Monday, February 15, 2010

Kapal TAK BOLEH Selam Mabuk Fitnah Siswa Koma,

myMetro lapor pada 12hb. Februari, 2010:
Siswa langgar Adun stabi 
2010/02/12
 KLANG: Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang koma selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, 7 Februari lalu, kini stabil.

Bagaimanapun, Mohamad Bakri Mohd Bazli, 23, yang juga penuntut tahun akhir Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur itu masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan masih tidak sedarkan diri. Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika ditemui selepas melawat Mohamad Bakri, berkata beliau dimaklumkan doktor, keadaan mangsa bertambah baik dan doktor masih menunggu mangsa pulih sebelum membuat pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya.

“Pihak UiTM kini berusaha membawa ibu mangsa dari Kelantan dan berjanji akan memberi bantuan kepada ahli keluarganya. “Saya difahamkan, UiTM turut menyediakan rumah tamu di UiTM Shah Alam dan kenderaan untuk mereka berulang-alik dan semua perbelanjaan itu ditanggung pihak universiti,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau yang tiba kira-kira jam 11 pagi meluangkan masa hampir sejam melawat mangsa di ICU. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu, Mohamad Bakri yang menunggang motosikal berseorangan untuk membuat salinan kad pengenalan terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan/Persiaran Institut Seksyen 7 di sini, menyebabkan mangsa parah di kepala.
Sementara itu .: TVSelangor.com :. pula lapor begini:
ADUN Sekinchan Mahu Saman Laporan Palsu Portal Pro-Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memberi amaran kepada dua pengendali portal berita yang membuat berita bohong mengenai kejadian kemalangan Ahad lalu membabitkan seorang pelajar, supaya segera menghentikannya.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, dua portal yang condong kepada Umno-Barisan Nasional (BN) membuat berita palsu apabila menuduhnya mabuk dalam kemalangan itu.

Suee Lim menganggap penyiaran berita itu bertujuan memburukkan reputasinya sebagai ADUN dan cuba mempolitikkan kejadian berkenaan.
Malah, Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar dalam satu kenyataan media, turut mengeluarkan amaran terhadap kedua-dua portal itu supaya tidak membuat cerita palsu.
Kesal dengan laporan berkenaan, ADUN Sekinchan itu menyifatkan laporan kedua-dua portal itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui penyiaran laporan fitnah tanpa bukti.

"Saya beri amaran kepada portal terlibat supaya segera hentikan kerja-kerja ini. Kalau tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan saman kerana cuba memburuk-burukkan saya," katanya.

Polis sudah mengambil keterangan Suee Lim dan menunggu masa mengambil keterangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Mohamad Bakri Mohamad, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Kemalangan itu berlaku di satu persimpangan Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu.
Lapor pulak blogger UMNO:
ADUN SEKINCHAN CONFIRM MABUK KETIKA MELANGGAR BUDAK MELAYU! KENAPA SEMUA DIAM?

Wahai orang-orang kampung dan bandar, hari ini aku mahu menceritakan pasal seorang adun yang kuat mabuk dan baru-baru ini dia telah membuat satu kesalahan yang teramat besarlah adanaya! Ini pasal kes langgar lari oleh adun Sekinchan yang muka macam gangster bukit tu, sila baca di bawah ini:

ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.

Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.

Baiklah itu yang telah dipetik dari Selangor Daily.com, lepas tu kat bawah ni pulak ada lagi tentang kes yang yang sama tetapi kali ini dari forum MyKMU pulak:

Komen dari Forum Mykmu.net oleh seseorang yang menggunakan nama samaran Teh Tarik:
  • Kesian pelajar UiTM itu. Namanya Mohd Bakri, 20 tahun, khabarnya di dalam ICU Hospital Sultanah ...Klang.

    Kemalangan berlaku pada/selepas jam 2350, 7 Feb 2010. Ng Sue Lim bagi tau pihak akhbar bahawa kereta yang dipandunya terbabas, melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan. Pada ketika itu, Mohd bakri lalu dgn motosikalnya dan pelanggaran berlaku....

    Ng mengadakan majlis jamuan untuk wartawan2 media berbahasa Cina pada malam itu, dan meninggalkan tempat jamuan mulai jam 2300....Sumber: The China Press.Com.My

    Kalu ada jamuan makan malam (untuk orang2 Cina), hehehehehe, ada TAK minuman yang memabukkan?

    Sama2lah kita tunggu siasatan selanjutnya.

    Semoga mangsa berjaya diselamatkan. Mudah2an.
Sehingga hari ini kita masih belum mendengar komen dari Ketua Polis Trafik Selangor mahu pun Ketua Polis Negeri.
Komen aku - Kapal TAK BOLEH Selam apa cerita..? dah boleh menyelam ke belum..? kalau tak boleh menyelam lagi, aku cadangkan supaya Kerajaan Malaysia hantar Kapal TAK BOLEH Selam tu masuk kursus menyelam dekat Pulau Perhentian. sila hubungi Ijam (bekas penyanyi kumpulan rock Medicine untuk maklumat lanjut.

