Sunday, January 9, 2011

Pejuang Revolusi Tanah Air Makin Uzur dan Daif

Oleh: LeeSlimShady

"Dikamar sepi yang serba kekurangan dan rumah usang warisan keluarga isterinya lelaki ini terbaring tidak bermaya bernama Abdullah Hashim - Tahir- Penghulu,bekas pejuang Rejimen Ke-10 TPRM(Tentera Pembebasan Rakyat Malaya) menghabiskan hari-harinya menanggung sakit didalam perut dan lelah.suaranya kian lemah,perlahan dan terputus-putus disamping ingatannya kian kabur.sesungguhnya kesihatan beliau kian merudum berbanding sebelum bulan Ramadhan tahun lalu ketika mengziarahinya pada PADA .JANUARI 2011.

Tahir atau lebih dikenali oleh kawan-kawan Rejimen Ke-10 sebagai Penghulu adalah seorang kader veteran yang amat dihormati oleh para perajurit. Beliau pulang ke kampung halamannya selepas Rejimen Ke-10 memberhentikan perjuangan bersenjata selaras dengan perjanjian perdamaian 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya yang ditandatangani di Hadyai pada 2 Disember 1989.

Penghargaan malah catatan sejarah hanya di juruskan kepada UMNO (dan pemimpinnya) seolah-olah hanya UMNO-Perikatan-Barisan Nasional sahaja yang menyumbang kepada kemerdekaan tanahaiar.





Hari ini, Pak Syed Hamid Ali(adik Bongsu Syed Husin Ali),Bung Hassan Karim,Pak Sanusi Abas dan Bung Tajudin Ramli sempat mengziarahi seorang pejuang yang sedang terlantar keuzuran di Kg.Bangau Tanjung Temerloh.Pejuang tersebut merupakan salah seorang anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM yang memilih untuk kembali ke tanahair berikutan Perjanjian Damai Tahun 1989 dahulu.


Pak Abdullah Ibrahim yang juga dikenali dengan nama Tahir dan Penghulu sekarang ini sedang keuzuran terlantar di teratak usang milik keluarga isteri beliau.Anak Semantan yang berjiwa kental ini lahir di Kg.Tualang Temerloh memilih menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 didalam usia 18 tahun.



Semangat untuk merdeka dan menghalau penjajah British serta kesedaran politik yang mendalam mendorong beliau memilih perjuangan bersenjata.Kebenciannya yang membuak akan penjajahan membuatkan beliau tanpa tangguh mempertaruhkan nyawanya bergerila di hutan belantara.

Beliau menyertai long march Rejimen Ke-10 ke sempadan Thailand bersama denganAbdullah CD dan sahabat-sahabatnya yang lain;atas nama perjuangan beliau memilih berkelana ke negeri orang lain dari memilih berputih mata tunduk kepada penjajah.


Tahir telah menyumbang seluruh usia mudanya kepada perjuangan yang beliau yakini;lebih 40 tahun-sebahagian besar dari usianya-untuk perjuangan membebaskan bangsa dan tanahairnya dari cengkaman British.

Dan lelaki ini tidak pernah menyesali pilihan yang diambilnya.Dalam keuzuran dengan suara yang perlahan tapi tegas,beliau menyebut bahawa beliau tidak pernah kesal dengan perjuangannya.Saya mengesani kekukuhan semangat dan kekentalan hatinya yang saya kira kukuh-kejap bersemangat untuk berjuang.


Pak Abdullah Ibrahim atau Penghulu hari ini hanya mampu terbaring di rumah sahaja dengan di temani seekor kucing comel yang setia berbaring sepanjang waktu di sisinya.Beliau mengidap sakit pasang atau mempasang,ulu ari-arinya bengkak.Tubuhnya kini kurus jangkung tanpa daging namun matanya tetap bercahaya dan tajam.

Pejuang ini hidup didalam kedaifan tetapi masih bersemangat kental.

Kepada individu atau mana-mana pihak,para dermawan yang ingin memberikan sumbangan buat pejuang Revolusi Tanah air dalam menghadapi penderitaan dalam menghabiskan sisa - sisa hidup yang masih kental berjuang menentang penjajah British,UMNO dan Barisan Nasional. Sila bank-in Sumbangan anda ke Tabung Simpati Blogger Pembela Rakyat akaun Hong Leong Bank Kami bernombor : 14651 - 040 - 288(Azalli) atau melalui akaun paypal di laman blog pejuang pro demokrasi di sebelah kiri side bar .hanya RM 1 sumbangan ikhlas anda mampu meringankan penderitaan mereka.Bantu lah bekas pejuang - pejuang Revolusi mereka,kalau tak kita siapa lagi?
"

Keluarga Rosmah tak pandanglah sardin cap Ayam

Saya terpanggil untuk mengongsi secebis coretan hidup ini yang menimpa golongan berpendapatan rendah yang menerima akibat buruk dari inflasi yang bakal menjadi lebih parah tahun ini seperti yang saya sebutkan dalam posting mutakhir saya.
Ini hanya satu dari pelbagai cerita duka dalam negara yg mewah dianugerah kekayaan hasil mahsul dari Allah SWT.
DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!
"Bang... sardin tin besar ni minggu dulu harganya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.
Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"
"Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.

Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer."

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang... sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju.
Dipetik drp Utara Online

Notakaki:

Dan pada hari ini Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi dalam rangka lawatan ke tiga negara termasuk Oman dan Bangladesh.

Turut mengiringi Rosmah ialah 20 ahli Bakti dan pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Rombongan itu berlepas jam 2.30 petang tadi menerusi Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selepas melawat Arab Saudi mereka akan menziarahi Oman sebelum berkunjung ke Bangladesh. Aktif isteri Perdana Menteri Malaysia ini ketika Rakyat berfikir lima enam kali untuk membeli setin sardin cap Ayam.

