Wednesday, December 21, 2011

Melaga Rasa'Nasrudin Awas Jangan Jadi Ular Air

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan saya tenguk seperti orang tidak ada tunjang walaupun ada akar. Maksud pendiriannya tidak tegas dan konsisten dalam berhadapan dengan isu-isu membabitkan Hasan Ali. Dalam satu masa dia menyokong tindak tanduk Hasan Ali. Gerun semacam jadinya mendengar beliau mengeluarkan kenyataan seperti dipetik oleh media penjilat buntut kerajaan dalam membela Hasan Ali.
Kata Nasrudin dia menyokong Hasan Ali atas prinsip memperjuangkan Islam. Sokongan simpati diberi bila mana Hasan Ali dimalukan oleh Saari Sungib dan tambah Mustapa Ali. Saya tidak tahu apakah Nasraudin telah menyelidiki sepenuhnya siapa dia Hasan Ali dan juga 'kongkalikong' politiknya. Bukan saja dalam isu terbaru, tetapi semasa Hasan Ali berdepan dengan isu Jabatan Agama Isdlam Selangor (Jais) untuk menangani gejala murtad, Nasrudin juga ke depan.
Lagak ketua dewan pemuda Pas ini semacam pahlawan dan lebih Ismaik dari induknya. Apakah itu dinamakan keberanian golongan pemuda di dalam Pas?
Pun begitu anihnya tidak sampai seminggu dia menyatakan sokongan moral kepada Hasan Ali, hari ini beliau telah meralat balik sokongan terlajak itu dengan mengeluarkan satu kenyataan cuba menjelaskan Negara Berkebajikan yang diremehkan Hasan semalam. Semalam Hasan menolak Negara Berkebajikan dan mengejek konsep yang dikonsensus dalam mukatmar itu.
Bacalah apa kata Nasrudin Hasan:
Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijma' menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar Presiden parti "Membangun Negara Berkebajikan" yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.

Tidak layak bagi mana - mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijma'kan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah. Sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa di alu-alukan.”
Apa maksud Nasrudin mengeluarkan kenyataan itu. Bukankah ia menujukkan kenyataan itu kepada Hasan yang menolak konsep Negara Berkebajikan seperti diumum dalam kenyataan akhbar dan disiar secara meluas semalam.
Saya rasa mungkin ramai konfius dan tidak faham dengan pendirian dan sikap Nasrudin. Sikap itu hendaknya bukan sikap Dewan Pemuda Pas, tetapi sikap beliau secara peribadi. Justeru lain kali Nasrudin harus berhati-hati sebelum bangkit menyatakan simpati dan memberi pembelaan kepada seseorang. Beliau kena bijak dan belajar mengenai sepak terajang politik lebih jauh lagi dan menyelami ke mana hujung jatuhnya. Di dalam politik ada kalanya batu yang kita campak ke atas kepala orang lain akan terpelanting ke atas serban kita.
Walaupun Nasrudin akan berkata kenyataan itu bukan atas nama jawatannya, tetapi ia tidak boleh pisahkan dengan jawatan itu. Selagi beliau tidak meninggalkan jawatan itu orang akan mengaitkan kenyataan peribadi itu sebagai kenyataan ketua dewan pemuda Pasa. Boleh sahaja kalau Nasrudin untuk bebas berkata-kata atas dirinya sebagai seorang mukmim tetapi beliau kena lepaskan jawatan ketua pemuda. Manakala bukan bermakna pemuda tidak boleh bersuara tetapi suaranya haruslah senada dengan suara induknya. Ada waktu untuk bertelagah minda, tetapi bukan waktu ini saat nafiri perang akan dibunyikan.
Dulu saya agak terhibur juga mendengar idea-idea dan madah Arab klasik Nasrudin yang dilepaskan melalui kenyataan yang dipostkan dalam blog. Ia banyak bersifat terbiyah dan mengandungi ilmu syariat dan bukan bersifat politik nangka muda. Tetapi apabila beliau sudah ghairah dengan membuat kenyataan politik termasuk membela dan menengur seakan kedudukannya persis Mursyudl Am, dan ada kalanya meralat kenyataan terdahulu ia meragukan saya. Bahawa anak mudah ini tidak mampan dalam politik.
Politik kabur dan keliru, atau politik sekejap mara dan mundur bukan sikap anssrollah. Pemuda yang membela agama harus konsisten dan berani mempertahankan fakta dan hujah serta orang yang dipertahankan. Kalau tiga hari lalu beliau sokong Hasan Ali macam nak rak, kenapa hari ini dia perlu membuat kenyataan mempertahankan Negara Berkebajikan yang diremehkan oleh idolanya itu.
Saya bimbang dengan sikap pemdua bermata cincin besar ini kalau tidak diislahkan dengan baik dia akan hanyut dalam gelombang politik. Aduhai adik pemudaku, politik adalah sebuah lautan di mana kalau kamu tidak bijak mengolah diri kamu akan tenggelam. Sayang kalau orang macam Nasrudin yang sarap dengan ilmu, pernah memunggah kitab bagaikan kaldai memunggah khazanah klasik ke atas bukit semasa mengaji di Mesir tiba-tiba menjadi cair dan ular air begitu sahaja.
Saya sudah kata, tindakan untuk menjadi pembela dalam politik kena hati-hati. Kena waspada dan jangan mudah melenting membuat ulasan. Kerana silap hari bulan yang hancur bukan orang yang dibela tetapi orang yang membela. Apakah Nasrudin ada berkurus minda Melayu dengan mana-mana kumpulan intlek maka pandangannya berkecamuk bertindih tindang di antara Melayu dengan Islam? [wm.kl.21/12/11]

FI SABILILLAH

ALHAMDULILLAH
 SUBHANAKALA 'ILMALANA ILLA MA 'ALLAMTANA INNAKA ANTAL 'ALIMULHAKIM

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. 
Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH. 

