Sunday, July 17, 2011

Polis: Boleh pakai baju kuning tanpa lambang BERSIH

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.


"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya. 

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa. 

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.

Dalang Bersih 2.0 : AMK Kecam Kenyataan Aziz


PETALING JAYA 17 JULAI : Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyelar dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa penganjuran Himpunan Bersih 2.0 didalangi oleh parti politik khususnya Pakatan Rakyat.

Tegas Khairul Anuar, ini kerana mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi memberikan hak sepenuhnya kepada orang ramai untuk berhimpun serta menyuarakan pandangan mereka, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Kita ingin menyatakan disini dengan tegas dan jelas bahawa PR mempunyai 'legitimate right' (hak sah) untuk mendukung Bersih 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Pemimpin-peminpin PR, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi, Kit Siang mempunyai 'ilegaltimate right' untuk bersama-sama dalam perhimpunan Bersih 2.0,"tegasnya.

Malah, katanya hak sah itu meliputi semua lapisan masyarakat di negara ini.

"Penyokong-penyokong PR juga mempunyai 'legitimate right' untuk terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dan pada perhimpunan-perhimpunan Bersih akan datang," katanya dalam sidang media AMK di Ibu pejabat PKR, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini dilihat cuba untuk terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”

“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini.

Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.

Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

Bagaimanapun, pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik termasuk Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Rakyat untuk menyertai usaha mereka dalam menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.

Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Jonah turut menyifatkan kenyataan Aziz itu sebagai dangkal dan hanya bertujuan mengaburi mata rakyat.

"Hujah-hujah yang mengatakan bahawa Bersih 2.0 didukung pemimpin PR adalah satu hujah yang dangkal dan kita tidak boleh terima sama sekali," ujarnya.

Apatah lagi, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu Pakatan Rakyat berjaya memperolehi lebih 49 peratus undi popular daripada rakyat Malaysia. 

Dalam pada itu, Jonah turut mendesak polis agar menghentikan sebarang bentuk intimidasi terhadap rakyat yang ingin mendukung perjuangan Bersih 2.0 sekali gus menjunjung keluhuran perlembagaan dan bukan sebaliknya.

"Kita desak polis agar hentikan sebarang bentuk intimidasi terhadap anggota-anggota parti, AMK baik disemua peringkat serta kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendukung perjuangan Bersih 2.0,"tambahnya.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Puluhan ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat .

PEMIMPIN IBARAT IMAM DALAM SEMBAHYANG

Setiap pemimpin, terutama PM, contohilah imam dalam sembahyang.
Zaman siapa kuat dialah Raja,.seperti zaman silam, dah pun berlalu!
Umno jangan keras hati dan berdegil ! keluarlah dari mimpi !!

Kita wajib mentaati Raja, selagi baginda seorang yang adil dan tidak menzalimi rakyat. Kita wajib mentaati Perdana Menteri selagi beliau seorang yang baik, berakhlak, tidak munafik, tidak kufur atau melakukan kemungkaran !.

Tak ada bezanya seorang perdana menteri dengan seorang imam dalam sembahyang! Dalam sembahyang imam adalah seorang pemimpin, dan makmum pula adalah sebagai rakyat. Selagi imam menjadi imam dengan betul, mematuhi syarat dan hukum, maka seluruh makmum wajib mentaatinya
Sebaliknya kalau imam telah membuat kesilapan atau kesalahan,  makmum wajib menegurnya!  malah kalau imam menyedari “wuduk” nya terbatal, beliau wajib berundur dari menjadi imam lalu diganti oleh orang yang berada di belakangnya. Begitulah cara yang telah diajar oleh Islam !  Islam itu benar,  Islam itu mudah, cukup mudah. Selagi kita berpegang dengan Islam semestinya patuhi dan taatilah hukum Islam,.. ini termasuklah dalam soal memilih pemimpin!, cara menjadi pemimpin yang sebenar ! dan sikap seorang pemimpin/ imam yang bertanggung jawab!

