Wednesday, June 22, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH - NASIHAT IKHLAS BUAT RAJA KATAK BERAHIM





SEMPENA perhimpunan Bersih pada 09 Julai ini nanti, aku nak nasihatkan kepada raja katak Berahim Perkosa tu agar tarik balik hasrat beliau untuk mengetuai perhimpunan bersama kumpulan Bersih itu nanti. Hanya beliau seorang saja aku mahu nasihat agar tarik balik keinginannya untuk menjadi hero atau pejuang `perang salib' yang pernah diimpikannya itu.

Kepada katak-katak bawahan Perkosa yang lain tu aku alu-alukan lah bersama kita meraikan hari sebenar demokrasi terpimpin di bawah kerajaan Umporno. Kita sebenarnya bimbang akan keselamatan raja katak Berahim, bukan masalah berlaku pergaduhan kerana kita hadir bukan untuk bergaduh tetapi kita khuatir atas tahap kesihatan beliau sejak kebelakangan ini.

Kita semua maklum, raja katak Berahim baru saja ditahan beberapa hari di hospital akibat sakit jantung beliau kalau tak salah dan aku rasa beliau pun ada penyakit semput. Setiap kali beliau berucap, jelas macam orang semput walaupun cuba untuk menunjuk hebat dan bersemangat tetapi maklumlah orang semput, tarik nafas pun orang dah tahu. Itu yang kita bimbang sangat.

Hampir pasti, pada 09 Jul nanti segerombolan kaki pancut (water canon) beserta dengan bermacam jenis gas akan menyambut perayaan demokrasi terpimpin itu nanti. Ini amat bahaya buat yang sakit jantung atau semput. Jadi, molek benarlah raja katak ini tidak payah menyiksakan diri, baik balik kampung dan duduk diam-diam bawah tempurung. Kalau terjadi apa-apa nanti, sesak nafas atau apa pun, belum tentu dapat gelaran `Syahid'.

Jangan nanti seperti kata pepatah `mati katak' akibat kelakuan bodoh sendiri. Malang buat apa nak dicari apatah lagi mahu mencipta malang. Kumpulan Bersih sudah biasa dengan permainan pancutan air dan gas ini, cuma kita bimbang jika raja katak Berahim belum sebati lagi dengan air kimia tersebut. Nasihat aku, eloklah raja katak Berahim balik ke Pasir Mas dan bina `kubur' sendiri kerana dengar ceritanya di dalam PRU akan datang seekor katak akan dimakamkan di situ.

Cina,India,Berdiri Aman Belakang Pemuda PAS,Kita Jauhi Ancaman Perkauman PERKASA



"Perhatikan betul betul laungan seekor binatang katak. Lihatlah wajah sebenar UMNO. Ada pula si bodoh beralasan PERKASA tidak mewakili suara UMNO. Kalau tidak mewakili suara UMNO siapa pula yang melindungi binatang Katak ini dari ditangkap? Tidakkah jelas itu semua adalah hasutan ke arah mengancam sesuatu kaum? UMNO memang hipokrit dan retorik. Dulu, kini dan selamanya menipu..
Nama 'UMNO' itu sendiripun sudah sememangnya hipokrit. Menggunakan kalimah Inggeris dalam nama parti, tetapi pada masa yang sama melaungkan perjuangkan melayu. Hipokrittttt. Ptuihhhh. United Malay National Organisation, adakah anda terasa kemelayuannya bila menyebut tu? Kalau anda terasa melayu, anda memang bangang. Sama bangangnya dengan ahli UMNO.

