Sunday, February 28, 2010

Inilah Anak Pemimpin Islam Negara kita..TPM Muhyiddin Yassin.

Fuhh..Inilah Najwa Muhyiddin,anak perempuan kepada TPM yang akan menjadi penyanyi dan merakamkan albumnya tidak lama lagi (klik),Beginilah lagaknya pimpinan Umno umpama "Paku Dulang,Paku Serpih..." dimana ayahnya yang sering menghentam Pas dan Pakatan Rakyat tidak islamik dan menuduh Pas hanya menggunakan islam untuk kepentingan politik.

Barang diingat..tidak adapun lagi seorang anak pimpinan Pas seperti anak Muhyiddin ini,sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh pimpinan Pas mengenai islam selama ini memang benar-benar mereka realisasikan dalam kehidupan dan keluarga.

Berbanding dengan pimpinan Umno,yang sering kali melaung syiar-syiar islam tetapi dalam masa yang sama mereka menjadi hipokrit dengan lagak kehidupan dan keluarga yang langsung tidak mencerminkan kehidupan seorang pimpinan Islam.Ingatlah pesan Rasulullah "Kamu akan bersama-sama pemimpin yang kamu kasihi diakhirat kelak."...Sendiri Mau Ingat ma....

7 komen:

Anonymous said...
Bolih la dia buat rakaman walaupun suara tak sedap kerana bapak dia loaded..... kalau album tak laku pun apa ada hal....... Biasa la bang oiiiii...... yang lain tu biasa la...sedap ke ...tak laku ke janji rakam anak TPM .....janji duit dapat......
Celoreng said...
Macam ni baru ada kemajuan..baru dinamakan anak pimpinan SEKULARRRRRR...Anak orang Pas kolot..tutup aurat,ngaji agama.
AzamDean said...
Duit rakyat jadi gaji bapak dia.. Haji bapak dia..hantar dia pergi kolej... habis kolej..buat album buat konsert.. buat konsert..dapat duit... banyak tol income keluarga kerabat kerajaan ni ye... KITA UNDI>>DIA DAPAT GAJI!!! KITA DAPAT APA!!!!!! TARAF HIDUP...HDI memang naik..tapi rasa seksa tetap ada..
Bujang Senang said...
WAH...CUN JUGAK TU DAH ADE YANG PUNYE KE? LEPAS NI BOLEH LA SONDOL-SONDOLAN KAN?
Anonymous said...
cun apa! muka sebijik macam bapak dia daa!!
luar kotak said...
sebijik macam mat sembab rambut panjang..
Anonymous said...
sembab???? fuh!!!..............

Hikayat terakhir Khairy dalam Umno


KATA pepatah Melayu, 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang'. Dalam pepatah Melayu moden, ayat itu diubah sesuai dengan ungkapan 'jika tiada beruk, masakan pokok bergoncang'.

Dalam terjemahan lain pepatah ini disebut sebagai 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok.'

Pepatah moden ini dipinjam dari seorang tokoh politik muda, sewaktu beliau berkuasa satu ketika dahulu. Ayat ini ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang amat lantang mengkritik kepimpinan PM waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ayat 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok ini', merujuk kepada gangguan terhadap seseorang pemimpin atau sesebuah organisasi. Orang yang menggugat kestabilan seseorang atau sesebuah organisasi, dilabel dengan gelaran beruk.

Istilah beruk dalam politik Malaysia bukannya baru. Ia sudah lama diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang pernah menerbitkan cerpen satira politik bertajuk Maharaja Beruk oleh Yahaya Ismail.

Kepada siapa gelaran beruk itu dirujuk, atau mengapa beruk dijadikan modal politik bukan persoalan yang hendak dibahaskan sekarang.

Persoalan yang hendak dilontarkan penulis, dengan meminjam pepatah Melayu moden, 'beruk-beruk manakah' yang menggoncangkan pokok pemuda Umno, sehinga kedudukan ketua nya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bergoyang?

