Thursday, May 5, 2011

Tulah , sibuk dengan sumpah menyumpah, RON97 dah jadi RM2.90


"Negara digembar gempurkan dengan akhlak buruk ketua pembangkang, dirancakkan dengan adegan hidustan sumpah menyumpah, tetapi akhirnya rakyat juga yang derita dalam senyum apabila RON97 dinaikkan lagi kepada RM2.90 seliter dan kelihatan akan naik lagi dan lagi dan lagi kerana ampungan yang tidak tahu nak turun. Walaupun ada berita mengatakan harga minyak dunia turun merudum selepas berita kematian Osama yang diharapkan Najib akan menjadikan dunia aman, tetapi berita dari sumber kerajaan yang pandai mentadbir mengatakan sebaliknya.Macam mana dunia nak aman kalau macam ni sedangkan suasana dalam negara sendiripun semakin menuju kekacauan.



Najib kata kekacauan seperti di Mesir tidak akan berlaku di Malaysia kerana kerajaaan prihatin kepada rakyat.Prihatin dengan membiarkan ampungan minyak terus menerus menaikkan harga RON97.Biarpun Najib dan kerajaan kata kenaikan ini tidak menjejaskan rakyat yang digalakkan menggunakan RON95 yang tidak dinaikan tetapi trend harga pengguna terus menerus menyulitkan rakyat.Harga ikan selayang sudah naik 100% dari RM5-00 kepada RM10-00 dalam masa tidak sampai 3 tahun, harga nasi lemak sarapan pagi sudah menjadi RM1-50 dan kelihatah akan naik lagi.Begitu juga harga roti canai, teh "O" dan lain lain barang keperluan harian rakyat semuanya memperlihatakan trend menaik tanpa adanya tanda tanda mahu turun.Apa sudah jadi dengan slogan 1Malaysia, rakyat diutamakan?Yang diutamakan sekarang ini ialah video lucah  yang menggambarkan ketua pembangkan tidak layak menjadi pemimpin tetapi layakkan pemimpin yang ada sekarang memimpin?
Harga minyak bukan item yang boleh mengutamakan rakyat, harga pengguna bukan aspek penting dalam keutamaan rakyat tetapi nilai moral yang rendah ketua pembangkang yang tidak menjejaskan rakyat itu lebih penting dan lebih diutamakan sehingga saban hari dan malam duit rakyat digunakan untuk mencanangkannya ke seluruh negara.
Itu saja yang penting bagi pemimpin kerajaan sekarang ini.Boss Institut stratejik negara yang bertaraf doktor kepala sampah turut bersubahat dengan kerajaan dengan kenyataan subsidi tidak lagi boleh diberi keutamaan, sebaliknya meningkatakan pendapatan kerajaan dengan menaikkan semua bentuk cukai adalah perlu.Poket kerajaan tidak boleh dibiarkan kosong tetapi poket rakyat   tak apa dikosongkan asalkan masuk ke poket kerajaan.Itu kerja pengarah stratejik negara, bersengkongkol untuk membunuh rakyat.
Sementara SPR dan lain lain agensi termasuk polis dan SPRM bertindak melindungi kerajaan dari jatuh terlingkup kepada pembangkang dengan berbagai bagai usaha yang hanya menguntungkan kerajaan.Ketua pembangkang mesti dilenyapkan bagi tujuan itu dan untuk tujuan itu berbagai bagai usaha dijalankan bagi melenyapkan ketua pembangkang walaupun dalam suasana rakyat terus diperah untuk menanggung berbagai bagai kesengsaraan.
Kalau apa yang berlaku di Mesir, Libya dan beberapa negara teluk lain berlaku di Malaysia, siapa yang akan dipertanggungjawabkan?

Konvensyen Kewangan Islam 7 Mei

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Selangor dengan kerjasama Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan menganjurkan Konvensyen Kewangan Islam 2011 pada 7 Mei, Sabtu ini.

Konvensyen itu yang bermula jam 8.00 pagi diadakan di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengerusi PUM Selangor, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata, konvensyen sehari itu bertemakan Konsep Riba: Aplikasi Dalam Sistem Kewangan Moden telah dirancang untuk membahas isu-isu semasa berkaitan riba.

Katanya, antara tokoh perbankan Islam Malaysia yang terlibat membentangkan kertas kerja ialah Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia;

Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi, Ketua Jabatan Syariah, Kolej Universiti Insaniah, Kedah; Mohd. Zamerey Abdul Razak, Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank Malaysia; Mohd. Nazri Chik, Ketua Jabatan Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad; Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

“Antara objektif utama penganjuran program ini ialah menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, ia juga untuk memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama muktabar selain menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

Katanya, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan dari para ulama, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

Beliau berkata yuran penyertaan dari agensi kerajaan, swasta, NGO ialah RM150 seorang, individu (RM100), ahli PUM (RM70) dan pelajar ijazah pertama atau sekolah menengah (RM 50).

Tambahnya, sebarang maklumat lanjut berkaitan konvensyen boleh menghubungi Azmi Walang (013-384 0710), Nizam (012-291 1335) atau pejabat (03-5512 4300 / 03-5511 4301).

Minyak naik beri impak negatif kepada rakyat

Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata negara sekali lagi dikejutkan dengan kenaikan harga Ron 97 yang diumumkan lewat tengah malam tadi dan menjadikan kenaikan tersebut untuk kali yang ke tujuh dalam tahun 2011 atas alasan harga minyak mentah di pasaran dunia mengelami kenaikan.

