Saturday, July 16, 2011

Gambar Program UMNO Yang tak sepatutnya kita ketawa...Kasihan.. Salam Sejahtera,


Malang tak berbau.....

JASIN, 15 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua (kiri).


TERJATUH... Beberapa petugas Jabatan Perikanan Melaka membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (dua kanan) naik ke tebing selepas terjatuh ke dalam sungai bersama beberapa jemputan ketika melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Sebanyak 20, 000 ekor benih ikan dilepaskan pada program tersebut.
[Bernama]


Kesian Makcik Yang tudung biru tu pun turut jatuh..... tak pa .... ambik berkat ayaq ikan......

Seorang pemimpin ditangkap... !!

Layakkah orang dalam gambar  menangkap Tuan Guru. Apabila Hj Hadi ditangkap semasa Bersih 2.0, namanya keluar dalam hampir semua media termasuk akhbar seluruh dunia termasuk negeri China, Eropah, Arab, Afrika dan USA.

Mengapa ianya dikenali diperingkat antara bangsa tetapi tidak dikenali oleh segelintir rakyat Malaysia sendiri.
Walaupun terdapat ribuan koleksi kuliah agama yang merangkumi pelbagai tajuk dan kitab serta pelbagai buku yang telah ditulisnya mungkin ada yang tidak pernah membacanya kerana budaya mencari ilmu agak kurang bagi setengah orang.

Haji Hadi adalah salah seorang dari alim ulama dalam dunia Islam yang akan dipanggil apabila dunia Islam menghadapi masaalah selain dari persidangan tahunan.

Contohnya apabila Iraq menyerang Kuwait dan kemudiannya Iraq dikalahkan Amerika dengan bantuan Saudi (tapi Saddam masih berkuasa), Haji Hadi adalah salah seorang yang dipanggil untuk berbincang.

Sewaktu berbincang untuk menentukan adakah Saudi yang bersalah kerana bersubahat dengan Amerika atau Iraq yang bersalah, telah berlaku satu bentuk layanan yang amat istimewa bagi Haji Hadi yang tidak pernah dialaminya sebelum itu.

Selesai muzakarah di Baghdad, walau pun telah ada kapal terbang yang akan membawa kedestinasi seterusnya iaitu Arab Saudi, raja Arab Saudi telah menghantar jet peribadinya yang sedia menunggu untuk membawanya ke Arab Saudi. Itulah pengalamannya menaiki jet raja Saudi yang terkenal dengan kemewahannya.

Bila tiba di Arab Saudi, ia disambut seperti tetamu Negara dan dibawa kesebuah hotel. Walau pun ia hanya seorang diri ia telah diberi lima buah bilik suite yang di khaskan untuk pemimpin Negara.



GAMBAR rumah Hj. Hadi. 'Diberanda itulah saya berbual dengannya - Penulis'.
Saya pernah berkesempatan berbual dengannya diberanda luar rumahnya selepas PRK Pengkalan Pasir, ia beritahu terpaksa meninggalkan kempen kerana terpaksa berlepas ke Jordan untuk menghadiri satu persidangan.

Tetapi siapakah dia apabila melihat rumah kediamannya walaupun pernah menjadi Menteri Besar selama satu penggal.

Ramai yang mengejek bahawa apa yang diperoleh oleh pemimpin dan pengikut Pas dalam perhimpunan Bersih 2.0.

Jawabnya ialah habuan akhirat. Habuan akhirat yang tinggi kategorinya amalah sukar diperoleh. Berpandukan nas-nas ulama menganggarkan hanya 70,000 orang dari berbilion umat Islam akan masuk syurga tanpa hisab dan selebihnya terpaksa mengharungi tempoh perbicaraan yang maha panjang.

Menyedari hal ini, ilmu Islam telah dipelajari dan dikaji dengan bersungguh-sunguh. Apabila lapuran menyebut terdapat RM 889 bilions wang telah dibawa keluar dari Malaysia secara haram, tentulah wujud penyelewengan dalam pemerintahan Negara. Oleh itu satu perubahan kearah kebaikan perlu dilakukan. -TKO - 
Oleh: hidup_akhirat

Makan malam Najib dan Ro$mah dihidang dengan air Kuning pula

Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose..