Bukan goyang sikit-sikit, tetapi bergoyang macam dipukul ribut, sehingga ada desas desus mengatakan, di kalangan exco pemuda Umno mahukan Khairy meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda, kerana didakwa tidak efektif.

Pemuda Umno menunjukkan 'jalan keluar' kepada Khairy, bukan semata-mata kerana beliau tidak efektif. Soal efektif atau efisyen seseorang dalam menjalankan tugas, tidak penting dalam Umno.

Untuk mengelak persepsi negatif terhadapnya, Khairy membuat kenyataan politik, menafikan wujudnya masalah dalam pemuda Umno.

Namun, pergeseran dengan beberapa orang exco pemuda, khususnya Hishamuddin Yahya, jelas menunjukkan beliau tidak mendapat kepercayaan dari kalangan exconya sendiri.

Lebih parah lagi mereka dikatakan memberikan tekanan hebat, dengan mendesak Khairy meletakkan jawatan ketua pemuda.

Khairy seharusnya memahami, mengapa Umno sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi. Hakikat ini memang wujud. Bukan kerana Khairy dikecam anggota exconya. Indikator yang paling besar bahawa Umno tidak mengkehendaki beliau ialah, apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, tidak melantiknya ke sebarang jawatan dalam kerajaan.

Sebelum ini ada laporan mengatakan, Khairy tidak diberikan jawatan, kerana Najib mahu beliau menumpukan tugas mempertingkatkan sokongan golongan muda terhadap Umno.

Ini semua alasan politik semata-mata. Sengaja hendak mencari 'excuse' untuk tidak menjatuhkan 'air muka' Khairy dan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib sudah menunjukkan pendiriannya dengan jelas. Dalam pertemuan pemuda Umno di Putrajaya, 18 Februari lepas. Najib enggan memberikan komitmen untuk melantik Khairy dalam kabinetnya, walaupun ada suara yang mahu beliau diberikan jawatan.

Khairy seharusnya memahami mengapa Najib enggan melantik beliau. Pertamanya, sudah tentu pelantikan Khairy akan dibidas Dr Mahathir. Semua orang tahu Mahathir memang betul-betul anti dengan Khairy. Najib tidak berani lantik Khairy kerana takut diserang Mahathir.

Faktor kedua, barangkali ada kebenarannya cakap-cakap dalam Umno, wujud kerenggangan antara Abdullah dengan Najib dahulu, antaranya berpunca daripada Khairy, dan perkara ini mendorong ramai kalangan penyokong Najib tidak menerima kehadiran Khairy.

Najib sudah menunjukkan sikapnya dengan jelas terhadap Khairy, sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai PM ke-6, beliau menamakan Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri.

Lebih jelas lagi apabila beliau melantik Dato' Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan ketua pemuda Umno, sebagai Timbalan Menteri juga.

Khairy tidak dilantik apa-apa jawatan. Nasib Khairy sama dengan nasib Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan ketua pemuda Umno pada tahun 1993 yang lalu.

Zahid tidak dilantik sebarang jawatan kerana beliau dikenali sebagai 'budak Anwar' (bekas TPM, Dato' Seri Anwar Ibrahim) yang dikatakan banyak mengkritik PM Mahathir ketika itu. Zahid tidak dilantik kerana tidak disenangi Mahathir.

Jadi dalam kes Khairy ini, apakah tidak mungkin, Najib enggan melantik Khairy dalam kabinetnya, kerana Najib tidak menyenangi Khairy? Khairy bukan setakat budak, malah menantu kepada bekas PM, Abdullah.

Soalnya, kita tidak harus lupakan sejarah politik Umno pada tahun 1998, iaitu, wujud persepsi di kalangan penyokong Najib, bahawa yang sebenarnya layak menjadi TPM selepas Anwar disingkirkan ialah Najib, kerana Najib adalah Naib Presiden Umno yang memenangi undi paling tinggi dalam pemilihan Umno.

Mereka beranggapan tindakan Mahathir melantik Abdullah, sudah melambatkan peluang Najib menjadi PM, sejak Mahathir meletakkan jawatan pada bulan November 2003 hingga April 2009.

