaya menghabiskan sisa-sisa hayat politiknya untuk merealisasikan keperluan warga Rembau.

Apa yang lebih dikesali, Tv Selangor diberitahu pihak kerajaan negeri tidak menunjukkan inisiatif untuk menyelesaikan projek kerajaan persekutuan ini.

"Nak merajuk, nak berhenti, suka dia, tapi hospital Rembau tolong laksanakan. Saya tak mahu dengar RMK baru. kamu janji, kamu kena selesaikan. Kamu masih tergantung janji, dan kamu menipu," katannya lagi.

Pakatan hanya perlu RM19 bilion untuk rakyat

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.
Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.
Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.
Tabiat berhutang Umno/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.
Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong Umno/BN.
Contoh-contoh pembaziran Umno/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.
Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.
Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.
Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:
Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.
Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.
Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang Umno/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

'Mengapa ada dwi standard, Rais?'

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEPada sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar (kiri, berdiri) berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.

Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.

"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.

NONE"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.

"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?

Siapa kata Rais bersalah?

Anwar, yang juga ketua umum PKR juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin PKR membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.

azlanAmah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.

Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada PKR supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.

rais yatim"Kita tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.

"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang,” katanya.

Malaysia sedang menuju gerbang muflis

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.
Menurut Ketua Umum PKR itu, laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.
"Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan debat terbuka," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Cabaran itu, kata Anwar wajar diterima Najib kerana beliau sering mempersoal dan memperlekehkan tawaran Pakatan Rakyat tersebut yang dikemukakan semasa Konvensyen Ke 11 Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.
Pentadbiran Najib, termasuk menteri dan medianya, dilihat begitu kelam kabut menangani Tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat itu.
Semalam Najib mengulas dengan panjang lebar mengenainya semasa perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Hari ini, kebanyakan media BN menyiarkan panjang lebar pula isu itu termasuklah berita muka depan,  RTM1 menyiarkan dalam berita pagi keratan akhbar dan mengulas khusus dalam slot analisis kira-kira setengah jam.
Sebelum Najib menjawab, timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengulas isu itu, khasnya tawaran kenaikan elaun RM500 untuk semua guru di negara ini.
Menurut Anwar, hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7 peratus dari KDNK. Mala petaka ekonomi itu berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan.
"Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 billion," katanya.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR menambah, tabiat berhutang Umno BN akan diperhebatkan tahun ini. Ini terbukti apabila pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011.
"Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon itu akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 billion. Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini," katanya.
Contoh-contoh pembaziran Umno BN, katanya, sudah diketahui rakyat. Antara buktinya termasuklah ketaksuban Perdana Menteri dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 billion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntum golongan berpendapatan rendah dan orang muda.
"Kerajaan Umno BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO," katanya.
Oleh itu, menurut beliau, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik.
"Ini akan menyelamatkan RM28 billion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.
"Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni.
"Jumlah RM19 billion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan," katanya.
Kerajaan Pakatan Rakyat juga, jelas beliau, akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 billion setiap tahun yang kini ditanggung oleh kerajaan.
"Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 billion kepada rakyat, iaitu lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan," tegasnya.
Bukti kemampuan Pakatan Rakyat melaksanakan janji 100 harinya itu diperjelaskan oleh Anwar dengan perkiraan imbuhan khas perguruan sebanyak RM500 sebulan yang hanya menelan belanja RM3.2 billion setahun.
Sementara, penstrukturan semula sistem subsidi supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak dianggarkan berjumlah RM4 billion setahun.
Manakala subsidi gas memasak berjumlah RM4 billion setahun, penstrukturan semula sistem tol di bawah Plus RM23 billion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP, kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan RM8 billion.
Jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji itu, katanya, hanyalah RM19.2 billion, iaitu sama dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.
"Jumlah itu adalah terlalu sedikit berbanding RM51 billion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang," ujarnya.
Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma, jelasnya, telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, sebagai bukti Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya.
"Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat, apabila rakyat sendiri sudah tahu bahawa ia mampu dilaksanakan," tegasnya.
Beliau amat kesal kerana tabiat berhutang Umno BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

