Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Kekejaman regime yahudi, laknatullah, keatas kapal pengaman Frotilla di laut antarabangsa , mengakibatkan ramai kematian dan cedera parah, apabila diserang dgn ganas oleh tentera yahudi. Perbuatan zolim tentera yahudi ini mesti dikecam sehebat2nya. Saya sendiri mengecam kuat setiap kali dipentas ceramah, tazkirah dan solat hajat bersama rakyat. Berbagai pihak termasuk UMNO juga mangutuk dan berdemo tanda marah dan mengutuk tindakan regim israel tersebut.
Tapi mesti juga diingat bahawa apabila pada sessi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dgn regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, oleh ketua pembangkang, DSAI, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju" utk kerajaan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dgn Obama dan kos pengiklanan RM, istri 1Malaysia di akhbar The New York Times pd 16 April 2010.
Perbahasan isu ini makan masa 2 hari bagi meyakinkan ahli Parlimen supaya menolak APCO. Kesemua ahli Parlimen PR mengecam hebat APCO dan regim yahudi di Parlimen supaya kerajaan tidak membayar dan membatalkan khidmat APCO. Kami berkata "tidak". Namun oleh kerana suara "setuju" lebih kuat dari "tidak' maka lulus pembayaran RM77juta kpd firma yahudi, APCO WORLWIDE oleh semua ahli Parlimen UMNO/BN.
Persoalanya, kenapa sikap UMNO yg bermuka2 dan membohongi rakyat khususnya orang melayu yg sentiasa diberitahu bahawa UMNO menentang yahudi dan membela rakyat Palestin
di luar Parlimen, tetapi pada hakikatnya UMNOlah yg melantik firma yahudi dan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide. Tidakah pimpinan UMNO serta ahli Parlimen UMNO berasa bersalah ? Harap rakyat khusunya masyarakat melayu dapat menilai hakikat sebenar pimpinan UMNO yg bermuka2.
Dalam bab meluluskan lesen judi sukan, bola sepak dunia, UMNO tidak melayan tuntutan ahli UMNO yg mahukan Najib dan kerajaan membatalkan lesen judi sukan ini yg di beri kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports S/B .Seluruh rakyat merayu supaya Najib batalkan perbuatan "Rijsun min amali Syaithan", namun Najib langsung tidak mendahulukan rakyat. Yang akan menjadi mangsa bukan banyak sangat yg telah asyik berjudi, tetapi anak2 muda melayu kerana mereka suka bola. Lesen ini akan membuka ruang utk mereka bertarung dan bertaruh.
Mahukah kita benarkan Najib dan kerajaan memberi dan menghantar bara kepada rakyat Malaysia? Inilah kesempatan dan peluang keemasan agar orang dan ahli2 UMNO meninggalkan parti UMNO yg terbukti jelas sesat dan menyesatkan serta melawan perintah Allah seperti termaktub dalam ALQuran, Surah 5: ayat 90, 91 dan 92. Fikir2kanlah serta bertindak pantas dan bijak tinggalkan UMNO sekarang supaya terlepas dari laknat dan kemurkaan Allah.
Allahu 'alam.
Sunday, June 20, 2010
Tiba Masa Serang Balas Pembangkang
BAGAN DATOH, 20 Jun – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan ‘bocor’ juga.
Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.
“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.
“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.
“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.
Berita-berita lanjut bakal menyusul. -MediaUMNO
UMNO-ONLINE
DES : Rasanya serangan dah berganda-ganda, kalau yang di atas masih buak tak layan, tak guna jugak...sama-sama gembleng tenaga, biar ada keserasian...big boss dah dah tiup semboyan...
Ikram perteguh gerakan dakwah
SERDANG, 20 Jun: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menggabungkan beberapa kumpulan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini di bawah satu nama dalam usaha menegakkan Islam di Malaysia. Mereka antaranya terdiri daripada Jim, MIG, Ausis dan Muslih digabungkan bagi mewujudkan tadbir urus gerakan dakwah Islam yang baik, tersusun di samping memperteguh kegiatan dakwah mereka. Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad berkata, Ikram mahu menjadi NGO massa menggunakan pendekatan aman, mendekati masyarakat dengan memberi pendidikan agama ke arah perubahan negara akan datang. "Ikram memberi keutamaan kepada pendekatan mendidik dan yakin perubahan masyarakat bermula dengan perubahan diri dari sudut ilmu, kepercayaan, dan amal. "Oleh itu tarbiah dan pembangunan insan mencirikan Ikram dan menjadi sumbangan utama kepada masyarakat," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran NGO tersebut di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia, The Mines, Seri Kembangan pagi tadi. Perlembagaan Ikram menyebut mereka mempunyai lapan matlamat antaranya menyebar risalah Islam melalui dakwah, mengumpul dan membina akhlak mulia individu muslim, meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam, memperjuang hak umat Islam dan menegakkan syariat Islam secara praktikal. Ditanya sama ada Ikram akan bekerjasama dengan PAS untuk tujuan menegakkan Islam, Mohd Parid berkata, mereka terbuka untuk bersama dalam apa-apa isu yang berkaitan kepentingan umat Islam. "Kita akan bekerjasama dalam bidang yang sama dengan sesiapa sahaja, dan jika tidak sama, kita hanya akan bagi pandangan," katanya lagi. Ikram didaftarkan pada 22 Oktober 2009 dengan moto "Ukhuwah Teras Kegemilangan", beribu pejabat di Putrajaya. Sehingga kini mereka mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri dengan keahlian seramai 3,500 orang. Selain Mohd Parid sebagai Presiden, Timbalannya adalah Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom, dua Naib Presiden, Wan Subki Wan Salleh dan Syed Ibrahim Syed Noh yang juga pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Setiausahanya pula Zaid Kamaruddin manakala bendahari, Prof Dr Alauddin Mohd Ali. |
