Monday, February 28, 2011

BLOGGER JUTAAN RINGGIT - BUKAN SAYA YANG KATA!


Bukan saya yang kata!
Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh blogger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan; tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya blogger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit.
Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para blogger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku, dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu.
by NOBISHA

Berkaitan :


Oleh : MSO
 
Memang Terasa Berlaku Kelesuan 
Di Pihak Pakatan Rakyat

SAHABAT saya Norizan Sharif telah post satu catatan kecil yang penting untuk direnungi oleh semua pihak khasnya parti Pakatan Rakyat. Catatan beliau di sini, menunjukkan sokongan atau pun kemarihan di laman soaisal Fb dan blog sokongan terhadap Pakatan Rakyat berkurangan. Norizan memberi runjukkan khas kepada kedua pilihan raya kecil yang berlangsung kini.

Beliau membuat perbandingan dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Kuala Terengganu, Terengganu. Katanya ternyata kemeriah dan sokongan menerusi laman sosial kini berpihak kepada UBN. Laman-laman sosial yang menyokong UBN lebih bersemangat dan sepakat dalam membuat kecaman dan serangan terhadap Pakatan Rakyat. Serangan mereka juga berangkaian seolah diolahkan begitu profesional sekali.

Tentu orang Pakatan Rakyat terutamanya para penagih blog Pas akan marah bila kenyataan ini didedahkan. Mereka tidak senang dengan fakta yang berlaku. Dalam pada itu mereka akan tuduh bahawa bloger UBN diupah dan sebagainya. Tidak dinafikan kalau itu berlaku? Tetapi pokoknya di sini itulah realiti bahawa bloger Pakatan Rakyat sudah malas untuk menulis dan dan kreatif membuat laporan. Ada juga yang sudah hilang kerajinan dan keletihan manakala bloger Pakatan jadi lebih bersemangat. Tentunya kalau upah dan imbuhan yang dihulurkan, besar lagi bersemangatlah jadinya.

Saya setuju dengan apa yang berlaku kini seperti mana diselidiki Norizan itu. Saya rasa ada beberapa sebab kenapa kesungguhan dan kerajinan bloger pakatan itu sudah hilang. Kalau perasaan saya sudah menulis dalam cacatan baru-baru ini dibawah tajuk, ah lupa... selaklah sendiri (saya juga ditimpa sindrom malas, tetapi aia tidak ada kena mengena dengan persoalan dikatakan itu). Dalam catatan itu saya sudah mendedahkan kenapa itu berlaku dan di mana kesilapannya.

Saya kira Pakatan Rakyat gagal melayani para bloger yang menyokong mereka. Mereka tidak memberi satu layanan dan peraian yang bermakna kepada para bloger. Pakatan selamanya mengira bloger akan bekerja dengan penuh keikhlasan. Mengharap kepada keikhlasan rasanya tidak begitu tepat lagi apa lagi kalau bloger nampak yang pemimpin PR diri ada yang tidak ikhlas, dan hanya suka memerah susu dan perah kepala untuk dapat santan saja.

Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh bloger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya bloger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit.

Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para bloger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu saja.

Ada juga himpunan yang diraikan oleh Nik Aziz tetapi sayangnya kesempatan itu tidak digunakan untuk memikir bagaimana menggerakkan bloger menjadi agen dan propagandis Pakatan yang baik. Pertemuan setakat makan, bersalam dan bergambar dengan pemimpin itu saja, lepas balik masing-masing hanya pos dalam wall Fb saja tetapi tidak ada yang mengulas dan memperpanjangkan ke dalam blog.

Kelemahan bloger atau laman sosial Pakatan itu rakyat itu seperti mana kata Norizan itu ialah kerana ia tidak diurus ataupun dipandu secara sistemetik dan setengah menulis ukut perasaan dan jari saja.

Inilah kelemahan Pakatan Rakyat menyebabkan apa yang disuarakan Norizan Sharif itu berlaku. Tititk di sinis sebab saya juga agak malas untuk menyatakan sesutau yang tidak mahu didengari!