PKR dijangka rombak ketua enam negeri, Perak dan Sabah jadi tumpuan

G Manimaran

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan mengumumkan rombakan kepimpinan negeri hari ini dalam usaha merapatkan kembali perpaduan parti itu, susulan pemilihan tahun yang menimbulkan suasana tidak selesa dengan siri dakwaan kecacatan dalam proses pengundian.
PKR mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini. Komponen Pakatan Rakyat itu telah pun mengadakan mesyuarat biro itu Jumaat lalu dan membincangkan rombakan tersebut.
Lima hingga enam negeri dijangka akan menerima ketua negeri yang baru hari ini. The Malaysian Insider difahamkan negeri-negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu.
Difahamkan Sabah dan Sarawak juga mungkin mengalami perubahan ekoran perkembangan semasa termasuk pergolakan semasa di Sabah.
Sabah merupakan antara negeri sudah beberapa kali mengalami perubahan kepimpinan negeri dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu.
Perak dipercayai akan diketuai oleh Dr Mohd Nur Manuty yang bulan lalu dilantik sebagai ketua penerangan pusat.
Jika pelantikan itu disahkan hari ini, beliau akan menggantikan Mustaffa Kamil Ayub, yang kini menganggotai Biro Politik.
Mustaffa dilantik menganggotai Biro Politik selepas tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jawatan timbalan presiden.
“Ini antara negeri yang akan menerima pengerusi baru, perkara ini sudah diputuskan pada mesyuarat Biro Politik hari Jumaat lepas,” kata seorang pemimpin pusat PKR kepada The Malaysian Insider.
“Setakat hari itu, negeri-negeri lain tidak mengalami perubahan manakala kedudukan Sabah dan Sarawak belum diputuskan,” kata sumber itu.
“Ini keputusan yang telah diambil pada mesyuarat Biro Politik Jumaat lalu, dan kemungkinan boleh berubah berdasarkan mesyuarat hari ini, jadi kita kena tunggu sehingga tengah hari esok (hari ini),” katanya lagi.
Laporan media minggu lalu menyebut, PKR Sabah menghadapi masalah kepimpinan apabila 15 daripada 25 ketua cabang meluahkan rasa tidak yakin terhadap ketua mereka Ahmad Thamrin Jaini, sebaliknya mahu Ansari Abdullah dilantik meneraju parti itu.
Ansari mewakili PKR-Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi November lalu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga telah berada di Sabah minggu lalu, mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cabang menjelang pengumuman pelantikan kepimpinan negeri hari ini.
Malah rombakan ini dibuat ketika bekas naib presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan memutuskan untuk keluar PKR minggu lalu.
Sarawak juga dijangka akan memperoleh ketua baru selepas pengerusi semasa Baru Bian dilantik sebagai naib presiden PKR bulan lalu.
The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan negeri Kedah akan diambil alih oleh timbalannya Wan Salleh Wan Isa manakala Dr Idris Ahamad yang kini memangku akan dilantik sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.
Dr Idris memangku jawatan itu selepas ia kosong ekoran keputusan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR di sebalik masalah berkaitan dengan proses pemilihan.
Kelantan dan Terengganu juga dilihat akan mengalami perubahan kepimpinan parti.
Ketua cabang Ketereh Ab Aziz Ab Kadir akan menggantikan Saifuddin manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang tahun lalu melepaskan jawatan timbalan pengerusi PKR Pahang akan mengetuai negeri itu.
Ab Aziz dan Saifuddin masing-masing merupakan ahli Parlimen Ketereh dan Machang.
Dalam pada itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesej Twitternya pagi tadi juga mengesahkan salah satu agenda mesyuarat hari ini ialah pelantikan kepimpinan negeri.
“Acara penuh, mesyuarat pimpinan parti termasuk pelantikn pimpinan negeri dan menerima laporan jawatankuasa pemilihan,” katanya.

Ketuanan Kuasa : Polis serbu belum sempat ceramah

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Belum pun sempat Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bermula, lebih kurang 20 orang anggota polis terus menyerbu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa kira-kira jam 7 malam tadi.
Eizat, salah seorang ahli Pemuda PAS Titiwangsa telah dikasari sehingga pakaian beliau koyak rabak hanya kerana enggan memberikan kad pengenalan kepada pihak polis tanpa sebab.
Beliau yang pada masa itu berseorangan, cuba melepaskan diri tetapi ditangkap dan dicekup dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Polis memberikan alasan bahawa ceramah yang diadakan pada malam tadi tidak mendapat permit polis walaupun ceramah akan diadakan di kawasan premis persendirian dan tidak mengikut peraturan.
Salah seorang polis yang mengetuai operasi itu, Azman pula mengatakan bahawa ceramah boleh diteruskan dengan syarat ia dibuat di dalam Pejabat Pusat Khidmat dan tidak boleh menggunakan pembesar suara kerana kononnya akan mengganggu orang lain.
Walaubagaimanapun ceramah akhirnya dapat diteruskan seperti biasa selepas wakil peguam PAS, ZulHazmi berunding sendiri dengan OCPD Zulkarnain.
Eizat juga akhirnya dibebaskan kira-kira jam 9 malam dan ketibaan beliau dengan baju yang koyak rabak di sambut dengan laungan takbir oleh pemuda-pemuda PAS.
Antara pemidato yang memberikan ceramah pada malam tersebut dengan tema Masa Untuk Berubah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi, Ahli Parlimen padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, Ustaz Firdaus Jaafar (MP Jerai) dan Suhaizan Kaiat.
Suhaizan dalam ceramah beliau juga turut menegaskan bahawa ceramah pada malam itu sah dan tidak perlu mendapatkan permit polis kerana diadakan di dalam kawasan premis persendirian.
"Kalau ini pun tak boleh, masjid pun tak bolehlah azan, tak bolehlah solat berjemaah sebab tak dapat permit," seloroh beliau.
Eizat dan Pemuda PAS Titiwangsa juga dijangka akan membuat laporan polis di atas tindakan polis yang tidak bertamadun tersbut.
"Polis sudah melampau, sepatutnya kejadian seperti ini tidak akan berlaku sekiranya polis bertindak profesional," kata Suhaimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa.

