Sunday, October 17, 2010

ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..



Oleh: Pria Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco..sungguh memalukan..

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesi yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak..
























Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki..

Bayangkan dalam kehidupan seharian. Lelaki diuji dengan lenggang-lenggok dan gerak pinggung si wanita yg memakai baju tetapi kenyataannya mereka berbogel. Perempuan tak henti-henti perjuangkan bahawa mereka adalah mangsa seksual lelaki.
Perempuan menuduh lelaki sebagai mata keranjang, gila seks dan sebagainya. Tapi kenyataan adalah sebaliknya. Lelaki sebenarnya adalah mangsa. Gangguan seksual yg diberikan oleh wanita jauh lebih hebat berbanding lelaki.
Wahai wanita, ketahuilah bahawa kami lelaki ni lemah. Tak tahan dengan godaanmu. Labuhkanlah pakaianmu supaya kami tidak lagi terseksa dengan gangguan seksual yang kamu berikan.
Lebih menakutkan lagi sekarang ni, dugaan yg perempuan berikan kepada lelaki bukan sahaja berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka. Tapi jauh lebih dahsyat. Dengan mengucap panjang, gambar di bawah ni sebagai bukti..

Bertudung tapi bogel. Innalillahi..

Kelab Umno Pesara kitar semula ahli lama

UALA LUMPUR, 17 Okt: PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan hanyalah sebagai kitar semula ahli Umno yang lama, bukan penambahan kekuatan Umno. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.
Katanya, seperti sedia maklum yang menjadi Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang memang terkenal sebagai kaki ampu Umno sewaktu berkhidmat lagi.
Baginya, orang seperti Aseh ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.
Sebagaimana sedia maklum, ujarnya kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada di pusat pentadbiran majoritinya bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini, katanya kerana mereka orang yang cerdik boleh membandingkan antara intan dan kaca, yang tidak bergantung dari maklumat 20” X 10” (televisyen) sahaja.
Menurutnya, mereka lebih mengetahui banyak maklumat ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan BN.
“Ini yang menjadi kehairanan Presiden Umno, kenapa masih ramai pesara menyebelahi pembangkang.
“Jawapannya mudah, kerana mereka tidak mahu menghabiskan sisa hayat mereka untuk menyokong parti yang terkenal sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara,” ujarnya.
Tujuan kelab itu ialah untuk mewujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
Datuk  Seri Najib Razak sendiri menyatakan bahawa strategi seperti ‘politik pembangunan’ tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

Menara 100 Tingkat Simbol Ego, Pembaziran Najib

SHAH ALAM 17 Okt - Cadangan pembinaan Menara warisan setinggi 100 tingkat yang terkandung dalam Belanjawan 2011 yang dibentang Perdana Menteri membuktikan ketiadaan perancangan bandar yang akan memudaratkan kesesakan kenderaan di Kuala Lumpur yang bakal melumpuhkan seluruh aliran trafik di ibu negara.
Menurut Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Menara Warisan hanyalah simbol egoisme Najib tanpa mempedulikan keperluan jangka panjang pembangunan bandar yang mampan.

"Saya harap Najib tidak terpengaruh dengan jenaka kebudak-budakan Menteri Pelancongan, Dr Ng Yen Yen yang menyatakan disebabkan semua pihak berlumba-lumba mahukan menara paling tinggi, malah Shanghai dan Taiwan pun ikut serta, maka tidak salah kita pun turut ikut langkah yang sama.

"Kedua, Najib gagal menjustifikasikan bangunan 100 tingkat yang berharga RM5 bilion ini mampu membantu Malaysia mencapai ekonomi berpendapatan tinggi seperti dilaungkan dalan Program Transformasi Ekonomi. Jumlah RM5 bilion ini lebih baik dibelanjakan untuk meningkat mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang sudah tentunya memanfaatkan golonga rakyat berpendapatan rendah," tegas Teresa dalam kenyataan medianya semalam.

Teresa mendesak agar Perdana Menteri membatalkan terus impian membina menara tersebut dan tidak mengorbankan taraf kesihatan, keselamatan dan kehidupan penduduk Kuala Lumpur demi memuaskan ego beliau.

KHAIRY SERTAI ZAHID SERANG NAJIB... HISHAM JUGA...

Cadangan Zahid Hamidi yang turut disambut oleh Hishamudin dan Khairy Jamaludin mungkin satu strategi baru pergolakan dalaman atau protes senyap dalam umNo. Cadangan itu mungkin dilihat baik untuk kepentingan umNO namun ianya bercanggah dengan kepentingan dan semangat satu Malaysia Najib.

Apakah ianya satu strategi serampang berlainan mata dalam umNO atau ianya satu serangan terhadap konsep satu Malaysia Najib yang diketahui umum tidak disenangi oleh Muhyidin. Cadangan mengkaji semula kuota pembahagian kerusi parti kompenan Barisan Nasional dilihat strategi umno merampas kerusi rakan kongsiny setelah melihat rakan mereka tidak lagi menguntungkan mereka. Banyak kerusi yang dimenangi bukan melayu melalui Barisan Nasional adalah kerusi melayu yang sepatutnya dikuasai umNO.

Kerusi Gerik yang ditandingi oleh Gerakan adalah kawasan tradisi melayu. Ianya dihadiahkan kepada Gerakan sebagai tukaran parlimen Bukit Gantang yang diwakili Gerakan sebelum ini. Bukit gnatang adalah kerusi melayu yang kini diwakili DS Nizar setelah penyandangnya almarhum Roslan Shahrum merampas dari umNO 2008. Kerusi itu ditandingi Gerakan pada 2004 setelah bertukar dengan PPP yang diwakili Kaveyas. Kaveyas kekal di Taiping dan Yen yen yang mewakili Gerakan dipindahkan ke Gerik kawasan majoriti tradisi melayu. itulah pengorbanan dan gadaian umNO untuk menjaga hati kompenan bukan melayunya.

