Saturday, January 25, 2014

Mat Said Oh Mait Said!!!

"Lawatan MB Terengganu Darul Runtuh ke Antartika untuk kebaikan rakyat Trengganu



Mat Said Oh Mait Said !!!

Lu orang jangan BERSANGKA BURUK tak tentu pasal beb, dari SUMBER DALAMAN yang gua terima memberitahu bahawa lawatan Datuk Seri Mat Said Darul Runtuh ke Benua Antartika adalah bagi menyelesaikan masalah Banjir yang kerap terjadi di Negeri Terengganu tu beb. 

Di khabarkan bahawa MISI beliau adalah untuk memilih baka-baka terbaik Haiwan Penguin bagi dibawa balik ke Negeri Terenggganu untuk menjadikan Air Banjir di Negeri Terengganu menjadi Air Batu dengan ada Haiwan Penguin tersebut menjadi Pemaustautin Tetap (PR) disana.

Yang lagi menarik nya lagi ialah Haiwan Penguin-Peguain tersebut akan diajar untuk MEMAKAN KANGKUNG sejenis tumbuhan yamg TURUN HARGA kerana kebijakansana Pemimpin Umno mengawal harga barangan. Untuk itu makanan yang biasanya menjadi makanan bagi Haiawan Penguin iaitu Ikan akan tetap dapat dinikmati dengan Harga yang Murah oleh Rakyat Terengganu khas nya dan Rakyat Malaysia keseluruhan nya. Jadi soal Rakyat Terengganu akan BERSAING dengan Haiwan Penguin dalam mendapatkan Ikan untuk Makanan tidak akan timbul ok... kah kah kah !.

Sekarang lu orang nampak tak betapa CERDIK dan BIJAK nya Datuk Seri Mat Said Darul Runtuh tu beb, kalau dah Air Banjir nanti menjadi Air Batu tak kan lu orang tak boleh bayangkan yang tak akan berlaku Banjir lagi di Negeri Terengganutu tu beb kerana Air akan terus menjadi Beku sebaik saja memasuki Negeri Terengganu. Dimasa tersebut jawapnya Negeri-Negeri yang bersebelahan Negeri Terengganu akan MENELAN AIR LIUR melihat Negeri Terengganu diseliputi Air Batu dengan Permandangan Indah bila Haiwan Penguin Berlari-lari Anak seperti Datuk Seri Mat Said... kah kah kah !.

Bertuah dan Beruntung betul lu orang Rakyat Terengganu kerana mendapat seorang Menteri Besar (MB) seperti Datuk Seri Mat Said tu beb, nasib baik lah semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu lu orang kebanyakan nya memilih Umno/Bn sebagai PILIHAN dan pilihan lu orang tersebut memang tepat dan terbaik beb. Andai kata lu orang memilih Pakatan Rakyat (PR) dimasa tersebut jawap nya akan BERGADUH TAK BERKESUDAHAN sampai la ni. Lu orang tengok aje lah seperti di Negeri Selangor yang TAK SUDAH-SUDAH berebut Harta Rakyat Negeri Selangor... kah kah kah !.

hemmmmm..... gua dah tak sabar ni beb untuk bermain ski kat negeri terengganu, nak main ski kat luar negara mana lah mampu beb, nasib baik lah datuk seri mat said tu punya otak yang cerdik tak boleh di ikut dan bodoh tak boleh di ajar... kah kah kah... A B U."

Hina PM: Guan Eng kena tanggungjawab


KEPALA BATAS - Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sepatutnya menyelesaikan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebagai ketua menteri, Guan Eng sepatutnya tidak meminta orang lain menyelesaikan isu itu.

"Sebagai ketua kerajaan negeri, sudah pasti semua Adun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang adalah di bawah tanggungjawab Lim walaupun wakil rakyat Machang Bubuk itu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Mereka sebuah pakatan, mengapa bila Adun dari PKR yang buat perkara itu, yang lain (DAP dan Pas) tidak boleh memberi teguran. Adakah ini sebuah pakatan?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di sini, hari ini.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang dilaporkan sebagai berkata bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang harus tampil menyelesaikan isu Adun Machang Bubuk itu.

Guan Eng dilaporkan berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang tiada kena mengena dengan perkara itu.

sumber"

Makan rumput: Guru herdik murid gara-gara tidak buat kerja rumah Read more at:


SEKADAR GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang guru sekolah rendah yang mendenda dua orang anak muridnya dengan dilakungkan loceng telah mengundang kemarahan sesetengah pihak.

Insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Khai Meng di Sungkai, Perak ini diketahui ramai apabila Yarnis Kasumi Dewi Zainal Aripin, 31, membuat laporan polis yang mendakwa anaknya telah dimalukan oleh guru tersebut.

Menurut laporan yang dibuat semalam itu, anak Yarnis dan seorang lagi rakannya telah didenda memakai loceng di leher pada 3.30 tengahari Khamis.

“Anak saya dan kawannya ada meminta untuk pergi rehat kerana sudah waktu rehat tetapi anak saya dan kawannya telah diberi rumput dan ciktu itu cakap ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’,” kata Yarnis dalam laporannya.

Bagaimanapun, ketua balai polis Tapah Supt Som Sak Din Keliaw menjelaskan siasatan polis telah mendapati insiden denda telah berlaku, tetapi guru itu tidak memaksa anak murid itu makan rumput.