Generasi pertama kaum imigran kurang beri masalah, dakwa Perkasa

Gambar fail Datuk Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Perkasa mendakwa kaum-kaum pendatang generasi pertama ke negara ini tidak membawa banyak masalah kepada orang Melayu berbanding generasi semasa — gambaran yang dilihat akan membawa satu lagi keadaan kurang senang di kalangan orang Cina dan India. Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata, pada peringkat awal kemasukan kaum-kaum pendatang ke Tanah Melayu dahulu, “tidak banyak berlakunya pergeseran kaum dan pencerobohan hak-hak orang Melayu”, justeru mereka tahu untuk menjaga batas dan menghormati orang-orang Melayu.
“Sedikit sebanyak adab sebagai orang imigran dijaga kerana mereka, sama ada secara terpaksa atau tidak, menghargai sikap ‘lunak terima’ orang Melayu terhadap kedatangan mereka.
“Generasi pertama kaum imigran adalah generasi yang agak kurang memberi masalah kepada orang Melayu,” kata beliau.
Katanya, pergeseran mula berlaku setelah kaum pendatang generasi pertama tersebut memperoleh hak kerakyatan, pegangan ekuiti dan pemilikan sumber ekonomi.
Tulisan Ruslan dalam akhbar dwimingguan ‘Suara Perkasa’ edisi 3 Januari, di bawah tajuk “Pemerkasaan Maruah Bangsa Melayu, Sekilas Lintas Sejarah Tanah Melayu” menekankan, keadaan tersebut mengalami perubahan dan mula memberikan masalah selepas negara mencapai merdeka dan kedudukan ekonomi kaum imigran berubah.
Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan lahir dua tahun lalu selepas perubahan landskap politik negara ini dan muncul sebagai suara lantang mahu memperjuangkan hak kaum Bumiputera dan Melayu.
Sesetengah pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional pernah menggambarkan ia sebagai NGO rasis, tetapi pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan, menolak tanggapan sedemikian.
Kata Ibrahim (gambar), pihaknya berjuang bagi mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkasa juga mempertahankan pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis ke atas orang Cina dan India, yang pernah disifatkan sebagai “pendatang.”
Kata Ruslan, keadaan ini wujud mungkin kerana pada waktu itu mereka terpaksa menumpukan perhatian kepada soal-soal asasi mereka seperti mendapatkan tempat tinggal, mengembangkan aspek perniagaan dan terbukanya peluang dominasi ekonomi di wilayah baru, masalah kewarganegaraan, akomodasi dalam arus politik perdana Tanah Melayu, ketakutan mereka untuk pulang ke China akibat suasana politik di sana yang lebih menekan, jerih dan tidak menentu lalu melihat Tanah Melayu lubuk yang lebih selesa bagi mereka mengaut untung serta gejala ledakan kependudukan dan eksodus orang-orang China dari tanah Besar mereka.
“Namun, senario ini berubah setelah mereka memperoleh hak kerakyatan, pegangan ekuiti dan pemilikan sumber ekonomi yang semakin mencengkam, perkara-perkara tersurat yang termaktub dalam perlembagaan yang boleh diberikan tafsiran semula dan dieksploitasi untuk lebih menghimpit orang Melayu serta beberapa perkara lain yang membuka ruang untuk mereka “menangguk di air yang keruh.”
Justeru katanya, gelagat beberapa pemimpin bukan Melayu termasuk Lee Kuan Yew mempertikaikan kedudukan istimewa orang Melayu membawa kepada krisis kepentingan dan konflik kaum yang jelas menunjukkan perubahan dan pendirian kaum imigran terhadap bangsa pribumi Tanah Melayu.
“Rentetan dari itu, ultimatum penyingkiran Singapura dilaksanakan walau ia merugikan bangsa Melayu sendiri dan menghakis wibawa dan maruah mereka di mata dunia, sedangkan wabak penyakit ‘lupa daratan’ dan virus ‘melepaskan anjing tersepit’ ini boleh dibendung sekiranya kerajaan pada waktu itu melaksanakan ‘political sanction’ atau sekatan politik melalui perisytiharan darurat, menyumbat petualang negara ke dalam penjara melalui pendekatan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan mengerahkan angkatan tentera untuk bertindak,” katanya.
Ruslan juga menulis, agenda menggoncang sendi-sendi bangsa Melayu disemarakkan lagi dengan kenyataan Dr Tan Chee Koon, ketika itu yang memimpin Parti Buruh, yang mengkritik kerajaan tentang rancangan pendidikan dan sikap berat sebelah yang kononnya memberi kelebihan kepada anak-anak Melayu, tentang Maktab MARA dan sebagainya.
“Pendekatan yang agak komunal dengan mengemukakan statistik yang tidak tepat (perbandingan di antara pelajar Melayu dengan bukan Melayu dalam kursus-kursus profesional di IPTA) bukan saja boleh menimbulkan dan membakar semangat kebencian antara kaum, bahkan ia boleh juga disifatkan sebagai jenayah politik yang sangat merbahaya pada waktu itu,” katanya.
“Rata-rata di kalangan mereka tidak dapat merasai pengalaman seperti yang dialami oleh generasi pertama mereka justeru berada di dalam zon selamat setelah perkara-perkara asas yang mereka perlukan sebahagian besarnya diperolehi.
“Mereka semakin lantang menyuarakan protes terhadap segala dasar kerajaan yang dianggap sebagai ‘Malay bias’,” tambah Ruslan.
Beliau juga mempersoalkan sama ada perubahan yang dibawa kaum imigran ini mampu memelihara semangat perpaduan seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu di negara ini.
“Persoalannya apakah perubahan sikap dan pendirian kaum imigran terhadap orang Melayu itu menjadi bertambah baik dan usaha pemupukan perpaduan kaum meningkat?
“Apakah semangat kontrak sosial masih utuh terpelihara dan sebarang langkah membantu orang Melayu dan bumiputera bebas dari belenggu kemiskinan tidak dilihat sebagai tindakan rasis?” katanya,
Ruslan juga membangkitkan peranan DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat, dalam tulisannya kali ini.
“Apa yang nyata ialah asakan dan tuntutan mereka semakin menjadi-jadi serta menampakkan kegilaan yang sukar dibendung, apatah lagi warna perkauman DAP terutamanya, yang amat pekat itu kini dicairkan oleh penglibatan dan sokongan sebilangan orang Melayu yang lupa di mana bumi dipijak dan tempat langit dijunjung,” soal Ruslan, pemimpin dari Negeri Sembilan yang pernah menganggotai Umno dan Parti Keadilan Rakyat.

Imej hantu pada malam JumaatImej hantu pada malam Jumaat


GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing baru-baru ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.



MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.
Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.
Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.
"Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.
"Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
rba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.
Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.
"Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.
"Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Taktik dan Strategi Berpolitik

Dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, manusia semakin maju. Bahkan, maklumat kini hanya dihujung jadi sahaja. Dan jika masih ada manusia yang tidak ‘reti’ (tahu) akan ketinggalanlah.
Hari ini, orang berpolitik dengan pelbagai cara dan kaedah. Baik dari kalangan orang Islam mahu pun bukan Islam. Matlamatnya, adalah ‘KEMENANGAN’.
Suatu ketika dahulu, orang Melayu yang baru ‘dibebaskan’ oleh penjajah orang putih (Inggeris) amat tidak berpengetahuan bahawa dalam Islam adanya politik maknanya, Islam (agama) dengan politik (pemerintahan) tidak boleh dipisahkan.
Sebab itu, timbulnya ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut pimpinan Umno bahawa ‘agama’ (Islam) tidak boleh bercampur dengan politik. Maknanya, “POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”.
Sekitar tahun 80-an, muncullah seorang anak muda dari Rusila, Marang. Beliau juga merupakan anak ‘tok guru’ dari keturunan alim-ulama’. Bapanya, allahyarham Tuan Guru Haji Awang.
Kemunculan, anak muda bernama Abdul Hadi atau kini lebih dikenali Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berjaya mengubah ‘langskap’ pemahaman politik Islam orang Melayu bukan sahaja di Rusila, Marang tetapi di Terengganu dan Malaysia amnya.
Secara ringkasnya, apabila masa kini PAS mula boleh diterima oleh semua pihak, oleh semua kaum, oleh semua bangsa, oleh semua agama dan keturunan. Maka, sambutan rakyat terhadap PAS juga berbeza antara dahulu dengan sekarang.
Maka, dalam kesibukan Ustaz Abdul Hadi yang juga Presiden PAS masih sempat dia menulis dan membukukan ilmu-ilmunya. Ini termasuklah, buku tentang “Taktik dan Strategi Berpolitik”.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam buku terbarunya yang dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang, di Masjid Rusila, Marang, tahun lalu boleh dibanggakan.
“Dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, saya tunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisan saya bertajuk, Fikah Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk ‘Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin’.
“Mereka (sahabat Nabi) adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah SAW,” ujarnya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, Khulafa Ar-Rashidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah SWT.
Inilah, katanya rahsia kejayaan Islam meski pun penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran Islam serta melaksanakan secara tidak sempurna.
“Sebenarnya, bukan sahaja krisis ekonomi yang dihebohkan, malah krisis dalam segala aspek roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, politik tempatan dan antarabangsa sehingga meruntuhkan negara besar yang menganut ideologi komunis.
“Kini, ternyata sudah ada tanda-tanda awal keruntuhan kuasa besar Liberal-Kapitalis dan negara-negara penganutnya,” kata Dato’ Seri Abdul Hadi.
Menurutnya, Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah SAW kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.
Katanya, al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu dari Allah SWT.
“Pendukung (penganut) tetap ada, sama ada wujud Negara yang berdaulat (laksana Islam) atau Negara Islam yang ‘dihilangkan’.
“Pendukungnya (penganut Islam) tidak dapat dikalahkan dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat,” jelasnya.
Sebenarnya, kata Ustaz Hadi pembaharuan dalam teori demokrasi moden ciptaan barat dengan gerakan pembaharuan dari demokrasi purba lebih banyak dipengaruhi oleh penulisan ilmu pemerintahan dalam kitab fikah Islam.
Kesimpulannya, ‘peperangan’ adalah tipu daya dan dalam politik ada tipu daya. Pasukan yang besar tetapi bodoh boleh dikalahkan oleh pasukan yang kecil tetapi penuh dengan ‘taktik dan strategi’.
Akhir Kalam: “DALAM POLITIK ADA AGAMA, DALAM AGAMA ADA POLITIK”

Tengok Rosmah Berjubah...Pehhh! Cantik



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama delegasi dari Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) mengaminkan doa sebelum berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan selama tiga hari ketika di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Sabtu. Beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota BAKTI serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.

