Thursday, October 7, 2010

Bila Arman PERKASA menasihati ahli PKR...

Bila Arman PERKASA menasihati ahli PKR...

Keprihatinan Arman (gambar di bawah) , Ketua Pemuda Perkasa menasihati ahli PKR dalam pemilihan pemimpin yang berlatar belakangkan Islam amatlah menepati menurut Islam. Namun pembaca bolehlah menilai sendiri keikhlasan sebenar ucapan seseorang. Adakah mereka bercakap dengan ikhlas atau sekadar mencari publisiti murahan.

Gambar 1
Gambar 2
Walaupun kita dilarang untuk mendedahkan keaiban orang lain, namun ada situasi yang tertentu Islam membenarkan keaiban seseorang itu dihebahkan jika beliau boleh memudaratkan masyarakat. 
Adakah kumpulan yang kononnya "berdentum dentang" bercakap tentang ketuanan Melayu- Islam begini keadaan hidupnya yang sebenar?
So.... mengkome pikio le sendiri !!!

DHPP kumpul sukarelawan bukan Islam untuk PRK Galas



Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedang mengumpul sukarelawan di kalangan masyarakat bukan Islam bagi membantu memenangkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam turut menyuarakan rasa yakin bahawa Orang Asal di Dun tersebut akan melengkapkan jentera DHPP.

"Beberapa pilihan raya kecil yang lalu banyak memberi pengalaman kepada kita (DHPP) untuk menjelaskan Islam yang Tok Guru Nik Aziz ajar.

"Saya yakin orang-orang Asli di sana (Galas) akan bantu jentera khas kita untuk jelaskan,” ujarnya.

Beliau juga menganggap PAS lebih layak menangngani Islamofobia berbanding Umno.

Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.

"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.

"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.

"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain.

"Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.

Begitu juga dengan Mujahid, katanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu banyak mewujudkan hubungan mesra dengan masyarakat bukan Islam sehingga mereka berminat untuk mengetahui tentang keindahan Islam serta menyertai PAS, melalui DHPP.

Berbeza dengan Umno, katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.

"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.

Era Najib juga katanya, seakan tidak mahu orang Melayu dan bukan Melayu bersatu padu menurut Islam.

"Ajaran Islam ajar perpaduan sesama manusia, ajaran yang bukan dari Tuhan ajar mereka (Umno) api perkauman," beliau menambah.hrkh

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/11feb/kpp-kelab-penyokong-pas1.jpg

'Penyokong' Kula anjur demonstrasi kutuk DAP

Kira-kira 20 lelaki yang mendakwa ahli DAP dan penyokong ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat DAP Perak mengutuk kepemimpinan pengurusi DAP Perak yang dituduh mengetepikan kaum India.

Mereka yang berkumpul sejak 10.45 pagi itu juga mendesak Kulasegaran yang juga timbalan pengerusi DAP Perak supaya keluar daripada parti itu.

Penyokong berketurunan India itu berkumpul di hadapan pejabat parti itu di Medan Istana di Ipoh sambil membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.

Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung sedia mengikuti Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India.

Seorang lagi anggota kumpulan DAP itu, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak.

"Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya.

Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu.

Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan.
BN dalang sebalik protes
Sementara itu, pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata parti itu telah mengesahkan dengan cawangan Buntong di mana penunjuk perasaan itu mendakwa mereka berasal dan mendapati kumpulan berkenaan bukan ahli DAP ataupun pemuda parti itu.
“Kami syaki BN adalah dalang di belakang tunjuk perasaan ini kerana bekas ketua cawangan PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda dilihat bersama kumpulan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ngeh berkata satu laporan polis akan dibuat oleh perwakilan DAP bahagian Buntong ke atas kumpulan itu atas dakwaan menyamar sebagai ahli DAP esok.

“Kami gesa ahli DAP dan orang ramai supaya bertenang dan tidak terjebak dengan taktik kotor yang digunakan oleh Umno dan BN yang telah berulang-kali kita saksikan di Pulau Pinang.

“Saya minta orang ramai supaya terus bersama Pakatan Rakyat dalam misi menyelamat negara daripada bankrap dan dimusnahkan dengan menukar kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,” kata Ngeh lagi.

Hina Mahkamah: Musa Hassan Dan Bakri Zinin Diperintah Hadir

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin untuk hadir di mahkamah pada 28 Oktober, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah yang dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguambela Datuk N Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir di mahkamah seperti responden yang lain.

"Pada hari keputusan, mereka perlu hadir di mahkamah, tiada siapa mengatasi undang-undang dan ini adalah mahkamah undang-undang di mana tiada siapa yang diberi pengecualian," kata Sivananthan.

Mohd Sofian berkata beliau bersetuju dengan Sivananthan bahawa integriti mahkamah perlu dipelihara.

"Saya tidak mahu memberikan mesej yang salah kepada orang awam, tidak kira apa pun keputusan, mereka perlu berada di sini pukul 8.30 pagi pada 28 Oktober," katanya.

Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria memohon panduan mahkamah sama ada Musa dan Mohd Bakri boleh dikecualikan daripada hadir pada hari itu dan akan memastikan kehadiran mereka jika mahkamah menuduh mereka menghina mahkamah pada hari itu.

"Saya dimaklumkan bahawa Musa berada di luar negara mengerjakan umrah di Mekah manakala Mohd Bakri, tidak jadi masalah. Yang membimbangkan saya ialah media, sama ada dituduh atau tidak mereka tetap melaporkannya," kata Najib.

R Muniyandi, 26, dari Kluang, Johor dan B. Sasinthiran, 28, dari Kuala Selangor, ditahan mengikut Ordinan Darurat atas dakwaan terbabit dengan gangsterisme dan lain-lain kegiatan jenayah.

Muniandy berjaya mendapatkan writ habeas corpus dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 10 Jun tahun ini dan dia ditahan semula sebaik sahaja keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor pada 23 Jun.

Sementara itu, Sasinthiran mendapat writnya pada 29 Julai dan dia ditahan semula hari berikutnya.

Pada 30 September, kedua-dua lelaki itu berjaya dalam usaha mereka untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Musa dan Mohd Bakri kerana tidak mematuhi arahan mahkamah bagi membebaskan mreka.

Semasa prosiding hari ini, Sivananthan berhujah bahawa kedua-dua responden gagal menjawab dakwaan ke atas mereka melalui jawapan dalam afidavit.

"Dalam perkara ini, undang-undang telah jelas di mana mereka mesti menjawab dakwaan itu dan jika anda tidak jawab, anda seperti mengaku kepada dakwaan yang dibuat pemohon-pemohon (Muniyandi dan Sasinthiran)."

"Agak ganjil jika mereka memutuskan untuk berdiam diri dan ia agak mengejutkan, mereka sepatutnya menjawab walaupun kedua-dua mereka memilih untuk tidak hadir di mahkamah," kata Sivananthan.

Beliau berkata jika mahkamah sangsi dengan tindakan polis, sudah tentu keseluruhan permohonan habeas corpus itu menjadi satu bahan ejekan dan sesuatu yang memalukan.

Sementara itu, dalam hujahnya, Najib berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan dibuat tanpa asas.

"Walaupun jika Musa dan Bakri dikatakan terlibat dalam menangkap pemohon-pemohon itu, tindakan sedemikian tidak boleh merupakan seperti menghina mahkamah.

"Mahkamah tidak boleh menghalang polis menjalankan tugas mereka. Ketua Polis Negara tidak boleh dipertanggungjawabkan menghina mahkamah mengikut doktrin kewajipan wakil," katanya.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa tiada perintah daripada mahkamah untuk menghalang tangkapan berikutnya dan berharap agar mahkamah menolak permohonan itu.

