Pandangan sepintas lalu rakyat tentang ‘National Reconciliation Programme’ (NRP) itu hanya khayalan, walaupun ia sedang serius dipertimbangkan oleh semua pihak yang sedang berperang politik. Anwar memulakan isu ini pada bulan Januari yang lepas dan Najib memberikan respons yang positif dari sudut bunyi kata-katanya. Tetapi jika ditanya rakan-rakan yang berada dalam UMNO termasuk dalam Majlis Tertinggi UMNO sendiri, tidak ada siapa yang tahu. Maka adalah jelas yang ada atau pun tidak program itu, ia hanya diketahui oleh Najib sahaja, dan mungkin seorang dua yang hampir kepada beliau.
DAP yang begitu terkeliur dengan program ini mahukan Najib membuka
secara terbuka apakah yang telah beliau rancang dan di tulis tentang
program ini. Apa yang menyebabkan DAP begitu terkeliur dengan program
ini tidak dapat diketahui oleh sesiapa.
Tetapi pemerhati politik yang bercakap dengan telus dan terang
beranggapan yang DAP sememangnya berkehendakan berada dalam kerajaan
kerana parti itu sudah merasakan keseronokan sebagai kerajaan di Pulau
Pinang. “DAP has tasted blood, and they want to taste more” kata seorang
pensyarah dari Universiti tempatan semasa minum petang dengan saya
sehari dua yang lepas. “Now DAP is saying that MCA has no integrity by
joining the government, as DAP wants to replace MCA if the NRP succeeds”
katanya lagi.
Untuk melaksanakan NRP ini ia memerlukan seorang yang ‘magnanimous’ dan
bukannya pemimpin yang mengetuai kumpulan yang sedang berperang
politik. Tidak mungkin Najib dan Muhyidin boleh melakukannya. Begitu
juga bukan Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim melakukannya. Sememangnya
yang Anwar berperang politik selama ini ialah untuk berada dalam
kerajaan atau kalau boleh beliau hendak mengetuai kerajaan. Anwar begitu
‘frustrated’ dengan Dr Mahathir kerana memecat beliau dari UMNO
sedangkan beliau mahu menjadi pemimpin utama diperingkat Presiden dalam
parti itu.
Anwar telah mengarak rakyat ke hulu ke hilir serta ke darat dan ke
baruh untuk mendapatkan kuasa itu. Malahan memaksa diadakan PRK Kajang
ini merupakan salah satu dari strategi beliau untuk menuju ke Putrajaya.
Dalam proses itu Anwar telah mewujudkan perpecahan dalam PKR khususnya
di Selangor kerana dalam masa yang sesingkat itu, Khalid sudah dianggap
sebagai pemimpin yang tidak baik dalam PKR khususnya kepada
pemimpin-pemimpin muda yang 'menggeli pundi-pundi' Anwar sekarang.
Kumpulan ini sanggup berubah haluan dari menghina UMNO kepada
berpelukan dengan pimpinan UMNO asalkan sahaja Anwar mendapat tempat
dalam kerajaan. Jika ada kompromi diantara Anwar dengan Najib, maka akan
wujud banyak pihak yang terpaksa 'menjilat ludah' masing-masing dan
tunduk kepada penyatuan Najib dengan Anwar itu.
Mereka terpaksa melatih diri mereka untuk bersetuju dengan Najib pula.
Itu sebabnya saya selalu berkata supaya jika marah jangan lebih-lebih
supaya senang untuk bersatu, dan jika sayang pun jangan lebih-lebih
supaya senang hendak mengambil keputusan jika terpaksa melakukannya.
Tetapi yang muda-muda terlalu seronok berpolitik dan sanggup menjadi
kaldai kepada seseorang pemimpin mereka, bersikap garang dan bisa mulut
mereka. Kata orang anak muda 'julung berkeris, batang pisang pun
disanggah'nya.
Kita hendak juga tahu apa yang difikirkan oleh Najib tentang NRP ini.
tetapi setakat ini ramai dikalangan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi pun
berkata yang mereka tidak tahu apa yang ada dalam pemikiran Najib itu.
Ada seorang yang hampir dengan saya berkata, “biarkanlah Najib bersatu
seorang diri kerana kami tidak tahu apa yang beliau hendak lakukan. Dan
kalau beliau beritahu pun saya jangka cadangan itu akan mendapat
bantahan keras kerana kalau nak bersatu bukannya dengan pengacau seperti
Anwar. Ini perkara serius” katanya.
Jika ada pun usaha Najib dan Anwar untuk berkompromi itu adalah hajat
dua orang yang 'desperate' kerana apa pun yang mereka akan lakukan
diatas nama NRP itu ia tidak akan berjaya. Niat itu akan terbengkalai
begitu sahaja. Mungkin ada seorang dua yang akan mendapat faedahnya.
Tetapi pihak yang dibawah yang telah berperang politik dengan
melemparkan kata-kata kotor terhadap sasaran masing-masing akan kantoi
dan akan merasa malu diatas perbuatan pemimpin mereka yang menyebabkan
mereka berperang itu. 'Muka berpandangan, budi kedapatan', kata
orang-orang tua dahulu.
Bagi pandangan yang realistik dalam isu NRP ini jika ia hendak
dilaksanakan, yang utama sekali mereka-mereka seperti Anwar, Najib,
Muhyiddin serta pimpinan kanan UMNO, LKS dan LGE sepatutnya berundur.
Mereka tidak akan memberi sumbangan untuk kompromi itu dan mereka semua
wajar menarik diri dan berehat dan bersara sahaja selepas itu. Dr
Mahathir dan Daim pula elok berhenti dari masuk campur dalam urusan
politik negara ini dan jangan lagi menggunakan UMNO dan kerajaan sebagai
modal peniagaan masing-masing.
Baru ada NRP yang abadi.