Thursday, November 25, 2010

Sidang DUN Perak - Sila benarkan perbahasan tanpa diganggu

Sekretariat Pakatan Rakyat, YB Idham Lim , Adun Titi Serong, dalam satu kenyataannya disini berkata bahawa Adun-adun Pakatan Rakyat berharap persidangan Dewan Rakyat Negeri yang akan bermula pada 30 November ini akan dapat berjalan lancar tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak.

Beliau berharap persidangan kali ini bukan sekadar satu hari sahaja sebagaimana yang berlaku sebelumnya.Beliau berharap supaya ianya diadakan sekurang-kurangnya tiga hari supaya segala isu yang berhubung dengan masalah rakyat dapat ketengahkan dan dibahaskan dengan baik.

Menurutnya lagi bahawa arahan telah dikeluarkan kepada semua Adun-Adun Pakatan Rakyat supaya menyediakan text perbahasan yang lengkap dengan fakta bagi tujuan membahaskan isu-isu rakyat.

“Kami berhasrat untuk membahaskan isu-isu rakyat bagi tujuan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” kata Lim.

Beliau berharap peruntukan masa yang cukup dan sesuai diberikan untuk perbahasan dan meminta supaya pembesar suara tidak dimatikan apabila Adun Pakatan Rakyat sedang berhujjah.

“Sila benarkan orang ramai hadir untuk turut menyaksikan persidangan tersebut sebagai membuktikan ketelusan kerajaan yang ada ini,” katanya.

Disamping itu, beliau berharap bahan-bahan yang tidak pernah dilarang masuk sebelum PRU ke-12 dulu, dibenarkan bawa masuk seperti komputer, kamera dan telefon.

Jeng Jeng Jeng...Najib Dalam Bahaya?



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.

Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.

Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.

Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.

Seorang penceramah agama dalam kuliahnya di sebuah surau dekat Rawang berkata, beliau telah berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya dan yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.

"Saya tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu saya teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4," kata penceramah itu dalam kuliah dhuhanya di surau itu.

Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.

Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.

Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.

Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.

Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu. Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.

Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai. Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.

Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.

DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.

Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.

Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.

Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.

Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh.

Ancak: Pemuda PAS Perak sedia berdebat

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar semua pengendali laman web atau blogger pro Umno BN agar berdepan bersama di atas satu pentas untuk mengemukakan hujah-hujah mereka jika benar-benar berani bersemuka berhubung ancak tiang seri.
Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, ini kerana pihaknya melihat trend penyokong Umno BN yang mengendalikan laman web atau blog pro parti itu sedang menunjukkan mereka di pihak benar dengan memberikan hujah-hujah terutama berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.
DPPN Pk, katanya mengalu-alukan terutama pengendali laman web peraktoday.com dan juga blogger taipingmali.blogspot.com agar menerima saranan berdebat tersebut.
Beliau menambah, DPPN Pk merasakan trend hujah satu hala itu tidak profesional dan menganggapkan berdebat atas satu pentas adalah lebih matang lagi bersifat profesional.
“Mengapa takut jika mereka benar-benar mampu mengemukakan sebarang hujah berkaitan kenyataan DPPN Pk?” soalnya dalam satu kenyataan di sini.
Di atas pentas tersebut, tambahnya masing-masing boleh mengemukakan hujah dan lebih matang serta bersifat berani dengan hujah tersebut.
Tegasnya, DPPN Pk akan menunggu persetujuan bersama untuk berdebat atas satu pentas nanti.
“DPPN Pk berharap mereka tidak takut malah berani untuk menyahut cabaran ini. Bagi DPPN Pk, sama-samalah kita menanti apakah hujah mereka selepas ini,” katanya lagi.

Dr M perlu taubat nasuha" – Mohd Nor Manuty

n100000191866406_3318PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu.
"Muktahir ini Dr Mahathir menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia," kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau berkata, "pada usia senja adalah lebih baik untuk beliau banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.
Menurut beliau, Dr Mahathir bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar.
"Beliau mengaibkan Anwar dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri itu mengaibkan Anwar dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.
Anwar berhak pertahan diri dari fitnah
Justeru itu katanya, Anwar mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah.
"Kiranya tindakan Anwar mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil," ujar beliau.
Beliau memetik sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81).
Menurut Dr Muhammad Nur Dr Mahathir juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu,
kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu.
"Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain.
Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri," terang beliau.
PKR lahir akibat kezaliman Mahathir
Beliau berkata, "parti yang didakwa kecil oleh Dr Mahathir pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
"Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaAllah, mengambil alih pemerintahan negara.
"Inilah yang digeruni oleh Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi,’ tambahnya.
Ujar beliau lagi, "seandainya Anwar itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Dr Mahathir, mengapa Anwar masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi
pelbagai media.
"Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antarabangsa," katanya.

DPPPerak: Majlis RM1 Juta Perak Bagaimana?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup hairan dengan sikap ‘double standard’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak terhadap kes yang lebih kurang sama sepertimana yang sedang berlaku di Negeri Selangor berkaitan penahanan seorang pegawai atasan Yayasan Negeri Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000, baru-baru ini.

Pada bulan Mei yang lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) di bawah pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar telah mendedahkan terdapat kos majlis perasmian yang disalahurus serta disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu termasuk di Pejabat Menteri Besar Negeri Perak yang melebihi RM1 Juta. Tetapi malangnya tiada sebarang dan inisiatif tindakan daripada pihak SPRM di dalam perkara ini sehingga hari ini.