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.
Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan. YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

Nizar tetap disokong sebagai MB, jika Pakatan Rakyat tawan Perak

Pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti itu tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, jika Pakatan Rakyat kembali menguasai negeri itu. 

Kenyataan ini dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang disiarkan dalam Portal Berita Roketkini.com. hari ini.

Sejak peristiwa hitam rompakan kuasa BN terhadap kerajaan negeri Perak, DAP sudah berkali-kali menegaskan bahawa mereka tetap menyokong kepimpinan Nizar jika ditakdirkan PR kembali berkuasa di Perak.

Portal itu juga menyiarkan keyakinan DAP Perak bahawa mereka akan kembali berkuasa jika Pilihanraya Umum diadakan pada masa terdekat. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koh Ham berkata PR dijangka memenangi 33 dari 59 kerusi Dun Perak.

Pemuda PAS Perak Ikrar NIzar MB selepas PRU13


Pemuda PAS Isytihar Nizar sebagai MB Perak

Pemuda PAS Perak mengisytiharkan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ke-12 apabila mendapat mandat daripada rakyat pada PRU-13 nanti.

Pengistiharan penting tersebut disampaikan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin semasa mengetuai lafaz ikrar pemuda di Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) di Parit Buntar pada 27 November lepas.

Beliau berkata, Pemuda PAS akan berdiri teguh dan bersepakat untuk mengangkat kembali Nizar sebagai Menteri Besar selepas beliau ‘digulingkan’ dalam tragedi ‘rampasan kuasa’ Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

“Kami seluruh Pemuda Negeri Perak bersatu hati akan bekerja keras pada PRU13 nanti bagi mengangkat kembali Dato’ Seri Nizar untuk mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat Perak,” katanya dihadapan ribuan hadirin.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan berkata, Pemuda parti tersebut sudah bersiap sedia menghadapi PRU-13.

Katanya, pemuda akan direalisasikan sebagai elemen penggerak terpenting dan penentu kemenangan dalam PRU13 nanti.

Jentera Pemuda tekad dan iltizam menumbangkan BN dalam PRU13 nanti bagi menghapuskan kezaliman serta menegakkan keadilan di muka atas bumi ini.

“Tragedi ‘rampasan kuasa’ kerajaan yang dipilih rakyat suatu ketika dulu masih terpahat dalam ingatan kami, BN jangan ingat kami dah lupa,” katanya.

Dalam Program tersebut, lebih 7 ribu pemuda daripada seluruh pelusuk negeri Perak telah hadir berhimpun untuk menyatakan kesediaan pemuda.

Himpunan tersebut bertemakan Bersih 2.0 dengan slogan ‘Semarakkan Gelombang Kuning’.

Tema tersebut dipilih bertujuan untuk meneruskan momentum kebangkitan rakyat dalam tuntuan Bersih 2.0 yang mahukan perjalanan pilihanraya adil dan telus.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hasan, AJK Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad, Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussien, dan saf kepimpimpinan Pemuda PAS Pusat.

Zambry tak saman isu hitam metalik

Dr Zambry Abdul Kadir  tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nga Kor Ming ekoran isu "hitam metalik" tetapi  menyerahkan kepada rakyat untuk menghukum setiausaha DAP Perak itu.
Beliau berkata hukuman rakyat merupakan pengadilan terbaik dan tepat kerana kenyataan Nga yang menggelarkannya "hitam metalik" dibuat di hadapan khalayak ramai dengan tujuan untuk mencerca peribadi, bukannya menghasut.
"Saya sering ditanya, kenapa saya berdiam diri, kenapa tidak ambil tindakan mahkamah dan sebagainya. Saya jawab bahawa perlu apa saya mengambil tindakan mahkamah kerana kenyataan itu dibuat di hadapan orang ramai dan ditujukan khusus dengan mencemuh dan mencerca keperibadian saya.
"Beliau tidak membuat kenyataan yang dikatakan menghasut dan sebagainya tetapi mencerca dan menghina, jadi pengadilan yang sebaik-baiknya ialah saya pulangkan kepada rakyat," katanya.
Menteri Besar Perak itu berkata isu itu akan menjadi indikasi kepada rakyat untuk menilai sendiri perwatakan sebenar pemimpin yang kononnya mendakwa memperjuangkan kesaksamaan antara kaum sama ada mereka melaksanakannya atau sebaliknya.

Taliban akan saman Fauzi RM500 juta pada Isnin ini


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak Norazli Musa akan mengemukakan saman malu dan fitnah terhadap Fauzi Muda di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Isnin ini.

Saman berkenaan akan dikemukakan oleh Peguam Aminudin Zulkifli.

Menurut Nor Azli, saman berkenaan adalah ekoran kenyataan Fauzi yang menyebut beliau telah memperkayakan diri semasa pemerintahan kerajaan negeri PakatanN Rakyat.

“Fauzi memfitnah saya, dengan mengatakan saya telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membina kediaman saya di Ipoh.

Beliau berkata, kenyataan Fauzi melalui media itu telah menjejaskan reputasi dan memalukan beliau. Ia bersifat fitnah kerana ia tidak berasas sama sekali.

"Sebelum ini saya telah mencabar Fauzi membuktikannya dalam tempoh seminggu atau hadapi saman tuntutan ganti rugi. Beliau gagal berbuat demikian, dan oleh sebab itu maka sama akan dikemukakan.