“Cikgu bagi penjelasan dua murid ini sebenarnya ada potensi untuk maju tetapi memandangkan prestasi tak bagus, jadi cikgu mengenakan denda terhadap mereka,” kata Som Sak.

Tambah beliau, guru itu sebenarnya berkata kepada murid-murid itu “Kalau awak rajin buat kerja, awak akan mendapat gaji besar kelak. Kalau tidak awak akan menjadi seekor lembu dan makan rumput.”

Menurut Som Sak, perkara ini dianggap ‘selesai’ selepas satu perbincangan antara pihak polis, kedua-dua murid itu dan ibu-bapa mereka dan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan dan UMNO Perak.

“Semua pihak berpuas hati dengan penjelasan guru itu. Dia tidak berniat untuk menghina.”

Kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Perak.

"

'Jangan guna kalimah ALLAH ganti God'


KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.

“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.

Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir.

Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu kalimah ALLAH sebaliknya hanya mengulangi sokongannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada Januari tahun lalu.

Isu kalimah ALLAH hangat kembali berikutan tuntutan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya sebelum mengundang kemarahan umat Islam.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya.

sumber"

Jaga Kepentingan Rakyat Penanda Aras Utama KPI Umno, Ku Nan Menipu Lagi Beb!


Pendapat"

Jangan lah lu nak aje Ku Nan !
Tak sudah-sudah lah lu nak menipu Ku Nan oiiii, konon nya menjaga kepentingan rakyat di peringkat AKAR UMBI merupakan antara PENANDA ARAS UTAMA dalam Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Umno, konon nya juga ia telah diluluskan dalam masyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam dan macam-macam lagi lah bunyi ayat-ayat MENIPU yang keluar dari MULUT LONGKANG lu tu.

Apa lu ingat rakyat kebanyakan nya bodoh ke seperti kebanyakan yang ada duduk didalam Umno beb, apa lu lupa ke yang UNDI POPULAR hanya diperolehi sebanyak 43 peratus oleh Umno/Bn dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu... kah kah kah !.

Lu ni cakap apa Ku Nan oiiii, KPI apa yang lu nak jadikan keutamaan. Apa lu ni mabuk minum AIR SARBAT sambil dengar Nasyid kat Hard Rock Cafe ke Ku Nan, berapa banyak Air Sarbat yang lu dah minum sampaikan lu lupa yang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu satu badan dibawah Kementerian lu akan MENAIKAN CUKAI PINTU beb. Baik aje lah lu tutup Mulut Longkang lu tu supaya KANGKUNG boleh tumbuh dan harga Kangkung boleh Turun Harga, nanti kalau dah Kangkung pun tak boleh tumbuh maka tak ada lah modal lu punya Ulul Amri untuk bercakap dengan Orang Melayu Umno yang Harga Kangkung telah Turun Harga tapi kenapa tak puji Kerajaan... kah kah kah !.

Lain kali Ku Nan kalau lu nak TEMBERANG atau pun GELENTUNG KENCANG sepatut nya lu bercakap di dalam majlis tertutup, atau pun setelah lu pastikan tiada nya Penyokong Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Penyokong Umno yang Cerdik ada semasa lu sedang bercakap. Kalau lu masih nak bercakap seperti lu menganggap yang ada adalah seperti kebanyakan Penyokong Umno yang BEBAL MELANTUN-LANTUN jawap nya lu silap lah beb, sebab bukan saja Rakyat yang MENYAMPAH dengan Umno akan tahu yang lu tu menipu tetapi Penyokong Umno yang ADA AKAI, itu pun kalau lah mahu berfikir akan ketawa sampai Putus Urat Kentut bila dengar lu punya Temberang lu tahu tak Ku Nan... kah kah kah!.-sumber

hemmmmm..... lagi satu ku nan lu jangan anggap yang menipu lu tu seperti lu hitam kan rambut lu yang sudah putih... kalau rambut putih menjadi hitam memang boleh hitam tapi kalau temberang lu nak jadikan ianya betul jawap nya kirim salam aje lah ku nan oiiii... kah kah kah... A B U. "

Dan kini pencetak baju pula disiasat...



ULASAN Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam siasatan yang dilakukan pihak polis ke atas pencetak baju Zul Raidy Ahmad Tarmizi yang dipanggil untuk diambil keterangan di IPD Serdang kelmarin.

Pihak polis menyiasat Zul Raidy mengikut peruntukan seksyen 124D Kanun Keseksaan iaitu Percetakan, penjualan dan sebagainya, dokumen dan penerbitan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Seksyen 124B sehingga Sekyen 124N merupakan seksyen baru yang dipinda ke dalam Kanun Keseksaan pada tahun 2012 bagi menafsir maksud kesalahan keselamatan yang terkandung di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)2012, SOSMA. Semua sekyen ini memiliki tafsrian mengenai kesalahan-kesalahan yang disifatkan boleh memudaratkan demokrasi berparlimen.

Hal ini juga membawa maksud, siasatan yang dijalankan di bawah seksyen 124B sehingga 124N ini memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengambil tindakan menggunakan SOSMA. Orang yang ditangkap di bawah SOSMA boleh ditahan selama 28 hari untuk tujuan siasatan, tanpa perlu mendapatkan perintah reman daripada majistret.