DPPN Pk merasakan seolah-olah ada usaha campur tangan pihak-pihak tertentu menyebabkan kes tersebut disenyapkan begitu sahaja. Sedangkan isu yang sama berkaitan Yayasan Selangor setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya.

Manakala di Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika itu hanya mengatakan akan menunggu laporan penuh daripada PAC sahaja. Tidak pula pihak SPRM bertindak menyiasat pendedahan oleh Pengerusi PAC Perak  tersebut serta tiada maklum balas isu tersebut. DPPN Pk berharap pihak SPRM bersikap profesional dalam bertindak tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Si bisu pekak tunjuk kuat


Sikap puak-puak Pemuda UMNO Pulau Pinang yang diketuai Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman yang buat kecoh dan menganggu majlis anjuran Gerakan Mansuhkan ISA Pulau Pinang, ibarat si bisu yang tunjuk lagak kuat.
Nak berhujah tak mampu, kerana bisu dan pekak serta tarak otak... jadi, untuk disrupt majlis dan program orang... tunjuk aksi samseng mereka. Aha... hooligans bodoh sombong. Ciitt... bikin malu imej Pemuda UMNO jer!!
Pihak polis pun satu hal... jadi pak pacak macam tunggul kayu mati. Langsung tak ada reaksi untuk mengambil tindakan terhadap kekecuhan yang dilakukan oleh puak-puak 'si bisu yang tunjuk kuat' ni. Isy.... makan gaji buta or what??
Weh... tak berpegang pada slogan ke?? Slogan bukan main lagi.... 'Adil, Tegas dan Berhemah'. Malangnya... indah slogan daripada tindakan. Mana keadilannya?? Mana ketegasannya?? Hmm... berhemah, jauh sekali.
Macam mana nak ada integritinya... kalau bertindak macam lembu kena cucuk hidung??
Cer baca apa yang berlaku...

KUALA LUMPUR 25 Nov - Penggunaan kekerasan oleh sekumpulan 50 ahli dan penyokong Umno bagi menghalang forum membincangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan di sekitar kompleks Komtar Ahad lalu menunjukkan parti itu tidak mampu terbabit dalam perbincangan secara ilmiah berhubung isu yang melibatkan hak asasi rakyat.

Justeru itu sekumpulan enam badan masyarakat sivil mengecam tindakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman yang didakwa menganggu majlis anjuran Gerakan Mansuhkan ISA Pulau Pinang

Kumpulan itu juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap anggota keselamatan yang tidak menjalankan tugas mengawal keadaaan pada ketika itu malah membenarkan pihak pengacau bertindak ganas serta langsung tidak menghormati pihak penganjur dengan cuba memberhentikan aktiviti aman tersebut.

"Ketua polis Pulau Pinang perlu bertanggung jawab terhadap insiden tersebut kerana secara jelasnya tindakan polis adalah berat sebelah dan tidak bersifat adil. Selain itu, tindakan susulan juga diperlukan terhadap anggota polis yang gagal menjalankan tugas pada masa tersebut.

STRATEGI BN UNTK MENANG PRU 13

...dan yang terbaru mula gunapakai di Sarawak

khabarnya dah diluluskan oleh kak ROS...
 Cuma nak lihat apa reaksi Wan Ahmad pencacai umno dalam SPR ni kerana dulu di PRK Galas katanya pakai t-shirt ada logo 1 malaysia boleh. Besar mana pun tak kira . Dah terbau hancing kerana dia akan kencing rakyat malaysia lagi.

Sultan Johor gesa lagi Najib bina jambatan baharu


Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya kerajaan pusat membina jambatan baharu menggantikan Tambak Johor. Ini merupakan kali kedua baginda menyatakan hasrat itu selepas dilantik menjadi sultan.

Sebelum itu Almarhum ayahanda beliau, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail juga mendesak dirobohkan tambak dan digantikan jambatan baharu demi kebaikan rakyat kedua-dua buah negara dan keperluan ekonomi yang lebih relevan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 dengan harapan pembinaan jambatan baharu itu dapat memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang alik ke Singapura, malah kemudahan untuk rakyat negara jiran melancong ke negara ini.

Sambil menghargai sumbangan besar dan keperhatinan kerajaan kepada masalah rakyat, baginda dengan nada sayu seolah-olah terkilan kerana hasrat ingin melihat Tambak Johor diroboh dan digantikan dengan jambatan baru belum dipenuhi oleh kerajaan pusat.

Menurut baginda lagi, ketiadaan Tambak Johor akan membolehkan air di Selat Tebrau bebas mengalir selakigus memberi kesan terhadap alam sekitar di sekelilingnya.

Apakah reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak tentang permintaan kedua baginda itu? Adakah kerajaan perlu membuka semula perundingan baru dengan Singapura bagi mereaslisasikan hasrat dan gesaan baginda itu?

Apakah Najib bersedia mendengar lagi ulangan kali ketiga dan seterusnya gesaan itu jika pintu rundingan tidak dibuka segera dengan pemerintah Singapura bagi menyelesaikan tuntutan baginda itu?

Episod baharu ini membuktikan desakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Almarhum ayahnda baginda dan majoriti warga Johor yang ingin melihat jambatan baharu dibina bagi menggantikan Tambak Johor bukanlah cerita omong kosong atau impian individu tertentu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Senario itu juga memberi isyarat bahawa soal pembinaan jambatan baharu adalah isu popular yang sudah menjadi perhatian dan kehendak mendesak semua rakyat Malaysia umumnya dan warga Johor khasnya.

Apa yang diperlukan kini ialah keazaman kuat dan keberanian Najib untuk mencari jalan keluar berunding sebaik mungkin dengan pemimpin negara jiran itu supaya menerima hakikat sebenar keperluan dirobohkan tambak dan dibina segera jambatan baharu demi persahabatan dan hubungan istimewa kedua negara yang sudah terjalin lama dalam ikatan sejarah.

Jika Singapura enggan bekerjasama, kerajaan boleh membina jambatan bengkok di sebelah perairan kita seperti yang dihujah Mahathir sebelum ini. Ini dibenarkan dari sudut undang-undang kerana kita tidak menyentuh atau memasuki daerah perairan Singapura.

Dan jika cadangan itu tidak diterima pemerintah negara jiran yang terkenal sikap kaisu (tidak mahu kalah), kerajaan harus segera menyerahkan perkara itu kapada mahkamah antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian adil dan abadi.

Adakah Ini Bukti PAS Kuat?

Saya tidak tahu berapa jumlah edaran bulanan Harakah cetak seluruh negara. Apa yang saya tahu, Perlis hanya ratus-ratus sahaja. Ini bukan baru tetapi sudah agak lama. Ahli PAS di Perlis ramai, tetapi pembaca Harakah tidak setara mana.
Ada orang PAS yang tidak pernah beli Harakah langsung. Dia cuma tunggu untuk dengar ceramah sahaja. Tanpa ceramah, maklumatnya hanyalah parlimen kedai kopi. Namun begitu, orang sebegini, sokongannya kepada PAS tidak pernah berubah.


Saya kenal bekas seorang pengedar Harakah. Dulu dia mengedarnya dengan setia. Dia tidak langsung memungut duit edarannya tetapi dibiarkan terkumpul. Apabila tiba musim membajak sawah, duit terkumpul jualan Harakah itulah dijadikan upah membajak sawahnya.
Tetapi kini dia tidak lagi membuat kerja itu. Katanya, letih dan sudah tidak mampu untuk berkunjung dari rumah ke rumah seperti dulu untuk melakukannya. Dia sudah semakin berusia. Pada anggapan saya, mungkin pembaca Harakah yang diedarkan kawan saya ini kini jarang sekali membaca Harakah.
Kenapa? Sebab mereka membaca Harakah tanpa perlu membayar tunai dan Harakah dihantar ke hadapan tangga mereka.
Namun begitu, apabila terbaca ada ADUN yang ingin menyaman Harakah, saya agak terkejut. Rupa-rupanya Harakah punya kekuatan yang digeruni. Kalau Harakah tidak berkesan, untuk apa tindakan saman bakal diambil.
Saya fikir, tidak berapa kerat orang Umno atau orang atas pagar yang baca Harakah. Jika orang PAS sahaja yang baca Harakah, untuk apa ADUN itu takut. Orang PAS sokong PAS bukan sangat kerana baca Harakah. Dia tidak baca Harakah pun dia tetap sokong dan undi PAS.
Kalau orang Umno baca Harakah pula, saya fikir sikapnya hampir sama dengan orang PAS baca Utusan Malaysia. Masuk mata kiri keluar mata kanan. Atau, macam orang PAS tengok TV3. Hah, dasar TV tiga suku katanya.
Namun apabila tersiar berita orang kuat Umno nak saman Harakah, maksudnya dia bimbangkan pengaruh Harakah. Akhbar itu memang ada ‘power’ mempengaruhi orang untuk membenci BN dan Umno.
Justeru Harakah harus mempertahankan momentum ini. Harakah jangan sekadar memuaskan hati orang PAS dengan berita mengenai kegiatan PAS sahaja, tetapi akhbar itu perlu membongkar.
Pembongkaran memuaskan hati orang PAS dan memeningkan orang Umno. Tetapi kalau nak bagi orang PAS syok, banyakkan berita yang menyiarkan aktiviti pemimpin PAS, apatah lagi pemimpin muda.
Jika itu keadaannya, orang yang terpampang gambarnya dalam Harakah memang syok, dan pemimpin Umno pun syok juga sebab berita sebegitu tidak menggugat Umno.
Maka, jika ditanya kepada saya, berita bagaimanakah yang perlu ditampilkan oleh Harakah. Saya kata, berita yang mendedahkan akhbar itu kepada saman pemimpin Umno.
Tidak takutkah kepada saman? Jika apa yang kita laporkan adalah benar, beretika, biarlah mereka saman. Apa nak ditakutkan?

Said Zahari: Utusan Rugi Apabila Pembaca Bosan Corak Pemberitaan

Kerugian yang dicatatkan akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, berpunca daripada pembaca yang tidak lagi menggemari corak laporan akhbar itu kata tokoh wartawan veteran, Said Zahari.

Melihatkan kepada perkembangan dan trend pembaca hari ini, Said berkata, sebenarnya pembaca mulai bosan dengan corak pemberitaan terkongkong yang diamalkan oleh Utusan.

Utusan katanya harus kembali sebagai sebuah medium yang bebas dalam melaporkan jika mahu memulihkan kembali jumlah edarannya.

"Utusan Melayu sebelum ini melakukannya dengan baik tetapi sampai apabila ia dikuasai oleh parti politik(Umno) dan pemberitaannya dan juga dasar-dasarnya, ia menjadi sempitlah. Sebab surat khabar ini untuk seluruh rakyat," katanya.  

Tambah Said lagi, walaupun Utusan tidak mengisytiharkan mereka adalah lidah rasmi Umno dan kerajaan, namun rakyat katanya bijak 'membaca' berdasarkan laporan akhbar itu.