Keadaan telah berubah... undi bukan melayu ternyata merugikan umNO. Kenyataan Zahid Hamidi satu dari bentuk protes kepada Najib. Najib belum memberi respon...namun sokongan Hishamudin yang juga Naib Presiden dan Khairy Jamaludin ketua Pemuda tentunya memberi tekanan kepada Najib. Muhyidin hampir pasti bersama ide tersebut.

Apakah keadaan ini akan menyaksikan tekanan lebih hebat kepada Najib yang dilihat terlalau menjaga PERMATA hatinya Rosmah??.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan BN perlu mengamalkan strategi 'laut biru' yang berpandangan jauh dengan mengkaji semula pembahagian kuota kerusi kawasan pilihan raya bagi membolehkan parti itu menang selesa pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kaedah pembahagian kuota kerusi sedia ada dilihat sudah tidak lagi praktikal dengan kehendak pengundi terutamanya selepas tsunami politik pada Mac 2008.

Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu.

Cadangan tersebut kemudiannya disambut baik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi.

'Jangan bergantung pada portal, baca Umno-Online'..ha.ha..ahli UMNO pun tak percaya kat Umno-Online....

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota Kelab Umno Luar Negara supaya tidak lupa asal usul diri dan sejarah negara ketika berada di luar negara.

Beliau berkata ia adalah penting bagi memastikan jati diri di kalangan mahasiswa di luar negara akan terus dapat diperkukuhkan.

"Setiap daripada kita ini mempunyai sejarah dan sebelum ke luar negara ini, siapa kita (dan) di mana (kedudukan) kita. Tanya diri masing-masing dan barulah kita sedar.

"Kebanyakan kita ini lupa diri dan dah lupa kepada sejarah negara kerana sejarah itulah akan memperbaiki keadaan masa depan diri dan negara," katanya menutup kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara yang berlangsung selama tiga hari, di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan turut menyarankan agar anggota Kelab Umno Luar Negara tidak terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan menerusi media baru seperti pelbagai portal berita.

Beliau menyarankan pelajar Malaysia di luar negara supaya sentiasa mengikuti perkembangan politik dan isu-isu semasa melalui portal Umno di www.umno-online.com, dan tidak hanya bergantung maklumat kepada sesuatu portal berita sahaja.

"Masalah kita semua ini ialah lebih suka kepada hiburan picisan. Bila orang maki orang, kita suka kerana ia hiburan picisan. Kita mesti keluar daripada kepompong ini. Kalau kita tidak buat perubahan-perubahan ketara pada diri kita, percayalah kita tidak akan berjaya," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta supaya kesemua anggota kelab itu "menjadi mata, telinga dan mulut untuk kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan kini sentiasa memikirkan hal rakyat dan masa depan negara."

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut melancarkan sebuah buku panduan persediaan bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bertajuk Buku Motivasi Pembelajaran Meniti Puncak yang akan diagihkan ke sekolah-sekolah di luar bandar.

Buku tersebut yang dicetak sebanyak 100,000 unit itu turut memuatkan lima prinsip Rukunegara, imej Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, lagu kebangsaan Negaraku dan imej enam Perdana Menteri termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut dimuatkan dalam buku itu ialah lapan nilai gagasan 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti, makna simbol-simbol yang terdapat pada bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang serta monumen bersejarah negara seperti bangunan Parlimen, Istana Negara, Tugu Negara dan Muzium Negara dan fakta
ringkas peta Malaysia yang mengandungi jumlah populasi penduduk di negara ini.

Umno tak mampu berbalah, perlu perkuat diri sendiri.......untuk kepentingan sendiri...

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Perhimpunan Agung Umno ke-61 bakal berlangsung selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini seharusnya menjadi  kesinambungan peringatan bagi anggota Umno untuk memperkuatkan parti, selain berusaha terus menerus mendapat sokongan jitu daripada kalangan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu bagi memastikan parti itu terus relevan.
Sudah banyak kali pemimpin-pemimpin Umno — yang terdahulu ataupun yang sedang memegang jawatan mengingatkan supaya parti keramat orang Melayu itu seharusnya relevan, inklusif bukan hanya kepada orang Melayu malah juga berkhidmat dan mendapat sokongan bangsa-bangsa lain.
Ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada April 2009 bagi memastikan keamanan dan kestabilan dalam negara berkekalan dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
Umno yang merupakan parti terbesar dalam negara dengan keanggotaan 3.4 juta orang tidak mampu berbalah sesama sendiri, malah harus merapatkan saf bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 nanti membawa keputusan yang memberangsangkan untuk Umno dan BN.
Najib pada Jun lepas berkata beliau mahu semua parti komponen Barisan Nasional  (BN) menghentikan perbalahan secara terbuka dan menumpukan kepada usaha-usaha serta amalan yang memperkukuhkan parti masing-masing dan BN.
“Sebagai komponen BN kita mesti buat BN kuat. Kita tidak sepatutnya berbalah di hadapan umum, kita patut lawan pembangkang, bukan sesama kita, lawan musuh kita,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Parti Progresif Penduduk (PPP).     
Umno, sebagai parti tunjang atau tulang belakang yang memerintah negara, perlu menunjukkan contoh terbaik kepada semua parti komponen dan tidak boleh hanya bersandarkan kepada kelemahan parti pembangkang untuk mendapatkan sokongan.
Untuk memastikan Umno terus relevan dalam abad ke 21, Najib semalam turut mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
Selain itu, Umno terus berusaha memastikan masalah dalaman di peringkat negeri diselesaikan dengan baik, contohnya di Terengganu, melalui Konvensyen Umno Terengganu 2010 yang diadakan semalam, telah memberi gambaran jelas bahawa Umno negeri itu yang sebelum ini menghadapi masalah dalaman, kini semakin pulih.    
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata konvensyen yang bertujuan membincangkan hala tuju dan masa depan parti membuktikan kesepakatan di kalangan pemimpin Umno negeri itu semakin utuh.
Beliau tidak menafikan berlaku perselisihan faham dan masalah dalaman tetapi melalui Konvensyen Umno, ia berjaya merapatkan semula pemimpin di negeri itu.
Bagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam mengulas keadaan kelam kabut dalam pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan anggota Umno bahawa: “ Rakyat memerhati kekuatan kita. Kita perlu perkuat diri sendiri dan bukan hanya bersandarkan kelemahan pihak lawan.”
Perkelahian antara pemimpin bahagian, cawangan dan juga peringkat negeri harus dielakkan kerana ini akan memberi kesan yang negatif kepada Umno seterusnya BN bagi menghadapi pilihan raya kelak.
Bagi Umno, perhimpunan kali ini bukan saja akan hanya membahaskan tiga usul iaitu membahaskan ucapan dasar Presiden, ekonomi serta pendidikan dan agama, malah persidangan kali ini akan turut membicarakan usaha-usaha pembangunan kerajaan dalam Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 RMK-10) serta Bajet 2011, dan kemungkinan mengenai persiapan Umno menghadapi dua pilihan raya kecil pada 4 Nov ini dan pilihan raya umum ke-13.
Pemimpin Umno perlu merapatkan barisan dan mempamerkan semangat 1Umno pada perhimpunan ini bagi memastikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan dan juga Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah yang akan diadakan serentak pada 4 Nov milik BN.
Pada perhimpunan kali ini, Umno membuat perubahan dengan mengadakan sidang antarabangsa sehari sebelum persidangan Umno bermula dengan menjemput pemimpin parti politik luar negara untuk bertukar-tukar fikiran mengenai isu ‘Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’.
Acara julung kali yang didakan itu telah menerima penyertaan seramai 63 peserta daripada 22 parti politik dari 20 negara.
Melalui persidangan itu, wakil antarabangsa dapat melihat pendekataan baru Umno melalui Model Politik Baru yang menjurus kepada pembangunan teknologi maklumat masa kini, selain memperlihatkan kepada dunia konsep kongsi kuasa BN.
Menerusi forum itu juga para perserta dijangka dapat berkongsi pandangan bagaimana menghadapi serangan dunia maya serta membina kekuatan politik.     
Perhimpunan Umno yang akan bermula Selasa ini dengan perasmian tiga sayap Umno oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno akan dihadiri 4,907 perwakilan.
Mereka terdiri daripada 2,543 perwakilan yang akan ke Perhimpunan Agung Umno, 793 perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 795 Pemuda dan 776 ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri. — Bernama

Cuti Bersalin 90 Hari? Ramai Yang Tertipu

Menurut Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nur Kamariah Mohd Alwi, peruntukan cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja. Betul jugak.

Dulu cuti 60 hari hingga anak ke-5 = 60 x 5 = 300 hari perkhidmatan
...Sekarang, cuti 90 hari. = 90 x 3 = 270 hari (lebih kurang 300 hari)

Dulu boleh beranak sampai lima....tapi sekarang nak beranak lima kena adjust cuti. Adjust punya adjust...cuti 60 harike...90 harike..sama saja. Adus...

Tipah tertipu lagi.
Kesimpulannya...kita masih DITIPU !

Isteri banduan gersang & curang kantoi......



Seorang pemuda berusia 23 tahun ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang di rumah wanita di Taman Damai, kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin. Pejabat Agama Islam Daerah Kulim mendapat maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 12.30 pagi dan segera ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan.

"Empat penguat kuasa bersama penduduk pergi ke alamat dimaksudkan dan ketika melakukan pemeriksaan, mendapati hanya ada wanita itu dan anaknya yang berusia dua tahun di ruang tamu rumah"Ketika ditanya mengenai aduan bahawa ada lelaki di rumah itu, wanita berkenaan berkata lelaki yang dimaksudkan ialah adik angkatnya dan pemuda itu sudah pun pulang ke rumahnya. Bagaimanapun, setelah selesai pemeriksaan, pegawai penguat kuasa PADK mencurigai keadaan siling bilik belakang yang terbuka dan mempunyai kesan tapak kaki. Apabila penguat kuasa naik ke siling, mereka menemui seorang lelaki tidak berbaju sedang menyorok di belakang tangki air".

Wanita itu sudah berkahwin tetapi suaminya dipenjarakan sejak setahun lalu atas kesalahan dadah. Rumah didiami wanita dan anaknya itu dimiliki oleh bapa kandung wanita berkenaan tetapi ketika kejadian bapanya bekerja. Pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988, jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Wanita itu masih berstatus isteri orang ketika serbuan dibuat dan tidak bekerja manakala pasangan lelakinya tidak bekerja tetap. Mereka saling mengenali beberapa minggu lalu. Kedua-duanya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan diarahkan membayar ikat jamin RM1,000 setiap seorang sebelum dihadapkan ke Mahkamah Syariah Rendah Kulim pada tarikh yang akan ditetapkan".

Tangan Najib Kena Pulas Dek Rosmah


RMSHAH ALAM 17 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota mendakwa isteri Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam menentukan beberapa aspek penyediaan Belanjawan 2011 sehingga Datuk Seri Najib Razak terpaksa tunduk kepada kehendak Datin Seri Rosmah Mansor.

"Pengaruh Rosmah dalam bajet kali ini adalah amat terang dan jelas kepada rakyat," kata Azan merujuk kepada peruntukan besar sebanyak RM111 juta yang diberikan kepada projek kesukaan isteri Najib tersebut, Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) bagi memperkasakan pendidikan awal.

Begitu juga pengumuman Perdana Menteri mengenai cadangan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan termasuk beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, kelambu dan sebagainya.

