Harakahdaily |
HULU SELANGOR, 21 Jun: PAS Kedah mensasarkan kemenangan di 20 kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi. Untuk itu, usaha telah dibuat oleh Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) Kedah yang dipimpin beliau untuk mendaftarkan pengundi baru seramai mungkin bagi membantu rancangan PAS itu. Phahrolrazi yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran gerakkerja Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) dekat Batang Kali semalam. Di majlis itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan empat modul latihan Ilpas untuk dilaksanakan pengarah JPN seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Ke empat-empat modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihan raya, teknikal dan strategi pilihan raya. Phahrolrazi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang meramalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor akan jatuh jika usaha untuk mendaftarkan pengundi baru tidak dibuat. Menurut Phahrolrazi, kejayaan PAS memenangi 16 kerusi Dun dalam pilihan raya lalu di Kedah adalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu. "Sebab itu, kita menang di kerusi 60:40 (60 peratus Melayu) bukannya di kerusi yang pengundi Melayunya melebih 80 peratus," kata beliau. Menjawab komen Abdul Halim itu, beliau bersetuju jika usaha untuk mendaftarkan pemilih baru tidak dibuat, kerajaan negeri Kedah boleh jatuh. "Sebab itu, kita telah memulakan gerak kerja ini sejak awal tahun ini di Kedah. Hasilnya akan kita lihat Julai nanti apabila laporan suku kedua pendaftaran pemilih baru dikeluarkan oleh SPR," kata beliau. Buat masa sekarang, katanya, pandangan Abdul Halim itu adalah berdasarkan angka sebelum ini. "Saya harap angka itu akan berubah Julai ini. Namun secara peribadi, saya belum berpuashati dengan jumlah pengundi baru yang kita daftarkan di Kedah hatta untuk DUN saya sendiri," kata Adun Pengkalan Kundor yang juga Exco kanan kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu. |
Monday, June 21, 2010
PAS Kedah sasar 20 kerusi DUN untuk PRU 13
Peniaga lepas tuduhan hina Sultan Perak
8 Rejab 1431H.
Selepas empat hari dibicarakan, seorang peniaga hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan iaitu menghantar komen yang bersifat jelek terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui portal di internet.
Hakim Komathy Suppiah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi yang memanggil 10 saksi, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muslim Ahmad, 54.
Muslim yang menghadapi tiga pertuduhan pindaan menghantar komen yang jelek sifatnya melalui portal negeri iaitu www.perak.gov.my.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.21 petang, 7 Februari tahun lepas. Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pukul 2.27 petang hari yang sama, dan bagi pertuduhan ketiga dia didakwa melakukan kesalahan sama pada pukul 4.39 petang, 8 Februari tahun lepas.
Bapa kepada empat orang anak itu, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di alamat No 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur.
Muslim, diwakili peguam K Periasamy dan N Nathan, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Komathy, dalam penghakimannya berkata berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan ke sembilan iaitu, Pengurus Bahagian Forensik Digital, Cybersekuriti, Mohd Zabril Adil Talib, 31, gagal menunjukkan ada kaitan atau persamaan antara masa komen yang dihantar dengan masa Muslim mengakses internet.
Selain itu, hakim berkata biarpun defendan seorang suspek dalam kes berkenaan berikutan alamat pengguna Internet Protokol (IP) yang digunakan miliknya namun secara amnya sesiapa saja boleh menggunakan alamat IP yang sama untuk mengakses internet.
"Ia menunjukkan ada kemungkinan terdapat orang lain menggunakan alamat IP yang sama digunakan oleh defendan," kata Komathy kepada Muslim yang dilihat begitu gembira.
--Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)