Friday, August 17, 2012

melibatkan kerja SPR,JPN, Polis bahkan semua jabatan dibawah kerajaan.



Terengganu berpengalaman menghadapi tipu-jahat Umno-BN dalam memenangi pilihanraya. Walaupun diketahui tetapi dengan kudrat yang ada amat sukar membenterasnya. Apatah lagi ianya melibatkan kerja SPR,JPN, Polis bahkan semua jabatan dibawah kerajaan. Akhirnya apabila dah habis ayat kerusi dibaca… itu pasal terbang kerusi tu.. 


Akibatnya ada pulak ahli kita yang diputus mahkamah untuk dipenjarakan kerana menahan pengundi di Rusila. Kalau tak buat macam tu… dah lama lingkup kerusi yang ditandingi oleh Tuan Guru Presiden.


Begitu juga dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Terengganu menghadapi kerenah pengundi Myanmar melebihi 5 ribu orang yang menggunakan kad pengenalan yang dikeluarkan di Kedah khususnya di Parlimen Kemaman dan Dungun. Datuk Ahmad Said sendiri memenangi Dun Kijal antaranya dengan undi lebih 1 ribu pengundi Burma ini. Apa yang mereka buat? Merayu? Pastinya dengan ugutan.


Kini para PATI didaftarkan dengan biometric khususnya di negeri Selangor. Bilangan yang cukup untuk diagih-agihkan ke dun terpilih bagi memenangkan Umno untuk mendapat simple majoriti untuk kembali merampas Selangor. Najib dah bagi green-light. Apapun Selangor mesti dirampas kembali. Apa mereka peduli dengan masa depan negara.


Hari ini kalau dilihat di Kuala Lumpur seolah-olah Negara sudah dikuasai oleh orang asing. Bahkan pusat-pusat perniagaan maupun rumah penempatan. Orang melayu dah jadi orang asal. Balik dan mula terpinggir. Pendatang Asing tanpa izin ini dianggarkan melebihi 1 juta. Dengan didaftarkan Kerajaan boleh membuat duit senang-senang beratus juta untuk belanja pilihanraya nanti. Sebenarnya ia tidak menyelesaikan masalah bahkan mengundang makin ramai PATI untuk memasuki Malaysia secara haram dan mereka menunggu untuk didaftarkan lagi.


Itu tak diambil kira pertukaran dengan Kerajaan Australia baru-baru ini. Nampaknya lebih seronok jadi PATI daripada menjadi penduduk tempatan. Berapa banyak duit pembayar cukai yang diperuntukkan untuk mengurus mereka. Beruk dihutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan. Kenapa? Demi survival dan kelangsungan politik Umno-BN. Inilah satu lagi projek Kerajaan Umno-BN.


Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.


"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.


Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran. "Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.