“Nampaknya BN terus memperbodohklan rakyat dengan alasan yang sama dan tidak masuk akal setiap kali harga minyak negara dinaikkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, jika harga minyak di pasaran dunia naik, secara automatik negara mendapat untuk berlipat kali ganda.

“Mengapa kita ikut sama naik harga minyak dan rakyat menerima bebannya” soalnya?
Selainitu beliau menjelaskan jenama minyak nasional Petronas, diketahui kualitinya terbaik sehingga diguna untuk jentera formula satu Mercedes GP Petronas.

"sudah pasti negara telah mendapat keuntungan kerana minyak negara di eksport ke seluruh dunia" jelasnya

Walaupun BN berusaha menjelaskan bahawa mereka komited menjaga kebajikan rakyat dengan mengekalkan harga RON 95, hakikatnya peratus kenderaan yang menggunakan RON 97 masih tinggi.

“kenderaan-kenderaan luar negara yang masuk Malaysia diwajibkan mengguna Ron 97, jumlah kenderaan berkapasiti tinggi pula masih banyak menggunakan minyak jenis itu, jelaslah bahawa dasar BN adalah menindas rakyat, bukan membela” jelasnya.

YB Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berkata bahawa RON 95 yang dikekalkan cuma bermotif politik sedangkan minyak tersebut tidak berkualiti dan berpotensi besar menjejaskan enjin untuk jangka masa panjang.

“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa BN tidak mampu mentadbir negara dengan baik,” ujarnya.

“Sepatutnya kerajaan BN cari jalan lain untuk dapat wang, bukannya perah poket rakyat dengan sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak”

Suhakam Gesa putrajaya Kaji Balik Akta Kawal Media

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi gesaan agar Putrajaya mengkaji semula undang-undang yang mengawal ketat media berikutan laporan terbaru Malaysia masih kekal sebagai negara dalam kategori tidak bebas.

Dalam laporan dikeluarkan kelmarin, Malaysia berada di tangga ke-143 daripada 196 negara yang diselidik dalam kajian tahunan mengenai kebebasan media, yang menunjukkan ia sebagai tidak bebas.

Malaysia diletakkan bersama dengan Angola dan Madagascar, yang memperoleh 64 mata. Negara yang memperoleh mata rendah dalam Indeks Kebebasan Akhbar dilihat sebagai negara paling bebas.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya tetap berpendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tanggungjawab dan peranan media harus dikaji balik dan hak akses yang saksama kepada maklumat harus dipertahankan.

“Dalam hubungan ini, suruhanjaya ingin melihat penubuhan segera Majlis Perundingan Media Kebangsaan, sebagai sebuah badan kawal sedia kendiri, yang akan diuruskan oleh pengamal-pengamal media, yang boleh menjadi galakan besar kepada kebebasan media sambil memastikan kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab,” kata beliau.

Sehubungan itu beliau berkata undang-undang yang ketat seperti Akta Mesia Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji balik dan diambil pendekatan yang lebih liberal untuk meluluskan dan memperbaharui permit dan lesen penerbitan dan percetakaan, dengan dibolehkan proses memperbaharui lesen dan permit secara automatik.

“Dalam mempertahankan ketelusan dan akauntabiliti dan memastikan aspek semakan dan imbangan, suruhanjaya menekankan pendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tugasan media perlu dikaji balik,” katanya.-

Rosmah tokoh wanita baik untuk dicontohi?


Saya tersedak dan kemudian tersenyum selepas mendengar Rosmah dikatakan sebagai contoh wanita terbaik seperti yang dipaparkan oleh ASTRO Awani semalam. Bukan kerana setuju atau bangga tetapi kerana kebingungan sambil terasa loya secara tiba-tiba. Selepas meneliti paparan berita online di Bernama.com pagi ini, ia dikhususkan melalui perbandingan dengan isteri-isteri pemimpin dunia. Mungkin betul maksud isi hati saya pada mulanya jika ia hanya diperbandingkan dengan sebahagian isteri-isteri pemimpin dunia yang hadir di Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 semalam.

Mungkin juga tidak jika ketokohan suami Emine Erdogan yang juga hadir di Sidang Kemuncak itu iaitu Recep Tayyip Erdogan diambil kira berbanding Datuk Seri Najib Razak, mungkin calon yang lebih sesuai dikatakan sebagai tokoh wanita yang harus dicontohi berbanding isteri-isteri pemimpin dunia yang lain khususnya Rosmah, lebih-lebih lagi penganjuran Sidang Kemuncak itu diadakan di Turki dan beliau, Emine Erdogan adalah tuan rumah kepada Sidang Kemuncak itu.

Kita pasti ingat bagaimana Perdana Menteri Turki itu, di World Economic Forum bertikam lidah dengan Simon Peres Perdana Menteri Israel sambil menjerit “You’re killing people!” dan kemudian terus meninggalkan pentas itu sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Saya tidak melihat ketegasan seperti itu datangnya dari Datuk Seri Najib Razak khususnya pandangan tegas beliau ke atas polisi jahat Israel di bumi Palestin sehingga ke hari ini.

Faktor itu jika diambil kira, termasuk kewajipan Rosmah sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan dari Allah S.W.T dalam urusan menutup aurat, secara peribadi saya tidak akan bersetuju atau sependapat dengan Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 untuk melabelkan Rosmah sebagai tokoh yang baik untuk dicontohi khususnya kepada wanita ISLAM di seluruh dunia termasuk menggelarkan beliau sebagai Wanita Pertama Negara sedangkan gelaran itu hanya berhak disandang oleh Raja Permaisuri Agong.