"Saya pernah menjadi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan setahu saya barabgan tekstil buatan memang tidak pernah dicukai.sk-1_copy

"Jadi apabila Najib mengumumkan pengecualian cukai ia bermaksud bagi barangan tekstil yang diimport termasuk beg berjenama yang harganya mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit. Pengecualian ini hanya menggalakkan pengimportan barangan buatan luar negeri dan sedikit tidak membantu ekonomi tempatan tetapi hanya memberi kepentingan wanita yang sika membeli belah seperti Rosmah dan kuncu-kuncunya," bidas Azan lagi.

Mood anggota Parlimen terutamanya daripada Barisan Nasional menampakkan rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap layanan berlebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri terhadap Rosmah.

"Apabila peruntukan kepada Permata dan pengecualian cukai ke atas 300 barangan di umumkan ramai ahli parlimen BN yang mem'boo' Najib, pemimpin mereka sendiri dengan melaungkan nama Rosmah dan ini sesuatu yang amat memalukan. wakil rakyat BN sendiri bertindak macam 'kera' yang membunyikan suara-suara menyindir pemimpin mereka sendiri di dalam Parlimen.

"Apakan tidak mereka sendiri sudah muak dengan sikap Rosmah yang dikatakan 'queen control' ke atas Najib sehingga terpaksa akur sengan segala kehendaknya," komen beliau kepada Suara Keadilan.

Mahasiswa Mahu Potongan 50 Peratus Pinjaman PTPTN


smm2SHAH ALAM 17 Okt - Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa kerajaan memberi potongan khas 50 peratus ke atas pinjaman PTPTN dalam usaha ke arah memberikan pendidikan percuma buat pelajar dan mahasiswa dalam jangka panjang.

Disamping itu SMM juga mahu kerajaan komited dan tegas dalam menyalurkan bantuan dan dana perbelanjaan negara  kepada golongan sasaran serta mengelakkan ketirisan.

"Golongan mahasiswa tidak mahukan angka-angka yang besar sahaja tetapi pada praktikalnya pemberian bantuan hanya sampai kepada pihak tertentu sahaja," kata Setiausaha SMM, Mohd Rodzuan Othman dalam komennya mengenai Belanjawan 2011.

SMM menambah kerajaan juga perlu menjaga dan mengagihkan nilai kekayaan negara kepada golongan miskin dan jangan sesekali ada ketirisan dan penyelewengan yang menyebabkan perlunya kepada  perbelanjaan tambahan kemudian harinya.

"Jika angka-angka ini dapat diatur dengan baik tanpa
ketirisan, saya yakin dan percaya kerajaan akan  mampu menggunakan hasil negara yang lain untuk manfaat golongan miskin  yang lain," kata beliau.

Hadiah Raifal Askar Israel!! Stylo!


Perghh!!
memang hebat dan penuh maksud!
Hizbullah hadiahkan kepada Presiden Iran selaras raifal milik askar Israel yang dirampas!

Allahuakbar!

No Komen! Hebat! Mantop!!
Makin terbakar hati Zionis Laknatullah!!!
sunsnake 16102010

Ahmadinejad terima hadiah raifal

BEIRUT 15 Okt. - Pemimpin pergerakan Hizbullah, Hassan Nasrallah menghadiahkan selaras raifal yang dirampas daripada seorang askar Israel, kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada akhir lawatan beliau ke Lebanon.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di Kedutaan Iran di Beirut lewat semalam pada akhir lawatan dua hari Ahmadinejad ke negara ini.

Najib amal politik adu domba

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Gagasan 1Malaysia yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak terbukti hanya retorik apabila Perdana Menteri itu masih mengamalkan politik perkauman dan adu domba.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, jika benar Najib ikhlas dengan gagasan 1Malaysianya, sudah tentu beliau tidak menyalakan api perkauman dengan cuba menuduh Pakatan Rakyat mempersoal perlembagaan.
"Saya rasa Najib ketinggalan dan tidak mengikuti poilitik semasa. Pakatan Rakyat telah buat resolusi bahawa kita akan sokong malah akan pertahankan Perlembagaan Negara termasuk Perkara 153," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.
Najib dalam ucapannya menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat mempersoal perkara 153 Perlembagaan termasuk isu hak orang Melayu.
Najib juga menuduh Pakatan Rakyat mewujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah dan mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu.
Semua itu dipersoal Najib bagi menunjukkan betapa Umno memperjuangkan Melayu manakala Pakatan Rakyat pula sebaliknya.
"Najib lupa, Umno lah yang membuat dasar membuka 5 peratus kepada bukan Melayu memasuki MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).
"Najib nampaknya sudah mainkan politik adu domba. Di majilis pesara kakitangan kerajaan dia kata PR tidak menghormati perkara 153, waktu rasmi mesyuarat MCA dia kata PAS akan melaksanakan dasar Islam jika PR memerintah," katanya.
Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini menuduh Najib menggunakan "kepalsuan dan retorik" untuk orang mengapi-apikan kemarahan pegawai kerajaan daripada kalangan orang Melayu.
Pua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara juga menyifatkan kenyataan Najib itu menggambarkannya "sebagai hulu balang Perkasa sebenar".
Sebab itu kata Pua, Najib mengambil pendirian tidak mengkritik Perkasa biarpun NGO tersebut didakwa ekstrem dan rasis.

Eeee.... Menyampah aku!!


Eeeeee.... Menyampahnya aku!!

Orang perkenal politik baru,
dia pun nak buat model politik baru

Orang nak bagi cuti bersalin 90 hari,
dia pun bagi cuti bersalin 90 hari

Orang buat bangunan mencakar langit,
dia pun nak buat lagi tinggi

Orang buat 1 Indonesia dan 1 Israel,
dia pun nak 1 Malaysia

Haaa... apa lagi??
Asyik nak meniru jer...

Menyampah aku!!