"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya. - ustsaifulbahri

Saman ekor dan keanehannya




Saya memang suka memecut laju sekiranya memandu sendirian. Maka tidak hairan jika saya didapati melebihi had laju di Bentong pada petang 31 Oktober 2010. Satu lagi saman ekor yang dikenakan kepada saya bertempat di Dungun pada 16 Sept 2010. Petang itu saya bersama rombongan keluarga isteri ke Bukit Goh, Kuantan. Dalam perjalanan pulang, adik ipar saya memandu. Saya tidur sepanjang perjalanan pulang sehinggalah kami bertukar semula di stesen Petronas Muktafi Billah Shah pada jam 4.05 petang. Bermakna saman ekor dikenakan dengan mengambil kira pemilik kenderaan, bukan pemandunya.
Isteri saya sedia faham situasi ini dan dia bersetuju membayar bahagian saman ekor di Dungun. Bermakna selepas diskaun, saya perlu menyediakan RM300 apabila mahu menyelesaikan saman. Pada 1 Disember, jam 8.30 pagi saya ke Balai Polis Sentul. Ketika ini saya fikir saya hanya mahu membuat rayuan supaya jumlah RM600 dapat dikurangkan menjadi separuh. Di kaunter, pegawai bertugas berkata, “Bayaran hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat Trafik, Jalan Bandar, Petaling Street.” Maka saya bertanya, “Apakah boleh dibuat rayuan?” Jawabnya, “Semalam ada berita. Sila semak dulu.” (Mungkin berita dalam tivi)
Saya meninjau berita dan mendapati The Star menyiarkan cerita diskaun saman pada muka hadapan. Dalam sistem elektronik di web myeg.com.my nilai yang dinyatakan masih lagi RM300. Jumlah ini hanya berubah pada 2 Disember 2010. Saya cuba membayar secara online tetapi capaian internet di pejabat sangat tidak memberangsangkan. Maka saya meneliti kaedah bayaran lain sehingga menjumpai maklumat ini. “Bayaran saman trafik juga boleh dibuat di Pejabat Pos.” Memang saya tidak akan ke Petaling Street kerana saya tidak mahu sesat jalan. Maka saya ke pejabat pos berdekatan Flat Seri Terengganu, kira-kira 1.5 kilometer dari menara yang menempatkan syarikat majikan.
Saya hulurkan kad pengenalan sambil berkata, “Saman ekor tidak ada notis.” Walhal pegawai kaunter pejabat pos sudah maklum. Setelah memasukkan nombor kad pengenalan dalam komputernya, pegawai itu berkata, “Ada dua saman. Satu sudah dibayar, di Dungun. Yang di Bentong belum bayar.” Tentu sahaja melihatkan reaksi saya ketika mendengar kenyataannya pegawai itu mengulang ayat tadi. Maka saya hanya membayar satu saman yang kesalahannya betul-betul saya lakukan. Saya terus dihantui persoalan, “Siapa bayar saman satu lagi?” Saya cuba hubungi isteri tetapi tidak diangkatnya. Saya hantar esemes. Isteri saya menelefon semula dan mengatakan, “Mungkin peminat abang yang bayar.” Saya tiada masa hendak gaduh-gaduhkan hal ini kerana urusan saman sudah selesai.
Semoga Allah berikan ganjaran kebaikan buatnya. Dan saya tahu, selaku isteri tentulah dia tidak mahu jika suaminya diminati oleh orang lain selain dirinya. Saya anggap kenyataan isteri saya itu sebagai gurauan semata-mata. Saya juga sebenarnya tidak suka isteri saya membuat spekulasi bahawa saya mempunyai peminat misteri. Seram sejuk saya mendengarnya. Bukan masa lagi untuk saya fikir siapa gerangan yang membayar saman satu lagi.

Fakta Perak



Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Janji Ditepati: "Janji Demokrasi" Mahu 8 Tuntutan Ditunaikan!



Gabungan Janji, sebuah gabungan terdiri daripada 49 badan bukan kerajaan (NGO), tidak mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan akan berhimpun pada malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.

Menurut penganjur, di bawah tema “Janji Demokrasi”, mereka akan berhimpun di pancuran air di kawasan tersebut pada jam 10 malam pada hari tersebut.
“Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat “Janji Demokrasi”.

“Gabungan Janji sekali lagi dengan terbuka hati ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang cukup istimewa kali ini.

“Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa. Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai baju berwarna kuning pada malam ambang Merdeka,” kata pengelola perhimpunan Janji yang dihantar pada The Malaysian Insider hari ini.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

“Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan,” kata beliau.

“Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulinan Hari Kemerdekaan.

“Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55,” kata beliau lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail menasihati penganjur Himpunan Janji Bersih agar tidak membelakangkan undang-undang negara ketika menganjurkan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Ismail berkata hak untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut kemerdekaan negara adalah milik setiap rakyat di negara ini, namun berharap pihak penganjur tidak membawa sebarang agenda lain untuk kepentingan pihak tertentu.