Untuk ke Arab Saudi mahu juga Rosmah bertudung, walaupun kurang sempurna tapi Alhamdulillah dia mencuba juga. Setakat itulah pemahaman Rosmah tentang tudung, kalau hendak bertudung lebih afdhal mengikut masa dan tempat, contohnya di Arab Saudi kenalah bertudung, mungkin kerana dosanya lebih besar, berbeza di Malaysia. Tak percaya tanya Ustaz Jamil Khir.

Alah macam iguana, kata orang kadang-kadang ia boleh berubah mengikut keadaan.

Ketuanan Cinta : Kekal menawan pikat suami

Kekal menawan pikat suami

 Oleh ISMA ISMAIL dan MOHD RAZLAN SALLEH

INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.
INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf. 
 
SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.


“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

Buang Bayi – Kes Mengerikan Yang Gagal Ditangani Oleh UMNO/BN/APCO

Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.
Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.
“Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘Kami Prihatin’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.
Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.
Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.
- Bernama
Badan-badan agama dah bagi banyak cadangan.. Kalau kerajaan sendiri yang mempunyai kemampuan yang besar, dari segi kuasa. logistik, kakitangan dsb., gagal dalam menangani masaalah ini seperti juga masaalah dadah, rasuah, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin perancangan dan dasar-dasarnya yang tidak betul, atau mungkin kerajaan tidak menutup pintu-pintu kepada kes ini malah membuka pintu yang seluas-luasnya kepada kes pembuangan bayi, dadah, rasuah dsb.,ini. Kalau dah diberi amanah pun masih menipu rakyat, masih berleluasa rasuahnya, masih melakukan fitnah kepada rakyat, ini menunjukkan pendekatan para pembuat dasar dan menteri BN adalah jauh menyeleweng.
Nasihat dari badan-badan agama dan orang-orang yang ikhlas di anggap sepi dan ditertawakan saja, malah nasihat yang diterima adalah dari APCO. Apatah lagi perintah dari Allah itu sendiri dibangkang dan anggap sebagai tidak memawa kepada kemajuan,,, Allah mencabar kamu untuk menyelesaikan masaalah-masaalah tersebut, ternyata kamu tidak dapat menyelesaikannya sesudah diberi tempoh yang agak panjang memegang amanah dalam memerintah negara.
Shahrizat, kembalilah kepada ajaran Allah,,,

PAS perlu atasi kekuatan Umno

SUBANG, 9 Jan: Datuk Abu Bakar Chik mengingatkan semua pendukung PAS supaya sentiasa berusaha menguatkan parti bagi mengatasi jentera Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Ini, katanya kerana PAS lazimnya akan menentang calon Umno yang mewakili BN di kawasan majoriti Melayu pada setiap kali pilihan raya.
“Kita kena atasi kekuatan Umno sebab kita bertanding di kawasan Melayu,” ujarnya selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Program Motivasi Jentera Pilihan raya Dun Kota Damansara di Pejabat PAS Kawasan Subang, Subang Perdana malam tadi.
Beliau menambah, ini bertepatan dengan hasrat parti yang bersedia untuk menggantikan Umno pada PRU 13 nanti.
Katanya, semua peringkat organisasi parti perlu menjaga kekuatan masing-masing.
“Kita bina kekuatan parti kita mengikut dasar dan polisi parti,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Justeru, tegasnya, kekuatan yang ada pada perjuangan PAS tidak perlu diragui oleh seluruh ahli.
“Jangan ragu-ragu dengan perjuangan kita kerana kekuatan kita juga adalah kekuatan Islam dalam negara ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya seluruh jentera parti perlu berusaha keras bagi menghadapi PRU 13 dengan membuat perancangan secukupnya dan strategik bagi mencapai kejayaan.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak terikut-ikut dengan rentak sesetengah pihak yang sering mengkritik kepimpinan tanpa mengikut saluran yang betul.
Katanya, sikap sedemikian bukan sahaja boleh merosakkan jemaah sebaliknya membawa kejatuhan kepimpinan kerajaan negeri yang dikuasai.