Tengku Razaleigh yakin BN mampu rampas kembali Galas

GUA MUSANG, 17 Okt — Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berdasarkan kepada jentera pilihan raya yang tersusun selain peningkatan sokongan rakyat terhadap BN.
Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi DUN itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata dengan petunjuk itu beliau yakin BN boleh memenangi DUN itu dengan majoriti yang besar.
“Gerak kerja nampak semakin kuat hingga ke akar umbi dan ini sangat menggembirakan.
“Melihat perubahan yang semakin kuat berlaku berikutan sokongan rakyat kepada BN dengan jelas kita akan mendapat kemenangan,” katanya pada majlis perjumpaan dengan bekas tentera di Bukit Chekati, di sini, petang ini.     
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Suruhan Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Okt ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 4 Nov.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, gerak kerja yang diatur sejak beberapa hari lepas tidak menampakkan sebarang masalah, malah semua jentera komited untuk meraih sokongan pengundi.
Anggota Parlimen Gua Musang itu juga berkata BN kini mendapat banyak bantuan sama ada dari dalam bahagian itu dan juga jentera luar yang dianggap mampu mengembalikan maruah BN di Galas.
“Kita mengakui sebelum ini imej BN terjejas kerana kita di DUN Galas tidak pernah kalah kepada parti lawan tetapi pilihan raya umum lepas tewas dengan majoriti yang kecil sahaja.
“Oleh itu, kita rasa tidak menghadapi sebarang rintangan untuk meraih kemenangan lebih besar dan bersejarah dalam pilihan raya kecil DUN Galas kali ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan jentera BN supaya tidak menimbulkan sesuatu perkara yang boleh menyinggung perasaan pengundi, sebaliknya memastikan setiap pergerakan di semua tempat dapat diterima dengan baik.
“Kita juga mengharapkan bekas tentera supaya menyokong BN dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya BN sahaja yang boleh membantu dalam segala keperluan,” katanya. — Bernama

Jangan pertikai isu sah Sultan Kelantan

Setelah sekian lama berdiam diri, Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya bersuara juga tentang persoalan pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Malangnya, kenyataan beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 15 Oktober 2010 bertajuk “minta istana, kerajaan negeri beri penjelasan elak kekeliruan” itu bernada agak sumbang.
Apa yang disebut oleh beliau di dalam akhbar itu juga tidak mencerminkan taraf yang sepatutnya dipunyai oleh beliau selaku seorang kerabat kanan dan selaku seorang statesman tersohor.
Di dalam kenyataannya itu, beliau menyatakan bahawa:
1. Beliau secara peribadi tidak mempunyai halangan ke atas pemasyhuran itu sekiranya ia dibuat dengan betul atau, lebih tepat lagi, “kalau ia (dibuat) ikut perlembagaan negeri”.
2. Beliau meminta Istana Kelantan memberi penjelasan kepada rakyat untuk memulihkan kekeliruan yang timbul dan untuk memperbaiki imej institusi Istana Kelantan.
Selaku seorang kerabat kanan dan selaku seorang statesman tersohor, beliau sepatutnya mampu untuk membuat dan mengemukakan satu pendirian yang tegas ke atas perkara ini.
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah dibekalkan kepada semua pihak, beliau sepatutnya mampu untuk memutuskan sama ada pemasyhuran itu sah atau tidak.
Beliau tidak sepatutnya membiarkan diri beliau seolah-olah berada di awang-awangan, ke sana pun tidak dan ke sini pun tidak, dengan berselindung di sebalik ungkapan “kalau”.
Selaku Ahli Majlis Perajaan Negeri, beliau juga sepatutnya bersikap lebih gentleman dengan menyuarakan pandangan beliau ke atas perkara ini di dalam mesyuarat majlis itu.
Seandainya beliau hadir di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri pada 13 September 2010 tentulah beliau akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai perkara ini.
Malangnya, beliau memilih untuk tidak hadir tanpa memberikan sebarang sebab yang munasabah di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri pada 13 September 2010 itu.
Untuk makluman beliau, penjelasan secukupnya telah diberikan kepada rakyat mengenai pemasyhuran ini dan, alhamdulillah, penerimaan mereka ke atasnya adalah amat baik.
Oleh itu, tidaklah berbangkit lagi soal wujudnya kekeliruan mengenai perkara ini walaupun masih ada segelintir pihak yang cuba menimbulkan kekeliruan untuk maksud tertentu.
Pejabat Sultan Kelantan telah menganjurkan beberapa siri majlis penerangan mengenai perkara ini kepada para pemimpin dan pegawai kerajaan, penggawa, penghulu dan imam.
Majlis-majlis penerangan yang dibuat di Istana Balai Besar ini di antara lainnya telah dilangsungkan pada 12 Januari 2010 serta pada 8 dan 26 September 2010.
Di dalam majlis-majlis itu, penjelasan panjang lebar mengenai perkara ini, khususnya yang melibatkan perlembagaan negeri, telah dibuat oleh Dato’ Sukri Haji Mohamed.
Dato’ Sukri Haji Mohamed, selain seorang pakar perundangan, adalah juga Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap penasihat kepada Istana Kelantan sejak sekian lama.
Penjelasan juga turut dibuat melalui sidang-sidang media sama ada oleh Dato’ Sukri Haji Mohamed sendiri, oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Aiseri Mohamad, atau oleh Pengelola Istana Diraja, Dato’ Abdul Halim Haji Hamad.
Sidang-sidang media yang dibuat di Istana Balai Besar, Istana Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini di antara lainnya telah dilangsungkan pada 13, 14, 15 dan 22 September 2010.
Untuk mendapat jangkauan yang lebih luas dan di dalam kadar yang lebih cepat, penjelasan secara separa rasmi juga turut dibuat dari semasa ke semasa di dalam blog ini.
Apa pun, pihak kami merasa amat terharu di atas sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan ke atas pemasyhuran ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada para pemimpin dari parti-parti politik, khususnya PAS dan UMNO, malah yang tidak berparti pun, yang telah bersatu hati menerimanya.
Begitu juga dengan pakar-pakar perundangan dari dunia akademik seperti Profesor Dr Abdul Aziz Bari atau dunia guaman seperti Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.
Terutama sekali adalah kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang, melalui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah memperakui keabsahan Sultan Muhammad Ke-V.
Adalah diharapkan bahawa titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, itu menamatkan segala kekeliruan yang masih ada pada mana-mana pihak mengenai perkara ini.
Jika ini belum mencukupi maka Pejabat Sultan Kelantan, di atas permintaan, sedia mengadakan majlis penjelasan khas kepada mana-mana pihak yang masih di dalam kekeliruan.
Akhirnya, walaupun perkara ini telah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah itu juga tentulah akan mengasaskan segala keputusannya kepada Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan dengan perkara ini, sukalah kami mengemukakan di sini Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan (Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri) yang berbunyi:
(1) Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.
Versi bahasa Inggerisnya:
71. Federal guarantee of State Constitutions
(1) The Federation shall guarantee the right of a Ruler of a State to succeed and to hold, enjoy and exercise the constitutional rights and privileges of Ruler of that State in accordance with the Constitution of that State; but any dispute as to the title to the succession as Ruler of any State shall be determined solely by such authorities and in such manner as may be provided by the Constitution of that State.

Batu Sapi: 2 atau 3 penjuru?

KEMUNGKINAN berlaku pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan apabila Parti Maju Sabah (SAPP) yang diterajui Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berminat untuk mencuri peluang sebagai persediaan untuk berjuang bersendirian tanpa menyambut pelawaan Pakatan Rakyat, terutama untuk memberikan laluan satu lawan satu dengan Barisan Nasional.
Yong yang sebelum ini mewakili DUN Likas sebelum dilucutkan ‘hak’ melalui petisyen pilihanraya kecil Likas 1999, mula bekerja keras secara senyap selepas pilihanraya umum lalu (2008) melalui program turun padang; semakin diterima rakyat, terutama Bumiputera yang merasa disisihkan oleh Kerajaan BN selama ini.
Percubaan Yong untuk menggempur kubu BN (Batu Sapi) ibarat menikam Pakatan Rakyat daripada belakang sekalipun SAPP masih kekal sebagai parti ‘Bebas’ kerana kerusi berkenaan masih diperuntukkan kepada PKR setelah SPR menolak kertas pencalonan calon PKR, Dr Yusof Ahmad disebabkan masalah teknikal.
Yong mengambil peluang untuk meniupkan ‘semangat parokial’ apabila Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya ‘mendidihkan’ kemarahan orang Cina setelah menurunkan papan tanda tiga bahasa di beberapa buah Dewan Masyarakat, sedangkan papan tanda berkenaan dipasang sejak di zaman PBS lagi.APP mengekalkan kredit mereka apabila mereka berjaya dalam tiga misi mereka membantah percubaan mendirikan Loji Janakuasa Arang Batu di Lahad Datu, Sandakan dan Tungku; sehingga mampu mendabik dada, bahawa merekalah ‘Pejuang Rakyat’.
Barisan Nasional sudah pasti akan menurunkan mantan Wakil Rakyat Sibuga, yang juga Naib Presiden PBS, Datuk Thien Fui Yun bagi mempertahankan Parlimen Batu Sapi yang diintai PKR setelah mendapat persetujuan mutlak Pakatan Rakyat.
Walaupun Thien kurang pendidikan jika dibandingkan dengan dua bakal calon lain, namun beliau mampu membuat kejutan jika dapat menjinakkan pengundi Cina yang telah memberikan undi mereka kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.
Dalam keadaan kawasan ‘hijau’ yang mula diturunkan sebagai kawasan kelabu di zaman Datuk Edmund Chung Ket Wah; disebabkan beliau sibuk dengan tugas lain dan pegawainya mula ‘makan di luar’; Thien Fui Yun akan melalui laluan sukar untuk memperolehi majoriti lebih 1,000 undi disebabkan senario politik sudah jauh berubah melalui kebangkitan PKR dan Pakatan Rakyat.
Penindasan demi penindasan yang dilakukan pihak berkuasa ke atas ‘Anak Negeri’ yang bukan sahaja kehilangan tanah, rumah, pekerjaan dan maruah; berubah menjadi dendam kesumat yang hanya boleh dibayar pada pilihanraya kecil kelak.
Melihat kematangan dan pola pengundi di parlimen Batu Sapi, PKR bakal meletakkan Mantan Ketua Perhubungan PKR Sabah dan juga Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat, Haji Ansari Abdullah untuk menentang calon PBS (BN) dan kemungkinan calon SAPP serta beberapa calon bebas daripada serpihan UMNO, SAPP dan PKR.
Ketua Cabang Batu Sapi, OKK Hassnar MP Ebrahim tidak berminat bertanding pada pilihanraya kecil ini dan ingin memastikan PKR menang dengan majoriti yang besar, telah mencadangkan Ansari diturunkan membawa panji-panji PKR.
Sebagai ahli politik veteran yang dilatihtubi Kerajaan Berjaya, UMNO dan PKR, Ansari dijangka boleh memandulkan sokongan terhadap BN dan menang mudah jika PKR menggemblengkan semua jentera parti dengan menimbulkan isu yang sudah lama diperjuangkan PKR; terutama isu tanah dan hak asasi yang diabaikan BN sejak Edmund menjadi Ahli Parlimen Batu Sapi.
Walaupun dibelenggu dengan ‘Pengundi Hantu’ kerana DUN Sekong dan DUN Karamunting merupakan ‘Fixed Deposit’ Barisan Nasional terutama warga ‘Mi Segera’ yang menjadi pertikian selama ini; namun sudah pastinya Ansari dan Hassnar mempunyai strategi untuk mengatasi masalah ini.
Dalam ketakutan yang amat sangat kepada Special Branch (SB) yang sudah pastinya akan menaiki rumah mereka pada malam terakhir sekadar menyampai peringatan ‘Surah BN’ iaitu ‘pastikan BN menang’ jika ingin terus menjadi rakyat Malaysia atau kad pengenalan mereka ditarik balik?
Mampukah SB melakukan kerja sulit ini seperti sebelum ini? Jika anda tidak percaya, sejarah telah membuktikan bahawa lebih 16,693 kad pengenalan yang telah diberikan kepada warga ‘Mi Segera’ ditarik balik iaitu bagi nombor siri H0492001-H0494500, H0539801-H0539999 dan H0540001-H0553999.
Sejak daripada insiden Ala Sun Tzu (Punish Concubine), ramai warga ‘Mi Segera’ tidak lagi berani menyongsang arus menolak BN, apatah lagi dengan bantuan ‘Bala Tentera’ Moro yang bermastautin di Pulau Jampiras.