Kelantan lantik 13 timbalan exco kerajaan negeri
KOTA BHARU, 20 Jun: Kerajaan Kelantan hari ini secara rasmi melantik 13 orang timbalan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri bagi membantu exco melaksanakan tugasan. Majlis Angkat Sumpah jawatan siang tadi dilakukan di hadapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang diadakan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini. Mereka yang dilantik, Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awan, Pembangunan Tanah dan Wilayah. Untuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, dua timbalan exco dilantik iaitu Adun Demit, Muhammad Mustapha dan Adun Gual Periok, Muhammad Awang. Bagi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, dua timbalan dilantik iaitu Adun Kadok, Azami Mohd Nor dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun. Sementara itu Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat. Adun Ayer Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. Sementara itu, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, manakala Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan NGO. Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim pula sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, manakala Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mahmood, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri. Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi negeri. Perlantikan jawatan berkenaan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan kerajaan negeri menurut Tuan Guru, akan membayar kesemua tunggakan gaji bermula tempoh kuatkuasa itu. Tuan Guru ketika memberitahu media juga berkata kerajaan negeri memahami tanggungjawab exco yang banyak dan mahu timbalan yang baru dilantik turut membantu. “Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah. “Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara,” ujarnya. Katanya, sebelum ini timbalan anggota exco telah pun dilantik, namun ianya tidak secara rasmi sebagaimana hari ini. Beliau juga berharap kesemua 13 timbalan exco yang baru dilantik itu dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. |
KJ dalang katak melompat???
SHAH ALAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa keghairahan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberikan tempoh 48 jam kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan bukti video RM2 juta untuk lompat parti menimbulkan kesangsian samada beliau turut terlibat dalam penawaran kepada bekas ahli parlimen KEADILAN.
"Kita yakin respons Khairy menunjukkan bahawa kemungkinan beliau terlibat dalam penawaran dalam usaha lompat parti sebelum ini.
"Apa yang menghairankan adalah kenapa beliau bertindak seperti 'lebih sudu daripada kuah', sedangkan tidak ada seorang pun ahli parlimen Umno-Barisan Nasional yang bersuara.
"Daripada 'track record' Ketua Pembangkang, Anwar tidak pernah berbohong contohnya dalam isu video VK Lingam yang sebelum ini didedahkan," kata Shamsul Iskandar kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
Katanya lagi, daripada 4 ahli parlimen KEADILAN yang melompat itu, tidak ada seorang pun yang menafikan perkara tersebut.
Malahan semasa Anwar mendedahkan tentang kereta dan rumah baru yang dibeli oleh ahli parlimen yang melompat parti dalam Dewan Rakyat baru-baru ini tidak ada seorang pun daripada mereka yang terbabit bangun membantah kenyataan beliau itu.
"Kesemua mereka sememangnya sudah dibeli dan kita ada video untuk membuktikannya.
"Khairy juga perlu memberikan jawapan sama ada apakah jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengambil tindakan selepas kita melaporkannya? ," soal Shamsul Iskandar.
Tambahnya lagi, mengikut rekod sebelum ini, banyak pendedahan yang telah dibuat oleh Anwar dan satu pun tidak diambil tindakan oleh SPRM yang seolah-olah bersengkokol dengan pemimpin Umno-BN.
Pengarah Strategik KEADILAN Tian Chua pula berkata Anwar telah pun membuat pendedahan dan mempunyai bukti kukuh malahan ahli parlimen yang melompat seperti Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Hashim dan ahli parlimen lain yang turut melompat juga tidak membuat penafian.
"Seperti yang dikatakan Ketua Umum, kita akan dedahkan pada masa yang sesuai, tidak perlulah Khairy menjadi jurucakap bagi pihak mereka.
"Konsensus Bebas ini adakah mereka ini mempunyai maruah dan jika kita dedahkan sekarang, adakah mereka ini akan meletak jawatan?," soal Tian.
"Tidak ada maknanya kita sahut cabaran Ketua Pemuda Umno ini sedangkan sebelum ini apabila kita serahkan video berhubung VK Lingam, tidak ada tindakan pun yang diambil.
"SPRM sepatutnya menghubungi Anwar dan meminta beliau mengemukakan bukti tersebut dan jika benar tindakan terhadap mereka harus diambil dengan melucutkan jawatan mereka sebagai ahli parlimen," kata Tian Chua.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu itu turut berkata kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak serius dalam menangani isu lompat parti yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Sebelum itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat beberapa siri pendedahan berhubung ahli parlimen Bebas yang berpaling tadah menerima imbuhan sebanyak RM2 juta serta janji kontrak daripada agen Umno.
Isnin lepas, beliau sekali lagi membuat pendedahan tersebut di dalam parlimen semasa perbahasan ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.

Subscribe to:
Posts (Atom)