Puashati dianggarkan jutaan wang ringgit dibelanjakan

Wang siapa?, mana sumbernya? apa motifnya?

makluman dan jemputan ke majlis hari terbuka Felcra

pihak PDRM bersedia mengawal lalu lintas untuk kemudahan pengunjung ke majlis tersebut, dan sejumlah antara 25 - 30 orang anggota polis trafik sedia memberikan bantuan dan mereka berkumpul serta membasah tekak di medan selera di hadapan balai polis Kg. Gajah.

Permandang awal " grand stand " pada sebelah pagi dan ianya mampu menampong seramai 10k tetamu dari seluruh negera. Memang hebat persiapanya.


" Grand Stand " dari dalam

Papan maklumat yang dipasang di hadapan " grand stand "

TPM menyampaikan ucapan dengan cukup bangga keramaian ahli UMNO yang di jemput dari seluruh Perak Khasnya di majlis tersebut. Orang tempat amat kurang kelihatan. adalah diaggarkan sejumlah 250 buah bas di sediakan untuk tujuan pengangkutan tersebut, mereka mula sampai ke tapak perhimpunan seawal jam 12 thg. hari. ( untuk fardu zohor - hendak sebiru daya tak hendak seribu dalih, kalau mengikutkan keadaan dan suasana sudah tentu ramai yang terlepas 2 waktu sembahyang tersebut zohor dan azar )



( Maaf visual kurang memuaskan )

Jemputan dari seluruh Perak ini diberikan elaun harian, diambil dan dibawa pulang dengan bas dan di jamu dengan satay Samuri, keramaian kehadiran mereka hampir 15k orang telah memberikan kepuasan di tahap paling maksima oleh kepimpinan yang menyampaian ucapan. Selain TPM, Dato T, Dato Zambry juga turut sama menyampaikan ucapan dengan tak putus-putus memberikan tahniah dan syabas kepada hadirin sekali-sekali mereka juga " memohon " tepukan dari pihak hadirin, mungkin agaknya hadirin muak dengan ucapan. TPM juga memaklumkan perkapita rakyat Malaysia kini pada kadar 7k us ( dia guna mata wang US ) dan mengikut perkiraan wang Malaysia, ini bermakna perkapita rakyat kini berjumlah 21ribu ringgit Malaysia. Kini pihak kerajaan sedang berusaha keras untuk memastikan perkapita ini ke angka 15k us atau 45k ringgit Malaysia. Statistik ini mungkin benar tapi yang sedihnya rakyat kita masih ada yang hidup " kais pagi makan pagi dan petang untuk makan petang "

MEB pelengkap kepada DEB akan meneruskan dasar untuk memastikan rakyat luar bandar mendapat menafaat, untuk itu keramaian keluarga Felcra yang 10k ini sentiasa diberikan kemudahan untuk menikmati kehidupan yang lebih mewah. Adalah satu fitnah adanya penyelewangan di Felcra dan Felda - mereka pembangkang terus membangkang, semua yang dibuat tak betul -( tapi 2 kes penyelewengan telah dibukti dan Felda perlu mengembalikan semula wang peserta - Felda Sungi Koyan 2 & 3 , masih ada kes dalam tinakan. Apakah ini juga berlaku dalam Felcra? )

" hanya kerajaan BN saja yang boleh memberikan kemudahan penghidupan kepada rakyatnya " tambah TPM. untuk itu semua kita harus memberikan sokongan 100% kepada BN "

FELCRA melalui Yayasan Felcra- menyuntik RM1juta untuk mereka yang berjaya ke TAJ kolej. Siapa punya kolej ini? dan mengapa sumbangan anak peneroka yang berjaya ini hanya ke TAJ kolej sahaja? TPM menerima replika cek tersebut.