Perkara ini diakui Mahathir sendiri. Acapkali beliau menyatakan kekesalannya melantik Abdullah menjadi PM. Kebencian Mahathir dan termasuk puak Najib, terhadap Abdullah ketika itu disekalikan dengan kebencian terhadap Khairy.

Bukan soal Khairy tidak layak menjadi ketua pemuda atau anggota kabinet. Soal yang besarnya ialah, Khairy memulakan karier politiknya dengan cara yang tidak disenangi oleh orang-orang Umno.

Apabila wujud bad background ini, laluan Khairy untuk melonjak dalam politik Umno tidak akan mudah. Khairy melalui keadaan yang amat sukar sebenarnya.

Masalahnya Khairy dilihat begitu 'arrogant' sejak bapa mertuanya menjadi TPM dan PM ke-5.

Barangkali sifat Khairy tidak begitu, tetapi kedudukannya yang dekat dengan tampuk kekuasaan, menjadikan persepsi orang Umno terhadapnya, sedemikian rupa.

Menjadi lebih bermasalah kepada Khairy, bukan sekadar puak-puak dalam Umno ini tidak menyukai Abdullah dan beliau sahaja. Malah, segala anak beranak, rakan taulan dan kroni-kroninya, semua sekali hendak 'dibakul sampahkan'.

Orang Umno sendiri yang membangkitkan betapa kemarahan mereka terhadap abang ipar Khairy, Dato' Kamaludin Abdullah, kroni-kroni di New Straits Times seperti Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Brendan Pereira. Turut dikaitkan ialah Dato' Patrick Lim atau Patrick Badawi.

Dari sudut sektor korporat, sebelum kejatuhan Abdullah, Khairy dan kroni dikaitkan dengan syarikat Scomi, ECM-Libra, Equine Capital dan juga penganjur pertandingan Monsoon Cup.

Itu belum masuk isu politik. Bagaimana 'geramnya' orang-orang Umno yang anti Khairy, terhadap langkah-langkah politik Khairy sebelum menang jawatan ketua pemuda. Malah semasa menjadi naib ketua, Khairy di'boo' beberapa kali dalam perhimpunan agung umno.

Jika hendak disenaraikan terlalu banyak tuduhan orang Umno terhadap Khairy. Terlalu banyak alasan untuk mereka tidak menerima Khairy dalam Umno lagi.

Penulis tidak berhasrat untuk mengkritik Khairy, tetapi fakta-fakta yang dipaparkan ini, atau yang dikatakan bad background inilah sebenarnya, yang mendorong exco pemuda Umno, berani mendesaknya meletakkan jawatan.

Bad background inilah sebenarnya yang bakal mempercepatkan kejatuhan Khairy dan susur galur politiknya tercatat dalam hikayat Melayu moden.

Untuk menyimpulkan kedudukan politik Khairy, penulis memetik perbualan telefon dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

"Hai, Rashidi, apa khabar," ujar Guan Eng menelefon penulis.

"Hai CM (Chief Minister), saya ok," balas penulis.

"Saya nak beritahu you, saya tengah bengang sekarang ini," katanya.

"You bengang dengan siapa pulak, Utusan (Utusan Malaysia) lagi ke?" soal penulis.

"Bukan, bukan. Itu Utusan satu hal, sekarang saya bengang dengan Khairy. Saya mahu bagi penjelasan pada dia pasal isu Maulid. Dia ada cakap dia mahu penjelasan. Jadi saya call dia. Tapi saya call dia beberapa kali, dia tidak jawab. Lepas itu saya guna satu saluran untuk reach (dapatkan) dia. Itu orang cakap, dia sudah beritahu, dia cakap Khairy tahu saya call, nanti dia akan call balik. Tapi sampai sekarang dia tiada call," ujar Guan Eng panjang lebar.

"Tak payah call dia lah, dia mesti tak mahu cakap dengan you punya," kata penulis.

"Ya lah, saya ingat pun dia tak berani mahu cakap dengan saya. Saya hanya mahu bagi penjelasan saja. Saya mahu dia faham ini semua fitnah," katanya.

