Saturday, November 19, 2011

Taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat siri 2

Dari Blog MiloSuam:



BANTAHAN hebat telah disuarakan oleh penduduk Kampung Banggol Donas (Kg Banggol Tuan Muda) berhubung isu membelokkan lebuhraya yang lurus ke arah 22 rumah penduduk kampung.

Dalam pendedahan lalu telah ditunjukkan bagaimana kerja pelik "orang gila" ini telah dilakukan, rujuk sini [Pemimpin bodoh].

Pelik tapi benar, lebuhraya yang lurus dipesongkan dan melanggar 22 rumah penduduk kampung. Kalau kambing diajar jadi jurutera jalan, kambeng pun tak sanggup buat kerja gila ini.

Maklumat yang didedahkan oleh salah seorang penduduk Kg Banggol Donas, juga mangsa di mana rumahnya turut akan dirobohkan, mendedahkan bahawa rupa-rupanya lebuhraya tersebut dipesongkan agar melanggar sebahagian tanah JKK Umno bernama Ghani B Hitam.

Saudara Salleh B Embong, mendedahkan bahawa Ghani telah lebih awal menukar status tanahnya secara senyap-senyap daripada tanah kampung kepada "bangunan" untuk mendapatkan pampasan berlipat kali ganda.


Di bawah ini penjelasan saudara Salleh Embong, beliau turut menunjukkan lokasi tanah pemimpin Umno yang dimaksudkan.




Selepas ini kita akan dedahkan dokumen bukti bagaimana pejabat tanah turut didakwa bersekongkol untuk mengenyangkan perut pemimpin celaka ini. Malah PM Najib sendiri telah mengetahui hal ini, namun sampai sekarang semua "tidur".

ReJaM© " Duit punya pasal 22 rumah orang kampung kena roboh! Jahanam!"

WARTA JINGGA: Ni bukannya pembela rakyat!! tapi perampas hak rakyat!! Sampai bila nak insaf??
Dahler pakai wang rakyat bina lebuhraya! tanah rakyat dirampas!! bila rakyat memberontak dikatanya anti-pembangunan!! INILAH KERA JAAN UMNO-BE END!! Jahanam!
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/taktik-pemimpin-bodoh-mencuri-duit.html#ixzz1e88HIuR7

The king of the sleep!!

Tertidor dengan lenanya...adakah stil menjadi YB next????
orang yang memilihnya mungkin gila dan hilang akal.


SEKEPING gambar ADUN terlena didakwa ketika sidang DUN berlangsung menjadi topik hangat disebarkan melalui blog, forum dan laman sosial Facebook terutama oleh penyokong Barisan Nasional.



Gambar tersebut menunjukkan, ADUN Sri Andalas yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar tertidur di atas kerusi.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan, yang juga Presiden Perkasa pernah diserang kontroversi apabila gambarnya yang sedang tidur di dalam dewan rakyattersiar secara langsung di kaca televisyen.
Ibrahim Ali tertidor semasa bertugas
Gambar YAB Perdana Menteri tidur di Persidangan Ketua Negara Komanwel, CHOGM juga pernah menjadi topik hangat apabila ia menghiasi salah satu laporan portal berita berpengaruh Indonesia, Antaranews baru-baru ini.

keh keh keh!! ingat umno,ingat tolol sepanjang masa!!!

Jabatan Agama Islam Sarawak:Lima Ratu Cantik Beragama Islam Diarah Menjalani Sesi Kaunseling


KUCHING: Gara-gara mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan bersaing di pertandingan akhir, lima peserta Ratu Cantik Borneo (MBB) beragama Islam diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam di Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), semalam.

Kelima-lima peserta beragama Islam terbabit, Melatie Melissa, 22, Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21, Adira Kamil, 23, Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, dipanggil selepas penampilan mereka menimbulkan rasa kurang senang terutama umat Islam yang kemudian membuat aduan kepada Jais.

