Friday, December 25, 2009

Kutipan zakat Kedah meningkat RM11 juta


ALOR SETAR - Jumlah kutipan zakat di negeri ini meningkat sebanyak RM11 juta apabila mencatatkan kutipan RM68 juta tahun ini, berbanding RM57 juta pada tahun sebelumnya.

Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kutipan tahun ini adalah kerana ramai pembayar zakat memilih skim Zakat Pendapatan Potongan Gaji.

“Skim ini mendapat sambutan majikan dan pekerja kerana memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Sehingga kini, terdapat 37,000 pembayar zakat yang memilih skim ini, terutama kalangan kakitangan awam dan Kerajaan Negeri,” katanya pada majlis penyampaian bantuan zakat kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di sini, semalam. [ lagi ]

Anne Ngasri: Buka Tudung Pakai Tudung, Permainkan Agama Allah?


SABTU Disember 26, 200. mStar melaporkan: Anne Ngasri Buka Tudung Kerana Niat Cari Rezeki

AKTRES
kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung. Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan. Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.

“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.
“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.
“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.

Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.

“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.
“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.
“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.

Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Saya percaya rezeki itu datang dari-Nya, kalau kita berubah ke arah kebaikan pasti Allah membuka jalan rezeki yang lain untuk saya,” ujar Anne yang tidak mahu komitmen terhadap lakonan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Bercerita tentang lakonannya dalam drama Mayang Mengurai, Anne memegang watak sebagai Mayang Indra, adik kepada Mayang Mengurai yang mempunyai kuasa untuk memukau orang.

“Saya terpaksa mengunakan bulu mata palsu yang tebal di bahagian atas dan bawah. Sebelum ini saya jarang mengunakan bulu mata palsu ketika berlakon.
“Untuk bawa watak Mayang Indra, saya perlu membaca buku-buku dongeng puteri seperti Cinderella dan Rapunzel,” kata Anne.

Mayang Mengurai
merupakan adaptasi cerita dongeng Rapunzel yang akan ke udara pada jam 4.30 petang mulai Isnin (12 Januari) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3. Antara barisan pelakon drama bersiri itu adalah Tania Hudson (Mayang Mengurai), Zarina AF (Mayang Merdu), Ammar (Khalif), Kamal Adli (Shahrul), Sabrina Ali (Kornilam) dan ramai lagi.

Anne mengakui dia tidak mahu pengambaran yang dilakukan di luar Kuala Lumpur kerana enggan berjauhan dengan anak-anaknya.

“Setiap tawaran saya akan pastikan tidak ada pengambaran yang jauh-jauh dari Kuala Lumpur, untuk cerita ini ada babak yang dibuat di Perak, jadi saya terpaksa ulang alik setiap hari dari rumah ke sana,” kata Anne yang juga tidak mahu memegang watak utama kerana komitmen yang tinggi.
“Saya lebih gemar membawa watak pembantu berbanding watak utama, ini kerana saya tidak mahu komitmen, saya lebih senang dengan watak pembantu,” kata Anne mengakhiri perbualan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Artres ini sejak pulang dari umrah telah bersedia memulakan perubahan ke arah kebaikan dengan memakai tudung. Namun kerana mencari rezeki melalui lakonan terpaksa buka tudung semula. Kita berdoa semoga dia menemui kebenaran dan tidak tergolong di kalangan kaum yang mempermainkan agama atau hukum Allah SWT.

Kita juga perlu berdoa, semoga Allah SWT bukakan pintu rezeki yang mencurah-curah dari langit kepada artis dan artres kita yang ingin kembali ke jalan Allah dengan meninggalkan bisnes atau rezeki melalui hiburan yang bertentangan dengan agama Allah. Amin!!

Edisi 2: Bik Mamas buat genpar! dengan 600k -bukan perkara besar!

Sebaliknya Rosmah Mansoor ke Malaysia ramailah wartawan mengerumumi beliau.. Ialah Rosmah Mansoor kan Laki kepada Perdana Menteri sure heboh yang beliau pergi sana pergi sini membawa bini beliau bijaN Altantunya untuk menunaikan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri.. Habis banyak negara dia pusing-pusing macam percakapan beliau jugalah pusing-pusing... 


