Friday, March 7, 2014

Pemuda PAS Perak bertemu Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Utara



Menyedari harga getah yang semakin menurun, Dewan Pemuda PAS Perak mengambil inisiatif mengadakan pertemuan ramah mesra dengan Pengarah Lembaga Getah Malaysia Wilayah Utara, Tuan Haji Sabran Ibrahim. 

Pertemuan tersebut diketuai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Mohd Akmal Kamarudin bersama dua exconya iaitu Sdr Fakhrulrazi Mokhtar dan Sdr Faizal Fuad.

Pertemuan penuh mesra yang berlangsung hampir dua jam di Pejabat Lembaga Getah Malaysia Wilayah Utara itu membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan penurunan harga getah yang membebankan pekebun kecil.

Menurut Mohd Akmal Kamarudin, pertemuan ini diadakan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas tentang apa yang berlaku.

"Pertemuan ini juga membuktikan bahawa Pihak Pemuda PAS Perak amat mengambil berat berkaitan penderitaan rakyat", ujar beliau.

Tegas beliau lagi nasib pekebun kecil yang majoritinya adalah golongan miskin tegar mesti dibela oleh pihak kerajaan. "Ada di antara anak mereka yang tidak membawa duit belanja ke sekolah kerana faktor kewangan, ini ditambah pula dengan cuaca kemarau yang malanda negara menyebabkan susu getah berkurangan".

Sehubungan itu pihak Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar pihak kerajaan memperkenalkan harga lantai untuk mengatasi harga getah yang tidak menentu. "Dengan pelaksanaan ini,  nasib penoreh getah lebih terbela dan masalah miskin tegar akan dapat diatasi",  Sambung beliau yang mencadangkan harga lantai untuk getah pada kadar RM4 Sekilogram.

Dalam pertemuan tersebut juga beliau turut mempersoalkan kenapa harga getah yang dijual diluar negara dibeli dengan harga tinggi sedangkan penoreh getah menjual kepada syarikat dengan harga yang amat rendah. "perkara ini amat menghairankan kita dan adakah urusan jual beli diluar negara ini dikawal oleh syarikat-syarikat kroni kerajaan yang senang lenang mengerah tenaga rakyat, Ini kerana kita melihat pihak yang terlibat dengan industri getah seakan tidak terkesan dengan situasi yang berlaku, sehubungan itu kita akan mendesak kerajaan agar menjelaskan perkara ini kepada rakyat siapakah yang terlibat dengan urusan jual beli ini ", tambah beliau lagi.


PRK Kajang: Biar majoriti 'meletup', kata Mat Taib


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta pengundi Kajang memberi isyarat yang jelas kepada BN dengan meningkatkan lagi majoriti undi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini.

Berucap pada pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi, bekas Naib Presiden Umno itu juga berkata, PRK Kajang adalah penting sebagai medan mengembalikan semula demokrasi yang sihat.

"Kalu boleh majoriti kali ini bair meletup. Biar calon BN hilang deposit.

"Saya minta pengundi Melayu, orang tua orang muda yang macam saya, untuk mengundi calon Pakatan Rakyat," katanya dalam nada berseloroh disambut gelak ketawa para hadirin.

Mengulas lanjut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS berkata, sekatan dan halangan pelbagai bentuk terhadap Pakatan Rakyat menjadikan pertandingan tidak berlaku atas padang yang sama rata.

Keadaan itu sekaligus telah mewujudkan situasi demokrasi yang tidak sihat dalam negara ini.

"Dulu waktu saya dalam Umno, setiap hari muka saya dalam akhbar. Sekarang bila saya masuk PAS, sokong PKR dan DAP, baru saya tahu betapa azabnya. Disekat dengan apa cara pun.

"Janganlah disekat, ini bukan zaman 50an dahulu. Rayat sudah pandai, ada citarasa.

"Saya lama dalam Umno. Dahulu Umno bagus, tapi sekarang saya nampak Umno tak bagus lagi. Yang bagus-bagus dalam Umno pun dah sokong Pakatan Rakyat," jelasnya.

Shafee: Air mani tetap dikesan lepas 13 tahun



Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.

Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.

Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis.

Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu.

Selepas kejadian liwat yang dikatakan pada 26 Jun 2008 di kondominium Desa Damansara, Saiful memberi keterangan bahawa dia tidak mandi dan tidak membasuhnya dalam usaha "untuk menyimpan bukti". Dia membuat laporan polis dua hari kemudian dan sampel itu diambil pada malam 28 Jun dan awal pagi 29 Jun.