Pertemuan itu turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Abang Shamsudin berkata, Jais menerima aduan hampir setiap hari mengenai penganjuran pertandingan berkenaan sebelum ini dan memutuskan untuk memanggil peserta beragama Islam bagi memastikan mereka memahami hukum syarak.

Katanya, pihaknya tidak menghalang penganjur meneruskan pertandingan berkenaan malam ini (malam tadi) kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta Islam memikirkan semula kedudukan mereka.

“Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kami tidak boleh mengambil tindakan terhadap penganjur MBB berdasarkan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam, terutamanya ibu bapa sendiri.

“Pada sesi berkenaan, kami memberi penerangan mengenai aurat wanita kepada lima peserta terbabit dan pada masa sama tidak memaksa mereka menarik diri berikutan situasi umat Islam di Sarawak agak berbeza,” katanya.

Difahamkan, penganjuran MMB menjadi perhatian selepas ia mendapat publisiti meluas media tempatan dan pada masa sama timbul bantahan pihak tertentu yang mendakwa peserta akan memakai pakaian renang pada malam pertandingan akhir.

Sementara itu, seorang peserta, Adira dari Kuching, mendakwa mereka diberi layanan baik oleh penganjur pertandingan, Alaric Soh, selain diminta tidak memakai pakaian yang boleh mencetuskan kontroversi.

“Kebanyakan pakaian peserta pertandingan ini adalah pakaian biasa dan Alaric sudah memaklumkan supaya peserta tidak terlalu menonjolkan imej seksi, selain tiada syarat menetapkan kami perlu memakai pakaian renang.

“Saya mendapat sokongan kuat daripada rakan dan keluarga bagi menyertai MBB dan orang ramai sebenarnya beranggapan negatif apabila kami memakai pakaian yang dikatakan seksi sehingga timbul isu seperti ini,” kata graduan perakaunan itu.

Difahamkan, daripada 200 permohonan, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam dan hanya lima dipilih penganjur MBB.

5 ratu cantik diberi kaunseling

Buang Kakitangan Awam Jadi Agenda Sempit Umno BN

KETIKA desas-desus Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertiup kencang, Umno dan Utusan tidak heti-henti cuba menarah pengaruh DAP dalam Pakatan Rakyat. Usaha yang sama terus dilakukan mereka terhadap PAS dan KeADILan.

Peluang dan ruang diguna sepenuhnya bagi meragukan sokongan rakyat terhadap Pakatan. Apa jua isu yang dirasakan boleh "membeli" hati orang-orang Melayu, akan terus diputar semahunya tanpa rasa bersalah sekalipun ianya fitnah.

Minggu lalu, organ Utusan melaporkan kononnya DAP, apabila mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat, mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak cekap atau tidak produktif.

Tidak ada sebarang keganjilan dalam kenyataan yang dikatakan dilontar oleh DAP itu, kecuali jika dibaca majoriti besar kakitangan awam adalah orang Melayu. Maksud Utusan sangat jelas - jika Pakatan Rakyat berkuasa, maka kuasa politik orang Melayu akan terhakis.

Utusan meniup isu perkauman sempit. Mengurangkan kakitangan kerajaan bermakna "menerajang" orang Melayu, itulah yang cuba digambarkan mereka. Isu ini dimain setiap hari, bagi mengkucar-kacirkan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan yang ada DAP di dalamnya.

Hal ini, sama ada munasabah atau tidak sama seperti fitnah Utusan pada masa lalu, kononnya DAP yang majoriti ahlinya kaum Cina berkepercayaan Buddhisme dan Taoisme dituduh mahu menubuhkan Negara Kristian - Utusan tidak peduli itu semua.

Kali ini, kakitangan awam dijadikan perisai manusia dalam meneruskan agenda politik kotor Utusan yang makin terdesak, tidak kira sama ada direstui oleh Umno-BN atau tidak. Itulah sahaja cara untuk mengoyakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan.