Kemungkinan kebarangkalian ini sukar diramal kerana ada pihak tertentu dalam UMNO dan BN mungkin menaja ‘IC Terbang’ untuk memastikan pelaburan mereka dalam projek pembangunan BN terjamin.
Pengundi hantu bukan lagi rahsia dan Mahkamah telah mengendali kes IC Palsu setiap masa, terutama Warga Pakistan, India, China, Filipina, Indonesia dan sebagainya yang telah diberi kad pengenalan untuk mengundi oleh pihak tertentu melalui pelbagai modus operandi; namun mereka gagal mengembalikan kad pengenalan yang dipinjam; sama ada dalam bentuk mykad atau resit kad pengenalan sementara.
Dalam peperangan, ‘membunuh itu halal’, dalam politik, penipuan itu ‘harus’ kerana motif sebenar ialah untuk menumpaskan lawan tanpa perlu berperang. Pakatan Rakyat wajib menangkis ‘Saiwar’ BN yang dibalatentera oleh media arus perdana dan SB.
Kebebalan PKR tentang peranan media alternatif di Sabah menyebabkan Pakatan Rakyat, terutama PKR gagal meraih sebarang kerusi, melainkan dua kerusi yang dimenangi DAP secara ‘pembelotan’ iaitu tikam menikam dari belakang (lebih daripada satu parti pembangkang bertanding menyebabkan undi berpecah).
Media Alternatif PKR di Sabah agak lumpuh atau ‘mati pucuk’ gagal menarik minat pengundi atas pagar berbanding dengan DAP atau SAPP yang di ‘up-date’ setiap hari. Ditambah dengan risalah yang menjadi jentera terpenting untuk menangkap rasa cinta rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan menepis adu domba atau serangan psikologi BN yang begitu berjaya selama ini, namun tidak dilakukan.
SAPP sudah melangkah jauh apabila mengaktifkan blog khas untuk Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang boleh dilayari melalui http://batusapi.blogspot.com/ ketika UMNO, PKR masih terkial dan sekaligus menafikan peranan media alternatif yang telah menumbangkan lima kerajaan BN di Semenanjung.
Rakyat ‘Batu Sapi’ belum mengenali PKR atau Pakatan Rakyat secara harafiah atau holistic, melainkan untuk melampiaskan dendam kepada pemimpin BN; di samping tikam menikam di dalam PKR membuatkan tidak ada yang benar-benar bekerja untuk PKR selama ini.
Kader-kader UMNO di dalam PKR cuba melemahkan parti, telah lama berakar umbi dan hanya kumpulan ‘Kuda Trojan’ yang terdiri daripada 12 orang sahaja yang dihukum ala kadar; manakala ramai lagi ‘Upahan UMNO atau BN’ yang masih bersetinggan di dalam PKR, menunggu peluang untuk melemahkan PKR daripada dalam.
Angka hanya tinggal angka dan tidak akan mampu memenangkan sesiapa jika semua parti yang bertanding tidak menjaga adab sopan pertandingan dan meremehkan peranan rakyat dalam membuat keputusan.
Menjanjikan bulan bintang dan matahari akan menyebabkan Sabah dipenuhi ramai makhluk ‘Avatar’ yang hanya wujud di alam khayalan kerana Sabah kekal sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia; sekalipun berbilion peruntukan pembangunan disalurkan ke ‘negara’ ini, sejajar dengan konsep perkongsian kuasa. Namun kehilangan autonomi untuk membelanjakan peruntukan menyebabkan kesemua projek untuk mengkayakan ‘proksi dan kroni’ kerana dikawal oleh Kerajaan atau Kementerian Pusat.
Kerajaan negeri Sabah menjadi lumpuh dan tidak mempunyai sumber kerana Jabatan Pembangunan Negeri hanya tinggal nama disebabkan karenah birokrasi. Jangankan mengharapkan peruntukan RM4 billion yang baru dijanjikan, janji RM1billion yang dibuat di zaman Pak Lah belum kesemuanya tertunai dan hanya satu perempat sahaja yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Negeri Sabah.
Di atas kertas, Sabah adalah sebuah negeri yang ‘Bankrap’ kerana Liabiliti melebihi hasil dan hanya mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat yang tidak kunjung tiba. Reserve yang ada tidak menunjukkan keadaan sebenar dan hanya menjadi halwa telinga kerana Kerajaan Negeri banyak menanggung hutang, terutama banyak kes yang diputuskan Mahkamah, tetapi belum dapat dilangsaikan kerana ‘Tabung Negeri’ untuk tujuan berkenaan kosong, sekosong-kosongnya.
Kesimpulannya, pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi bukanlah medan untuk BN atau pembangkang menguji pengaruh; sebaliknya untuk menentukan sama ada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berjaya kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri atau Datuk Seri Musa Aman kekal sebagai Ketua Menteri untuk satu penggal lagi jika calon BN menang dengan majoriti besar. Benarkah begitu?
Sabahkini

Najib dan Rosmah Ubah Suai Sri Perdana RM65 Juta

Bagi pemilik rumah ini.. RM6500 pun sudah cukuh untuk mengubahsuai
rumahnya yang kian rebah..
Pertama kali Sri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri diubahsuai pada tahun 2005 dan telah menelan belanja hampir RM6 juta.