“Saya melihat begini, kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan.

“Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara,” katanya lagi. -TMI

Bongkar!! Komplot Peguam Negara Dan SPRM Untuk Tutup Kes Rasuah



Selagi Umno/BN yg berkuasa maka kroni2 mereka akan terselamat...dan kes ini akan di tutup begitu sahaja..hari tu Rafizi bg statement pagi, tengahari SPRM sudah sampai pejabat Rafizi utk soal-siasat beliau,kes rasuah gani patail ini sudah bertahun-tahun lamanya tapi kenapa SPRM masih gagal utk membuat siasatan?? undang2 negara manakah yg SPRM pakai dlm penyiasatan dan pendakwaan kes rasuah?? klau SPRM pakai undang2 negara Malaysia sudah tentu ke rasuah gani patail ini sudah pun selesai,peguam negara pun tertakluk kpd undang2 negara Malaysia...bukannya gani patail boleh suka2 hati dia nak telan rasuah dan menutup kes2 melibatkan kroni umno/bn..gani patail tidak kebal undang2 dan boleh diheret ke Mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa dan pecah amanah....betapa malunya kita sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri,Menteri2 Kabinet dan Peguam Negara yg korup serta perasuah tegar.



Bekas pengarah urusan Ho Hup Bhd, Datuk Low Tuck Choy membuat laporan polis yang mempersoalkan mengapa siasatan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan rasuah masih belum dimulakan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Low mendakwa bahawa invois Ho Hup yang tertera nama Abdul Gani seperti yang dimuatkan di dalam satu blog pada tahun lalu merupakan dokumen asli.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan timbalan menteri Datuk Liew Vui Kong di parlimen pada bulan lalu bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada akan memulakan siasatan.

Invoise berkenaan menyatakan bahawa sejumlah RM18,000 dibayar oleh Ho Hup selepas kerja-kerja elektrikal dijalankan ke atas satu banglo di Seremban.

Low, 54, dalam laporan polis bertarikh 20 Julai yang dilihat Malaysiakini, mendakwa belum ada pihak yang mengambil kenyataannya selepas laporan yang dibuatnya berhubung hal ehwal syarikat berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dua tahun lalu.

Low juga berkata beliau turut membuat aduan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga dua tahun lalu.

Beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat Abdul Gani “tanpa gentar atau pilih kasih".

“Saya merujuk kepada kenyataan Liew di parlimen pada 26 Jun, di mana beliau menyatakan bahawa SPRM masih sedang menimbangkan kemungkinan untuk menyiasat dakwaan bahawa Abdul Gani telah menerima rasuah daripada satu firma pembinaan.

“Saya percaya firma pembinaan yang dirujuk oleh Liew itu ialah Ho Hup. Berdasarkan kenyataan Liew, saya berpandangan bahawa SPRM sebenarnya masih belum memulakan siasatan ke atas Abdul Gani tetap hanya mempertimbangkan untuk berbuat demikian.

"Pemahaman saya ialah, SPRM masih belum membuka fail siasatan ke atas Abdul Gani," kata Low dalam laporan polisnya.

Beli Kereta ‘Toyota Camry’ Tak Boleh Tapi Beli Kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ Boleh Pulak!!


  
Memang macam gampang perangai menteri besor mahkamah nih..sah2 memang hitam metalik hati perut menteri besor mahkamah nih..cakap tak serupa bikin..bak kata haji najib penyamun al tarbusi..macam haram jadah..

Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Persoalan juga timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak ‘patriotik’?

Adakah juga Datuk Seri Zambry menepati janji mahu berbelanja secara berhemah yang pernah dilontarkan juga kepada Datuk Seri Nizar ketika itu?

Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?

Kami mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat.
Dan penting juga adakah ianya dibuat secara terus pembelian tersebut atau sebaliknya?

Janji Masyuk Ditepati!! Saman Trafik RM2,000




Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

“Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu.

“Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja.

“Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana,” katanya lagi.

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani ‘akujanji’ untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya.

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun.

Awat Ketua Pemuda PAS Pusat masih nak berlembut dengan Ust Nasha?



Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa datang bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikai parti di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan PAS.

"Saya menggesa supaya Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. - Hrkh.    
Pada aku kenyataan yang lembut macam tu sangat tak sesuai keluar dari mulut Ketua Pemuda PAS. Langsung tak melambangkan ciri-ciri dan sifat kepemudaan.

Nada lembut penuh hati-hati macam tu mungkin sesuai kalau datangnya dari Dewan Ulama' yang bersifat murabbi ataupun Dewan Muslimat yang bersifat keibuan. Malah aku tak terkejut kalau Ketua Dewan Muslimat atau Pengerusi Ameerah  keluarkan kenyataan yang lebih keras dari kenyataan Ketua Pemuda PAS ni.

Dewan Pemuda PAS sepatutnya jadi pendesak kepada parti, pendekatan berlembut terutama dengan pihak yang mencabar parti sangat tak sesuai dengan pemuda. Pemuda PAS Pusat patutnya bersikap keras mempertahankan pendirian dan keputusan parti tak kira dengan sapa pun termasuk Presiden PAS sendiri kalau perlu.

Ust Din Tantawi patutnya bersikap keras macam kenyataan Dewan pemuda PAS Kelantan yang lantang desak Ust Nasha supaya letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Satu kenyataan yang pada aku cukup cantik dan sesuai dengan sifat kepemudaan. Aku yakin kalau orang macam Raja Iskandar atau Ust Ridwan Mohd Nor yang jadi Ketua Pemuda tentu punya berbeza nada dari Dewan Pemuda PAS Pusat.

Lagipun, sapa Ust Din Tantawi nak nasihat Ust Nasha supaya datang bertemu dengan pimpinan parti kalau ada yang dia tak puas hati. Tambahan pulak bukan baru sekali Ust Nasha buat perangai macam tu.

Takkan Ust Din Tantawi lupa yang Ust Nasha adalah AJK PAS Pusat dan juga Ahli Majlis Syura' yang juga mantan Setiausaha Agung PAS yang kemudiannya dipilih sebagai Timbalan Presiden sebelum ditewaskan oleh Mat Sabu dalam pemilihan sebelum ni.

Satu kerugian yang sangat besar kalau orang muda berlagak nak jadi macam orang tua. Kalau nak bawak stail orang tua jangan duduk dalam Dewan Pemuda, pi duduk dalam Dewan Ulama'. Kalau Ketua Pemuda PAS Pusat terus macam ni jangan marah tak respek Dewan Pemuda.


Ust Nasha nampak takut nak mengadap Majlis Syura'?



Yang ditunggu-tunggu ramai dah pun muncul, Ust Nasha dah pun buat kenyataan rasmi dengan wartawan sebaik saja sampai dari luar negara.

Ada 2 isu, yang pertama pasai hukum hudud dengan pendirian Karpal Singh jadi isu utama dan dia gesa pimpinan PAS nyatakan pendirian berkenaan pendirian Karpal Singh yang tak setuju dengan hukum hudud.

Isunya sekarang ni bukan cerita dia nak masuk Umno ka takmau tapi dia dilihat 'mesra' Umno dan bawa 'suara' Umno. Sama macam semua katak-katak yang melompat sebelum ni, kalau tak silap aku takdak lagi dari kalangan wakil rakyat yang melompat tu masuk Umno tapi depa semua bawak 'suara' Umno.

Isu kedua, berkenaan pertemuan yang Ust Nasa turut sama antara Ulama' Saudi dengan Najib Razak dan dia kata dia langsung takdak niat nak masuk Umno.