Berdasarkan pemerhatian Suaram, sejak SOSMA digubal pada Julai 2012, wujud trend di mana pihak polis gemar menggunakan seksyen 124C dan 124D sebagai ugutan kepada rakyat.

Pada musim pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Razali Basri dalam satu kenyataan yang disiarkan Utusan Online bertarikh 10 April 2013, berkata, Polis Diraja Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menggunakan SOSMA semasa PRU13 sekiranya berlaku ancaman atau perkara yang tidak diingini.

Tidak lama selepas mengeluarkan kenyataan itu, pada 19 April 2013, seorang aktivis pembaharuan pilihan raya, PY Wong dipanggil ke Bukit Aman untuk disiasat di bawah peruntukan seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Sedangkan PY Wong merupakan aktivis dari kempen Tindak Malaysia yang giat menjalankan aktiviti pendidikan pilihan raya terhadap masyarakat.

Pada 21 Disember 2013, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kenyataan yang disiarkan Sinarharian.com.my berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas penganjur dan peserta himpunan 31 Disember 2013 termasuk menggunakan SOSMA.

Pada 30 Disember 2013, jam 9.30 malam, sepasukan anggota Polis cuba untuk menahan aktivis pencetak baju, Zul Raidy di bawah Seksyen 124D Kanun Keseksaan di rumah keluarganya di Taiping.

Setelah gagal menemui Zul Raidy, pihak Polis datang pula ke rumah sewa Zul Raidy di Seri Kembangan pada jam 2.30 pagi namun Zul Raidy tidak berada di rumah pada ketika itu. Polis merampas lebih 50 t-shirt dan membawa seorang rakan Zul Raidy ke IPD Serdang untuk diambil keterangan pada jam 5 pagi.

Melihat kepada situasi ini, Suaram menggesa pihak polis berhenti daripada menggunakan seksyen 124C dan 124D untuk menakutkan rakyat. Seksyen-seksyen ini mengandungi tafsiran yang terlalu luas sekaligus memberi ruang kepada apihak polis untuk membuat tafsiran sendiri mengenai kesalahan yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen.

Suaram ingin bertanya kepada pihak polis, apakah berhimpun secara aman dan menuntut sesuatu perubahan daripada kerajaan itu memudaratkan demokrasi berparlimen? Apakah mencetak baju yang mengajak rakyat berhimpun secara aman itu boleh memudaratkan demokrasi berparlimen? Apakah mendidik rakyat untuk menjadi pemerhati pilihan raya boleh dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen?

Melihat kepada trend ini, Suaram merasakan sudah tiba masanya SOSMA perlu dimansuhkan, begitu juga dengan seksyen 124B sehingga 124N, bagi mengelakkan seksyen-seksyen ini ditafsir secara mudah oleh pihak Polis.

Pihak polis dilihat menggunakan seksyen-seksyen ini untuk menghalang ekspresi rakyat terhadap kerajaan, sedangkan hak untuk berekspresi merupakan hak asasi yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Sekiranya SOSMA dan Seksyen-seksyen ini dikekalkan, Suaram khuatir lebih banyak hak sivil dan politik rakyat Malaysia akan dicabuli.


SYUKRI RAZAB adalah Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

sumber"

Inilah guru yang arahkan murid makan rumput



Guru Chen Yan Yan dan murid yang dipaksa menjadi 'lembu'

Kalau sebelum ini kita lihat laporan polis terhadap seorang guru yang secara melampau denda anak muridnya menjadi 'lembu', kali ini kita lihat wajah guru terlampau tersebut. Dia dikenali sebagai Chen Yan Yan, guru bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sungkai Perak. 


Aznil turut 'hangin'!!

Ketika kejadian Khamis lalu, dia mendenda dua murid tahun empat demgan menggantungkan loceng di leher dan dipaksa makan rumput seperti lembu hanya kerana kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ibu yang terkejut dengan kejadian tersebut, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin, 32, membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai berhubung tindakan melampau guru tersebut.

Yarnis Kasuma Dewi berkata anaknya kini trauma dengan kejadian itu berikutan dikutuk dengan panggilan 'lembu' oleh rakan sekelas dan sekolah.

"Ketika buat laporan polis, guru bahasa Inggeris terbabit bersama guru besar turut hadir dan mereka mengaku melngenakan hukuman denda tidak masuk akal berkenaan dan kemudiannya meminta maaf.

"Lebih memeranjatkan kami, guru sekolah juga mengaku hukuman menggantung loceng di leher sudah beberapa kali dikenakan terhadap beberapa murid sekolah berkenaan sebagai denda jika tidak membuat kerja sekolah," katanya dalam sidang media sebelum ini.

Tindakan melampau guru berkenaan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dengan hanya meminta maaf. Tindakan wajar perlu dikenakan. Gambar - Berita TV3

Baca juga : Kisah pelesit di KUIN"

Putrajaya mungkir janji, kata Majlis Gereja Malaysia


Hermen (kanan) berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui.

Majlis Gereja Malaysia (MGM) mendakwa Putrajaya memungkiri janji dalam penyelesaian 10 perkara apabila menegaskan kerajaan negeri boleh membelakangi janji yang dimenterai tersebut.

Merujuk kepada kenyataan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam, MGM menegaskan undang-undang negeri tidak bole melanggar polisi yang dicapai dalam penyelesaian 10 perkara.