Hidungmu bak seludang.. mulutmu bak tempayan, mata mu bak bijik petai... kehkehkeh


Baginda pasti ramai dah tengok video soal jawab wartawan dengan Laki Pm nih... kehkehkeh bagi baginda gelak dulu! Bagi sesiapa yang belum tengok memang satu kerugian yang amat besar... kelakar!  Sangat Kelakar, dari cara menjawab soalan sampailah kepada kelakuan Laki Pm nih.. Lain yang ditanya lain yang dijawab.! Mentang-mentang lah Laki PM nih baru balik dari luar negara abis berpeloh-peloh, berkipas-kipas, panas lah katakan Malaysia nih.. Kalau kat US ngan Dubai lain lah... musim salji kan...


Isu nya disini pasal 600,000.00 yang telah disonglap oleh beliau sendiri dimana wartawan Malaysiakini  baru hendak menanyakan soalan yang berbangkit tapi secara segera Laki Pm terus memangkah/memotong line agar soalan tersebut tidak sempat masuk kedalam video.. kehkehkeh.. Mana belajar nih Rosmah!? bijaN Altantunya ajar ek? Ini sessi soal jawab ke sessi jawab dengar?


Tapi bak kata bik mama kita perlu fokus pada isu yang besar baru boleh berjaya.. 600,000.00 bukan isu besar ye Rosmah? Bukan duit die duit kite..... kehkehkeh pandailah ko Rosmah! Haprak busuk!


"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan."Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar. "Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar."Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia.", kata Rosmah Mansoor! kepada wartawan Malaysia kini



Hangpa tengok la sendiri cara die backup diri die... Haram kejadah je bunyik nye... Jadi pada sesiapa lepasnih kalau kene tangkap polis, kene tangkap SPRM mudah saja jawab camnih sure lepas!


Baginda: Kenapa cik polis tahan saya, apa masalahnya!?


Pulis: Anda bawak lebih halaju. Kenapa anda bawak laju!

Baginda: Kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar. "Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar."Ada soklan lagi cik!?


Kehkehkehkeh... Hangpa ada soalan!? kali nih hangpa tanyalah apa saja pada baginda... baginda akan jawab dengan jujur dan ikhlas lepas nih.. kehkehkeh


Alahai Rosmah-Rosmah... Chet poodah, busuk nye kaki!




SIAPA SAYANGKAN UMNO – BAKAL PM MALAYSIA?


Segalanya adalah dengan dan kerana duit. Dizaman Bapak Mertua, undang-undang UMNO ada 2: untuk golongan elit dan marhaen. Bertuah Singapura kalau dia menjadi PM Malaysia nanti kerana tentu banyak lagi yang akan dapat dibeli.




  1. Setelah lama menghilang timbul semula berita sensasi mengenai KJ. Blogger-blogger pencacai KJ memeriahkan semula dunia berita Malaysia dengan berita-berita mengenai KJ. Mereka ingin mengilap KJ dan menjadikannya sebagai permata. Tentulah banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk tujuan itu. Maka senyum lebarlah pencacai KJ sambil mengosok-gosok perut gendut mereka.

  1. Kejayaan skuad bolasepak Malaysia mengalahkan Vietnam di Sukan Sea juga di katakan sebagai hasil usaha KJ sendiri. (Teringat kata-kata Bapak Mertua: ‘Ini adalah idea saya sendiri’. Bijak sungguh mertua dan menantu ni) Sifu 'Husin Lempoyang' juga nampaknya sangat setuju dengan kebolehan KJ. (Baca sini)

  1. Kehebatan utama KJ adalah lahir sebagai Penganggur Terkaya di Malaysia. Kelulusan tinggi, dengar khabar dari Ox fart University. Mahir dalam mencaturkan politik tanah air, di zaman bapak meretua habis politik satu Malaysia kacau bilau kerana dia. Cita-cita nak jadi PM dalam usia sebelum 40 tahun. DS Najib haruslah berundur agaknya untuk berikan laluan kepada permata Malaysia yang Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan Terbuang ini. Atau dia akan menolak sesiapa saja ke tepi demi laluannya sebagai PM.

  1. Bukan tak ramai orang diperbodohkannya untuk menjayakan cita-citanya itu. Hishamuddin semasa jadi Ketua Pemuda, yang telah bersungguh-sungguh menjulang keris telah juga menjulang buntut KL untuk dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda tanpa pertandingan. Memang UMNO ni parti golongan elit. Golongan marhaen macam kita ni hanya layak menjadi pencacai saja sampai bila-bila.

  1. Dalam pertandingan 3 penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, dia yang didapati bersalah kerana rasuah politik bernasib sangat baik kerana tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh UMNO. (UMNO memang parti golongan elit, orang-orang macam Dato’ Norza hanya layak menjadi korban sebagai kambing hitam saja)

  1. Jika DS Anwar ejen Israel, apa pula hubungan dia dengan DS Anwar dan apa pula hubungan dia dengan Israel? Yang pasti Singapura kelihatan terlalu rapat dengannya. Apa pula Singapura dengan Israel? Semuanya menuntut penjelasan dan semuanya masih tersembunyi.

  1. Agenda siapa pula penulis buku di Singapura mendakwa penyelewangan Tun Dr. Mahathir selama 22 tahu memerintah dan minta dibicarakan sehingga Tun perlu tampil untuk bersedia disiasat namun meminta Pak Lah diheret sama. Kerana apa Mahathir perlu heret Pak Lah, bukankah semata-mata kerana nak pulangkan paku buah kerasa kepada KJ yang bersubahat dalam mencetus isu itu?
Nota:
Pas Kelantan pun mengambil contoh pentadbiran yang sama, kerajaan anak-menantu. Tentulah ini perkara yang baik dicontohi kalau tidak masakan Tok Guru @ Ulamak kerajaan Syurga mencontohinya. (Baca di blog penyokong kuat KJ)

LOH GWO BURNE MENTERI KEWANGAN


Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Dato' M Kayveas menganggap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' T Murugiah, sebagai "timbalan menteri haram." Saya tak pasti apakah yang dimaksudkannya sebagai "haram." Mungkin Kayveas patut menjelaskan lebih lanjut.

Dalam sistem politik yang diamalkan di negara ini, Perdana Menteri boleh melantik sesiapa saja Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara -- sama ada dia ahli parti komponen Barisan Nasional atau tidak -- untuk menjadi Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Ini bermaksud, Dato' Seri Najib Tun Razak boleh melantik Loh Gwo Burne (gambar) sebagai Menteri Kewangan, Dato' Ibrahim Ali sebagai Menteri Dalam Negeri atau Khalid Samad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (yang bertanggungjawab terhadap JAKIM), sekiranya beliau mahu berbuat demikian.

Eloklah Kayveas berhenti membuat kenyataan bodoh sombong sedemikian, sekaligus menunjukkan betapa dia tidak faham terhadap sistem politik yang diamalkan -- semata-mata kerana dia bertelagah dengan Murugiah.

Media, rasis dan republik Malaysia - Utusan


RASIS oleh media bukan berbahasa Melayu serta usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik adalah antara yang dikupas oleh para penulis blog beberapa hari ini.
Raja Petra Kamarudin dalam Go Malaysian (gomalaysian.blogspot.com) menulis, negara memerlukan sekurang-kurangnya satu atau dua generasi lagi sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan mengubah Malaysia menjadi sebuah republik. Katanya, ini pasti akan berlaku kerana sistem beraja termasuk raja berperlembagaan adalah sistem yang sudah ketinggalan zaman.
“Jadi, menjelang 2100, kemungkinannya adalah besar bahawa kerajaan yang berasaskan monarki tidak lagi wujud. Kita kini berbicara tentang raja-raja Melayu. Maka kita perlu memberikan waktu bagi orang Melayu bersiap sedia untuk menyingkirkan raja-raja mereka,” tulisnya.
Dr. Siddiq dalam Written By Him (writtenbyhim.wordpress.com) yang mengulas tulisan Raja Petra itu berkata, beliau terkejut dengan gesaan Malaysia Today yang mahukan rakyat menghapuskan sistem beraja dan membentuk republik.
Katanya, Raja Petra perlu bertanggungjawab dan bukannya melempar batu kemudian bersembunyi di sebalik tembok apartmen di London.
“Inilah lelaki yang menyokong liberalisasi dalam pakatan pembangkang. Lelaki ini yang tidak habis-habis dengan propagandanya. Saya tertanya-tanya apakah reaksi Melayu dalam pakatan pembangkang tentang tulisan ini. Mahukah mereka menjilat punggung RPK?” tulisnya.
Blog Maharaja Blogger (maharajablogger.blogspot.com) menyentuh sikap kecinaan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang masih memperjuangkan kebudayaan dan identiti ibunda mereka.
Tulisnya, hal ini berbeza dengan Singapura yang menutup semua institusi kebudayaan Cina termasuk sekolah dan universiti sejurus mencapai kemerdekaan.
“Memang benar orang Cina di Barat seperti Amerika dan Kanada mendapat layanan yang baik. Sebab utamanya ialah kerana mereka tidak membuat tuntutan berbentuk perkauman seperti menuntut bahasa Cina diberikan pengiktirafan dalam pelajaran dan persekolahan seperti di Malaysia,” katanya.
Tulisnya, bagaimanapun kaum Cina di Singapura tidak dapat menikmati kehidupan mewah dengan berumah banglo, berkereta mewah melainkan benar-benar berjaya dalam perniagaan berbanding di Malaysia walaupun mereka hanya penjual sayur atau penjaja.
“Malaysia ketika ini didatangi orang Cina dari China yang mahu mencari pekerjaan dan cuba menetap di sini. Mereka sanggup menghadapi risiko masuk secara haram.Percayalah jika dibuka pintu untuk orang Singapura menjadi rakyat Malaysia, maka ramai yang akan meninggalkan negara itu,” tulis beliau.
Cucu Tok Wan dalam Depa Kata (depa-kata.blogspot,com) menulis, ramai yang terlepas pandang terhadap akhbar berbahasa Cina yang menghasut dan rasis.
Tulisnya, pemimpin pembangkang sering menguar-uarkan Utusan Malaysia sebagai rasis sedangkan mereka tidak pernah menyebut sekali pun tentang akhbar-akhbar Cina.
Tertanya-tanya kita tentang fungsi sebenar Kementerian Dalam Negeri (KDN) terutama yang membabitkan unit penerbitan, akhbar dan majalah.
“Kalau yang berbahasa Melayu, bukan main pantas lagi bertindak. Tak cukup permit penerbitan digantung, pemiliknya dipanggil menghadap bahkan dikenakan ancaman penjara dan denda kerana melanggar peraturan permit.
“Namun apabila membabitkan Cina atau Tamil, KDN seolah-olah buta mata dan hilang keberanian. Boleh jadi, tak ada penterjemah atau mereka yang boleh membaca tulisan Cina dan Tamil di KDN,” katanya

Edar Risalah, Dua Anggota AMK Ditahan


Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan ditahan petang tadi selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Ampangan Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin kedua-duanya ditahan ketika mengedarkan risalah mendesak Mahkamah Syariah mempercepatkan prosiding kes Qazaf yang difailkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas solat Jumaat tadi saya dimaklumkan polis telah menghalang pengedaran risalah tersebut dengan menahan sejumlah risalah yang besar bersama dengan dua anggota AMK Negeri Sembilan dan terus di bawa ke Balai Polis Rahang,” katanya.

Badrul berkata, tindakan polis itu jelas memperlihatkan kegentaran pihak kerajaan apabila risalah mengenai pendedahan sebenar kes tuduhan liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim diedar kepada rakyat.

Beliau turut menyifatkan penagkapan berkenaan sebagai tindakan yang luar dari norma biasa yang dilakukan polis.

Katanya, bagaimanapun pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes pengangkapan ini berjanji akan membebaskan kedua-duanya lewat petang ini dengan jaminan polis dan perlu melapor diri pada tarikh yang ditetapkan.

Bagaimanapun katanya, pegawai tersebut gagal menjawab penangkapan itu dibuat di bawah akta apa.

“Namun saya percaya dan yakin apa juga baik Akta Hasutan dan sebagainya benda ini sudah digunakan lama hanya untuk menyelamatkan rakyat daripada mengetahui kebenaran dan menyelamatkan Barisan Nasional.

“Jadi kali ini saya juga percaya dan yakin mereka juga tidak tahu mengunakan di bawah undang yang mana, cuma dia terpaksa tangkap untuk mengelakkan rakyat mendapa risalah tersebut,” katanya.

Jumaat lalu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat di tahan ketika mengedar risalah di Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.


PAS - Menang Sorak, Perjuangan Islam Tergadai…

BULETIN الحضارة~*BIL:84/Muharram1431

A L – H A D H A R A H

Diwajibkan atas kamu berperang (untuk menentang pencerobohan), padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; dan (ingatlah) Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.` al Baqarah : 216 . Segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan Pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan yang mulia Muhammad saw , kaum keluarga, para sahabat serta para pengikut mereka hinggalah ke hari qiamat.

Rasanya… saya taklah serisau ini, kalau sekadar anak-anak tak cukup makan, pakaian, walaupun saya seorang ibu. Tetapi masalah yang satu ini menjadikan saya tak boleh lena, masalah masa depan perjuangan Islam yang ‘semakin malap’, kelangsungan aqidah generasi ummah kian tercabar. Hadis ada menyebut: `Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang Islam ia bukanlah di kalangan mereka`

Saya telah diperingatkan dahulu oleh guru-guru saya, bahawa ummat Islam tidak putus-putus akan menghadapi cabaran yang menguji aqidah mereka. Musuh-musuh Islam akan sentiasa memperbaharui perancangan mereka dari semasa ke semasa, bagi menyekat atau setidak-tidaknya merosakan perlaksanaan Islam dalam kehidupan ummah. Kalau di zaman silam fahaman Mu’tazilah, Qadariah. Jabariah dan ajaran sepertinya lahir dan cuba memesongkan ummah dari paksinya. Begitu juga sekarang kita sedang menghadapi serangan baru yang lebih dahsyat dan mengelirukan lagi dari segala sistem-sistem hidup ciptaan manusia samada dalam bidang politik, ekonomi maupun sosial. Fahaman atau isme-isme yang berbagai nama ini telah membawa kepada pemujaan dan kecintaan berlebihan terhadap kebendaan, pangkat dan kuasa. Semua itu menjadi senjata cukup ampuh bagi musuh Allah untuk menggugat dan memesongkan aqidah ummah serta memalingkan mereka dari hadaf sebenar kehidupan sebagai seorang Islam.

Inilah perjuangan, inilah jihad dan inilah bentuk peperangan yang cukup rumit dan perlu kita hadapi sekarang malah perlu bijak serta berhati-hati menanganinya. Allah swt mengingatkan kita di dalam firmanNya: ‘Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.` al Baqarah : 217

`Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.` al Baqarah : 120

Semoga Allah Taala menjauhkan kita dari petaka yang paling merbahaya itu.

Walaupun atas apa alasan dan maslahah yang dikemukakan, saya melihat persetujuan PAS dalam tonggak kerjasama PR di mana demokrasi sebagai terasnya merupakan pelanggaran dan pencabulan terhadap prinsip perjuangannya yang sebenar selama ini iaitu Islam. PAS yang sebelum ini dilihat salah satu benteng pertahanan aqidah bagi ummat Islam yang diwarisi dari perjuangan ulama’-ulama’ terdahulu telah merobohkan bentengnya sendiri !? Atau bentengnya telah berjaya dicerobohi oleh pihak musuh sekarang. Para pemimpin dan ahli PAS perlu sedar bahawa segala sokongan dan dokongan yang ia dapati dari ummah sebelum ini adalah kerana warisan perjuangan Islam tersebut. Tetapi kalau sekarang pemimpin PAS mendakwa kami masih tetap memperjuangkan Islam, justeru kerana ketika mereka menoleh ke belakang kepada pengikut-pengikut yang kebanyakan setia dan ikhlas, mereka mengatakan, “sokonglah kami, bantulah kami, berjihadlah dengan harta dan tenaga kamu bersama kami demi Islam” sedangkan di depan dan atas kepala mereka menjunjung serta mengangkat demokrasi sekular. Dakwaan itu adalah satu pembohongan yang nyata. Mereka hendak tipu siapa ?? `Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.` al Baqarah : 9

Demokrasi sekular yang menjadi teras PR dan Nasionalis sekular yang menjadi teras kepada BN, bukankah sama sahaja? 2 X 5 = 5 X 2, sebab itulah saya katakan PAS menang sorak…, soraklah kepada BN, gelaklah kepada UMNO. Yee! Yee! Kami akan menang, tunggulah kami ganyang hangpa pula….. tetapi apakah hakikatnya kepada perjuangan Islam kita, aqidah kita.. wahai ummah! Prinsip perjuangan kita telah tergadai.

Kita perlu sedar mengambil peluang dari medan demokrasi untuk berdakwah, bersungguh melaksanakan Islam, lain daripada menjunjung dan mengangkat demokrasi supaya ditegakkan. Kalau diibaratkan peperangan bersenjata maka medan demokrasi itu umpama negara kafir yang kita berjihad didalamnya, kita akan terus berjuang samada syahid atau menang dan kita tidak akan sekali-kali menjunjung dan mengangkat prinsip ataupun sistem negara kafir tersebut. Sesungguhnya kita akui dunia secara globalnya dikuasai oleh sistem-sistem jahiliyyah, sistem Islam terpinggir … tetapi adakah perlu kita lari ke dunia lain atau masuk ke dalam gua atau hutan belantara dan membina Islam di sana? Oh… Tidak! Itu bukan caranya.

Dunia ini satu sahaja, ia adalah milik Allah dan kita akan hidup berjihad dicelah-celah sistem jahiliyyah yang mencengkam itu, serta melaksanakan semampu yang boleh sistem kehidupan kita yang mulia, menjauhkan diri dari sistem politik sekular, membebaskan ekonomi kita dari sistem riba, mendidik anak-anak dengan sistem Islam, seterusnya dan seterusnya… sedikit demi sedikit sistem Islam akan berkembang dan membentuk sebuah hadharah …ya tentulah susah kerana itulah ia dinamakan jihad. Sebab itu pahala jihad besar saudara ummahku. Oleh itu adalah suatu yang salah sekiranya kita mencari jalan mudah, senang dan selesa meninggalkan atau menyimpan dahulu prinsip perjuangan menegakkan sistem Islam buat sementara. Kita dapatkan dahulu kuasa dengan sistem jahiliyyah, bila dapat kuasa, baru kita ambil semula prinsip Islam dan laksanakan. Jelas itu bukan cara seorang pejuang Islam berjihad. Islam ini bersih, mulia dan satu cara hidup yang benar dia tidak mengguna cara pintu belakang dan meletakkan Islam sebagai mainan dan barang hinaan sistem jahiliyyah. Lainlah jika perjuangan yang dibawa PAS itu perjuangan Islam palsu atau tempelan juga, seperti yang selalu dilaungkan dahulu kepada projek-projek BN, `penerapan nilai-nilai Islam` dan yang terbaru sekali `Islam Hadhari`.

PAS memang semakin keliru contoh, berkata Presidennya dalam konvensyen blogger baru-baru ini, “..jangan menyebarkan fitnah walaupun ianya benar, benar tapi jahat…Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul jika tidak akan membawa mudharat besar kepada masyarakat ” .Apa yang saya ingin nyatakan bahawa pandangan beliau tersebut memang keliru dan boleh mengelirukan orang lain pertama; benar atau haq tidak sepatutnya dipersalahkan. Yang bersalah ialah apabila kebatilan dicampurkan bersama-sama kebenaran. Firman Allah swt, `Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu , sedang kamu mengetahui.` al Baqarah : 42

Kemudian hujah beliau lagi kebenaran jika tidak diletakkan pada tempat yang betul akan mendatangkan mudharat besar kepada masyarakat. Saya ingin bertanya kepada ummah semua, Nabi saw dan para sahabat dahulu membawa perjuangan yang benar (haq) ini diletak pada tempatnya yang betul atau tidak? Kerana tindakan dan amalan mereka telah mendatangkan fitnah yang besar kepada diri dan keluarga mereka sendiri dengan pelbagai tuduhan serta tindakan masyarakat ramai. Masyarakat semasa pula ketika itu mengalami mudharat perpecahan yang cukup besar. Sebenarnya inilah bukti yang beliau sendiri sudah keliru untuk berada bersama masyarakat mana UMMAH atau sekular dalam PR. Akan dipertahankannya supaya jangan berpecah masyarakat sekular PR, sedangkan Nabi membuat kerja mengukuhkan masyarakat ummah yang akibatnya tentu masyarakat jahiliyyah berterabur dan pasti berpecah apabila ummah gah dan gagah.`Sebesar-besar jihad adalah kata-kata yang benar di depan raja/pemimpin yang zalim`

Sekian dari Ummu el-Husna. ``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

RASUAH AWAL AWAL - KALAU TIDAK IKANG HILANG


PELAJAR CEMERLANG DIRASUAH AHMAD SAID - harakah daily

"Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

KAH KAH KAH…

woit… KECIK KECIK LAGI DAH DI AJAR DENGAN DUIT… kah kah kah…

woit…. KECIK KECIK LAGI DAH MULA DI RASUAH… kah kah kah..

woit…. BILA SUDAH BESAR…. BOLEH JUAL ENJIN KAPAL TERBANG…kah kah kah…

kah kah kah… BILA SUDAH BESAR…JADI BARUA GEROMBOLAN… kah kah kah…

Dr Mahathir Suruh Siasat Pak Lah.


Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.


Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.

Tiga Kereta Perdana V6 Terengganu Hilang


KUALA LUMPUR: Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali ini di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.
Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.
Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.
Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.
''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.
Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.
''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.
''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.
Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.
Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.
Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta.
sumber : EraPakatan.com
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbaya nbaru.blogspot. com/

http://amkbayanbaru .blogspot. com/

http://unit- ehsan-penang. blogspot. com/

http://n37batumaung .blogspot. com/

http://kerissilau. blogspot. com/

http://n12adunpenan ti.blogspot. com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! ! "

--
Posted By keADILan Bayan Baru™ to keADILan Bayan Baru™ at 12/25/2009 08:33:00 AM

Perutusan Hari Natal Dan Selamat Tahun Baru 2010



Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya manakala menandakan permulaan bagi tahun 2010. Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.
Sepanjang tahun ini kita menyaksikan akibat buruk kesan dari krisis kewangan yang melanda dunia. Malaysia dan rakyatnya tidak terkecuali dari menerima kesan tersebut. Episod ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung setiap dari kesalahan dan kecuaian, bukan sahaja oleh mereka yang berada di Wall Street ataupun tempat lainnya, malahan juga untuk bermuhasabah kesilapan serta kecuaian kita sendiri. Ini mengingatkan saya kepada karya Charles Dickens yang terkenal; A Christmas Carol.
Watak Ebenezer Scrooge yang tamak dan sering menindas pekerjanya dikunjungi Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come selepas tujuh tahun kematian rakan kongsinya. Karya Dickens itu sewajarnya menjadi peringatan bahawa ketamakan, pemborosan dan penindasan hanya membawa keburukan. Pun demikian ianya juga membawa maksud Perubahan tidaklah mustahil. Scrooge yang tamak haloba itu, pada pengakhiran novel tersebut berubah menjadi seorang yang berperikemanusiaan dan sanggup untuk membetulkan kesalahannya.
Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbaya nbaru.blogspot. com/

http://amkbayanbaru .blogspot. com/

http://unit- ehsan-penang. blogspot. com/

http://n37batumaung .blogspot. com/

http://kerissilau. blogspot. com/

http://n12adunpenan ti.blogspot. com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! ! "




--
Posted By keADILan Bayan Baru™ to keADILan Bayan Baru™ at 12/25/2009 03:51:00 PM
__._,_.___

SIKAP AHLI ILMU AKHIR ZAMAN

Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut Ilmu.Samada Ilmu dunia atau Ilmu akhirat.
Allah berfirman, maksudnya:" Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi, saperti langit, turun berkali kali perintah Allah antara langit dan bumi supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekalian mempunyai ilmu, bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu, sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu itu untuk segala sesuatu." (At Talaq:12)
Namun apa yang berlaku kepada sesetengah orang yang sudah mendapat ilmu ialah:-
  • Menimba ilmu Islam dari orang kafir di universiti universiti.
  • Menjadi sombong dengan Ilmu.Dia bukan makin merendah diri kepada Tuhan dan manusia.
  • Menggunakan ilmu sebagai mencari jawatan (saperti jawatan Mufti) atau kekayaan dunia atau pangkat atau untuk kepentingan politik dan diri sendiri.
  • Sudah dapat ilmu bukan menambah takutnya kepada Tuhan.
  • Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidup.
  • Dengan ilmu yang banyak tidak pun dapat berusaha menarik orang yang bukan Islam masuk Islam.
  • Mempunyai ilmu dalam satu bidang contohnya syariah tetapi berlagak pakar dalam bidang bidang lain.
  • Mereka sama mereka suka berbalah dan cabar mencabar  secara terbuka mengakibatkan masyarakat awam jadi serba salah tentang siapa yang benar.
  • Mereka menjadi punca pemikiran masyarakat jadi haru-biru akibat "Fatwa" mereka yang sentiasa berubah ubah (mengikut selera mereka).
  • Ahli Ilmu yang beku dan jumud menyebabkan masyarakat cepat jadi jahat kerana ahli ilmu itu sendiri sudah jadi jahat
  • Ahli Ilmu gagal menjadi obor kepada masyarakat

Salaam & Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com

[N37 Batu Maung] Guan Eng:Najib perlu tunai janji

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya memastikan 30 projek Persekutuan yang dijangka lewat di negeri ini, dapat disiapkan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pihaknya berharap agar semua projek itu disiapkan dalam baki tempoh 12 bulan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) ini selain memastikan projek berkenaan memenuhi kriteria profesional demi kepentingan orang ramai.

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa terdapat 18 projek yang ‘jatuh sakit’ mengikut RMK-9 di Kementerian Kesihatan, tetapi projek Persekutuan yang ‘jatuh sakit’ di Pulau Pinang adalah lebih memeranjatkan dengan 30 projek bawah RMK-9 dijangka lewat.

“Kerajaan menjangkakan sebanyak 30 projek dijangka tidak dapat disiapkan mengikut jadual disebabkan kenaikan harga bahan binaan, masalah pengalihan utiliti, pengalihan setinggan terlibat, masalah reka bentuk dan masalah kontraktor yang tidak berwibawa,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, dalam jawapan bertulis oleh Perdana Menteri itu pada sidang Dewan Rakyat Disember lalu, sebanyak 1,069 projek RMK-9 Persekutuan telah dan sedang dilaksanakan di Pulau Pinang dengan siling peruntukan sebanyak RM7.536 bilion.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 527 projek atau 49.30 peratus berjaya disiapkan dan selebihnya berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan jadi saya berharap beliau menunaikan janjinya,” katanya


--
Posted By zul mamak png to N37 Batu Maung at 12/26/2009 01:16:00 AM

Lepas ni apa pulak la nak lesap.......

SHAH ALAM – DAP tidak menolak kemungkinan terdapat banyak lagi aset dan maklumat rasmi milik kerajaan hilang dan diseludup keluar disebabkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak telus.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, ketirisan, penyelewengan dan pecah amanah ini berlaku bukan sahaja membabitkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tetapi pihak yang sebati dengan gejala negatif itu.

“Insiden kehilangan enjin pesawat TUDM ini hanyalah salah satu daripada banyak perkara yang tidak diketahui rakyat.

“Jika enjin pesawat tempur yang bersaiz besar untuk kegunaan pertahanan negara boleh hilang, bagaimana dengan kelengkapan senjata bersaiz kecil dan juga maklumat keselamatan negara?,” katanya

Menurutnya, jika sistem kerajaan ditadbir baik, perkara tidak betul seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 tidak akan berlaku.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan penyiasatan berhubung kehilangan enjin pesawat tempur itu memakan masa dan hanya dihebahkan setelah dua tahun kehilangannya disebabkan terdapat usaha untuk menutup kes itu daripada disiasat.

“Kita yakin, jika kes berprofil tinggi ini disiasat dengan telus dan teliti, kemungkinan banyak lagi kes berkaitan akan timbul, yang akhirnya membuka pekung pentadbiran kerajaan.

“Rakyat seharusnya membuka mata dan menilai pemimpin yang dipilih untuk melindungi rakyat," katanya.

Beliau mempertikaikan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menyifatkan kes kehilangan enjin pesawat tempur sebagai tugas penyiasatan yang rumit dan banyak tekanan, sedangkan penyiasatan masih belum berjalan.

Sabtu lalu, media melaporkan kehilangan sebuah enjin pemintas F-5E TUDM bernilai hampir RM50 juta daripada Gudang Material Udara (Matra1), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih.

PEMERINTAH WAJIB BERLAKU ADIL

Keadilan adalah satu perkara yang amat sukar di laksanakan.Tiada sesiapa yang boleh berkata dia telah berlaku adil dalam setiap tindak tanduknya.Hanya orang yang bertaqwa sahaja yang boleh berlaku adil.Hanya orang taqwa, yakni orang yang ada rasa takut terhadap azab Allah sahaja yang akan terdorong untuk bertindak adil dan tidak menindas orang yang dia benci.
Pemerintah adalah golongan yang paling di suruh berlaku adil.Keadilan pemerintah adalah sangat di besarkan oleh ALLAH di dunia dan lebih lebih lagi di akhirat.
Pemerintahlah orang yang paling dituntut agar pandai menjaga hati hati rakyat sekalipun hati orang yang bukan dari partinya atau orang kafir.Demi membina masyarakat harmoni, kasih sayang dan aman damai, yang benar benar terasa oleh semua pihak.
Menjaga hati pula bukan lah dengan mengikut fikiran atau perasaan tetapi hendak lah mengikut syariat Islam.Pertimbang fikiran atau perasaan tidak cukup tepat dalam menilai sesuatu.Oleh itu, untuk menjaga hati, syariat menetapkan caranya, ia itu dengan berlaku adil saperti yang di kehendaki oleh Islam dan bukan "adil" yang di definasikan oleh orang orang sosialis, komunis, ateis, kapitalis,demokrasi dan apa apa jua ideologi selain Islam.
Keadilan yang dilaung laungkan oleh dunia hari ini konon memperjuangkan hak asasi manusia tetapi sebenarnya keadilan mereka adalah puak puak mereka sendiri.Dalam masa yang sama seluruh dunia tidak terasa keadilan yang di lagang mereka itu.
Keadilan mestilah di rujuk di Al Quran dan Hadis dan di praktikan menurut kehendak nya.Keadilan yang di bawa oleh Al Quran sudah pasti mampu mengadili setiap insan, secara merata.Untuk orang Islam atau bukan Islam.Tanpa keadilan, slogan slogan dan retorik retorik tidak akan dapat mendamaikan rakyat yang sedang kusut kini.
Salaam & Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

MB Terengganu merasuah pelajar cermelang


KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias- kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.

Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.

Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.

Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.

"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.


harakahdaily