Saturday, August 27, 2011

UMNO MULA MEROYAN DENGAN MAT SABU



RIAK wajah dan aksi Kanang anak Langkau sebagai tanda amaran kepada Mohamad Sabu ketika ditemui di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.

Hari ni Utusan menyiarkan segelintir pemimpin UMNO mula meroyan dengan kenyataan Mat Sabu yang menyifatkan UMNO banyak putar belit sejarah. Dan paling pasti saya jangka seperti biasa Perkasa, Pekida, dan macam-macam pe la gi akan buat report polis. Percaya tak?


MAT SABU DIBIDAS
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pimpinan tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah merupakan hero sebenar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.
“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.
“Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu telah menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.
‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Mat Sabu bahawa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan adalah satu penghinaan kepada rakyat negara ini.
“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu dan menganggap bahawa beliau merupakan pemimpin yang tidak berkualiti langsung,” katanya.
Di Kuching, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pendapat bahawa anggota polis yang diserang dalam tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk penjajah tidak benar kerana mereka berjuang mempertahankan sebuah wilayah dalam sebuah negeri yang mempunyai sultan.
Katanya, PKM pula tidak pernah ikhlas memperjuangkan kemerdekaan negara kerana matlamat sebenar mereka adalah menyingkirkan raja-raja Melayu dengan cara menubuhkan sebuah republik.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Mat Sabu itu termasuk mahu mengubah fakta sejarah menunjukkan pemimpin Pas kini semakin jahil terutamanya sejak menjadi ‘boneka’ DAP.
‘‘Faktor itu juga dipercayai menjadi punca apabila mereka menukar konsep perjuangan mereka kepada negara berkebajikan dan dikhuatiri mereka juga akan mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala raja-raja Melayu dipinggirkan,” katanya.
Di Kota Bharu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mat Sabu disifatkannya sudah hilang pedoman.
Sehubungan itu, katanya, beliau meminta rakyat menolak pemimpin terbabit yang mengagung-agungkan pengganas komunis kerana gerakan itu telah banyak membawa kemusnahan kepada negara.

Aku sokong Mat Sabu hina 'pejuang negara'

 Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. - Utusan (27/6/2011)    
Mula-mula sekali aku nak minta maaf kalau ada yang ada ahli keluarga yang pernah berkhidmat dengan tentera british melawan komunis, terutama sekali yang terkorban. Tentu ada yang paling kurang pun terasa kecik hati dengan kenyataan Mat Sabu tu.

Aku sebenarnya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Mat Sabu tu. Aku memang bersimpati dengan perjuangan tokoh-tokoh macam Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan yang sewaktu dengan depa-depa ni, malah termasuk Chin Peng.

Kalau ada yang faham statement aku tu sebagai sokong pengganas komunis, aku nak jelaskan aku tak pernah sokong keganasan. Tapi kalau tokoh macam Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan yang sewaktu dengan depa tu digelar pengganas aku anggap gelaran tu sebagai satu penghormatan, pasai depa mengganas kepada penjajah.

Sama jugak dengan yang dikatakan 'pengganas' komunis tu, gelaran propaganda ciptaan British yang boleh dianggap sebagai satu penghormatan pasai British 'mengiktiraf' perjuangan depa nak menghalau penjajah tu.

Mungkin niat askar melayu di bawah British tu betul, berniat nak pertahankan negara. Tapi masalahnya depa tersalah faham, depa-depa tu berada di pihak yang salah. Depa mempertahankan penjajah British, malah berkhidmat di bawah arahan penjajah British. Kalau yang berjuang menentang penjajah British digelar penganas, orang yang bersekongkol dengan penjajah British dan mempertahankan penjajah British mungkin sesuai digelar pengkhianat tanahair.

Pasai apa Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Maharaja Lela dan yang sewaktu dengan depa tu yang menentang British kita boleh mengiktiraf sebagai pejuang, tapi Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan yang sewaktu dengan depa-depa ni yang jugak menentang penjajah British dianggap sebagai pengganas?

Bila Jepun menjajah, depa-depa yang dianggap pengganas ni berjuang pulak menentang penjajah Jepun dan British pulak iktiraf depa, siap bagi senjata lagi, tapi bila Jepun menyerah kalah depa-depa ni kembali dianggap pengganas.

Aku tak kata aku sokong semua fahaman dan tindakan depa, memang ada fahaman dan tindakan depa yang salah dan aku tak setuju. Tapi perjuangan depa aku sokong, perjuangan menentang penjajah dan yang bersekongkol dengan penjajah, yang khianat kepada tanahair.

Satu soalan yang patut kita tanya diri kita sendiri, Kita suka dijajah atau kita tak suka dijajah. Kita sokong penjajah atau kita sokong orang yang menentang penjajah.