Akibat menjerat, Umno-apco kini terjeratrym

Hukum karma kini mula menghimpit umno-apco-BeEnd. Bak kata mat salleh 'What goes around, comes around'. Terlalu banyak hukum undang-undang hinggalah ke Perlembagaan yang telah dipinda bagi disesuaikan dengan kehendak umno-apco-Be End untuk mencengkam kuasa.
Jika pun ada undang-undang yang didapati tidak menyebelahi mereka, pengamal undang-undang termasuk hakim akan diumpan, diupah dan ditekan bagi membuat penghakiman yang menyebelahi kehendak mereka. Sebagai contoh, kes kuasa Speaker DUN Perak ketika umno-apco-BeEnd merampas negeri Perak daripada PR, kerajaan pilihan Rakyat.
Jelas dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri, tidak ada mana-mana pihak termasuk mahkamah boleh mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker di dalam Dewan Undangan Negeri.
Bila terhimpit dalam keadaan sebegitu, mereka telah 'memulas' tangan hakim agar mahkamah 'over rule' apa yang telah tercatat di dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Akibatnya, satu entiti yang sepatutnya mengintepretasi dan mempertahankan Perlembagaan dan Undang-undang iaitu mahkamah, telah menceroboh kuasa entiti yang bertanggungjawab menggubal undang-undang iaitu DUN. Maka satu dahuluan (precedent) telah dibuat dan akan menjadi rujukan.
Baru-baru ini, apabila Speaker Parlimen melakukan tindakan yang dilihat tidak mengikut peraturan, pihak Pakatan Rakyat berhasrat mengheret Speaker ke mahkamah, maka riuh-rendahlah puak pencacai umno-apco BeEnd mengatakan tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan. Tiba-tiba kuasa Speaker kembali kebal dan tindakan Speaker tidak boleh dipersoal di dalam mana-mana mahkamah sedangkan sudah ada kes dahuluan yang telah mereka cipta di negeri Perak melibatkan Perlembagaan yang sama.
Sejahat-jahat negara Israel pun, ia tidak mempergunakan perlembagaan dan undang-undang mengikut sesuka hati. Tapi apalah sangat segala hukum-hakam perlembagaan ciptaan manusia. Hukum-hakam Allah SWT pun puak umno-apco-BeEnd boleh letak ke tepi demi mempertahankan kuasa. (Rujuk: Retro: Umno larang guna Al-Quran dan Hadith demi kekalkan kuasa).
Kemelut yang sama sedang membelenggu negeri Selangor dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang terang-terangan melanggar Perlembagaan yang telah umno-apco-BeEnd pinda pada tahun 1993 lalu. Mereka telah meminda perlembagaan bagi melucutkan kuasa Sultan dalam soal pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri.
Kuasa memilih dan melantik pegawai-pegawai berkenaan telah diberikan kepada Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri selaku Ketua Eksekutif negeri hanya perlu memaklumkan kepada Sultan. Sama ada Sultan setuju atau tidak setuju, dalam tempoh 30 hari sebarang keputusan menjadi sah dan terpakai. Itulah inti pati penting Pindaan Perlembagaan 1993.
Dalam pertemuan antara TS Khalid Ibrahim (MB Selangor) dengan Sultan Selangor, perkara berkenaan telah disentuh dan Sultan Selangor akur terhadap bidang kuasa baginda yang telah dilucutkan melalui pindaan Perlembagaan 1993. (Rujuk: Kenyataan MB Selangor dalam isu Khusrin).
Bagi mengatasi kemelut 'SUK lantikan Ketua Setiausaha Negara' yang bertindak lebih MB daripada MB dan lebih Sultan daripada Sultan demi tunduk kepada kehendak umno-apco-BeEnd, TS Khalid bercadang mengadakan sidang khas Dewan Undangan negeri Selangor bagi meminda semula Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang telah dilucutkan oleh umno-apco-BeEnd.
Dalam situasi ini, umno-apco-BeEnd akan tersepit sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat membuat usul pindaan berkenaan. Sebagai pihak yang sentiasa berlakon, mereka kononnya sentiasa menyebelahi Sultan dan raja-raja, kini mahu atau tidak mahu, mereka mesti berikan sokongan. Jika mereka cuba mengelak diri daripada memberikan sokongan terhadap usul pindaan berkenaan, jelaslah bahawa MEREKALAH YANG MENDERHAKA KEPADA RAJA. (Rujuk: Kali ini, suka atau tidak, umno kena sokong! )
Inilah lagi satu contoh sebaik-baik dan sehebat-hebatnya aturan dan perancangan ciptaan Allah. Allah SWT telah mengaturkan dalam DUN Selangor, PR tidak mempunyai jumlah ADUN yang mencukupi dua pertiga untuk meluluskan usul pindaan berkenaan secara bersendirian. Jadi usul ini perlu disokong oleh pihak umno-apco-BeEnd. Mereka terperangkap dengan jerat yang telah mereka pasang sebelum ini. Inilah keindahan aturan dan perancangan Allah (kepada yang mampu melihat). Jika PR mempunyai ADUN yang mencukpi dua pertiga, tidaklah umno-apco-BeEnd terseret dalam keadaan yang akan menghenyak mereka sebegini. Allahhuakbar!!!

Prof. Dr. Abdul Aziz Bari: Umno terjerat:   Pindaan Perlembagaan 1993, dedah tembelang kemelut di Selangor
Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah  melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.
Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".
Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.
Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.
Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.
Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.
Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.
Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.
"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.
"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.
Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.
Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.
Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz,  Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.
"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.
Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.
Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.
Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.
"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?
"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.
Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.
Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.
"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.
Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.
Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain. 

Kitu tunggu dan lihat apa iblis utusan ini akan meracau dalam isu usul pindaan berkenaan selepas ini...

Akibat menjerat, Umno-apco kini terjerat

Hukum karma kini mula menghimpit umno-apco-BeEnd. Bak kata mat salleh 'What goes around, comes around'. Terlalu banyak hukum undang-undang hinggalah ke Perlembagaan yang telah dipinda bagi disesuaikan dengan kehendak umno-apco-Be End untuk mencengkam kuasa.
Jika pun ada undang-undang yang didapati tidak menyebelahi mereka, pengamal undang-undang termasuk hakim akan diumpan, diupah dan ditekan bagi membuat penghakiman yang menyebelahi kehendak mereka. Sebagai contoh, kes kuasa Speaker DUN Perak ketika umno-apco-BeEnd merampas negeri Perak daripada PR, kerajaan pilihan Rakyat.
Jelas dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri, tidak ada mana-mana pihak termasuk mahkamah boleh mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker di dalam Dewan Undangan Negeri.
Bila terhimpit dalam keadaan sebegitu, mereka telah 'memulas' tangan hakim agar mahkamah 'over rule' apa yang telah tercatat di dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Akibatnya, satu entiti yang sepatutnya mengintepretasi dan mempertahankan Perlembagaan dan Undang-undang iaitu mahkamah, telah menceroboh kuasa entiti yang bertanggungjawab menggubal undang-undang iaitu DUN. Maka satu dahuluan (precedent) telah dibuat dan akan menjadi rujukan.
Baru-baru ini, apabila Speaker Parlimen melakukan tindakan yang dilihat tidak mengikut peraturan, pihak Pakatan Rakyat berhasrat mengheret Speaker ke mahkamah, maka riuh-rendahlah puak pencacai umno-apco BeEnd mengatakan tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan. Tiba-tiba kuasa Speaker kembali kebal dan tindakan Speaker tidak boleh dipersoal di dalam mana-mana mahkamah sedangkan sudah ada kes dahuluan yang telah mereka cipta di negeri Perak melibatkan Perlembagaan yang sama.
Sejahat-jahat negara Israel pun, ia tidak mempergunakan perlembagaan dan undang-undang mengikut sesuka hati. Tapi apalah sangat segala hukum-hakam perlembagaan ciptaan manusia. Hukum-hakam Allah SWT pun puak umno-apco-BeEnd boleh letak ke tepi demi mempertahankan kuasa. (Rujuk: Retro: Umno larang guna Al-Quran dan Hadith demi kekalkan kuasa).
Kemelut yang sama sedang membelenggu negeri Selangor dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang terang-terangan melanggar Perlembagaan yang telah umno-apco-BeEnd pinda pada tahun 1993 lalu. Mereka telah meminda perlembagaan bagi melucutkan kuasa Sultan dalam soal pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri.
Kuasa memilih dan melantik pegawai-pegawai berkenaan telah diberikan kepada Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri selaku Ketua Eksekutif negeri hanya perlu memaklumkan kepada Sultan. Sama ada Sultan setuju atau tidak setuju, dalam tempoh 30 hari sebarang keputusan menjadi sah dan terpakai. Itulah inti pati penting Pindaan Perlembagaan 1993.
Dalam pertemuan antara TS Khalid Ibrahim (MB Selangor) dengan Sultan Selangor, perkara berkenaan telah disentuh dan Sultan Selangor akur terhadap bidang kuasa baginda yang telah dilucutkan melalui pindaan Perlembagaan 1993. (Rujuk: Kenyataan MB Selangor dalam isu Khusrin).
Bagi mengatasi kemelut 'SUK lantikan Ketua Setiausaha Negara' yang bertindak lebih MB daripada MB dan lebih Sultan daripada Sultan demi tunduk kepada kehendak umno-apco-BeEnd, TS Khalid bercadang mengadakan sidang khas Dewan Undangan negeri Selangor bagi meminda semula Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang telah dilucutkan oleh umno-apco-BeEnd.
Dalam situasi ini, umno-apco-BeEnd akan tersepit sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat membuat usul pindaan berkenaan. Sebagai pihak yang sentiasa berlakon, mereka kononnya sentiasa menyebelahi Sultan dan raja-raja, kini mahu atau tidak mahu, mereka mesti berikan sokongan. Jika mereka cuba mengelak diri daripada memberikan sokongan terhadap usul pindaan berkenaan, jelaslah bahawa MEREKALAH YANG MENDERHAKA KEPADA RAJA. (Rujuk: Kali ini, suka atau tidak, umno kena sokong! )
Inilah lagi satu contoh sebaik-baik dan sehebat-hebatnya aturan dan perancangan ciptaan Allah. Allah SWT telah mengaturkan dalam DUN Selangor, PR tidak mempunyai jumlah ADUN yang mencukupi dua pertiga untuk meluluskan usul pindaan berkenaan secara bersendirian. Jadi usul ini perlu disokong oleh pihak umno-apco-BeEnd. Mereka terperangkap dengan jerat yang telah mereka pasang sebelum ini. Inilah keindahan aturan dan perancangan Allah (kepada yang mampu melihat). Jika PR mempunyai ADUN yang mencukpi dua pertiga, tidaklah umno-apco-BeEnd terseret dalam keadaan yang akan menghenyak mereka sebegini. Allahhuakbar!!!