Prk Merlimau : Ali Rustam Tiru Gaya Najib Di Sibu


Kerajaan Barisan Nasional di Melaka dianggap sebagai hipokrit apabila meletakkan syarat kepada rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Merlimau, jika mahu bantuan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang berkata kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.
"Melihatkan bahawa beliau (Ali Rustam) tidak memahami makna kerajaan dan dalam masa yang sama ini kenyataan yang bersifat hipokrit atau hipokrasi kerana di dalam masa yang sama masih lagi menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi meletakkan pula syarat dalam PRK Merlimau ini, sekiranya BN menang barulah mereka akan membantu rakyat,"katanya.

Menurut beliau, strategi yang digunapakai oleh Ali itu pernah dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu meraih undi pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu.

Namun ujarnya, kenyataan itu akan digunakan sebagai pendekatan kepada PAS untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau. 

"Kenyataan yang penuh kebebalan ini menunjukkan bahawa mereka sudah terdesak dan menggunakan pendekatan seperti di Sibu di mana Perdana Menteri telah menyatakan "I'm help you, you help me" dan Ali Rustam pula menggunakan pendekatan seperti itu, saya kira akan memberi kelebihan kepada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau," tambah beliau.

Katanya lagi, diskriminasi yang ditunjukkan kerajaan Umno-BN ini jelas menujukkan slogan yang dibawa tidak selari dengan apa yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat, di mana kebajikan rakyat hanya diberi perhatian menjelang pilihanraya atau pun apabila BN menang di kawasan terbabit. 

"Kalau dahulu mereka popularkan slogan Rakyat Didahulukan tetapi dengan kenyataan Ali Rustam ini menunjukkan bahawa sebenarnya slogan itu hanyalah retorik politik yang bertujuan untuk memancing undi tapi tidak diamalkan malah dinyatakan dengan jelas secara terperinci bahawa rakyat hanya akan didahulukan sekiranya BN memenangi pilihanraya,"ujar beliau.

Malam semalam, Ali dalam ceramahnya berkata, beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Tambah Ali lagi, kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan jika rakyat terus memberi sokongan kepada BN.
                         
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau.

'Tawaran Baru' Muhyiddin, Cedok Idea Buku Jingga-Abdullah Sani


Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
"Mengapa harus ambil item yang telah dibuat dalam buku jingga untuk dijadikan sebagai panduan? Ini menunjukkan bahawa sekarang ini tahap mereka sebagai pencuri dan tidak tahu membuat kerja, meniru orang dan mengambil dasar orang untuk dijadikan dasar mereka," kata Abdullah.

Menurut beliau, tindakan Umno-Bn itu sekaligus membuktikan bahawa dasar yang direncanakan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dapat dilaksanakan jika menawan Putrajaya kelak.

"Ini saya lihat sebagai mencuri dan meniru buku jingga dan kita yakin buku jingga ini merupakan satu transformasi dan dasar yang jelas kepada rakyat untuk mengangkat wacana martabat rakyat," jelasnya kepada Tv Selangor.

Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa negara akan bangkrap jika Pakatan Rakyat menaikkan gaji mahupun insentif kepada pendidik di negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional telah berada dalam kegelapan, ketakutan yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang berada di hujung tanduk kehancuran mereka sendiri,"katanya.  

Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan lagi ganjaran “tawaran baru” bernilai RM18.4 juta kepada pengetua dan guru, yang telah mempamerkan prestasi cemerlang melepasi sasaran Bidang Hasilan Utama Nasional (NKRA).

Timbalan presiden Umno itu berkempen bagi calon BN pada pilihan raya kecil Merlimau dan menggunakan kesempatan untuk mengumumkan ganjaran atas kapasitinya sebagai menteri pelajaran.

Kandungan tawaran itu menyebut, seramai 586 pengetua dari seluruh negara bakal menerima ganjaran sebanyak RM7,500 seorang diikuti sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit akan menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900.    

