Saturday, December 11, 2010

Boleh percayakah janji2 BN?Hari ini berjanji Esok dah lupa janji, inilah sikap Pemimpin BN


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010. Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur. Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.
Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat. Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini. Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara. Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus. - Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat
PS: Usahlah percaya lagik dengan janji2 kosong pemimpin BN, mereka boleh kata apa saja untuk menyakinkan rakyat tapi hakikat sebenarnya mereka sudah banyak kali menipu rakyat dengan berbagai2 alasan. Lihat saja kenyataan jaminan Menteri BN katanya harga minyak tidak akan naik dalam tahun ini tapi selang berapa minggu saja semua janji2 mereka tinggal janji. Beginilah nasib rakyat Malaysia yang bertuankan BN, sampai bila lagik rakyat Malaysia nak bagi peluang kepada BN nak perintah Malaysia ini. Bah mari kita sama2 berubah agar hidup kita tidak terus mendapat musibah. Pakat2lah kita sokong PAS dan PAKATAN RAKYAT untuk kesejahteraan Umah.

Tiada wang untuk khatan dua anak di Seremban

Tangguh hasrat khatankan anak

Kesempitan hidup menyebabkan seorang ibu terpaksa bertangguh dalam urusan mengkhatankan dua anak lelakinya yang sudah cukup umur.

Kehidupan Azliza Sahid, 38, terhimpit selepas berpisah dengan suaminya sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menanggung enam orang anak berusia antara 4 sehingga 17 tahun.

Menurutnya, memikirkan kos berkhatan yang mencecah ratusan ringgit memaksanya untuk mendahulukan pendapatan bulanan yang diterima untuk urusan yang lebih penting berbanding membawa anaknya berkhatan.

"Hampir setiap tahun saya berhasrat mahu membawa dua anak lelaki saya yang kini berusia 11 tahun dan 13 tahun untuk berkhatan, namun akibat kekurangan duit hasrat itu terpaksa dibatalkan.

"Cuma, sejak akhir-akhir ini saya mula memikirkan yang anak saya sudah semakin dewasa dan jika ditangguhkan lagi pasti semakin susah. Jadi, saya cuba juga usahakan untuk mereka dikhatankan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permai 2.

Lebih menyedihkan apabila Sinar Harian turut difahamkan bahawa rumah tempat Azliza dan anaknya berteduh sekarang adalah rumah kosong yang tidak diketahui pemiliknya.

Azliza menambah, sudah hampir setahun dia membuat keputusan untuk tinggal di rumah kosong terbabit biarpun tidak dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik.

"Sejak berpisah dengan suami, saya tinggal bersebelahan dengan rumah keluarga saya, namun disebabkan kesemua adik beradik yang lain turut tinggal sekali menyebabkan rumah berkenaan terlalu sesak dan tidak mampu untuk menampung kami anak beranak.

"Saya tidak tahu rumah ini milik siapa tapi sekurang-kurangnya dapatlah kami menumpang buat sementara waktu. Saya bukan tidak mahu menumpang di rumah yang lebih selesa namun, gaji saya tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah," katanya.

Menurutnya lagi, anaknya masih bersekolah dan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM600 sememangnya tidak mencukupi.

"Saya berhasrat untuk berniaga bagi mengubah nasib diri dan keluarga namun hasrat terpaksa dibatalkan akibat tidak mempunyai modal yang mencukupi.

"Saya tidak tahu saluran mana yang harus saya ikuti bagi memohon bantuan memulakan perniagaan dan amat berharap ada pihak yang sudi membantu," katanya yang turut mendapat bantuan bulan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beza yang ada maruah



Ketua Polis London minta maaf dan tawar diri untuk letak jawatan ekoran kejadian penunjuk perasaan bertindak ganas menyerang kereta yang membawa pasangan di raja Charles dan Camilla.

Baca seterusnya...

LONDON: Polis berpangkat tinggi Britain menawarkan diri meletakkan jawatannya susulan sekumpulan pelajar yang berdemonstrasi membantah kenaikan yuran universiti di negara itu menyerang sebuah kereta yang membawa Putera Charles dan isteri, Camilla, beberapa hari lalu.

Serangan Khamis lalu disebabkan rancangan Perdana Menteri, David Cameron, menaikkan yuran universiti tiga kali ganda.

Pasangan diraja itu selamat dalam tunjuk perasaan yang turut menyaksikan kejadian keganasan; bagaimanapun, sesuatu yang memalukan berlaku bagi pihak polis, khususnya menjelang hari perkahwinan anak lelaki mereka, Putera William tahun depan.

Menurut laporan akhbar Sunday Times, Ketua Polis Metropolitan London, Paul Stephenson, menghubungi Charles pagi hari berikutnya dan memohon maaf secara peribadi dan menawarkan untuk meletakkan jawatan. - AFP

Letak jawatan, ekk??
Itu bagi mereka yang ada maruah. Oleh sebab, ada sikap accountability.... maka dia sanggup melepaskan jawatannya.

Ketua Polis di Malaysia Boleh, amacam?? Sanggup buat macam tu??

Setahu aku KPN kita dah dua kali dihantar surat terbuka daripada rakan sekerja dia Datuk Mat Zin pasal salah laku si Gani Petai Peguam Negara berkaitan kes 'Mata Lebam Anwar'. Apa tindakan yang sudah diambil??

Kalau tak berani nak bertindak... aha, letak jer jawatan. Baru orang akan respek dan tabik spring. Fuuhh... itu jer cara nak tunjuk yang PDRM ada integriti dan tak boleh dijual beli.

Hello... Mr KPN, ada berani??

PKR atur "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis"

Meskipun tarikh pilihan raya umum belum diketahui, namun PKR mula memasang angan-angan untuk menumbangkan kerajaan negeri BN di Perlis.

Untuk itu, PKR cabang Arau mula mengatur dialog dan majlis makan malam bersama rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO lain bagi mencari input serta formula untuk menawan negeri itu.

penang pakatan convention 211110 frontKetua cabang berkenaan, Hashim Bakar berkata seramai kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli, penyokong Pakatan dan NGO akan menghadiri dialog berkenaan yang membincangkan tajuk "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis".

"Kita akan berbincang, mengambil input serta pandangan mengenai isu-isu dan strategi daripada NGO dan penyokong Pakatan dalam usaha kita menawan Perlis,” katanya.

Menurutnya, beberapa pemimpin Pakatan di peringkat pusat dan negeri serta pengamal undang-undang juga akan dijemput mengupas tajuk berkenaan.

Antara tokoh itu termasuk Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Thomas Su (Pengerusi DAP Kedah/Perlis), Rus'sele Eizan (ketua penerangan PAS Perlis), Sharif Shaari (Angkatan Sasterwan Perlis) dan Zulmi Sabri (peguam) dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis Khoo Yong Chong.

Hashim berkata cabang berkenaan akan menganjurkan dialog tersebut di Dewan Chi Yong Kor di Kangar pada 18 Disember ini, mulai jam 9 malam.

Manakala timbalan ketua cabang Arau Tengku Nazri Tengku Aldin ditugaskan untuk menjadi moderator pada majlis dialog tersebut, kata Hashim.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat hanya berjaya menguasai dua daripada 15 kerusi DUN Perlis.

Kedua-dua kerusi itu - Sanglang dan Simpang Empat - berjaya dirampas oleh PAS.

Di peringkat parlimen, semua tiga kerusi - Padang Besar, Kangar dan Arau - kekal dimenangi oleh BN.

88 calon rebut 15 kerusi DAP Pulau Pinang

Perwakilan DAP Selangor mendaftar untuk konvensyen mereka 28 November, 2010. — gambar fail
Seramai 88 calon akan bertanding untuk menduduki barisan 15 jawatankuasa parti negeri pada konvensyen DAP Pulau Pinang di Dom Komtar di sini hari ini. Jumlah calon itu merupakan rekod yang sebahagian besar calon merupakan ahli-ahli baru yang menyertai parti selepas DAP mengusai Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008, kata Setiausaha Agung DAP Pulau Pinang, Koay Teng Hai.
Bagaimanapun ramai melihat pemilihan negeri itu tidak sehangat situasi di Perak dan Selangor baru-baru ini.
“Sesetengah calon ini salah faham bahawa dengan mereka memegang jawatan dalam parti, akan membolehkan mereka secara automatik menjadi calon untuk pilihan raya umum akan datang, tetapi hakikatnya bukan begitu.
“Jangkaan seperti ini menunjukkan mengapa begitu ramai yang bertanding untuk menjadi antara 15 ahli jawatankuasa yang dipilih,” katanya dipetik Bernama.
Beliau menjelaskan bahawa calon DAP pada pilihan raya umum adalah ditentukan dalam perbincangan antara jawatankuasa parti negeri dan pemimpin DAP peringkat kebangsaan.
Anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow.
Menurut Koay yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus, pendaftaran calon akan bermula pada 8.30 pagi sementara proses pengundian akan bermula pada 12 tengah hari hingga 2 petang yang disusuli dengan proses pengiraan undi.
Keputusan dijangka diketahui kira-kira 5 petang.
“Kami menjangkakan kira-kira 80 peratus daripada 694 perwakilan beserta 200 pemerhati akan menghadiri konvensyen.
“Bagi mengelakkan kekeliruan ekoran jumlah calon yang banyak, kami akan melekatkan nama dan nombor calon yang dicetak pada baju mereka,” katanya.
Koay berkata selepas keputusan diketahui, mesyuarat agung luar biasa akan diadakan bagi membentuk barisan kempimpinan negeri yang baru di kalangan 15 calon yang terpilih itu.

PERKASAKAN PAKATAN RAKYAT - PESURUHJAYA PAS PERAK

Para pimpinan dari ketiga-tiga parti menyeru parti dalam komponen Pakatan Rakyat memantapkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Para pimpinan perlulah bersatu suara dan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar menyeru parti komponen lain iaitu DAP dan PKR memilih calon yang terbaik untuk PRU yang akan datang. Pas mengharapkan kejadian lompat parti tidak terjadi lagi dalam Pakata Rakyat. Insyaallah, calon PAS tidak akan berpaling tadah kerana berpegang pada amanah.


Haji Mustafa Kamil memberikan cenderamata kepada seorang ahli panel YB Nurul Izzah Anwar.

YB Mujahid Yusuf Rawa turut hadir.


YB Ngeh mewakili DAP

Ustaz Abu Bakar dan pengarah program, Dr. Khairuddin.


Haji Mustafa Kamil memberikan semangat kepada yang hadir.


DS Nizar turut hadir.


Ustaz Abu Bakar mewakili PAS memberikan ucapan penutup.
oleh YB Anuar Sudin

Di mana salahnya ketuanan Melayu?..dalam poket UMNO.............

Mohd Ridhuan Tee

Berbagai pihak memberikan pandangan mengenai ketuanan Melayu. Saya fikir semua faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham. Istilah ketuanan Melayu langsung tidak ada kaitan antara hubungan tuan dan hamba. Melayu bukan tuan, bukan Melayu bukanlah hamba.
Ketuanan Melayu sekadar istilah atau identiti menunjukkan bahawa bumi ini adalah kepunyaan orang Melayu asalnya, itu sahaja. Bacalah artikel dan pendapat siapapun, itulah rata-rata jawapannya, kecuali pandangan MCA dan sekutunya. Hanya mereka yang ultra kiasu sahaja yang memberikan jawapan sebaliknya. Apa yang saya tahu inilah adalah percubaan halus untuk menghapuskan apa juga identiti negara ini yang berkaitan dengan Melayu.
Dalam buku teks sejarah sekolah menengah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ketuanan Melayu didefinisikan sebagai semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu. Jadi, dimanakah salahnya istilah ini? Berdasarkan kepada definisi ini jelas menunjukkan bahawa semua bangsa mempunyai ketuanan masing-masing. Bezanya cuma, ia tidak disebut sahaja ketuanan Cina atau ketuanan India, namun perjuangan dan apa yang mereka perolehi menampakkan segala.
Saya amat pelik bagaimana ada pemimpin Melayu boleh begitu anti dengan istilah tersebut walhal dulu semasa berada dalam Umno, tidak pun istilah ini diungkit atau ditentang. Malah, saya yakin jika mereka masih berada dalam Umno, istilah ini akan dipertahankan bermati-matian. Cepat sungguh mereka berubah bagi mendapatkan laba politik.
Jika perkataan tuan itulah yang menjadi masalah, maka saban hari kita adalah hamba, sebab dalam urusan rasmi dan surat-menyurat panggilan tuan atau puan sudah merangkumi semua golongan dan pangkat, sama ada yang bergelar atau tidak bergelar. Panggilan tuan sudah sebati dengan masyarakat negara ini. Selaku pensyarah di institusi akademik pertahanan, panggilan tuan adalah lumrah. Jika sedemikian elerginya panggilan tuan bermakna, saya adalah tuan setiap hari, manakala pegawai kadet adalah hamba sepanjang masa. Bila berbahasa dengan raja, kita gunakan tuanku-patik. Dahulu sesama kita menggunakan perkataan tuan-hamba. Panggilan tuan sekadar panggilan hormat, tidak ada maksud lain.
Sebab itu, saya sentiasa menyeru segelintir bukan Melayu, terutama MCA, Gerakan dan DAP, cuba memahami adat budaya Melayu daripada orang lain, kerana ia lebih membawa makna untuk masa depan negara daripada terlalu bongkak. Orang Melayu yang saya kenali begitu menghormati bukan Melayu. Kebanyakan bila mereka bercakap dengan bukan Melayu, tiba-tiba pelat atau bunyi (accent) mereka berubah seperti pelat bukan Melayu berbahasa Melayu, sehingga bahasa Melayunya menjadi caca merba.
Benar, surah al-Hujurat ayat 13, Allah menjelaskan semulia-mulia manusia berbilang bangsa di kalangan kamu adalah iman dan takwa. Tetapi manusia tetap ada bangsa yang diciptakan untuknya. Maka, ia perlu dipelihara dan dijaga. Justeru, di mana salahnya istilah ketuanan Melayu? Negara lain tidak perlu mengungkapkan istilah ketuanan kerana nama negara mereka sudah cukup mencerminkan bahawa mereka adalah tuan asal negaranya, seperti Cina, India, Vietnam, Siam, Nyanmar dan sebagainya. Tetapi tidak Malaysia. Tanah Melayu telah bertukar nama. Singapura telah bertukar kepada Singapore. Identiti Melayu telah hilang. Maka sebagai tanda identiti, istilah ini digunakan.
Apakah dengan istilah ini menimbulkan masalah kepada bangsa lain? Dengan makna, diskriminasi menjadi-jadi, orang bukan Melayu terus merempat? Apa yang kita lihat, semakin lantang Umno mahu kekalkan ketuanan Melayu, dasar Umno semakin terbuka. Umno ditekan kiri kanan, depan dan belakang, sehingga tidak dapat bernafas. Tuntutan demi tuntutan bukan Melayu terus dipenuhi dan peluang terbentang luas, sehingga orang Melayu sudah tidak mampu untuk mengejarnya.
Kenapa isu ini hendak dipolitikkan dengan mengaitkan dengan ketuanan Allah, ketuanan rakyat dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada kaitan. Inilah akibat apabila kita melihat sesuatu bukan daripada bidang kepakaran atau sejarah. Semua mahu bercakap. Maknanya, istilah ini terdedah kepada pandangan semua orang. Sudah tentu mereka akan memilih sesuatu yang menyebelahi mereka. Kita tidak menggunakan ketuanan Allah kerana perkataan tuan itu tidak sesuai untuk Allah, maka kita gunakan Maha Esa atau Maha segalanya untuk Allah.
Justeru, raja dirujukkan sebaga Duli Yang Maha Mulia. Ia hanya satu ungkapan kemuliaan raja. Jangan pula ada yang menuduh saya syirik nanti. Sebenarnya, istilah maha ini hanya untuk Allah, tetapi disebabkan oleh budaya feudal Melayu taat dan memuliakan kepada raja, maka istilah maha itu sebenarnya merujuk kepada tuan. Justeru, ketuanan raja tidak perlu dibahaskan kerana telah diterima seperti termaktub dalam Perlembagaan.
Oleh kerana semua raja adalah kerabat keturunan Melayu sebagai identiti, maka adalah tidak salah istilah ini dipanjangkan kepada ketuanan Melayu. Orang Melayu boleh atau layak menjadi raja jika keturunan raja sudah tidak ada atau putus. Seperti di China dan di India, apabila jatuhnya institusi perajaan, maka sistem pemerintahan berubah. Raja tetap wujud cuma nama sahaja yang berbeza. Lagipun semua manusia bermula dengan manusia biasa. Istilah raja digunakan merujuk mereka yang menjadi pemimpin pada satu-satu ketika dan seterusnya diwarisi oleh keturunannya. Raja dan kerajaan sudah sinonim. Raja adalah pemerintah kerajaan. Bagi negara yang tidak mempunyai raja, maka pemimpin nombor satu dirujuk sebagai Presiden atau Perdana Menteri.
Kepada mereka yang faham sejarah, istilah ketuanan Melayu ini merujuk kepada kerajaan negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-Raja Melayu, yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu. Begitu juga dengan istilah negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu ada sejarahnya tersendiri yang perlu dikaji dan difahami secara tersurat dan tersirat, serta kaitannya dengan ketuanan Melayu. Pendek kata, sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini.
Sejarah membuktikan juga bahawa ketika kebangkitan nasionalisme pada tahun-tahun 1800-an dan 1900-an, hanya orang Melayu sahaja yang bangkit menentang penjajah, walaupun ketika itu Tanah Melayu sudah bermasyarakat majmuk. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata, tetapi demi agama tercinta.
Sama juga di Mesir pada tahun 1882, muncul gerakan pemulihan Islam di Mesir untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam bagi membela kedaulatan bangsa dan agama. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh.
Pelajar-pelajar Tanah Melayu di Mesir ketika itu seperti Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Sheikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu bagi membela nasib bangsa dan agama. Keadaan tidak banyak bezanya berlaku di Indonesia. Pendek kata, tidak salah mempertahankan ketuanan bangsa selagi mana tujuan untuk menjamin kesejahteraan agama. —

* Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Angkara cinta tiga segi


ANGGOTA polis berpangkat koperal dipercayai dirawat di Wad 9 Hospital Slim River, Perak sejak bulan lepas.

Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara isterinya sendiri.
Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River, Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu.
Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira pukul 5 pagi pada 11 November lalu.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata, ketika ditemui, mangsa yang sebelum ini bertugas di salah sebuah balai polis di Gombak di sini berada dalam keadaan hilang ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mengalami kecederaan di kaki disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang dikatakan kekasih kepada isterinya.
Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka panik melihat mangsa cedera parah.
“Selepas itu, isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa suaminya hilang pada 12 November lalu selepas lelaki itu keluar dari rumah di Rawang.
“Bagaimanapun, polis mengesyaki sepanjang tempoh mangsa hilang, berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki sehingga menyebabkan mangsa cedera parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Macam-macam ada : Belum tercemar

BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.


Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

Belum tercemar

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

Ketuanan APCO : Anggota Parlimen Australia pertikai isu Anwar-Apco biadab

Tindakan Anggota Parlimen Australia Nicholas Xenophon menyamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen negara ini dengan ‘kangaroo court’ pada Rabu lepas, adalah biadab dan tidak menghormati kedaulatan serta undang-undang negara ini.

Beberapa ahli akademik dan wakil rakyat yang dihubungi Bernama juga menyifatkan kenyataan Xenophon itu sebagai dangkal kerana tidak mendalami terlebih dahulu isu sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Beliau tak ada usul periksa buat dakwaan begitu. Saya rasa dia pun tak duduk (tinggal) lama di Malaysia, tak boleh lah sembarangan sebut Malaysia punya sistem tak baik, melainkan dia dah buat kajian,” kata Prof Dr Ahmad Atory Hussein semalam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu juga berkata kenyataan Xenophon mengguris perasaan rakyat negara ini serta tidak mencerminkan persahabatan Malaysia dan Australia.

Xenophon yang menjadi tetamu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas mengeluarkan kenyataan itu sebagai mempertikai keputusan jawatankuasa berkenaan dalam mengadili isu Anwar menyamakan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Presiden Pertubuhan Suluh Cendekiawan Malaysia, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pula menyifatkan tuduhan Xenophon itu sebagai prejudis dan langsung tidak berasas.

“Dalam kes ini, Anwar dah diberi peluang untuk mempertahankan tuduhan tapi beliau gagal. Jadi kalau dah gagal, jawatankuasa boleh teruskan bawa kes ini, dan saya rasa hak beliau sebagai Anggota Parlimen (Permatang Pauh) telah diberi,” katanya.

Ibrahim berkata, Parlimen Malaysia juga telus dalam isu tersebut dan kerajaan memberi tempoh seminggu untuk Anwar memberi penjelasan namun peluang itu tidak digunakan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.

“Kalau betul-betul kes kuat, saya rasa tak payah bagi seminggu sehari pun dia akan jelaskan balik dengan terperinci, tapi dia tak berani sebab dia tahu tuduhan dia tidak betul dan merupakan hasutan kepada negara.

“Sebab itu (dia) gagal (jelaskan). Kalau dah gagal hak kerajaan untuk teruskan tindakan sewajarnya,” kata bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara itu.

Pada 22 April lepas, Dewan Rakyat bersetuju merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen selepas beliau gagal memberi penjelasan dalam tempoh seminggu mengenai dakwaannya berhubung konsep 1Malaysia.

Anwar mendakwa gagasan 1Malaysia sama dengan konsep One Israel yang membabitkan firma perunding perhubungan antarabangsa Apco Worldwide, yang khidmatnya turut digunakan kerajaan Malaysia.

Mencuri buat kali ke-327 ..Tapi kat Malaysia 50 Tahun merompak tak pe..!!!


LONDON - Sekali lagi, pencuri 'paling prolifik' di Britain akan menyambut perayaan Krismas di dalam penjara selepas didapati bersalah bagi kesalahan jenayahnya yang dilakukan buat kali ke-327.

Penjenayah, David Archer, 55, dilaporkan mula mencuri semasa berumur 10 tahun dan tabiat itu berterusan menjadi satu ketagihan sehingga dewasa.

Tempoh penjara yang telah dijalani Archer sepanjang 'kerjayanya' itu bersamaan dengan dua hukuman penjara seumur hidup di Britain.

Dia tidak dapat menyambut 15 daripada 16 perayaan Krismas sepanjang 16 tahun lalu bersama anak perempuannya kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara.

Archer mengaku mencuri sebilah pisau cukur dan sebotol arak bernilai 20 pound (RM100) daripada sebuah pasar raya, kelmarin - hanya dua hari selepas dibebaskan dari penjara atas kesalahan melanggar perintah kelakuan antisosial.

Archer yang telah menghabiskan 30 tahun hidupnya dalam penjara pernah disabitkan bersalah atas 252 kesalahan termasuk mencuri kotak derma semasa perayaan Krismas.