Sampel itu kemudiannya disimpan oleh Pereira, bukan dalam peti sejuk seperti yang diarahkan oleh doktor HKL, tetapi dalam kabinet logam di pejabatnya dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia pada malam 30 Jun.
                                  
Shafee juga telah membuat hujah teknikal bahawa ujian mahkamah hendaklah di atas imbangan kebarangkalian, manakala peguam kanan Karpal Singh berkata itu salah kerana mahkamah perlu menerima pakai pendekatan 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Dalam prosiding jenayah, pihak pendakwaan sering diperlukan untuk
membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala imbangan kebarangkalian biasanya diguna pakai dalam kes-kes sivil.

Selepas penghujahan pihak pembela pagi ini, Shafee akan meneruskan penghujahan balas. Beliau mengambil dua setengah jam dalam berhujah kes pendakwaan semalam.

Adalah menarik untuk melihat sama ada panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, akan menyampaikan keputusannya hari ini atau sebaliknya mengumumkannya pada tarikh yang lain.

Bagi Anwar, keputusan itu boleh menjejaskan usahanya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang di mana tarikh pencalonan telah ditetapkan pada Selasa depan.

Malaysiakini membuat laporan langsung hari kedua prosiding rayuan pendakwa terhadap penghakiman dalam Liwat II.

LAPORAN LANGSUNG

4pm: Penyokong Anwar semakin bertambah kepada kira-kira 30 orang yang berkumpulan untuk menunggu keputusan.

Keadaan masih tenang dan penyokong menunggu sambil beramah mesra di luar mahkamah.

3.36pm: Hakim Balia berkata mereka akan meneliti penghujahan dan memberi isyarat bahawa barisan hakim akan membuat keputusan dalam kes tersebut.

3:31pm: Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tiba di Istana Kehakiman dan bersalaman dengan para penyokong yang berkumpul.

Beberapa minit kemudian, anak sulung Anwar, Nurul Izzah tiba di kompleks berkenaan.

3.30pm: Shafee menamatkan penghujahannya.

3.25pm: Shafee meminta mahkamah menghalusi pengakuan doktor Pusrawi dengan teliti kerana ruangan terhad dalam laporan.

"Pesakit berkata beliau diserang dengan satu (objek) plastik dimasukkan ke dalam dubur (Saiful).”

Katanya, doktor itu juga menulis bahawa pesakit diliwat dan menasihati Saiful untuk pergi ke HKL.

3.22pm: Shafee menjawab beliau tidak hilang ingatan apabila meminta DP Vijendran memberi keterangan dari kandang tertuduh.

“Vijendran adalah peguam jenayah yang lebih baik berbanding saya, dan dia dinasihatkan oleh mendiang Christopher Fernando (Aris Rizal) untuk membuat kenyataan dari kandang tertuduh,” katanya.

3pm: Shafee membangkitkan mengenai satu kes di Queensland, Australia melibatkan kes pembunuhan yang berlaku pada 1984 dengan mayat ditutup dengan tuala dan ditanam dalam satu kubur cetek.

Beliau berkata kubur tersebut digali semua dan dan ujian yang dijalankan ke atas tuala tersebut menemui kesan air mani dan penyerangnya ditemui selepas ujian DNA.

"Selepas tempoh 13 tahun, masih ada sampel DNA ditemui. Penyerang itu kemudian didapati bersalah pada 2001.”

2.50pm: Shafee berkata pihak pendakwaan telah menjawab dengan jelas mengenai isu degradasi dan pencemaran.

Beliau merujuk kepada satu lagi kes dan berkata: “Kita bercakap tentang isu degradasi. Anda memerlukan jumlah yang sedikit. Seah (ahli kimia) berkata degradasi bermula sebaik cecair itu keluar dari badan.”

2.47pm: Persidangan mahkamah bermula.

2.40pm: Anwar tiba di mahkamah dan berjenaka dengan pemberita yang beliau solat Jumaat di Kajang dan duduk dekat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala khutbahnya pula, kata Anwar, adalah mengenai pengharaman buku Ultraman.

12:31pm: Kira-kira 20 orang penyokong mengerumuni Anwar sebalik ketua pembangkang itu keluar melalui pintu belakang bangunan kompleks mahkamah.

Kumpulan berkenaan melaung slogan "Reformasi" sebanyak tiga kali, dengan diperhatikan beberapa orang anggota polis.

12.22pm: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45pm dengan penghujahan oleh Shafee. Shafee berjanji pengujahannya akan mengambil masa setengah jam.

12:05pm: Noorin berkata istilah “asli” dibangkitkan oleh McDonald kerana terdapat bacaan yang hampir tinggi ke atas sampel.