Lalu masyarakat menzahirkan rasa tidak senang mereka melalui memboikot atau tidak membeli akhbar berkenaan dan fakta itu dikuatkan lagi dengan kerugian lebih RM10 juta yang dialami oleh Utusan kata Said. 

"Saya fikir ini bukan soal muak tetapi soal apa yang dipaparkan oleh Utusan Melayu ini terlalu tersekat, ataupun banyak laporan-laporan dari parti pembangkang dan umum yang tidak tersiar dalam surat khabar itu kerana mungkin penguasa akhbar itu tidak suka selain daripada partinya sendiri," ujar beliau. 

Said menambah, untuk menjadi sebuah media yang digemari dan dapat menarik ramai pembaca, ia bukan lagi seperti zamannya dahulu, apabila Utusan yang pada asalnya dikeluarkan dalam edisi Jawi, menukarnya kepada rumi untuk menarik pembaca pelbagai kaum, namun dasar dan corak pemberitaan itu perlulah lebih diutamakan.

"Tetapi itu sahaja tidak cukup untuk orang ramai membaca surat khabar itu.Ertinya surat khabar itu harus memainkan peranan yang bebas daripada penguasaan parti politik atau kerajaan," katanya lagi.  

Bercakap kepada Tv Selangor, Said yang juga bekas pengarang akhbar tersebut suatu ketika dahulu berkata, kurangnya minat pembaca membeli akhbar Utusan mengakibatkan para pengiklan sekaligus berpindah kepada media-media lain yang lebih mendapat perhatian pembaca di negara ini.

"Kalau soal iklan, iklan ini berkaitan dengan perniagaan. Pengiklan-pengiklan ini akan mengiklankan produk mereka di dalam surat khabar buku atau apa pun yang banyak pembacanya kerana ia ditujukan kepada pembaca. 

"Orang-orang tidak akan mengiklankan produk-produk mereka sekiranya surat khabar itu pembacanya makin menurun," kata Said Zahari ketika diminta mengulas penurun edaran Utusan Melayu yang mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.    

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, akhbar itu mengalami kerugian akibat kurang mendapat sambutan dari pengiklan-pengiklan selain mendapat saingan sengit dari saluran media lain.

Pendapatan akhbar itu dikatakan merosot akibat pengiklanan daripada RM253.847 sebelumnya kepada RM244.564 juta.

Manakala untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas lapor Bernama.

PAS tahu siapa pasang banner tak nak wang judi

 Nampak gayanya, ada pihak tertentu bagaikan cacing kepanasan dan hilang arah apabila menaikkan beberapa kain rentang 'Kami tak nak wang judi' berlambangkan PAS dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di beberapa lokasi.
Walhal isu berkenaan telah pun senyap setelah Umno yang membangkitkan itu tersebut kena tumbukan 'KO' oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man yang memperjelaskan tohmahan yang sengaja dikait dengan Kelab Lumba Kuda.
Bukan beliau sahaja yang menghuraikan isu berkenaan malahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa semua itu fitnah.
Setiausaha Dun Permatang Pasir, Saiful Lizan Mohd Yusof ketika menghubungi menyifatkan, Umno sendiri telah mati akal setelah penjelasan diberikan dalam persidangan Dun baru-baru ini apabila semua hujah yang dilemparkan menerusi suara Adun pembangkang dan media dipatahkan.
Tetapi, katanya entah kenapa tiba-tiba isu itu hendak dibangkitkan semula dengan kain rentang tersebut.
"Ada pihak terasa pedih dengan tindakan Adun PAS membantu patahkan hujah berbentuk dengki yang sering terpampang di dada akhbar.  Nak buat macam mana, " tegas Saiful yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera.
Beliau sendiri melihat kain rentang berukuran 4 kaki x 6 kaki di Jalan P. Ramlee dan terus memotongnya kerana rasa bertanggungjawab berbuat demikian.
Begitu juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Rosli Hasan apabila terserempak dengan banner tersebut berdekatan simpang Permatang Sireh ketika dalam perjalanan ke Kepala Batas.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein berkata, PAS tidak bertanggungjawab terhadap banner itu dan ia merupakan propaganda untuk menimbulkan keraguan rakyat yang telah mula memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Ia juga membuktikan Umno 'terhegeh-heget' kononnya mahu membela nasib orang Melayu sedangkan semasa parti itu berkuasa langsung tidak memikirkan soal kebajikan rakyat.
"Kita tahu ada parti yang geram dengan peranan PAS menyokong tindakan Ketua Menteri untuk meneruskan pemberian wang penghargaan kepada warga emas.
“Namun begitu, PAS telah mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab dan syarikat mana yang mencetakan banner berkenaan," ujarnya.