Menurut akal yang waras rasanya tak salah, kalau rakyat nak berhimpun dimana-mana, demi menuntut hak dan keadilan!. Hak untuk untuk berhimpun dijamin oleh perlembagaan. Hak untuk bersuara dan menegakkan demokrasi sebenar ada dalam perlembagaan,  tetapi malang ! kerajaan UmnoBn mentafsir soal hak, keadilan dan demokrasi itu cuma dari sudut pandangan mata UmnoBn sahaja!. Jika ia menguntungkan Umno,.. itulah kebenaran !!

Mereka terlalu taksub!  Bangsa Melayu mahu dianggap bangsa termulia di Malaysia! Melayu mesti menjadi “tuan”  dan banyak lagi fahaman yang karut marut , hingga sampai ketahap khurafat !! .. antaranya  Hanya Umno saja yang mampu dan berhak memerintah !.   MasyaAllah!  cukup keterlaluan!  Islam tak ajar pun begitu. Nampaknya corak pemikiran mereka (Melayu Umno) tidak berubah ! masih seperti 50 tahun dulu,  sedangkan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya sudah pun berubah dari segi pemikiran dan budaya.

Hari ini rakyat Malaysia tak kira apa bangsa sudah hilang kesabaran!  Dari awal lagi melalui “BERSIH” mereka sudah pun mengatur langkah demi langkah,  berunding, mematuhi syarat dan peraturan.   Perdana Menteri. orang yang paling berkuasa di Malaysia sepatutnya membenarkan saja permintaan “BERSIH” untuk berhimpun di stadium secara aman sebagaimana PM pernah berjanji. PM tak sepatutnya menghalang dengan memberi  berbagai alasan!!..  Jadi, tak salahlah kalau rakyat berkata PM mungkir janji. PM pembohong !!

Ini yang telah berlaku di bumi Malaysia hari ini!. Pemerintah berkeras hati! angkuh!! Pemimpin nombor satu bersikap dolak dalik, ! hipokrit !  Rakyat terus digula-gula dengan janji manis,  rakyat terus-terusan dibohongi !!  Namun walaupun rejim BN menghalang,.. perhimpunan “BERSIH” tetap sudah berlaku dan berlalu.  Ia berlaku dalam keadaan aman!, tiada rusuhan,  seperti yang dimomok-momokkan oleh pihak kerajaan dan polis !

Berbalik kepada soal pemimpin dan pimpinannya,..Mengambil contoh dalam solat walaupun kita kena mengikut imam, tetapi apabila imam melakukan kesalahan, wajib kita menegurnya dan mungkin sampai ke tahap mufaraqah. Begitulah juga apabila hak kita sebagai rakyat dirampas, maka kita wajib menegur pemimpin. Tiada lagi ketaatan apabila pemimpin melampaui batas yang Allah tetapkan.

Inilah perkara utama yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 minggu lalu iaitu meminta dikembalikan hak rakyat yang telah dirampas oleh pemerintah/ UmnoBn.

Oleh : rahimothman.

Proham gesa Putrajaya tubuh panel khas tangani isu pilihan raya


KUALA LUMPUR, 17 Julai — Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) hari ini menggesa kerajaan pusat mengadakan satu mekanisme bebas yang dapat menghalusi segara isu berkaitan dengan pilihan raya termasuk lapan tuntutan diketengahkan Bersih 2.0.
Proham berpendapat Putrajaya boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja ataupun jawatankuasa pilihan Parlimen bagi tujuan tersebut.
Pendirian ini diulangi lapan hari selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, yang mendapat fokus di dalam dan luar negara, dan dua akhbar harian utama negara membawa kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) hari ini, mempertahankan sistem pilihan raya negara ini.