Kerajaan Republik: Mingguan Malaysia dikecam

Petaling Jaya: Ketua Penerangan Keadilan Dr Muhammad Nur Manuty menyelar laporan Mingguan Malaysia  yang menyiarkan artikel kononnya Pakatan Rakyat akan mewujudkan negara republik jika mengambil alih tampuk pentadbiran negara kelak.
“Kita melihat tulisan dalam ruangan editorial di Mingguan malaysia itu merupakan satu siri yang tak putus-putus untuk mengaburi mata rakyat terutama orang Melayu bahawa Pakatan Rakyat ingin memansuhkan perkara yang telah diperuntukan dalam perlembagaan terutamanya berkaitan institusi raja.
“Dakwaan ini sengaja direka oleh akhbar Utusan Malaysia dan berita Harian untuk meraih pengundi ketika Umno sudah kehabisan modal dan mencari apa sahaja ruang untuk mendapatkan modal politik,” tegas  Dr Muhd Manuty ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat keadilan pagi tadi.
Utusan Malaysia pada 9 Januari lalu, dalam ruang editorial yang ditulis penulis  Awang Selamat menuduh Keadilan dan Dap berusaha untuk menubuh ‘kerajaan republik.’
Tulisan itu mengulas isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Khusrin Munawi sebagai asas kepada dakwaan tersebut.
Menurut Dr Manuty, Konvensyen Pakatan yang diadakan di Pulau Pinang Disember lalu jelas menegaskan bahawa Pakatan menjunjung prinsip yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.
Antaranya Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan, agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing, menghormati Institusi Raja, menghormati kedaulatan dan hak istimewa orang Melayu serta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Perkara ini sepatutnya tak perlu disensasikan oleh akhbar semata-mata dalam keadaan rakyat yang semakin yakin dengan Pakatan Rakyat terutama selepas konvensyen di Pulau Pinang,” tegasnya.

Kerana terdesak, boleh pulak dah....


PRK Tenang sudah mari
Pengarah Pelajaran Johor gilerr babi
Gesa para guru mengundi
Undi parti yang sudah mahu mati

Tak boleh!! Tak boleh!!
Ini negara demokrasi
Undi hak individu
Takleh paksa-paksa
Kita undi siapa kita suka
Jangan ugut, jangan paksa, ya??

Tim. Menteri Pelajaran, si Puad Zarkashi,
pun 2x5 gilerr babi
Sokong Pengarah Pelajaran Negeri,
buat kerja giler begini.
Uisy...
Apa punyer Tim. Menteri ruperr ni??

Eeeee... terdesaknya ngkorang
Salah guna kuasa tu.....
Salah guna kuasa untuk terus berkuasa
Gilerrr!! Gilerrr!!

Para guru di sana...
Jangan turut ikut gilerrr babi
Guna otak yang Allah SWT beri,
Apabila memberikan undi.

Jangan sekali-kali jadi lembu.
Lembu yang dicucuk hidung.
Ikut arahan gilerr babi dari....
penyokong parti yang dah nak mati!!
Menyesal tak sudah nanti.

Wahai warga guru!!
Jangan zalimi diri,
ikut parti yang dah nak mati.
I repeat....
Parti yang dah nak mati!!

So, jangan teragak-agak lagi
Ucapkan Bye..bye...
kepada parti yang dah nak mati.

Najib dicabar sahut jemputan debat- Zuraida

Wanita Keadilan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyahut cabaran Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat secara terbuka berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata jika benar Najib  ikhlas memperjuangkan agenda ‘Rakyat Didahulukan’ yang diperkenalkannya, beliau perlu menyambut cabaran itu.
“Malahan, saya juga mencabar agar pemimpin Umno-BN lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berani ke hadapan bersama menyahut cabaran ini dan bersedia untuk debatkan perkara ini secara terbuka dan biar rakyat yang menentukan mana yang terbaik,” kata Zuraida.
Mengulas tindakan Najib yang membidas program Pakatan rakyat itu ketika berucap kepada penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, Zuraida menyifatkan kenyataan itu memperlihatkan kelemahan Najib umpama ‘ayam jantan tiada bertaji’.
“Saya juga menyelar tindakan PM Najib sendiri yang telah membuat kenyataan biadap tersebut di hadapan kakitangan awam kerajaan, yang membuktikan bahawa PM Najib sendiri tidak bersikap professional dan tidak menghormati hak kebebasan memilih dan membuat penilaian setiap rakyat,” kata Zuraida yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘hina’ dan mengaibkan’.
Menurut Zuraida, ketika ini kerajaan berterusan membazirkan wang rakyat dengan pembayaran RM5.1 juta kepada Pengerusi Syabas, RM65 juta untuk memperbaiki ‘tandas’ di Sri Perdana, RM5 bilion untuk Menara Warisan, RM40 bilion untuk MRT, RM26 bilion untuk pembinaan KLIFD dan pembaziran lain.
“Untuk rekod, gaji Pengerusi Syabas adalah lebih tinggi berbanding gaji CEO Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) bank terbesar di dunia, yang hanya dibayar RM1 juta setahun,” kata Zuraida.
Malahan, bukan sahaja Pengerusi Syabas, kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lain di Malaysia menerima gaji yang amat lumayan dan tidak selayak dengan kemampuan, kelayakan dan pencapaian mereka.
“Jika Najib tidak mahu negara bankrap, segera kaji kembali semua kedudukan, kelayakan, pencapaian dan pemberian gaji serta faedah yang lumayan, melampau dan membazirkan kepada CEO-CEO ini,” kata beliau.