Friday, August 3, 2012

Dato' Seri Nizar berkunjung di Bazar Ramadan dan Taraweh Di Pasir Panjang



Dato' Seri Mohd Nizar ADUN Pasir Panjang bertemu dengan Yang Berhormat Dato'Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Jalan /Ahli Parlimen Lumut di Bazar Ramadhan Seri Manjung.
Hadir di Majlis berbuka puasa Pas Kawasan Lumut
Memberi Ucapan di Markas Pas Pasir Panjang selepas Solat Taraweh.

Ahli Pas Lumut yang hadir dalam Program Taraweh di Markas Pas Pasir Panjang.
27 Julai 2012 Adun Pasir Panjang berada di kawasan Dun nya di Pasir Panjang untuk bertemu rakyat. Bermula dengan membuat lawatan ke Bazar Ramadhan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, dikuti dengan Majlis berbuka puasa di Markas Pasir Panjang, solat maghrib, solat Isya', taraweh, dan menyampaikan ucapan kepada para petugas MTD.
Dalam lawatan singkatnya ke Bazar Ramadhan, beliau menemui pelbagai lapisan masyarakat yang mengunjungi bazar tersebut untuk membeli makanan sebagai persiapan berbuka puasa.Para peniaga sangat teruja dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Seri Nizar kegerai mereka. Ada di kalangan para peniaga menghadiahkan Dato' Seri Nizar dengan pelbagai juadah untuk dimakan sewaktu berbuka. Secara kebetulan di Bazar ramadhan itu juga Dato' Seri Nizar bertemu dengan YB Dato' Seri Kong Cho Ha, Ahli Parlimen Lumut yang juga sedang berkunjung ke gerai-gerai di sana. Mereka sempat berbual-bual dan bertanya khabar. Walaupun berlainan politik namun mereka sempat menunjukkan suasana yang baik di mata rakyat.
Di Markas Pasir Panjang Dato' Seri Nizar hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang yang merupakan kawasan yang ditandinginya. Beliau telah bersama-sama menunaikan solat taraweh dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Anak kecil OKU lebih sopan dari Datin Seri Rosmah


Rasanya adik kecil ini, masih di tahap kanak-kana, namun alhamdulillah, penjaganya dah mula mendidik tentang adap sopan tatasulisa seorang Islam. Berbesa dengan ..errmmhhh...  



KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang disumbangkan oleh Yayasan Pendidikan Cheras kepada adik Nurul Kharinna Ramlan dari SK Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Jalan Batu di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsee (dua, kiri).
--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

Masyarakat India Mundur Kerana MIC


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan DUN Tronoh .
Masyarakat India Mundur Kerana MIC

Masyarakat India merupakan antara kaum yang paling tertindas di negara kita. Walau pun negara kita telah merdeka 54 tahun tetapi status sosio-ekonomi kaum India masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain. Sebahagian besar daripada kaum India hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dapat menaiki tangga kejayaan kerana tidak ada hala tuju yang konkrit dibentuk oleh pemimpin-pemimpin MIC iaitu parti yang mewakili kaum di dalam komponen kerajaan Barisan Nasional. MIC telah gagal menghulurkan tangan kepada kaum India yang amat memerlukan bantuan kerajaan dari dahulu lagi. Tambahan pula, Kerajaan Barisan Nasional dengan bantuan MIC telah menindas kaum India  di negara kita selama ini.

Kini,  keadaan telah menjadi genting dan orang-orang India dianggap faktor  penentu  kemenangan banyak diantara kerusi DUN dan Parlimen. Ini telah menjadi rangsangan kepada MIC dan Barisan Nasional untuk  membantu kaum India  dengan pelbagai cara. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Segala salah laku,  pengabaian  dan penindasan terhadap kaum India tidak boleh diperbaiki lagi oleh MIC lagi. Sudah sampai masa untuk MIC dan Barisan Nasional  mengundur diri dan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mencorakkan semula masa hadapan kaum India di negara ini.

Masyarakat India harus sedar bahawa peluang telah diberikan kepada MIC  selama 54 tahun untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka. MIC bukan sahaja gagal berbuat demikian malah telah menipu masyarakat India dalam beberapa skandal kewanagan yang melibatkan berjuta-juta ringgit. MIC hanya membantu kaum kerabat dah kroni-kroninya untuk menikmati kekayaan negara. Kesejahteraan rakyat biasa tidak dipedulikan langsung. MIC telah memperdayakan kaum India dengan idea-idea kolot supaya menyokong Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya. Pemimpin-pemimpin MIC juga sentiasa menakutkan kaum India dengan propaganda politik yang tidak munasabah. Kaum India telah dipermainkan oleh MIC untuk kepentingan politik Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Jika MIC satu parti yang benar-benar  telah memperjuangankan hak orang-orang India, kenapakah sebahagian besar dari kalangan mereka itu hidup dengan penuh penderitaan?  Jika MIC  masih mahu  dipandang relevan, perlu mendedahkan atau membuktikan semua usaha-usaha yang diambil olehnya untuk memajukan kaum India dari segi sosio-ekonomi selama ini.