"Kristian di Malaysia mula melihat Putrajaya tidak konsisten dalam mematuhi janji yang dibuat kepada penganut ini," kata Setiausaha Agung MGM, Dr Hermen Shastri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sambil melahirkan kekecewaan dengan pendirian Najib dalam isu berbangkit, Hermen berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui.

Najib menegaskan sebelum ini penyelesaian 10 perkara membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil adalah sah di Sabah dan Sarawak, termasuk di negeri lain yang tidak melaran penggunaan kalimah tersebut di kalangan bukan Muslim.

"Bagaimanapun, di seluruh negeri lain, penggunaan kalimah Allah bergantung kepada enakmen negeri tersebut, sebagai contoh di Selangor," kata Najib sebelum ini.

Hermen berkata Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama dan terpulang kepada Putrajaya untuk melihat sama ada ia telah dipatuhi.

"Kristian harus dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka dengan aman," katanya lagi.

10 daripada 13 negeri di Malaysia memiliki enakmen menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan beberapa perkataan Arab lain, pengecualian hanya di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) menguasai lapan daripada 10 negeri tersebut, sementara Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

Baru-baru ini, kemelut kalimah Allah dibangkitkan semula susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Susulan kontroversi tersebut, pelbagai pihak termasuk peguam mengkritik tindakan tersebut yang disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada Oktober tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan larangan Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar Katolik Herald daripada menerbitkan menggunakan perkataan Allah dalam edisi Bahasa Malaysia.

Sepuluh peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah orang Kristian.

Hampir dua pertiga daripada mereka adalah Bumiputera dan sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan Sarawak, di mana mereka secara rutin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asli dalam amalan agama mereka, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai “Allah” dalam sembahyang dan kitab mereka.

Selain orang-orang Kristian Bumiputera dari Malaysia Timur, sesetengah daripada mereka telah berpindah ke Semenanjung untuk tinggal dan bekerja, Orang Asli Kristian di Semenanjung juga biasanya menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah mereka.

sumber"

Jual babi: Guan Eng tuduh Umno mengapi-apikan isu perkauman


"Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) menuduh Umno mengapi-apikan isu perkauman dalam isu kontroversi penjualan daging babi secara terbuka di negeri tersebut.

Lim berkata penjualan daging babi di Lebuh Chulia, Jalan Kuantan, dan Jalan CY Choy telah berjalan sejak Barisan Nasional (BN) memerintah lagi bagi menyangkal tuduhan oleh Islamic Solidarity and Charity Organization (Isco) sebelum ini.

"Penjualan babi secara terbuka berjalan sejak dahulu lagi ketika BN berkuasa dan tidak pernah jadi isu.

"Lagipun, kawasan tersebut dihuni oleh penduduk majoriti bukan Islam sebanyak 90% dan bukannya majoriti kampung masyarakat Melayu," kata Lim dalam satu kenyataan bagi menjawab Isco.

Lim juga mengecam Umno yang sengaja menjadikan isu tersebut berbaur perkauman dengan menuduh kerajaan negeri tidak mengambil tindakan ke atas peniaga daging babi tetapi peniaga Melayu pula ditindas.

"Ia adalah salah dan rasis untuk Umno menyalahkan peniaga babi sahaja.

"Polisi kerajaan negeri adalah pihak berkuasa tempatan boleh bertindak bila-bila masa ke atas penjaja haram tanpa mengira bangsa dan agama tanpa tertumpu kepada perniagaan tertentu sahaja," tegas Lim susulan Umno cuba mengalihkan isu sebenar menjadi isu perkauman.

Lim kemudian menasihati Umno supaya belajar daripada parti Islam, PAS yang lebih menghormati hak bukan Muslim dan menjaga sensitiviti penganut agama lain tanpa perlu mencetuskan kebencian.

"Malah di Kelantan dengan 95% majoriti penganut Islam, daging babi boleh dijual tanpa masalah atau bantahan.

"Tiba masanya Umno belajar daripada PAS untuk menghormati hak dan sensitiviti bukan Islam," terangnya lagi.

Isco sebelum ini mendakwa penjualan daging babi secara terbuka tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Pulau Pinang.

Kumpulan tersebut mendesak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan ke atas peniaga dan menghentikan aktiviti penjualan daging babi tersebut secara terbuka.

Setiausaha Agung DAP tersebut juga was-was dengan sikap kerajaan Umno-BN yang dilihat cuba menghalang amalan penganut bukan Islam dan bukan Melayu di Malaysia, terutamanya selepas penapisan gambar babi dalam International New York Times baru-baru ini.

"Adakah langkah ini cuba meningkatkan tekanan sedia ada dengan menambah sekatan kepada penganut bukan Islam dan bukan Melayu? " soal Lim.

Dalam pada itu, Lim juga menggesa semua rakyat di Pulau Pinang tidak termakan dengan hasutan dan api perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu bagi menjaga keharmonian yang sudah sedia terjalin sejak sekian lamanya di negeri tersebut.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan terikut-ikut dengan ekstremis ini dan hasutan perkauman oleh Umno ini.

"Kami juga menggesa supaya orang ramai mengabaikan permintaan Umno tersebut demi menjaga keharmonian sesama kaum," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon sebelum ini juga menjadi mangsa perkauman Umno gara-gara tarian parodi “flash mob” kangkung yang dianjurkannya.