TMP melangkah ke tapak pecah tanah - tanda pelancaran Perumahan Generasi ke2 Felcra Seberang Perak. Seluas 400 ekar kawasan di sediakan, tapi malangnya penerimaan tapak ini hanyalah indah khabar dari rupa. pemilihan ikut kehendak Pengerusi Felcra ada yang suami isteri dapat dan ada juga kalangan GEN2 yang di " black listkan " oleh pihak tertentu. Kemudian rumah mesti di bina mengikut apa yang disarankan oleh pihak Felcra berhad.

Majlis Pecah Tapak


menanam pokok - kenangan

menanda tangani plak majlis pecah tapak

Apakah peneroka Felcra pada Disember ini akan menerima dividen untuk persiapan anak-anak ke sekolah atau dividen yang berkurangan dari biasa, kita lihat dan tunggu saja le, kerana kalau dilihatkan perbelanjaan majlis ini mungkin sehingga 6juta Ringgit Malaysia. Atau apakah ini adalah lobi terakhir Dato T untuk menyambung semula Pengerusi Felcra Berhad - lubuk wang untuk beliau memastikan masa depan MKTnya atau memastikan kemenangan Parlimen di PRU13 nanti. itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

PRK N.45 Galas: SAH! SPR adalah barua dan boneka Umno/BN!!



Oleh: Pria Malaya

Penulis harap semua pendokong dan penyokong PR menyebarkan berita ini kepada seluruh rakyat Malaysia, betapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjadi barua dan perkakas Umno untuk kesekian kalinya..

Tonjolkan kepada umum, bahaw SPR masih tidak bebas dari dibelenggu oleh sang pemerintah walau berubah berkali2 barisan kepimpinananya..ini bermakna perjuangan utk menentang kezaliman dan menuntut keadilan masih diperlukan dan mesti diteruskan!

Ingat contoh isu kerajaan Umno memperkudakan pihak polis..ramai penyokong Umno mendakwa PAS dan PR telah menfitnah dan menuduh pihak Umno dan polis kononnya tanpa bukti, namun selepas diakui sendiri oleh bekas Ketua Polis Negara (bahawa wujud campurtangan org politik kerajaan), akhirnya mereka terkedu diam seribu bahasa..

Kerana itulah persepsi SPR adalah boneka dan barua pihak kerajaan perlu terus-menerus dimainkan DEMI memberi tekanan kepada kedua2 belah pihak, SPR dan Umno!..

Akhir kalam, walau apa pun tarikh yg ditetapkan, blogger anak muda ini tetap bersedia untuk berdepan dengan 'rejim' Umno/BN!..kita jumpa di sana..wallahua'lam..


Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?

KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.



Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

“Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

“Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka,” katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

”Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut,” katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.

”Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis,” ujarnya.

Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.

Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.

Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.

”Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini,” katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

”Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini,” kata beliau. - Harakahdaily

Khianat: Papan tanda PAS kawasan Jerlun di conteng pihak yg tidak bertanggungjawab..

Petanda PAS Kedah khususnya PAS kawasan Jerlun semakin kuat sehingga menimbulkan perasaan iri hati (dengki) pihak tertentu...









GEMPAR: Lagi bukti kerajaan Selangor abai Islam, utamakan pendidikan bangsa Cina!



Harap baca dan sebarkan!!...mana pemuda Umno? mana PERKOSA? mana YB Zul? mana '40 ulamak muda' Umno?..aturkan segera wawancara dengan akhbar perdana! rancang demo secara besar-besaran! bakar patung pemimpin DAP!..cepat, Islam semakin diinjak2 di Selangor bawah Pakatan Rakyat!!!

Selangor beri buku teks agama percuma
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

“Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan,” ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

“Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais. - HD

Berita terdahulu....

Sekolah agama dapat komputer di Selangor

BANTING, 11 Julai: Sebanyak 23 sekolah milik Kerajaan Negeri Selangor mendapat sumbangan komputer yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam usaha meningkatkan daya pencapaian pelajar terhadap keperluan teknologi masa kini.

Majlis anjuran bersama Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diadakan dalam suasana meriah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (Mitib), dekat sini, semalam.

