Tuesday, June 5, 2012

Kerajaan Umno Bayar Hampir 1 Juta Untuk Pompuan Korea Telanjang..



Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi berkata artis tempatan perlu diberi keutamaan untuk membuat persembahan peringkat kebangsaan seperti ketika sambutan Hari Belia Negara 2012.

Katanya, artis dan seniman itu perlu diberi keutamaan, selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diuar-uarkan kerajaan.
"Kalau kita buat hari belia antarabangsa, mungkin wajarlah kita menjemput artis luar negara buat persembahan.
"Kalau hendak beri peluang kepada artis luar negara biarlah berpada-pada. Kalau ada peluang, dahulukan artis tempatan," katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, artis tempatan perlu diutamakan, tidak kira jika bayaran itu dibuat oleh penaja atau kerajaan.
Beliau mengulas isu berhubung kos sehingga AS$300,000 (RM900,000) untuk membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) untuk membuat persembahan di sambutan tersebut.
Jumlah tersebut dinyatakan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed, susulan dakwaan bahawa persembahan kumpulan K-pop tersebut dibayar dengan harga tinggi berbanding artis tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini turut menyatakan bahawa kos yang ditanggung penganjur, Stadium First Sdn Bhd untuk membawa kumpulan tersebut Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss itu akan ditanggung penaja.

Laporan penuh: Hampir 100,000 hadir Himpunan Hijau





ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara.

Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS.

NONE"Alhamdulillah program yang berlangsung sejak pagi tadi berjalan lancar yang bermula dengan Amanat Khas Presiden di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000.

"Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium," katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.

Selepas majlis Amanat Khas Presiden di sebelah pagi, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4 petang.

Program bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.

Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.

Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.

Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.

Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.

NONEProgram kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.

Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.

Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.

Program tersebut berakhir sebelum solat Maghrib.

Pada malamnya program Himpunan Hijau ke Putrajaya bermula dengan solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak.

Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sejurus selepas itu bermula acara di pentas ceramah yang dipengerusikan Datuk Mahfuz Omar.

Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti  penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah.

Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning.

Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah.

Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas sebelum dijemput memberi ucapan.

Turut berucap malam tadi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membacakan doa penutup. -Hrkh

Seram sejuk tengok HIJAU...




Salam semua...

Jangan tanya Pak Long berapa ramai yang mai dalam program Himpunan Hijau ke Putrajaya tu, tapi hangpa pakat-pakat tekan si Rais Yatim tu suruh dia yang kira jugak-jugak berapa ramai yang mai menghijaukan stadium Darul Aman, Aloq Setaq nih... Boleh kencing tak lawaih la Rais oiii... haha...

Dengaq cerita puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang lagi, tanpa nasik bungkuih buta punya... hihi... tanpa topi free... haha... tanpa bas percuma... addehh.... dan yang lebih penting lagi tanpa artis-artis K Pop haram jadah tue... kahkahkah...
 
Ni ha, tengok... Bukan saja tang tempat duduk berbumbung yang penuh, tapi kat padang jugak penuh menepu ngan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.

Biaq pun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Tak bersejarah lagi, naik seram sejuk tengok HIJAU... haha...

Ikut kata Mak Long hang, stadium tu ada 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti ataih padang dan trek dia... tu pun dah penuh menepu... Maknanya lebih 100 000 dalam stadium tak campoq yang kat luar stadium lagi...
Ni ha yang kat luaq stadium... siap ngan 2 skrin gergasi didirikan kat luaq stadium...

 
Hadirin pakat-pakat kibaq kan bendera, takut Rais tak nampak yang memang orang ramai... maklum la, hijau takut dia kata rumput ataih padang plak... haha...


Ini la ikon HIJAU yang paling digeruni Umno... hihi...


Pelik bagi Umno, aneh bagi BN... puak-puak HIJAU ni boleh berhimpun penuh stadium tanpa artis K Pop... yang ada hanya Ostad Azhar Idrus jaa...

Tinggai ni la saja lagi senjata terakhir rakyat yang gagal difahami untuk dikalahkan oleh APCO... haha... semangat juang rakyat yang berlandaskan ISLAM...
 
Melimpah ruah... ada la yang tak lena tidoq nih... hehe...
Agak-agak hangpa la, sapa gamaknya yang seram sejuk bila tertengok warna HIJAU lepaih nih... hihi... (Kredit kat GB ngan PASPB pasai gambaq-gambaq tu ha...)

Wassalam..

Konvoi Orang Mude Geng Kite









Konvoi Orang muda Geng kita dalam Xpresi Hijau Anak Muda ke Putra Jaya di antara Masjid Perwaja Gurun ke Stadium Darul Aman Alor Star