Saturday, January 9, 2010

Pemuda PAS Perak kutuk bom gereja di Taiping



Dewan pemuda pas negeri perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melempar bom api di Gereja All Saints & Gereja Saint Louis dekat Taiping, Perak tadi.Siasatan segera hendaklah dilakukan untuk mencari individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan provokatif ini.
Dewan pemuda pas negeri perak menyeru semua rakyat perak untuk bertenang menghadapi situasi ini.

Suk dppn.
Update via nokia e71.
Di Hantar Pemuda pada 5:23 PM

Sunday, January 10, 2010 Gereja dapat RM500,000, surau dapat berapa?



Lagi gambar di sini
Memang teruk jugak Gereja yang dibom kelmarin dulu. Tah sapa la yang punya angkara, sampai la ni takdak sapa mengaku bertanggungjawab, dan pihak polis pun belum buat tangkapan. Taktau la ada tangkapan ka dak.


Yang nyatanya hampir semua pihak mengutuk serangan tu, termasuk la pimpinan politik kerajaan dan pembangkang.

Tak kira yang sokong keputusan mahkamah berkenaan penggunaan nama "Allah" ataupun yang menentang keputusan tu, dua-dua pihak menyelar tindakan ganas membakar gereja tu. Sekurang-kurangnya itu yang depa ulas kepada media, dalam hati depa, depa punya pasai.


Yang jelasnya gereja tu tak la rugi tara mana pasai semalam bernama melaporkan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.

Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru. - Bernama
Dengan peruntukan RM500,000 tu orang kristian kat sit bukan saja akan dapat gereja baru tapi dah tentu dapat gereja yang lebih selesa di tapak lain.


Berbanding kejadian di surau Taman Menara Maju di Kampug Jawa semalam, agak-agak surau tu berapa Najib nak bagi? Aku rasa bukan takat Najib tak bagi apa-apa, melawat pun tak teringin kut.

SHAH ALAM, 9 Jan (Bernama) -- Cermin pintu sebuah surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat sini didapati pecah kira-kira pukul 6 pagi setelah dibaling dengan batu.

Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, pada Jumaat.

Mohamad juga berkata tompokan air itu bukan air kencing seperti yang didakwa dan berkata siasatan lanjut untuk mengenal pastinya sedang dijalankan.

"Saksi kejadian iaitu seorang penduduk tempatan yang hendak ke surau untuk menunaikan solat Subuh memberitahu polis yang dia nampak seorang suspek lelaki lari ke satu lorong kira-kira 200 meter dari surau itu dalam keadaan tidak memakai baju.

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tin minuman keras di lorong tersebut dan kita percaya kejadian berlaku disebabkan lelaki itu mabuk," katanya.

Mohamad berkata siasatan awal polis juga mengesyaki kejadian itu tidak dilakukan oleh orang luar berdasarkan batu-bata yang digunakan untuk memecahkan pintu cermin itu sama dengan batu yang terdapat di kawasan surau berkenaan. - Bernama

 

Media Pengiklanan Baru 

1 comments:

madbi said...
jangan la berburuk sangka. bukan najib xnak melawat surau tu....kalau nak najib datang, ajk surau kena la sediakan majlis khas sambutan seramai mungkin. rm 1j dalam tangan! kan najib hero pejuang islam, malula kalau bagi kurang dari yang dibagi pada kapir! pukimak 1 malaisial ni senyun jer serah duit rakyat kat kapir tu... ingat duit arwah bapak dia apa... jom kita realisasikan gagasan 1malaysia, melayu tolong bakar gereja, china tolong bakar masjid, cina tolong,keling tolong bakar tokong.... sama kena ,sama rasa, sama dapat. lepas tu china, keling, malayu sama sama "bakar" najib....kahkahkahkah!!!!

Sunday, January 10, 2010 Demo Protes Isu "Allah": Sah Ahli UMNO Terlibat..!

Perdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut :
  • "Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut :
  • Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.
  • Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.
  • Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam.
Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili PEKIDA."

Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda UMNO PJU"
Beliau mempunyai akaun facebook dan blogsnya sendiri di http://www.facebook.com/armandpju dan http://armandpju.blogspot.com/, dan bekerja sebagai seorang pengurus cawangan Naza Motor yang juga merupakan seorang pencinta kereta mewah.

Sama ada beliau seorang yang betul-betul memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu, saya serah kepada kebijaksanaan semua untuk menilai daripada tulisan dan gambar-gambar foto beliau.

Ini hanya salah seorang daripada ketua-ketua yang terlibat dalam protes-protes ini dan saya percaya bahawa sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri.

Justeru itu, adalah silap bahawa UMNO tidak harus dipersalahkan dalam isu ini. Sebenarnya, jika UMNO tidak terlibat dalam isu ini, hakikatnya ialah ahli-ahlinya dan pemimpin-pemimpinnya selama ini telah diketahui terlibat dalam menganjurkan protes-protes yang mengugat ketenteraman dan keharmonian agama di Malaysia.

Jika UMNO tidak harus dipersalahkan, maka UMNO dan Presidennya harus mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka seperti Arman Azha bin Hj Abu Hanafiah yang terlibat secara langsung dalam protes ini.

Soalannya ialah, adakah Najib sedia berbuat demikian atau tidak?


Sumber - Kelab Greenboc

Abdul Hadi Melawat Gereja Saya Melawat Kawan Sakit

PETANG tadi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang telah mengunjungi gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Hulu Klang yang dilontar bom malam tadi. Beliau mengutuk kejadian itu sekeras-kerasnya. Katanya umat Islam dilarang melakukan kekerasan waima di dalam keadaan perang sekali pun.

Nada Presiden Pas itu juga sama dengan nada Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga turut sama mengutuk kejadian itu. Malahan menurut MB Kelantan itu perbuatan itu berdosa.

"Kita kena reti gereja ini milik kawan kita, kalau kita khianat kita akan berdosa di akhirat kelak," kata Nik Aziz.

Dalam pada itu Najib Razak pula telah memberi peruntukan RM500,000 untuk mendapatkan tempat baru bagi menggantikan gereja berkenaan.

Malang sedikit semasa Abdul Hadi melawat gereja berkenaan saya pula ke hospital Selayang untuk menziarahi dua orang rakan yang sedang dirawat di hospital berkenaan. Mereka ialah wakil rakyat Pas kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dan bekas aktivis Umno Kelantan Sabree Shafei.

Kedua mereka dirawat di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu. Wan Ismail mengalami sakit hati (Hepatitis B) manakala Sabree sakit kaki kiri apabila diserang kuman menyebabkan sebahagian daging di kaki kirinya terpaksa dibuang. Kedua mereka sakit semasa mengerjakan haji sebulan lalu.

Semasa saya menziarahi Wan Ismail beberapa orang wakil rakyat Pas dari Kelantan yang menghadiri majlis penerangan di Shah Alam juga ikut sama singgah di hospital berkenaan. Antara mereka Adun, Pulai Chondong, Zulkefli Mamat, Adun Limbongan, Drs Zainudin Awang Hamat dan Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Ahli Exco Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bersama Pegawai Dakwah MPKB, Azahar Sattar dan pengurus PMBK, Zamakshari Mohamad juga turut menziarahi Wan Ismail di sebelah tengah hari.

Dalam kesempatan itu Zulkefli Mamat juga turut sama menjenguk Sabree di wad 10A.

Keadaan mereka berdua ini beransur baik. Wan Ismail dijangka dapat keluar dari hospital 15 Januari depan.

Wan Ismail yang ditemani isterinya mengucapkan berbanyak terima kasih keapda rakan dan sahabat yang tidak pernah jemu menziarahinya sepanjang berada di hospital Selayang dan semasa di HUSM Kota Bharu.

Begitu juga dengan Sabree dan isterinya Mahani mengucapkan terima kasih banyak atas kunjungan kawan yang memberi semangat, berdoa dan membantu apa yang patut. [wm.kl. 10:40 pm 09/01/10]

Paderi puji ketegasan PAS


Ketua Paderi bagi Gereja Metro Tarbenacle, Hock Teck Leong merakamkan penghargaan kepada PAS kerana mengutuk pengeboman tiga gereja tempatan, pagi semalam.

Demikian maklum balas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, yang turut menyertai Ziarah Mesra PAS ke Gereja Metro Tarbenacle di Taman Melawati, Setapak, Kuala Lumpur petang tadi.

“Dia cukup terharu dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan simpati yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS,” jelas Nasruddin.

Menurutnya, pihak gereja turut memuji ketegasan PAS mengutuk pengeboman tiga gereja terbabit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam sesi dialog, Nasruddin turut menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya meruntuhkan rumah ibadat bukan Islam.

“Kita berdialog, saya sempat jelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya membunuh budak kecil, wanita dan orang tua, tumbuh-tumbuhan hatta rumah ibadat ketika berperang.

“Kalau waktu berperang, Islam mengajar sebegitu, inikan pula waktu aman, orang yang terbabit tidak belajar keadilan dalam Islam,”ujarnya.

"Kalaupun timbul isu perbezaan pendapat dengan orang bukan Islam, kita tidak sepatutnya bertindak seperti ini dan langkah yang paling bijak ialah berdialog, berbincang dan berhujjah.

"Apabila saya tengok sendiri hari ini, saya bukan sahaja tidak setuju tapi mengutuk tindakan (membakar gereja) ini" tegas beliau.

Selain itu beliau turut mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan yang cepat bagi menyelesaikan isu ini kerana ditakuti ia akan menjadi lebih parah lagi.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama beberapa pemimpin PAS Pusat sendiri turun melawat gereja tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pengeboman tiga gereja di sekitar Lembah Klang dipercayai umum ekoran Gereja Roman Katholik memohon menggunakan nama Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

Permohonan yang masih di mahkamah itu mengundang kritikan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pemimpin Umno sendiri sedangkan PAS berpendirian, al-Quran membenarkan penggunaan nama Allah di kalangan penganut agama-agama samawi.

Penilaian Secara Undang-Undang ; Kes ma

Kali ini ana ingin mengambil kesempatan ini untuk menberikan pandangan peribadi ana tentang keputusan Yang Arif Datuk Lau Bee Lan dalam kes penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar Herald yang diterbitkan oleh kristian Katholik. Bagaimanapun ulasan ana di sini hanya dari pesperktif undang-undang semata-mata.




Secara ringkasnya fakta kes tersebut adalah pada 18 Mac 2009 pemohon iaitu Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur iaitu Murphy Pakiam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia kerana memutuskan melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan edisi bahasa Malaysia akhbar itu.

Sebelum ini Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan pihak Kerajaan telah mengancam akan menutup akhbar itu jika ia tidak mengendahkan larangan tersebut .

Dalam samannya ke atas Menteri Dalam Negeri ( MDN ) Paderi Pakiam yang mewakili pihak Herald telah memohon Mahkamah bagi mendapatkan perintah antara lain perintah perisytiharan bahawa keputusan MDN melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon Mahkamah mengisytiharkan bahawa akhbar Herald berhak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya dan kalimah Allah tidak hanya ekslusif kepada Agama Islam sahaja. Selain itu Paderi Pakiam juga meminta Mahkamah membatalkan keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald tersebut.

Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar Hakim Datuk Lau Bee Lan telah pada 30 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ana memulakan ulasan ana terhadap keputusan Datuk Lau Bee Lan tersebut ana perlu menyatakan di sini bahawa kita sepatutnya dididik untuk hanya mengulas sesuatu keputusan seorang Hakim itu hanya setelah membaca keputusan penuh seorang hakim itu supaya ulasan itu benar-benar hanya menyentuh keputusan sebenar Hakim tersebut dan bukannya dari tokok tambah dari mana-mana sumber selain keputusan itu sendiri.

Di sini ana ingin menyatakan bahawa seperti para pembaca ana hanya mengetahui intipati keputusan Hakim tersebut dari laporan akhbar sahaja. Dengan anggapan laporan itu adalah benar sepertimana yang dinyatakan oleh Hakim tersebut maka ana berpendapat keputusan itu adalah betul dari satu segi tetapi tersilap dari segi yang lain.


Bagi ana Hakim Lau Bee Lan boleh dipuji kerana keberanian beliau membuat keputusan yang membatalkan keputusan seorang Menteri . Mengapa ana kata beliau adalah seorang yang berani ? Hujah ana bersandarkan kepada alasan bahawa jika kita melihat Akta Penerbitan & Mesin Cetak yang digubal oleh Kerajaan BN, Akta tersebut memberikan satu kuasa dan budibicara yang mutlak kepada MDN untuk memutuskan membatalkan atau mengenakan sebarang syarat terhadap mana-mana akhbar yang ingin diterbitkan di negara ini.

Jika dilihat kepada Akta tersebut ia menyatakan keputusan MDN tidak boleh dicabar di Mahkamah. Di dalam undang-undang peruntukkan yang memberikan kekebalan kepada MDN itu dipanggil ouster clause.

Kes yang diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan melibatkan isu Perlembagaan atau secara spesifiknya isu kebebasan beragama. Kes sebegini memang secara relatifnya adalah kes yang boleh dikategorikan sebagai kes “panas” dan pasti merimaskan mana-mana Hakim yang ditugaskan mendengar dan memutuskan kes tersebut.

Secara mudahnya bagi pihak Herald mereka merasakan bahawa sebagai pengganut Kristian di negara ini mereka berhak mengamalkan dan menyebarkan agama mereka ( to practice and propagate their religion ) seperti yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan. . Oleh itu bagi pihak Herald termasuk hak mengamalkan dan menyebarkan agama itu adalah hak mereka untuk menerbitkan apa sahaja penerbitan yang boleh menjadi alat untuk menyebarkan agama itu. Oleh itu mana-mana tindakan yang boleh mengancam dan menggugat hak tersebut adalah dikira bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi pihak Herald meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam sebagai agama teras di dalam negara ini, Perkara 3 itu sendiri tidak menghalang pengganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni yang boleh ditafsirkan tanpa sebarang gangguan yang tidak munasabah dari mana-mana pihak Oleh yang demikian pihak Herald merasakan larangan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar itu adalah bercanggah dengan Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Ana berpendapat keputusan Lau Bee Lan adalah betul di sisi undang-undang dan Perlembagaan apabila beliau memutuskan bahawa kalimah Allah tidak terhad atau hanya ekslusif bagi orang Islam sahaja. Ana berpendapat keputusan itu adalah tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran Islam kerana Allah bukan sahaja Tuhan kepada manusia ( Islam dan bukan Islam ) malahan Tuhan kepada seluruh alam . Allah adalah tuhan kepada mahkluk yang halal dimakan dan Allah juga Tuhan kepada mahkluk yang haram dimakan.

Di dalam pengajian Tauhid orang Islam diajar dengan Tauhid Rububiyyah di mana Tauhid ini membawa maksud mana-mana manusia meyakini Allah itu sebagai Rabb iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Tauhid Rububiyyah, tidak seperti Tauhid Uluhiyah, diyakini bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

Ana juga berpendapat keputusan Lau Bee Lan yang menyatakan bahawa keputusan MDN yang melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar di Herald adalah bercanggah denga hak untuk menyebarkan agama tersebut sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) adalah juga keputusan yang betul.

Ini kerana meskipun hak untuk menyebarkan agama adalah terhad kepada orang bukan Islam iaitu mereka tidak boleh menyebarkan ajaran Kristian kepada mana-mana orang Islam tetapi di dalam kes ini tiada bukti bahawa Herald telah disebarkan kepada mana-mana orang Islam. Perkara 11 ( 4 ) hanya melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang –orang Islam sahaja. Ini bermakna jika akhbar the Herald hanya tersebar kepada orang-orang Kristian sahaja ianya tidak bercanggah dengan Perkara 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun ana berpendapat keputusan MDN melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar Herald masih boleh dipertahankan jika ianya , meskipun tidak salah di sisi Islam atau di bawah Perkara 11 ( 1 ) dan 11 ( 4 ), masih boleh dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana berpotensi untuk menjejaskan kenteraman awam ( public disorder ) dan keharmonian agama..

Ana berpendapat sepatutnya Hakim Lau Bee Lan sepatutnya memutuskan bahawa tindakan akhbar the Herald menggunakan kalimah Allah di akhbar itu tidak boleh lari dari sekatan dan halangan Perlembagaan yang dinyatakan di bawah Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 ( 5 ) melarang mana-mana amalan agama hatta kepada amalan agama orang Islam sendiri jika amalan tersebut boleh menjejaslan ketenteraman awam ( public disorder ).

Apabila sesuatu amalan beragama berpotensi menjejaskan ketenteraman awam isu sama ada amalan itu selari dengan agama atau tidak tidak lagi timbul. Ana tidak pasti sama ada isu perlanggaran kepada Perkara 11 ( 5 ) dihujahkan oleh pihak peguam Kerajaan atau tidak , namun ana tetap yakin jika Kerajaan ingin menjustifikasikan larangan penggunaan kalimah Allah, satu-satunya hujah yang boleh digunakan adalah Perkara 11 ( 5 ) tersebut.

Mungkin Kerajaan juga boleh berhujah hatta jaminan kebebasan agama lain selain Islam boleh diamalkan di negara ini yang dilindungi di bawah Perkara 3 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan juga tertakluk amalan tersebut dipraktiskan dengan harmoni dan aman tanpa sebarang indikasi ia boleh menjejaskan keharmonian tersebut.

Hakim Lau Bee Lan menyatakan tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Kerajaan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah menjejaskan keselamatan negara. Memanglah Mahkamah terikat dengan bukti dan keterangan. Nampaknya Hakim Lau Bee Lan cuba mengelak untuk memutuskan atau menafsirkan Perkara 11 ( 5 ) itu dengan berselindung di sebalik alasan keterangan dan bukti.

Dengan hormat ana berpendapat dalam menafsirkan mana-mana peruntukkan Perlembagaan Mahkamah tidak harus dikawal oleh bukti dan keterangan semata-mata. Penafsiran Perlembagaan tidak sama seperti menafsirkan seperti mana-mana Akta atau Enakmen.

Dalam hal ini Hakim Lau Bee Lan seharusnya menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan istilah menjejaskan ketenteraman awam di dalam Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Bagi menafsirkan frasa tersebut Hakim Lau Bee Lan tidak boleh lari dari memahami ketinggian nilai kalimah Allah dari perspektif orang Islam yang mana ianya hanya bermaksud Tuhan yang esa.

Oleh itu penggunaan kalimah itu di dalam maknaya yang lain sudah pasti berpotensi tinggi mengundang kemarahan orang Islam sekaligius berpotensi mewujudkan satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Orang Kristian tidak seharusnya resah jika kalimah Allah itu tidak dibenarkan digunakan atas alasan kepentingan awam. Mungkin pada masa hadapan penggunaan kalimah ini, yang dibenarkan oleh ajaran Islam, tidak menjejaskan ketenteraman awam sekaligus boleh dibenarkan.

Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.



Sepatutnya Negeri-negeri menguatkuasakan Enakmen ini...

p/s; Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin sebuah Parti Politik yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini..... jangan marah pada yang terasa..... hehehe....



--
Posted By Luna and Thatguy to Dunia Berwarna Luna Version 2 at 1/09/2010 08:18:00 AM

2009 Nizar lebih popular daripada Naji'b



KUALA LUMPUR : Google.com meletakkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin sebagai antara insan yang paling banyak mencetuskan berita atau diberitakan di Malaysia sepanjang tahun 2009.
Tokoh PAS itu turut mengatasi populariti Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tea Keat yang masing-masing berada di tangga ke 8 dan ke 9.
“Ini merupakan penghargaan kepada rakyat khususnya di Perak yang selama ini kekal bersama dengan harapan ke arah perubahan dalam negara yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com sebentar tadi.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, rakyatlah yang mencetuskan berita selama ini kerana mereka yang dahagakan keamanan dan keadilan yang semakin cuba dikuburkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Terdahulu, Nizar yang diamanahkan sebagai MB Perak selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu digugat oleh Umno dan BN yang melakukan rampasan kuasa setahun lalu sehingga mencetuskan pelbagai masalah dalam negara khususnya di Perak.
Rampasan kuasa itu turut meletakan ekonomi negeri Perak terganggu selain menyaksikan perlembagaan negara di atur sesuka hati oleh kerajaan Umno dan BN.
Nizar menambah, beliau tidak faham mengapa sehingga kini Mahkamah sukar menetapkan tarikh untuk menetapkan perbicaraan bagi menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
Google turut meletakan Nizar sebagai lelaki paling popular dalam carian mereka sepanjang tahun 2009.
Turut tersenarai dalam 10 tangga teratas itu ialah Fasha Sandha, Zakiah Anas, Sufiah Yusof, Kartika, Elizabeth Wong, Manohara Odelia Pinot dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa..... ...®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng. blogspot. com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! !


--
Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 1/09/2010 08:50:00 AM
__._,_.___

Ku Li Setuju Hadiri Program Ceramah Royalti Rakyat 28hb.





 
8 Januari 2010 (Jumaat). Satu delegasi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) telah mengadakan satu pertemuan dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan merupakan pengasas Petronas di Kelab Golf Diraja Selangor.

Delegasi itu diketuai oleh Setiausaha GEGAR dan disertai oleh 3 orang AJK Pusat GEGAR yang lain. Pertemuan selama 3 jam itu bagi membicangkan tentang Akta Kemajuan Petronas 1974, Perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan Petronas, Persempadanan laut, JDA, CAA dll.

Pada pertemuan tersebut YBM Tengku bersetuju untuk hadir ke program (confirm) Ceramah Royalti Petroleum yang akan diadakan pada 28 Januari 2010 (Khamis) bertempat di Dewan Besar, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu bermula jam 7 malam dimulakan dengan program solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya berjemaah dan ceramah umum yang akan disampaikan sendiri oleh YBM Tengku.

Semua rakyat Kelantan adalah dijemput hadir beramai-ramai, tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.

Terima kasih kepada YBM kerana sudi menerima kunjungan daripada wakil GEGAR ke rumah beliau dan sudi meluangkan masa bagi membincangkan hal0-hal berkaitan Royalti Petroleum.

Sumber - Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)


Gambar kerosakan Dalaman Metro Church







Gambar disekitar kejadian letupan dan kebakaran di Metro Church di Lembah Kelang yang diserang 2 hari yang lalu.Ia merupakan kejadian yang disebabkan oleh isu yang sedang hangat diperkatakan. Kami ingin menasihati pihak-pihak tertentu untuk tidak membuat perkara-perkara yang boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini.

--
Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/09/2010 10:03:00 PM
__._,_.___