Penyerahan komputer itu adalah proses menyempurnakan pelaksanaan program makmal komputer dana jalur lebar serta wifi sekaligus meningkat dan memantapkan kemahiran guna komputer antara guru dan murid.

Ia juga bertujuan melengkapkan prasarana ICT di semua sekolah bawah kerajaan negeri ke arah menjadikan Selangor sebagai negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

Sekolah penerima itu terdiri daripada Mitib sendiri,Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Cawangan Klang, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru, Sekolah Menengah Islam (SMI) Hira', SMI Puchong, SRAI Seksyen 19 Shah Alam, SRAI Seksyen 7 Shah Alam.

Sekolah Rendah Agama Islam Al-Farabi, Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, Sekolah Menengah Al-Farabi. SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, SRAI Taman Keramat, SRAI Sungai Chincin, Sekolah Menengah Agama Ilmi Ampang Jaya, Maahad Ihya' Al-Ahmadi.

Sekolah Menengah Agama Harapan, Madrasah Darul Mujahidin, SRAI Sungai Manggis, SRAI Muhammadiah, SRAI Salak Tinggi, Sekolah Rendah Islam Al-Abqari, SRAI Pekan Beranang dan SRAI Bandar Baru Bangi.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid menyarankan pelajar aliran agama yang mempunyai kekuatan menguasai segala cabang ilmu termasuk menghafaz Al-Quran agar menguasai bidang teknologi yang menjadi medium paling mudah dan cepat berhubung antara bandaraya dalam dunia sekarang ini.

"Mereka yang dapat menguasai bidang agama yang lengkap dengan penguasaan teknologi yang hebat pada satu hari akan dapat menguasai cakrawala," demikian semangat tinggi yang dititipkan oleh Tan Sri Khalid kepada seluruh hadirin terutamanya kepada pelajar yang mendengar ucapannya dengan penuh teliti.

Menteri besar juga turut menceritakan bagaimana pengalaman beliau melawat dua tempat berteknologi tinggi di dunia di Bangalore, India dan Semarang di Indonesia yang dapat menguruskan aliran perkhidmatan yang tempahannya dibuat dari San Francisco dan Paris.

Dengan menggunakan teknologi, ujarnya, khidmat kereta sewa di San Francisco diuruskan oleh syarikat online yang terletak di Bangalore, India, begitu juga tempahan cetakan skala tinggi dari Paris dapat diterima dan disempurnakan dalam masa satu jam sahaja oleh pencetak yang terletak di Semarang, Indonesia.

kerana itu, tidak mustahil jika ada dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sini yang dapat menguasai segala ilmu tentang teknologi tinggi dengan penuh kemahiran, Jugra juga boleh berhubungan terus dengan New York, tegasnya lagi.

Tan Sri Khalid juga berkata apa yang mahu dilahirkan oleh kerajaan negeri adalah pelajar yang berusaha kuat sehingga mencapai tahap doktor yang menghafaz Al-Quran di masa sama, mereka juga merupakan ahli teknologi yang hebat.

Perkara ini bukan satu yang mustahil untuk dicapai kerana pernah berlaku di era kegemilangan Islam ketika zaman sahabat Nabi SAW. namun, jelasnya, bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan di zaman ini yang memerlukan usaha berlipat kali ganda yang langkahnya sedang dilakukan sekarang.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berharap dengan adanya penambahan alat canggih itu berupaya mendatangkan semangat berusaha bagi menambahkan kemahiran guru dan meningkatkan lagi hasil kerja pelajar di semua sekolah berkenaan. - HD
p/s: Maaf, sengaja penulis berikan tajuk semacam itu..utk menarik golongan jumudian di dlm Umno, kalau tak jangan harap dorang nak baca..

Kononnya Islam semakin layu di bawah PR, umat Islam tidak terbela di bawah teraju PR, Islam dihina di bawah PR dan sebagainya...namun sebaliknya telah berlaku...aktiviti dan budaya beragama semakin rancak dan subur di negeri merah kuning ini..