Skim baru ini sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara, dilihat sebagai satu lagi usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Prk Kerdau : BN janji lagi buat kali ketujuh..!!!


TEMERLOH: Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.
Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.
Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.
Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.
Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).
PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.
Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000  bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.
Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar yang masih belum memiliki rumah.
''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah.
“Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk,” katanya.
Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi sesebuah keluarga yang sempurna kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara.
Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal.
Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49,  ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah sendiri hampir ‘berkubur’ apabila projek berkenaan terus terbengkalai.
“Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih  juga belum disiapkan”, luahnya dengan nada kecewa.
”Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' .
 “Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya.
Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian rumah berkenaan.
“Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya”, katanya lagi.

Prk Kerdau : Menyampah tengok sampah di Temerloh..




Dewan Abdul Razak, Temerloh menjadi saksi kepada Majlis Penamaan Calon bagi PRK Dun Kerdau. Peritiwa pada 26 Feb 2011 ini berlangsung penuh meriah. Jalan terpaksa ditutup demi memberi laluan kepada ribuan pejalan kaki mengiringi calon ke Dewan.
Sejurus lepas masing-masing calon tiba di Dewan, para pengiring mencari ruang menunggu pengumuman SPR. Penyokong BN berada di padang, penyokng PAS di bahagian jalan masuk dan sebelah gerai di kawasan parkir. Di sini penulis dapati longgokan sampah… hati kecil merungut geram, sebab haruman sampah membuat hidung kembang kempis menahan bau yang tidak diingini itu.


Mengapa ada sampah? Menyampah betul tengok sampah! Ramai juga muslimat PAS merungut, namun ramai juga yang buat bodoh sahaja.... cobaaaaaan, katanya. 
Mungkinkah Adnan Yaakob, MB Pahang sengaja mengarahkan sampah terbiar? Tambah sampai banyak sebab PAS dan penyokongnya hanya layak berhimpun di tepi sampah.
Mungkin Pegawai Daerah terlepas pandang. Beliau yang sibuk dengan SPR terlupa membuat arahan agar sampah sarap sekurang-kurangnya tiada di sekitar dewan.
Mungkin kontraktor tidak dapat bayaran mencukupi, lalu sebagai imbalan, membiarkan sampah terperap lama lau menghasilkan aroma yang menghapus selera menjamah sup utara.
Mujur penyokong PAS tidak naik angin kepada abang baju biru yang menjaga pagar berduri. Jadi tidaklah mereka ambil sampah dan melontarkannya.
Penulis pada mulanya tidak puas hati melihat sampah di bahagian hadapan jalan masuk ke masjid. Dengan melihat kesan pada puntung rokok dan plastik pembungkus makanan yang tercampak, sudah boleh diagak, sampah ini sudah beberapa hari terlantar di situ.
Justeru dalam perjalanan pulang penulis memantau tahap kebersihan lanskap dan kiri kanan jalan di Bandar Temerloh. Dalam diam-diam penulis mengeluh. Sungguh tidak wajar Pegawai Daerah tidak cakna dengan keceriaan Bandar Temerloh. Tidakkah beliau sedar pada Sabtu 26 Februari itu, ribuan manusia berkumpul di situ?
Jika tidak mengalu-alukan penyokong pembangkang tidak mengapa. Ini membiarkan tayar kereta para Menteri melalui jalan yang kebersihannya kurang diperhati. Mana boleh jadi. PRK adalah fenomena yang tidak kerap berlaku. Wajarlah ambil peluang menaikkan gred kebersihan jadi nombor satu.
Bukannya susah, boleh kerah budak sekolah. Pinjam sebentar pelatih PLKN juga tidak jadi masalah. Boleh buat program gotong royong dengan warga bandar agar Temerloh tampil segar. Libatkan orang ramai, jangan serah pada kontraktor pemungut sampah pepejal semata-mata. Kreatiflah sedikit.
Penulis harap MB Pahang janganlah sibuk hendak rampas kerusi Kuantan daripada pembangkang sahaja. Memang agak mustahil menjadikan Temerloh sifar sampah terbiar, namun mestilah ada usaha ke arah menjadikannya bersih dan ceria. Memang tidak patut biarkan tahap kebersihan hanya sekadar biasa-biasa sahaja.
Sepanjang minggu berkempen ini, Adnan jangan pula buat perangai lebih busuk macam sampai seperti kempen PRK Sanggang dahulu. Apa kata ajak calon dan penyokong BN buat aktiviti kebersihan. Tentu ramai geng UMNO datang tolong.
Lain kali apabila ke Temerloh untuk santap ikan patin, penulis harap tidak ada lagi sampah dan bau busuk bermain ditiup angin.

Prk Kerdau : 100 kotak 'bantuan' BN tiba....


BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Prk Kerdau : Calon PAS Kerdau muda, wibawa dan berintegriti


KERDAU: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengisytiharkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Ia diumumkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Markas Induk PAS Kerdau, dekat sini pada 24 Februari lalu.

Turut hadir dalam perisytiharan itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw; Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Ke-ADILan, Fuziah Salleh; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Phang Chow serta Pengerusi KeADILan Pahang, Dato Fauzi Rahman.

Pencalonan Hasanuddin yang juga bekas calon PAS di Dun tersebut pada PRU 2008 tepat dengan kehendak massa, kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana calon PAS itu seorang calon muda yang sangat wibawa.

Beliau memiliki Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan dilahirkan dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang dalam Daerah Temerloh, serta mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas. Hasanuddin juga mempunyai pengalaman luas dalam industri dan ukur selama 15 tahun serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Mengulas pemilihan Hasanuddin, Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Kerdau, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, calon PAS itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di Kerdau.

“Beliau sangat dikenali di Dun Kerdau. Saya yakin pengundi akan memberi kepercayaan memilihnya sebagai wakil rakyat,” katanya semasa mengadakan sidang media sejurus selepas perisytiharan calon dibuat.

Ustaz Tuan Ibrahim berkata, PAS sentiasa menampilkan calon yang berwibawa dan bersih, namun parti itu tetap waspada dengan fitnah terhadap calon yang bakal dimainkan Umno-BN.

Beliau berharap proses pilihan raya akan berjalan dengan baik tanpa sebarang unsur provokasi daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, bercakap mewakili KeADILan, Azmin Ali menyifatkan calon PAS memiliki integriti dan kewibawaan yang mampu menterjemahkan hasrat penduduk Kerdau khasnya dan Pahang amnya.

KeADILan menyokong penuh pencalonan Hasanuddin, dan berjanji akan membantu menjayakan kempen bagi memenangkan calon PAS itu, katanya.

Dr Tan Seng Giaw ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada Hasanuddin yang dipilih PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mewakili gabungan pembangkang di sini. Apa yang pasti katanya, pencalonan Hasanuddin bertepatan dengan hasrat seluruh pengundi Kerdau yang mahukan calon seorang yang muda, berwibawa dan mampu mengutarakan suara pengundi Kerdau.

“DAP akan menurunkan seluruh jentera untuk bantu calon PAS di sini. Kita akan tumpukan kepada pengundi bukan Islam di sini yang peratusannya tidaklah besar, tetapi mampu menyumbang kepada kemenangan,” katanya.

Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Zaharudin Abu Kassim.

Proses penamaan calon PRK Kerdau akan diadakan pada 26 Februari, sementara pembuangan undi pada 6 Mac.

Dalam PRU 2008, Hasanuddin mewakili PAS di sini, tetapi tewas kepada calon BN dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Walaupun tewas, Hasanuddin berjaya merapatkan jurang majoriti yang sebelum ini.

Prk Kerdau : Umno takut kalah di Kerdau?


Berbanding PRK Merlimau, Umno sebenarnya lebih risau dengan PRK Kerdau, d Merlimau depa tak risau sangat. Walaupun, katanya Umno yakin boleh menang di kedua-dua PRK tapi depa agak gerun di Kerdau. Depa risau kerusi Kerdau terlepas ketangan PAS.