INDONESIA - Parti2 Islam Bentuk Aliansi Hijau


Parti-parti Islam di Indonesia tidak mahu lagi situasi politik negara umat Islam terbesar di dunia itu ditentukan parti didominasi kumpulan nasionalis sekular seperti yang ada sekarang.
Malam tadi mencetus satu lembaran baru yang menuntut keikhlasan penuh bagi membentuk acuan baru politik berlandas dimensi Islam apabila satu aliansi baru dibentuk.
Mengejutkan apabila aliansi itu dinamakan Aliansi Hijau dengan logo berbentuk seperti berlian hijau yang bergaris dua putih di tengah.
Aliansi itu dibentuk melalui kesepakatan dengan perjanjian persefahaman di antara Partai Bulan Bintang (PBB) dan Partai Kebangkitan Nasional Ulama (PKNU) dengan penuh sesak kehadiran penyokong di sebuah hotel di sini.
MoU itu ditandatangani Ketua Umum PBB, Dr H M Kaban dan Ketua Umum Dewan Tertinggi PKNU, Drs H Chairul Anam dengan disaksikan pemimpin tertinggi kedua-dua parti dan penyokong dari seluruh wilayah Indonesia.
Suara sokongan dengan laungan Aliansi Hijau bergema dalam dewan yang memuatkan lebih 1,000 peserta. Turut serta beberapa lagi pemimpin partai Islam lain bagi memberi dokongan awal.
PAS dan kerajaan Kelantan turut diwakili Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yussof dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong dan 13 lagi delegasi. Mereka tiba petang semalam.
Penasihat Umum PBB, Prof Dr Yusri Indera meminta lebih banyak lagi parti-parti yang berteras Islam bergabung dalam Aliansi Hijau bagi membentuk satu kekuatan baru mendepani cabaran demokrasi di Indonesia.
Katanya, parti-parti Islam perlu membentuk satu sepakat baru bagi membaiki semula demokrasi pilihan raya di Indonesia yang masih lagi tempang sehingga sekarang.
“Pemilu 2009 adalah yang paling buruk dalam sejarah negara Indonesia. Keadaan itu perlu dibaiki dan tidak boleh selama-lamanya dibiarkan begitu,” katanya memulakan ucapan pidato barisan pemimpim utama kedua-dua parti di majlis penuh bersejarah itu.
Ketua Majlis Ulama PKNU, KH Abdul Adzim Suhaimi berkata, semangat hijrah memuncul satu persepakatan baru di antara dua partai umat Islam yang terbesar di Indonesia.
Kata beliau Islam menjadi panduan bagi umat Islam Indonesia bagi menentukan hala tuju baru.
“Payung-payung Islam yang banyak terdapat di Indonesia hendaklah bangunkan satu perubahan politik. Bagi mencapai hasrat itu keikhlasan menjadi tuntutan paling penting kedua-dua pihak,” ujarnya.
Dr H M Kabam dengan ucapan yang penuh bersemangat berkata, kesepakatan partai-parti Islam di Indonesia sudah lama ditunggu penduduk Islam di negara itu.
Menurutnya rakyat tidak boleh mengharapkan perubahan dilakukan pemerintah yang ada sekarang kerana ia semakin jauh daripada falsafah sebenar kemerdekaan negara.
“Pemilu 2009 dilakukan dengan cara tidak jujur sehingga melahirkan produk yang tidak jujur dan muncul pemimpin yang tidak jujur. Semuanya bohong belaka,” ujarnya mendapat tepukan gemuruh.
Drs Chairul Anam tidak mahu aliansi itu hanya sekadar perjanjian sahaja dan perlu betul-betul menjadi hijau yang boleh menakutkan pemerintah yang ada sekarang.
sumber

INDONESIA Bina Kapal Perang Halimunan

Dalam masa 5 bulan lagi Indonesia akan mempunyai kapal perang canggih halimunan yang sukar dikesan oleh radar serta mempunyai peluru berpandu yang boleh menembak sasaran dengan tepat sejauh 120 km yang diperbuat dari gentian fiber. Kapal perang ini dibuat di Indonesia untuk pasaran tempatan dan eksport. Kos kapal perang halimunan ini hanya RM 39 juta sebuah. Dalam pada masa yang sama Malaysia akan buat 6 kapal perang baru pada kos RM1.5 bilion sebuah.


Ini bermakna 1 kapal perang Malaysia , boleh buat 38 buah kapal perang halimunan Indonesia.
Sebelum ini juga Malaysia nak buat 257 buah kereta perisai pada harga RM7.8 bilion atau RM30 juta sebuah. Sedangkan Malaysia boleh beli kereta perisai baru dari Indonesia pada harga RM3 juta sebuah. Maklumat lanjut isu kereta perisai ini di http://amkns.blogspot.com/2011/11/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html
Indonesia segera miliki kapal perang canggih "Trimaran"
Tuesday, December 20, 2011
Kapal Trimaran TNI AL Selesai Lima Bulan Mendatang
BANYUWANGI - Indonesia segera memiliki satu kapal perang canggih berpeluru kendali "Trimaran" yang merupakan produk dalam negeri.
"Kapal ini terbuat dari serat karbon, dengan kecepatan 35 knot dan dipersenjatai peluru kendali yang memiliki jarak tembak 120 kilometer," kata Wakil Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin usai meninjau industri kapal dalam negeri PT Lundin Industry Invest di Banyuwangi, Jawa Timur, Selasa (20/12).
Ia mengatakan, dalam lima bulan mendatang kapal perang canggih yang merupakan prototipe itu langsung bisa dioperasionalkan memperkuat jajaran armada tempur TNI Angkatan Laut.
"TNI Angkatan Laut memesan empat unit kapal, dan dalam lima bulan mendatang sudah jadi satu kapal perang `Trimaran`, sedangkan tiga unit lainnya akan segera dibangun secara bertahap hingga 2014," kata Sjafrie menambahkan.
Satu unit kapal "Trimaran" dihargai sekitar Rp114 miliar (RM 39.7 juta) yang diambil dari APBN 2011.
"Jika proyek pengadaan ini berhasil maka ini merupakan sejarah bagi Indonesia karena telah berhasil membuat kapal perang dengan komposit serat karbon, dan ini akan dipatenkan dan diekspor ke luar negeri," kata Sjafrie.
Direktur PT Lundin Industry Invest, John Lundin, mengatakan pihaknya telah melakukan ujicoba terhadap kapal dengan panjang sekitar 62,52meter tersebut.
"Ini merupakan kapal `Trimaran` pertama yang dibuat dari serat karbon. Amerika pernah membuat kapal sejenis dengan panjang 120 meter namun dari bahan alumunium atau baja.
Komposit serat karbon juga telah digunakan untuk pembuatan pesawat airbus Boeing-777 dan mobil formula 1. Ketahanannya 20 kali lebih kuat dibandingkan baja.
Kapal cepat berpeluru kendali itu memiliki panjang keseluruhan 62,53 meter, panjang "water line", 50,77 meter panjang "water draft" 1,17 meter, bobot mati 53,1 GT, kecepatan maksimum 30 knot, kecepatan jelajah 16 knot, dengan mesin utama 4X marine engines MAN nominal 1.800 PK.
Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?
Dis 18, 2011
DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.
"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500 juta, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.
Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.
Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.
Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.
Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".
Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu.