Kini diberitakan pula Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor akan menghabiskan duit Negara sebanyak RM65 Juta untuk mengubahsuai Kediaman Rasmi Perdana Menteri mengikut selera mereka berdua seolah-olah Kediaman Rasmi itu milik mereka.


Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.
Dalam masa yang sama Najib menasihatkan rakyat agar berbelanja secara berhemah, jangan membazir.. tapi beliau sendiri bersikap sebaliknya..

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang UMNO dulu,”

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Sebenarnya ungkapan ini adalah biasa bagi sesetengah orang, Bukan biasiswa saja malah ada individu yang mendakwa bagi mendapatkan pinjaman untuk TEKUN mereka dikehendaki menjadi ahli UMNO juga,tidakkah jelas kepada kita UMNO menyalahgunakan dana yang ditetapkan untuk rakyat untuk faedah mereka..

Mereka menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan mereka..

Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno
Harakahdaily

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.

Pelajar Syariah Dicekup Khalwat

Ampang - Sepasang kekasih di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dicekup Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam.

Pasangan tersebut yang masing-masing berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa milik di kondominium tersebut kira-kira pukul 1.00 pagi.

Operasi dijalankan setelah pihak Masjid Al-Azim menerima maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran gadis terbabit di rumah berkenaan dan sekumpulan anggota penguatkuasa yang diketui oleh Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman bergegas di lokasi berkenaan.

Ahmad Nawi berkata, beliau bersama beberapa anggotanya terus memperkenalkan diri sebaik memasuki rumah tersebut. Pihaknya mendapati beberapa remaja lelaki berada di ruang tamu. Pemeriksaan lajut turut dilakukan di salah sebuah bilik di unit kondominium itu mendapati pasangan terbabit berada berdua-duaan di bilik tersebut.

“Remaja lelaki itu telah membuka pintu apabila diketuk oleh anggota saya. Kami mendapati remaja berkenaan berpakaian lengkap dan berseluar pendek, manakala remaja perempuan terbabit pula berpakaian lengkap dan sedang berbaring di atas katil,” katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai apa-apa hubungan suami isteri. Difahamkan alasan yang diberikan oleh gadis itu adalah dia tertidur di dalam bilik berkenaan kerana terpaksa menunggu salah seorang kawan yang telah meminjam motosikal pulang semula ke unit kondominium tersebut.

“Gadis tersebut memberi alasan kehadirannya di unit kondominium itu kerana dia telah memasak lebih makanan kemudian mengambil keputusan untuk menghantar makanan tersebut ke rumah teman lelakinya itu, namun tidak sangka tertidur kerana terpaksa menunggu kepulangan salah seorang kawan yang telah meminjam motosikalnya.

“Teman lelakinya pula mengakui kira-kira hampir sejam gadis berkenaan berada di unit kondominium itu,” katanya.

Tambahnya, difahamkan gadis tersebut merupakan penuntut di salah sebuah IPT yang mengambil jurusan Syariah, manakala teman lelakinya mengambil jurusan akuan yang juga menunutut di IPT sama.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah Ampang untuk pihak kami membuat laporan dan seterusnya mengarahkan pasangan terbabit hadir ke pejabat Jais untuk tindakan lanjut. Kami menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada masa yang sama, Operasi Cegah Maksiat bersama-sama Jais yang bermula jam 12.30 malam dan berakhir kira-kira 5 pagi itu turut memberi fokus di beberapa kawasan tumpuan memadu kasih seperti di Bukit Langat, Bukit Permai selian turut memantau beberapa kawasan sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Ampang.

“Hampir 76 remaja yang ditahan di dalam operasi berkenaan yang turut dijalankan di beberapa lokasi berasingan seperti Bukit Langat dan Bukit Permai,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit, dalam masa yang sama mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Katanya, tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut.

“Operasi dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, disabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan sama berulang serta ingkar hadir sesi kaunseling tanpa alasan kukuh. Sesi kaunseling dijangka diadakan 24 Oktober ini, saya berharap mereka dapat kerjasama atau berhadapan tindakan tegas Jais,” katanya.

Tambahnya, dalam masa sama pihaknya berjaya menahan empat individu, dua didapati minum minumanan yang memabukkan ketika operasi di sekitar Bukit Langat.

“Individu berkenaan telah memohon budi bicara, pihak saya individu terbabit hadir sesi kaunseling. Jika kami dapati dia ditangkap atas perkara sama, kami tidak teragak-agak menyerahkannya kepada Jais untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Gambar puluhan ribu sekitar roadshow 'Umno Selangor Bangkit' di Subang....



Oleh: Pria Malaya

Puluhan ribu??..takde lah..lebih kurang 100 je..saja nk pancing penyokong Umno suruh masuk..

Walaupun roadshow ini dihebahkan secara meluas di ruang maya termasuk media ampu kerajaan, kemudian penceramahnya dari kalangan 'orang besar', namun program ini ternyata tidak mendapat respon yg menggalakkan dari rakyat Selangor..

Hanya ahli fanatik Umno, penyokong tegar PERKASA, ajk2 program, juruteknikal dan blogger Umno shj yg kelihatan...penderamah: YB Dato' Satim, YB Senator Ezam, Sdra. Lokman Adam, Ahmad Najib, Armand (PERKASA)...

Lagi rangkuman peristiwa boleh dirujuk di sini, "PKR KUNUNNYA KUCAR KACIR, UMNO SELANGOR TETAP LEMAH"...wallahua'lam..




























sumber gambar: FB 'Pemuda Umno Bahagian Subang'

Upacara apa yang DS Zambry sedang buat ni?...




Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong


DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut


Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri



Yah itu upacara mengikat ancak ketiang seri, maka dengan upacara ini akan tidak diganggu oleh jin-jin tanah di situ.