Pengurusan Kes Saman Pos Malaysia, Mahkamah Tetapkan 23 Dis


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Disember ini untuk pengurusan kes saman Tan Sri Adam Kadir terhadap Pos Malaysia Berhad dan dua yang lain berhubung pemecatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Pos Malaysia Berhad, dua tahun lepas.
Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham membuat keputusan itu di dalam kamarselepas mengadakan pertemuan dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Adam, peguam Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie yang mewakili Pos Malaysia Berhad dan peguam persekutuan Najwa Bistaman yang mewakili Menteri Kewangan Malaysia dan Kerajaan Malaysia.
Najwa, ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa tarikh itu ditetapkan bagi membolehkan kedua-dua pihak iaitu plaintif dan defendan memfailkan pembelaan masing-masing lapor Bernama.
Dalam saman yang difailkan pada 22 Okt lepas, Adam, 68, memohon deklarasi bahawa penamatan atau pemecatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif syarikat itu oleh defendan ketiga iaitu Kerajaan Malaysia melalui defendan kedua (Menteri Kewangan Malaysia) adalah satu pemecahan kontrak yang tidak sah dan terbatal.
Beliau juga memohon deklarasi bahawa penamatan dan pemecatannya adalah tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan. 
Selain itu, Adam memohon beliau dibayar ganti rugi khas, ganti rugi am,ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau. Menerusi pernyataan tuntutan itu, Adam yang dilantik sebagai pengerusieksekutif syarikat itu untuk tempoh dua tahun bermula 1 Mac 2005 mendakwa beliau dimaklumkan bahawa defendan ketiga telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama setahun berkuatkuasa pada 1 Mac 2008, sehingga berakhirnya tempah masa pelantikan iaitu pada 28 Feb 2009.
Namun, katanya, beliau dimaklumkan bahawa pengerusi bukan eksekutif PosMalaysia Berhad yang baru akan dilantik mulai 1 Jun 2008 melalui surat bertarikh 26 Mei 2008 yang ditandatangani oleh defendan kedua bagi pihak defendan ketiga,sedangkan kontrak pelantikannya masih hidup.
Beliau berkata penamatan atau pemecatan jawatan pengerusi bukan eksekutif syarikat itu adalah satu pemecahan kontrak yang tidak sah kerana berdasarkankontrak yang dipersetujui antara defendan ketiga dan plaintif, defendan keduadan ketiga bertanggungjawab untuk membenarkan plantif memegang jawatan itusehingga 28 Feb 2009.
Plaintif juga menegaskan bahawa pemecatannya adalah tidak sah kerana beliau mempunyai jangkaan yang sah untuk memegang jawatan tu sehingga tamat kontraknyapada 28 Feb 2009 sepertimana yang dijanjikan dan dipersetujui oleh defendan kedua dan ketiga. Selain itu, Adam mendakwa tiada sebarang alasan munasabah diberikan mengenai pemecatannya.
Sepanjang penamatan dan pemecatan itu, beliau mendakwa telah menanggung kerugian antaranya kehilangan elaun pengerusi sebanyak RM90,000 bermula dari 1 Jun 2008 hingga 28 Feb 2009, kehilangan penginapan hotel di peringkat domestik dan antarabangsa pada jumlah RM10,000 sebulan dan kehilangan elaun perjalanan (tiket terbang kelas pertama bagi plaintif dan tiket kelas perniagaan bagi isteri plaintif) berjumlah lebih kurang RM160,000.

Ekspo Cheng Ho rapatkan Muslim sedunia


KOTA BHARU, 25 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur Ekspo Cheng Ho 2010, telah berjaya menyatukan dua bangsa muslim dari dunia berbeza, iaitu Malaysia, China, serta beberapa buah negara lain.

Katanya, kejayaan itu juga telah berjaya memecahkan fahaman golongan tertentu selama ini yang berpandangan negatif terhadap bangsa terbabit, khususnya dari benua lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat pameran ekspo serta mengikuti persembahan istimewa dari Khairat Aziz, Adili dan persembahan kebudayaan dari Khazastan termasuk Shao Lin.

Menurutnya,   program yang bermula 21 November lepas di Kota Bharu telah berjaya merapatkan hubungan bangsa China muslim dan Melayu muslim khususnya, kerana Islam adalah agama suci sedunia.

“Saya sentiasa terfikir bagaimana cara untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini khususnya sesame Islam biarpun dari negara serta benua yang lain agar ianya dapat berkenalan di antara satu sama lain,”ujarnya.
(Gambar: Antara persembahan yang dibuat oleh Muslim dari China di Kota Bharu)
Menurutnya lagi, lebih 50 tahun kerajaan secular negara ini telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membangunkan negara, bagaimanapun rasa curiga di antara satu sama lain masih wujud.

“Kita hanya diperangkap oleh orang Eropah yang tidak mahu melihat Islam bersatu, terutama yang Yahudi agar manusia di dunia ini hanya memandang mereka dan bukannya Islam.

“Konsep hiburan juga telah disalah ertikan sehingga mereka memahami berhibur mesti ada perempuan, namun kita telah ketengahkan sesuatu yang lebih baik,”ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan Kelantan telah mengenengahkan hiburan tanpa menggunakan perempuan, sebaliknya hanya kecerdeikan dan kepakaran manusia bagi menggambarkan masyarakat berkenaan yang hebat.

Pada masa yang sama beliau mengakui begitu terhibur dengan persembahan berkenaan begitu mengagumkan.

“Seronok sungguh saya, terhibur inilah antara hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam apa lagi tidak membabitkan golongan wanita,”ujarnya gembira.

Dr Sheikh Muszaphar : Mungkin Ada Agenda Peribadi Pihak Tertentu

Mungkin ada agenda peribadi pihak tertentu, itu rumusan bapa kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar mengenai kekecohan yang cuba ditimbulkan menerusi  dakwaan kononnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menaja perkahwinan anaknya.
Dalam sidang akhbar hari ini, Sheikh Mustapha Sheikh Shukur menafikan PKNS menaja majlis itu. Sebaliknya PKNS memperuntukkan RM520,000 bagi membolehkan penubuhan Pusat Penyelidikan Sains & Aeroangkasa di Taman Sains PKNS, Cyberjaya.
Projek membabitkan Syarikat Advanced Science Education Sdn Bhd yang diwakili oleh Dr Sheikh Muszaphar dipersetujui oleh PKNS setelah kerajaan negeri lain menolaknya. 
Justeru, Sheikh Mustapha tidak menolak kemungkinan projek tajaan PKNS itu menimbulkan rasa iri hati di kalangan pihak tertentu sehingga mereka melontar fitnah terhadap PKNS dan anaknya sendiri.  
Rasa dengki wujud. Dari dalam dan luar serta sebagainya. Saya nafi PKNS menaja perkahwinan anak saya. Ini membabitkan cadangan perniagaan yang mendapat respon dari kerajaan negeri dan PKNS manakala negeri-negeri lain menolak.

