Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN). Umum mengetahui barangan seperti t-shirt, topi, payung, bendera, kipas dan yang lainnya itu adalah cenderahati percuma yang diberikan kepada penyokong BN untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. Maknanya barangan terbabit adalah "percuma" dan diberikan kepada orang ramai supaya dipakai dan digunakan untuk menyokong parti terbabit menjelang pilihanraya. Anehnya, kini barangan itu dijual "lelong murah" tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak Mydin. Tambah mengejutkan barangan itu dijual juga dengan harga borong. Tindakan ini jelas sekali satu penipuan yang nyata oleh pihak Mydin sebenarnya. Barangan percuma yang diperolehi daripada BN dijual pula kepada orang ramai. Soalnya, siapakah yang membekalkan barangan terbabit?. Tindakan terbabit seolah-olah menunjukkan yang BN kini sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat hinggakan barangan jenama parti itu pun terpaksa dijual secara borong di rangkaian pasaraya Mydin. Apakah BN juga sudah ketandusan dana untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13, lantaran itu terpaksa melelong produk mereka untuk menampung kewangan yang berkaitan. Apa yang jelas Mydin telah memalukan BN sekarang. Selepas mereka diberi projek Kedai Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan, maka akhirnya inilah balasan yang diterima. Satu penghinaan dan penganiayaan kepada BN. Apakah mereka harus berdiam diri dan membiarkan Mydin mencari untung dengan produk percuma itu agaknya?. Maka itu jom boikot Mydin !.
Bukti, ini dia sebahagian daripada barangan BN yang dilelong oleh Mydin
Lagi bukti, Mydin mengaut untung jual barangan pilihanraya Percuma BN
Bukti, ini dia sebahagian daripada barangan BN yang dilelong oleh Mydin
Lagi bukti, Mydin mengaut untung jual barangan pilihanraya Percuma BN
[Tindakan Mydin ini jelas sekali menjatuhkan imej dan maruah BN sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah selama ini Mydin yang menjadi pembekal barangan pilihanraya BN?. Jika itu keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan memberikan projek Kedai Rakyat 1Malaysia kepada pihak terababit. Rupanya, ada "give n take" dalam urusan yang berkenaan. Peniaga Melayu terus dianaktirikan, sebaliknya Mydin yang sudah kaya raya itu dikayakan lagi. Masalahnya, kenapa Mydin sanggup menjual barangan "Percuma" di pasaraya terbabit. Bukankah semua produk BN itu adalah diberikan secara percuma kepada rakyat dan petugas pilihanraya mereka?. Apakah BN tahu yang mereka akan kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, maka aal-awal lagi sudah melelong barangan cenderahati jenama BN itu?. Nampaknya, petanda awal kejatuhan BN sudah kian terasa dengan senario yang berlaku ini agaknya. Maka itu fikirkanlah].
8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
- PRU 13 UMNO Israel / BN kita hapuskan,lepas tu kita tengok apa jd plak kat Mydin ni.sifir mudah lepas BN kalah tokey Mydin cakap najib yg suruh buka Kedai 1 Msia...haha Umno gampang punya game mmg boleh baca hahaha
- Habis nak buat macam mane...Kalau jual atau bagi free barangan atau harta peliwat @ penzina tegar negara tu agak2 ada orang nak tak? Hakkk tuihhhh! orang sure muntah punya beb!
- Stok 2008 amno kan melambak, segala baju lencana, bendera, orang amno dah tak mau pakai, yang banyak pakai Bangla potong rumput Alam Flora, tu pun pasal free. Kalau rajin cuba selongkar bekas BN untuk di lelong tu, aku ingat kertas poster ada dilelong sekali. Macam parti dah nak bengkrapsi hujung tahun ini. Bajet 2012 depisit ber bilion, amno dah tak cukup duit lelong baju le pilihan yang ada....SIANNN !!! Pilihanraya tak berapa lama lagi, pencacai kat atas dan bloger nak pakai dana, nak cekau kat mana ? mau tak mau suruh saja Mamak Maidin tolong jual barang reput tu nak tampung belanja pencacai. Pencacai amno banyak nya bukan mau kerja... duk harap bonus pilihanraya saja la dari calun2 hantu raya.
- Apa ke bangang nye anon 9:39 kat atas ni,nak berhujah pun jgn la mcm Zul Kulim bodoh tu...apa ke gampang bebenor ko ni,apa ke pantatnye ko ni....
- Barang tu free masa pilihanraya,sekarang bukan musimnya.Mydin jual pada siapa yg mahu beli,kalau tak mahu tak apa.Sepatutnya BN yg bising,ini org yg tak ada kena mengena dgn BN pulak mengada-ngada.Kalau ye pun yg jatuh adalah imeg BN,bukan PR.So what?.Carilah issu yg lebih memberi kesan kepada kehidupan rakyat utk di bincangkan. Nak boikot p.raya Mydin.?Silakan.
- Kedai Rakyat 1 Malaysia bukan ke sedang di buka kepada semua rakyat utk menjalankannya sekarang ni.Mydin tu hanya permulaan dan Mydin adalah pengasasnya kepada Kedai Rakyat ni.Aku pun dah hantar resume utk mendapat peluang ni.Hidup ni kean cepat,siapa cepat dia dapat.
- Alhamdulillah le kalau BN kalah dalam PRU ke 13 nanti. Sebab BN terutamanya UMNO tak peka bila rakyat menolak pemimpim BN dalam PRU ke 12 dulu. Pemimpin UMNO masih tak sedar diri. Nampaknya mereka makin melatah. Talian hajat pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Rakyat tolak BN dulu sebab marah kat Pak Lah kerana tak peka penderitaan rakyat. Kini sampai masa untuk Najb pulak. Lingkup BN
- Sudah kehabisan Dana. Jadi jual apa yang boleh dijual. Laku atau tidak laku cerita lain. Sekarang nie jual harta UMNO, mungkin suatu ketika nanti jual Negara pulak. Tak gitu