Bagi rakyat termasuk kakitangan awam yang mempercayai bulat-bulat dakwaan Utusan dan Umno ini, sewajarnya mereka bertenang, duduk sebentar dan gunakanlah akal fikiran menekuni propaganda Umno itu.

Apa yang dipetik Utusan tentang "kenyataan" Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tentang saiz perkhidmatan awam sebenarnya adalah pandangan yang dikemukakan dalam dialog mengenai Bajet 2012 anjuran Pemuda DAP Johor di Johor Baru pada 31 Oktober lalu.

Pua menegaskan dasar kerajaan pada pertengahan 1980-an sewaktu Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri adalah untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam daripada sekitar 800,000 kepada 500,000. Yang dilakukannya ialah memperkenalkan dasar pengswastaan.

Utusan lupa ia antara akhbar yang ghairah menyokong Mahathir sehingga mencanangkan dasar pengswastaan itu baik untuk rakyat, khususnya orang Melayu. Utusan tidak pula menuduh usaha Mahathir sebagai "tak berasas", "tak rasional" dan "mempunyai agenda politik" sebagaimana yang dilontarkan kepada DAP sekarang.

Pua menjelaskan walaupun Mahathir yang membawa usaha mengurangkan saiz perkhidmatan awam, di hujung era pemerintahannya jumlah kakitangan awam terus meningkat sehingga menjadi lebih satu juta orang.

Apa masalahnya bila kakitangan awam terlalu ramai? Seperti yang berlaku di negara-negara komunis dan fasis yang menentang sistem pasaran, kerajaan terpaksa menyediakan semua pekerjaan dalam sektor awam kerana tiada banyak ruang untuk pihak swasta bergerak bebas.

Apabila saiz perkhidmatan awam terlalu besar, perbelanjaan mengurus melambung naik. Tidak ada cara lain kecuali dengan menaikkan cukai, sama ada cukai pendapatan, cukai korporat, cukai perkhidmatan telefon prabayar, perkhidmatan telefon bimbit, perkhidmatan TV satelit dan sebagainya untuk "menyara" perkhidmatan awam. Itulah yang dijelaskan Pua.

Jika Utusan tidak melihat apa-apa cacat-cela usaha Mahathir, mengapa DAP pula menjadi sasaran kerana menyuarakan perkara yang sama? Tidak lain dan tidak bukan kerana kaca mata Utusan hanya nampak warna kulit, kaum, ras dan bangsa.

Meskipun saiz perkhidmatan awam di Malaysia besar, ia tidak boleh dikecilkan oleh kerajaan yang memerintah dengan mudah kerana ada banyak peruntukan Perlembagaan yang menghalang.
Ekoran kekecohan yang timbul itu, PAS melalui Naib Presidennya, Sallahudin Ayub mengadakan sidang media menenangkan rakyat mengenai kontroversi yang dimainkan oleh Utusan itu.

Selain peruntukan-peruntukan yang disebut oleh Sallahudin, pengurangan atau pemberhentian kakitangan awam juga boleh menyentuh kedudukan istimewa Melayu, khususnya yang diperuntukkan Perkara 153(2), (3) dan (4).

Peruntukan-peruntukan tersebut menyediakan kuota jawatan tertentu untuk orang-orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Jumlah kakitangan awam, termasuk ATM dan polis ketika ini berjumlah sekitar 1.3 juta orang. Ia dianggap besar berbanding dengan negara-negara lain dan dilihat membebankan.

Secara perbandingan Jepun hanya mempunyai 3.2 peratus kakitangan awam berbanding dengan jumlah penduduknya. Sementara itu di Korea Selatan ia berada pada tahap 2.1 peratus manakala Singapura dan Taiwan masing-masing pada tahap 2.9 dan 3.7 peratus.

Malaysia sebaliknya mempunyai 4.68 peratus berbanding dengan 28 juta penduduk. Pada 2011 perkhidmatan awam memerlukan dana sebanyak RM45.6 bilion.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan beban ialah mengecilkan saiz kabinet. Jumlah 30 orang menteri, tidak termasuk timbalan menteri dan setiausaha parlimen, adalah terlalu besar.