"Haiya, kalau itu macam penatlah kerja CM, semua orang hantam you mahu kasi call, biarlah dia," usik penulis.

"Haiya, saya pun hairanlah, apa ini ketua pemuda. Saya ingat dia 'miskin' la. Tak faham kerja kerajaan. Ini pasal (kerana) dia belum jadi Menteri, Timbalan Menteri. Apa ini Oxford (Universiti Oxford) punya orang, saya ingat dia profesional, tapi tak profesional, " rungut Guan Eng.

"Tak apalah CM, nanti dia senang-senang dia call you lah. Orang politik selalu itu macam," balas penulis.

"Ha, ha, ha," kami sama-sama ketawa.

Apa pun Khairy harus sedar bahawa sudah tiada tempatnya dalam Umno. Lambat laun, beliau terpaksa keluar juga, sama ada secara paksa atau dikalahkan dengan cara yang amat memalukan dalam perhimpunan agung Umno akan datang.

Keranda politiknya sedang dipersiapkan oleh golongan penentang, hanya menunggu ketukan paku terakhir sahaja.;-Mohd Rashidi Hassan

lagi buku Zunar dirampas Polis

Polis yang begitu 'taksub' dengan karya kartunis satira Zunar atau lebih dikenali sebagai Zulkiflee Anwar Haque, sekali lagi merampas sejumlah buku karya terbarunya minggu lalu.

Zulkiflee berkata beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas.


“Saya mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth, " katanya.

Beliau berkata operasi itu diketuai Cif Insp Mohd Noor Azlan Mansor daripada balai polis Seberang Perai. Pulau Pinang. Malaysiakini masih belum berjaya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

Buku berjudul 'Isu dalam Kartun' itu merupakan kompilasi karya daripada pelbaagi artis, menyentuh isu-su semasa seperti kes kehilangan enjin jet pejuang, kontroversi penggunan kalimah Allah dan juga pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Kulit buku tersebut menarik perhatian pembaca kepada dua karya di dalamnya yang bertajuk 'Sumpah di Bumi Komisen' dan 'Dari PD ke Mongoria' yang ditujukan sinis kepada pemimpin tertinggi negara.

Karya Zulkiflee sebelum ini - '1 Funny Malaysia' dan majalah 'Gedung Kartun' juga dirampas kementerian dalam negeri.

3000 EKAR TANAH KG NUKAHAN KOTA KLIAS 4 PEMIM...

 
INIlah gambar papan tanda ladang yang dimaksudkan di kampung Nukahan yang sepatutnya tanah seluas 3000 ribu ekar itu diserahkan kepada orang kampung bukan 4 pemimpin politik UMNO ambil dan jual ke Cina Sarawak. Orang kampung melihat dengan putih mata.

Tanah seluas 3,000 ekar yang letaknya di kg. Nukahan dekat Kota Klias dalam daerah Beaufort dipohon atas nama Imej Sendirian Berhad dan pemiliknya 4 orang pemimpin politik UMNO dan ditanam kelapa sawit.

Semasa usaha memberih dan menanam/ramailah orang kampung berkerja di ladang kelapa sawit milik pemimpin UMNO itu dan bagus jugalah meski tanah itu sepatutnya hak orang kampung, tetapi akibat rakus pemimpin UMNO yang mengambil.

Dan yang paling sedih, rupanya 4 pemimpin UMNO itu ada niat lain dan kemudian setelah 3 tahun dan ladang itu dijual kepada tauke Sarawak dengan harga RM8 juta ringgit dan yang paling sedih lagi pekerja yang tadinya orang kampung diberhentikan dan orang asing pula yang berkerja di sana.

Lalu kenapa saja 4 pemimpin UMNO itu melakukan perkara semacam ini? Orang kampung di kampong berkenaan hanya melihat dengan putih mata hasil kelapa sawit. Siapa yang harus disalahkan?

