KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.
Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.
“Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit,” menurut SIS dalam kenyataan medianya.
Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya.
“Islam bukanlah agama jalan sehala,” kata Suri.
Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad.
Nurul Izzah telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjelaskan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelitkan kenyataannya.
Murtad dan kebebasan beragama adalah isu sensitif di Malaysia, di mana Melayu — yang mewakili 60 peratus dari 28 juta penduduk — dari segi Perlembagaan adalah Muslim.
Sementara kebebasan untuk beragama adalah dijamin bagi bukan Muslim di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, semua orang Melayu adalah Muslim di bawah undang-undang.
Undang-undang Islam melarang Muslim dari keluar dari agama tersebut dan undang-undang syariah negara ini telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengenakan hukuman kepada golongan murtad.
Dengan mempunyai dua sistem perundangan syariah dan persekutuan, ianya sering mencetus kontroversi dalam kebebasan beragama di bawah artikel 11 apabila orang Muslim cuba untuk keluar dari agamanya.
Ini boleh dilihat dalam kes Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu).MI
nota : Takrifan 'kebebasan beragama' mengikut perlembagaan negara seratus peratus tak sama dengan takrifan 'tiada paksaan dalam Islam' mengikut perlembagaan Al-Quran,ayat 256 Surah Al-Baqarah....
Kemana perginya pembela-pembela yang mengaku berjuang untuk bangsa,agama dan negara selama ini???
Memainkan isu sensitif tanpa ada kefahaman mendalam tentang hukum islam dan undang2 negara, secara tak langsung tingkah laku mereka ini memalukan Islam di mata masyarakat yang berbilang kaum.
Mereka merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancangannya....





“Dewan
Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan
memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan
Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT….”

Jabatan
Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM)
telah menjalinkan kerjasama bersama Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor
(KASE) untuk membela pihak orang kena saman (OKS) bagi kes Saman AES.
Dalam
diam tak diam rupanya masih ada sekolah pondok yang tidak mempunyai
dinding dan atap. Murid-murid hanya sekadar berteduh pada beberapa
pokok besar ketika menimba ilmu agama dari tenaga guru yang sama-sama
berkorban dalam mengembangkan lagi ilmu agama.
Muktamar
Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu kali ini mempunyai dua makna dan kesan
yang penting. Pertama, ia diadakan di tengah-tengah suasana menjelang
PRU Ke-13 yang ditandai pelbagai titik hitam, terutamanya isu perkauman,
rasuah, nepotisme, malah isu daftar pemilih yang dilihat masih belum
bersih.
Setakat
hari ini belum ada seorang pun perdana menteri Negara kita yang rasa
bimbang dengan penularan fahaman liberal yang sangat berbahaya itu. Akan
tetapi hari ini kita sedia maklum bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak
perdana menteri Malaysia ke 6 menyatakan rasa bimbang yang amat sangat
dengan penularan fahaman tersebut.
Institusi pondok di negara ini masih relevan kerana ia
menjadi benteng mempertahankan identiti Melayu-Islam yang berpegang
kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beta
Tegap- salah sebuah syarikat yang diberi kontrak melaksanakan Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) - menegaskan bahawa syarikat tersebut
tidak mempunyai sebarang hubungan dalam perniagaan yang berkaitan dengan
Umno.
SEKUMPULAN
ulama yang makan gaji dengan Barisan Nasional telah datang kepada Dr.
Chua Soi Lek bagi menyampaikan dakwah khsusnya mengenai hudud.
Dikejar bayang-bayang sendiri, UMNO dan sekutunya
dalam BN semakin hilang arah apabila mereka sendiri terperangkap dengan
permainan isu agama dan politik apabila terus menerus menuduh DAP
sebagai golongan kafir harbi.


Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui
ASWJ
umumnya terdiri dari empat mazhab.Ada yang bersetuju masukkan syiah
zaidiyah,hasil dari perbahasan ulama.Rata2 disebelah sini yakni
Malaysia-Indonesia majoriti memilih mazhab
syafi'e.India-Pakistan_Afghanistan dan sekawasan memilih mazhab
hanafi.Dan disebelah Timor Tengah kebanyakannya bermazhab maliki.


Rakyat
perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian
kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini.
Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan ‘law-makers’ negara
kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan
wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang
melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam
pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.

KUALA LUMPUR:
Tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
bertepatan dengan pepatah ‘kembali kepada kebenaran lebih baik daripada
kekal di dalam kebatilan’, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.