Para penyokong Umno yang berhimpun di depan pusat khidmat rakyatnya telah bersikap ganas selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan.

sumber "

Kristian Sabah mahu Najib kekang pelampau Islam


"Najib perlu bertindak sebagai perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya untuk sesetengah pihak tertentu sahaja. - Gambar The Malaysian Insider.

Penganut Kristian di Sabah hari ini mencabar perdana menteri untuk menjadi pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan kepada orang Islam sahaja serta bertindak terhadap usaha-usaha campur tangan dalam hal agama dan juga etnik mereka.

Menggesa Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap "politik Islam", penganut Kristian daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Perpaduan Anak Negeri (PAN) Sabah berkata, ancaman kepada mereka datang daripada usaha pengislaman terhadap mereka oleh "ekstremis dari Semenanjung dan elemen sesat di Putrajaya".

PAN berkata berikutan ancaman politik Islam, terdapat peningkatan membimbangkan dalam penukaran agama di kalangan "anak negeri" yang kebanyakannya terdiri daripada Kristian Bumiputera, melalui ugutan, ancaman, penipuan dan sumbangan.

PAN mendakwa dalam keadaan tertentu mereka turut dijanjikan tanah.

Perjumpaan di Ranau pagi ini adalah untuk "mamangkis" hak mereka, kumpulan itu berkata, "Kami tidak melihat orang Islam, dan mereka yang menjadi Muslim secara sukarela sebagai musuh kami.

"Kami sentiasa menganggap mereka sebagai saudara kami tetapi sejak 50 tahun lalu kita menghadapi ancaman daripada pihak pelampau  politik Islam. Beberapa pihak mengelarkannya sebagai genoside (penghapusan bangsa)," kata PAN dalam kenyataannya.

“Mamangkis” adalah seruan kepada masyarakat lama Kadazan Dusun Murut yang digunakan oleh nenek moyang mereka bagi memanggil perhimpunan pasukan pahlawan untuk berperang.  Ia kini digunakan sebagai satu seruan kebangkitan kepada penganut Kristian.

Bagi menyokong dakwaan terdapatnya kadar yang tinggi terhadap usaha penukaran agama itu, PAN berkata pada tahun 2009 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah mendedahkan pada tahun 1970 sehingga 2009, Majlis Agama Islam Sabah (Muis) mencatatkan kemasukan seramai  117,579 orang saudara baru.

Sambil menyifatkan politik Islam sebagai "satu strategi jangka panjang untuk Islam menguasai ", PAN mendakwa ini adalah sebab berlakunya kemasukan Islam secara besar-besaran pada hari tahun baru apabila 36 penduduk kampung di daerah Pitas yang terletak di kawasan pedalaman utara Sabah memeluk Islam tanpa kerelaan mereka.

Penduduk kampung mendakwa mereka diperdaya dengan diberikan wang sebanyak RM100 sebagai tarikan.

"Muslihat ini dengan bangganya diakui oleh sekumpulan Muslim di Selangor yang dikenali sebagai 'Islam & Melayu '," kata PAN.

"Portalnya, www.Islamweb.net berkata penukaran itu dilakukan bersama oleh Yayasan Ikhlas dan Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah.

"Sejarah mengajar kita bahawa pembentukan Malaysia adalah idea hebat daripada Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman.

"Sejarah juga memberitahu kita bahawa Tunku telah memberikan restu kepada (ketika itu Ketua Menteri Sabah ketiga) Tun Mustapha Harun terhadap penukaran agama anak negeri tidak lama selepas pembentukan Malaysia."

PAN mendakwa dasar penukaran agama  Bumiputera Kristian yang menggunakan bahasa Melayu tetap diteruskan tanpa henti.

PAN juga kecewa dengan sikap berdiam diri Najib mengenai isu-isu agama dan berkata: "Sehingga hari ini, beliau masih mengabaikan rayuan kami untuk tindakan dan keadilan dalam menghadapi pelampau.

"Sikap berdiam diri beliau sudah dianggap sebagai sokongan kepada puak pelampau yang ingin meneruskan politik Islam melalui cara menindas.

PAN juga mempersoalkan sikap berdiam diri Najib mengenai tuntutan mereka bahawa Putrajaya, melalui Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) mempunyai dasar untuk mengklasifikasikan semula penganut Kristian anak negeri yang mempunyai  “bin” atau “binti” pada nama sebagai orang Islam dalam MyKad mereka.

"JPN hanya akan membetulkan data itu jika orang-orang Kristian terbabit boleh membuktikan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa mereka bukanlah Islam sebelumnya, " katanya.

PAN berkata, Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah  menyenaraikan 162 kes seumpamanya dan peguam mereka telah menyerahkannya kepada JPN untuk tindakan pembetulan empat tahun lalu.

PAN mendakwa jawapan JPN adalah,"kesemua 162 fail hilang dalam pejabat mereka ".

Kata PAN, sehingga fail ditemui, 162 Kristian Bumiputera berkenaan secara rasminya adalah orang Islam.

Memetik satu lagi contoh yang dilakukan pihak pelampau politik Islam, PAN berkata Majlis Gereja Sabah dan juga Gereja Roman Katolik Sabah mengadu kepada Kementerian Pendidikaan tahun lepas berhubung rancangan rahsia untuk menukar agama pelajar Kristian bawah umur di kediaman Kolej Matrikulasi Labuan kepada Islam.