Dan nantinya saya akan ceritakan bagaimana tanah yang sama keluasannya di kawasan batu 60 di Beaufort juga dirampas dan diambil oleh pemimpin UMNO/tunggu akan saya ceritakan di Facebook ini agar rakyat tahu apa yang berlaku sebenarnya di sekitar kita ini.

--
Posted By Luna and Thatguy to Dunia Berwarna Luna Version 2 at 2/27/2010 07:38:00 AM

Dr. Mujahid Cabar Zahrain Letak Jawatan...

keratan akhbar Sinar Harian hari ini 27hb Februari 2010.
GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mencabar Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim meletak jawatan wakil rakyat akibat sikapnya yang kontroversi dan 'menikam' kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang.

Dr Mujahid yang juga Yang Dipertua Pas (YDP) kawasan Bayan Baru berkata, Zahrain tidak wajar lagi untuk terus memegang jawatan itu kerana kemenangannya pada pilihan raya lalu adalah sebagai wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen PR.

:"Apabila beliau menikam kita dari belakang, Zahrain sepatutnya mengambil tindakan yang lebih bermaruah iaitu meletak jawatan wakil rakyat. Beliau patut sedar, beliau menang atas tiket pakatan dan jika sudah tidak lagi sealiran dengan pakatan, buat apa tunggu lagi?" katanya.

Dr Mujahid berkata, ahli Pas kawasan Bayan Baru memandang berat tindakan Ahli Parlimen berkenaan dan tidak menyokong jika beliau masih mahu terus menjadi wakil rakyat kawasan itu.

"Beliau banyak melukakan hati kita di sini. Tidak sepatutnya lagi dia tunggu jika dia sudah tidak suka kepada kita," katanya.

Menurutnya, Zahrain sejak awal lagi tidak sewajarnya membuat kenyataan yang boleh menjejaskan PR.

:"Tindakannya melambangkan sikap yang tidak sihat serta ia membuka ruang kepada UMNO ataupun Barisan Nasioanl (BN) menyerang PR. Sekurang-kurangnya dia perlu hormat dan ingat bahawa dia menang pilihan raya atas tiket dan sokongan kita.

"Kalau tidak suka, jangan sampai tidak hormat dan sikap seperti itu juga menjejaskan penghormatan orang lain terhadap dirinya," katanya.

Dr Mujahid berkata, Zahrain ternyata emosi apabila 'meletupkan' isu ketidakpuasan hatinya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng di hadapan media sedangkan beliau sepatutnya menggunakan saluran parti untuk berbincang secara terbuka.

"Beliau pernah ada jawatan, mengapa tidak guna saluran parti? Ini menunjukkan Zahrain seorang pemimpin yang tidak berprinsip dan mempunyai kepentingan untuk menyembunyikan sesuatu iaitu daripada tindakan itu," katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, ahli Pas kawasan Bayan Baru menuntut Zahrain memohon maaf kepada seluruh pengundi yang memberi undi kepadanya atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu kerana beliau telah mengkhianti kepercayaan mereka.

"Selain itu, Zahrain juga digesa untuk menarik balik kenyataan beliau terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai 'diktator', 'cauvinis' dan 'berfikiran komunis', ia merupakan fitnah terhadap kepimpinan Guan Eng yang mengetuai PR, bukan semata-mata DAP.

"Seterusnya, saya bagi Pihak Pas kawasan Bayan Baru mencabar Zahrain mengemukakan fakta dan bukti atas dakwaannya itu. Jika gagal, beliau dianggap menipu atau memfitnah,"katanya.
- Paku Seqepih

Fairus al moron dah join umngok.....

Fairus keluar PKR masuk UMNO - Utusan Rasis
28/02/2010 10:46pm

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai UMNO. - Utusan Rasis

Agendadaily melaporkan..