 Ini tidak bermaksud MIC tidak berbuat apa-apa kebaikan kepada kaum India. Baru-baru ini MIC memberi RM20 kepada pengundi-pengundi  India untuk mendapatkan sokongan mereka. Ini merupakan satu pencapaian  yang perlu dibanggakan oleh pemimpin-pemimpin MIC yang memperjuangakan hak bangsa India. RM20 akan mengubah status sosio-ekonomi kaum India untuk 3 generasi akan datang?
Secara kesimpulan, MIC harus mengaku kelemahan mereka dan turun daripada pentas politik yang telah memundurkan kaum India selama ini. Mereka tidak sepatutnya tamak dan gila kuasa sehingga nasib kaum  India digadai  untuk selama-lamanya.

Menteri Wanita MCA tunjuk ajar isteri PM?


Tak kira apa niat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bertudung pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Masyarakat Daerah Raub, Pahang. Namun seharusnya dipuji beliau lebih menghormati orang Islam menunaikan ibadat di bulan Ramadhan. Tetapi isteri Najib bagaimana yang sering dilihat tidak bertudung ataupun tak sempurna menutup aurat meskipun berada di majlis sambutan perayaan Islam. 
 

Sepatutnya Najib Tun Razak patut malu kerana membiarkan Rosmah Mansur berpakaian yang tidak melambangkan kepimpinan Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek sempena hari lahir beliau yang ke-59 pada 23 Julai lepas ketika hadir pada majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Daerah Raub di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.-Bernama

Pesalah trafik bingung RM100 atau RM300..!!


SAYA terpanggil untuk berkongsi pengalaman ketika membayar saman polis baru-baru ini. Pada pukul 1.30 petang (Sabtu 28 Julai 2012), saya memandu dari Jalan Duta ke arah Kuala Lumpur melalui Bulatan Segambut. Disebabkan ingin mengejar masa, saya cuba memotong lori itu yang pada ketika itu berada di garisan berkembar.
Kebetulan polis trafik berada di hadapan menahan saya.

Setelah memberikan butir-butir diri dan anggota polis trafik itu telah menyerahkan surat saman kepada saya. Dia menasihatkan saya untuk membayar saman dalam tempoh kurang 14 hari dari tarikh disaman dan saman hanya dikenakan sebanyak RM100 di mana-mana cawangan trafik.

Apabila mendengar perkara itu saya tidak teragak-agak untuk membayar pada hari ini (Isnin 30 Julai) di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Gombak.

Ketika sampai di kaunter pembayaran saman dan menyerahkan surat saman itu, saya terkejut apabila diberitahu bahawa saya terpaksa membayar sebanyak RM300 dan saman itu tidak boleh dirayu di mana-mana cawangan walaupun di Bukit Aman.

Staff itu melayan saya dengan acuh tidak acuh walaupun saya menyatakan anggota polis trafik yang menyaman saya berkata saya boleh bayar sebanyak RM100. Jawapan yang diberikan "tak tahu", "terpulanglah nak bayar ke tak" amatlah dikesali.

Disebabkan saya tidak cukup masa kerana hendak ke tempat kerja saya terus membayar saman itu. Ketika meninggalkan pekarangan balai polis itu ada beberapa persoalan yang bermain di minda saya:

* Di mana hilangnya Slogan Mesra, Cekap dan amanah yang diamalkan oleh anggota polis?

* Kenapa ada perbezaan maklumat yang diberikan oleh anggota polis trafik dan di kaunter pembayaran?

* Saya sanggup membayar RM300 saman itu kalau diberitahu oleh anggota polis trafik yang menyaman saya bahawa saman itu tidak boleh dikurangkan, kerana saya faham dan akui kesalahan saya

* Adakah saya perlu menyimpan saman itu sampai berkepuk dan tunggu sehingga polis memberikan diskaun baru saya hendak bayar seperti sikap sesetengah masyarakat kita?

Himpunan Hijau Badar Qubra: Momentum PAS Perak



Himpunan Hijau ke 2 akan diadakan sempena Sambutan Badr Al Kubra PAS
Negeri Perak yang akan diadakan di Kg. Bahagia, Teluk Intan pada 05
Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan, jelas Dr Muhaimin Sulam, Pengarah
Program Himpunan Hijau Badar al Qubra yang juga merupakan Setausaha
Badan Perhubungan PAS Perak.

Beliau menyatakan tarikh tersebut dipilih sempena malam nuzul Quran
dan keesokannya pula tarikh berlakunya Perang Badar.

Timbalan Presiden PAS , Tuan Haji Mohamad Sabu juga akan
turun dalam program tersebut. Program ini lebih bersifat menyuntik
inspirasi dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS mencapai
kemenangan ke Putrajaya. PAS Perak menjangkakan ribuan orang
yang akan hadir ke program tersebut.
Pada program tersebut juga beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan akan
membuat penyerahan borang menyertai PAS di hadapan Timbalan Presdien PAS
dan orang ramai.

Program bermula dengan ibadah buka puasa bersama, diikuti solat fardhu
Maghrib, Isya' dan Solat Sunat Tarawih.

Di sebelah malamnya ceramah Badar Kubra akan diadakan yang akan
menampilkan Dato' Seri Presiden PAS , Dato' Seri Ir Hj Mohamad Nizar
Jamaluddin dan Ustaz Abu Bakar Hussian selaku Pesuruhjaya PAS Perak.

Setiap tahun PAS Perak malahan PAS Pusat menganjurkan majlis
memperingati peristiwa Perang Badar al Qubra dengan tujuan mengambil
semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghadapi musuh Islamyang kuantitinya lebih ramai. Pemilihan Teluk Intan sebagai tuan rumah
sambutan ini dijangka dapat memobilisasikan gerakan rakyat ke arah
perubahan menjelang PRU 13.