“Adalah penting kerajaan pusat mesti berbincang dengan semua pihak termasuk parti-parti politik untuk mencari penyelesaian sesuai sebagai satu perkara segera,” kata Proham dalam satu kenyataan.
Proham berkata melainkan kerajaan persekutuan memberi keutamaan ke atas segala gesaan dan tuntutan, orang ramai akan terus meletakkan tanggapan bahawa kerajaan pusat tidak komited mengadakan pembaharuan pilihan raya.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Proham Tan Sri Simon Sipaun bersama Prof Datuk Hamdan Adnan, Tan Sri R Navaratnam, Dato Michael Yeoh dan Datuk Dr Denison Jayasooria.
Kata mereka, tindakan segera dan praktikal yang mesti dilaksanakan secara bersama khususnya dengan pembabitan pertubuhan sivil ialah mendaftarkan baki 3.7 juta orang yang layak menjadi pemilih.
Proham mengesyorkan kerja-kerja mendaftar mereka itu dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, ketika ramai membuat spekulasi bahawa pilihan raya akan umum ke-13 bakal diadakan dalam waktu terdekat.
Persatuan itu juga berkata seleps perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu pihaknya telah menerima banyak maklumat mengenai masalah dan status undi pos serta mengenai penggunaan biometrik.
Bersih 2.0 mengetengahkan lapan tuntutan.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan yang pro mereka walaupun tidak memihak kepada tuntutan Bersih 2.0, tetapi mengakui sistem pilihan raya negara ada kelemahannya.
“Suruhanjaya Pilihan Raya mesti meneruskan kempen pendidikan publik di satu sebelah dan pada masa yang sama mengatasi aduan dan rasa tidak puas hati secara tersusun, telus dan bertanggungjawab.
“Perlu ada ruang untuk perbincangan dan dialog secara lebih kerap dan berterusan,” kata Proham sambil menambah, pengundi biasa dan semua pihak termasuk parti-parti politik mesti gembira dengan proses, prosedur dan mekanisme.
“SPR mesti mengambil dengan serius segala pendapat umum memandangkan pengundi kini mempunyai maklumat mendalam (mengenai sistem pilihan raya),” katanya.
Kata Proham, wujud permintaan yang semakin berubah dalam pemikiran demokratik ke arah satu standard yang tinggi, imbang dan periksa berhubung kesalahan pilihan raya dan akses kepada media.
“SPR mesti mengkaji semula kedudukan dan tanda aras agar seiring dengan amalan-amalan pilihan raya di negara membangun dan demokrasi yang matang,” katanya sambil menekankan, pihaknya pernah meminta kerajaan pusat menangani perkara berkenaan yang dibangkitkan oleh Bersih, yang berkaitan dengan pilihan raya adil dan bersih.
“Keadaan ini sangat diperlukan dengan segera dan beberapa langkah konkrit mesti diambil secara proaktif,” kata Proham lagi.

Zambry Cakap Tak Serupa Bikin...

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak gelihati dengan penafian Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang mendakwa bahawa bukan budaya Umno untuk berdemontrasi di jalanan sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ dan sepatutnya Datuk Seri Zambry malu jika kami  dapat menzahirkan bukti-bukti yang Umno cuba memperbodohkan rakyat sahaja. Pertamanya, adakah Datuk Seri Zambry pernah mendengar nama ‘Himpunan Patriot”?

Bukankah Himpunan Patriot ini dilancarkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia? Bukankah pada 2 Julai baru-baru ini, sekumpulan yang menamakan diri mereka ‘Patriot’ menghimpunkan ‘mat-mat motor’ telah menawan Bandar Ipoh dengan motorsikal mereka? Hatta pihak Polis juga turut mengawal lalulintas dan keselamatan pergerakan semua motorsikal yang terlibat pada hari tersebut? Adakah himpunan tersebut sebagai menyambut ‘Maulidur Rasul?

Yang keduanya, mungkin Datuk Seri Zambry lupa bahawa himpunan yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini yang diketuai oleh Ezam Mohd Noor yang juga seorang Senator Umno. Umno tidak bertindak samsengkah di dalam perhimpunan mereka? Berapakah kereta telah dipecahkan di dalam himpunan di Pulau Pinang tersebut? Umno tidak terlibatkah di dalam himpunan tersebut apabila berlaku keganasan?