"Antara sebab yang diberikannya ialah kesal dengan pendirian PKR berhubung isu pengunaan kalimah Allah serta hilang kepercayaan pada pimpinan PKR dalam memperjuangkan nasib Melayu dan agama".-28/2/ 2010


PKR's Fairus joins Umno -Malaysian Insider

Fairus had submitted his forms to Umno two weeks after the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) cleared him and seven other high-profile politicians for graft.
-sebahagian petikan dr MalaysianInsider

Surat terbuka : RINTIHAN DARI BUKIT AMAN


KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
RINTIHAN DARI BUKIT AMAN
Assalamualaikum. ....
Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari pihak atasan dan saya tidak dapat lagi membendung perasaan marah.
Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang manusia, berbangsa Melayu dan berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.
Di dalam pasukan, kami dilatih untuk memenuhi setiap arahan ketua. Tak kira penat, siang ataupun malam. Dan di dalam situasi saya ini, saya menerima arahan dari ketua saya iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah dapat kami pertikaikan walau di dalam mesyuarat (samalah kelakuannya seperti Dr. Mahathir) kerana di dalam Pasukan Polis keadaannya sama seperti di dalam kabinet yang sudah banyak kaki ampu, bodek dan dungu.
Di dalam kes Anwar dan Mahathir, sebenarnya KPN juga terbabit secara langsung. Ketakutan KPN kepada Anwar jelas tersebut di dalam mesyuarat kami di Bukit Aman baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada di dalam pengetahuan saya. Semua projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah RM 3.5 juta yang telah Daim Zainuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr. Mahathir juga telah kami ketahui. KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr.Mahathir lakukan pada dirinya. Tetapi bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang yang sentiasa membuka mulut jika disuap.






Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu dengannya dan mengugut untuk membocorkan tembelang KPN supaya diambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau berkompromi dengannya untuk menjatuhkan Anwar.
TETAPI saya amat terkejut apabila mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulannya ganas dan membahayakan kemakmuran. Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakannya serta 125 orang penyokongnya telahpun kami tahan.

KPN juga mengarahkan kami untuk mengambil darah dari penagih dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif. Kami terpaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati.



Pada mulanya saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tapi setelah terdengar katanya dari Dr Mahathir dan KPN " Rahim, have you done your job? Or should I ask somebody else to do it?". Tan Sri Rahim menjawab, " Do not worry Dato’ Seri, I’ll ask......... ......... ......... ..(nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya) to finish him". Dr Mahathir berkata lagi, "Can we trust him?". KPN menjawab "Then we kill him like that goat". (Mereka menggelarkan Anwar sebagai kambing).
Tahukah tuan-tuan semua, apakah tugas Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN telah menyerahkan tugas itu kepada saya......?
SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.
KEJI ! Sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya berterus terang kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak membocorkan rahsia ini dan akan menerima nasib seperti Dato’ Nalla. Saya faham ugutan ini kerana kami memang kadang kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata) ke dalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan mendakwa orang itu.
SEBENARNYA PELURU, PISTOL DAN DOKUMEN KERAJAAN YANG BERADA DI RUMAH DATO’ NALLA ADALAH KEPUNYAAN PIHAK POLIS. ANWAR SENGAJA DIPERANGKAP !! Saya berani bersumpah kerana orang bawahan saya mengaku telah diberi tugas oleh KPN untuk melakukannya bagi menuduh Anwar Ibrahim belot kepada negara.
2 orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN telah memberi dua pilihan kepada mereka sama ada menghadapi ISA atau hukuman gantung sampai mati atau menerima RM 520,000 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini terjadi kepada diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pulak tuan ?
Tuan-tuan semua, jangan berasa hairan jika media melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami di Bukit Aman ialah untuk memasukkan kuman HIV ke tubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh diri kerana malu.
Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang Melayu dan saya tidak boleh bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini ..... maka bersama surat ini saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota polis.
Pasukan Polis di Bukit Aman juga telah berpecah kepada 2. Iaitu yang bersetuju kuman AIDS disuntik ke tubuh Anwar dan yang satu golongan lagi masih berugama.
Saya merayu kepada semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan AIDS........ . Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi Tentera atau Polis yang bodoh seperti "Algeria dan Turki".

http://www.youtube. com/watch? v=COm3D6FDmwY



sumber dari sini

Kelantan Tiada Peluang Pekerjaan..?

