Thursday, February 25, 2010

YB Idham Lim - Kemalangan ke-2 dalam tempoh sebulan !

Bloggers yang dikenali ramai sebagai Cina Islam atau nama sebenar YB Ustaz Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak terlibat dengan kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping.




Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau besama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
YB Khalil telah menghubungi saya kira-kira 10 minit tadi untuk memaklumkan kemalangan yang berlaku dan meminta saya mengantikan tempat beliau ceramah malam ini di Air Kuning. Beliau sekarang besama YB Zainuddin yang bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu berada di IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan polis.
Beliau bersama pemandunya dalam perjalanan menuju ke Tapah bagi menghadiri program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan ceramah perdana di Air Kuning, Tapah malam ini.
Sumber artikel: http://politikbanjar.blogspot.com/
Sumber gambar: http://infotambahan.blogspot.com/

Ucapan YB Lim Kit Siang satu tamparan buat UBN

DSN bergambar bersama Pimpinan Pakatan Rakyat
Upacara Yee Sang
DSN menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina untuk penduduk di Kg Simee
Lim Kit Siang diraikan dalam sambutan Ulang Tahun yang ke 69
Lim Kit Siang menyatakan bahawa beliau berdoa agar DSN menjadi MB Perak semula
22.2.2010 Kg Simee,Ipoh : Malam ini bertempat di Pusat Khidmat Adun Caning Yb Wong Ka Wong telah diadakan sambutan Tahun Baru Cina bersama penduduk setempat.Ia dihadiri oleh Dato Seri Mohammad Nizar,Yb Lim Kit Siang Yb Dato Ngeh,Yb Sivakumar da juga Yb Nga Ko Meng beserta dengan beberapa lagi adun-adun Pakatan Rakyat yang lain.Majlis dimulakan dengan ucapan tuan rumah dan seterusnya beberapa ucapan aluan yang lain.

Ucapan YB Lim Kit Siang satu tamparan buat UBN

Dalam majlis ini juga Yb Lim Kit Siang telah diraikan dalam sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke 69.Lim Kit Siang dalam ucapannya telah menyatakan suatu perkara yang akhirnya menjawab segala persoalan dan juga menjadikan satu ketakutan baru buat UBN apabila beliau menyatakan bahawa beliau berdoa sempena dengan ulang tahun ini agar Dato seri Nizar kembali menjadi MB Perak dan Yb Sivakumar sebagai Speaker juga Yb Dato Ngeh sebagai Exco Kerajaan Perak.Kenyataan itu sekaligus menutup mulut-mulut mereka yang menyatakan bahawa sekiranya berlaku pilihanraya di Negeri Perak maka sudah pastilah DAP akan meletakan calon melayu dan sekiranya PR menang maka MB Perak akan bertukar individu.Namun malam ini dengan jelas Pemimpin Ulung DAP itu menyatakan bahawa apa jua berlaku Dato Seri Nizar akan tetap diberi mandat untuk menerajui Negeri Perak.

Royalty Minyak: Jawapan YB Dato' Haji Husam Musa


ASAS TUNTUTAN BAYARAN TUNAI BAGI PENGELUARAN PETROLEUM DI LUAR PANTAI KELANTAN

Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( "PDA"), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.

Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Jawapan kami terhadap soalan yang sama adalah sebagaimana berikut:-
1. Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?
PDA, kesemua 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak menggunakan istilah "bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan”. Perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah "royalti". Namun, tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada kerajaan negeri.
2. Mengikut Perjanjian diantara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak 5% bayaran tunai kepada kerajaan negeri?
Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah "di daratan (On-Shore) " dan " luar pantai (Off-Shore)" untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.

Oleh kerana itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak tiada menyekat pembayaran bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan samaada 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai kepada 13 negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam PDA, Perjanjian dengan Negeri-negeri dan Geran Penyerah Hak. Sebaliknya perkataan umum yang digunakan ialah ” Off-Shore”.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 tidak terpakai kepada pemilikan petroleum, baik di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Ordinan ini juga tidak ada kaitan dengan kewajipan undang-undang oleh Petronas untuk membayar bayaran tunai kepada suatu Negeri samada petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sahaja yang terpakai. Dengan demikian, Ordinan tersebut bukan perundangan yang relevan bagi perkara ini.

Lebih spesifik, semua perjanjian antara negeri dan Petronas menyebut rujukan tunggal kepada seksyen 4 Akta PDA ;Perjanjian
” DAN BAHAWASANYA KERAJAAN dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan- keistimewaan yang diletakhakkan seperti tersebut di atas mengenai petroliam ”
Seksyen 4 Akta PDA
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

4. sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan- keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan negeri lain di Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai tersebut daripada Petronas?
Ya, asalkan petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore) Negeri yang berkenaan. Oleh yang demikian, pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa petroleum telah dihasilkan di medan minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kalinya kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai).

Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak , meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu.