Kalau nak lihat yang super impose sila lihat di (SINI)..artikel berkaitan dengan Najib masuk mengadap pula sila lihat di (SINI).

Setelah bertemu dengan Perdana Menteri Britain David Cameron di No 10, Downing Street. Najib dan delegasinya atau rombongan keluarganya (rombongan keluarga pasal Anak, Bini dan Adiknya turut sama).Najib mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia).

Ketika beliau dan rombongannya itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames beliau disambut meriah oleh rakyat Malaysia yang berada di London juga dengan warna kuning..

Meriah atau tidak korang sila lihat di bawah..
Lagi gambar-gambar yang tak mungkin disiarkan oleh
TV3 atau Utusan sila lihat di (SINI)

Aku ingatkan setakat itu saja episode kuning buat Najib.. rupa-rupanya episode Kuning buat Najib bersambung pula pada sebelah malamnya pula..

Dimana Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London.

Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan."

Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat,



Zamry Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.
Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.

"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?

"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.

Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.

Harakahdaily

Pasca Bersih : Najib Jangan Pandang Enteng


MUNGKIN Najib Razak bersama sepupunya Hishamuddin Hussein akan beralasan, rakyat Malaysia yang menanti kedatangannya di London dengan sepanduk berwarna kuning mengecam tindakan mereka terhadap para himpunan Bersih hanya beberapa orang saja dan perbuatan itu tidak pun dapat memecahkan butir gatal di bekalang mereka.

Itulah ulasan yang akan diberikan oleh kedua adik beradik sepupu bangsawan itu. Tetapi di dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu betapa aibnya mereka. Betapa tidak, rakyat negara sendiri mengejek kedatangan mereka. Apa yang sepatutnya mereka terima mendapat sambutan dan alu-alu rakyat Malaysia sebagai menandakan kebangaan kerana pembesar mereka mengunjungi London.


Sebenarnya bagi mereka yang mementingkan maruah dan integriti tidak berbangkit sama ada jumlah yang membuat protes itu ramai atau tidak, tetapi yang penting ianya terjadi dan berlaku. Hatta kalau pun seorang saja yang mengangkat sepanduk mengecam Najib dan Hishamuddin sudah mencukupi. Kalau Najib dan Hishmuddin dan rombongannya bermaruah mereka wajar merasakan malu dengan apa yang berlaku.

Kalau tidak percaya, cari serorang gila atau tidak 'berapa sara' untuk menanti kedatangan Anwar Ibrahim di mana-mana airport di luar negeri. Pasti tindakan lelaki itu akan diperbesarkan oleh televisyen dan akhbar arus perdana negara ini akan mengulas betapa Anwar dicemuh bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Kejadian itu hatta dilakukan oleh orang gila pasti akan dieksploitasikan.

Ini sudah dapat ditengok sendiri dengan apa yang berlaku di dalam negara. Ada perbuatan yang dibuat oleh mereka yang bejat moralnya, cemar peribadinya tetapi diangkat dan diangungkan begitu rupa sekali kerana ianya menghemtam dan mengodam Anwar. Media berkenaan yang setaraf dan sama cemar dengan orang itu tidak mengirakan apakah sumbernya berwibawa, berintegriti atau sebaliknya. Yang penting mereka membelasah Anwar.

Kalau berlaku kejadian itu, pasti Utusan Melayu akan meletakkan gambar lelaki gila yang mengangkat sepanduk itu di muka depan. Begitu juga dengan tv3 akan menyiarkan berulang kali akan gambar lelaki berkenaan menjulang sepanduk mengutuk dan mengejek Anwar.

Dalam perhitungan akhbar dan tv berkenaan angka tidak menjadi masalah. Malahan angka akan ditambah kerana itulah kerja mereka. Apa yang penting ialah ia berlaku di luar negara yang membawa dan memberi imej besar. Malangnya sehingga hari ini berlaku terjadi lagi ada rakyat Malaysia mengangkat sepanduk di lapanngan terbang mengecam Anwar dan Wan Azizah.