Beliau mempertahankan bahawa Seah tidak menyatakan bahawa tidak terdapat degradasi.

“Saintis masih belum menemui ujian degradasi kerana ia akan sentiasa berlaku, dan ia hanya soal interpretasi.”

"Ujian terakhir McDonald dilakukan pada 2004, dan sejak itu beliau hanya menafsir keputusan,” katanya yang merujuk kepada kerja-kerja lapangan McDonald.

11.50am: DPP Noorin Badaruddin mengemukakan hujah berhubung 18 allele.

"Profil DNA berdasarkan loci ke-16 DNA. 18 allele ini ditemui pada satu atau dua lokus, oleh dua ahli kimia berbeza.

"Ini adalah sebab Nor Aidora (ahli kimia) tidak melaporkan 18 allele. Allele itu hanya ditemui pada satu loci dan tidak perlu dilaporkan,” katanya.

11.47am: Karpal menjawab soalan Shafee berhubung soal alibi saksi.

"Seharusnya kenyataan dari kandang tertuduh adalah bahan bukti dan ia perlu diambil kira,” katanya yang menambah soalan itu adalah usaha untuk memesongkan hakim, yang perlu diambil perhatian.

Karpal menamatkan penghujahannya.

11.42am: Peguam Anwar Karpal Singh berkata Shafee mengalami “serangan amnesia” kerana peguam Umno itu berkata seorang individu yang memberi keterangan dari kandang adalah seorang yang rendah keupayaan mental.

"Bagaimanapun, Shafee mengemukakan DP Vijendran dan beliau memberi keterangan dari kandang.”

Hakim Zawawi menyoal sekiranya ini merujuk kepada bekas timbalan speaker tersebut, dan Karpal mengiakannya, yang disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.

Katanya, kenyataan dari kandang itu merupakan bahan bukti.

11.40am: Ram berkata pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira sudah didapati “berbohong” sebelum ini, yang ditentukan demikian oleh Shafee.

"Kami mendapati bukti Jude tidak memuaskan hati sama sekali dan dia sentiasa tidak bercakap benar dan atau hilang ingatan dan inilah yang ditulis oleh Shafee,” katanya.

Katanya, Jude adalah tumpuan utama dalam semua bahan bukti yang dekemukakan.

"Dia yang memegang sampel dan sampel sulit. Terdapat allele pihak ketiga di dalamnya.

"Inilah yang kita katakan merosakkan (bukti). Kita perlu menyokong penemuan hakim Mahkamah Tinggi, jika bahan uji itu telah dirosakkan,” katanya.

Ram menamatkan penghujahannya.

11.35am: Ram berkata panduan mengenai prosedur ini menyatakan bahawa pemisahan sel perlu dilakukan untuk mengeluarkan sel bukan sperma.

"Faktanya, dalam sebahagian sperma yang dianalisis, terdapat sel bukan sperma di dalamnya.

"Ia boleh diubah dan jika kenyataan pendakwaan itu (benar) sekalipun, sukar untuk dikatakan bahawa sel sperma itu datang dari 'male Y',” katanya.

Ram berkata Seah tidak boleh mengatakan perkara itu dengan pasti, maka Shafee tidak boleh mengatakan bahawa sel sperma itu dari 'male Y' (Anwar),” katanya.

11:30am: Penyokong Anwar Ibrahim beralih lokasi ke bahagian pintu belakang untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah.

Kumpulan itu dihiburkan dengan seorang penyokong, dikenali dengan nama Uncle Sow yang membacakan puisi.

11.25am: Ram mengemukakan hujah bahawa Seah tidak memisahkan antara bahagian sperma dan sel lain.

"Beliau berkata mustahil untuk memisahkan sel sperma dan bukan sperma. Namun saksi pakar kami (pakar DNA Australia Dr Brian McDonald) berkata ia boleh dipisahkan.”

"Apabila beliau berkata sel sperma itu dari male Y (Anwar), beliau hanya menganggap ia daripada sel sperma. Bagaimanapun, pemisahan tidak dijalankan,” katanya.

11.15am: Ram berkata ujian DNA tidak dijalankan dengan sebaiknya. “Ia tidak dari sumber sel mana DNA itu diperolehi.”

11.12am: Persidangan mahkamah bersambung semula.

11.10am: Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang memasuki mahkamah. MP lain yang turut berada di galeri awam ialah Johari Abdul, Wong Chen dan Sim Tze Tzin.

10:57am: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyertai kumpulan penyokong dalam dilihat bertegur sapa dengan individu berkenaan.

Sebanyak tiga buah kenderaan pacuan empat roda polis, termasuk unit anjing pengesan juga kelihatan di kawasan tersebut.