Aku nak tanya semua ahli UMNO benarkah anda perjuangkan Melayu? Aku nak tanya mamak madey yang mengaku melayu ni, adakah betul perjuangkan melayu? Kalau betul perjuangkan melayu, perjuangkan dulu nama UMNO tu biar jadi nama melayu 
UMNO sepatutnya menggunakan nama pertubuhan melayu kebangsaan bersatu atau ringkasnya pemekeber atau permelkebber atau pemkebab atau pmkb atau boleh juga melayulembab.
Kata kata binatang katak ni sudah banyak yang memalukan melayu itu sendiri. Sudah banyak kata katanya jelas mengancam keselamatan. Tetapi hingga ke hari ini dia masih bebas melaungkan kata katanya. Tidak ada satu jaripun yang bisa menjentiknya apatah lagi hendak menangkapnya. Nak harap ketua polis yang baru nak tangkap dia? Baru nak jalankan tugas sikit dah pengsan. Letih broooo..jadi ketua polis ni,hang ingat tak letih ka? 
Semalam keluar lagi binatang katak. Bila sudah nampak bahawa ramai yang tidak suka dengan kata katanya, dia mula pusing cerita. Dari binatang katak cuba menjadi binatang ular pula. 
Kenapa ramai sangat yang melatah bila BERSIH ingin diadakan? BERSIH bukan pilihan pertama kepada rakyat malaysia yang berbilang kaum. Ia adalah satu wadah untuk melahirkan tuntutan. Melahirkan tuntutan di jalanan adalah langkah hampir terakhir. Ini kerana beribu ribu tuntutan secara formal dan berhemah dibangkulsampahkan oleh badan yang sepatutnya berkecuali.
Pengerusi SPR cuba kononnya memberi tawaran damai asalkan BERSIH dibatalkan. Ptuihhh..wakil rakyat tak pergi dewan pun kau takk boleh nak hukum kau cakap nak berbincang ye....memang jenis suka menyalaklah kau ni. Pantang disuruh oleh tuan kau asyik nak mengigit ye. Bagus bagus..tunggulah satu masa nanti.Aku tengok muka diapun, aku rasa malu kalau la dia sedara mara aku.
Tv dan media pencacai tiap tiap hari duk main isu ni. Kononnya tak payah buat. Malaysia sudah adil. Demokrasi. Bebas. Habis kalau dah memang demokrasi kenapa tak boleh pulak demonstrasi? Dengan demokrasi mana yang tak boleh berhimpun ni? Cuba bagitau kat aku satu contoh nama negara demokrasi yang tak bagi berhimpun? Demokrasi kepala bapak kau?
Sedarlah sikit, dunia sekarang sudah melepasi sempadan perkauman. Malaysia sepatutnya sudah lama menuju ke arah itu. Cina, India, Melayu dan lainnya sepatutnya hidup dalam keadaan berkasih sayang dan aman damai.
Zaman mengancam sesuatu kaum yang lain telah lama berlalu. Itu hanya ada pada zaman 13 mei. Masa tu lain,masa tu ketika UMNO memerintah negara..opss sekarangpun UMNO perintah ye. Patutlah masih ada ugutan kaum. 
OK takpa tunggu PRU13 nanti. Kita bersatu jatuhkan mereka

Murtad: Silap daftar antara punca kekeliruan..pulak dah..berbelit2 la Jamil...!!



NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan, kesilapan mendaftarkan status agama oleh Pejabat Pendaftaran antara punca berlakunya kekeliruan dalam isu murtad.

Katanya, terdapat kes di mana terdapat golongan bukan Islam yang mempunyai nama Melayu-Islam membuat permohonan menukar agamanya di Mahkamah Syariah.

"Nama macam Islam-Melayu, macam nama Muhammad. Tetapi bila pergi daftar, Pejabat Pendaftaran terus masukkan agama Islam, sedangkan dia nama Islam tetapi dia bukan (Islam).

"Jadi, (kes) ini dibenarkan mahkamah supaya dibetulkan balik agama dia. Itu antara berapa contoh yang berlaku kekeliruan. Jadi tak timbul (isu) mahkamah meluluskan (murtad)" katanya.