Prof. Dr. Abdul Aziz Bari: Umno terjerat:   Pindaan Perlembagaan 1993, dedah tembelang kemelut di Selangor
Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah  melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.
Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".
Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.
Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.
Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.
Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.
Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.
Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.
"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.
"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.
Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.
Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.
Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz,  Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.
"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.
Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.
Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.
Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.
"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?
"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.
Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.
Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.
"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.
Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.
Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain. 

Kitu tunggu dan lihat apa iblis utusan ini akan meracau dalam isu usul pindaan berkenaan selepas ini...

Dialog tuntut penjelasan lanjut Nik Aziz

Pertemuan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat 15 Januari ini dijangka dipanaskan dengan isu pertemuan mursyidul am PAS itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seorang peserta program dialog di Kuala Lumpur itu berkata, penggguna media baru yang menentang idea kerajaan perpaduan berhasrat menuntut penjelasan lanjut Nik Aziz kerana masih terdapat kekeliruan berhubung perkara itu.

azlan"Kita hendak tahu cerita sebenar kerana terdapat masih banyak kekeliruan. Antaranya, kenapa undangan kepada Tok Guru (Nik Aziz) disampaikan melalui bekas timbalan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bukannya setiausaha atau wakil istana sendiri.

"Dan, kalau betul (undangan) daripada istana, kenapa tidak dibuat terus kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS?" kata penulis blog terkenal, antara 25 orang yang didatangkan khas dari Kelantan.

Sementara itu, jurucakap program dialog itu Tarmizi Mohd Jam memberitahu, program pada Sabtu depan itu akan diadakan di Hotel Grand Seasson Kuala Lumpur melibatkan 180 orang penulis blog dan Facebook.

NONEIa antaranya bagi membincangkan isu-isu sekitar pentadbiran kerajaan Kelantan dan bagi menghadapai pilihan umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

"Ia ekoran laporan media perdana tidak menyebelahi kita," katanya yang juga editor akhbar organ PAS Harakah.

Diminta mengesahkan sama ada itu pertemuan kontroversi 25 Disember lalu antara Nik Aziz dan Najib akan dibangkitkan, Tarmizi (kanan) bagaimanapun enggan mengulasnya.

Program itu akan dimulakan dengan 8 malam diikuti ucapan ringkas Nik Aziz sebelum dibuka untuk sebarang soalan daripada peserta.

"Bukan hanya Nik Aziz, exco kerajaan negeri juga akan terlibat sama," kata Tarmizi lagi.

Kontraktor Melayu minta maaf tamparan buat Umno

GEORGETOWN, 9 Jan: Ustaz Salleh Man menyifatkan tindakan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi seribu makna kepada kontraktor supaya lebih matang dan bersikap terbuka.
"Kini semua tembelang Umno sudah nampak,” ujarnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri.
Tambahnya, orang Melayu jangan sewenang-wenangnya menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas bersih daripada segala rasuah dan penyelewengan.
Bagi Adun Permatang Pasir itu, Umno mendapat tamparan hebat apabila persatuan kontraktor itu dengan rela hati memohon maaf secara terbuka Guan Eng, kelmarin.
Persatuan itu memohon maaf kepada ketua menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya tidak berlaku adil kepada kontraktor Melayu sejak mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008 lalu.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Fadzil yang datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sekaligus menangkis semua tuduhan yang selama ini dikira fitnah.
Bagi Lim tindakan tersebut merupakan satu usaha bijak kerana tidak terjerat dengan dakyah yang sengaja dipasang oleh Umno dan BN bagi mengucar-kacirkan kerajaan yang lebih telus terutamanya dalam hal membabitkan pemberian projek kerajaan.
"Saya bersyukur kerana mereka datang bertemu dan memohon maaf secara terbuka di depan media.
“Mungkin selama ini mereka terpengaruh dengan pembohongan Umno yang sengaja mencari alasan agar kontraktor melayu menjauhkan diri kerana kononya DAP sebagai pemerintah," ujarnya semasa berucap pada Program Penganugerahan Warga Emas dan Sumbangan Kepada Waris yang meninggal dunia di Pejabat Jabatan Kerjaraya Bukit Mertajam, semalam.
Bagi timbalannya, Datuk Dr Mansor Othman pula permohonan maaf oleh Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang itu menandakan satu perkembangan terbaru di tahun 2011.
Selama ini, katanya mereka menjauhkan diri dengan kerajaan dengan alasan kerajaan membelakangkan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan negeri.
"Tahun 2011 membuka sejarah terbaru bagi Persatuan Kontraktor Melayu agar menjalinkan hubungan baik supaya kita bersama menggemblengkan semua tenaga memajukan negeri tercinta," tegasnya.

Protes Kenaikan Barangan, Tuntut Kerajaan Umno-BN Prihatin Masalah Rakyat



SHAH ALAM 9 JAN : Lebih 50 ahli Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor  mengadakan demontrasi aman membantah kenaikan harga barangan di pasar tani Seksyen 13 di sini hari ini.
Ahli Wanita bersama Skuad Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) menyertai demontrasi aman turut serta mengedar risalah berkaitan kenaikan harga barang oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Beberapa pimpinan Wanita PKR antaranya, Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha serta beberapa ketua Wanita peringkat cabang turut menyertainya.
Demontrasi kira-kira sejam yang turut mengadakan perarakan mengelilingi pasar tani itu,  mendapat sambutan pengunjung yang selama ini dibebani kenaikan harga berkenaan.
Kerajaan Umno-BN telah menaikkan harga petrol dan beberapa barangan baru-baru ini dilihat membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Malahan kekurangan minyak masak di pasaran mencetuskan spekulasi bahawa harga barangan itu akan naik dalam masa terdekat.