Kelantan tidak harus menjadi negeri yang berterusan 'mengeksport' rakyatnya ke negeri-negeri lain untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, ekonomi negeri perlu dijanakan dengan pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan untuk membuka peluang pekerjaan.
Kisah pendek dan ringkas...

Kisah 1 (Aku@Topeng Perak Unmasked)

Aku lahir di Kota Bharu, Kelantan hampir 35 tahun lepas, umur setahun, ikut Pak aku merantau ke Kolumpo. sekolah di Serdang, Selangor sampai tingkatan 3 lepas tu masuk Vokasional Tanah Merah, Kelantan (form 4 sampai form 5).

Pendek kata, aku tak pernah duduk Kelantan sebelum ni kecuali masa aku sekolah Vokasional.

Habis sekolah, kerja merata tempat di Malaysia dari Utara sampai Selatan. tahun lepas aku balik semula ke Kota Bharu, Kelantan (akhir bulan 11) dan mula kerja dekat Kelantan sampai sekarang. sape cakap Kelantan tak de peluang pekerjaan..?

Kisah 2 (Aduka Taruna)

Aku tak tau mamat ni lahir tahun berapa. yang aku tau, dari kecik sampai besar panjang, mamat ni duduk dengan Mak dengan Pak dia sampai besar panjang, sampai dah menikah - Negeri Sembilan la...

Awal tahun hari tu mamat ni buat hal, kecoh 1Malaysia... (malas nak cerita panjang), tamat bab 1 hal kecoh 1malaysia, mamat Aduka Taruna ni ambik keputusan - pindah kampung bini dia di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Aduka Taruna tinggalkan Kampung Laman dia (Negeri Sembilan), tinggalkan bisnes kecik-kecilan dia dekat Negeri Sembilan.

Tak sampai seminggu Aduka Taruna pindah ke Kelantan, dah dapat kerja pun dekat sini. bini dia pun sama jugak. dah dapat kerja padahal tak sampai pun seminggu duduk Kelantan.

Sape cakap tak de peluang pekerjaan dekat Kelantan..?

UMNO..? UMNO tu BANGANG... sape percaya... lagiiiiiiiii la BANGANG... orang UMNO dah la pemalas nak cari kerja, nak kerja pulak memilih, BANGANG pulak tu..!

Royalti Minyak Kelantan: 2 ADUN BN Sertai Taklimat Khas

Majlis Taklimat Tuntutan Royalti Petroleum ADUN-ADUN dan juga Ahli Parlimen Negeri Kelantan di Bilik Gerakan Negeri yang telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan petang tadi berjalan dengan lancar.

Kehadiran 2 orang ADUN UMNO/Barisan Nasional iaitu ADUN Nenggiri, YB Mat Yusoff bin Abd Ghani dan juga ADUN Paloh, Datuk Norzula Mat Diah turut dipuji ADUN-ADUN, Ahli Parlimen-Ahli Parlimen dan tetamu Kerajaan Negeri Kelantan yang hadir kerana berani memenuhi jemputan dan juga berani tampil bagi mendapatkan maklumat dari ke 2-2 belah pihak dalam isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Majlis Taklimat dimulakan lebih kurang jam 2:40 petang. antara yang memberikan Taklimat kepada semua yang hadir ialah YB Tan Sri Abd. Aziz bin Abd. Rahman (Antara yang terlibat dalam menggubal Akta PDA), YB Tuan Nik Saghir bin Nik Ismail (Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas), YB Tuan Tommy Thomas (Peguam) dan YB Dato' Haji Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan)

Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, YB Tuan Nik Syaghir Nik Mohd Nor (gambar bawah) dalam taklimatnya melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas Royalti Minyak.
Beliau menganggap pemimpin-pemimpin terbabit telah mentafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Akta tersebut telah menyebut dengan jelas perkataan On-Shore iaitu daratan sehingga 3 batu nautika (diukur pada paras surut air laut) dan Off-Shore (perairan negeri/laut lepas).