Ayah angksawan itu mengadakan sidang akhbar setelah PKNS terpalit dengan tuduhan kononnya ia menaja majlis perkahwinan anaknya pada bulan lalu. 
Dakwaan itu turut menjadi tumpuan pada sidang Dewan Selangor minggu lalu. ADUN Hulu Klang Saari Sungib meminta kerajaan negeri supaya menyiasat kebenaran tuduhan itu. 
Dr Sheikh Muszaphar dan isteri kini berada di Makkah menunaikan ibadat haji namun beliau sekeluarga kesal dengan tuduhan itu dan menyifatkanya sebagai tidak bertanggungjawab dan melampau. 
Sheikh Mustapha menjelaskan ikatan kerjasama antara PKNS dan anaknya dimeterai selepas kerajaan Negeri Sembilan menolak tawaran itu. 
"Saya anak Negeri Sembilan, jadi saya berjumpa dengan kerajaan negeri namun mereka tidak mempunyai tanah yang diperlukan. Apabila PKNS dimaklumkan mengenainya, mereka terus menyuarakan minat. Mereka amat dinamis. 
"Setahu saya, PKNS mengadakan MOU dengan Syarikat Advanced Science Education Sdn Bhd dan ini diikuti dengan majlis makan malam bagi meraikan 120 angkasawan daripada beberapa negara. PKNS patut dipuji kerana mengambil inisiatif meningkatkan pendidikan terutama sains aeroangkasa,' tambah beliau.

"Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri amat sedih di atas fitnah yang telah dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini," tambah beliau. 
Sebelum ini, 120 angkasawan itu terbabit dalam program Space Explorers anjuran Kerajaan Pusat. Anaknya, iaitu Sheikh Mustapha, kemudiannya menjemput rakan-rakan angkasawan ke majlis perkahwinannya yang diadakan dalam suasana tradisi Melayu.
Menurutnya, acara pemeteraian MOU itu disusuli acara makan malam meraikan 120 angkasawan dan para pemodal yang berkunjung ke Selangor untuk meraikan pemeteraian itu.
Beliau mewakili anaknya, yang kini berada di luar negara menunaikan ibadah Haji.

Panas : Kenapa P. S. Janapala bertemu dengan Datuk Mohd Hafarizam Bin Harun ( Penasihat Undang2 Umno)

Panas : Kenapa Janapala berurusan dengan Datuk Mohd Hafarizam sejak minggu lepas dalam soal Pemilihan PKR...????

Apa agenda Janapala nak Saman PKR..?? Atau jadi orang suruhan aje..??

Kenderaan Janapala berada sebuah hotel di Brickfields yang menjadi tempat tinggal beliau sejak minggu lepas..dan menjadi tempat pertemuan sulit...!!!
Kenapa Penasihat Undang-undang UMNO nak jadi penasihat kepada Janapala..????

Pekerja berpuak, gaji minimum tak ke mana

Calon timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Razak Md Hassan berkata, kesatuan itu gagal mengetengahkan tuntutan gaji minimum disebabkan sikap berpuak-puak di antara pemimpin gabungan kesatuan sekerja itu.

Katanya tuntutan untuk mendapatkan gaji minimum telah menjadi perjuangan MTUC sejak tahun 1999.

NONE"Tetapi hingga hari ini kita tidak nampak hasilnya. Soalnya, bila? (kerajaan akan tetapkan gaji minimum).

"Uar-uarnya sudah banyak kali sehingga menteri sumber manusia sudah berganti banyak kali -- daripada Lim Ah Lek, Fong Chan Onn hingga S Subramaniam," katanya yang juga presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM).

Abdul Razak (kanan) berkata demikian dalam satu sidang akhbar untuk mengumumkan penawaran dirinya bagi jawatan timbalan presiden kesatuan itu hari ini.

Jelasnya, sikap berpuak-puak itu merupakan antara faktor utama ketidakupayaan MTUC untuk mendesak kerajaan dalam tuntutan gaji minimum.

Parti Buruh

Bercakap dalam sidang media untuk mengumumkan pencalonannya hari ini, Abdul Razak juga berkata, keadaan itu menjadikan golongan pekerja naungan MTUC sebagai mangsa.

"Sehingga kini seramai 34 peratus pekerja yang menerima pendapatan RM720 sebulan di mana ini adalah di bawah paras kemiskinan.

syed shahrir and mtuc and workers"Sikap berpuak-puak di dalam MTUC perlu dihakis dan MTUC perlu lebih fokus kepada kebajikan pekerja di negara ini," katanya ketika membacakan satu kenyataan.

"(Puak) kumpulan pertama dipanggil Pakatan Rakyat, kumpulan kedua dipanggil Barisan Nasional," katanya ketika ditanya mengenai puak yang wujud dalam MTUC.

Katanya, beliau memilih untuk tidak menyertai mana-mana kem berkenaan menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan sebagai calon bebas.

