Friday, June 29, 2012

Tamrin tunggu dipecat......


28 Jun 2012~ Taman Kota Jaya Simpang Perak : " Ramai yang bertanya pada saya...kenapa masih dalam UMNO..? Kenapa tak keluar dari jadi ahli UMNO, sebenarnya saya hormati UMNO,saya tunggu dia pecat saya..." - ujar Tuan haji Tamrin Gaffar Baba ketika berceramah diatas pentas ceramah PAS disini semalam. Tamrin juga menyatakan sikap bodoh sombong pemimpin UMNO yang tidak mahu menerima teguran menunjukan mereka amat bongkak dengan kuasa yang berada dihujung hayat sekarang. Sikap tidak mengakui kesilapan dan kesalahan ini akan menyebabkan UMNO BN bakal hilang kuasa selepas PRU 13 akan data
Ceramah anjuran Penerangan PAS Kawasan Bukit Gantang kali menyaksikan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berkongsi pentas ceramah terdiri daripada Ust Idris Hj Ahmad,DS Nizar dan Sdr Lim Guan Eng. Program ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran ribuan hadirin dari berbagai lapisan bangsa ke lokasi. Keadaan ini pada mulanya mendatangkan ketidakpuasan hati bagi pihak UMNO disini,yang mana kejadian mengoyak poster2 telah dilaporkan berlaku sekitar Bukit Gantang.

Kehadiran Tamrin yang masih lagi ahli UMNO diatas pentas PR amat memberi tamparan hebat buat UMNO Bukit Gantang yang sekarang dibelenggu berbagai isu...salah satunya Bangunan UMNO Bukit Gantang sedang beroperasi dalam keadaan menyalahi undang2...dah kena sita pun YB Rosli arahkan buka...haha..








Mari makan Biawak dan Monyet bersama Komando..



Bukan pakaian atau cara latihan yang dipersoalkan disini tetapi pemakanan, ini kerana aku difahamkan bahawa tiada di dalam mana-mana subjek atau modul latihan ketenteraan termasuk latihan atau kursus Komando yang meletakkan memakan benda haram ini sebagai satu latihan.

Baca penjelasan ini dulu...

Kami ingin merujuk satu artikel oleh AMKNS di SINI, yang menimbulkan persoalan samada benarkah anggota-anggota tentera termasuk yang berugama Islam diberi latihan `Survival' untuk memakan binatang-binatang yang diharamkan oleh Islam untuk dimakan? KOBAT mahu memperjelaskan tentang isu ini agar dapat mengurangkan keraguan terhadap sistem latihan yang diamalkan oleh Angkatan Tentera kita sekarang ini.

Kami tidak menolak kesemua yang ditulis di dalam artikel berkenaan cuma kami mahu menjawab persoalan yang dibangkitkan khususnya berkaitan latihan memakan benda-benda haram ini. Sebenarnya tiada di dalam mana-mana subjek atau modul latihan ketenteraan termasuk latihan atau kursus Komando yang meletakkan memakan benda haram ini sebagai satu latihan.

Apa yang diajar di dalam kursus `survival' (kelangsungan hidup/ikhtiar hidup) adalah setiap pelatih diberitahu bahawa mereka hendaklah berikhtiar sedaya upaya dengan inisiatif mereka untuk mencari makanan bagi meneruskan kehidupan mereka di dalam keadaan tiada bekalan makanan. Pada waktu itu, pelatih dikehendaki menggunakan segala ilmu yang diajar sewaktu latihan berbentuk teori untuk dipraktikakkan dengan bantuan peralatan yang terhad yang dimiliki oleh mereka. Sudah tentu bagi warga tentera yang Non Muslim mereka akan mendapatkan apa jua bahan makanan yang boleh mereka makan. Tetapi bagi yang Muslim, mereka juga tertakluk kepada hukum Islam yang sering diajar oleh Guru-Guru Agama (KAGAT) di pasukan berkaitan mencari bahan makanan di dalam situasi tertentu.

Tidak ada paksaan buat Pelatih-Pelatih Muslim untuk mereka memakan binatang yang diharamkan oleh Islam. Bagi yang mengetahui hukum Islam, sudah pasti mereka akan berusaha untuk mencari makanan yang halal terlebih dahulu sehinggalah mereka sampai ke tahap `dharurat' di mana pada ketika itu mereka boleh memakan benda yang diharamkan oleh Syarak dengan syarat-syarat yang dibenarkan. Ertinya, mereka hanya dibenarkan memakan benda yang haram itu sekadar untuk mereka boleh menyambung nyawa mereka sahaja bukan sehingga mereka kenyang.

Masalahnya, adakah latihan atau kursus `survival' yang sengaja diadakan ini adalah kursus yang berbentuk Islamik? Adakah dengan sengaja menghantar pelatih-pelatih ke kawasan yang sememangnya diketahui memang tiada satu pun bahan makanan yang halal untuk dimakan itu adalah mengikut konsep latihan yang dibenarkan oleh Islam? Sepatutnya mereka tidak boleh di hantar ke kawasan yang diketahui sememangnya tiada bahan makanan yang halal di situ. Adalah lebih baik jika pelatih-pelatih ini dihantar ke kawasan yang tidak diketahui samada di sana terdapat bahan makanan yang halal atau tidak, dan ketika itu terserahlah kepada pelatih-pelatih untuk mencari ikhtiar hidup mereka.

Sekiranya pihak Pusat Latihan dengan sengaja meletakkan pelatih-pelatih ke kawasan yang mereka ketahui sememangnya tiada bahan makanan yang halal kecuali kesemuanya haram belaka, ertinya Pemerintah Pusat Latihan berkenaan akan bertanggungjawab ke atas para pelatih Muslim yang `terpaksa' memakan benda-benda yang haram ini. Bagi para pelatih, mereka terlepas dari dosa memakan benda-benda yang haram ini atas sebab dharurat, tetapi bagi mereka yang bertanggungjawab mengendalikan latihan ini berdosa besar kerana dengan sengaja mendedahkan pelatih-pelatih ini kepada melakukan perkara-perkara yang diharamkan. Pendek kata, dharurat tidak boleh dirancang atau dijadikan sebagai satu bentuk latihan - KOBAT