Dr M akui Malaysia pinjam dana Bank Dunia

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999.

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.

mahathir ebook launching 091211 02Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia," katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.

Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana "bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan."

Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.

Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.

Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.

Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.

Khairy gagal batal saman RM100j Anwar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy,  Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu.

NONE
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata hakim menolak permohonan Khairy (kiri) atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan.
    
Beliau berkata hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar.

Katanya dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh.

Pada 21 Februari tahun ini, Khairy memfailkan permohonan itu menyatakan saman itu adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah.
    
Pada 7 Mac 2008, Anwar, 64, memfailkan saman terhadap Khairy, mendakwa Khairy ketika menjadi naib ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' dimuatnaik di laman-lamanweb termasuk Malaysiakini.com.
    
Anwar mendakwa klip video yang dimuat naik di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy ketika berceramah di Lembah Pantai di ibunegara pada 20 Februari 2008.
    
NONEBeliau berkata perkataan memfitnah itu antara lain bermaksud dirinya terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak bermoral dan tidak layak untuk memegang jawatan politik dan jawatan lain.

Anwar (kanan) memohon gantirugi teruk dan teladan RM100 juta serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
    
Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Oktober tahun lepas berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
    
Katanya sebagai naib ketua Pemuda Umno,  beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam dan masyarakat Melayu dan orang awam mempunyai hak yang setara dengan penerimaan maklumat mengenai perkara-perkara yang mempunyai impak ke atas kebajikan sosial, ekonomi dan politik.

- Bernama

PRU-13 semakin hampir, Perak bertukar menjadi tempat ‘pembunuhan politik’