"Saya merasa amat hairan mengapa mereka-mereka ini termasuk yang bergelar Professor di Universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut. saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat, sedangkan pada tahun 1975, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir telah menandatangani 1 perjanjian memberi hak kepada Petronas untuk kerja-kerja carigali minyak di kawasan On-shore dan juga Off-Shore", katanya dalam taklimatnya.

Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar berkenaan dengan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan adalah semata-mata untuk menegakkan kebenaran setelah ada pihak yang bertindak mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu, sebelum PDA digubal dan ditandatangani, Kerajaan Sabah dan Sarawak sudah pun menandatangani perjanjian dengan Shell.

Ketika itu, Shell dikehendaki membayar Royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 8 hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi carigali dengan pantai.

"Mengambil kira perkara tersebut, saya yang pada ketika itu dipertanggungjawab untuk merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan bahawa Petronas perlu membayar 10% Royalti dari setiap hasil carigali yang diperolehi dimana-mana negeri dan ianya perlu dibahagi 2 dari 10% tersebut, 5% kepada pusat dan 5% lagi kepada negeri.

"Saya masih ingat lagi kata-kata Tun Razak apabila saya mengajukan soalan - "adakah apa-apa perbezaan dalam perjanjian antara negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang mahu digubal dan ditandatangani?

Kata Tun Razak - "Kita tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA, tidak ada perbezaan antara mana-mana negeri. kesemua negeri mempunyai hak yang sama".

Itu kata Tun Razak berkenaan dengan keistimewaan di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan sejak dari awal lagi seperti digambarkan pihak tertentu", ujarnya.
Bekas Peguam Kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (gambar atas) pula menegaskan bahawa pembayaran Royalti kepada Negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diwar-warkan pemimpin yang mewakili Kerajaan Pusat sekarang.

Pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan kepada istilah On-shore (daratan) dan Off-Shore (perairan) serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.

"Kalau ada pendapat menyebut Royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah. Kerajaan pusat, Negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5% tidak kira dilokasi mana carigali dilakukan.

Tidak benar sama sekali ada perbezaan Royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri di Semenanjung dalam soal ini", ujarnya.

Peguam Kerajaan Negeri Kelantan, Thomas pula menjelaskan biar pun isu Royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan dan tidak timbul isu "subjudice".

Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan kerana sistem kehakiman di Malaysia tidak mengamalkan sistem "Juri", apabila mahkamah tidak mengamalkan sistem "juri", maka tidak akan timbul isu "subjudis".

"Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar, begitu juga dengan isu perbicaraan kes DSAI, semua pihak bebas bercakap dan melaporkan didalam mana-mana media, mana ada subjudice?" ujarnya.
Sementara itu EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa pula berkata, Kelantan akan menggunakan rundingan bagi menuntut Royalti manakala mahkamah merupakan jalan terakhir sekiranya semua rundingan tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun, kita akan mendapatkan pandangan semua ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen-Ahli Parlimen Negeri Kelantan dahulu sebelum kita membuat apa-apa keputusan dan tindakan.

"Ini urusan besar, Negeri ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebenarnya kuasa memberi hak kepada Petronas adalah DUN dan bukannya kuasa Kerajaan Negeri.

Mengikut Perlembagaan Negara, kuasa ini adalah kuasa DUN sama ada mahu menerima pakai Akta Petroleum atau yang lain-lain. Oleh kerana itu, sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) memutuskan sesuatu perkara, ianya akan menjadi lebih kuat".

Semua wakil-wakil rakyat, Anggota Parlimen, Penyelia Dun dan Parlimen termasuk 2 ADUN UMNO/BN telah mengikuti taklimat khas petang tadi.

ADUN Paloh, YB Dato' Norzula duduk bersebelahan dengan YB Haji Abdul Fatah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan)
ADUN Nenggiri mengajukan soalan kepada Peguam Tommy Thomas berkenaan dengan Akta Darurat 1969

Sumber - :: Selamat Datang @husammusa.com