"Sehingga kini tidak ada tindakan yang diambil ke atas aduan tersebut. Kami sudah mengemukakan fakta-fakta tetapi  apa yang kami dapat adalah sikap berdiam diri perdana menteri .

"Kami tidak menyerang beliau secara peribadi tetapi kita mempersoalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Najib mesti membuat pendirian dan diam bukan pilihan. Najib mesti memimpin untuk meyakinkan kami bahawa beliau bukan sahaja perdana menteri untuk orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

"Semua mesti dilayan dengan adil dan mempunyai kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan  pilihan mereka.

"Kami mengakui Islam adalah agama persekutuan  tetapi  bukan pengamal pelampau politik Islam, yang pastinya tidak dibayangkan pihak yang merangka Perlembagaan Persekutuan."

sumber"

"Sayapun makan kangkung" – Najib


KUALA LUMPUR:
 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.
               
Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.
               
"Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.
               
"Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini malam ini.
               
Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan.

Di samping itu, Najib berkata beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan turun padang untuk melihat situasi harga barang dengan lebih dekat.
               
Menurutnya, kesempatan itu akan diambil untuk mempromosikan kedai yang
menawarkan harga berpatutan kepada rakyat.
               
"Kita akan iklan atau maklumkan kepada semua pihak bahawa inilah kedai-kedai yang patut dikunjungi orang ramai," katanya.
               
Mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Najib berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.
               
Beliau berkata sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.
               
"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.
               
"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.

Dalam pada itu, Najib memuji tindakan peniaga di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang menurutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan harga makanan dan minuman tidak dinaikkan sehingga membebankan pengguna.
               
"Presidennya (Noorul Hassan Saul Hameed) berkata kedai-kedai yang dikendalikan Presma atau anggotanya begitu bertanggung jawab sekali. Meskipun harga susu manis dan gula naik, tetapi beliau beri jaminan kepada saya harga the tarik tak dinaikkan.
               
"Ini adalah contoh bagaimana peniaga yang amat bertanggungjawab dan tidak mahu mengambil kesempatan atau eksploitasi keadaan (berbanding pihak yang) memberi pelbagai alasan semata-mata untuk tujuan naikkan harga," katanya.
               
Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membolehkan Koperasi Kimma Bhd (KopKimma) membuka cawangan Al-Rahnu di perkarangan Masjid India di sini.
               
Najib berkata beliau secara peribadi memandang tinggi usaha KopKimma untuk membuka cawangan itu bagi memastikan masyarakat India Muslim mempunyai peluang untuk memohon skim mikro kredit bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

"Saya memandang tinggi usaha KopKimma di bawah pengerusinya (Prof Datuk Dr) Mohd Harun Nizam yang bercadang membuka cawangan Al-Rahnu yang pertama di perkarangan masjid itu sedikit masa lagi.
               
"Ini akan membolehkan golongan India Muslim di negara ini mendapat pinjaman mikro kredit dengan kadar lebih adil dan berpatutan berbanding kedai yang gunakan kadar yang begitu tinggi," katanya.
               
Mengulas pencapaian komuniti tersebut di negara ini, Najib berkata di bawah kepimpinan Kimma, masyarakat India Muslim tempatan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti peruncitan, katering, kedai emas dan sebagainya.
               
Namun, beliau melahirkan harapan masyarakat itu terus mempelbagaikan lagi bidang keusahawanan yang diceburi untuk merangkumi bidang lebih mencabar seperti bioteknologi, teknologi hijau serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 

Kangkung buat Umno Pulau Pinang berang

BUKIT MERTAJAM:Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mengecam dan mengutuk tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang bertindak biadab apabila menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lepas.
           
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar, bawah) berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan.
           
"Tindakan Adun itu sangat biadab kerana bertindak sedemikian, apa dosa dan hina sangat perdana menteri sehingga diperlakukan sebegitu. Lagipun tindakan wakil rakyat itu bukan boleh membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.
           
"Kalau betul beliau (Lee) seorang yang jujur dalam berpolitik, beliau sepatutnya tampil memberi cadangan atau idea bagi membantu mengatasi masalah kos barang yang semakin naik," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
           
Reezal yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata demikian bagi mengulas tindakan Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu lepas.

Gambar patung dan tindakan kumpulan itu kemudiannya dimuat naik menerusi akaun laman sosial Twiter milik wakil rakyat Machang Bubuk berkenaan dan menerima pelbagai komen daripada orang ramai.
           
Reezal Merican berkata rakyat perlu menilai tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu dan beliau percaya ia dibuat hanya mahu meraih kepentingan politik.
           
"Apakah dengan melakukan omokan dan meracuni pemikiran rakyat akan selesai masalah rakyat yang terhimpit dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Bolehkah kerajaan negeri ini menangani masalah kenaikan harga barang?
           
"Lagipun mana-mana agama dan budaya kita tidak boleh menghina sehingga ke tahap ini dan adakah ini politik baharu yang nak diperkenalkan PKR," katanya.
           
Sementara itu Umno Bahagian Bukit Mertajam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat tindakan Adun Machang Bubuk itu yang dilihat menghina perdana menteri dan menghasut rakyat supaya membenci Najib.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata penduduk Bukit Mertajam terutama di Machang Bubuk sangat marah dengan tindakan wakil rakyat berkenaan yang membangkitkan perasaan tidak puas hati kerana menghina pemimpin negara.
           