PRU-13 semakin hampir, Perak bertukar menjadi tempat ‘pembunuhan politik’
Pemilihan terkini menunjukkan bahawa rakyat Perak akan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan dipanggil pada tahun 2012. Ia akan menjadi satu tugas besar bagi Barisan Nasional (BN) untuk kekal berkuasa selepas diambil alih secara kelam-kabut dan diragui oleh Pakatan Rakyat pada Februari 2009 selepas tiga anggota perundangan negeri dari Pakatan mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli bebas. Rupa-rupanya, pengundi masih marah atas peristiwa-peristiwa yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui proses mahkamah.
Zambry Abdul Kadir, MB terkini, tidak boleh dipersalahkan bagi Umno sekarang dan BN yang tidak popular di Perak. Malah di seluruh negara populariti mereka juga telah semakin surut ke tahap yang paling rendah kerana kualiti kepimpinan yang lemah dan huru-hara yang berkaitan dengan skandal, rasuah, dan kronisme di kalangan pemimpin mereka.
Ramalan oleh penganalisis politik bahawa pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah di Perak. Zambry menyedari kesusahan ini dan masa kini amat buruk baginya, seperti yang ditambah kepada kelemahan lama politik ini terdapat beberapa Umno ghairah yang mengintai jawatan MB Perak - sedih melihat kelemahan Zambry sebagai pemimpin bagi tiga tahun yang lepas. Seorang pengundi dari Ipoh telah berkata: "pilihan raya umum akan datang akan melihat kemenangan bagi Pakatan. Zambry, atau mana-mana Umno yang lain yang ingin menjadi MB, tidak akan menggoyahkan sentimen rakyat di sini. Orang ramai masih akan mengundi untuk Pakatan Rakyat. "
Zambry tidak akan bertanding bagi kerusi negeri
Permainan politik di Perak adalah mudah tetapi jijik. Zambry secara tidak sengaja dijadikan 'kambing korban' apabila BN mengambil alih Perak dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009. Dia terpaksa untuk melakukan hampir semua kerja 'kotor' bagi parti pemerintah pada masa itu dan selepas Barisan Nasional menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Ketika itu, mereka tidak kisah jika Zambry telah dipulaukan dan akhirnya menjadi wira selagi Perak kekal di dalam pegangan BN. Ini telah dianggap sebagai 'pengorbanan personaliti' yang dirancang oleh mereka yang berada dibahagian atas dalam Umno. MB Perak seterusnya jika BN memenangi pilihan raya negeri akan datang yang sangat tidak mungkin - tidak mungkin Zambry lagi.
Menurut beberapa penganalisis politik, Zambry tidak akan bertanding bagi kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang. Dia mungkin boleh diberikan kerusi Parlimen untuk bertanding atau beliau akan memilih untuk tidak bertanding langsung. Skim Umno di sini adalah seseorang yang baru bagi kepimpinan negeri kemungkinan besar akan membantu membuat rakyat melupakan dosa dan pengalaman pahit daripada kemelut 2009. Ini adalah perlawanan politik yang agak bijak yang direka oleh pemimpin-pemimpin politik yang licik dalam Umno. Biarpun begitu, penganalisis politik telah Memberikan peluang yang amat tipis bagi BN untuk mengekalkan Perak dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pakatan, seperti ditunjukkan dalam pemilihan, akan memenangi Perak tetapi dengan majoriti mudah.
Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai yang memihak kepada Zambry, pihak kedua tidak akan mengalah dengan mudah jika terdapat satu cabaran untuk jawatan MB jika BN menang di Perak pada pilihan raya umum akan datang. Penyokong kuat Zambry di Pangkor berkata: "Kami tahu bahawa terdapat orang lain yang bercita-cita untuk mengambil alih jawatan Zambry. Kami tidak akan menyokong atau mengundi mereka. "Zambry di pihaknya, walaupun beliau tidak popular sebagai MB, masih bertekad untuk bertanding kerusi DUN dan kekal sebagai MB Perak.
Mahukan Mb yang lebih ‘berwajah-melayu’
Zambry mempunyai sebab-sebab yang betul dan sah untuk berbuat demikian. Kali ini dia mahu membuktikan kepada rakyat bahawa dia adalah MB 'sah' Perak untuk menolak tuduhan pengkritik bahawa dia adalah ketua 'yang dilantik mahkamah '. Dia mahu menunjukkan bahawa ia bukan nasib bahawa dia menjadi MB. Pelantikan beliau sebagai MB yang sah dan ia adalah kerana kebolehan dan kredibiliti beliau. Ramai rakyat Perak walaupun tidak memihak kepada Zambry, tidak juga memihak kepada mana-mana MB lain dari BN. Mereka mahu mengembalikan jawatan itu kepada Mohammad Nizar Jamaluddin - MB popular yang menerajui negeri ini selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan sebelum Zambry mengambil alih pada bulan Februari 2009. Pengundi dari Changkat Jering berkata: "Saya tidak mengundiPakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas. Kali ini saya akan mengundi untuk Pakatan Rakyat. Saya mahu melihat Nizar kembali sebagai MB. "
Tetapi, ahli-ahli Umno di Perak dan di peringkat persekutuan percaya sebaliknya. Zambry semakin kurang popular di kalangan orang Melayu di Perak. Sesetengah ahli UMNO masih mahu MB yang lebih ‘keMelayuan’ untuk mengetuai negeri ini untuk menentang Nizar yang popular yang sentiasa disebut-sebut untuk menjadi MB Perak selepas pilihan raya umum akan datang. Ahli UMNO di sini merasakan bahawa Zambry tidak sepadan dengan karisma dan populariti Nizar. Tetapi, mereka juga berasa serba-salah sebagai orang yang memilih untuk menggantikan Zambry kerana takut tindak balas negatif dari penyokong pihak kedua.