Wanita KEADILAN berdemo bantah kenaikan harga barang

SHAH ALAM: Wanita KEADILAN Selangor hari ini mengadakan demontrasi aman di pasar tani Seksyen 13 di sini, bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan harian rakyat.
Lebih 50 ahli Wanita dan Skuad Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) menyertai demontrasi yang turut mengedar risalah berkaitan kenaikan harga barang yang dilakukan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Demontrasi kira-kira sejam yang turut mengadakan perarakan mengelilingi pasar tani itu,  mendapat sambutan pengunjung yang selama ini dibebani kenaikan harga berkenaan.
Beberapa pimpinan Wanita KEADILAN antaranya, Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha serta beberapa ketua Wanita peringkat cabang turut menyertainya.

Kavyan bantah bakar Interlok, bertentangan budaya India

SHAH ALAM: Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), sebuah pertubuhan sastera yang ahlinya terdiri keturunan India, membantah cadangan membakar mana-mana sastera termasuk novel Interlok edisi murid karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.
“Kayvan tidak bersetuju, tidak menyokong dan tidak akan terlibat dalam pembakaran mana-mana buku sastera, termasuk novel Interlok edisi murid yang menimbulkan kontroversi kerana dikatakan menyentuh sensitiviti kaum India di negara ini.
“Dalam budaya India, perbuatan membakar buku dan bahan bacaan dianggap menghina ilmu,” kata Presidennya, Uthaya Sankar SB dalam satu kenyataan media yang membidas sekeras-kerasnya tindakan membakar novel dan gambar Abdullah.
Novel itu diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam edisi murid dan dijadikan teks Komponen Sastera dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) bagi pelajar tingkatan lima di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan bermula tahun ini.
Bahagian tertentu novel itu dikatakan menyentuh sensitiviti kaum India dan mengandungi maklumat salah berkaitan sistem kasta dan kepercayaan agama masyarakat India hingga mencetus kontroversi.
Baru-baru ini, sebuah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India mengancam untuk membakar novel Interlok jika novel itu tidak ditarik balik darim menjadi sebahagian teks sastera SPM.

Pada sesi dialog anjuran Persatuan Penulis Nasional (Pena) 8 Januari lalu, penulis veteran, Dr Ilias Zaidi menyatakan, ada ‘tangan tangan halus’ yang dengki terhadap kejayaan Abdullah apabila novelnya dijadikan teks Komsas.
Ilias menganggap mereka yang menentang pemilihan novel itu sengaja ‘memancung’ sumber rezeki Abdullah manakala seorang lagi panel mempersoal patriotisme kumpulan yang tidak senang dengan novel itu.
Uthaya berkata, novel Interlok masih boleh dijadikan teks Komsas jika edisi murid itu dimurnikan dengan membuang kandungan sensitif, bersifat menghina dan salah fakta.
“Panel yang terlibat dalam pemilihan teks itu wajar merujuk kepada pakar budaya kaum India untuk memurnikan novel Interlok sebelum dicetak semula untuk kegunaan pelajar,” katanya.
Uthaya berkata, Kavyan juga sedia memberi taklimat berkaitan budaya kaum India kepada Kementerian Pelajaran, penerbit, persatuan penulis dan badan bukan kerajaan (NGO) yang kurang faham punca masyarakat India kecewa dengan paparan tertentu novel itu.
Katanya, Kavyan juga kecewa dengan kenyataan pihak tertentu yang menganggap bantahan kaum India terhadap novel berkenaan disebabkan rasa dengki dan cemburu terhadap kejayaan Abdullah.

Pandai Lempar Fitnah , Tapi Takut Dedah Kebenaran

KUALA LUMPUR 9 JAN : Media arus perdana berbahasa Melayu dibidas kerana hanya pandai membuat fitnah terhadap Pakatan Rakyat tetapi takut untuk mendedahkan kebenaran khususnya melibatkan kepentingan orang Melayu.
Memetik laporan portal Harakah Daily , Ahli Parlimen Bukit Bendera  Liew Chin Tong berkata, sebagai bukti terbaru apabila Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Malaysia diam membisu.
Ini, katanya menunjukkan Utusan yang hanya pandai membuat fitnah dan pembohongan terhadap Lim Guan Eng, DAP serta Pakatan Rakyat tidak berani untuk menyiarkan berita yang benar.
Tambahnya, sikap bacul sedemikian sudah sepatutnya menyedarkan rakyat betapa buruk agenda politik perkauman yang dibawakan oleh Utusan serta pihak-pihak tertentu dalam Umno yang hanya mahu orang Melayu ditutup mata daripada melihat kebenaran.
Sebelum ini, ujarnya apabila Pengerusi PKMMPP, Datuk Mohamed Fadzill Hassan menyerang Lim serta pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Utusan telah menjadi jaguh untuk menyebarkan tohamahan-tohmahan yang tidak berasas itu.
Kelmarin, apabila Mohamed Fadzill akhirnya bertemu muka dengan Lim, beliau telah telah memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu atas serangan-serangannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.
Dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Georgetown, Lim menyatakan bahawa Mohamed Fadzil telah meminta maaf dan ingin membuka lembaran baru dengan kerajaan negeri bagi membolehkan kontraktor-kontraktor Melayu bekerjasama dengan pentadbiran negeri Pulau Pinang.
"Lim yang menerima baik permohonan maaf itu telah berkata bahawa kerajaan negeri mahu menjalin hubungan sihat dan tersusun berdasarkan kepada fakta dan bukan mengikut perasaan serta tidak dipesongkan oleh fitnah pihak-pihak tertentu seperti Utusan," ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendedahkan kepada umum bahawa kontraktor-kontraktor Melayu di negeri itu telah mendapat lebih banyak projek di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding era pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.
Beliau mengambil contoh tender Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan bahawa kontraktor Melayu menerima kesemua 18 projek bernilai lebih RM40 juta.
Tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan daripada 17 projek bernilai lebih RM20 juta diluluskan di antara 1 Januari 2008 dan 30 November 2010, 16 diberikan kepada kontraktor Melayu, hanya satu projek diberikan kepada kontraktor bukan Melayu.
Baginya, Utusan dan golongan-golongan yang menyokongnya perlu sedar bahawa jika mereka terus membuat pembohongan dan menutup kebenaran, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu sendiri.
"DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan alternatif yang lebih baik bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga semua kaum di negara ini, termasuk usaha meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah serta membebaskan media yang selama ini dikongkong oleh Umno Barisan Nasional," katanya yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP Kebangsaan.

Melayu pertahan Utusan "Lidah Syaitan " , Pertahan warisan Melayu yang tunggal..!!!!

Drs. Khalil Idham Lim.
Tindakan Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau membawa isu baru untuk pimpin UMNO untuk menyerang kembali Ketua menteri Pualau Pinang itu.

Tetapi sekali ini lucu dan terungkap kalimat baru iaitu mempertahankan utusan melayu adalah pertahankan warisan melayu yang satu-satunya masih tinggal.

Dalam Mingguan Malaysia hari ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dipetik sebagai berkata, sudah menjadi kebiasaan pemimpin pakatan pembangkang menyaman pihak yang membuat pendedahan dan teguran bagi menutup kelemahan mereka.

Menurut Musa, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini.

“Tidak terkecuali disaman adalah Utusan Malaysia yang menjadi warisan Melayu di negara ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan kelemahan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang." Katanya dalam kenyataan itu

Selain itu Musa menyeru orang ramai terutama sekali orang Melayu perlu sedar permainan politik pembangkang yang menyaman kerana tidak mahu Utusan Malaysia banyak cakap di samping menutup salah satu warisan Melayu yang masih ada.