Menurut Jamil Khir (kanan), kes sebegitu biasanya berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jamil Khir diminta menjelaskan jawapannya di parlimen pada 14 Jun lalu bahawa dalam tempoh sepuluh tahun antara 2000 hingga 2010, sebanyak 863 permohonan menukar agama oleh orang Islam dibuat dan sebanyak 168 diluluskan.

(Berdasarkan statistik mengikut negeri, jumlah itu didapati mempunyai kesilapan kiraan. Jumlah sebenar yang memohon sebanyak 686 orang dan 135 diluluskan.)

Jumlah murtad kosong
Bercakap dalam sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, Jamil Khir juga menjelaskan, jawapanya sebenarnya merujuk kepada golongan yang tidak sah keislamannya.

siti fatimah tan abdullah tan ean huangSelain kesilapan pendaftaran, Jamil Khir juga berkata, terdapat kes lain seperti seorang tukang masak Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang (kanan) yang dibenarkan menukar status agamanya kepada Buddha.

Ketika membacakan keputusannya pada 8 Mei 2008, Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang Othman Ibrahim menjelaskan responden (Siti Fatimah) tidak dianggap sebagai Islam dan tidak boleh dianggap murtad kerana proses pengislamannya tidak sah.

Ditanya apakah sebenarnya maksud "lulus" yang dinyatakan dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Jamil Khir berkata: 

"Maksud lulus (itu) bukan lulus murtad. Kamu pergi daftar di mahkamah bawah nama (kes) murtad, tetapi dia tak timbul soal murtad sebab Islam dia sendiri tak sah. Daftar saja nama di situ begitu."

Sehubungan itu, menjawab soalan, Jamil Khir menjelaskan dalam tempoh itu, jumlah sebenar yang murtad adalah kosong.

Kementerian Shahrizat mohon RM459j untuk p’raya?


KUALA LUMPUR, : Wanita Pakatan Rakyat mendakwa bajet tambahan sebanyak RM459 juta yang dipohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah untuk menghadapi pilihan raya.
Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) berkata, permohonan itu tidak relevan kerana laporan bidang keberhasilan utama negara (NKRA) menyatakan bahawa berlaku pengurangan sebanyak 118 keluarga yang menerima bantuan kebajikan.
"Kalau pengurangan penerima bantuan sampai 118 ribu keluarga maknanya peruntukan untuk kebajikan sepatutnya makin kurang.
"Tapi yang anehnya kementerian meminta bajet hampir RM500 juta katanya untuk sumbangan warga miskin.

"Ini nampak terang bajet Umno untuk menghadapi pilihan raya dan saya yakin ini adalah program yang akan dibuat oleh wanita Umno untuk turun kepada rakyat," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Zuraida Kamaruddin meminta menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengkaji semula jumlah dan pengagihan peruntukan tersebut kerana ianya hanya akan memfokuskan kepada pembangunan sosio ekonomi secara "one-off" atau lebih spesifik, perancangan jangka pendek semata-mata.
"Peruntukan belanjawan tambahan sebanyak RM459 juta yang dimohon turut menunjukkan peningkatan sebanyak 87 peratus dari jumlah peruntukan asal belanjawan 2011, sekaligus membawa kepada jumlah hampir RM1 billion peruntukan keseluruhan buat lima kategori perbelanjaan "one-off" ini bagi tahun 2011.
"Ianya satu jumlah yang tidak relevan apatah lagi hanya untuk kegunaan bagi tempoh lima bulan sahaja, iaitu Ogos hingga Disember 2011. Ini bermakna kos perbelanjaan sebulan mencecah hampir RM92 juta," katanya yang juga ketua wanita PKR.
Tambahnya juga, menurut analisis Dr Siti Mariah (PAS-Kota Raja) setiap 222 kawasan Parlimen akan mendapat agihan sebanyak RM2.07 juta, untuk diagihkan kepada 10,350 orang golongan miskin, OKU dan warga emas yang tertindas adalah amat serius di Malaysia.
Katanya, Sharizat seharusnya sedar bahawa RM459 juta ini melibatkan dana awam, maka suatu sistem kewangan yang tersusun dan terancang perlu dilaksanakan, dan tidak berterusan melaksanakan program-program di saat-saat akhir.