Masih ingatkah kalian siapa yang menghentikan bantuan perkapita terhadap sekolah agama rakyat seluruh negara suatu ketika dahulu? bukan PR, bukan DAP, tetapi Melayu hasad di dalam Umno!...fikir2kan...

Janji di Manik Urai belum terlaksana , kini apa...

PAS mengingatkan Umno Barisan Nasional agar tidak menabur janji pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka di Manek Urai dahulu belum ditunaikan.
Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Umno BN tidak wajar membuat janji baru selagi belum menunaikan janji lama.
"Janji di Manek Urai dahulu belum selesai, apa lagi yang mereka (Umno BN) nak janji di Gua Musang?" soal beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Dun galas dalam satu sidang media di Pejabat PAS Agung, Jalan Raja Laut, hari ini.
Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa juga berkata, PAS optimis untuk mempertahankan kerusi di Dun berkenaan berdasarkan analisis pada pilihan raya umum lalu.
Menurut beliau, pada pilihan raya itu, jumlah pengundi di Dun Galas yang memilih calon BN sebanyak 3,826 manakala calon PAS mendapat 4,143.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali pula ketika mengulas mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya di Galas berkata, perkara itu ada baik dan buruk kepada Umno BN dan PAS.
Beliau berkata, PAS mengakui Tengku Razaleigh merupakan pemimpin berpengaruh Umno di Kelantan, namun beliau juga mempunyai banyakperbezaan pandangan dengan kerajaan pusat.
"Itu hak BN untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pengarah (pilihan raya) tetapi saya melihat Ku Li akan mempunyai tanggungjawab besar dalam pilihan raya ini dan menjadi 'pedang dua mata'.
"Memang PAS menganggap Ku Li orang yang berpengaruh atas isu royalti dan sebagainya tapi sari segi perspektif lain dia merupakan pedang dua mata.
"Kalau dia menjadi pengarah dan BN kalah itu satu satu perkara yang boleh digunakan Pakatan tapi kalau dia menang dia boleh menaikkan imej BN," kata beliau.
Ujarnya juga, PAS tidak memandang remeh PRK kali ini dan akan menyusun strategi sebaik mungkuin dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negeri.
"Kita tidak pandang mudah perkara ini sebab itu kita akan masuk PRK ini dan yakin Datuk Halim dengan pengalaman yang lama dan mengetahui politik di Kelantan ini akan bersama dengan pengarah jentera operasi akan dapat memainkan peranan yang terbaik dibantu oleh Pakatan Rakyat dari setiap negeri," katanya.
Menyentuh mengenai hari pembuangan undi yang jatuh pada hari berkerja, Mustafa berkata, ianya akan mempengaruhi peratusan keluar mengundi namun yakin kedua-dua parti akan mengerahkan pengundi untuk melaksankan tanggungjawab itu.
"Oleh sebab hari mengundi pada hari berkerja, tidak akan berlaku maksimum keluar mengundi tapi kalau semua kerah mungkin peratusan keluar mengundi tingggi.
"Saya nampak kedua-dua parti akan kerah pengundi untuk keluar mengundi," katanya.
Abdul Halim pula berkata, faktor musim haji juga mempengarui peratusan keluar mengundi.
"Yang keluar mengundi tidak akan sampai 80 peratus seperti dinyatakan SPR sebab orang sudah mula pergi Mekah. Walaupun saya belum buat analisis di Gua Musang tapi inilah realitinya samaada PAS atau Umno," katanya.
Sementara itu, Mustaffa memberitahu, pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun dilantik sebagai pengarah jentera operasi.
Mengenai calon yang akan bertanding, M ustafa berkata, perakra tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu hadapan selepas menerima senarai pendek calon yang layak daripada PAS Kelantan.