Tetapi kerana Najib dan Hishamuddin selalu dilindungi dan dikosmetikkan oleh media massa seolah-olah kejadian itu tidak begitu memalukannya. Ia seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Saya tidak tonton tv atau baca akhbar penjilat buntut UBN dua tiga hari lepas maka tidak tahu apakah ada berita penentangan warga kita di London itu ke atas Najib.

Kalau mengikut makrifat saya, mungkin tidak ada. Baik tv3 atau Utusan tidak akan tergamak untuk menyiarkan berita berkenaan kerana ia amat-amat memalukan Najib dan Hishamuddin. Kalau mereka menyiarkan aksi berkenaan ibarat seperti meludah ke langit akan terkena batang hidung mereka sendiri.

Inilah sikap media massa kita yang sering di perkatakan. Mereka tidak akan menyiarkan apa-apa berita atau peristiwa yang boleh menjatuhkan imej orang yang mereka sayangi.

Sebaliknya media akan jadi gila dan mabuk memperbesarkan berita-berita kecil untuk memburukkan pihak pembangkang. Sikap inilah menyebabkan rakyat tidak percaya kepada media masa kita.

Apa pun peristiwa buruk yang berlaku di London itu tidak boleh disembunyikan lagi waktu ini. Mungkin Utusan dan tv3 boleh menutup pena mereka daripada mencatat kebenaran itu tetapi dunia yang tanpa sempadan hari ini dan maklumat yang tidak boleh dibatas

Dengan kemajuan dunia IT yang bebas melaporkan apa saja peristiwa, orang boleh mengetahui apa juga yang cuba diselindungi oleh media massa penjilat buntut UBN dan para pemimpinnya. Hari ini orang atau rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi, kerana kalau mereka cuba berbuat demikian media massa akan dilihat sebagai bodoh.

Misalnya saya terselak satu blog orang Umno sendiri yang menyiarkan beberapa keping gambar protes rakyat Malaysia kepada Najib di London. Mulanya saya terkejut juga kerana apa yang dilakukan oleh bloger ini sudah menyalahi adat. Selalunya orang Umno akan melindungi pemimpin mereka.

Apa yang boleh saya tafsirkan di sini bahawa kebebasan media massa dan kecanggihan saluran maklumat menyebabkan bloger berkenaan tidak boleh menafikan apa yang berlaku sebaliknya beliau bertanggungjawab mengecerkannya sebagai menunjukkan dia seorang yang terbuka.

Adalah elok kalau Najib dan Hishamuddin tidak menyembunyikan protes ke atas kunjungannya ke London itu. Mereka berdua harus mengambil kira walaupun angka yang berhimpun dan mengenakan baju kuning itu tidak ramai. Cara paling baik Najib tidak mencemuh mereka sebaliknya panggil dan berdepan dengan mereka.

Mungkin pandangan dari dalam negeri berhubung beberapa tuntutan Bersih itu berbau politik yang tidak boleh dilayan. Tetapi tidak begitu kalau yang memproteskan itu rakyat kita di luar. Mereka tidak ada kepentingan tetapi lebih bersikap patriotik untuk membaikikan negara sendiri.

Sekiranya Najib mengabaikan ini dan masih terus syok dengan pemujaan oleh para kroni ia tidak membawa banyak kebaikan sebaliknya akan makin merobekkan lagi ketohohan Najib sebagai perdana menteri. Diharap sekembali ke Malaysia nanti nanti akan duduk bersama para pemimpin UBN dan bersedia untuk melunasi beberapa tuntutan rakyat khasnya mengenai pilihan raya yang bersih.

Kalau Najib masih terus membuat pekak badak dalam hal ini, ia pasti akan mempercepatkan detik (timing) bom jangka yang kini sudah berada dalam pokeknya.

MSO.

Festival Cheng Ho Rintis Produk Makanan -N/Aziz


TokGuru NikAziz di tengah-tengah.
KOTA BHARU, 15 Julai 11: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (KELCHEFF) yang berlangsung di negeri ini akan menjadi platform sebagai merintis pasaran baru produk makanan di negara ini khususnya Kelantan di China.Beliau berkata Kelantan yang mempunyai pelbagai produk makanan unik dan menarik yang memiliki potensi tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara berkenaan. Menurutnya, budu yang menjaditrade mark pada negeri ini tidak mustahil suatu hari nanti akan dipasarkan di luar negara.
"Kalau boleh kita mahu satu hari nanti budu berada di Tembok Besar China," ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Cheng Ho di sini petang semalam.
Festival makanan itu berlangsung selama 10 hari bermula semalam bersebelahan Bazar Tok Guru dengan menempatkan 260 gerai termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, China, Kemboja. Beliau seterusnya berharap selain produk makanan negara China diperkenalkan di negeri Kelantan, produk masakan tempatan juga diberikan peluang untuk diperkenalkan ke negara itu.
Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mi tarik yang dipersembahkan seorang chef dari Xinjiang, China, Abdullah Ma Yan Lu. Sementara itu, Pengerusi Induk KelCheff, Datuk Husam Musa, berkata orang ramai berpeluang membeli belah disitu menggunakan dinar dan dirham.
Menurutnya, dirham mencapai pencapaian tertinggi kenaikannya sejak ianya dilancarkan tahun lalu dengan jumlah RM731 untuk satu dinar, walaupun minggu lalu terdapat sedikit penurunan.

Seorang Pendeta Buddha, Berjalan Mencari Damai

Oleh Venerable Mjan 

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 6
Gambar Tok Guru Nik Aziz bersama sami-sami Buddha
Kisah 709 seorang pendeta Buddha: Berjalan untuk mencari kedamaian
Langkah 9 Julai semakin menghampiri. Minda saya berkocak. Orang di sisi saya bertanya, "Adakah kamu akan hadir?"
"Saya tersangat ingin! Betul-betul tersangat ingin! Tetapi..."

Pada jam 9 pagi, 9 Julai, saya memberi kuliah kepada sekumpulan penuntut. Jian menelefon saya. Kami mengeluh, mengalirkan air mata, dengan rasa gagal melakukan apa-apa.

Dia tanya, "Shi Fu, mengapa kamu tidak menggalakkan saya untuk hadir?"
Saya jawab, "Jian, mereka yang menyertai perhimpunan 709, sepatutnya hadir bukan kerana digalakkan. Tetapi tindakan ini zahir dari fikrah diri, perasaan dan kesediaan menanggung. Jadi, siapa yang boleh menggalakkan sesiapa untuk hadir?"

Selepas meletakkan telefon, saya meminta "cuti" daripada penuntut saya yang sedang menunggu. Saya mengambil keputusan untuk masuk ke bandar! (Benar, rupa-rupanya, kata-kata kepada jian tadi ditujukan kepada diri saya.)

Saya mengajak yw yang tinggal berhampiran dengan saya untuk pergi bersama. Di luar jangkaan saya, dia bersetuju tanpa keraguan. Sudah hampir jam 12 tengahari ketika kami bertolak. Kami berkereta ke stesen LRT Asia Jaya, kemudian menaiki LRT ke Pasar Seni. Polis kelihatan di mana-mana. Yw ketawa dingin, "Tak nampak pun mereka tekun sebegini bila menangkap pencuri!"

Kira-kira jam 1 tengah hari, saya makan di restoran India yang berhadapan dengan Pasar Seni bersama yw. Hanya beberapa suap nasi yang dimakan, terasa pedas pula mata saya. Saya tertanya-tanya dalam hati saya, tak ada bawang pun dalam sayur ini, mengapa sengit pula rasanya? Ada orang yang menutup pintu besi kedai tu, ada orang yang berlari menuju ke arah kami, ada yang berteriak, "Polis telah melepaskan gas pemedih mata!"

Kok Meng memaklumkan kepada saya untuk berkumpul di kedai bukuShangHai di Jalan Sultan. Setibanya saya di sana, saya mendapati ramai orang sudah berkumpul, dengan laungan slogan yang tidak terhenti-henti. Kami dimaklumkan untuk menuju ke Menara MayBank. Seorang pakcik yang bersongkok datang ke depan saya, dengan senyuman yang melebar, sambil menegakkan ibu jarinya, cuba bertutur dalam bahasa Cina dengan bunyi Melayunya, "ni, jia you!" (Kamu, teruskan!)

Kami tidak ternampak apa-apa, sebab terlalu banyak orang! Tiba-tiba tepukan gemuruh, dan sekumpulan muslimat yang menutup muka memasuki kumpulan kami. Laungan slogan semakin lantang. Saya memaling kepala saya, ribuan manusia dari Pudu menuju ke arah kami. "BERSIH! BERSIH!" bergema, kemudian disusuli nyanyian Negaraku. Saya terharu. Ramai orang muda yang menyertai "pesta" ini. Saya nampak kekuatan dan harapan untuk berubah, dari senyuman pada muka mereka.

Kira-kira setengah jam kemudian, arus manusia menuju ke Pudu, kononnya mahu mara ke Stadium Merdeka. Kami berjalan dengan perlahan-lahan menyusuri kaki lima di kedai-kedai yang bertentangan dengan perhentian bas Pudu Raya. Tiba-tiba orang di depan berundur, memaklumkan bahawa FRU menghalang di depan. Yw dan seorang lagi abang yang menemani saya sepanjang perjalanan ini membimbing saya untuk patah balik. Tidak jauh saya nampak meriam air ditembak ke arah kelompok orang, dan kami segera mengelak dari situ.

Tanpa dijangka, gas pemedih mata dilepaskan di belakang kami. Saya gagal membuka mata. Sungguh pedih! Sungguh pedih! Saya meraba-raba berkas air saya, membasahkan sapu tangan dan dilapkan pada muka. Kesakitan pada muka saya itu seolah-olah kesakitan melecur.

Tanpa disedari kami masuk ke lorong. Kami menunggu. Langit menjadi mendung. Kemudian kami kembali ke tempat berhampiran dengan Pudu Raya. Ada orang berkata kami telah dikepung. Abang dan yw melindungi saya, menaiki tangga ke kuil sikh. Nampaknya polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata. Ada orang yang menghulurkan garam kepada saya, dan terus saya masukkan ke dalam mulut.

Hujan renyai-renyai tadi menjadi lebat. Abang itu berkata, langit pun tolong kita! Garam yang masin dalam mulut saya amat memahitkan! Mata pedih, kulit muka saya panas. Dalam keadaan sedemikian, hati saya tertanya-tanya, mengapa kerajaan ini sanggup menyusahkan rakyat jelatanya?

Berjalan demi mencari kedamaian

Hujan akhirnya henti. Kami merancang untuk balik semula ke perhentian bas Pudu Raya, untuk menyusun semula pasukan. Tiba-tiba kami dengar teriakan, dan nampak beberapa orang polis mengejar orang dengan baton dalam tangan mereka. Kami nak kembali ke kuil sikh tadi, tapi juga dihalang anggota polis.

Saya ternampak seorang peserta duduk di atas lantai. Saya tidak pasti apa sebabnya. Polis mengheretnya orang itu. Abang saya tidak berpuas hati dengan kekasaran yang digunakan, lantas menjerit, "polis samseng!" Di belakang saya ada polis dengan garang mempersoalkan abang saya itu (saya tidak pasti sama ada kekasaran digunakan), saya hanya terdengar abang saya mengulangi, "abang, jangan macam ni!"

Hati saya berdenyut dengan cepat. Tiba-tiba saya teringat ajaran pendeta, "berjalan untuk mencari kedamaian". Saya membaca ayat suci dalam hati saya, melangkah dengan perlahan-lahan.

Kelompok manusia hilang. Berselerak, menunggu masa untuk berhimpun semula. Saya menghubungi Kok Meng. Beliau menunggu di Hospital Tung Shin. Ada khabar bahawa sekumpulan orang sudah menuju ke Stadium Merdeka. Berita ini memberangsangkan.

Kami menyusuri Jalan Raja Chulan. Semakin besar pasukan kita. Ramai pelancong yang mengambil gambar. Saya berfikir, kan baik kalau di Stadium? Kini seluruh dunia menyaksikan perhimpunan besar-besaran ini. Seandainya mereka yang membuat keputusan berada di tempat kejadian, menyaksikan keputusan diri yang bodoh itu, mungkin mereka akan menghantukkan kepala mereka ke dinding!

Tubuh saya menjadi lembam, mungkin terhidu gas pemedih mata yang berlebihan. Saya dan yw mengambil keputusan untuk beredar selepas tiba di KLCC. Ketika sampai di KLCC, kami difahamkan bahawa agak mustahil untuk masuk ke Stadium Merdeka. Kami beredar pada kira-kira jam 4 petang...

Niat manusia yang baik akan direstui Tuhan


Di sini saya ingin mencadangkan agar BERSIH 2.0 mengucapkan terima kasih kepada kerajaan:-

1. Setelah Ambiga menerima nasihat YDPA untuk mengadakan perhimpunan di Stadium, dua pandangan yang berbeza tercetus dalam BERSIH 2.0 sendiri. Terima kasih kerana Najib berdolak-dalih, sikap itu memaksa kita untuk turun ke jalan raya semula, dan membantu Ambiga untuk meredakan pertikaian dalam BERSIH 2.0.

Apa yang menggembirakan, hasrat asal BERSIH 2.0 untuk berhimpun di jalan raya telah disempurnakan kerajaan. Mungkin inilah apa yang dikatakan, "niat manusia yang baik akan direstui Tuhan"!

2. Ribuan malah puluhan ribuan yang turun berhimpun. Sememangnya kerumitan lalulintas yang ditimbulkan amat dikesali, maka kesungguhan polis (lebih bersungguh-sungguh berbanding usahanya menangkap pencuri) untuk buat sekatan, telah membantu peserta perhimpunan mencapai matlamat tanpa mengganggu orang ramai. Tidak keterlaluan jika kita berterima kasih dalam hal ini.
3. Gambar dan klip video yang dirakamkan mungkin boleh dituduh bahawa ianya direka "perusuh". Namun, rakaman tersebut kini tersebar di merata dunia. Pelancong dari seluruh dunia gembira mengambil gambar dan video mereka. "Sekatan" kerajaan sebenarnya "keterbukaan", menyebarkan "BERSIH 2.0" ke seluruh dunia. Kita mesti berterima kasih kerana kebijaksanaan kerajaan kita!

Ubah Persepsi Saya Terhadap Melayu -Jiannge

Oleh Jiannge 

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 7
Adegan yang terharu buat 1Malaysia: "Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti"
Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya. Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.

Satu: Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru. Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)".
Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan. Ini negara saya juga." 
(Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

Dua: Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun. Tinggi, kurus dan kelihatan lemah. Beliau memesan anaknya, "Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang). Apa takut? Bukan suruh kita pergi mati pun? Jangan takut, kita bukan orang besar. Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!" 
(Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan. Mengapa pula keluarga ini "terbalik" keadaannya?)

Tiga: Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina, "Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan."
(EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)

Empat: Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga. Hati saya berfikir, "Berkelah ke?"
Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya. Maka beliau senyum dan berkata, "Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi." 
(Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)

Lima: Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar. Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, "Kami ada buat persediaan, kamu ada?" 
(Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!) 

Enam: Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya. Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit. Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air. Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ. 
(Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!)
(Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya. Makcik-makcik itu mencelah, "Aiyoh, buat apa pergi demo? Apa kena-mengena dengan kita? Memang tak ada otak langsung. Bawa bayi pulak? Mengapa tidak kamu marahnya?" Saya berbisik dalam hati, "Aunty, saya terasa nak marah kamu...")

Tujuh: Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai. Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, "You must put it in the media." 
(Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah. Saya bukannya pro(profesional) sangat...)

Lapan: Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi - bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya. Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari. Dalam hati saya tertanya-tanya, "Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?"

Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, "Kamu jalan dari sini. Tunggu kami di Stadium Merdeka. Kami akan berjumpa kamu di sana. Hubungi kawan yang lain. Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang. Saya percaya polis akan lebihkan serangannya. Kamu tak boleh singgah di sini."

Saya bertanya, "Macam mana kamu pula?" Dia jawab, "Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya." Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih...

Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka. Polis mengejar dan menangkap. Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya.

Nota akhir: 


Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu. Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,

"Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti'.
Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat terkagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya 'saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia', dan bukannya '1 Bumi, 1 Malaysia' yang didukung Barisan Nasional'. "

Tiba-tiba saya sebak. Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya. Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini. Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.

Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini? Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia. Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil. Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!

Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh. Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini! Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.

Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali!
Diangkat dari

Kami Harap K/Malaysia Tidak Sebodoh Itu..

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 8


Dibuang Universiti Kerana Menganjur Bersih 2.0 Mesir. Kenapa Hanya di Mesir?

SEMALAM saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.
Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.

Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.
Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau?

Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.
BERSIH 2.0 UK
BERSIH 2.0 San Franscissco
Apa yang salahnya dengan penganjuran Bersih 2.0 di Mesir atau diseluruh dunia? Walhal ia dilaksanakan untuk menyokong dan menuntut kearah sistem pilihanraya yang bebas dan lebih adil. Malah, ia dilaksanakan dengan aman dan tiada sebarang provokasi dan kekecohan. Maka, dimana atau atas alasan apa beliau dihukum?

Jika dikatakan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, dimana lafaz atau tindakannya yang menderhaka? Dalam titah Yang DIpertuan Agong sendiri tiada kenyataan dikeluarkan melarang perhimpunan Bersih, tetapi baginda hanya menasihatkan bahawasanya himpunan/demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Seluruh dunia melihat, bahawa keburukan dan kekecohan itu berlaku adalah disebabkan provokasi polis dan menggunakan kekerasan. Walaupun perdana menteri cuba menafikan dengan mengatakan polis hanya menggunakan tindakan yang paling minimum keatas demonstran dalam temubualnya dengan CNN dalam rangka lawatan ke UK semalam.

Tenyata, kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi, semua mata memandang dan mengatakan bahawa tindakan polis dan FRU adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Jika tidak, masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelar tindakan kerajaan Malaysia dalam menyurai dan mengendalikan himpunan aman Bersih baru-baru ini.
Sepatutnya kerajaan menggunakan peluang himpunan bersih 2.0 sebagai satu peluang dan menambah kredit bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah terbuka dan rasional dalam memberikan hak kepada semua rakyat seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara, hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan bebas bergerak diseluruh negara.

Tetapi, kerana ketakutan yang amat terhadap tuntutan bersih, kerajaan tidak nampak peluang dan ruang yang boleh mereka ambil daripada perhimpunan aman tersebut.
Kami berharap kerajaan Malaysia tidak sebodoh itu dan menarik balik tindakan kurang cerdiknya hanya kerana seorang rakyat menuntut hak agar diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dizalimi mendapat pembelaan dan mereka yang zalim Allah beri hidayah atau hancurkan mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga"

Maka dengan tindakan menyusahkan serta ingin menyekat orang ingin menuntut ilmu hanya kerana perbezaan fahaman politik, seolah-olah ia menolak tawaran syurga daripada Allah subhanahu wataala. Maka, lawan kepada syurga adalah neraka.


Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang di zalimi".

Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”.

Maka Rasulullah SAW menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” (H.R. Al-Bukhari)


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga Jika demonstrasi aman sebegini pun dikata tindakan yang memalukan negara, hingga dibuang universiti. Lebih baik kita buat huru hara sungguh, biar tindakan buang universiti tersebut setimpal dengan tindakan yang dilakukan. Jangan cabar anak muda untuk melakukannya.

Kami mampu merusuh, menyerang kedutaan, tetapi kami tidak mahu lakukan, sebab kami tahu bukan sebegitu yang Islam ajar dan kami masih ada pertimbangan yang rasional dan menghormati adab tingkah laku sebagai seorang mahasiswa Islam. Dan yang paling penting perlu difahami adalah kami bukan menentang kerajaan, kami sekadar mahu penambah baikan dalam sistem piliharaya negara. Tanda cinta dan semangat patriotisme kami anak Malaysia.

Diangkat dari: http://allgreenislamic.blogspot.com/

Sila Lihat Siri-siri 'BERSIH 2.0, Pengalaman Saya...'

Bersih 2.0: Makcik Anne Lebih Hebat Dari Ibrahim Ali.. Makcik Anne we salute you!!


Antara yang mendapat perhatian dalam perhimpunan Bersih 2.0. Gambar aksi sahajanya Kide cukup suka. Dia cekal.

Bekas pesara guru.

Sebelum serangan polis dan FRU

Selepas serangan polis & FRU

Tapi dia lebih hebat daripada Ibrahim Ali dengan keris telanjang .

Rujuk: (Kide) http://kide-picture2u.blogspot.com/