Bersih 2.0: Pemuda PAS wilayah sasar 60,000 anak muda


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP)  mensasarkan sekurang-kurangnya 60,000 untuk menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasil tinjuan dan promosi yang diadakan, sokongan dan minat masyarakat khususnya golongan muda amat menggalakkan.
“DPPWP menetapkan sasaran seramai 60,000 anak-anak muda Kuala Lumpur akan menyertai himpunan kali ini.
“Bahkan, DPPWP masih mendapat respon positif dari ramai orang yang ingin menyertainya termasuk mereka yang akan datang dengan berkeluarga,” ujarnya  dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, terdapat juga  golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang turut menunjukkan minat untuk hadir bersama-sama menjayakan perhimpunan itu.

Sementara itu di Kelantan pula, Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), akan menghantar kira-kira 30,000 peserta pada program berkenaan.
Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, setiap kawasan di Kelantan dijangka menghantar 1,000 peserta pada perhimpunan tersebut.
”Ini bermakna Pemuda PAS Kelantan menyumbang seramai 14,000 peserta bagi mencapai matlamat menghimpunkan ratusan ribu rakyat pada perhimpunan aman tersebut,” katanya seperti dilapor Harahkahdaily.

Transparency International sokong BERSIH 2.0



KUALA LUMPUR : Badan Bukan Kerajaan (NGO) Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap agenda himpunan BERSIH 2.0 untuk mendesak pilihan raya bersih, bebas dan adil di Negara ini.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, masyarakat umum tanpa mengira ideologi politik harus menyokong apa yang diperjuangkan BERSIH 2.0 kerana apa jua keputusan pilihan raya sepatutnya menyerlahkan kehendak masyarakat.

"Perjuangan menentang korupsi di mana- mana negara bermula dari atas arena politik. Bermula dengan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil di mana integriti proses pilihan raya dijaga rapi," tegas Paul dalam kenyataan medianya hari ini.
BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan raksaksa 9 Julai depan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini gagal melakukan reformasi di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO BN.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah, agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

BERSIH 2.0 yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) bersedia menggerakan himpunan aman bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan rakyat besar- besaran pada kali pertama yang diadakan pada November 2007.

TI-M sebagai badan yang memperjuangkan ketelusan mengulai pendirian mereka agar agensi kerajaan bertindak tegas terhadap segala dakwaan korupsi termasuk pembelian undi serta cara berkempen sewaktu pilihan raya yang dikelolai oleh SPR.

Malah SPR sepatutnya menetapkan undang- undang pelaksanaan pembiayaan pilihan raya dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencegah sebarang salah laku.

Paul Low juga berkata, TI-M telah mengajukan 22 cadangan untuk penambahbaikan politik termasuk pilihan raya kepada Perdana Menteri pada 5 Mei 2011 lalu.

"TI-M sejak 2009 telah mengadakan kajian, khidmat konsultasi, bengkel untuk penambahbaikan pembiayaan politik negara ini. SPR dan parti-parti politik turut mengambil bahagian dalam kajian dan konsultasi," jelasnya.

Kepintaran Mat Sabu berbanding sarjana Umno


            MAT Sabu, Timbalan Presiden PAS tidak lulus Universiti Oxford seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kelulusannya pun tidak sehebat setengah sarjana UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Najib. Dia tidak mengaji falsafah dan sains politik peringkat ijazah di ITM. Dia belajar diplomat tertentu tentang teknologi saja.
           Tetapi kepintarannya berhujah tentang isu demonstrasi Bersih 2.0 pada 09 Julai nanti jauh lebih hebat dari alasan bodoh pemimpin Pemuda UMNO dan sekutu NGOnya yang membuat aduan polis tentang mengapa ia patut dihalang.

Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang satu sekolah dengan Mat Sabu di ITM dulu selalunya pintar tetapi dalam perkara ini lebih buntu otaknya dari Hosni Mubarak.

Mereka takut pelancong tidak datang sehari ke Kuala Lumpur akan menyebabkan penjaja kerugian dan pengusaha teksi tidak dapat membawa penumpang. Ekonomi negara akan terjejas.


Siapa kata pelancong tidak datang ke Kuala Lumpur?

Beratus ribu orang yang datang dari seluruh negara bagi menyertai perarakan itu pelanconglah. Pelancong itu bukan yang datang dari Amerika dan Negara-negara Teluk saja. Orang dari ceruk rantau dari seluruh negara yang ke Kuala Lumpur itu adalah pelancong juga.

Banyak tol yang mereka akan bayar pergi balik ke Kuala Lumpur pada hari itu? Mungkin melebihi pungutan di hari perayaan. Banyak petrol yang mereka akan gunakan hari itu? Pemilik stesen minyak sepanjang ke Kuala Lumpur dari Perlis, dari Rantau Panjang dan dari Johor Bahru menyebak akan membuat duit yang banyak.

Berapa kali seorang penunjuk perasaan singah di gerai dan restoran hari itu dari pagi hingga ke malam? Empat lima kali. Katakanlah sekali makan RM5, banyak penjaja di gerai dapat pungut hari itu.

Mereka bukan sekadar datang untuk tunjuk perasaan saja, bahkan berbelanja sedikit sebanyak. Biasanya seorang akan berbelanja antara RM50 hingga RM100. Ke mana duit itu pergi kalau tidak kepada peniaga?

Lagi ramai orang datang ke Kuala Lumpur lagi peniaga dan penjaja beroleh tuah. Berniaga air botol saja pun tak dapat dikira untungnya. Mat Rempit boleh rehat berlumba hari itu, ambil peluang berjaja air botol kepada demonstran di sepanjang jalan. Tak perlu meragut hari itu mereka akan dapat banyak rezeki.

Mungkin teksi terpaksa berjalan perlahan di kawasan sesak atau tidak boleh masuk ke kawasan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Masjid Negara dan ke Istana Negara. Tapi kawasan sesak itu untuk beberapa jam saja kecuali apabila ia dihalang oleh polis.

Kalau polis cerdik dan menteri-menterinya cerdik, memberi peluang kepada tunjuk perasaan aman itu, dan bekerjasama bagi memastikan lalu lintas berjalan licin, maka tunjuk perasaan tidak menjadi apa-apa keburukan. Tentulah tiga empat jam akan sesak, tetapi lepas itu semuanya akan pulih.

Tunjuk perasaan itu bukan untuk membuat Perdana Menteri seperti di Mesir, Tunisia, Yaman, Libya dan Syria, tetapi untuk mengajar SPR yang pada persepsinya ia satu dari biro UMNO.

Orang datang dengan motokar dan bas dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan Melaka tidak boleh membawa kenderaan mereka ke tengah-tengah kota kerana mengelakkan sesak dan kereta payah tiba ke situ. Bas dan kereta akan ditinggalkan jauh dan berbatu-batu dari kawasan orang berhimpun dan berarak.

Dengan apa orang hendak ke situ kalau tidak dengan teksi. Bukan semua kawasan ada perkhidmatan train. Maka mereka perlu teksi untuk pergi ke tempat yang paling dekat dan boleh ditiba oleh teksi.

Teksi hendak cerdik mencari jalan yang boleh dilalui. Kalau polis tidak menghalang dan sebaliknya membantu kelancaran trafik, teksi boleh sampai ke tempat paling dekat dengan lokasi perhimpunan.

Dan bila tunjuk perasaan itu selesai, mereka hendak balik ke tempat kereta ditinggalkan yang tentu jauh dan tak terdaya lagi berjalan kaki. Semuanya itu peluang mengaut untung bagi teksi.