Kalau tengok atas kertas, langsung tak munasabah Umno nak risau di Kerdau. Pasainya, macam yang Muhyiddin pernah kata sebelum ni, lebih 50% pengundi di Kerdau adalah ahli Umno.

Bharian melaporkan:
TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.

"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.

"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah," katanya. - Bharian
Nak risau apanya kalau dah ada dalam tangan lebih 50% undi. Dalam pilihanraya Malaysia, dapat undi 50.000000000000001% dari yang keluar mengundi pun dah dikira menang. Atau lebih tepat lagi, lebih 1 undi pun dikira menang.

Lagi satu faktor, di Kerdau ada 3 Felda besar, Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Kalau ikut trakrekod di Tenang dan Galas, undi di Felda ni memang milik Umno. Lagi pun kuasa di Felda memang milik Umno. Umno boleh buat hampir apa saja di dalam kawasan Felda termasuk melarang petugas PAS masuk.

Faktor satu lagi, peratus pengundi melayu di Kerdau cukup tinggi, 88.77% dan pengundi cina cuma setakat 5.05% iaitu cuma 454 pengundi saja. Kalau ikut perangkaan PAS sendiri pun, PAS katanya mengunjurkan sokongan dari orang melayu cuma 45% (unjuran di semenanjung) dan pengundi cina 60%. Tu pun Umno masih nak risau. Kaslau ikut kira atas kertas, tentu Umno memang punya. Nak risau apa lagi?

Tapi realitinya, Umno memang risau di Kerdau. Depa tak berapa yakin depa boleh menang mudah. pemimpin Umno katanya lebih ramai diarahkan turun di Kerdau berbanding di Merlimau.

Blogger pencacai Umno pun lebih ramai berkampung di Kerdau waalupun depa lebih suka nak berkampuna di Merlimau. Iya la, apa yang ada di Kerdau. Kalau di Merlimau memang macam-macam ada. Kalau takat nak bersenam arobik tiap-tiap malam pun boleh.

Kalau tengok berita di TV pun. Lebih banyak dipaparkan aktiviti di Kerdau berbanding di Merlimau. Muka calon Umno yang pakai kupah tu lagi kerap muncul. Walaupun jawab tergagap-gagap tapi memanjang ada muka dia ditemuramah wartawan TV.

Apa sebenarnya punca Umno lebih risau di Kerdau?

Sumber image: TMI

Ini baru betoi. Cayalah....




[Selanjutnya di sini]

Dengar tu.... Itu duit rakyat. Duit.... mak bapak kita. Kerajaan hanya melaksanakan amanah yang diberikan. Inilah baru yang dikatakan Kerajaan Rakyat untuk Rakyat.

Jadi..... panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa, dengan membawa pulang segulung ijazah serta menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan berguna kepada agama dan negara.

Selamat pulang ke Mesir untuk menyambung pengajian. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kalian semua.

Musim Prk : ASKAR PUN SANGGUP JADIK BALACI UMNO JAHILLIAH!



Alahai abang askar kite.... Bile ada PRK jer depa nih kene kerah ngan pak2 menteri untuk tolong depa... awat tak tolong masa takde PRK? dan Sejak biler abang2 Askar nih dok bawah BN/UMNO?
(baca selanjutnya....)

Mesti abang2 Askar sume tak puas hatikan dengan cara pemerintahan BN nih... ialah skop kerja jaga keselamatan negara tak kira masa, tapi BN buat abang2 Askar nih macam balaci dan pencacai2 yang boleh di suruh bila ada PRK....

Anyway Kesian pada abang Askar, dalam dok badan Tuff2 tu masih takut lagi dengan BN... kalau nengok askar Mesir hebat dorang, Pemimpin Corrupt depa tak sokong depa sindri masuk dalam perhimpunan jatuhkan Mubarak!

Kesian.... Abang Askar takut pe ngan BN nih?
EP