Dan yang paling menariknya, Datuk Seri Zambry lupa ketika Umno / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak telah tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dahulu? Siapakah kumpulan-kumpulan yang acap kali mengadakan himpunan dahulu? Bagi kami Datuk Seri Zambry mudah lupa peristiwa yang buruk bagi Umno, memang benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa ‘Melayu mudah lupa’.


SALMAN HAJI SALEH 
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

http://pemudapasperak.com/v1/

WEH BACA NIH... [POLIS BERAT SEBELAH KE]


Seorang Polis boleh tangkap 2 orang Hero Umno (Patriot) manakala gambar di bawah lima orang Polis tangkap satu orang Penyokong BERSIH....beginilah keadaan Pemimpin Umno dan Polis main wayang KELING untuk tontonan Puak2 Umno.....kikikikiki

1. Umum tau Patriot yg kononnya dikenali sbg "HERO UMNO" sekat semua jalan ke bkt bintang kemudian menyalak macam anjing kurap bergigi susu cabar BERSIH so, mcmmana org bersih nak masuk atau datang jika semua jalan masuk ke kwsn itu dikawal ketat?? ibarat Lembu kunci dirinya dlm kandang kemudian menjerit atau menyalak cabar org lwn dia.

2. Sekitar 700 org patriot mereka seolah2 ganas seganas macam Lembu jantan nak mengawan tapi ganas kpd siapa kt situ?? ada siapa lagi dikwsn tu?? yg ak nak tergelak knp mereka beri baju kpd bangla sdgkan ramai penyokong patriot x dpt baju atau terpaksa beli sendiri?? knp patriot xmampu nk bwk ramai lagi penyokong mereka di bkt bintang pada halnya Najib ckp Umno ada 3 juta ahli kalau dia nak dia boleh panggil 1 juta dtg lawan Bersih...huhuhuhu

3. yg si Polis dan FRU pulak ada ker bertindak keatas patriot?? setahu ak patriot yg pegi bergesel mcm pondan tua kat FRU dan Polis.. FRU dan Polis pulak nampak takut sangat kat geng2 pemuda malaysia ni...ak boleh baca dlm hati FRU dn Polis kata 'habislah aku ,kena gantung lah keje ak, x naik pangkat lah dn mcm2 lagi yg bermain di minda mereka jika tangkap puak2 Patriot ni.

4. yg peliknya 1 org polis dgn senang tangkap n pegang 2 org patriot padahalnya KJ dgn Lokman berbadan besar...yg nak pecah urat kentut ak pulak Polis yg tangkap mereka tu siap pegang walkie talkie sebelah tangan dan sebelah tangan lg pegang 2 org patriot sdgkan org bersih seorang ditangkap 3 org polis...yg bestnya Hero2 Umno ni x reti nk mengelupor atau x pandai nk melawan ke ketika ditangkap?? atau mereka ni spesis penakut dgn puak2 Bersih dn mereka dh bersedia ditangkap Polis n FRU?? kikikiki...

5. yg lebih kelakar lg puak patriot di bkt bintang FRU x guna air biru (air asid) spt yg
disembur pada puak2 bersih...knp FRU guna air bersih yg boleh diminum?? knp puak2 patriot yg disimbah meriam air FRU tindak balasnya x mcm geng bersih yg gatal2 kena air biru FRU tu?? kikikiki...

6. yg paling bodoh sekali knp Patriot kuasai kwsn bkt bintang?? sedangkan kawasan tu terkenal dgn kawasan samseng dn pelacur?? bagi puak2 bersih wajar di puji sbb mereka kuasai KLCC yg terkenal dgn ikon Malaysia bertaraf dunia...pulak tu patriot berhimpun di satu kwsn saja manakala bersih di semua kwsn stratigik...Tahniah BERISH 2.0...

p/s: soalan mesra rakyat KBAU ini ditujukan khas buat Pencacai Umno terutama Patriot...kikikiki

KBAU KAWAN ORENJI FB

baginda:
tertanya-tanya mana pesilat-pesilat dan pejuang melayu berani mati ramai2 yang dekat kampung Baru hari tu... 3jer dapat di kesan... hahaha ada tatto lagi tu... wakakaka

PM: Ganas Buahkan Ganas, Mengapa Polis BN Ganas?



LONDON, Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.
“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.
“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri (gambar)ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.
Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”
“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.
“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.
“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.
Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.
“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik,

contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan PM di London, 'keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga.' Apakah tuntutan 8 perkara BERSIH 2.0 itu ganas? (Lihat gambar kanan)
Yang jelas tuntutan tersebut bertujuan untuk mengkemaskinikan proses demokrasi. Tetapi polis di bawah kerajaan BN Malaysia pula yang mengganas baru-baru ini?
Ingat, apabila Amerika & dunia menyelesaikan masalah sekelompok puak Islam dengan keganasan, maka lahirlah keganasan. Contohnya Al-Qaeda, yang tidak akan selesai. Apakah Malaysia juga mahu jadi begitu?
Amaran kepada kerajaan BN, kalau tidak mahu bangkit keganasan, jangan gunakan keganasan untuk menekan rakyat. Binatang kucing yang manja jinak pun, kalau dipijak ekornya akan terkejut menggigit. Apalagi manusia! (IH)
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

Ketagih Internet Punca Otak Remaja Mengecut



BEIJING - Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.

Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet. - Agensi

Hukum Bogel Bermula Dg Facebook


MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.
KL 17 Jul 11: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.
Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama.
Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.

Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.
Wakil kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Haji Ali, 45, (bukan nama sebenar) berkata, mereka mengambil tindakan sendiri selepas berbincang dan mendapati kesukaran menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana dakwaan mangsa diperkosa sukar dibuktikan disebabkan kebanyakannya mengikut lelaki itu ke hotel secara sukarela.

Oleh kerana khuatir ramai gadis lain akan menjadi mangsa, katanya, gadis yang pernah menjadi mangsa lelaki itu bertekad ‘memberi pengajaran’ kepadanya, terutama selepas dara mereka diragut dan wang dibekalkan keluarga dihabiskan lelaki itu.

Mereka mengupah sekumpulan samseng sambil dibantu ahli keluarga masing-masing menjejaki lelaki itu sebelum terserempak dengannya berhampiran sebuah hotel di Cheras ketika suspek dalam perjalanan ke hotel bersama seorang gadis lain.

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis lalu itu, kereta lelaki terbabit dihalang sebelum dia dipaksa turun dan dibawa ke satu tempat untuk ‘disoal siasat’ akibat perbuatan dilakukannya sebelum ini.

“Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai peniaga aksesori telefon itu mengaku memperdaya sekurang-kurangnya 10 gadis, semuanya melalui laman sosial Facebook.

“Kebanyakan mangsa adalah siswi dan mereka yang bekerja, dan kegiatannya dilakukan sejak dua tahun lalu selepas dia dipercayai mengamalkan pelbagai ilmu kebatinan berdasarkan barangan yang ditemui dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan bernasib baik kerana ada ahli keluarga gadis yang menjadi mangsa berfikiran rasional dan memikirkan masa depannya, malah ketika disoal, dia mengaku akan bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan sama.

“Memang dia boleh menipu kami jika dia mahu, tetapi dia harus ingat kami juga boleh mencarinya jika kami mahu seperti yang berlaku pada malam kejadian,” katanya.

Seorang mangsa, Nurhaslinda Omar, 25, (bukan nama sebenar) berkata, dia bertindak nekad mencari kenalan lelaki berkenaan melalui laman sosialnya sebelum mereka berhubung antara satu sama lain selepas geram dengan apa yang berlaku terhadapnya.

“Selepas mengambil barangan berharga seperti barangan kemas, kad bank dan juga wang tunai, saya ditinggalkan begitu saja, malah beberapa kenalan ditemui dalam laman sosialnya turut mengalami nasib sama.

