Wednesday, April 13, 2011

Najib Mempertahankan ADUN Umno Yang 'RASUAH'



Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang ADUN Umno yang dibuktikan bersalah atas tuduhanrasuah adalah satu tindakan tidak bermoral BN, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man“Sebagai pimpinan utama, sepatutnya perdana menteri menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah ke atas ADUN Lenggeng, Mustafa Salim.

Najib pula semasa diminta mengulas perkembangan itu, bukan sahaja tidak serta merta menasihati wakil rakyat BN itu untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, tetapi mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang ADUN yang sah.

Najib turut menegaskan bahawa Mustafa akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu.

“Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan Pakatan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba ADUN mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan,” kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes ADUN Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik kepada rakyat.

“Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?” soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Mustafa supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.

“Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik,” nasihat beliau.

Senarai Tanah-Tanah Di Sarawak Yang Telah Di Rompak Oleh Taib Mahmud Dan BN



Pendedahan oleh laman web Sarawak Report membuktikan dahsyatnya kerakusan (kesyaitanan) pemimpin BN Sarawak. Apabila diangkat menjadi orang besar BN, mereka sama saja walau di mana pun berada. Begitulah keadaannya di Sabah dan semua negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka amat rakus, tamak dan tiada sekelumit pun jiwa keadilan dan kesaksamaan.
Laman Sarawak Report mendedahkan pelbagai kategori rompakan harta oleh pemimpin BN khususnya oleh Ketua Menteri Taib Mahmud bersama ahli keluarganya. Taib dan keluarga memiliki empayar perniagaan yang besar seantero dunia terutama di Canada dan Amerika Syarikat. Nilai asset dan perniagaan mereka di luar negara mencecah angka bilion Ringgit Malaysia.


Bagaimana Taib yang berpendapatan RM20 ribu sebulan sebagai Ketua Menteri mampu membiayai modal bagi perniagaan yang sebesar itu? Sehingga kini Taib sudah menjawat takhta Ketua Menteri selama 30 tahun. Kalau dihimpunkan semua gajinya selama 15 tahun sejak mula memegang jawatan Ketua Menteri dan memulakan perniagaan kira-kira 15 tahun lalu, jumlah modalnya ialah RM 3.6 juta.
Mungkinkah Taib mengumpulkan wang gajinya dengan tak berbelanja sedikit pun selama 15 tahun? Sekiranya memang benar begitu, apakah logik dengan bermodalkan RM 3.6 juta itu keluarga Taib mampu mengembangkan perniagaan sehingga menjadi keluarga billionaire setelah berniaga selama 15 tahun?
Itu cerita bisnes keluarga Taib di luar negara. Laman Sarawak Report turut membongkar aktiviti bisnes keluarga Taib dalam negara, khususnya di negeri Sarawak. Di Bumi Kenyalang inilah Taib merompak harta rakyat untuk memodalkan perniagaan keluarganya.
Berikut ini adalah sebahagian (ulang tulis – sebahagian) daripada tanah negeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan oleh Taib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahli keluarganya dan kroninya.
  • 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
  • 750 hektar … di Jalan, Miri.
  • 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
  • 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
  • 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
  • 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd  (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
  • 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  • 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  • 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
  • 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
  • 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
  • 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
  • 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
  • 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
  • 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
  • 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
  • 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
  • 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
  • 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
  • 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
  • 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
  • 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
  • 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
Jumlah keluasan tanah yang dirompak oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan.

Video Seks: Presiden Majlis Peguam Kecam Kenyataan Dangkal Nazri Aziz


Datuk Seri Nazri Aziz mengesyorkan agar diadakan Suruhanjaya Diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks dan  alasan elemen pelacuran.

Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan “Datuk T” bulan lalu -yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim - atas alasan elemen pelacuran.  Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.
“Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.
Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.
Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.
Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.
“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.
“Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur,” kata beliau lagi.
Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.
“Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah,” kata Lim.
Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.
Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.
Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.
“Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik,” kata beliau.
Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.
“Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan,” katanya ketika dihubungi.
Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.
“Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu,” kata Khoo.
“Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?” tambah Khoo.
Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.
Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.
Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.
Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.
Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.
“Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?
“Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?” kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.
“Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu,” kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.
Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan “Datuk T” yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

BN Terkejut Beruk Dengan Perubahan 'MOOD' Rakyat Sarawak

Sementara kempen pilihan raya negeri sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami “dilemma” menuju hari penentuan Sabtu ini. 
Ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa.

Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam “mood” yang berbeza.
Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10.
Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyung-duyung hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.

Nik Aziz ketika berceramah di kawasan Batu Kawah dekat Kuching malam tadi. 

Menurut pemerhati sekitar 8,000 orang hadir pada majlis ceramah itu, menyebabkan kesesakan teruk kira-kira dua jam.
Pada masa yang sama, Najib hadir pada majlis bertemu pemimpin 1 Malaysia di Kuching.
Sebahagian daripada hadirin pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Batu Kawah. 
Meskipun penganjur majlis itu menggunakan bas untuk membawa orang ramai dari luar kawasan Kuching ke stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan, hanya sekitar 1,000 pengikut dan penyokong hadir. Setiap hadirin majlis itu diberikan kemeja-T 1 Malaysia dan bendera untik dikibarkan ketika pemimpin-pemimpin kerajaan BN memasuki stadium.
Mengiringi Najib selaku Pengerusi BN ialah lima calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), dan pemimpin-pemimpin parti komponen, antaranya Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Selepas Perdana Menteri dibawa masuk ke dewan dengan sambutan permaidani merah, sebahagian pengikut dan penyokong yang dibawa meninggalkan stadium untuk ‘bersiar’siar’ di kawasan stadium. Malah sebahagian lagi hadirin masih berada dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa mereka.
Apabila Perdana Menteri mula berucap, hadirin dalam jumlah besar, yang memakai kemeja-T 1 Malaysia mula keluar sedikit demi sedikit dari stadium.
Mereka yang berada di dalam dewan pula memperlihatkan wajah bosan tetapi sekali sekali bertepuk apabila Najib menyampaikan poin-poin yang ‘bersemangat’ dan menarik perhatian.
Sementara Pengerusi BN itu berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan menegaskan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan melepaskan jawatannya segera selepas pilihan raya, beribu-ribu hadirin yang berkumpul di Batu Kawah bersorak gembira apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu penyokongnya supaya percaya bahawa pemimpin itu tidak akan berbuat demikian.
Menurut pemberita yang membuat liputan ceramah di Batu Kawah, Anwar menerima sokongan besar daripada hadirin.
Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu meminta rakyat negeri Sarawak supaya percaya pada Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya sambil menambah bahawa “Pek Moh”, istilah Hokkien yang digunakan untuk menggambarkan Taib dan pemimpin dalam kerajaan, supaya belajar daripada kepimpinan Lim, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin yang lain.
“Mereka tidak pernah mencuri tanah rakyat,” kata beliau.
Anwar membawa pengalaman kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa di “Selangor, anda mendapat air percuma tetapi di Sarawak, hanya air hujan yang percuma.”
Rakyat Sarawak akan keluar mengundi Sabtu ini, persekitaran yang cukup getir bagi BN manakala Pakatan Rakyat memperlihatkan peningkatan sokongan.
Sementara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui bahawa BN akan mempertahankan negeri bumi Kenyalang ini, tetapi ramai juga berpandangan bahawa pihaknya akan mengurangkan jumlah kerusi dimenangi perikatan itu.
Kini, BN mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.
Oleh Clara Chooi

BN Semakin Panik!! Portal Berita Malaysiakini Kena Pancung!!



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat.
Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka.

Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.
Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.
“Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini,” kata Premesh.
Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana  menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air.
Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia

Amat Memalukan!! Hanya 50 Penyokong BN Hadir Program Kempen Najib...



Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu.
Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN. Ini menyebabkan aktiviti kempen
jentera BN kurang mendapat sambutan.
Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN.
Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.
Perdana Menteri datang menggunakan helikopter (gambar diatas). Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin.
Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada
pilihan raya kali ini.
Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang
sebelum ini juga makin payah diselesaikan.
Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN.
Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang.
Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa.
Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagian daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
”Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV
meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri.
”Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut ’orang PAS bila sambut, peluk
kita nampak baik tapi politiknya jahat," kata jurucakap Kelantantv.
Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian Selatan Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok.
Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas.
Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.
”Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib
terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat
Beladin,” katanya.
Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah.
Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan
Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.
Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada
2006.
Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat.
Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak
muda di Kampung Pusa Tengah semalam.
Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien berkata, momentum yang berlaku di semenanjung
pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak.
”Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.
”Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini.
(Gambar: Abdul Hadi dan Najib bertemu sewaktu sama-sama berkempen di Pasar Pusa)
Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu
video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak.
Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.
Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka.
”Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata
orang boleh jalan sekarang.
”Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belum berjaya,” ujarnya.
Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sains Politik berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13.

Bapa Francesca Peter Mati Dalam Keadaan Seorang Islam


Terima takdir bapa peluk Islam

DUNGUN - Jenazah Muhammad Gaberial Peter, bapa Francisca, penyanyi evergreen era 80-an yang popular dengan lagu Sekadar di Pinggiran yang ditemui mati di rumahnya dekat Taman Sri Dungun kira-kira jam 10 malam kelmarin selamat disolatkankan di Unit Forensik Hospital Dungun sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura, jam 2.30 petang semalam.

Penemuan dokumen memeluk agama Islam oleh sepasukan polis yang melakukan siasatan di rumah Peter mengungkai tanda tanya bahawa dia kini berstatus beragama Islam.

Biarpun perkara terbabit difahamkan tidak diketahui sebahagian ahli keluarganya yang beragama Kristian, namun dokumen yang menjadi status identiti agama Islam itu menjawab segala pertanyaan seterusnya membuka jalan untuk pihak berkaitan menyelesaikan segala kerumitan dihadapi.

Pegawai Agama Daerah Dungun, Mohd Adnan Abdullah mengesahkan, selepas merujuk kepada pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Peter disahkan memeluk agama Islam pada 10 April 2007 lalu.

“Sehubungan itu ia menjadi tanggungjawab pihak Pejabat Agama Daerah Dungun untuk menguruskan jenazah berkenaan sebelum dikebumikan mengikut cara orang Islam,” katanya.

Anak lelaki arwah, John Joseph Peter, 40-an yang beragama Kristian ketika ditemui selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sura berkata, arwah bapanya itu tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Katanya, biarpun tidak sempat menemui arwah pada saat akhir, namun dia menerima kehendak takdir dengan pemergian bapanya itu dengan hati yang terbuka bahawa bapanya itu meninggal dalam Islam.

Sementara itu, solat jenazah Muhammad Peter diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli.

Wan Hassan yang ditemui berkata, urusan menguruskan jenazah itu dilakukan pihaknya bukan atas dasar untuk mencari publisiti demi kepentingan politik, sebaliknya ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul masyarakat Islam, apatah lagi arwah merupakan saudara baru yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat yang beragama Islam bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

“Kita melihat kepada kepentingan menjaga rakyat, apabila rakyat yang ada dalam keadaan kesulitan melibatkan kematian, kita perlu bantu apatah lagi dia merupakan saudara baru,” katanya. -SH

Gadis Dipukau, Dicabul Depan Lif


Pukau, cabul gadis depan lif

AMPANG: Seorang lelaki mencabul seorang gadis selepas memukaunya, tengah hari kelmarin. Gambar fail

Lelaki berusia 40-an itu pada mulanya menyapa mangsa sebelum memukau dan merabanya selain meminta wang.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila lelaki terbabit menunggu mana-mana gadis di hadapan lif tingkat bawah sebuah pusat beli-belah, di sini.

“Mangsa yang bekerja di tingkat atas pusat beli-belah itu keluar pejabatnya untuk makan tengah hari. Sebaik mangsa tiba di tingkat bawah, mangsa disapa lelaki terbabit yang berbadan gempal.

“Lelaki itu menyapa mangsa konon dapat melihat tuah pada wajahnya. Seterusnya lelaki itu meminta tangan mangsa untuk ditilik,” katanya.

Beliau berkata, selepas mangsa menyerahkan tangan kanannya, dia berasa seperti dipukau apabila membiarkan saja diperlakukan lelaki terbabit.

“Lelaki itu meraba kemaluan dan payu dara mangsa selama beberapa minit. Selepas puas meraba, lelaki terbabit menyuruh mangsa naik ke pejabatnya semula dan mengambil wang tunai untuk diserahkan kepadanya,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm

AJK UMNO Dicekup Dengan Gadis Bawah Umur

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT).

Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite/karatejau