Mat Sabu dibelasah isu komunis

Aku dah agak dah, Mat Sabu akan dibelasah teruk bila keluar cerita pasai kenyataan dia berkenaan perjuangan komunis semalam.

Semalam aku petik laporan Utusan yang melaporkan:
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. - Ibid.
Hari ni, bertubi-tubi laporan Utusan pasai isu ni.

Antaranya
Mat Sabu pendokong komunis
KUCHING 27 Ogos – Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Mat Sabu 'pembesar suara' DAP - Razali Ibrahim
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didesak memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anggota polis yang mempertahankan diri dalam tragedi berdarah Bukit Kepong.

Apakah ini bab pertama Mat Sabu mahu halalkan PKM?
PUTRAJAYA 27 Ogos - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendewa-dewakan komunis dengan menganggap kumpulan pengganas itu hero sebenar tragedi Bukit Kepong mesti ditentang habis-habisan.

Kenyataan Mat Sabu kurang ajar
PUTRAJAYA 27 Ogos - Bekas tentera di negara ini menyelar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong dan menyifatkan kenyataannya sebagai biadab dan kurang ajar

Pemuda BN Pagoh buat laporan polis ke atas Mat Sabu
PAGOH 27 Ogos - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong 1950, dalam ceramahnya baru-baru ini.

Mat Sabu kuat berbohong – Mohd. Isa
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Sikap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat Malaysia tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau pemimpin yang kuat berbohong dan ‘tidak boleh pakai.’
Walaupun sampai sekarang ni belum lagi dengar tapi aku yakin ada pimpinan PAS yang tak puas hati dengan kenyataan Mat Sabu tu.

Tak kira la kenyataan kontroversi Mat Sabu tu akan bagi untung atau bagi rugi PAS, yang penting sekarang ni macamana nak pastikan kenyataan kontroversi Mat Sabu tu tak merugikan PAS.

Apa pun, Jentera Penerangan PAS nak kena uruskan isu ni sebaik mungkin. Rakyat kena dibagi kefahaman isu yang sebenarnya.

Dari segi isunya, isu ni tak sepatutnya merugikan PAS pasainya apa yang Mat Sabu kata tu walaupun kontroversi tapi memang betul dan tepat. Kalau penerangan kita sampai aku yakin takdak sapa pun yang boleh menidakkan apa yang Mat Sabu kata tu.

Tak sepatutnya ada orang yang BANGANG nak sokong penjajah dan lawan pejuang yang menentang penjajah.

Cuma masalahnya macamana kita nak pastikan penerangan kita sampai kepada semua. Dengan realiti kekuatan yang kita ada sekarang ni, aku tak yakin penerangan kita boleh sampai ke setiap pintu rumah.

Satu cabaran yang cukup besar untuk Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru dilantik, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Betul ke Mat Sabu hina Pejuang Negara?

Sebenarnya Sejarah Kita Banyak yang Diseleweng..

Artikel ini sama sekali tidak bertujuan memperkecilkan dan jauh sekali menafikan peranan yang dimainkan oleh nama-nama besar yang kerap diulang-ulang di kaca tv dan media-media perdana lain malah jauh sekali untuk menyokong perjuangan Komunis.. Harap Maklum.

Lidah Rasmi UMNO melaporkan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
 
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Siapa pengganas dan siapa pula pejuang Negara sebenarnya dalam hal ini?

Pada sekitar Disember 1941,Bala tentera Jepun telah menyerang Malaya dan dengan begitu mudah mereka merampas penguasaan Malaya daipada British yang menjajah Malaya pada ketika itu.

Dan mereka menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 setelah Hiroshima dan Nagasaki musnah di bom oleh tentera Amerika.

Dalam tempoh penjajahan mereka keatas Tanah Melayu atau Malaya itu, penduduk Tanah Melayu yang berkerja dengan Tentera Jepun dilabel sebagai tali barut atau Barua kepada pihak Jepun.

Itu adalah situasi pertama dan dibawah ini pula adalah situasi kedua.

Setelah Jepun menyerah, Pihak British kembali menjajah Tanah Melayu dan ramai penduduk Tanah Melayu yang berkerja pula dengan Penjajah British itu..

Ada antara mereka yang terkorban ketika bertugas untuk Penjajah British itu, antaranya ialah sepasukan Polis yang bertugas di Bukit Kepong dan mereka dikatakan sebagai pejuang Bangsa.

Cuba baca apa yang dicatatkan dalam WikiPedia ini..
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.-WikiPedia
Baca juga apa yang dicatat oleh WikiPedia tentang kemerdekaan Negara kita ini..
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. - WikiPedia
Dari kedua-dua catatan WikiPedia diatas.. Tragedi atau Pertempuran Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Negara kita merdeka, pihak Polis yang diserang oleh Komunis pada ketika itu adalah kakitangan kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu.