“Selain ‘dikikis’, kami dijadikan mangsa memuaskan nafsu, malah ada antara kami dirakam gambar mereka sebagai bahan pornografi, menyebabkan kami akhirnya sepakat untuk ‘bertindak’ dan memaklumkan keluarga.

“Saya percaya dia menggunakan barangan bagi tujuan memukau gadis supaya menurut segala kemahuannya meskipun pertama kali bertemu,” katanya.

Yang pasti, katanya, lelaki berkenaan menjadikan Facebook sebagai ‘lombong’ mencari gadis cantik atau golongan berada berdasarkan profil yang biasanya tertera pada laman sesawang itu.

“Pada awal perkenalan, si gadis akan ditabur dengan timbunan wang ringgit disimpan pada but kereta supaya pandangan gadis dikaburi wang ringgit dan akur menemani dia bergembira, namun selepas dia puas bersama mereka, dia pasti meninggalkan si gadis,” katanya. (myMetro)
Libat sebelum ini..

  • E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
  • E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Suami Dayus Dibenam Ke Neraka. Najibkah?

Oleh MERONG



"Di dalam mengusahakan sebuah rumahtangga, kehebatan seorang suami terletak pada sejauh mana dia dapat mempertahankan syariat semasa dia hidup bersama dengan isterinya. Kalau suami terlalu taat kepada isterinya dan mengikut sahaja apa kata-kata isterinya walaupun yang berlawanan dengan syariat, dia akan Allah benamkan ke dalam neraka.

Oleh yang demikian, suami hendaklah mengawasi supaya jangan sampai isterinya menguasai dia. Jangan jadi apa yang dikatakan orang, 'Queen Control'.

Itu pun dalam hal-hal yang mengenai syariat sahaja. Rasulullah mengingatkan yang bermaksud: "Tidak beroleh kemenangan dan kejayaan, lelaki yang diperintah oleh kaum wanita."
Berdasarkan kefahaman diatas, perlu kita yakin Najib takkan beroleh kejayaan didalam pemerintahannya kerana Rosmah bakal menjadi duri dalam daging kepadanya. Najib bakal menjadi pemusnah kepada BN itu sendiri. Menteri, Ahli-ahli dan USTAZ pembodek UMNO akan menjadi liability kepada UMNO akibat takut menegur ketua sendiri. Pemimpin yang mengikut telunjuk isteri umpama pemimpin yang memimpin bertunjangkan 9 nafsu wanita + 1 nafsu lelaki.
Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS
( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
ERTI DAYUS suami tiada kuasa? Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
Sabda Nabi : - وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ”Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak”
Lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? ,
Berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) –
( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain. (IH)
Lihat sebelum ini
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia? 
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

Kembali Mengambil Al-Quran & Al-Hadis -Agung



KL, 17 Julai 11: Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menyeru umat Islam kembali mengambil Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber penyelesai masalah yang timbul dalam masyarakat.

Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, Allah menggariskan agar al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti Firman-Nya di dalam Surah An-Nisa. Baginda menyarankan demikian ketika menyampaikan titah perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-53 yang bermula malam tadi hingga 23 Julai.

Majlis berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong Tuanku, Nur Zahirah turut berangkat. Majlis itu disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen ke seluruh negara.

"Beta percaya keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah, perkara ini ditunjukkan dengan kehancuran empayar-empayar hebat pada masa lampau akibat perlakuan rakyatnya yang tidak bersatu padu malah mengenepikan persefahaman dalam menjaga kemakmuran negara.

"Sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara.

"Inilah yang ingin beta tekankan supaya kita kembali kepada ajaran Islam sebenar namun harus kita fahami ini bukanlah bermakna Islam menolak perbezaan pendapat kerana Islam mengharuskan kepelbagaian pendapat tentang sesuatu perkara untuk menghasilkan kebaikan," titah baginda. (IH)

Bayi Lahir Di P.Pg Dapat RM100? Negeri BN?



P.Pinang 17 Jul 11: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menimbang memberi RM100 kepada bayi yang dilahirkan mulai tahun ini kepada salah seorang ibubapa yang merupakan pengundi di negeri itu.

Program “Anak Emas Pulau Pinang” akan mensyaratkan pengesahan pendapatan isirumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pada 2010, kerajaan negeri melancarkan 'Program Penghargaan Warga Emas RM100' setiap tahun dan RM1,000 untuk urusan jenazah kepada waris warga emas bagi mengenang sumbangan warga melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri.

Katanya, kejayaan program tersebut, menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

"Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri Pakatan anggap pemberian RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik.

"Sungguhpun pemberian RM100 oleh kerajaan negeri Pakatan adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM20 juta dibelanjakan setiap tahun untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka. Ketua menteri berkata, program penghargaan itu cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, tetapi usaha mereka gagal apabila kadar pendaftaran kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telah mendaftarkan diri.

"Sumber kewangan program baru “Anak Emas Pulau Pinang” adalah sama dengan program penghargaaan warga emas, iaitu daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan Pakatan melaksanakan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.

"Program baru “Anak Emas Pulau Pinang” akan dibentangkan dalam mesyuarat Eco negeri minggu ini dan dijangkakan memerlukan perbelanjaan antara RM5-RM10 juta setiap tahun," katanya. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Puak-puak UMNO Pulau Pinang, kalau bantah jangan ambil le! Kerana kerajaan Pulau Pinang akan beri semua tak kira parti, bukan macam kerajaan BN perintah, hak-hak rakyat kalau pembangkang dinafikan!

Dedahkan Siapa Tangan Yahudi Dibalik Hak Asasi?


NONE
KL 17 Jul 11: Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor dicabar supaya dedahkan siapa tangan ghaib di belakang isu hak asasi manusia seperti yang diperjuangkan oleh bersih 2.0 kini?

Hal ini berikutan kenyataan beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.

"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysiahari ini.

Berdasarkan pengamatan dan bacaannya, kata Rahim, istilah hak asasi manusia sebenarnya lahir dari Ghetto of the Jews, di mana bangsa Yahudi mengalami tekanan, penindasan oleh pelbagai kuasa besar untuk beratus tahun lamanya sehingga tertubuhnya negara Israel.

"Ya, sila dedahkan seperti pendedahan yang pernah dibuat mengenai APCO Worldwide yang diambil khidmatnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberikan perkhidmatan yang sama kepada diktator-diktator dan pemimpin-pemimpin korup di seluruh dunia." Kata seorang pembaca laman Malaysiakini, kepada Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi.

Rahim Noor percaya ada sesuatu "yang kita tidak nampak di peringkat antarabangsa" bertujuan mahu menentukan survival Yahudi dalam memastikan'the promise land' yang disebut dalam kitab-kitab dalam pegangan mereka. Kumpulan tanpa wajah ini, menurut beliau, bergerak di mana-mana dan "bagi saya AS kini menjadi Israel terbesar di dunia."

"Manakala tangan tersembunyi mencari mana-mana individu yang boleh dijadikan puppet (boneka), mereka boleh berpangkalan di mana-mana baik di Washington, Paris, Jakarta atau di mana saja.

"Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang faceless dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit."

Kata pembaca laman Malaysiakini itu lagi, "Sila buat pendedahan segera, supaya orang tidak menuduh PM dan kuncu-kuncunya yang terlibat, termasuk isterinya yang banyak wang dan berbelanja besar.... macam sang kancil berak gajah!"(IH)

Kedah: Larangan Maksiat, Bukan Hanya Ramadhan?



AMPANG, 17 Jul 11:Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini oleh kerajaan negeri Kedah tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini. Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat

"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian. Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.

Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan. Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

"Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional.

"Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam" tambahnya.

Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP. Difahamkan, kontroversi tersebut bagaimanapun selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan semalam bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya sudah lama penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah yang sudah hampir sepenggal pilihan raya memerintah.

Dan maksiat pula bukan hanya dilarang pada bulan Ramadhan sahaja, kerana ianya tidak sesekali melibatkan atau menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu. Sepatutnya diperjelaskan lebih awal lagi.(IH)

M'sia Ikut Negara Komunis.. Benarkah? -Abd Hadi



AMPANG, 17 Jul 11: Malaysia ikut negara komunis? Benarkah? Itu pertanyaan yang timbul, bila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara. Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.
“Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.
“Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis,” katanya pada sidang media di sini.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.
“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.
“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Najib.
Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).
Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.
“Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang,” katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.
Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. (IH/Sumber The Malaysian Insider)
Lihat sebelum ini..

ROSMAH MANSOR MAHU WANITA MUSLIM MENUTUP AURAT

Oleh: WFAUZDIN NS


TABIK saya pada Rosmah Mansor yang mahu menggalakkan wanita Muslim menutup aurat. Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan Festival Fesyen Islam (IIF) yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan pakaian yang menghina agama Islam itu sendiri.


Malaysiakini melaporkan"Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat."

Saya percaya dan yakin, ketika kenyataan ini dibuat oleh Rosmah, beliau tentunya di dalam keadaan menutup aurat. Samada beliau memakai cincin yang jutaan ringgit atau tidak, itu persoalan lain kerana beliau telah pun menutup aurat sebagai Muslimah sejati yang menjadi contoh kepada rakyat terutamanya wanita Muslim.

Beruntunglah suami Rosmah mempunyai isteri yang Solehah seperti beliau. Tabik, Kak Mah./wfauzdin.blogspot.com

Lesen pusat hiburan ditarik jika benarkan orang Islam masuk


KUALA LUMPUR: Lesen kelab hiburan di Kedah akan ditarik balik jika membenarkan orang Islam memasuki premis tersebut, kata setiausaha politik menteri besar negeri itu hari ini.

“Operator telah setuju lesen operator berkenaan ditarik balik jika arahan berkenaan dilanggar. Keputusan ini dicapai dalam pertemuan dengan operator berkenaan di Alor Setar semalam, kata Mohd Sanusi Mohd Noor dalam sidang akhbar di sini.

Sebelum itu beliau mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi taklimat kepada pimpinan PAS di sebuah hotel di Ampang.


Selain presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hadir sama dalam taklimat berkenaan ialah tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Mohd Sanusi, Azizan tidak datang memberikan taklimat kerana sedang membuat persiapan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah esok.

Sebelum ini Menteri Besar mengumumkan semua pusat hibuhan di Kedah diarahkan tidak beroperasi pada bulan Ramadan sebagai menghormati bulan mulia umat Islam.

Tindakan tersebut menimbulkan bantahan di kalangan pemimpin rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP serta pemimpin Gerakan.

“Di Kedah terdapat lebih kurang 300 pusat hiburan iaitu disko dan pub,” kata Mohd Sanusi sambil menambah beliau tidak pasti sama ada terdapat lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan PAS.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menmberi penjelasan menegnai nasib pekerja Islam yang bekerja dengan pusat hiburan di negeri itu,

Tanggungjawab polis

Beliau menegaskan adalah menjadi tanggungjawab polis dan petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawasi kegiatan kelab malam berkenaan.

Katanya, kerajaan PAS Kedah sejak dulu lagi iaitu semasa pemerintahan BN pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi pada bulan Ramadan dan hari Jumaatn.

“Tetapi kita membenarkan premis beroperasi dengan syarat tidak membenarkan orang Islam amsuk,” tambahnya.

Sementara itu, Abdul Hadi menegaskan isu itu menjadi besar kerana media yang memutar belit kenyatan menteri besar mengenai operasi pusat hiburan pada bulan Ramadan.

Beliau menambah, media berbahasa Melayu digunakan oleh kerajaan pusat untuk menimbulkan kekliruan di kalngan orang Melayu.

“Kita sudah mendapat maklumat mengenai perkara sebenar kenyataan Azizan dan juga respon dari pemimopin Pakatan Rakyat.

“NGO wanita bukan Islam dan NGO agama bukan Islam juga tidak senang dengan maksiat seperti ini,” katanya lagi.