"Banyak lagi perkara lain yang beliau boleh buat daripada bertindak sedemikian (menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri). Penduduk di Machang Bubuk pilih beliau untuk bantu mereka selesaikan masalah rakyat.
           
"Ini masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Machang Bubuk tidak selesai, sibuk nak hina pemimpin negara dan tindakannya itu tidak boleh diterima langsung kerana dia tidak memikirkan sensitiviti masyarakat," katanya.

Kangkung, Rosmah dan Rahah

Semasa rata-rata masih terasa "penat", khususnya ibu bapa yang terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan anak-anak memasuki sesi persekolahan baru 2014, macam-macam kontroversi panas berkaitan agama timbul.

Dalam tulisan minggu lalu, saya menukilkan beberapa reaksi pembaca yang tidak selesa apabila isu sebenar -- kenaikan kos hidup -- seolah-olah mahu ditutup atau disamarkan dengan persoalan lain. 

Ada yang bernada emosi, marah-marah sambil mengingatkan agar Harakah jangan terpesong daripada "perjuangan" sebenar, ketika media lain membakar sentimen dan melarikan perhatian umum.

Semangat demonstrasi aman Turun, menuju Dataran Merdeka pada malam tahun baru, yang  menuntut penyelesaian segera punca keresahan rakyat itu, nampaknya seperti cuba dipadamkan.

Sebelum itu, saya berbesar hati untuk merakamkan penghargaan tinggi kepada ibu bapa, sebahagiannya berpendapatan sederhana rendah, yang tetap meletakkan prioriti tinggi kepada kualiti pendidikan agama anak-anak mereka, biarpun terpaksa berbelanja di luar kemampuan.

Mereka bersusah-payah menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah agama swasta -- tidak terkecuali maahad tahfiz -- dengan yuran bulanan agak tinggi (walaupun bagi keperluan sekolah berkenaan, ia hanya "cukup makan" menampung keperluan), hanya atas satu keyakinan, yakni memastikan anak-anak diasuh sempurna di bawah sistem pendidikan Rabbani.

Syukur dan terima kasih. Kenyataan sensasi Perdana Menteri, Najib Razak semasa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, 12 Januari lalu, telah mengembalikan perhatian umum terhadap isu sebenar yang mengasak kehidupan rakyat.

Laman sosial meriah sekali apabila dipenuhi posting yang begitu menarik dan menghiburkan. Mereka mengulas kenyataan Najib mengenai penurunan harga kangkung secara kreatif sekali. 

Malah, ucapannya itu "diolah" seperti lirik sebuah lagu yang menyenangkan, ditambah pengulangan yang mengundang ketawa berpanjangan.

"Eloklah hang tengok video Najib itu, lega sikit stress dan boleh kurangkan serabut di kepala," usik seorang rakan selepas menyedari saya terlambat mengikuti "video kangkung" itu.

Sebenarnya, agak menyedihkan apabila aksi Perdana Menteri dalam nada serius, malah seperti mahu memberi amaran kepada rakyat, tetapi disambut dengan gelak ketawa. 

Ketika era Abdullah Ahmad Badawi, kita juga berdepan situasi sama. Gambar-gambar Pak Lah terlena dalam majlis rasmi, yang disaksikan ramai orang, menjadi bahan lawak. Rupanya, di zaman Najib, gurau senda itu berterusan!

Bagi saya, isu besarnya bukan sekitar harga barang dan sayur naik. Saya lebih terkesan dan pelik; mengapa Najib cukup sensitif terhadap kritikan rakyat yang mempersalahkan kerajaan?

Tetapi, dari satu segi, sememangnya satu sikap yang baik apabila pemimpin tertinggi tidak memandang enteng atau meremehkan keluhan akar umbi. Cuma, mengapa perlu menagih pujian dan pada masa sama tidak bersikap terbuka kepada persepsi negatif rakyat?

Soalnya, kenapa Najib seperti mengharapkan sangat agar rakyat memuji atau memberi penghargaan kepadanya (dan kerajaan) jika harga barang turun? Dan lebih aneh apabila contoh yang diberikannya adalah sayur kangkung.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik ... Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kenyataan Najib di Kemaman itu dipetik.
 
Melalui video yang disebarluaskan itu, saya memerhatikan mimik muka dan intonasi Najib. Mana tahu, mungkin dia dalam mood bergurau seperti kebanyakan pemimpin lain ketika berucap dalam situasi seperti itu, misalnya Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu.

Tidak. Najib dalam mood serius, termasuk ketika beliau menekankan: "Ini tidak adil." Segera saya terlintas babak filem Tiga Abdul ketika P Ramlee (Abdul Wahub) membantah cara abang sulungnya (Abdul Wahab) mengagihkan pusaka harta bapa mereka! 

Sedangkan yang dituntut rakyat adalah penyelesaian tuntas dan menyeluruh kepada peningkatan beban kos hidup, kesan berganda daripada kenaikan bahan bakar, harga gula, tarif elektrik, kadar cukai pintu, selain menanti siri panjang kenaikan yang lain, termasuk tol dan tambang kenderaan awam.

Dan tanpa perlu diisytihar secara rasmi, tambang bas sekolah, harga makanan dan minuman di restoran, barangan mentah di pasar, air batu, peralatan sekolah, kadar sewa premis dan banyak lagi.

Sebagai peminat nasi kandar, saya turut risau dengan pengumuman Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed, tentang cadangan menaikkan harga makanan sehingga 15 peratus.

Apa pun, sekali lagi terima kasih kepada Dato' Najib kerana menimbulkan kembali isu kenaikan kos hidup ini, yang juga membentangkan polemik terbuka kepada persoalan "bila sepatutnya kita memuji atau menyalahkan kerajaan". Menarik,'kan?

II.

Masih tentang Najib. Kali ini merujuk tulisan adiknya, Nazir Razak, tentang kematian ayahanda mereka, Tun Abdul Razak Hussein, 38 tahun lalu, tanggal 14 Januari 1976.

Bahagian yang menarik minat saya ialah ketika Nazir menceritakan peristiwa beliau adik beradik meminta Tun Razak membina sebuah kolam renang di Seri Taman, kediaman rasmi perdana menteri. Mereka diminta membentangkan hujah logik dan rasional menyokong syor itu. 

Nazir menulis: "Kami benar-benar fikirkan bahawa kami telah mengutarakan cadangan yang bernas dengan hujah-hujah yang mantap, sehinggalah kami terlihat air mukanya yang semakin berubah dan diiringi dengan tenungan yang tajam. 

"Ayahanda saya memberitahu dengan jelas bahawa walaupun Seri Taman adalah kediaman rasmi kami tetapi ia sebenarnya hak negara; bermakna, hak rakyat. Apa sahaja yang dibelanjakan untuk rumah itu adalah daripada tabung negara dan beliau tidak akan membenarkan negara menampung perbelanjaan bagi sesuatu yang tidak penting seperti kolam renang. “Apa akan rakyat fikir nanti?” tengking beliau.

Ya,  kata kuncinya adalah tabung negara atau dana awam tidak akan dibenarkan untuk menampung perbelanjaan yang tidak penting. Dan menjadi kerisauan Tun Razak, seperti yang dirakamkan Nazir: "Apa akan rakyat fikir nanti?"

Masalah yang menimpa negera sekarang, khususnya di zaman anakanda Tun Razak, bukan lagi "perbelanjaan yang tidak penting" tetapi pembaziran melampau, yang menipiskan kantung negara dan menghanguskan wang pembayar cukai. 

Lebih menjengkelkan apabila aksi pemborosan tanpa limit itu membabitkan isteri perdana menteri. "Wanita Pertama" tidak segan silu menayangkan kemewahan. Dan berbeda sekali dengan lakaran Nazir mengenai ibunya, Tun Rahah Mohd Noah, semasa Tun Razak menjalani rawatan perubahan di Eropah, Oktober 1975:

"Mungkin beliau (Tun Razak) telah merasakan bahawa perjalanan itu adalah yang terakhir tetapi oleh kerana beliau ingin berjimat cermat, beliau tidak membenarkan ibu saya untuk mengiringinya, mungkin juga kerana beliau mahukan supaya ibu mempunyai simpanan yang cukup dan berada di dalam kemampuan bagi meneruskan kehidupan apabila ketiadaan beliau." 

Soalnya, "apa Najib-Rosmah peduli dengan tanggapan rakyat terhadap gelagat dan karenah mereka berdua, termasuk bantahan menggunakan pesawat mewah bukan atas urasan rasmi." Dan kerajaan kini memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat untuk kegunaan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong. Parlimen dimaklumkan, sepanjang 2012, kos bahan api dan penyelenggaraannya sebanyak RM175 juta. 

(Dalam laman rasmi yayasantunrazak.org.my, Rahah digambarkan sebagai "pendiam orangnya, tidak pernah menonjolkan diri, tetapi mempunyai kehebatan yang tersendiri ... sifatnya yang lemah lembut, sederhana dan bersahaja adalah resepi utama yang menyebabkan beliau disenangi oleh masyarakat di kampung dan bandar. Sifatnya yang sederhana ini amat bersesuaian dengan kehendak suaminya yang tidak mahu isterinya menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan dalam semua hal.")

Selain itu, cukuplah bukti-bukti salahguna kuasa, korupsi dan penyelewengan yang ditunjukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun walaupun itu semua hanya contoh-contoh kecil. Amalan tumbuk rusuk berleluasa, seperti kata Daim Zainuddin lama dahulu lagi, dari peringkat atasan sehinggalah kepada pemain bolasepak yang mengatur perlawanan.

Mungkin ada yang cuba mengingatkan saya tentang langkah berjimat Najib untuk mengurangkan belanja kerajaan baru-baru ini, antara lain pemotongan elaun keraian 10 peratus membabitkan perdana menteri, timbalannya, menteri-menteri dan timbalan mereka.

Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KeADILan, yang membuat kiraan lengkap menjelaskan, hanya RM604,238 berjaya dijimatkan dalam masa setahun hasil langkah pemotongan 10 peratus itu.

"Najib hanya memotong sebanyak RM1,698 sebulan dari peruntukannya yang berjumlah berbilion ringgit. Daripada RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada beliau untuk projek berbentuk kempen politik (melalui dana fasilitasi RM4 bilion, penyusunan masyarakat RM900 juta, program mesra rakyat RM665 juta, program pembangunan RM1.1 bilion dan projek khas RM202 juta), satu sen pun tidak dipotong sedangkan perbelanjaan sebeginilah yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," tegas Rafizi.

Akhirnya, teringin juga mendengar komen Tun Rahah ke atas personaliti menantunya, Rosmah ....