Ia adalah hakikat di Perak, pada masa ini, terdapat terlalu banyak pemimpin-pemimpin Umno yang mengintai jawatan MB dan mereka semua mempunyai penyokong mereka sendiri - tanda-tanda bahawa Umno berpecah. Seorang penyokong Umno Parit berkata: "Ia akan menjadi sukar kali ini. Ahli-ahli Umno berpecah. Mereka mempunyai calon mereka sendiri untuk bersaing bagi menjadi MB. Jika calon mereka tidak dipilih untuk bertanding bagi jawatan tersebut ini akan mengganggu jentera pilihan raya Umno. "Malah, rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Umno ini telah meletus di negeri ini.
Rakyat tidak yakin
Umno kini menghadapi satu keadaan ketat di Perak. Jika Zambry tidak dipilih untuk terus menjadi MB -dalam keadaan yang dibayangkan di mana BN dapat mengekalkan Perak – ini akan melemahkan semangat beliau. Jika Zambry adalah kononnya orang yang patut mengekalkan jawatannya sebagai MB dan BN kalah kepada Pakatan Rakyat, Zambry akan dipersalahkan dan kerjaya politik beliau akanr bakhir pra-matang. Zambry tidak mahu meninggalkan politik sebagai si kalah dengan maruahnya dibuang.
Menurut penyokong kuat beliau, Zambry berusaha keras untuk menarik perhatian rakyat bahawa beliau masih relevan di Perak. Beliau pergi mengelilingi kampung memberitahu betapa banyak beliau telah membantu membangunkan negeri ini untuk tiga tahun yang lalu. Rakyat tidak terlalu yakin. Seorang penduduk di Bota berkata: "Saya tidak melihat sebarang perubahan dalam kehidupan kami di sini kecuali harga hampir semua benda telah naik. Mereka yang bekerja untuk kerajaan mempunyai wang untuk dibelanjakan, perniagaan mereka membuat wang tetapi kita mendapati sukar untuk memenuhi keperluan. Saya mempunyai lima anak yang bersekolah dan kehidupan bagi kebanyakan kita di sini adalah amat sukar. "
Zambry sedar bahawa ramai penduduk luar bandar di sini masih mempunyai hati untuk Nizar - pendahulunya. Ramai rakyat Perak masih berfikir Nizar sebagai MB yang sah. Secara umumnya, orang Melayu terbahagi kerana mereka kini mempunyai kecenderungan untuk mengundi PAS, PKR dan juga DAP. Umno, nampaknya, tidak boleh bergantung kepada keseluruhan undi Melayu kerana ia akan menjadi hampir berpecah-ke-tiga pengundi Melayu untuk Umno dan parti-parti pembangkang. Walaubagaimanapun, Zambry tidak berputus asa memerhatikan fenomena ini. Beliau tahu bahawa beliau tidak boleh mendapat sokongan penuh walaupun daripada ahli-ahli Umno. Beliau perlu bergantung kepada pengundi Cina dan India.
Janji-janji kosong
Beliau telah berusaha keras untuk menarik perhatian rakyat Cina dengan menghadiri hampir semua acara MCA tetapi sokongan bagi beliau di kalangan orang-orang Cina tiada. MCA telah kehilangan pengaruhnya di Perak kepada DAP, PKR dan juga PAS. Untuk Gerakan dan PPP, mereka berada di surut terendah mereka, sebagai persepsi bahawa kedua-dua parti komponen BN adalah kesimpulan tidak penting di Perak. Kemungkinan bahawa semua calon-calon MCA, Gerakan dan PPP yang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang di Perak akan kehilangan kerusi mereka kepada pembangkang. Pengundi dari Jelapang jibed berkata: "MCA dan Gerakan tiada harapan lagi. Orang-orang Cina di sini akan mengundi untuk calon-calon PAS untuk memberi peluang kepada Pakatan. Mereka percayakan PAS berbanding calon BN. "
Zambry juga akan pergi berjumpa dengan kaum India dan bercakap kepada mereka dalam bahasa Tamil untuk menarik perhatian mereka bahawa dia tidak lupa asal-usulnya. Malangnya, kaum India yang terpinggir tidak yakin dengan semua percakapannya yang manis. Mereka sudah kebal kepada retorik Umno tipikal yang tidak bermakna. Satu pengundi India di Sungkai tersenyum: "Umno terkenal dengan janji-janji kosong. Mereka telah menjanjikan gunung untuk kaum India pada masa lalu tetapi itu semua janji-janji kosong. Sebaik sahaja mereka memenangi pilihan raya itu, mereka akan berdiam diri dan mengabaikan kaum India. Ceramah manis masa ini tidak akan membuat kita mengundi untuk MIC atau Umno. Kami mengundi DAP pada tahun 2008 dan kita akan sekali lagi mengundi DAP atau pembangkang kali ini. "
Tidak kira bagaimana Zambry telah bekerja keras untuk meyakinkan orang ramai, dia mendapati dirinya bersikap defensif kebanyakan masa. Beliau kadang-kadang mengalami 'penolakan' ketika mendekati rakyat tetapi telah menanganinya secara bijak kerana beliau memahami sentimen itu. Beliau tidak popular di kalangan pengundi yang boleh dikesan oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Huru-hara politik dalam Umno
Malah minoriti India Muslim di sini tidak terlalu kagum dengan Umno. Anehnya, bukan semua India Muslim di Perak menyokong Umno walaupun MB yang sedia ada adalah 'jenis mereka'. Seorang pemilik restoran di Grik, mengejek: "Orang Melayu tidak terlalu gembira dengan kami sejak akhir-akhir ini. Mereka dengki kepada kita kerana kita bekerja keras dan sudah tentu mendapat pendapatan yang lebih. Kami tidak meminta apa-apa dari Umno. Mengapa orang Melayu mesti iri hati pada kita? Kita memperoleh wang melalui kerja keras. "Orang Melayu di sini tidak terlalu gembira kerana umat Islam India yang lebih berjaya telah mencerobohi ' wilayah bumi' mereka. Ia kelihatan seperti 'sindrom Pulau Pinang' ini -di mana kebanyakan orang Melayu tidak senang dengan umat Islam India - telah merebak ke Perak dan juga telah memberi kesan kepada negeri-negeri lain juga.Orang Melayu sekarang semakin sedar bahawa hak-hak dan keistimewaan mereka secara beransur-ansurdiambil oleh sesetengah pseudo-Melayu. Sama seperti yang sedang berlaku di Pulau Pinang, terdapat sejenis permusuhan yang diselaraskan antara orang Melayu dan India Muslim di Perak.
Untuk mengeruhkan keadaan bagi Zambry, ada juga huru-hara politik dalam Umno sendiri di Perak. Pertelingkahan dalam Umno Perak tidak dapat dielakkan. Pemuda Umno Perak tidak kelihatan memihak kepada Zambry menjadi MB. Mungkin - menurut beberapa penganalisis politik -mereka melihat beliau sebagai bukan 'Melayu sebenar'. Mereka juga melihat beliau sebagai MB yang tidak berkesan. Kebenarannya, itu semua atas sebab-sebab Pemuda Umno Perak mempunyai calon mereka sendiri untuk jawatan MB Perak. Penyokong Zambry di Pangkor berkata: "Walaupun kami menyokongnya, ia akan sukar bagi Zambry untuk mengekalkan jawatannya sebagai MB. Pertandingan ini bukan sahaja dalam Umno mencuba untuk mendapatkan jawatan itu tetapi ancaman sebenar akan datang dari Nizar. Nizar akan menang mudah, lebih popular dan kemungkinan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih di sana. Pertengkaran dalam Umno akan membawa kepada sabotaj dalaman dan ini akan membantu Pakatan Rakyat lebih lagi. "
Presiden MCA berkemungkinan akan bertanding
Cubaan untuk jawatan nombor satu itu semakin sengit dalam Umno. MCA, Gerakan, MIC dan PPP tidak mampu berbuat apa-apa kerana peperangan ‘kawasan’ politik dalam Umno di Perak boleh menjejaskan peluang mereka untuk mendapatkan undi daripada ahli-ahli Umno. Parti-parti komponen BN tidak mempunyai pilihan tetapi bergantung kepada ahli-ahli Umno untuk memenangi mana-mana tempat duduk mereka untuk bertanding. Seolah-olah ramalan betul bahawa majoriti undi Cina dan India akan pergi kepada calon Pakatan sekali lagi.
Terdapat khabar angin bahawa Presiden MCA mungkin akan bertanding di salah satu daripada kerusi selamat Umno di Perak kerana dia tahu bahawa dia tidak boleh menang dalam mana-mana kerusi majoriti Cina. Tetapi peluang beliau menang di kerusi majoriti Melayu adalah sama tipis walaupun hakikat bahawa hanya baru-baru ini 'outsourcing' isu Hudud Umno kepadanya untuk memberitahu semua rakyat Malaysia bahawa undang-undang syariah ini tidak boleh diberi kuasa oleh mana-mana parti-parti politik di negara ini. Beliau berjaya mengambil beberapa 'ulama' yang tidak dimaklumkan dan Umno yang bodoh agama untuk bermain-main mengenai perkara ini. Ia hanya akan berakhir dengan menjadikan orang Melayu lebih kecewa dengan beliau dan Umno.
Perkara Hudud yang didukung oleh Presiden MCA betul-betul telah memakan diri sendiri ke atas Umno dan Najib, tetapi Najib telah memilih untuk berdiam diri mengenai perkara ini. Apa lagi, 'video chartbuster' MCA yang diedarkan dan dijual seperti goreng pisang panas di hampir semua pilihan raya kecil pasti akan kembali untuk 'melayan' orang-orang di Perak pada pilihan raya umum akan datang. Presiden yang mulia akan disembelih secara politik di mana-mana kerusi yang dia akan bertanding di Perak.
Terlalu banyak pecahan di dalam Umno
Merasakan Zambry akan diketepikan oleh kepimpinan Umno atas, puak Umno yang kuat telah muncul dalam sokongan daripada bekas MB, Tajol Rosli akan dibuat MB lagi jika semua BN menang di Perak. Ada satu lagi kumpulan yang kuat sejajar dengan Ahmad Zahid Hamidi - Naib Presiden Umno dan menteri persekutuan - walaupun dia tidak boleh menjadi pilihan Najib. Zahidi mungkin merasa bahawa dengan menjadi MB, ia akan menjadi satu kejayaan besar baginya kerana beliau tidak pasti bahawa beliau akan dikekalkan sebagai menteri selepas pilihan raya umum akan datang.
Pendedahannya tentang banyak perkara tidak menggembirakan tuan politiknya. Terdapat isu atas dakwaan rasuah rasmi selepas kecurian dua Northrop Grumman F-5E enjin jet pejuang dibuat oleh US yang bernilai US29million yang telah dicuri dari pangkalan udara tentera dan dijual di pasaran gelap. Ini berlaku ketika Najib adalah Menteri Pertahanan. Turut didedahkan adalah kapal selam Scorpene -RM7billion yang dibayar bagi dua kapal selam Scorpene di KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak - yang tidak boleh menyelam hanya selepas dihantar.
Cara pendedahan isu-isu ini juga mesti secara tidak langsung menyinggung Perimekar - yang bertindak sebagai orang tengah bagi memperoleh dua kapal selam buatanPerancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam proses itu, syarikat yang ditubuhkan oleh kawan-kawan rapat Najib mendapat komisen sebanyak RM534.8 juta. Menurut Wikileaks, Perimekar disyaki dicipta semata-mata untuk mengedarkan komisen RM500juta di antara Malaysia dan benefisiari asing selepas penjualan kapal selam. Syarikat itu, yang didaftarkan pada tahun 1999, mentakrifkan 'aktiviti' mereka sebagai "pemasaran, penyelenggaraan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan kapal selam dan kapal permukaan ...". Semua ini mesti membawa kecederaan paling teruk kepada Ketua Politiknya.
Sejajar dengan Khairy dan Muhyiddin
Malah, ramai penganalisis politik rasa bahawa Zahid – bekas pembantu rapat Anwar Ibrahim - kini lebih memihak kepada Khairy dan Muhyiddin daripada Najib. Tetapi Zahid juga bercita-cita tinggi untuk menjadi MB Perak supaya dia boleh menyimpan profil politik yang lebih rendah dan ia tidak memerlukan beliau untuk 'menggosok bahu' dengan menteri-menteri yang tidak, dengan sebenar-benarnya, memihak kepada beliau. Prospeknya untuk menjadi MB Perak seterusnya sudah hampir hancur.
Pilihan Najib mungkin akan menjadi satu lagi pencabar, Husni Mohamad Hanadziah - Menteri Kewangan Kedua – tidak efektif tetapi menteri yang bertukar-tukar yang tidak dapat melakukan hobi kuda beliau dengan baik dan Cukai Perkhidmatan (GST) Rang Undang-Undang di Parlimen. Pengkritik berkata, Husni juga mempunyai pengikut yang kuat di kalangan ahli-ahli Umno di Perak. Walau bagaimanapun, ia tidak akan berjalan lancar baginya kerana laut politik di Perak Umno sekarang adalah terlalu tidak menentu untuk diramal.