Mereka diserang oleh Pasukan Komunis yang pada ketika itu memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.. jadi jelas disini siapa sebenarnya Pejuang Bangsa pada ketika itu, Polis yang berkhidmat untuk penjajah atau Komunis yang berjuang untuk membebaskan Negara ini dari penjajah pada ketika itu?

Begitu juga Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang turut dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Bagaimanakah mereka boleh dianggap sebagai pejuang bangsa sedangkan dalam masa yang sama mereka adalah tali barut penjajah?

Apa bezanya mereka yang bertugas untuk Pihak Jepun dalam situasi pertama dengan mereka yang bertugas untuk Penjajah British dalam situasi kedua?

Hanya kerana mereka dari UMNO mereka dianggap sebagai pejuang bangsa walhal mereka adalah talibarut penjajah British yang berjuang menentang rakyat yang bangun menentang penjajahan British keatas Tanah Melayu pada ketika itu.

Sejarah jelas membuktikan pemimpin-pemimpin UMNO itu telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan penjajahan British pada ketika itu.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin UMNO bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.

Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada UMNO.

Baca juga artikel dari FMT ini .Gerakan kiri kemerdekaan: Sejarah yang dikaburkan

HANGPA DUA-DUA TIMBALAN PRESIDEN, SORANG BUTA SEJARAH,SORANG CELIK SEJARAH, INI MASALAH NAK LAWAN !

Muhyiddin dakwa Mat Sabu khianati bangsa, gesa minta maaf

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.

Alahai Muhyiddin... tak faham sejarah rupanya Pemimpin Melayu dari UMNO ini..



Cuba famahi betul-betul ketika tragedi Bukit Kepong yang berlaku sebelum negara kita merdeka pihak Polis berada di pihak mana? Penjajah atau Pejuang Kemerdekaan?

Siapa yang bayar gaji pihak Polis itu kalau bukan dibayar oleh Penjajah British.. Apakah benar pihak polis yang berkhidmat dengan penjajah British pada zaman sebelum merdeka itu berjuang untuk mempertahankan Bangsa dan Agama?


Sedangkan pada ketika itu mereka berkhidmat untuk penjajah British yang menjajah Tanah Air dan juga Bangsa..


Dalam hal ini kita sewajarnya lebih rasional, kita perlu tahu apa bezanya kedudukan Polis sebelum Merdeka dan juga selepas Merdeka.. Tugasnya sama tapi kesetiaannya kepada pihak yang berbeza.. fikir-fikirkan..


Sebelum merdeka kesetiaan pihak Polis adalah kepada Penjajah British, selepas merdeka pula.. orang kata kesetiaan pihak Polis adalah kepada UMNO?


Pasal Bukit Kepong tu sila baca di
SINI


Muhyiddin dakwa Mat Sabu khianati bangsa, gesa minta maaf


KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.


“Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.


Mohamad didakwa membuat kenyataan itu pada satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.


Muhyiddin (gambar) berkata pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan.


“Beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mohamad Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air,” katanya.


Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu.


“Beliau (Mohamad Sabu) lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union.


“Hasil sumbangan tokoh-tokoh besar pemimpin Melayu inilah, bangsa Melayu bangkit bersatu melalui persatuan-persatuan Melayu, yang kemudiannya melahirkan wadah Umno untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam,” kata Muhyiddin.


Beliau berkata hasil perjuangan suci barisan pemimpin Melayu berkenaan, negara bukan sahaja mencapai kemerdekaan, malah kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Katanya, perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini.


“Hakikatnya, penyatuan bangsa Melayu dan persefahaman murni dengan kaum-kaum lain yang dipelopori oleh pemimpin kita terdahulu telah membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan dalam masa yang singkat tanpa pertumpahan darah.


“Hakikat sejarah ini tidak boleh dipadamkan atau ditulis semula oleh sesiapapun,” tegas Muhyiddin.


Muhyiddin menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah apabila beliau sanggup bersubahat dengan orang zalim dan pembunuh dengan mengagungkan komunis.


“Perjuangan komunis bukanlah untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan. Sebaliknya, mereka hanya berminat untuk membentuk sebuah negara komunis dengan pemerintahan kuku besi,” jelas beliau.


Beliau berkata rakyat Malaysia yang mengingati dan memahami sejarah tentunya tidak lupa tentang keganasan komunis yang telah mencetuskan rusuhan, pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan perbalahan kaum sejurus selepas tentera Jepun menyerah kalah.


“Jika dilihat sejarah hitam kekejaman pemerintahan rejim komunis di beberapa buah negara di rantau ini sewaktu negara kita bergelut menentang kegiatan subversif Parti Komunis Malaya, kita pastinya bersyukur kerana rakyat berbilang kaum di negara kita telah memilih untuk tidak menyokong perjuangan komunis,” katanya.