Hanya ketika PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun Petronas masih lagi mengeluarkan minyak di luar pantai Terengganu tanpa membayar bayaran seperti sepatutnya dan diamalkan sebelumnya.
4. Apakah kedudukan di Sabah dan Sarawak mengenai isu pembayaran royalti?
Sehingga PDA mulai berkuatkuasa pada bulan Oktober 1974, asas perundangan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah undang-undang yang buat oleh pihak kolonial Inggeris. Setelah wujudnya PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak diperlakukan dalam cara yang seragam sebagaimana 11 negeri yang lain di Semenanjung . Jadi, satu-satunya asas perundangan bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak sejak Oktober 1974, adalah PDA, 2 Perjanjian mereka dan 2 Geran Penyerah hak mereka. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan, Terengganu dan 9 negeri lain di Malaysia . Semua dilayan sama di bawah PDA untuk mengelakkan diskriminasi di antara 13 Negeri dalam Malaysia.
5. Apa yang dimaksudkan dengan bayaran "Wang Ehsan"?
Ini adalah label politik yang dicipta oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2000 ketika mengarahkan Petronas untuk berhenti membuat bayaran tunai kepada PAS Terengganu selepas membentuk Kerajaan Negeri. Istilah "wang Ihsan" tidak mempunyai asas perundangan. Hal ini tidak ditemui di dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak atau mana-mana Akta lain.
6. Mengapa Wang Ihsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?
Kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ini adalah jumlah yang sewenang-wenangnya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan tanpa asas perundangan. Tuntutan kami bagi bayaran tunggakan adalah melebihi RM 2 bilion dan bayaran tahunan tidak kurang dari RM 600 juta.
7. Apa kedudukan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti yang harus dibayar untuk Kelantan berdasarkan pengeluaran petroleum diperolehi daripada di luar perairan negeri serta mempersoalkan pemberian Wang Ihsan?
Kami menyokong pernyataan awam baru-baru ini termasuk kenyataan terkini beliau bertarikh 22 Feb 2010. Pujian harus diberikan kepada Tengku Razaleigh atas penjelasan berasaskan kebenaran tersebut. Selaku Pengerusi Pertama Petronas, dan telah berjaya memujuk 13 buah negeri memeterai 13 Perjanjian atas nama Petronas dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Dia sangat fasih dan berautoriti dalam hal ini. Dia juga memperolehi kepercayaan dan keyakinan daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia's Ke 2, dan arkitek polisi petroleum negara kita. Mengapa pandangan beliau diketepikan oleh orang-orang yang datang kemudian tanpa menghormati semangat asal akta dan perjanjian.
8. Adakah Ketua Pembangkang mengetahui mengenai kedudukan hak-hak kerajaan negeri dalam masalah ini?
Semua orang yang rasional dan matang faham kehendak sebenar undang-undang, termasuk YB Ketua Pembangkang Malaysia. Kerajaan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan politik sempit sahaja yang berani mengelirukan rakyat terbanyak dengan putar belit seperti ini.

YB Dato Hj Husam Musa
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan
23 Februari 2010
9 Rabiul Awwal 1431


*dibawah ini disertakan lampiran dokumen pembayaran "Royalti" kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang mengesahkan kewujudan pembayaran "royalti" dan ini menafikan kenyataan Ahli Parlimen Jeli sebelum ini yang membuktikan kewujudan pembayaran "Royalti". (sila klik lampiran untuk imej besar dan jelas)

Tanpa Bantuan UBN,PR akan tetap berkhidmat untuk Rakyat!






Antara Adun-Adun Pakatan Rakyat yang hadir
Dato Seri Nizar menerangkan keadaan kepada pihak wartawan
Dokumen bukti yang tercatat di dalam minit mesyuarat
Yb Idham Lim turut menyatakan pendirian yang sama
Yb Sivakumar turut mempamerkan bukti-bukti bagi menolak dakwaan Dato Seri Zambry
23.02.2010 IPOH : Pagi ini bertempat di Pajabat Pakatan Rakyat Perak telah diadakan satu sidang media bagi menjawab tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Kerajaan UBN yang menyatakan bahawa ketika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dahulu mereka telah meminggirkan Adun-Adun UBN dalam mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa Daerah.Namun Dato Seri Nizar dan Adun-Adun yang lain telah menyangkal tuduhan tersebut.Ini terbukti selepas mereka mengemukakan bukti bahawa ada dikalangan adun dan MP UBN turut dijemput dalam setiap mesyuarat yang diadakan namun mereka gagal hadir dan tidak menghantar wakil bagi tujuan tersebut.

Dato Seri Nizar ketika ditanya mengenai hasrat kerjasama antara PR dan UBN dalam menjaga kebajikan rakyat akan tetapi dilihat seolah-olah dirumitkan oleh Kerajaan UBN menjawab bahawa Adun-Adun PR akan terus berusaha bagi memberikan khidmat dan bantuan kepada Rakyat mengikut kemampuan mereka.Beliau menambah ia tidak akan menjadi halangan buat PR terus berkhidmat kepada Rakyat.

--
Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 2/23/2010 06:47:00 PM

Zambry fail saman RM100 juta terhadap Wan Azizah



Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Zambry (kiri) menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.

Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.- Bernama