PRK Galas: "PAS lebih layak menangani Islamofobia berbanding Umno" - N. Bala Subramaniam



DHPP kumpul sukarelawan bukan Islam bantu PAS di Galas

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedang mengumpul sukarelawan di kalangan masyarakat bukan Islam bagi membantu memenangkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam turut menyuarakan rasa yakin bahawa Orang Asal di Dun tersebut akan melengkapkan jentera DHPP.

"Beberapa pilihan raya kecil yang lalu banyak memberi pengalaman kepada kita (DHPP) untuk menjelaskan Islam yang Tok Guru Nik Aziz ajar.

"Saya yakin orang-orang Asli di sana (Galas) akan bantu jentera khas kita untuk jelaskan,” ujarnya.

Beliau juga menganggap PAS lebih layak menangngani Islamofobia berbanding Umno.



Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.

"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.

"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.

"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain. Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.

Begitu juga dengan Mujahid, katanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu banyak mewujudkan hubungan mesra dengan masyarakat bukan Islam sehingga mereka berminat untuk mengetahui tentang keindahan Islam serta menyertai PAS, melalui DHPP.

Berbeza dengan Umno, katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.

"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.

Era Najib juga katanya, seakan tidak mahu orang Melayu dan bukan Melayu bersatu padu menurut Islam.

"Ajaran Islam ajar perpaduan sesama manusia, ajaran yang bukan dari Tuhan ajar mereka (Umno) api perkauman," beliau menambah.hrkh

PKR wajib menghapuskan " politik kotor dari dalam..






yb yus PETALING JAYA: Beberapa ahli parlimen PKR hari ini menyokong saranan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kemelut politik kotor dalaman PKR dihapuskan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, amalan politik kotor PKR perlu segera dihapuskan demi menjadikan PKR parti yang sentiasa mengamalkan pucuk pimpinan secara demokrasi.

Menurutnya, sikap agresif calon-calon PKR yang ingin berlumba merebut jawatan tertinggi menggunakan taktik kotor tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menyebabkan perbalahan sesama sendiri.

"Saya menyarankan calon-calon yang bertanding tidak menonjolkan kegilaan kuasa tetapi mengamalkan pemikiran bahawa kemenangan atau kekalahan itu adalah satu perjuangan untuk parti sendiri.

"Jangan kita cemari pemilihan kita dengan perbalahan tidak ketahuan yang akan mencerminkan keburukkan parti kepada rakyat,"katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Baru-baru ini, Khalid berkata, amalan sebegitu bertentangan dengan semangat parti dan hanya menimbulkan kebencian rakyat terhadap parti pembangkang itu.

Ujar beliau, "saya sedih dengan taktik kotor sepanjang berkempen dan kejadian memalukan ketika pemilihan peringkat Cabang yang bercanggah dengan semangat tulen parti PKR.

"Pada pemikiran saya, pemimpin PKR mesti menjauhi tradisi lama politik kotor yang menimbulkan kebencian rakyat kepada parti lawan," katanya dalam satu kenyataan.

Yusmaidi berkata, PKR sepatutnya menunjukkan kepimpinan terbaik kepada rakyat kerana rakyat sedang memberi tumpuan serius terhadap PKR berikutan PKR adalah parti yang mempunyai masa depan untuk memajukan negara nanti.

"Perbalahan kecil sesama sendiri di dalam parti wajar diselesaikan secara tertutup tanpa mengaibkan mana-mana individu untuk menarik perhatian pengundi.

Yusmadi mengharapkan pemilihan pusat pada November ini, perselisihan faham yang berlaku di cabang tidak berulang.

Manakala ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim ketika dihubungi pula berkata, cadangan Khalid untuk menghapuskan politik dalaman PKR perlu disokong.

Ahmad berkata, walaupun wujud individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menimbulkan kekecohan semasa pemilihan, calon lain yang bertanding perlu bersikap terbuka menyelesaikan kemelut.

"Kalau calon bersikap ‘gangster’, pemilihan PKR akan terus gagal dilaksanakan dengan baik sekaligus menimbulkan tempias besar kepada parti,"katanya.