Friday, February 19, 2010

Persiapan Akhir Konvensyen Blogger PAS Perak. Huh..Bravo !

Salam dari Bilik Media Konvensyen Blogger PAS Perak. Kerja-kerja akhir sedang giat dijalankan sejak dari jam 10 pagi tadi. Sehingga kini, hampir 95% persiapan untuk penganjuran konvensyen sulung ini telah sempurna dijalankan baik di Pusat Konvensyen Banjaria BiO Career mahupun di Bilik Media.

Pas Rasmi Konvensyen untuk Blogger yang akan hadir esok

Beberapa pas Khas juga disediakan oleh pihak penganjur - tag Jemputan Khas.Terdapat 5 warna pas Rasmi yang berbeza akan dapat dilihat berdasarkan kepada Kategori /Tugas dan Kumpulan yang hadir. Pas Media juga turut disediakan. Hanya mereka yang mempunyai 'pas rasmi' dibenarkan MASUK ke Pusat Konvensyen esok. Sila dapatkan di kaunter pendaftaran seawal jam 8.30 pagi.

Sebahagian 'kits' yang akan diberikan kepada semua peserta konvensyen

Alhamdulillah, kepada peserta luar dari Perak yang akan tiba seawal petang dan malam ini di bandar Parit Buntar, kemudahan penginapan di homestay Banjaria dan juga di PB Inn telah sedia menanti peserta. Selamat Datang kepada semua ke Konvensyen Blogger PAS Perak. Kita gegarkan..kita tajamkan misi, misi tawan Perak 2013..InsyaAllah !

(*) albanjari online. Hubungi wak : 012-402 6129
http://politikbanjar.blogspot.com/2010/02/persiapan-akhir-konvensyen-blogger-pas.html

SELAMAT BERKONVENSYEN PARA BLOGGERS PERAK



Pihak PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Kawasan Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar Sudin mengucapkan Selamat Berkonvensyen kepada semua blogger Perak yang akan diadakan pada 20 Februari 2010 di Parit Buntar.

Semoga konvensyen tersebut dapat mencetuskan semangat baru kepada para bloggers PAS Perak untuk bersama-sama pimpinan PR dan rakyat Perak seluruhnya untuk mengambil semula Perak daripada kerajaan kudeta BN yang zalim.

Konvensyen ini juga diharapkan dapat menjelaskan tentang peranan para blogger di dalam konteks sebagai pejuang kebenaran serta memberikan fokus kepada musuh sebenar PR iaitu BN.

Semoga para peserta konvensyen dapat pergi dan kembali dengan selamatnya.

SELAMAT BERKONVENSYEN
 http://intanhijau.blogspot.com/2010/02/selamat-berkonvensyen-para-bloggers.html

Setia dan tahan uji, antara syarat calon PKR PRU 13


KUALA LUMPUR : Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kiteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.
Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.
"Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran rakyat.
"Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran," katanya.
Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.
"Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.
"Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan," katanya.
"Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini," kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan. com, editorpakatan@ gmail.com (Mel-E).

Sebab Utama Datuk Kalakau Sokong Pakatan rakyat

KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Menteri pada tahun 1986 dan pernah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) selama 12 tahun, Datuk Kalakau Unto hari ini mengishtiharkan keluar parti seterusnya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Beliau turut mengumumkan pelepasan jawatannya dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dalam satu sidang akhbar di Tamparuli, Sabah hari ini.
Antara jawatan beliau sehingga semalam ialah ialah Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB), serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dan ke semuanya dilepaskan beliau seterusnya menyokong perjuangan dan dasar-dasar PR.
Tokoh itu yang juga seorang blogger meletakkan tajuk 'Perhitungan Pengundi Sabah pada PRU 13' sebagai entri terkini di blog peribadinya.
"Dalam apa jua perkara, yang pasti kekal berterusan berlaku ialah suatu perubahan dan perubahan itu akan terjelma dalam pelbagai bentuk; termasuklah pemikiran dan pentafsiran.
Begitulah juga mengenai kaedah untuk membuat sebarang keputusan," katanya dalam blog yang 'tagline'nya D Patriot Agenda, Kalakau Untol.
Sehubungan itu, beliau juga akan menjelajah ke seluruh Sabah bersama PR selepas ini bagi menjelaskan perjuangannya ke arah merakyatkan dasar-dasar PR seperti yang terkandung dalam Konvensyen Pertama PR di Shah Alam 19 Disember lalu.
Dasar-dasar itu ialah memastikan Khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20 peratus daripada pendapatan Petroleum mereka.
Selain itu, PR turut mencadangkan agar Suruhanjaya Diraja diwujudkan demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu Pendatang Asing di negeri itu.
Turut menjadi dasar PR ialah menjamin Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli di Sabah dan Sarawak selain mengehentikan serta-merta penindasan terhadap rakyat khasnya di kawasan Pedalamanakibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.
Penjelasan dasar-dasar itu juga katanya, akan diterus diperjelaskannya sehinggalah pilihanraya umum ke 13 berlangsung.
Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) itu dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Dis 2005 bagaimanapun enggan mengulas berhubung parti yang akan disertainya.

Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah

Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah (rujuk FBnya).... Mengenai Perfileman Negara



1. Adakah benar rungutan dan tohmahan bahawa apa sahaja yang berhubungan dengan Islam seperti seni, sastera, budaya termasuk filem mendapat kesusahan yang teramat sangat untuk mendapat ruang di negara ini lantaran hujah-hujah yang mengaitkan "apa sahaja yang Islami itu maka ia adalah gerakan tersurat dan tersirat menyokong PAS"?

2. Pandangan dan pertanyaan ini diterbitkan setelah dikhabarkan sekian banyak pertanyaan juga tentang filem Ketika Cinta Bertasbih (Chaerul Umam, 2009) dari teks Habiburrahman er-Shirazi dikatakan tidak beroleh izin tayang atas alasan kandungan Islami sebagai naskahnya.

Jika ya atau benar keadaan ini terjadi, maka ia kemalangan yang amat besar buat umat Islam di negara ini khususnya dalam asa untuk memajukan pemikiran, filsafat, dan pengetahuan Islam secara konstruktif

Seni, sastera, budaya dan media Islami adalah prakarsa terbaik dalam mengadiluhung peradaban bangsa agar segala kepunahan sekarang yang terjadi, dengan segala macam tunasosial dan tunamoral di kalangan ahli masyarakat, setidaknya dapat dipulihkan dengan kemujaraban Islam sebagai ad-deen.

3. Sebab itu ramai yang bertanya, betulkah semua drama di RTM dan TV3, termasuk di media lain sama sekali tidak boleh memakai KUPIAH, SERBAN, atau JUBAH... yang dibenarkan cuma songkok dan baju Melayu sahaja?

Apakah masyarakat di Malaysia yang memakai kupiah atau serban semuanya PAS?

Sesiapa yang mempunyai data tentang hal ehwal ini sila berikan di sini atau terus ke FB Zentrum kerana rasanya perlu ada satu gerakan untuk menyelesaikan krisis tamadun ini.

4. Saya dikhabarkan sendiri oleh Akhi Habiburrahman er-Shirazi, pengarang Ketika Cinta Bertasbih, selaku pendokong malah turut berlakon dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH yang permohonan untuk tayangan telah dibuat secara serentak dengan jadual di Indonesia, Brunei, Australia, Thailand, termasuk beberapa negara di Eropah, dan satu sahaja yang tidak mendapat izin iaitu Malaysia.

Wah apakah yang sebenarnya telah terjadi?


Adakah juga nanti semua imej atau visual, atau "shot" masjid juga akan diharamkan secara surat arahan sekira drama atau filem tempatan mahu mendapat izin tayang di TV atau Pawagam?

Rakyat berhak untuk mendapat penjelasan kerana kenapa semua bising bila Pulau Pinang membatalkan perarakan maulud, dan kenapa pula semua tidak bising bila "kupiah", "serban", dan lain-lain imej Islami tidak dibenarkan dalam drama-drama TV dan filem kita?

MELAYU tidak boleh lari dari.......????


UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka' .

Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.
Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang' .

Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya.

Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.

Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 2/17/2010 09:17:00 AM