Sebenarnya, Perlembagaan tidak menetapkan saiz kabinet Persekutuan dan dengan jumlah kakitangan yang begitu besar jumlah menteri boleh dikurangkan. Bagi Malaysia, sekitar 20 orang menteri sudah amat mencukupi.

Sumber : Harakahdaily

Adun Trong Didakwa menipu Penduduk Kampung Wawasan


Penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Wawasan di jalan Trong-Beruas dalam Adun Trong mendakwa mereka telah di tipu oleh janji-janji manis pemimpin umno kawasan itu untuk memberikan GERAN kepada sembilan buah rumah di kampung tersebut.

Mereka sudah menetap lebih 20 tahun di kampung wawasan tapi masih belum menerima hak milik,kecewa dengan sikap pemimpin umno bahagian itu yang di dakwa telah menipu penduduk kawasan itu.

Penduduk kesal kerana Adun Trong masih tidak menunaikan janji untuk memberi hak milik tapak rumah dan tanah yang mereka usahakan seekar untuk seorang ketua keluarga.

Atas rasa kecewa dengan perjuangan Umno yang tidak membela nasib rakyat termiskin,OSMAN yang telah menjadi ahli Umno sejak berumur 21 tahun telah keluar umno dan menyertai PAS.

Beliau mendakwa segala peruntukan pembangunan projek luar bandar entah kemana hilangnya.

Harakah (14-17 Nov)

ISA: Pakatan Kata BN Bodohkan Rakyat,Hisham Dakwa 13 "Amat Bahaya"

 
KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pakatan Rakyat terus mengecam penahanan 13 individu di bawah ISA di Sabah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sebagaimana disangka PAS dan kebanyakan rakyat, janji pentadbiran Najib sebenarnya hanya satu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat.

Bagaimanapun dalam kenyataan berasingan di Kluang hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu ini sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Felda Bukit Tongkat, Kluang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai “amat serius” dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.


Hishammuddin juga berkata operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

“Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar,” katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

“Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat sebagai sasaran mereka,” katanya yang juga Naib Presidn Umno.


Dua hari lalu, Hishammuddin berkata beliau ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat tentang rangkaian kumpulan ini di Malaysia dan negara-negara jiran.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sebarang kegiatan keganasan secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu ia dipolitikkan.

Dalam komennya di laman sosial Facebook, Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS berkata, “maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno-BN ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia.”

“Namun pada hakikatnya Umno-BN masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu akta kuku besi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno-BN,” kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang merujuk kepada kenyataan Hishammuddin berkata, justifikasi beliau itu tidak boleh diterima sama sekali dan bercanggah dengan janji dibuat oleh perdana menteri.

“Jika betul menteri ada bukti kukuh, mengapa tidak mendakwa di mahkamah terbuka?
“Penahanan ini membuktikan sikap tidak jujur perdana menteri dengan janji pembaharuan yang dibuat oleh beliau,” katanya sambil menambah, “pengumuman pembaharuan beliau hanya taktik murahan untuk menang undi pilihan raya umum.”

Katanya, Najib sebenarnya tiada niat untuk mengembalikan kebebasan asas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Pendek kata Najib telah melakukan satu pembohongan besar menerusi televisyen ketika menjanjikan pembaharuan pada Hari Malaysia tahun ini,” katanya lagi.

Dalam usahanya mahu menjustifikasi penahanan tanpa bicara, kata Surendran, Hishammuddin juga berkata, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat ada undang-undang pencegahan untuk berhadapan dengan keganasan.

“Ini sesuatu yang memalukan, tindakan berbohong Hishammuddin mahu mengelirukan rakyat.


“Berbanding dengan Malaysia, Patriot Act tidak membenarkan rakyat Amerika Syarikat ditahan tanpa perbicaraan, hanya rakyat bukan warganegaranya boleh ditahan dan hanya sehingga tujuh hari.

(Sementara) peruntukan antikegagasan UK, Australia dan Kanada pula sangat terhad,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Surendran, kerajaan seharusnya membebaskan 13 individu terbabit dengan segera, menjanjikan bahawa tiada lagi tahanan di bawah ISA, memansuhkan dengan segera ISA dan undang-undang pencegahan yang lain dan menarik balik langkah mahu memperkenalkan dua undang-undang pengganti.

Putrajaya batal projek rintis guru kerja sembilan jam sehari

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan.

Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.

Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.

Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.

Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka.

“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya.

“Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru,” kata beliau di Labuan, Sabah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut.

“Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan,” katanya mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru.

Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran.

“Profesion perguruan ini ada keistimewaan... berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu.

Hishammuddin sengaja nak malukan Najib

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA.

Menurut beliau, pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri dengan memilih hari amat bersejarah bagi negara pada 16 September lalu.

Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

"Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib?   

Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

"Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin.


"Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau.

Berita, Komentar, Ulasan & Pendapat | Dokumen bukti UMNO/BN peralat bantuan RM100 untuk sekolah


Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.


Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Gambar Bini Rais Yatim...

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (dua, kiri) bersama Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim (kiri) ketika Pelancaran Buku 'Causeway' dan Konsert Muzik Ekstravaganza 2011 di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, malam ini.

Turut hadir isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais (tengah), Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Sri Kamaruddin Siaraf (dua, kanan) dan Timbalan Pengarah Ketua Arkib Negara, Daresah Ismail (kanan). 

Kelihatan isteri-isteri puak-puak Umno 'sepesyen', dibentuk menjadi lebih kurang sama antara satu sama lain. Kalau bab ini kita boleh ucap tahniah Muhyiddin kerana bininya berlainan sedikit!! 

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Laksana Hukum Islam Untuk Kawal Kadar Anak Luar Nikah


DPPWP merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia.

DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal.

DPPWP berpandangan lambakan pusat-pusat hiburan yang disogokkan kepada generasi muda di negara ini secara keterlaluan menjadi punca utama kelahiran anak luar nikah.

Kebanyakan negeri yang mempunyai rekod kelahiran anak luar nikah tertinggi mempunyai bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai pusat hiburan, kelab-kelab malam, konsert, pesta, serta sambutan sempena peristiwa besar negara.

Pusat hiburan adalah pusat segala maksiat yang disinilah berlakunya pergaulan bebas, arak, zina, pelacuran, bahkan dadah dan segala macam jenayah.

Yang lebih dikesalkan adalah pusat-pusat hiburan semakin banyak bercambah, malah diberikan permit untuk beroperasi.

Selain itu, DPPWP juga kesal kerana budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara.

Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini.

DPPWP melihat sekiranya kerajaan serius mahu membendung gejala anak luar nikah, pusat-pusat hiburan perlu ditutup sama sekali.

Alasan bahawa pusat hiburan menjadi tarikan pelancongan tidak berbangkit kerana pusat hiburan tidak menguntungkan rakyat.

DPPWP yakin setiap agama dan adat resam inginkan yang terbaik untuk penganut mereka, justeru tidak salah jika pusat hiburan ditutup demi kebaikan semua pihak.

DPPWP juga mendesak agar konsert-konsert hiburan dikawal ketat agar tidak sewenang-wenangnya ia dibuat.

Mana-mana artis yang berpakaian menjolok mata perlu diharamkan, sementara penonton pula diasingkan antara lelaki dan perempuan.

Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini.

Akhir sekali, DPPWP menegaskan jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan masyarakat di Malaysia jauh daripada gejala sosial, maka laksanakan Hukum Islam yang sebenar kerana ia adalah pencegahan paling utama.

Cubalah buat perbandingan antara tahun-tahun yang tidak dilaksanakan hukum Islam dengan tahun-tahun yang ia dilaksanakan untuk tahu keberkesannnya hukum Allah ini.


Hukum Islam Untuk Kawal Kadar Anak Luar Nikah