Isunya sekarang ni bukan cerita dia nak masuk Umno ka takmau tapi dia dilihat 'mesra' Umno. Sama macam  semua katak-kata yang melopmpat sebelum ni, kalau tak silap aku takdak lagi dari kalangan wakil rakyat yang melompat tu masuk Umno tapi depa bawak suara Umno lebih kurang sama macam suara Ust Nasha sekarang ni.

Yang aku mushkilnya pasai apa Ust Nasha nampak macam takut-takut nak mengadap Majlis Syura' dan juga Jawatankuasa PAS Pusat.

Bagi yang tak berapa nak boleh tengok clip video tu mungkin terpaksa berpuashati boleh baca laporan kenyataan media Ust Nasha macam kat bawah ni.
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Makkah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah. - Sinarharian


Seksyen 114A: Kenyataan bangang Rais dan Soi Lek




mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tidak ada sebab untuk rakyat takut dengan peruntukan Sekyen 114A Akta Keterangan 1950 kerana ia dilaksanakan berdasarkan anggapan fakta dan bukannya anggapan bersalah.

Beliau berkata mana-mana pihak yang dituduh mengikut peruntukan Seksyen 114A mempunyai hak untuk menangkis dakwaan itu di mahkamah.

"Dan terserah kepada mahkamah akhirnya untuk memberikan justifikasi apa yang perlu dilakukan (putuskan)," katanya kepada pemberita - mStar
Bangang punya menteri, ini bukan sebab takut tapi sebab zalim.

Tak pasal-pasal rakyat yang tak bersalah terpaksa buang masa, buang duit turun naik mahkamah untuk mempertahankan diri pasai nak mudahkan kerja polis.

Seksyen ni cukup jelas nampak ada tujuan lain, untuk sekat kebebasan berinternet dan kebebasan media baru. Maksud aku undang-undang ni nampaknya nak takutkan rakyat untuk berinternet dan terlibat dengan media baru.

Lagi satu, macam yan tertulis dalam imej ringkasan kat sebelah ni, Seksyen 114A ni sediakan ruang yang cukup mudah untuk menganiaya orang lain. Tak ka bangang punya celaka tu.

MalaysianInsider pulak melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Seksyen 114A dalam pindaan Akta Keterangan 1950 telah dibahaskan di Parlimen dan diluluskan tanpa undian belah bahagi, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Menurut beliau, pembangkang yang memainkan isu ini adalah hipokrit kerana mereka tidak mengundi dalam parlimen pada hari pindaan itu diluluskan.

“Jika sekiranya mereka menentang, mereka seharusnya memanggil Parlimen untuk undian belah bahagi untuk memastikan pindaan ini tidak digazetkan,” katanya dalam satu sidang media di Menara MCA hari ini.

Menurut Chua, ketika akta ini dibahaskan, pembangkang tidak memberi hujah mereka, tetapi apabila sudah dijadikan undang-undang, barulah mahu bersuara.

“Ini adalah politik tidak jujur dari pihak pembangkang,” kata Chua lagi. - TMI.
Ini sorang lagi bekas menteri yang bangang. Takkan dia tak ingat macamana sidang parlimen buat 'rekod gila' untuk luluskan rang undang-undang ni?

Harakahdaily melaporkan:
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus bersikap 'flip-flop' dalam tindakannya dan terbaru mahu mengkaji semula Seksyen 114A, Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan.

Bercakap pada, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, apa yang berlaku itu akibat kerajaan tergesa-gesa meluluskan lapan rang undang-undang dalam masa sehari pada persidangan perlimen lalu. - Hrkh.
Yang lebih gila lagi bila Sidang Parlimen hari terakhir untuk penggal tersebut 'menggantung masa' untuk luluskan semua 8 RUU tu dan sidang hari tu ditangguhkan pada pukul 3.21 pagi.

Nak berhujjah apa kalau Sidang Parlimen gunakan sistem 'buldozer' bangang sampai macm tu. Pasai tu la kut Najib pun nampak macam tak mampu nak pertahankan Seksyen 114A tu sampai suruh kabinet kaji balik.

Aku rasa Najib pun depa tak sempat bagi taklimat pasai Seksyen 114A tu.


Kalau undang-undang keluarga boleh pasai apa pulak Hudud tak boleh?



MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.

Pengerusi DAP Nasional itu (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam “adalah sangat tidak bertanggungjawab”, dan “saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam.” - TMI
Tak habih-habih la Karpal Singh ni nak tunjuk hebat dia yang tak tara mana tu. Tah apa persepsi yang dia nak tanam aku pun tak pasti. Yang aku herannya, dia sorang ja yang kecoh, lain-lainb pemimpin DAP rileks ja.

Sebagai seorang peguam 'senior' dan ahli politik veteran tentu dia tau dan sedar apa yang dia buat. Ikut suka dia la nak saman sapa pun, jangan saman aku dah... Hahaha...
Aku bukan nak ulas pasai Karpal Singh nak saman Ust Nasha, lantak pi kat dia la, tapi aku nak ulas sikit pasai benda lain yang Karpal Singh kata dalam laporan MalaysianInsiders tu.
Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana “hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam” sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular. - Ibid. 
Juga dilaporkan:
Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud,” katanya lagi.

“Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku,” tambahnya lagi. - Ibid.
Sebagai orang yang takdak latarbelakang undang-undang aku memang boleh dikira jahil bab undang-undang. Tapi aku ada sikit mushkil macamana pulak undang-undang hudud tak boleh dilaksanakan atas alasan Malaysia bukan Negara Islam tapi Undang-undang Keluarga Islam boleh pulak dilaksanakan.

Bahkan Malaysia ada Mahkamah Syariah yang hanya boleh bicarakan kes yang melibatkan orang Islam. Kalau Mahkamah pun dah ada apa masalahnya kalau takat nak tambah sikit lagi kepada Mahkamah Syariah tu.

Bab tak berapa nak tepat macam syariat Islam yang sebenar tu isu lain tapi yang jelasnya sebahagian dari undang-undang Islam dah pun berjalan di Malaysia yang semua orang setuju negara sekular kecuali sekelompok kecil yang berpegang dengan 'mazhab CheDet'

Dr. Mahathir pernah sebelum ni buat lawak bila istiharkan Malaysia sebagai Negara Islam di depan pemimpin dan ahli MCA.

Lain la kalau nak laksanakan undang-undang Hudud untuk semua rakyat Malaysia tak kira agama macam yang Adun Umno Johor cadangkan tu. Kalau macam tu mungkin la kut relevan perlu ujud Negara Islam yang sebenar dengan kuasa mutlak baru boleh laksanakan Undang-ungang Hudud versi Umno.

Apa pun, itu cuma persepsi aku yang jahil bab undang-undang yang mungkin sama dengan majoriti rakyat Malaysia yang juga jahil tentang undang-undang yang nilai undi setiap orang sama dengan nilai undi mana-mana pakar undang-undang sekali pun.


Ust Nasha bakal 'selamat' lagi sekali?



MalaysianInsiders melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berpendapat bahawa kenyataan Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat, adalah pandangan peribadi beliau semata-mata.

Beliau berkata, ini adalah percubaan media arus perdana untuk memainkan sentimen kepartian untuk memecahbelahkan pimpinan PAS.

“Saya rasa tak perlu ulas panjang tentang isu ini, pihak pimpinan akan berbincang tentang hal ini,” katanya lagi. - TMI.  
Harakahdaily pulak melaporkan:
[Sumber: Hrkh]
Dari 2 kenyataan dari 2 orang pimpinan tinggi PAS tu nampak macam ada bunga-bunga Ust Nasha akan 'terlepas' lagi kali ni.

Tapi kalau tengok kenyataan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, nampak macam ada harapan Ust Nasha akan 'kena' kali ni.

Harakahdaily melaporkan:

“Secara asasnya, kenyataan beliau ini bertentangan dengan apa yang beliau sendiri ucapkan dalam muktamar bahawa keputusan Tahaluf Silasi bersama dengan DAP dan PKR telah melalui satu perbincangan mendalam dengan para ulamak muktabar. Ia bukannya keputusan di kedai kopi atau di tepi jalan,” kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, Nasharuddin perlu menjelaskan kedudukan beliau.

"Dan sekiranya kenyataan ini diselewengkan, maka kita harap beliau dapat membuat penjelasan bagi mengelak kekeliruan berpanjangan,” tegas beliau.

Sekiranya Nasharuddin tidak mengambil inisiatif tersebut untuk menjelaskan kedudukannya, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat bersama Majlis Syura akan berbincang untuk tindakan seterusnya dalam mesyuarat akan datang. - Hrkh.
Kalau tengok ke kenyataan media yang Ust Nasha buat lewat petang semalam, aku tak yakin jawapan dia tu boleh memuaskan hari Majlis Syura' dan Jawatankuasa PAS Pusat.


Selamat Hari Raya ..Bersama Rohingya


HARI-HARI Rohingya dibunuh..
Diperambat..
Dirogol..
Kampung di Myanmar dibakar..

Sanggupkah saudara se Islam melihat...
mereka berhari raya sedang lelaki jahannam
berada di atas perut anak gadis mereka? 

Negara ini  jiran Islam terdekat..
Bertaraf pengecut, jika beralasan tidak campur negara orang..
Di negara ini ada 300ribu Rohingya bertaraf pelarian.
Apa kita turut tindas mereka yang tertindas?
Tiada pembelaan setaraf sesama Islam?
Bermewah di atas gelimpangan mayat saudara sendiri..
 
Ya, Allah
Jahannam, tewaskan thaghut
sama kuncu-kuncu..

Selamat hari Raya!
Maaf zahir batin.
Kepada semua pembaca, pengkritik dan penyokong.

Bekas Setiausaha Dewan Negeri Perak Dakwa Nizar Adalah MB Perak Yang Sah



Dato’ Seri Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak yang sah telah dijatuhkan oleh Umno/Apco melalui rampasan kuasa yang paling kotor dalam sejarah komanwel.


Bekas Setiausaha Dewan Negeri Perak,Abdullah Antong (kiri) semasa diwawancara oleh Misbahul Munir dari Perakite Daily.


Nama Abdullah Antong pernah dilanda kontroversi apabila dilihat menjadi dalang dalam insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009.

Beliau baru-baru ini telah mengisytiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Tindakan tersebut telah membuatkan BN dalam keadaan sangat takut kerana beliau banyak mengetahui tentang krisis politik di Perak itu. Perakite Daily bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir telah mewawancara beliau untuk mengetahui lebih lanjut.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Baru-baru ini Saudara telah mengiystiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat melalui satu program Hi-Tea yang dianjurkan oleh PAS Perak. Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?

Abdullah:

Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.

Walau bagaimanapun seperti kebanyakan rakan-rakan lain yang menyertai PAS adalah kerana mendapat hidayah dan kesedaran daripada Allah.

Saya menyokong PAS bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan mendapat imbuhan dan balasan. Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin PAS atau menjadi calon. Saya hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk tumbangkan BN dalam PRU akan datang.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Saudara pernah dilabel sebagai konspirator dalam insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak oleh blogger-blogger dan masyarakat khususnya penyokong Pakatan Rakayat yang mungkin tidak tahu situasi sebenar. Apakah perasaan Saudara apabila ditohmah sebegitu rupa, dan di waktu itu apakah kedudukan yang sebenar ?

Abdullah:

Secara peribadi saya berasa sedih kerana saya tidak boleh menjelaskan perkara sebenar ketika itu disebabkan tiada platform dan ruang untung menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.

Sehinggakan jiran-jiran saya berpandangan serong kepada saya yang dianggap telah bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya ingin jelaskan dan tegaskan bahawa saya tidak terlibat langsung dengan apa yang dipanggil konspirasi apatah lagi sebagai konspiratornya.

Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.

Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.

Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan.

Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.

Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.

Jadi kenyataan itu tidak ada kaitan dengan konspirasi rampasan kuasa oleh BN.

Saya mahu tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat termasuklah dalam urusan ‘membeli’ Adun dan sebagainya

Dalam kesempatan ini saya ingin bersihkan nama saya yang dianggap menjadi “conspirator” dalam insiden rampasan kuasa oleh BN itu.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila Adunnya melompat parti tetapi Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat serta disokong oleh beberapa pakar perundangan bertegas bahawa Nizar tetap sebagai Menteri Besar yang sah. Jadi apa pandangan saudara ketika itu?

Abdullah:

Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.

Saya lebih cenderong untuk setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Apa pandangan En Abdullah ketika insiden V Sivakumar diusung keluar yang ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai Speaker?

Abdullah:

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.

Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

En Abdullah ada pengalaman yang lama dengan BN berbanding dengan Pakatan Rakyat yang cuma 11 bulan, jadi apakah perbezaan yang ketara antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN?

Abdullah:

Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.

Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato’ Seri Nizar.

Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.

Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.

Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.

Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.

Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.

Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato’ Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .

Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.

Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato’ Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Semasa pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan dahulu, PAS dan Menteri Besar sering dimomokkan sebagai "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP, Dato’ Seri Nizar pula hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa sahaja keputusan. Jadi apa pandangan Saudara?

Abdullah:

Saya lihat inilah yang menjadi modal utama BN bagi memberi persepsi buruk masyarakat terhadap PAS dan ini adalah tidak betul sama sekali.

Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato’ Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’ Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato’ Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

Misbahul Munir/HARAKAH:

Selepas mengisytiharkan diri sebagai penyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, adakah terdapat kekangan-kekangan dan tawaran yang datang dari kerajaan BN Perak?

Abdullah:

Sahabat-sahabat saya tiada masalah dengan tindakan saya menyertai PAS, ada juga yang membantah. Ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saya muncul kembali Mereka fikir, selepas pencen saya berdiam diri dan tidak peka dengan politik semasa.

Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan ada berjumpa saya menasihatkan saya supaya membatalkan hasrat untuk menyertai PAS. Saya tidak pastilah, itu kehendak dia ke atau diminta oleh pemimpin Umno untuk memujuk saya.

Saya hairan kenapa mereka sangat terkejut dengan tindakan saya, adakah ianya isu hangat, adakah saya ini terlalu bahaya dan kemunculan saya akan meresahkan BN. Sedangkan ramainya bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat seumpama satu fenomena masa kini.

Kemungkinan juga kerana saya banyak mengetahui cerita dan rahsia. Saya tahu ada perkara yang boleh diceritakan, ada rahsia yang tidak boleh didedahkan. Perkara-perkara kecil yang tidak menjadi rahsia kerajaan bolehlah saya kongsikan.

Sampai sekarang ini, mereka masih memerhatikan saya dan mengikuti perkembangan ini. Saya juga diminta berjumpa dengan orang politik Umno-BN untuk kononnya ingin mentarbiah atau “brainwash” saya. Saya ucap terima kasih sahajalah kerana saya telah memilih halatuju sendiri.

Saya berharap mereka tidak mengganggu saya sebagai rakyat yang cintakan demokrasi. Saya pasti saya tidak akan memperolehi apa apa dari kerajaan negeri hatta sebidang tanah RPT pun selepas ini.

Misbahul Munir/HARAKAH:

Untuk yang terakhir ni, apa seruan En Abdullah kepada seluruh rakyat Perak dalam PRU akan datang.

Abdullah:

Saya nak beritahu, BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.

Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini.

Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.