"Kita bukan kesatuan sekerja yang hendak wujudkan Parti Buruh tapi hendak bersuara dan selari dengan undang-undang," katanya.

Tiada manifesto bersama
Abdul Razak juga menjelaskan, beliau mengambil pendekatan itu kerana pemimpin sekerja yang bergiat dalam politik kepartian akan berhadapan tekanan dengan kerajaan.

"Kalau hendak duduk dalam politik, kita duduk dalam politik, jangan bermain dengan organisasi pekerja," katanya.

panasonic workers protest 130505Bagaimanapun, beliau tidak akan mengemukakan manifesto bersama untuk bergabung dengan calon bebas lain.

"Saya tidak ada kepentingan politik. Perjuangan saya hanya untuk pekerja," katanya.

Ketika ditanya, Abdul Razak berkata beliau tumpuan beliau kini adalah untuk "memecahkan minda perwakilan" supaya memilih pemimpin "unionist yang boleh buat kerja."

Turut hadir dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini timbalan presiden RUM Mohd Hairuddin Hashim serta setiausaha agungnya Jaafar Alias.

Seramai 500 perwakilan MTUC akan bersidang pada 28 Disember untuk memilih pemimpin tertinggi kesatuan itu.

Memali: Respon kepada tulisan Mohd Riduan Khairi

Mohd Riduan Khairi telah menulis dalam Utusan Malaysia bahawa adalah tidak wajar peristiwa Memali diungkit. Saya tidak membaca Utusan Malaysia kerana saya tidak suka membaca kisah dongeng dan tahyul tetapi tulisan Riduan telah dipetik oleh portal berita The Malaysian Insider. Sila baca tulisan beliau di sini.
Sebelum saya memberi respon saya, suka saya menyatakan di sini bahawa saya bukan seorang ustaz, ulama atau pakar rujuk agama. Saya tidak cukup ilmu untuk memetik ayat-ayat Al-Quran atau Al-Hadis, apatah lagi untuk memutar-belitkan dalil-dalil untuk mempertahankan tuan-tuan politik saya. Justeru saya tidak memaksa sesiapa menerima pendapat saya. Ini adalah pendapat peribadi.
Daripada pembacaan saya, intipati tulisan Riduan menyarankan supaya kita hanya mengambil teladan daripada kisah sedih Memali tetapi tidak perlu “mengungkit-ungkit” hal yang telah berlalu. Bagi saya, saranan ini tidak ada logiknya.
Bagaimana kita ingin mengambil teladan tentang Memali jika kita tidak memperingati peristiwa itu? Pada saya, jika kita hendak mengambil teladan daripada peristiwa Memali, kita mesti bersikap terbuka dan terus memperingati peritiwa berdarah itu.
Cubalah tanya anak-anak muda sekarang. Saya percaya sebahagian besar mereka tidak pernah tahu yang 14 orang kampung yang miskin telah dibunuh oleh pihak polis atas arahan kerajaan pada masa itu. Teladan apa yang dapat diambil jika generasi akan datang tidak tahu pun apa itu Peristiwa Memali?
Riduan juga menyelitkan beberapa hadis dan cerita sejarah Islam untuk menyokong hujah beliau. Malangnya, tidak ada satu pun yang relevan dengan isu Memali.
Apa kena-mengena wafatnya Rasulullah SAW dengan pembunuhan di Memali? Apa pula relevannya kisah pembunuhan Saidina Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib?
Menurut Riduan, “walaupun mereka semua pemimpin yang sangat disayangi oleh umat Islam, dibunuh dengan kejam, namun tidak pernah umat Islam meratapi pemergian mereka dengan peristiwa ulang tahun atau acara ritual yang lain”. Jadi apa?
Mungkin dalam kelam-kabut untuk menghiburkan hati tuan-tuan politik beliau, Riduan hilang fokus kepada isu sebenar tentang Memali.
Pembunuhan Saidina Umar, Uthman dan Ali memang menyedihkan umat Islam tetapi mereka dibunuh oleh musuh-musuh Islam.
Berbeza pula dengan penduduk Memali yang dibunuh oleh kerajaan mereka sendiri kerana mereka tidak mahu menyerahkan Ibrahim Libya untuk ditahan di bawah akta kejam ISA. Memperingati Peristiwa Memali bukan untuk meratapi mereka yang telah pergi, tetapi untuk kita mengambil teladan bahawa kuasa kerajaan yang tidak terkawal lazimnya akan berakhir dengan penindasan kepada rakyat sendiri. Bukankah Riduan sendiri ingin kita semua mengambil “teladan” daripada Peristiwa Memali?
Riduan sekali lagi memutar-belitkan cerita apabila membandingkan usaha memperingati Peristiwa Memali dengan amalan puak Syiah.
Setahu saya, tidak ada kita mendengar kisah orang-orang Memali keluar ke jalan-jalan raya memukul diri sendiri dengan pedang dan benda yang tajam, hingga darah mengalir dari wajah mereka. Jadi apa kaitannya cerita amalan puak Syiah itu dengan cerita Memali?
Saya juga agak bingung dengan tulisan Riduan yang tidak konsisten.
Tulisan beliau ada menyentuh peri pentingnya perpaduan di kalangan umat Islam dan kononnya memperingati Peristiwa Memali akan menambahkan perpecahan umat. Jika benar beliau ingin melihat perpaduan di kalangan umat Islam, kenapa Riduan begitu bersungguh-sungguh memburuk-burukkan puak Syiah? Bukankah puak Syiah juga beragama Islam?
Riduan menutup tulisan beliau dengan menyatakan bahawa “Islam menganjurkan umatnya untuk bersabar dan reda dengan musibah dan fitnah yang melanda. Sikap mengungkit-ungkit dan membangkitkan pertikaian yang telah berlalu, nyata bukan sikap sebenar umat Islam. Ia merupakan sikap musuh-musuh Islam yang mahu dan suka melihat umat Islam dan umat manusia bertikai dan berpecah-belah.” Saya setuju.
Jadi saya berharap Riduan dapat menyokong saya dalam mencadangkan kepada kerajaan supaya meminta maaf secara rasmi dan terbuka kepada penduduk Memali, dan membuka semula siasatan secara bebas dan terperinci untuk memberi keadilan kepada mereka. Hasil penyiasatan ini juga dapat mengelakkan fitnah di masa akan datang. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan menambah pampasan yang telah diberikan kepada keluarga yang terlibat. Jika ini dilakukan, baharulah kita boleh menutup kisah sedih Memali daripada sejarah negara kita dan mengelakkannya daripada berulang.