Pemuda Umno mencuba untuk calon lain yang sepangkat dan mempunyai kepentingan dalam kemelut politik Perak ini. Penyokong di semua puak yang bersungguh-sungguh berharap untuk merasakan tumpahnya rezeki jika calon mereka boleh memegang jawatan MB. Jenaka oleh pengundi dari Behrang, "Umno bertelingkah. Ia sedang memusnahkan dirinya. Ia tidak mudah untuk Husni, kerana dia tidak mempunyai sokongan yang cukup dari peringkat akar umbi. Umno berpecah kepada banyak puak. Pembangkang akan mendapat banyak undi simpati terhadap apa yang berlaku pada bulan Februari 2009. Rakyat tidak bersedia untuk memaafkan BN. "
Di sebalik pengiraan ini adalah harapan tinggi oleh banyak aspiranUmno untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka telah menarik 'pisau' mereka, bersedia untuk perkelahian politik akan datang. Satu penyokong Umno di Malim Mawar mengejek, "ahli-ahli Umno yang bercita-cita tinggi tetapi gagal untuk dipilih sebagai calon akan mensabotaj parti dalam pilihan raya itu. Mereka telah melakukan ini dalam pilihan raya umum yang lalu. Mereka akan melakukan perkara ini sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang "
Permainan mengganggu
Menurut beberapa sumber Umno, empat calon Bebas – bekas PKR dan penggubal undang-undang negeri DAP – memcuba keras bahawa mereka patut dibuat calon-calon di bawah tiket BN pada PU yang akan datang. Kegagalan mereka untuk berdiri sebagai calon bebas dan berpaling ke dalam 'cip tawar-menawar' pada malam sebelum hari pilihan raya.Penyokong bekas calon Jelapang menjawab, "Mereka tidak mempunyai peluang untuk menang dalam apa jua kapasiti peraduan mereka. Tetapi ini boleh berakhir dengan merosakkan beberapa undi untuk BN atau Pakatan dan mungkin mencari beberapa ganjaran kewangan sebelum menarik diri daripada peraduan. "Pada muka, pengkhianat ini akan dihancurkan oleh pengundi dalam mana-mana tempat duduk yang mereka bakal bertanding.
Tiada anggota Umno yang bersedia untuk berkempen bagi pihaknya lagi, menunggu lampu hijau dari atas pada siapa calon yang sebetulnya. Setelah disahkan, mereka yang memihak kepada calon-calon yang kecewa akan menarik sokongan mereka terhadap orang-orang yang dipilih, sebagai harapan yang tinggi untuk mempunyai sebahagian dari rezeki mereka akan terputus. Mereka akan memulakan permainan mengganggu seperti apa yang berlaku pada tahun 2008. Malah mereka akan mengundi untuk Pakatan untuk mensabotaj BN. BN kalah teruk pada tahun 2008 kerana unsur sabotaj ini. Tetapi Umno tidak akan berubah. Ahli-ahli Umno yang tamak kuasa dan wang telah menjadi fosil dan ini akhirnya akan 'membunuh' UMNO di Perak.
Untuk menggugurkan Zambry adalah perhitungan politik Umno untuk BN bagi memegang Perak. Perhitungan politik bahawa Zambry hanya akan menjadi MB Perak sehingga pilihanraya umum akan datang. Umno telah dengan bijaknya menjangka bahawa pilihan raya umum akan datang akan memihak kepada Pakatan Rakyat sebagai sentimen sebenar. Orang-orang Cina, India dan Melayu masih bersemangat untuk Pakatan Rakyat menang. Ia bukan isu BN atau Pakatan dalam konteks ini, tetapi rakyat secara amnya merasakan bahawa proses demokrasi di negara ini telah rosak di Perak pada tahun 2009.
Prospek nampaknya cerah bagi Pakatan
Zambry telah dijadikan penghulu dalam pergaduhan dan perebutan di antara BN dan PR selepas tiga PKR dan ADUN DAP menjadi ahli parlimen bebas di Perak. Zambry memasuki pergaduhan pada masa yang salah - satu pengorbanan yang besar sememangnya di pihaknya. Dan hari ini, tidak kira sebaik mana beliau cuba untuk memainkan peranan beliau sebagai MB yang sah untuk semua rakyat di Perak, beliau masih belum sepenuhnya memenangi hati rakyat. Di mahkamah pendapat rakyat, ramai merasakan bahawa Nizar masih MB sah Perak.
Senario yang mengubah landskap politik selepas tiga penggubal undang-undang keluar parti mereka pada awal tahun 2009 seperti dalam bulatan membawa Zambry mendapat perhatian, tetapi ia berakhir dengan pengundi tidak puas hati yang mempunyai persepsi negatif terhadap beliau. In hanyalah kurang tepat pada waktunya untuk Zambry - seorang lelaki yang pada mulanya tidak benar-benar menjangka yang dia akan menjadi MB dalam persekitaran politik yang huru-hara. Zambry memasuki pergaduhan politik pada waktu yang salah dan ini telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang rumit. Beliau kini telah menjadi mangsa bukan sahaja untuk parti-parti pembangkang - musuh beliau - tetapi juga untuk majoriti senyap tetapi cerdik yang bercita-cita tinggi dalam kem Umno.
Prospek adalah cerah bagi Pakatan di Perak, Umno terlibat dalam perebutan dan percubaan. Pemenang dalam pergelutan ini untuk kuasa dalam Umno akan tidak lain daripada Nizar, MB yang tidak resah menunggu. Bagi Pakatan, ia adalah keputusan sebulat suara oleh Pakatan Rakyat bahawa Nizar akan menjadi MB jika Pakatan memenangi semula negeri itu.
Keluarkan lebih ramai calon PAS
Ramalan bahawa semua empat kerusi yang dipegang oleh calon Bebas kini akan jatuh kembali ke Pakatan. DAP akan memegang 18 kerusi. PAS 12 (jika lebih banyak kerusi yang diperuntukkan kepada PAS terhadap Umno untuk kesabaran dan faktor dinamik Nizar) dan PKR 4. Dalam semua, Pakatan berkemungkinan akan mendapat 34 daripada 59 kerusi negeri. Ini mungkin bukan majoriti dua pertiga, tetapi cukuplah untuk membentuk kerajaan negeri.
Penganalisis politik merasakan bahawa PKR tidak boleh mengeluarkan seperti ramai calon PAS untuk pilihan raya umum akan dating di Perak. Pakatan Rakyat perlu menjadi cukup bijak untuk mengambil perhatian pandangan bijak ini dan keluarkan lebih banyak calon PAS -yang telah telah terbukti untuk menjadi lebih soleh dalam perjuangan politik mereka -untuk bertanding kerusi negeri terhadap Umno, kerana MB masa depan Perak akan menjadi Nizar yang dari PAS jika Pakatan menang pilihan raya umum akan datang.