Friday, October 29, 2010

Tak perlu undi Cina dan India: Presiden MCA kecam pemimpin Umno!..(video inside)



Kita tunggu apa reaksi penyokong dan blogger fanatik parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ini..bukan DAP yang cakap, bukan PR yang bersuara..tapi pemimpin utama BN (MCA) sendiri yg kecam pemimpin Umno Bahagian ini..kalau dengan DAP punya la laju marah dan memakihamun, kalau geng sendiri?...sama2 kita lihat dan saksikan...


Chua: Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik'

Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India, dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.

“Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas," katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum.

“Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdik dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri.

“Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang,” kata Chua.

Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut.

Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana.

“Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India,” kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu.

Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari. - MK

TERDESAK: Kumpulan gengster Umno/BN halang dan ugut petugas wanita Keadilan di Batu Sapi..



Samseng Umno Ugut, Halang Petugas Wanita KEADILAN Merayu Undi

SANDAKAN 28 Okt - Kumpulan perayu undi dan culaan wanita Parti Keadilan Rakyat yang membuat tugasan pilihan raya di Kampung Istimewa dekat sini tengahari tadi ditakutkan dengan tindakan ala gengster segerombolan ahli dan penyokong Umno dan Barisan Nasional yang menhalang dan menakut-nakutkan mereka daripada mendekati penduduk kampung.

Menurut Noraliza Abdul Wahab dari Cabang Permatang Pauh beliau bersama-sama 20 petugas lain sampai di kampung tersbeut kira-kira pukul 11.15 pagi tetapi setiba mereka terus dihalang oleh beberapa petugas bilik gerakan BN yang terletak berhampiran dengan jalan raya.

"Ini kali kedua kami berkempen di kampung ini dan pertama kali semalam kami datang tidak ada masalah. Penduduk kampung pun menyambut kami dengan mesra dan menunjukkan respons yang baik terhadap kehadiran kami.

"Namun hari ini berlainan pula, sekumpulan lelaki dari bilik gerakan BN menunjukkan sikap yang agresif dengan mengelurakan kata-kata kesat, mengugut serta menghalau kami. Serorang daripada mereka mengatakan kampung ini kubu kuat BN dan orang luat tidak boleh masuk.

"Kami kata ini negara kami, kenapa halang kami bergerak bebas dan setiap rakyat Malaysia berhak mengundi tanpa dipaksa atau ditakut-takutkan," kat Noraliza.



Teman beliau, 'Mama' Doris Chua dari Cabang Bayan Baru berkata selama beliau terlibat dalam tugas merayu undi dalam pilihan raya, inilah pertama kali beliau berdepan dengan tindakan samseng penyokong BN yang ganas dan juga biadap.

"Saya sudah berumur dan memberi salam serta menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi mereka terus menepis tangan saya. Saya terkejut kerana saya yakin rakyat Sabah semuanya berbudi bahasa dan tinggi budi pekerti tidak seperti beberapa individu yang memberi imej buruk kepada orang Batu Sapi," kata Chua.

Ketua Cabang Batu Sapi, Hassnar Ebrahim yang menerima panggilan kecemasan dariapda petugas wanita KEADILAN terus bergegas ke lokasi lalu menenangkan keadaan.

Bagaimana ketika aktivis KEADILAN meneruskan kempen mereka di kampung tersebut, sekumpulan petuga BN terus mengikuti mereka sambil mengarahkan kepada wanita, kanak-kanak dan orang tua, 'tutup pintu, masuk dalam, jangan buka pintu, jangan kasi ini orang masuk' bagi menghalang mereka berinteraksi dengan perayu undi
KEADILAN.

Seorang penyokong BN, Ibrahim Uling berkata beliau tidak bersetuju dengan tindak tanduk penyokong BN mengganggu aktivis KEADILAN menjalankan tugas mereka.



"Saya amat tidak setuju cara ini. Biarkanlah rakyat yang menentukan kepada siapa undi yang mereka mahu berikan. Undi saya pun rahsia tapi kalau begini caranya BN mahu menakutkan-nakutkan rakyat saya pun mahu undi Pakatan Rakyat kali ini," tegas Ibrahim

Suara Keadilan difahamkan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol berada di dalam bilik gerakan ketika kejadian berlaku tetapi hanya berdiam diri dan tidak bertindak untuk meredakan keadaan.

Bagaimanapun keadaan berjaya dikawal oleh beberapa anggota polis yang berada di situ.

Hassnar berkata ini adalah tindakan tidak bertamaddun dan kurang sopan.

"Pilihan raya adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan setiap warganegara berhak memilih pemimpin yang mereka mahu, bukan digertak dan dihalang seperti 'hooligan' oleh BN," kata Hassnar.

Sehubungan itu beliau membuat laporan di Balai Polis Sandakan di Jalan Bandaran kira-kira pukul 1.00 tengahari tadi. - suara-keadilan.com
Berita berkaitan:
- Penyokong UMNO tumbuk pegawai kerajaan Pulau Pinang (video)

Projek MEE SEGERA: Umno/BN terdesak tarik undi rakyat Kelantan...



"Nak terkencing terberak,8/10/10 gerombolan pencacai umno mencacak satu signboard "kaver line", Pusat sukan yang di janjikan kunun nya di PRK Manik Urai dulu.

Kalau tidak kantol la dgn rakyat Galas kakaka yg seronoknya tergesa2 papan tanda ini di tulis pakai tangan dan cat masih basah lagi, janji pusat sukan tapi tulis padang bola, tipu ke tak tipu, RSA TERNOK JAYA ENT.

Tu kepunyaan orang yang berjawatan dalam umno bahagian Kuala Krai. cuba tgk TARIKH MULA ? TARIKH SIAP ? PERANGAI PARIA PUNYA UMNO !!! kakaka" - FB 'Kamen Rider Zo'


p/s: Masihkan anda ingat gambar di bawah??



Klik untuk besarkan..perbezaan dahulu dan sekarang...siapa yg rasmi tergesa2 tu? siapa lagi kalau bukan bakal menteri besar Kelantan dari Umno...fikir2kan...;)

Artikel berkaitan:
- AWAS: Pakatan Rakyat boleh kalah di Galas di sebabkan faktor ini!..(video inside)
- Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS..

Dua berita yang tak sedap didengar sempena Pilihan Raya Kecil N.45 Galas...



Dua berita yang tak sedap di dengar oleh UMNO dan sekutunya..berita yang bakal memenangkan PAS dalam PRK Galas kali ini (insyaAllah)...

Berita 1

PAS Semakin Diterima Masyarakat Cina

GUA MUSANG: PAS meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa lebih daripada 80 peratus pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan memberi sokongan kepada calonnya, Dr Zulkefli Mohamed dalam pilihan raya kecil, 4 November ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, sokongan itu kian ketara apabila masyarakat Cina dilihat semakin menerima pendekatan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang lebih 'lembut' terhadap kelompok berkenaan.

Jelas beliau, sebelum ini masyarakat Cina lebih yakin dengan kaedah yang digunakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz berbanding Abdul Hadi kerana terlalu agresif.

"Sebelum ini orang Cina hanya terima konsep kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, Abdul Hadi tak berapa diterima.

"Tapi sekarang ini satu perkara mengejutkan ialah orang Cina sudah terima Abdul Hadi, mungkin kerana sudah lihat beliau tak agresif seperti dulu, pendekataannya kini diterima... dulu pendekatan lain," katanya ketika ditemui di markas PAS di sini, Khamis.



Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku itu, perubahan dasar dan pendekatan yang digunakan Abdul Hadi pada masa ini berjaya meraih sokongan masyarakat bukan Melayu terhadap PAS.

"Nampaknya Abdul Hadi terpaksa akur bahawa kaedah dahulu tak berkesan, jelas sekali Tok Guru Nik Aziz lebih mendahului daripada pimpinan lain dari segi pendekatan terhadap kaum-kaum lain," katanya.

Selain itu jelas beliau, penerimaan pengundi bukan Cina secara keseluruhan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat juga telah mempengaruhi sokongan terhadap PAS.

"Sokongan makin bertambah, kalau dulu 80 peratus (sokongan), sekarang dah meningkat sebab penerimaan orang Cina terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat cukup memberansangkan, kita juga tak ada masalah dengan pengundi Cina," katanya.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27). - mStar Online

*Versi Harakahdaily pula boleh baca pada tajuk, "Jentera Pakatan tawan hati masyarakat Tionghua"...

Berita 2

1,800 Anak Rantau Kelantan Bakal Pulang Mengundi Di Galas

PETALING JAYA: Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) menjangkakan kira-kira 10 peratus daripada 18,000 ahlinya akan pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini.

Setiausaha Agung Perakan, Azman Awang berkata pihak pengurusan persatuan telah pun memaklumkan kepada ahli-ahlinya supaya pulang bagi melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari mengundi nanti.


(Sekadar gambar hiasan..Satu program Perakan bersama YAB MB Kelantan..)

"Kita jangka 1,800 ahli kita akan balik mengundi di Galas. Kita juga sudah memaklumkan kepada mereka melalui pengumuman di laman web dan surat rasmi daripada persatuan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peratusan pengundi luar di Kelantan akan balik mengundi pada pilihan raya kecil Galas pada 4 November ini.

Azman berkata, jumlah tersebut merangkumi ahli persatuan yang berada di seluruh negara.

"Jika hari mengundi jatuh pada hari bercuti kita pasti jumlah mereka dijangka akan balik mengundi pasti meningkat tapi kita maklum dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi Khamis depan," katanya.

Menurutnya, pengundi di luar Kelantan boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil di Galas kerana mereka tidak terpengaruh dengan sentimen dan isu tempatan yang digunakan oleh parti yang bertanding.

"Sekiranya keputusan pilihan raya kali ini terikat, pengundi luar boleh jadi penentu kerana jumlah mereka agak besar," katanya.

Ditanya parti mana yang mempunyai peluang cerah untuk menang dalam pilihan raya kecil di Galas, Azman berkata: "Peluang sama rata kerana saya lihat tidak ada isu yang kuat digunakan pada kempen pilihan raya kali ini."

"Namun PAS masih berpeluang cerah untuk mempertahankan kerusi ini kerana Galas salah satu kubu kuat PAS," katanya.

Pada pilihan raya kecil kali ini PAS meletakkan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon mereka sementara Barisan Nasional memilih Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian peyandangnya, Che Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 September lalu.Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim, 48, mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada Barisan Nasional dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.Kerusi itu mempunyai 11,553 pengundi berdaftar terdiri daripada 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos.

Daripada jumlah itu kaum Melayu merupakan majority pengundi 7,125 orang, Cina (2,317), India (185), Orang Asli (1,889) dan Bumiputera Siam (10). - n9kini.com
Artikel berkaitan:
- [Kemaskini] HEBAT: Gambar sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas..(video inside)

Video Umno Melaka 'mengganas': Sudahlah ganggu ceramah PR, berlagak sombong pulak tu!

Ini adalah video bagaimana UMNO mengaku bahawa dialah yang memberi segala-galanya dalam Malaysia. Jalan raya, bangunan, hospital dan sebagainya serta mengatakan manusia ini adalah menumpang jalan. Manusia seperti orang UMNO ini sudah lupa Tuhan dan menghina hukum hudud.

VIDEO: Boleh lihat video keangkuhan Umno Melaka di SINI..

Dalam ceramah ini juga, pihak UMNO menggangu ceramah yang telah dianjurkan oleh pihak PAS. Berceramah yang merapu bahawa UMNO akan mempertahankan keris Hang Tuah. Dia lupa sejarah bahawa negeri yang mula-mula ada sultan adalah dari Melaka namun Melaka juga negeri yang tiada sultan sehingga ke hari ini.

Ini akibat sifat Melayu UMNO yang tamak serta menghina hukum Tuhan. Mereka lupa diri dan tidak tahu bersyukur. Akibatnya ceramah mereka dipulaukan oleh ahli mereka sendiri. Cuba lihat video di atas dan kira berapa jumlahyang datang ke ceramah UMNO yang merapu itu?

Pada masa yang sama ada juga kedengaran ceramah dari pihak PAS yang turut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek namun diganggu oleh 'ustaz' dari UMNO yang bernama Tajuddin Osman.

Beginilah sikap umno yang suka buat kacau jika Pakatan Rakyat cuba untuk berceramah. Mereka sering dilihat seperti cacing kebingungan dan sering kali menjadi lembu liar ketika ceramah Pakatan Rakyat diadakan.


CERAMAH PR







CERAMAH BN





Baru sebentar tadi berlangsungnya ceramah oleh pihak PAS selaku wakil Pakatan Rakyat namun pada masa yang sama dengan jarak hanya 50 meter, UMNO juga mengadakan ceramahnya untuk mengganggu pihak PAS. Ceramah PAS turut menjemput ADUN DAP dari Kesidang dan ADUN Bachang manakala PAS menampilkan Ustaz Sidek Noor dari Perak.

Di pihak UMNO pula menampilkan Tajuddin Osman dan menayangkan video kerana mereka tiada penceramah termasuk ketiadaan Ali Rustam untuk berceramah pada ceramah tersebut. Kehadiran orang ramai pada pihak PAS dan Pakatan Rakyat adalah sekitar 400 orang manakala bagi UMNO dan BN sekitar kurang dari 50 orang seperti dalam gambar di atas.


Sekarang rakyat telah membuktikan mereka boleh hidup tanpa UMNO kerana rezeki datang dari Tuhan dan bukannya dari UMNO. Apatah lagi manusia yang hidup akan menemui ajalnya inikan UMNO yang akan mati pada bila-bila masa sahaja.

Perjuangan mereka hanyalah bersifat holistik dan seperti gajah namun berkaki plastik. Mereka hebat dengan laungan membela melayu tetapi membisu dalam menipu Melayu. Inilah UMNO yang licik tapi jahil. Gambar di atas juga menunjukkan sudah tiba masanya untuk Ali Rustam mengundurkan diri dari DUN Bukit Baru.

Ceramah yang dianjurkan mereka sebelum ini dipulaukan oleh penduduk setempat dan bukan sebelum ini sahaja malahan malam ini juga rakyat Bukit Baru menterjemahkannya dalam siri ceramah yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Bukan itu sahaja, pihak polis sudah terbuka pintu hati mereka untuk mendengar ceramah PAS termasuk juga 'Special Branch'. Pihak polis lebih aman jika berada dikawasan Pakatan Rakyat berbanding dengan ceramah UMNO. Sebab itu ceramah UMNO polis tidak berkawal kerana tiada apa untuk dikawal.

Yang datang ceramah UMNO hanyalah budak-budak kecil dan pakcik-pakcik yang saja-saja singgah mahu melihat ceramah UMNO. UMNO berceramah bukan dengan penceramah sebaliknya memasang ytayangan video. Jelas membuktikan UMNO ketiadaan penceramah.


Sumber: suaramelaka.blogspot.com

Artikel berkaitan:
- Kerajaan Umno Melaka terdesak: Demo bantah roboh surau dan PASTI

Lagi politik SAMSENG: BN pasang kain rentang halang petugas PR temui penduduk kampung



Larang PR Berkempen, BN Mahu Bawa Rakyat Batu Sapi Ke Politik Zaman Batu

SANDAKAN 29 Okt - Barisan Nasional membawa budaya politik Malaysia ke zaman batu apabila memasang kain rentang di bilik gerakannya di Kampung Istimewa melarang petugas Pakatan Rakyat memasuki perkampungan tersebut untuk menemui pengundi.

Calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari pada masa persada politik negara sedang menuju ke arah pembudayaan dan kerangka politik baru malangnya Umno dan BN dilihat ingin membawa rakyat kembali kepada zaman kegelapan politik penuh kezaliman, pemikiran kuno dan politik lama.

"Kita tidak mahu kembali kepada politik tahun 1960-an yang diamalkan oleh BN seperti mana yang kita lihat di Kampung Istimewa semalam. Mereka memasang kain rentang yang melarang pembangkang memasuki kampung itu.

BNN mahu kita kembali kepada zaman batu tetapi kita mahu bawa budaya politk baru yang melibatkan debat, diskusi dan perbincangan bagi memberi peluang kepada pengundi Batu Sapi membuat pertimbangan dan seterusnya pilihan alternatif yang paling baik di antara tiga calon yang bertanding," kata Ansari pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pagi tadi.

Semalam Suara Keadilan melaporkan kira-kira 20 anggota pasukan petugas perayu undi dan culaan dari Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh dan Bayan Baru telah dihalang oelh samseng Umno daripada menemuim pengundi Kampung Istimewa di kawasan Dewan Undangan Negeri
Sekong.

Mereka telah diugut dan dilemparkan kata-kayta kesat dan diancam dengan kekerasan serta memaksa penduduk menutup pinti rumah dan tidak memenerima kedatangan petugas KEADILAN...- SuaraKeadilan

Berita terdahulu..
- TERDESAK: Kumpulan gengster Umno/BN halang dan ugut petugas wanita Keadilan di Batu Sapi..
- Video Umno Melaka 'mengganas': Sudahlah ganggu ceramah PR, berlagak sombong pulak tu!

Gambar sekitar ceramah PAS di Galas: Ribuan hadir termasuk kaum Cina dan India!..(video inside)

















KEMPEN 2











BIADAP: Blog Umno 'provoke' Sultan, Istana Kelantan nafi khabar angin blogger Umno!



Gambar di atas adalah diambil dari salah satu blog pro-Umno, 'cikguleepk.blogspot.com'..tajuk yang agak biadap terhadap Tuanku Sultan Kelantan...

Dan banyak lagi blog2 pro-Umno dilihat sengaja mencetuskan 'provokasi' terhadap diri Tuanku Sultan Kelantan walaupun (kononnnya) dalam nada yang berlapik..

Sentimen negatif ini sengaja diheboh2kan bagi menekan pihak istana, khususnya Sultan Kelantan...buktinya, hari ini pihak istana terpaksa tampil kehadapan bagi menjawab khabar angin yang direka-reka oleh penyokong Umno ini...

Sungguh terdesak dan biadap mereka sehingga cuba mengaitkan istana dalam kempen perang politik mereka...ternyata hubungan erat kerajaan negeri dan pihak istana tidak menyenangkan mereka..

Akhir kalam, cuba korang bayang tajuk yang sama seperti diatas telah dibuat oleh penyokong PR khususnya DAP?..apa reaksi penyokong rasis Umno?..fikir2kan..wallahua'lam..


GUA MUSANG, 29 Okt — Kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang masuk hari keempat hari ini, mula “panas” dengan dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS menggunakan Sultan Kelantan untuk memancing undi.

Khabar angin tersebar luas di Gua Musang sejak pagi tadi bahawa Sultan Muhammad V akan mengunjungi Gua Musang hujung minggu ini untuk mengurniakan geran tanah pada satu majlis kerajaan negeri, yang didakwa akan digunakan untuk menaikkan reputasi PAS menjelang hari pengundian minggu depan.



Bagaimanapun Istana Kelantan menafikan Sultan Muhammad V akan berada di Galas menjelang hari pengundian 4 November ini.

Blog pro-Umno The Unspinners mendakwa kerajaan negeri bercadang untuk memberi 1,200 Orang Asli geran tanah.

Satu lagi blog, Bigdogdotcom pula mendakwa adalah malang jika Sultan Muhammad V dimanipulasikan oleh sebuah parti politik ketika kempen, laporan yang dilihat mendakwa Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan pihak istana.

“Adalah malang jika Duli Yang Maha Mulia Sultan digunakan sebagai alat oleh sesetengah pihak ketika kempen proses demokratik, khususnya dalam pilihan raya.

“Pilihan raya adalah persaingan antara parti politik dan ahli-ahli politik,” kata tulisan blog yang disiarkan semalam.

Bagaimanapun sumber-sumber Istana Kelantan menafikan yang Sultan Muhammad V akan melawat Galas dalam tempoh terdekat.

Sumber itu menambah, baginda juga telah menangguhkan kesemua pertemuan dengan Exco Kerajaan Negeri yang dijadualkan sebelum 4 November.

“Malah, Sultan pun tiada di negeri dan baginda tidak akan mengunjungi Gua Musang sehingga pilihan raya berakhir,” kata satu sumber istana kepada The Malaysian Insider.

Sultan Muhammad V yang dimashyurkan sebagai sultan bulan lalu telah mengunjungi bahagian Gua Musang minggu lalu sebelum bermulanya tempoh berkempen untuk mengurniakan geran tanah kepada lebih 100 penduduk.

Bagaimanapun difahamkan tiada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu.

“Tidak ada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu disebabkan sensitiviti, Tuanku hanya diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawainya,” kata sumber.

“Sultan bijak, baginda tahu peranan baginda, baginda faham situasi, jadi baginda tiada rancangan untuk melawat Gua Musang ketika tempoh berkempen,” katanya.

Dalam pada itu, Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad yang mengesahkan tiada kunjungan diraja ke bahagian Gua Musang menjelaskan, majlis pengurniaan geran tanah minggu lalu telah dijanjikan oleh Sultan Muhammad V tahun lalu ketika baginda masih pemangku Sultan Kelantan.

“Mereka yang menerima geran tanah merupakan mereka yang memohon terus kepada baginda, ketika baginda masih Tengku Mahkota,” kata Halim.

“Permohonan ini diluluskan baru-baru ini dan Tuanku memutuskan untuk mengurniakan secara peribadi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Halim menafikan ia keputusan politik.

“Ia adalah rutin baginda. Bukan sahaja di Gua Musang, baginda melawat seluruh negeri untuk menyampaikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukannya,” kata Halim.

“Istana tidak terlibat dalam kempen. Mereka boleh berkata apa yang mereka mahukan, tetapi istana tidak terlibat dalam politik,” kata Halim lagi.

Jentera kempen Barisan Nasional diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, ketua Umno Gua Musang, yang merupakan anggota kerabat diraja. - TMI

GAMBAR: Bukti Sabah terus MUNDUR di bawah pemerintahan kerajaan Umno/BN!





Oleh: Pria Malaya

Gambar di atas adalah gambar terbaru yang dirakam ketika jentera wanita PKR sedang berkempen di Batu Sapi Khamis lalu (28 Oktober 2010)...sungguh sedih lagi menginsafkan...

Betullah kata orang, dimana Umno kuat, disitu rakyat merempat..apabila rakyat miskin, maka mudahlah utk BN menggula2 dan memperbodohkan rakyat terutama ketika musim pilihan raya...contoh boleh lihat pada gambar di atas..



(Sekadar gambar hiasan: Dimana Umno kuat di situ, rakyat merempat...)

Gambar dibawah pula menunjukkan kedhaifan sebuah sekolah di Sabah, sebuah negeri 'jajahan' Umno buat sekian lama..sungguh sedih tatkala melihat anak bangsa masih dibelenggu dengan masalah seperti ini walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun....

Daripada Najib/Umno membazirkan masa dan wang untuk membina menara 100 tingkat untuk bermegah2, ada baiknya Najib memikirkan tentang masalah dan nasib mereka, nasib anak bangsa kita, nasib warisan generasi kita..fikir2kan....