SPRM didesak siasat firma padi mencurigakan

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (bawah, kanan) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan kerajaan membekalkan benih padi kepada syarikat yang didakwa tidak mempunyai loji benih.

NONEKatanya, siasatan juga wajar dijalankan berhubung pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.

"Satu siasatan harus dibuat di peringkat dalaman dan juga oleh SPRM untuk melihat kenapa proses pemberian tender ini tidak dibuat secara telus iaitu diberi kepada syarikat yang sebahagiannya tidak mempunyai loji benih. Sebaliknya mereka ini menyewa loji benih di bawah Kementerian Pertanian.

"Kontrak membekal baja organik skim subsidi padi Malaysia 2010 juga diberi kepada syarikat yang tak ada pengalaman dalam membuat baja organik," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

NONEMenurutnya, mengikut syarat yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih.

"Kenapa diberikan kepada satu syarikat yang tidak punya loji benih? Syaratnya ia mesti diberikan kepada syarikat yang ada loji benih untuk proses benih padi," katanya.

Beliau berkata, kementerian seharusnya mengutamakan syarikat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk diberikan bekalan benih kerana ia memberikan pulangan yang lebih banyak kepada petani.

NONEMenurut Mahfuz, Selasa lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Dalam jawapannya dia (Noh) mengakui salah satu syarikat individu itu ada kaitan dengan petani di kawasan parlimennya di Tanjung Karang tetapi dia elak menjawap soalan saya sama ada dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu,” kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz menteri itu gagal menjelaskan mengapa pertubuhan besar seperti MADA hanya diarahkan mengeluarkan 5,000 tan padi sedangkan ia berkemampuan mengeluarkan sekurang-kurangnya 15,000 tan.

NUJ: Utusan terus rugi selagi tidak bebas

Media perdana, termasuk akhbar milik Utusan Melayu (Malaysia) Bhd akan terus rugi selagi tidak membebaskan diri daripada pemilikan parti politik, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia.

"Satu cara sahaja media perdana, terutama Utusan akan dapat meraih sokongan daripada pembaca dan pengiklan iaitu untuk menjadi sebuah media yg bebas, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menyiarkan berita yang seimbang untuk memenuhi keperluan pembaca dan pengiklan," kata presidennya Hata Wahari.


nuj utusan melayu picket  police 160904  securitySemalam Utusan Melayu dilaporkan mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatannya merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada melalui SMS daripada Indonesia hari ini, beliau memuji Malaysiakini yang bertahan sebelas tahun ekoran kepercayaan pembaca dan pengiklan kerana mengamalkan kebebasan media.

Dunia sedang perhatikan liwat II, kata Karpal


Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

NONEPeguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.

Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi.

"Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan,” kata Hanafiah.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok.

Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya kerana terdapat bahaya berat sebelah yang ketara.
Karpal berkata komen yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat dan kehadiran pegawai kedutaan negara berkenaan yang mengikuti perbicaraan tersebut membuktikan perkara itu.

Menurutnya ini adalah kali pertama permohonan dibuat bagi memohon hakim mengundurkan diri kerana didakwa cuba mengugut seorang peguam.
Negara sedang dibicarakan
"Yang Arif, di bawah pemerhatian rapi, dan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan.

"Hilary Clinton menggesa supaya perbicaraan adil dijalankan. Kehadiran pegawai kedutaan asing sebagai pemerhati membuktikan perkara itu,” katanya.
NONEKarpal (kanan) berkata jika ada kebimbangan atau bahaya akan berlaku berat sebelah, maka hakim sepatutnya menarik diri secara sukarela.

Beliau juga merujuk perbicaraan Mahkamah Persekutuan apabila bekas presiden Mahkamah Rayuan, Tun Abdul Malek Ahmad yang menegur hakim ketika itu, Tan Sri Augustine Paul.

"Dalam penghakimannya, Abdul Malek berkata Paul telah bertindak seolah-olah seperti pertahankan timbalan pendakwa raya,” katanya.

"Saya bukan cuba untuk ugut Yang Arif dengan mencadangkan keputusan perbicaraan diterbalikkan tetapi ia adalah fakta ketika perbicaraan oleh hakim itu,” katanya.

Karpal juga berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.
Kod Etika Hakim
Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan.

Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin.

NONE"Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya.

Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka.

Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar).

“Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim),” kata Karpal semasa menggulung hujahnya.
Karpal mempertikaikan bahawa Anwar tidak akan diberikan perbicaraan yang adil jika hakim itu kekal mendengar kes tersebut.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.