Saturday, February 6, 2010

Keputusan 9 Feb 2010 - UMNO dah mula kempen...

...


Salam Sejahtera...

Hari ini 6 Feb 2010, kurang dari 50 jam dari sekarang, satu lagi detik bersejarah akan berlaku, pusingan pertama di mahkamah tinggi Nizar Menang, Sorang saja hakim nya, pusingan kedua di mahkamah rayuan Zamri Mamak (menang) 3 orang hakim , 3 - 0, apakah keputusan 9 Feb nanti, hari Selasa..,


Cuba perhatikan gambar ini, budak kecil yang didokong ibunya
itu nampaknya terlalu takut, dengan siapakah yang ia takut tu..

Nampaknya, Zambri Mamak pun dah gelabah puyuh, hari ini saja dibuatnya program sembahyang hajat di kediaman menteri besar, habis semua pegawai Masjid dari negeri Perak di kerah hadir untuk sembahyang hajat, siap guna JAIP lagi tu..., oii salah guna kuasa dah tu,, itu program peribadi,,,,

Hari ini juga satu program bersama bekas tentera akan di adakan di Ipoh, oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi, apakah ini pun sebagai strategi nak membantu UMNO, sama-sama kita tunggu, dari Manjung sahaja 4 buah Bas dari TLDM disediakan kepada sesiapa yang berminta nak pegi, terbentang banner dihadapan masjid Daerah Manjung menjemput bekas tentera...
Dan lagi satu terkejut aku bila buka BH Online, ada 7 berita semua hal UMNO & Zambri, ini umpama package 3 dalam 1, satu daripadanya nak bagi tau dah setahun mereka merampas kuasa dan memerintah secara haram, oii haram, bila haram sama aja dengan makan babi, sebab babi tu pun haram...,

Ini berita pertama, oii panjang berjela ceritanya, berita kedua bab ni ampu bodek sang mamak, berita ketiga cerita dari Exco dan penasihat 25 persen, berita keempat ni ia cilok dari idea kerajaan PR yang lalu, berita kelima hal ehwal ekonomi lagi, berita keenam tunaikan janji kononya, berita ketujuh hai mengenai orang asli,, ini di berita harian.

Di Utusan hanya satu sahaja, Di SINI, hairan pulak aku, kenapa satu sahaja, tak ada kerjasama ka antara BH dengan UM.

Jadi nampaknya apakah UMNO pun sedikit sebanyak cuak juga atau sengaja berbuat demikian sebagai satu lakonan supaya perbuatan mereka tidaklah ketara sangat, seolah-olah mereka pun takut sama, sedangan keputusan dah ada dalam kepala otak, cuma nak diistiharkan sahaja.

Apa pun keputusan 9 Feb selasa ini, hanyalah dengan kuasa Allah yang maha besar jua, kita hanya berserah kepada nya dan masih ada peluang dengan berbanyaklah berdoa dan sembahyang hajat, moga-moga kemenangan diberikan kepada yang haq.

DS Nizar Tidak Akan Mengaku Kalah


Setahun sudah berlalu selepas kerajaan pimpinannya tumbang, tetapi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan beliau sama sekali tidak akan mengaku kalah.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider di rumah sewanya di Sungai Rokam dekat sini, Nizar berkongsi perjuangan sebenar beliau dan sebab beliau tidak mudah menyerah kepada Barisan Nasional (BN).

“Mereka (BN) adalah perampas kuasa. Mereka mahu simpan (Perak) ini dengan mereka. Perak bukan milik mereka.

“Ia adalah milik rakyat tetapi ia menunjukkan bahawa mereka tidak kisah pasal perkara itu.


“Pakatan Rakyat (PR) dari awal-awal lagi konsisten mengenai apa yang kami mahukan. Kami mahu pembubaran mengikut undang-undang, ia merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis,” kata bekas menteri besar ini sempena temu bual setahun selepas kerajaan negeri pimpinannya beralih tangan.

PR masih menganggap kejadian tahun lalu itu sebagai satu rampasan kuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gantang ini menuduh penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menghormati Perlembagaan dan sistem demokrasi, malah tidak peduli tentang rakytat.

“Sebenarnya beliau telah merampas hak rakyat dan dia tidak menghormati undang-undang sama sekali,” kata Nizar yang dilantik sebagai anggota Dewan Rakyat selepas kerajaan negeri tumbang.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan dua bulan selepas kerajaan negeri Perak tumbang.

Wakil PAS ini, salah satu komponen PR, juga mengakui krisis politik di Perak sudah berlarutan terlalu lama tetapi menegaskan, pihaknya tidak akan mengaku kalah dengan mudah.

“Jika kami mahu melakukannya, kami sudah tentu telah melakukannya dari hari pertama. Tetapi disebabkan ini adalah kes di mana kuas
a dirampas dan kami tahu siapa pencurinya, jadi kami perlu mendapatkan semula,” katanya.

Nizar menegaskan beliau sama sekali tidak akan mengaku kalah.

Dengan berseloroh, Nizar berkata hanya orang yang tidak siuman akan duduk dan membiarkan seorang pencuri berarak menunjukkan barang-barang yang dicurinya.

“Bayangkan ada seorang datang ke rumah kamu dan mencuri kereta anda, dan anda tahu siapa pencuri itu. Adakah anda hanya mahu duduk dan mengatakan bahawa ‘tidak mengapa, saya akan benarkan dia memandu (kereta) selama setahun...’” katanya.

Nizar menjelaskan, jika kerajaan PR membiarkan BN untuk menguruskan pentadbiran, ia akan mencetuskan tanggapan palsu mengenai kestabilan.

“Ya, urusan lain berjalan seperti biasa, perniagaan berjalan tetapi pada asasnya krisis masih wujud,” katanya.

“Jadi yang mana satu baik? Berada di mana anda berada sekarang, mengenal pasti krisis atau tinggal bersama kestabilan yang direka semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun Nizar mengakui perjuangan yang dilakuinya meletihkan.

Ayah kepada lapan anak ini hanya tidur kurang daripada tiga jam setiap hari bagi memastikan tanggungjawabnya tertunai antara siri ceramah, khidmat sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, tugas parti dan kehidupan keluarganya.

“Ia bukan soal penat (semata-mata) tetapi ia (juga) mendatangkan pulangan. Saya menjangkakan bahawa jika tidak ada apa-apa berlaku ke atas diri saya, maka saya akan berkhidmat kepada rakyat Perak selagi saya terdaya kerana saya tidak boleh menerima hakikat bahawa negeri ini ‘diperkosa’ oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

“Sehingga dan kecuali ketidakjujuran dihapuskan, saya akan berada di sana.

“Saya tidak rela untuk melihat negara dan rakyat ini dipergunakan sebagai alat dan dipijak oleh perampas-perampas kuasa,”
katanya.

Sebagai seorang Muslim, Nizar berkata beliau tahu bahawa kewujudan seseorang di dunia ini adalah untuk tujuan-tujuan tertentu, untuk menegakkan kebenaran dan membanteras kejahatan.

Nizar berkata beliau tidak akan berkepit pada jawatan menteri besar buat selama-lamanya.

Sebaliknya kata Nizar, beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya kepada mana-mana wakil PR yang layak untuk meneruskan peranan itu dengan syarat ikatan ini memenangi pilihan raya akan datang.

“Mengapa tidak? Kami di PAS tidak pernah berkata jawatan menteri besar hanya harus milik kami.

“Jika ada pemimpin lain yang berkaliber dan berupaya, maka dia boleh mengambil jawatan itu,” katanya.

Tanpa terlalu yakin, Nizar berkata beliau masih percaya bahawa rakyat negeri itu masih menyokong PR.

“Hari ini, di kawasan-kawasan luar bandar di mana sokongan Melayu lemah, keadaan sudah berubah. Orang ramai mula keluar untuk bersalam dengan saya,” katanya.

“Sebelum ini mereka percaya dengan fitnah-fitnah disebarkan Umno-BN bahawa saya menderhaka kepada Sultan dan saya boneka DAP,” katanya.


Tuan Guru Abu Bakar Hussain membacakan doa sebelum
ekspedisi bermula

Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersama-sama
mengaminkan doa untuk rakyat Perak

Ramai yang turut serta menghantar pimpinan berekspedisi
yang bermula di bawah pokok demokrasi

Muslimat juga turut serta bersama

Bersedia untuk menaiki bas

Isteri dan anak-anak Dato Seri Nizar juga turut serta

Lambaian seorang Menteri Besar yang berjiwa rakyat

Tuan Guru Haji Abu Bakar, Pesuruhjaya Pas Perak mengetuai
bas ke selatan bersama Ustaz Misbah, Sdr Mustafa Kamil Ayub
dan pimpinan yang lain.

YB Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong yang menjadi
'pemandu pelancung' kami hari ini

Bas XPDC Jelajah Daerah yang membawa pimpinan
Pakatan Rakyat bertemu rakyat

Hari ini dalam sejarah: Rampasan Kuasa di Perak

PasGopeng,
IPOH 5 Feb 2009 Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pergi ke pejabatnya seperti biasa pagi ini dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum beredar pulang ke kediaman rasminya.

Nizar bersama barisan exconya tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup. Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi pintu masih tidak dibuka.

Nizar kemudiannya, keluar dari keretanya dan menemui pengawal di situ dan sejurus kemudiannya pintu pagar utama kelihatan dibuka. Berikutan itu, Nizar dan kesemua exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu.

Menteri besar kemudiannya menaiki lif ke pejabatnya dan diikuti dengan satu sidang akhbar di pejabatnya. Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosong dan barang-barangnya telah diambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya.

Beliau berkata, sepatutnya mereka menghormati kuasa menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut.

Gambar ini pada petang 5hb Feb 2009 Nizar mengiring Sultan Azlan kepameran setem sempena Jubli Perak di Dewan Bandaraya Ipoh.


Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat exco tanpa kebenaran Sultan.

"Saya meminta rakyat bertenang...," katanya dalam sidang selama kira-kira 10 minit itu.

Sidang akhbar Nizar diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.

Nizar juga enggan mengadakan pertemuan dengan Abdul Rahman dan kemudiannya beredar bersama yang lain ke kediaman rasminya di mana beliau dijangka mengadakan satu sidang akhbar.

Semua wartawan keluar dari bangunan itu. Pada kira-kira jam 10.42 pagi, kelihatan kereta menteri dan semua kenderaan exco bergerak keluar dengan diringi oleh kereta polis.

Berikut adalah rentetan peristiwa pagi tadi.

9.30 pagi: Anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

9.40 pagi: Nizar, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exco tiba di bangunan SUK. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.


10.15 pagi: Nizar dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Abdul Rahman dan Azisman. Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan supaya meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu Azisman supaya mematuhi prosedur.

10.20 pagi: Nizar dan anggota exco berkereta keluar dari pejabat SUK, balik ke kediaman rasminya.

10.45 pagi: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri.

LAWATAN SEKRETARIAT WANITA PAKATAN RAKYAT PADA 3/2/2010 -6/2/2010


Jumaat 5 Feb 2010, Program Sepetang Bersama Wanita Pakatan Rakyat - 'kita bersaudara' anjuran Wanita Pakatan Rakyat Lumuttelah diadakan di Restoran Ikan Bakar Lumut dengan Tetamu kehormat YB Dato Seri Nizar Jamaluddin ADUN Pasir Panjang dan Dato Ngeh Ko Ham ADUN Sitiawan.Ketiga-tiga ketua wanita dari parti utama hadir dan memberi ucapan.





Dato Seri Nizar ADUN Pasir Panjang



Dato' Ngeh ADUN Sitiawan



Puan Rohayati Ketua DMP kawasan sedang berucap




Saudari Ling dari DAP Sitiawan sedang berucap







Sebahagian wanita pakatan rakyat sedang mendengar ucapan Dato' Seri Nizar


Dato' Seri Nizar sedang berbual-bual dan betanya khabar dengan wanita India yang hadir.







Ketua Dewan Muslimat PAS negeri ustazah Bariah dan Ketua Wanita PKR negeri Pn Fathmawati di hospital Manjung dan AJK membuat lawatan di wad pesakit.
Mereka bertanya khabar


Mak cik dah makan ke?

SEKITAR IPOH













LAWATAN SEKRETARIAT KE HOSPITAL TELUK INTAN.


Pada 4/2/2010 pula rombongan Sekretariat Wanita PR Perak telah melawat Hospital Teluk Intan. Ia telah diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Ustazah Bariah Alang Sapri, Ketua Wanita PKR Perak Puan Fatmawaty, dan YB Lim Pek Har ADUN DAP serta Puan Hajjah Faridah Rajiah, isteri ADUN Changkat Jong yang juga merupakan AJK Mslimat negeri dan Timbalan Ketua Muslimat Teluk Intan. Turut serta ialah beberapa orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.





Rombongan telah melawat ke Wad 4A bahagian pesakit wanita di mana penyampaian sumbangan hadiah berupa biskut dan buah limau sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba.