Monday, February 8, 2010

XPDC Jelajah Daerah: Melepaskan belon bubar dun di Kamunting

KAMUNTING 6 FEB: Jam 4.50 petang, bas rombongan kami tiba di bandar Kamunting. Orang ramai yang menunggu begitu gembira apabila melihat Dato Seri Nizar turun daripada bas.

Seronok betul mereka apabila Dato Seri Nizar tiba




Semua ingin mengambil peluang untuk bersalaman
dengan MB Nizar



Hari nak hujan tu yob!

Dalam hujan pun program berjalan seperti yang dirancangkan

Ucapan oleh Menteri Besar Perak

Semuanya berteduh daripada hujan


YB Yew Tian Hoe (Adun Aulong) bersemangat sekali

59 biji belon berwarna hitam sebagai tanda simbolik kepada
59 dun di Perak yang dituntut untuk dibubarkan

Menggunting tali untuk melepaskan belon-belon ini keudara

Potongan tali telah berjaya disempurnakan

Menyaksikan belon bubar dun terbang ke awan
Sampai ke mana le gamaknya belon tu? Kerumah Zambry
agaknya.

Apa yang dijeritkan oleh nyonya ini, saya serahkan kepada
kebijaksanaan anda untuk meneka.

Bersama bekas ahli majlis Taiping yang datang bertemu dengan
MB Nizar

Memasuki Medan Selera distesen teksi Kamunting

Menyerahkan limau mandarin yang disumbangkan oleh
YB Yew Tian Hoe (Adun Aulong) sebanyak 5 kotak



Peniaga mamak juga turut gembira bertemu MB Nizar






Sampai dua orang bersalaman serentak dengan MB Nizar


Malaysia punya ekonomi sudah mati, rungut apek ini kepada
Dato Seri Nizar

Pemandu dan penumpang teksi juga tidak ketinggalan

Senyuman kepuasan diatas kerjasama yang diberikan oleh
jawatankuasa sambutan di Kamunting

Sekeluarga masih ceria didalam bas walaupun telah hampir
sehari menjelajah daerah bertemu mesra bersama rakyat Perak

Nizar :Yang Halal Bertambah Halal



"Esok 09-02-10, kita semua rakyat Malaysia menanti dengan penuh debar keputusan Mahkamah tentang siapa Menteri Besar yang sah. Keputusan itu menjadikan yang halal bertambah halal dan yang haram menjadi halal. Kita semua yang cintakan demokrasi akan mendoakan akan pilihanraya baru di Perak. Umno karat tentulah sebaliknya. Apabila mengharapkan pilihanraya kita tentu mendoakan agar keputusan tersebut menyebelahi Nizar.

Biar rakyat menilai dengan sebaik-baiknya kerana keduanya telah menunjukkan pengalaman mentadbir negeri. Lebih kurang sama-sama setahun seorang. Nizar menjadi Menteri Besar Perak yang halal pada 17 Mac 2008 sehingga dirampas Zambry Menteri Besar Perak tidak halal maka haram pada 6 Febuari 2009. Maka jadilah pertelingkalan ini, tidak ada orang yang waras yang tidak kecewa kecuali Umno karat itu lagi.

Jadi pilihanraya jalan terbaik supaya rakyat dapat menilai mana intan mana kaca, mana belacan mana bunga. Jadi Nizar perlu menang sama ada 5-0, mau pecah kepala Zambry ni, 4-0 sakitnya bagai nak gila juga, 3-0 sakitnya jua tetapi boleh tahan atau 2 1/2-2 1/2, kalau macam ni, kita pun parah sama.

Kita hanya mendoakan Nizar adalah betul dan yang betul sebetul-betulnya berpihak kepadanya. Malam nanti kita semua berdoa panjang-panjang.

Zambry Abdul Kadir 'Memandu' Perak Untuk Kali Terakhir?

Posted by rakyat marhaen Isnin, 2010 Februari 08
MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama Pengarah Korporat merangkap Ketua Pegawai Eksekutif The Combines Bus Service (CBS) Sdn Bhd, Datuk Hiew Yew Can (kiri) dan Pengarah Urusan CBS Cheong Kong Fitt (tiga dari kiri), berpuas hati keadaan bas Perak Transit selepas melancarkan kerja pembinaan projek terminal bas bersepadu di Meru Raya, Ipoh, hari ini.BeritaHarian - Foto Muhaizan Yahya
Esok adalah 'D-Day' untuk Zambry dan Nizar. Siapa yang layak diumumkan Menteri Besar yang sah akan memandu serta menerajui Perak seterusnya.

Sesiapa yang menang, terserah kepada kebijaksanaan mereka berdua untuk membuat keputusan samada akan membubarkan DUN Perak.

Barisan Nasional tidak akan sesakali mengambil risiko untuk bubarkan Dewan.

Jika Pakatan Rakyat di'pulang'kan kembali kuasa meneraju Perak esok, hampir pasti akan menghadap Istana untuk tujuan pembubaran.

Pakatan Rakyat tiada pilihan kerana kemelut ini membuat rakyat menjadi gelisah, lagi pun untuk memecahkan 'deadlock' kedudukan kerusi adalah 28-28 dengan 3 Adun bebas yang sudah pasti menyebelahi BN. Tidak ada maknanya jika tidak dibubarkan, Pakatan Rakyat akan di'guling'kan sekali lagi dengan usul undi tidak percaya yang berkemungkinan besar akan dibawa oleh Barisan Nasional.

PAS TELUK INTAN ANJUR SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN SEMPENA KEPUTUSAN 9 FEBRUARI




Dewan Markaz PAS Kawasan Teluk Intan penuh sesak apabila para pencinta kebenaran dan keadilan dalam kalangan ahli dan penyokong PAS telah hadir untuk mengerjakan solat sunat hajat bersempena keputusan penghakiman pada 9 Februari esoknya.

Program bermula dengan solat Isya' dan seterusnya solat sunat hajat memohon kepada Allah SWT agar apa jua keputusan pada 9 Februari akan memberikan kebaikan kepada PR.

Selepas itu, para jemaah bersama-sama membaca surah Yasin dengan diketuai YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Haji Ismail Che Nik.


Ustaz Ismail mengetuai bacaan surah Yasin.

YB Haji Anuar memberikan taklimat tentang Majlis Makan Malam.

Tuan Haji Akram begitu bersemangat berucap tentang blogger biadap.
Kemudian penerangan tentang isu semasa telah dibuat oleh AJK PAS Kawasan, Tuan Haji Mohamad Akram tentang blog http://jefrrydamien09.blogspot.com yang mengandungi gambar-gambar yang menghina Tuan Guru Mursyidul Am. Beliau meminta PAS membantah sekeras-kerasnya akan kebiadapan blogger tersebut.

Akhir sekali taklimat tentang pengedaran kupon sempena Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin pada 26 Februari akan datang oleh YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin.

DS Nizar : Doakan Kemenangan PR


 
Asalamualaikum dan salam sejahtera,


Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!
- dari blog kamparin

Gerai haram : ADUN jawab bantahan penduduk

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin menafikan dakwaan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah membiarkan gerai haram beroperasi dengan flat di Jalan Aziz Ibrahim di Sungai Nibong.

Beliau mengulas laporan media mengenai kira-kira 80 penduduk flat berkenaan yang mengadakan demonstrasi membantah kehadiran gerai berkenaan.

Ahli jawatankuasa penduduk, Muhammad Hamuzira Muhammad dilaporkan mendakwa mereka membantah ketiadaan respons MPPP berhubung isu tersebut.

Menurut Muhammad terdapat kira-kira 48 gerai di situ yang menyebabkan bunyi bising, gangguan lalulintas dan sampah sarap.

sim tze tsimMengulas laporan tersebut, Sim berkata beliau telah menyemak dengan MPPP berhubung isu tersebut.

"Dakwaan yang dibuat oleh penduduk tidak benar. MPPP telahpun segera mengambil tindakan sewajarnya terhadap gerai makanan di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, katanya, MPPP telah mengeluarkan dua notis pada 19 Januari lalu.

Menurutnya, Notis 72 (1) dan 72 (6) telah dikeluar mengikut Akta Bangunan, Saliran dan Jalan 1974, di mana pengendalinya diarahkan mengosongnya dalam tempoh 30 hari.

Selepas tempoh tersebut, katanya, pihak berkuasa tempatan boleh masuk ke bangunan dan memindahkan sesiapa sahaja atau barangan yang boleh dipindahkan, yang ditemui di situ.

"Kerajaan negeri berdepan dengan kritikan pelbagai pihak. Media arus perdana dan NGO yang pro Umno/BN mengkritik MPPP kerana merobohkan gerai haram.

"Mereka memainkan sentimen di kalangan rakyat. Ironinya, ada pula penduduk yang mengkritik MPPP kerana tidak mengambil tindakan terhadap peniaga gerai haram," katanya.

Oleh itu, Sim menggesa penduduk terbabit supaya jangan terperangkap dengan Umno yang didakwanya mahu mencetuskan kegelisahan di kalangan mereka.

Sim juga menggesa penduduk berkenaan supaya bersikap tenang dan membiarkan masalah itu diselesaikan melalui undang-undang.

Menurutnya, MPPP menjalankan tugas secara profesional tanpa takut atau memihak.

"MPPP juga akan membantu peniaga mencari tempat alternatif untuk mereka meneruskan perniagaan.

"Yang dipertua telah bersetuju membantu peniaga terbabit agar kehidupan mereka tidak terjejas. Saya akan menyerahkan kepada MPPP melakukan tugas secara profesional dan berperikemanusiaan, " tambahnya.

Orang kata "discussion on religion", bukannya..


Akhbar Pro UMNO, Utusan Malaysia tapi ada kawan-kawan ana menggelarnya “Utusan Meloya” pada 06 Februari 2010 memulakan semula sentimen “Kerajaan Perpaduan” lagi dengan tajuknya “Pemimpin UMNO pertikai keikhlasan MB Kelantan” . Lihat ; http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

Utusan mengatakan para pemimpin UMNO mempertikaikan keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah mencadangkan supaya kedua-dua parti berbincang bagi menamatkan perseteruan lebih 50 tahun.

Menurut utusan lagi kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan adalah mengelirukan memandangkan beliau merupakan individu paling kuat menentang idea kerajaan perpaduan yang dianjurkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

Ana rasa Utusan memang tak faham dengan apa yang YAB Menteri Besar Kelantan itu cakapkan kot. Yang dimaksudkan Oleh YAB Menteri Besar Kelantan itu kata “discussion on religion, not unity govt”. Jadi skop perbincangan antara Pas dan Umno ialah “to discuss religion and religious issues, with special focus on finding a way forward in the Allah row, and not on politics or forming a unity government”.


Yang kita nak bincang ialah termasuk perkara ini....

Bahasa mudah aje tue, takkan orang cerdik pandai Umno yang dok mengaji kat luar Negara dari kecik pun tak faham kot. Baca betul-betul yang ini; http://www.harakahd aily.net/ v2/index. php?option= com_content&view=article&id=24797:nik- aziz-offered- discussion- on-religion- not-unity- govt&catid=105:english&Itemid=148

Kalau ada orang Umno yang tak faham, tanyalah pada orang-orang yang faham seperti mana firman Allah yang bermaksud “Tanyalah pada orang-orang yang Berkeahlian (Ahli Zikra) sekiranya kamu tidak mengetahui”.

Seperti yang ana katakana sebelum ini, Pas sudah pun tutup pintu hati, Markaz, dan sebagainya untuk bincang isu Kerajaan Perpaduan(UG) . Baca sini, kalau tak faham lagi, ana tak tau lah; http://www.harakahd aily.net/ v2/index. php?option= com_content&view=article&id=23360:kerajaan- perpaduan- pintu-pas- sudah-terkunci&catid=88:subky- latif&Itemid=130

dan sini: http://www.harakahd aily.net/ v2/index. php?option= com_content&view=article&id=21376:tidak- ada-lagi- bincang-kerajaan -perpaduan- presiden- pas&catid=1:utama&Itemid=50

Dalam pada itu, Perdana Menteri menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno menghabiskan masa lebih 50 tahun untuk menyerang pergerakan Islam seperti PAS, sebaliknya Najib berkata, Umno adalah parti sebenar yang membangunkan Islam di negara ini (Utusan,07 Februari 2010), lihat ; http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


peristiwa memali..

Pada ana, bukan setakat menyerang PAS semata-mata melalui psywar malah sanggup sehingga menyebabkan berlakunya pembunuhan di Memali.

Ana dah meluat dengar cerita pasal Kerajaan Perpaduan (UG). Lain yang kita nak bincang, lain pula jadinya. Memang susah kalau bercakap dengan Umno ni. Yang penting baginya kuasa. Hari-hari dok ratib pasal “Kuasa”, “Nak Kekalkan Kuasa” dan “Rampas Kuasa”.