Tindakan Saman Guan Eng terhadap utusan dilakukan beberapa hari lepas berkaitan dengan artikel yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu yang dianggapnya telah menggunakan perkataan tidak benar serta berniat jahat sehingga menyebabkan beliau mengalami kerosakan dan kerugian.

Tindakannya tidak lebih sebagai seorang warganegara Malaysia yang sedang mempertahankan haknya, apa kah yang salahnya ?

Orang Melayu perlu sedar dan perlulah berfikir dengan tenang dan sematangnya sandiwara terbaru pemimpin UMNO.

Kalau bercakap tentang warisan, adakah benar warisan sebenar orang Melayu yang satu-satunya sedang dipertahankan ini memang benar dipertahankan oleh pemimpin UMNO.

Realitinya budak sekolah rendah pun telah melakukan tindakan saman Kerajaan Malaysia kerana membelakangi Bahasa melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bila Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar untuk dua matapelajaran utama itu.

Satu penghinaan yang sangat dasyat kepada bahasa melayu oleh pemimpin UMNO sehingga membangkitkan gelombang tentangan rakyat malaysia bukan sahaja dari tokoh-tokoh politik namun para sasterawan negara dan pakar-pakar bahasa itu sendiri.

Termasuk juga pemimpin politik dan masyakarat dikalangan bukan Melayu bangkit sama untuk pertahankan Bahasa Melayu. Tidak malukah pemimpin UMNO yang kononnya mempertahankan hak orang melayu ?

Selain itu sedarkah Musa dan pimpinan UMNO yang lain Isu yang dibawa oleh Guang Eng bukan unuk melihat Utusan Melayu ditutup atau dengki kepada akhbar itu, isunya ialah pembohongan yamg berterusan dari akhbar UMNO itu dalam banyak perkara.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang saya dapati utusan tidak lebih dari penghinat kepada masayarakat negara ini dengan pemberitaan yang tidak lebih dari memburuk-buruk sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang.

Utusan tidak lebih menjadi "lidah syaitan" yang sentiasa membela bos nya walaupun jelas melakukan kemungkaran dan penyelewengan. Namun bila melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat semuanya salah dan diputar belit.

Perubahan perlu libat semua pihak- Nurul Izzah

Nurul Izzah mempersembahkan lagu dari Radiohead dengan gitarnya yang berjaya dilelong pada harga RM13 ribu

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar menjelaskan, rakyat Malaysia tidak boleh semata-mata mengharapkan perubahan di negara ini dilakukan oleh orang lain, tetapi adalah melalui penglibatan langsung setiap individu.
“Kita (Malaysia) miskin banyak perkara, tetapi yang paling dikesalkan ialah, negara ini miskin demokrasi. Politik ini tidak semata-mata kerana Anwar Ibrahim, Hadi Awang atau Lim Kit Siang, tetapi ia adalah berkenaan diri kita sendiri dan apa yang kita tuntut.
“Tentang bagaimana caranya untuk kita mengatasi politik perkauman dan kebencian, kerana ada banyak contoh yang menunjukkan bahawa mereka (Barisan Nasional), langsung tidak memberikan perhatian mengenai masa depan kita dan anak-anak kita,”
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di hadapan kira-kira 700 tetamu, pada majlis jamuan makan malam sempena kutipan derma bagi Parlimen Lembah Pantai di Restoran Bangsar Seafood, malam tadi.
Izzah berkata, banyak perkara yang merunsingkan rakyat marhaen terjadi sejak kebelakangan ini. Antaranya, peningkatan kejadian salahguna kuasa pihak polis dan situasi ekonomi negara yang negatif, mencerminkan kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan negara.
“Saya sebagai orang Islam, orang Melayu dan rakyat Malaysia yang meraikan kebebasan, menganjurkan bahawa anak-anak dan sahabat kita perlulah dididik melalui cara yang bukan kekerasan,” jelas Izzah.
Izzah menambah, rakyat perlu mengetahui tentang fungsi, peranan dan kebarangkalian yang terjadi dalam kancah politik.
Tetapi apa yang diperjuangkan dalam kerangka Keadilan berbeza dengan politik retorik puluhan tahun Barisan Nasional yang berterusan menjalankan dasar pecah dan perintah.
“Justeru, kita tidak boleh menganggap bahawa undi kita tidak penting. Kerana hanya ada satu sahaja jalan untuk mengubah Malaysia, iaitu kita mesti berdiri dan turut serta di dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan,” katanya.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Naib Presiden N Surendran, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Pada acara yang sama, ahli Parlimen Lembah itu turut menunjukkan kemahirannya bermain gitar bagi mengumpul dana, sebelum melelong gitar akustik pemberian bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nilai RM 13, 000.

Izzah ulangi gesaan bentang Akta Pemulihan Demokrasi

Umno-Barisan Nasional  sekali lagi dicabar supaya mengadakan sidang parlimen tergempar bersama Pakatan Rakyat bagi membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi, kata Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar.
“Kita akan bermula dengan menyerahkan cadangan Akta tersebut kepada Menteri Besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat, bahkan  juga di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.
“Dasar bagi Akta itu telah diwujudkan, bahkan kaedah pelaksanaannya juga telah dirangka,” katanya ketika ditemui Keadilandaily selepas majlis jamuan makan malam bagi mengutip derma untuk tabung Parlimen Lembah Pantai semalam.
Menurut Izzah, rang undang-undang itu bertujuan membatalkan semua pengisytiharan darurat, memansuhkan semua undang-undang anti-demokratik, menunaikan perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia, menjamin ketelusan Pilihanraya Umum, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan mewujudkan kebebasan media.
Usul yang julung kali dikemukakannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Pulau Pinang tahun lalu, kini dilanjutkan melalui kempen bagi mengumpul sejuta tandatangan sokongan rakyat, yang kemudian akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
“Ini merupakan kempen berterusan, kerana kita (rakyat Malaysia) berhadapan dengan sebuah kerajaan yang tidak mahu kehilangan kuasa. Rakyat perlu dan wajib memberikan sokongan kepada akta ini, kerana salah satu cara untuk mengelakkan gangguan, kacau bilau dan penentangan dari kerajaan Pusat, adalah melalui akta tersebut,” kata Izzah.
Merujuk kepada isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Izzah berkata, tindakan kerajaan Pusat yang bertentangan dengan amalan persekutuan, adalah salah satu sebab utama akta tersebut perlu diwujudkan.
“Apa yang saya mahu katakan adalah, hanya satu sebab kenapa perkara ini berlaku, iaitu ada pihak tertentu yang mahu terus mempertahankan kuasa di tangannya. Justeru, kita mahu meluaskan makna demokrasi, kerana akhirnya rakyat sendiri yang akan menilai, ke mana arah tuju demokrasi di negara kita,” jelasnya.
Terdahulu sebelum ini, dalam satu kenyataan Izzah berkata, cadangan Akta yang mengandungi 131 perkara tindakan itu, merupakan dasar yang disepakati oleh parti-parti Pakatan Rakyat.

Menurut Izzah,  pembentangan rang undang-undang dwi-partisan itu boleh dilakukan melalui sidang parlimen tergempar yang boleh dipanggil oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja.