Thursday, September 15, 2011

Siapa Bercakap BENAR Antara Mufti Perak Dan Mantan Perdana Menteri Kes Pecat DS Anwar? Jom Bongkar...

Sebelum ini Mufti Perak, Harussani ada berkata beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Agak lama Mahathir ingin membalas balik perkara tersebut. Hari ini Mahathir menafikan Harussani pernah menasihati. “Meskipun jika mufti menasihati saya, dan saya menafikan beliau ada berbuat demikian, saya tidak dapat menerima nasihat seperti itu,” kata Mahathir.

Mahathir juga mengutuk Harussani dengan berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.

“Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.


Barangkali Mahathir bukannya pernah dan nak dengar orang agama menasihatinya. Kita juga pernah mendengar hukum agama pun dia permainkan!!
Anda mungkin juga meminati:

Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ 

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta."
(Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Piramid Bosnia


Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Baru 3 Tahun Jadi Menteri Dah Hidup Mewah - Minta Penjelasan Sikit!!


Mohon penjelasan rumah mewah Datuk Seri Jamil Khir
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit. Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun  oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir - gambar) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu  jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu  yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah. Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.


“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain”katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali. Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu. Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

MAT SABU VS IBRAHIM ALKATAKI DI PASIR MAS - BULU SIAPA YANG AKAN DICABUT?

Oleh: WFAUZDIN NS

`SEEKOR katak' dari Pasir Mas mahu tunjuk hebat di atas nama PERKASA kununnya beliau lebih berani dari Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri di dalam menangani isu Mat Sabu sekiranya beliau diberi peluang menjadi Menteri Dalam Negeri. Raja katak ini terlupa bahawa kerusi beliau di Pasir Mas itu pun hasil kesihan orang-orang PAS kepadanya yang sebelum ini beberapa kali bertanding sebagai calon Bebas di situ tetapi teruk kena `buli'.



Berahim raja katak ini menunggu masa sahaja untuk di`pijak' oleh rakyat Pasir Mas agar peribahasa `mati katak' menjadi realiti selepas PRU ke 13 nanti, itu pun jika raja katak ini masih mempunyai `buah' kejantanannya. Tetapi kita semua tahu, beliau tidak pernah ada `buah', dan ini terbukti sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Di dalam TV, bagaikan nak pecah kaca TV dengan suara penuh semangat beliau memberi amaran kepada BERSIH untuk berdepan dengan puluhan ribu geng-geng `berudu' di dalam PERKASA. Bila tiba masanya, beliau duduk di bawah ketiak bininya dan `berudu-berudu' peliharaannya menonton TV di restoren mamak.

Malaysiakini hari ini memetik kenyataan raja katak yang kesal kerana KDN masih tidak melakukan apa-apa terhadap Mat Sabu. Katanya, "Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut (Malaysiakini). Saya mahu tanya, siapa yang bodoh sangat mahu melantik raja katak ini untuk menjadi Menteri? Semua tahu, usahkan Menteri sedangkan kerusi MP Pasir Mas yang dia duduk sekarang ini pun atas simpati PAS. Tidak malukah raja katak berangan mahu menjadi Menteri?

Ada seorang bekas pemimpin Umno yang kini menjadi pemimpin di dalam PKR di Pahang menceritakan, pernah suatu ketika sewaktu raja katak ini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang-undang di bawah pimpinan Mahathir Kutti, raja katak pernah komplen kepada Mahathir di dalam satu Mesyuarat Kabinet. Raja kata ini berkata, beliau pernah menyuruh Ketua Hakim Negara mengadapnya di pejabat tetapi Ketua Hakim Negara tidak mahu datang berjumpanya. Semua ahli kabinet yang mendengar rungutan raja katak di waktu itu tertawa. Ertinya, Ketua Hakim pun tidak respek raja katak walaupun dia Menteri yang menjaga undang-undang. Apa yang raja katak tahu pasal undang-undang?

Raja katak ini jika diberi apa jua jawatan, tidak akan memberi makna apa pun. Orang yang kuat `mengipas' untuk hidup ini selalunya tidak cerdik, sebab itu hanya bergantung sekuat mana `kipasan'nya kepada bos. Sekarang, berangan untuk menjadi Menteri Dalam Negeri? Belum menjadi Menteri lagi sudah ada niat buruk dan hasad dengki. Orang macam ini usahkan Umno, jauh sekali lah PAS, DAP atau PKR, Parti Komunis Malaya pun jika masih wujud tidak akan pilih raja katak menjadi ahli.Link
Oleh kerana raja katak teringin sangat mahu menjadi Menteri Dalam Negeri, kita cabar beliau memohon menyertai Umno dan bertanding atas tiket Umno di dalam PRU akan datang. Itulah sahaja jalannya jika beliau ingin menjadi Menteri, itu pun jika Umno masih belum dikuburkan. Masalahnya, adakah ahli-ahli Umno berselera dengan spesis seperti Berahim Ali ini?

Suka kita ingatkan Berahim, usahlah bercita-cita mahu mencabut bulu Mat Sabu jika beliau sendiri takut pada bini. Saya sokong jika Mat Sabu bertanding di Pasir Mas nanti untuk kita lihat `bulu' siapakah yang tercabut di situ. Setuju?/wfauzdin.blogspot.com