10:40am: Kira-kira 80 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul satu kawasan bersebelahan dengan Istana Kehakiman bagi menyatakan sokongan.

Menurut seorang penyokong dari Pulau Pinang, mereka berhimpun secara aman di kawasan itu kerana tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

"Mereka (anggota polis) tidak bagi masuk jadi kita berlumpul di sini lah, tidak mengapa sini redup bawah pokok, kita datang nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja," katanya.

Kumpulan itu diawasi oleh beberapa orang anggota polis.

10.40am: Persidangan mahkamah ditangguhkan.

10.30am: Ram seterusnya mempertahankan kewibawaan pakar luar negara yang dipertikaikan oleh Shafee sebelum ini.

10.30am: Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik terhadap undang-undang dalam mengenepikan semua itu.

Beliau menambah bahawa beban bukti memerlukan integriti sampel itu dijamin.

"Bagaimanapun, dalam kes ini ia tidak begitu... Terdapat banyak soalan. Jika terdapat anomali ia sepatutnya memihak kepada tertuduh."

10.20am:  Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik dengan berkata Jude hanya memotong membuka beg plastik HKL tetapi tidak mengganggu sampel itu.

Namun begitu, kata Ram, berlaku pencemaran yang tidak dapat dijelaskan.

"Terdapat dua jenis pencemaran, secara langsung dan tidak langsung.

"Kes-kes yang dirujuk oleh Shafee menunjukkan tiada apa yang pelik tetapi dalam kes ini, walaupun jika dikatakan Jude memotong plastik itu, tidak ada penjelasan mengenai degradasi dan pencemaran."

10.10am: Peguam Ram berhujah ada kemungkinan 18 allele berpunca dari pegawai penyiasat Jude Pereira kerana beliau menyimpan sampel untuk itu satu tempoh masa.

"Bukan untuk kita bagi membuat spekulasi, tetapi bagi pihak pembela untuk mewujudkan keraguan yang munasabah," kata Ram sambil menambah ia adalah wajib kepada pihak pendakwa untuk mengecualikan kehadiran pihak ketiga itu.

9.50am: Ram mempersoalkan keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong mengenai tuala itu kerana pada mulanya beliau berkata 18 allele itu penting tetapi kemudian apabila ditanya lebih lanjut dalam keterangannya, beliau berkata ia tidak penting.

Ram juga menimbulkan persoalan berkaitan keterangan seorang lagi ahli kimia, Nor Aidura Saedon mengenai pemeriksaannya ke atas tuala tersebut.

Menurut Ram, Nor Aidura berkata alasan beliau tidak melaporkan mengenai 18 allele itu kerana ia adalah di bawah ambang (threshold) dan ia mengkin satu 'starter'.

"Saya katakan kepada beliau ia bukan starter, dan ia tidak mengikut garispanduan Jabatan Kimia dan dia bersetuju. "

Pokoknya, kata Ram, 18 allele terdapat di situ, tetapi ahli kimia itu tidak menjalankan ujian lanjut ke atasnya kerana ia adalah dari penyumbang lelaki yang lain.

"Ini menunjukkan terdapat pencemaran di dalam sampel intim itu dan kita tidak tahu siapa penyumbangnya itu."

9.40am: Ram seterusnya menyentuh tentang pencemaran.

Beliau berkata tuala 'Good Morning' diambil dari sel lokap Anwar mempunyai satu ciri yang tidak dikenali dengan kehadiran 18 allele dalam bacaan DNA.

18 allele, katanya, juga terdapat dalam swab rektum tinggi. Ini bermakna DNA orang ketiga ditemui dalam dubur tetapi tinggi sehingga rektum."

Katanya, terdapat dua cara ia boleh berlaku. Melalui hubungan seksual, air mani dipancut dalam dubur.

Menurutnya lagi, pengadu (Saiful) berkata dia bukan homoseksual, jadi Ram berkata, bagaimana seseorang boleh menjelaskan kehadiran 18 allele di situ.

Ahli kimia berkata, kehadirannya boleh disebabkan oleh 'drop-in' (pencemaran), tambahnya.

9.24am: Menyambung penghujahannya hari ini, peguam Ram Karpal berhujah bahawa sampel peri-anal menunjukkan tanda degradasi tetapi swab rektum tinggi tidak menunjukkan tanda degradasi.

Semua sampel itu, katanya, diambil pada kira-kira masa yang sama dan semua harus menunjukkan tanda-tanda degradasi.

Walau bagaimanapun, katanya, swab rektum yang tinggi tidak begitu.

Ini, hujah Ram menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan ia telah diganggu.

9.14pm: Mahkamah mula bersidang dengan panel Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Balia menegur bahawa prosiding itu lewat 15 minit.

"Apabila kita katakan jam 9 pagi, ia mesti jam 9 pagi."

Peguambela Ram Karpal berkata mereka tiba pada masanya dan ia mungkin kerana mahkamah berpendapat peguam Karpal Singh akan datang.

"Karpal akan datang kemudian," katanya.

Hakim Balia mahu peguam menjalankan prosiding secara profesional.

Balia mengingatkan mereka supaya tidak membaca dari penghujahan mereka kerana hakim telahpun membacanya.

9.10am: Keadaan di luar rumah mahkamah sunyi dan tenang. Terdapat kira-kira sedozen anggota polis berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

8.56am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datin SeriDr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Kehakiman bersama-sama dengan tiga orang anak mereka.

Mereka menuju ke Mahkamah Rayuan yang terletak di tingkat dua.

8.55am: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan tersebut, memasuki mahkamah.

Juga kelihatan di mahkamah ialah beberapa pemerhati antarabangsa dan juga penyokong PKR. Ruang dewan mahkamah semakin dipenuhi.

8.50am: Beberapa kedutaan menghantar dua wakil, kata kakitangan mahkamah. Hari ini, lebih ramai meminta pas masuk dan beberapa wartawan - sepertimana semalam - tidak dapat masuk ke dalam dewan mahkamah.

8.28am: Kawalan ketat di semua pintu masuk di Istana Kehakiman di Putrajaya, dengan anggota polis berpakaian seragam membantu polis bantuan mahkamah.


Anwar akan dirihatkan dalam penjara kali kedua?

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahu ke atas Anwar. Sementara pelaksanaan penjara ditetapkan Anwar dibenarkan ikat jaminan RM10,000. 7:02 malam.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas dakwaan meliwat pembacuh kopinya enam tahun lalu. Hukuman bagaimana pun belum diputuskan. Dengan perkembangan terbaru ini bermakna pelan transisi, Kajang Move sudah berkecai.

Anwar merenung jauh mengenang nasib politiknya.
Malam ini Anwar akan tampil di Kajang dipentas ceramahnya seperti biasa. Mungkin ada amanat penting yang beliau hendak sampaikan malam ini.

Seperti diduga senario politik Malaysia juga akan berubah 360 darjah. Mereka yang selama ini benci dan dendam kepada Anwar boleh bersorak dan melompat. Apa yang mereka hajati dan doakan telah termakabul.

Kepada Najib Razak tidak semestinya lautan politik beliau tenang apabila Anwar disumbat ke dalam penjara. Anwar mungkin hanya harimau di dataran kepada Najib, tetapi jerung dan pauh yang menanti Najib masih ada dalam lautan dalam.

Begitu juga kepada Abdul Khalid Ibrahim. Beliau boleh tersenyum dan melakar peta politik lebih luas lagi. Mungkin jawatan timbalan presiden yang diidamkan boleh ditukar kepada jawatan presiden. Khalid dan kuncu-kucunya boleh merancang pada malam ini juga ekoran keputusan mahkamah rayuan hari ini.

Untuk Pas bersiap sedia untuk mengharungi samudra politik secara bersendirian. Sekiranya Pas ingin selesa, tidak mahu bersakit-sakitan nah, ini masa untuk bersama Umno. Anwar tidak menjadi penghalang lagi. DAP boleh Pas palingkah menjadi musuhnya semula.

Kepada Anwar beliau kena terima suratan yang telah ditetapkan terhadapnya. Berani mencincang bahu hendaklah sanggup memikul. Cuma saya nak sebut kali ini, pemenjaraan Anwar tidak akan mencetus riak dan gelombang seperti tahun 1998 dulu. Rakyat sudah letih dan rakyat mahu kepada game yang berlainan pula. Cukup setakat ini dulu.

PKR sudah ada nama calon ganti Anwar di Kajang


PKR sudah mempunyai beberapa nama bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
    
Ini susulan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira enam tahun lepas.
    
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata terdapat beberapa nama sedang dipertimbangkan oleh parti itu.
    
"Tidak kisah siapa yang akan bertanding, orang itu akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat.
    
"Kami akan terus membangunkan Selangor dan saya akan terus memainkan peranan utama di Selangor," katanya ketika ditemui di perkarangan rumahnya dekat sini, hari ini. 

SI SAIFUL BUKHARI DUBURNYA JADI BAHAN SEJARAH.


Si Saiful Bukhari, rasa tidak bersalah.Duburnya menjadi bahan sejarah.

SEDIH WAN AZIZAH,BIARLAH GAMBAR YANG BERBICARA.


DS Anwar Ibrahim  ...menunggu hakim ....
 
                                      
Biarlah gambar yang berbicara.Wajah isteri,ibu dan anak yang sedih.Mereka sahaja yang mampu memikulnya.Tapi fahamlah DS Anwar sekeluarga ,rakyat akan bersama .Buat kata Tok Guru Haji Hadi""PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan."

DS Anwar Ibrahim masih boleh tersenyum dengan keputusan zalim itu.Malaysia tanpa Anwar Ibrahim dalam PRU.

Liwat II: Panel hakim putus Anwar bersalah


Mahkamah Rayuan rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes Liwat II.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata keputusan itu diputuskan sebulat suara panel hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan tetapi Anwar bangun dan minta mitigasi dijalankan sekarang.

Hakim Balia berkata, beliau akan memberi masa dan mitigasi akan dibuat dalam tempoh satu jam.

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya dilihat keluar dari bilik mahkamah sejurus keputusan dibacakan.

Tidak berapa lama kemudian, mereka dilihat masuk kembali.

Di pintu belakang bangunan mahkamah pula, jumlah penyokong Anwar dilihat semakin ramai.

Pihak polis juga mengetatkan kawalan di laluan masuk situ.

INILAH HAKIM MAHKAMAH RAYUAN,,ADAKAH MEREKA BACA HADIS NABI.


       Foto sekadar hiasan:Hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman ke atas DS Anwar Ibrahim.
(Klik)At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.”
At-Tirmidzi: 1244
Dalam perlaksanaan pola perundangan yang adil pun hanya satu kategori hakim yang
 dapat masuk syurga, maka apatah pula halnya dalam pola perundangan yang zalim.
 Pastinya tiada hakim yang selamat. Bahkan semuanya ke neraka, wal’iyazubillah (mohon
 berlindung dengan Allah).
Tanggungjawab hakim tidak berakhir dengan menjatuhkan hukuman di dunia ini sahaja.
 Malah hakim akan dibawa ke hadapan pengadilan Ilahi di akhirat kelak. Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: “Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, pada hari
Kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun; dan jika amalnya

itu seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan mendatangkannya

untuk dihitung: dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.”
Al-Anbiya’: 47
klik info hakim masuk neraka. 

Konvensyen PR: Ucapan pembukaan zahir kekecewaan kes Anwar

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam secara rasmi bermula kira-kira jam 9.45 pagi ini.

Antara pimpinan utama ketiga-tiga parti yang hadir adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai serta Ahli Jawatan Kuasa parti masing-masing.

Konvensyen pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Konvensyen, Iskandar Abdul Samad serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku tuan rumah konvensyen kali ini.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, konvensyen kali ini berlangsung dalam suasana ketidakadilan yang berlaku terhadap salah seorang pimpinan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Konvensyen kita dipatahkan dengan keputusan mahkamah semalam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar Ibrahim.

"Saya ingatkan saudara di bawah keadan ini marilah kita bersatu utk memperjuang kedailan

"Mari bersatu perjuang hak pimpinan kita Anwar Ibrahim yang dipergunakan Umno BN untuk menyerkat kita mara ke Putrajaya," kata beliau.

Terdahulu, ketiga-tiga pimpinan utama dibawa untuk melakukan pemeriksaan perbarisan anggota Pemuda Pakatan Rakyat di luar pintu masuk dewan konvensyen.

Mereka juga akan menyampaikan ucapan perasmian mewakili parti masing-masing.

Selain ucapan pimpinan utama, Konvensyen bertemakan Pakatan Membela Rakyat ini akan turut menampilkan wakil-wakil NGO mewakili petani (Belatani), mahasiswa (Turun), media (Geramm), guru (Pendidik), Anti Korupsi (C4), dan wakil Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka tiba jam 11 pagi ini.

Harakahdaily difahamkan, sebelum menyertai konvensyen, mereka dijangka mengadakan mesyuarat di kalangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ucapatama oleh ketiga-tiga mereka dijangka bermula jam 2 petang nanti.

Sebelum berakhirnya konvensyen ini pada jam 4.00 petang satu majlis menandatangani 'Tekad Muafakat Pakatan'akan diadakan.

Solidariti Buat Datuk Seri Anwar. Perjuangan Tidakkan Malap

Solidariti Buat Datuk Seri Anwar.
Perjuangan Tidakkan Malap

Hari ini, di seluruh negara dilanda "mendung" dan saya percaya seluruh dunia yang mengikuti rapat perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia akan berkabung dengan penuh kesedihan dan berasa amat dukacita dengan perkembangan terbaru yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya sendiri tentu sahaja tidak gembira malah turut sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas beliau. Saya mendoakan semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi ujian getir ini. Mudah - mudahan segalanya di dalam lindungan dan pemeliharaan Allah swt. Jua buat Datin Seri Wan Azizah dan anak - anak pastinya orang paling sedih dan kecewa terhadap episod hitam ini.

Namun saya yakin perjuangan akan terus marak terutama dokongan anak muda yang tidak akan patah semangat untuk bangkit menentang kezaliman, meluruskan kepincangan dan menolak kebathilan dalam politik , ekonomi, sosial dan perundangan negara.

Allahu Musta'an

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

INI LAH KUALITI BERITA STESYEN TV TEMPATAN DALAM MEMBUAT LAPURAN INSIDEN KEHILANGAN PESAWAT MAS


In this photo released by China's Xinhua News Agency, reporters crowd at Terminal 3 of Beijing Capital International Airport in Beijing, China Saturday, March 8, 2014 following a report that a Malaysia Airlines Boeing 777-200 lost contact on a flight from Kuala Lumpur to Beijing. (AP Photo/Xinhua, LuoXiaoguang)
Seorang Facebooker yang perihatin telah postkan kenyataan ini di laman nya yang MR sendiri dapati ia sangat berasas bagaimana kualiti dan sensitiviti liputan berita stesyen TV tempatan kita.
Perkara ini bukan amalan baru mungkin sudah lama berada dalam zon selesa khasnya RTM (Rehat Tunggu Mati).
"TV di Negara lain dok kalut lapor pesawat MAS hilang...TV1 dok tayang nyanyi dlm apa kata wanita, TV2 tayang Hero Dapur, TV3 tayang Drama Korea sembang dgn anjing...bengongggg betoi....CNN dok kalut lapor kat kita kes nii...tq CNN..".

Sugul di hati tapi semangat masih tinggi, kata Wan Azizah

Pakatan Rakyat menzahirkan sokongan penuh terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Setia City Convention Centre, hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tanggal 7 Mac yang mensabitkan Anwar dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam keadaan tergesa-gesa itu merupakan satu titik sejarah hitam yang tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, tegas beliau keputusan itu akan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang.

"Mac penuh bersejarah apabila pada 3 Mac memberi kenangan pahit bagi umat Islam satu iaitu tamatnya sistem khalifah Islam bila pemerintahan Uthmaniyah tumbang pada 1924, yang sejak dari itu dunia ketiga dijajah secara menyeluruh.

"7 Mac, Datuk Seri Anwar dihukum lima tahun penjara, kita lihat kerja yang  mereka lakukan termasuk mempercepatkan perbicaraan hingga mahkamah semalam kerja lebih masa dengan harapan kononnya dapat menamatkan karier politik akan memperlahankan kemaraan kita ke Putrajaya.

"Peristwa 8 Mac ini, dengan adanya konvensyen ini akan memperkuatkan lagi PR dan Kajang akan menjadi ukuran yang begitu besar dengan kejayaan pada 23 Mac nanti," tegas beliau ketika ucapan perasmian konvensyen, pagi ini.

Tambah Mohamad, kerajaan atau Umno boleh mengambil apa sahaja yang mereka inginkan, namun tidak boleh mengambil semangat rakyat yang bangkit bersama perjuangan Pakatan Rakyat.

Sokongan tersebut turut dizahirkan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang menyifatkan keputusan itu sebagai perancangan tersusun bertujuan memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan Anwar supaya BN boleh terus merompak harta rakyat.

"Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat untuk bersedia denga  taktik kotor BN supaya lebih bersungguh-sungguh agar boleh merapatkan pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika berucap menyatakan bahawa kesedihan ini merupakan kesedihan sementara bagi meneruskan perjuangan menentang kezaliman.

"Walau sugul di hati, semangat di hati masih tinggi. Air mata ini akan mengalir sekejap sahaja, apabila dilap ia akan berhenti. Ia adalah ujian agar kita tidak lalai dan leka.

"Kita akan gilap semula, mengapa kita berada di sini. Hidup ini mesti dalam realiti, tetapi idealisme perjuangan itu memberi kita kekuatan," tegas beliau.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 diadakan di Setia City Convention Centre dengan tema Pakatan Membela Rakyat, disertai hampir 3000 peserta.

[ Gambar ] PRAY4MH370 : Wajah Fariq Abdul Hamid pembantu juruterbang MH370



Dalam penerbangan itu, pembantu juruterbang Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid yang mempunyai pengalaman sebanyak 2,763 jam penerbangan. 

Gambar nya tersebar di laman sosial rata-rata pelayar laman sosial menggunakan #hastang #Prayformh370 #Pray4mh370 sebagai sokongan dan harapan agar semua penumpang dan anak kapal selamat, Fariq di khabarkan berasal dari Kelantan.


Kes Anwar: Pulihkah hubungan Najib dengan Mahathir dan Daim?

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, adakah Datuk Seri Najib mampu memulihkan semula hubungannya dengan Tun Mahathir dan Tun Daim yang semakin kerap mengkritiknya sejak kebelakangan ini?

Bagi penulis Shahbudin Husin, sekiranya hukumam terhadap  Anwar itu tidak juga berupaya memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Najib, malah mungkin membuatkan rakyat lebih kuat bangkit untuk melakukan perubahan, sekurang-kurangnya tempoh yang masih panjang sebelum PRU14 sambil Anwar dinafikan daripada berpaut dengan kuasa, boleh digunakan untuk memikir helah serta perancangan lain pula.

Menurutnya, dalam jangka pendek dan sederhana, Najib dan BN memang terlihat selamat dengan keputusan mahkamah itu tetapi ia bukanlah jaminan mutlak untuk membolehkan BN berkuasa selama-lamanya. 

“Manusia merancang, Tuhan pun merancang tetapi perancangan Tuhanlah yang akhirnya menang,” tulis beliau di dalam blognya semalam.

Baca di sini

PESAWAT MAS MH370 DISAHKAN TERHEMPAS KE DALAM LAUT

Vietnam sahkan pesawat MAS terjunam ke dalam laut.

Ahli keluarga penumpang yang masih hilang dari penerbangan MAS memasuki kawasan menunggu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur di Sepang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Mac 2014.

Pihak berkuasa di Vietnam mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Beijing pagi tadi telah terhempas di Laut Cina Selatan, menurut sebuah akhbar Vietnam.

Laporan akhbar Tuoi Tre memetik admiral tentera laut Ngo Van Phat sebagai berkata radar tentera mengesan pesawat yang membawa 239 penumpang itu terhempas ke dalam laut, 153 batu selatan Pulau Phu Quok.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Malaysian Airlines, Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media pagi tadi berkata penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang itu terdiri daripada 14 warganegara berbeza.


Mereka termasuk warganegara 152 orang rakyat China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), U.S (3), New Zealand (2), Kanada (2), Ukraine (2), Russia (1), Itali (1), Belanda (1), Taiwan (1) dan Austria (1).

Sebahagian daripada ahli keluarga yang sampai ke Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2014.
Sebahagian daripada ahli keluarga yang sampai ke Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2014.
Bercakap pada pemberita di sidang media di Sama-Sama Hotel di Sepang, Ahmad berkata kenyataan rasmi hanya dikeluarkan pada 8.30 pagi memandangkan pesawat tersebut masih mempunyai baki minyak mencukupi untuk terbang sehingga waktu ini.

"MAS sahkan pesawat MH370 hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara Subang pada 2.40 pagi. Bagaimanapun, ia memiliki baki minyak mencukupi untuk terbang ke Beijing," kata Ahmad.

Beliau juga berkata spekulasi mengatakan pesawat yang berkongsi kod bersama China Southern Airlines telah mendarat di Nanning masih belum dapat disahkan.

Pesawat Boeing 777-200 tersebut berlepas dari Malaysia pada 12.41 pagi dan sepatutnya di Beijing pada 6.30 pagi tadi (waktu China), tetapi hilang pada 2.40 pagi.

"Pesawat MH370 dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah berusia 53 tahun yang mempunyai jumlah jam penerbangan lebih 18,365 jam.

"Pegawai pertama adalah Fariq Ab Rahman berusia 27 tahun yang mempunyai jumlah penerbangan 2,763 jam," kata Ahmad.

Beliau berkata Zaharie sudah berkhidmat dengan MAS pada 1981 dan Fariq pula pada 2007.

Ahmad mengesahkan sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam untuk meminta bantuan bagi mencari pesawat MH370, yang berusia 11 tahun dan 10 bulan itu.

Ketika ditanya sama ada MAS akan menyekat penerbangan pesawat Boeing 777-200, Ahmad berkata ia bergantung jika terdapat bukti kegagalan teknikal.

Malah, pengeluar pesawat tersebut masih belum membuat sebarang cadangan, tambah beliau.

Sebelum itu, MAS menghubungi ahli keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter, menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang.

"Kepada ahli keluarga penumpang dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau.

MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari masa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.

Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.

Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut. – 8 Mac, 2014.

TMI

LAGI BERITA DI SINI