Blogger UMNO tak nak komen ke pasal kes Kapal TAK BOLEH Selam tu..? asyik dok lapor berita fitnah je tak habis-habis. ..

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!

--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 2/16/2010 10:14:00 AM

Rakyat pelbagai kaum kunjungi rumah Guan Eng

Rumah terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di laluan pejalan kaki Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi meriah dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum, berlangsung penuh harmoni dan warna warni.Tetamu terhormat Yang Dipertua negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas dan isterinya tiba sekitar jam 11.00 pagi disambut mesra oleh kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2, Dr Mansor Othman dan P. Ramasamy yang sedari awal berdiri sambil melayan tetamu yang tidak putus-putus menghulurkan tangan tanda semangat pada Tahun Harimau yang membawa maksud ketangkasan, licik, waja dan berketerampilan.
Selain Yang Dipertua negeri, turut kelihatan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf, Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Husain dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Guan Eng yang ditemani isterinya tidak putus-putus bersalaman dengan orang ramai tidak kira Cina, India mahupun Melayu manakala isterinya pula sibuk membahagikan buah limau tanda selamat kepada hadirin di pintu masuk ke medan majlis yang bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Walaupun beliau banyak tugasan selain sebagai Ketua Menteri juga sebagai Setiausaha Agung DAP, namun untuk kepentingan rakyat, beliau sanggup ketepi semua kesibukan semata-mata untuk bertemu rakyat.
Dua hari sebelum Tahun Baru Cina, beliau terlibat dengan pidato 'Tolak Fitnah' yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung, Bayan Baru dan semalam di Kampung Pelet, Penanti bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.
Dari raut wajahnya sebagai pemimpin yang prihatin dan penyayang, maka tidak hairanlah di rumah terbuka itu, beliau tidak lupa kepada kanak-kanak serta golongan OKU dan warga emas bangsa cina yang mendiami rumah kebajikan.
Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kali kedua setelah Pakatan Rakyat memerintah negeri ini diserikan persembahan penari di bawah pengendalian Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang mempamerkan tarian tiga bangsa serta tarian singa sebagai lambang perayaan.


--
Posted By zul mamak png to N37 Batu Maung at 2/14/2010 11:30:00 PM

Tinggalkan UMNO segera


Assalamualaikum

Kepada seluruh ahli dan penyokong UMNO yang dihormati...

Tidak ada niat di dalam hati ini mahu menunjuk pandai apatah lagi nak mengajar Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri sekelian.

Apa yang nak saya sampaikan di sini adalah semata-mata untuk menyatakan kebenaran demi kebaikan hidup kita bersama di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat yang kekal abadi. Sebagai Muslim, kita diwajibkan oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya. Dan kita semua tahu Al-Qur'an itu diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai satu panduan lengkap yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk politik, kenegaraan, hubungan antarabangsa, ekonomi dan segala-galanya.

Terus-terang, saya sendiri sebelum ini pun tidak pernah nak ambil tahu tentang politik. Malah sewaktu bertugas sebagai Guru dari tahun 1989 hingga 1995 di Sabah, saya sendiri tidak pernah ambil pusing hal ini. Juga tak pernah kisah sapa yang jadi PM ke atau parti mana yang memerintah.. . lantaklah. Apa yang penting hujung bulan dapat gaji, boleh bayar itu dan ini, kira oklah tu...

Diakui Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang saya kagumi. Waktu itu dia sebagai Timbalan Presiden UMNO dan TPM. Walau tidak pernah menjadi ahli UMNO namun bolehlah dikira saya ni penyokong jugalah. Almaklumlah. .. saya ni orang Johor. Negeri kelahiran UMNO. Sudah tentulah sejak dilahirkan, saya dibesarkan dalam lingkungan masyarakat Melayu UMNO di kampung saya. Dan saya masih ingat lagi, sewaktu masih berada di sekolah rendah, saya pernah mengoyakkan poster PAS yang ditampal di dinding sebuah kedai runcit kat kampung.

Kenapa saya bertindak begitu ? Sebab pengaruh dan suasana masyarakat kampung saya yang semuanya ahli UMNO piow. Dan saya sendiri pun tak pernah tahu apa itu UMNO dan sapa itu PAS. Hanya ikut orang saja. Iyalah, waktu itu masih kanak-kanak. Sunat pun belum... Pendek kata apa saja orang tua cakap, ikut ajelah... Kalau mereka suruh koyak poster PAS, saya koyaklah... Kalau mereka kata PAS sesat, saya percayalah bulat-bulat.

Benarlah kata kebanyakan orang, faktor persekitaran akan mempengaruhi fahaman dan gaya pemikiran kita. Jika kita dibesarkan dalam lingkungan keluarga dan masyarakat UMNO, maka kita akan jadi seperti mereka. Jika dalam kelompok ahli agama, maka kita juga akan jadi orang yang minat pada agama dan begitulah juga jika dibesarkan dalam lingkungan keluarga dan masyarakat PAS, maka kita akan jadi orang yang menyokong PAS.

Kenapa saya menyertai PAS ?

Bermula sewaktu saya menetap di Kedah pada tahun 1996. Di negeri Jelapang Padi inilah saya mula mengenali PAS serba-sedikit. Pernah sekali sewaktu saya dalam perjalanan pulang dari Lubuk Merbau menuju ke Jitra, setibanya saya di Pendang saya melihat beribu manusia sedang mendengar ceramah di satu kawasan lapang. Lalu kawan saya bagitau "Itu ceramah PAS dekat markaz depa. Yang sedang cakap tu Mat Sabu." Dan saya juga pernah dimaklumkan oleh sahabat tentang cerita sebenar peristiwa berdarah Memali.

Sejak itu, saya mula mencari maklumat tentang PAS dan apakah bezanya dengan UMNO. Saya juga ada membeli kaset bertajuk "Syirik dalam pemerintahan" . Membaca buku karangan Syed Hawa' yang bertajuk "20 Perkara Yang Merosakkan Aqidah" dan banyak lagi buku yang saya beli. Kesemuanya membincangkan tentang soal Akidah.

Akhirnya, dalam bulan Oktober 1997 saya secara rasmi mendaftar sebagai ahli PAS setelah saya yakini dengan sesungguhnya inilah jamaah/parti yang wajib saya dokong perjuangannya. Sejujurnya, tiada seorang pun di kalangan ahli PAs yang memujuk saya untuk menyertainya. Saya masuk PAS dengan kerelaan hati sendiri setelah faham akan matlamat dan dasar perjuangannya.

Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri,

Sejujurnya saya menyeru, tolonglah tinggalkan UMNO segera atas sebab berikut ;

1- UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular Kristian (memisahkan agama dengan politik). Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abd.Rahman.

Apakah kesannya kepada Aqidah kita ?

Selagi mana kita terus menjadi ahli atau menyokong UMNO, bermakna kita redha dengan fahaman sekular tersebut. Bila kita redha dengan sesuatu perkara yang sesat, maka kita turut menjadi sesat.

Fatwa Ulama' menjelaskan "Jalan mudah untuk menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik'.

2- Bila dasar dan fahaman UMNO itu sendiri dah sesat, bermakna pemimpinnya juga turut sama sesat. Bagaimana pula dengan kita yang menyokong pemimpin sebegini ?

Dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "

3- Kita semua mengucapkan kalimah syahadah yang bermaksud "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah".

Apakah hakikat sebenar persaksian kita yang memperakui "Tiada Tuhan Melainkan Allah" ? Maksudnya kita menyakini bahawa ;

- Hanya Allah sahaja Tuhan sekelian alam.

- Hanya Undang-Undang Allah yang wajib kita tegakkan.

- Hanya Islam agama yang Allah redha.

- Hanya hukum-hakam Allah yang kita patuhi.

- Hanya sistem Allah yang kita guna untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara serta segala-galanya.

Kita semua dah tahu bahawa sepanjang UMNO memerintah Malaysia, undang-undang yang digunapakai ialah undang-undang Lord Reid (sekular Kristian). Apabila kita terus menyokong UMNO, bermakna kita redha dan menyokong undang-undang sekular itu. Secara tidak langsung kita turut sama menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) yang wajib kita tegakkan. Akibatnya tanpa kita sedar Aqidah kita telah rosak kerana menafikan sifat Allah.

Seperkara lagi, kenapa kita boleh percaya cakap pemimpin UMNO yang mengatakan "Kita tak boleh laksanakan Hudud kerana masyarakat majmuk".

Saya nak tanya pada Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri, siapa yang ciptakan manusia yang berbilang kaum dan bahasa ini ?

4- Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menegaskan "Barangsiapa yang berjuang atas dasar Assobiyah (kebangsaan) , mereka bukan di kalangan kami". Maksudnya, Rasulullah sendiri tidak akan mengakui kita sebagai umatnya jika kita menyokong perjuangan atas dasar bangsa / kaum.

5- Dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

Sekadar inilah yang dapat saya jelaskan. Mudah-mudahan ianya dapat membuka minda dan hati Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri dalam menilai antara yang haq dengan yang bathil. Perkara pertama yang wajib kita pelihara ialah Aqidah. Jika Aqidah dah rosak, maka sia-sialah saja segala amalan kita selama ini.

Akhir sekali, tiada gunanya kita mempertahankan perkara yang salah. Marilah kita sama-sama berhijrah daripada kegelapan kekufuran (toghut) kepada cahaya kebenaran (Islam).

Semuga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita dan menempatkan diri kita bersama dengan golongan orang-orang yang beriman.

Jazakallah.

Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 2/15/2010 09:37:00 AM 

Berarak nak.. tapi sunah Nabi hampa tak mau ikut...


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.
Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.
"(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.
"Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.
"Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya.
Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.
"Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.
"Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya.
Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.
"Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.
"Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya.
Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 2/15/2010 03:41:00 PM