Kalaulah sehari itu teksi tak dapat rezeki langsung, maka sekadar sehari tak memandu tidaklah menjadi pemandu teksi bangsat bertahun-tahun. Orang yang datang dari jauh berbelanja banyak sanggup datang menyertai tunjuk perasaan bagi memperjuangkan tertegaknya keadilan, maka apalah salahnya kalau sehari pemandu teksi tidak pendapatan tetapi dengan keadilan yang hendak ditegakkan akan memberi kebaikan kepada masa depan maasing-masing.

Mungkin hari ini hilang mata pencarian, tetapi kalau keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat dihapuskan, apalah ertinya kerugian satu hari itu?

Ibrahim tak usah diikut. Dia makan kiri dan makan kanan. Pemerintah zalim pun dia kenyang dan kalau tertegak keadilan, masakan dia bangsat pula.
Mat Sabu menggunakan hujah-hujah itu. Ternyatalah hujahnya kuat dan ia melemahkan dalih serjana-sarjana yang mengaji tinggi. Hujah sarjana itu lebih lemah dari akal orang sekolah atap. Tun Abdullah Badawi pun bercakap semangkok, jelaslah hujahnya tak sampai separuh dari kehebatan Mat Sabu., apalah ertinya kerugian satu hari itu?

Ibrahim tak usah diikut. Dia makan kiri dan makan kanan. Pemerintah zalim pun dia kenyang dan kalau tertegak keadilan, masakan dia bangsat pula.

Mat Sabu menggunakan hujah-hujah itu. Ternyatalah hujahnya kuat dan ia melemahkan dalih serjana-sarjana yang mengaji tinggi. Hujah sarjana itu lebih lemah dari akal orang sekolah atap. Tun Abdullah Badawi pun bercakap semangkok, jelaslah hujahnya tak sampai separuh dari kehebatan Mat Sabu.

Perkasa tu menatang apa...


Perkasamno... hihi...

Salam semua...

Pak Long ni serba salah jugak la, jadi tak senang duduk... tak jawab susah dah ramai yang dok tanya. Nak jawab nanti ada yang marah pasai terbongkar habih rahsia. Ni la anak anak penakan Pak Long banyak jugak yang nak tau pasai Perkasa nih... hihi... Banyak jugak soklan yang depa hantaqkan kat Pak Long, Pak Long cuba ja lah jawab setakat yang Pak Long mampu yerk...

Asal usul nama Perkasa.

Perkasa ni membawak erti "Pertubuhan Katak Semalaya" yang cadangan asalnya hendak ditubuhkan disekitar tahun 1963 lagi tapi ditangguhkan sehinggalah "ketua umumnya" ditabalkan sebagai Piem Umno. Perkasa adalah terdiri dari 7 abjad omputih yang di culik lalu dijadikan abjad Melayu. 7 abjad ni jugak bersamaan dengan 7 hari seminggu yang membawa maksud hari hari kena makan dan hari hari cari makan... haha...

Apa makanan depa.

Ini yang Pak Long rasa susah sikit nak jawab ni. Ini makanan ruji depa dan telah menjadi rahsia besaq depa turun temurun pulak tu. Tapi jangan dok canang kat orang, makanan depa merupakan sejenis vitamin yang telah lama diamalkan oleh bangsa Umno. Orang lain dah lama tak makan dah. Vitamin tersebut bernama KONTROVERSI... haha... hangpa tak percaya tanya Mak Long hang...

Macamana rupa depa?

Rupa depa ni iras iras muka Pak Long ngan Mak Long hang jugak la. Pendekatanya kalau depa kata depa tu Melayu pun orang boleh percaya. Tak percaya macamana dah nampak sebijik macam melayu. Tapi jangan silap paham, depa ni sebenaqnya bangsa Umno.

Dimana habitat depa?

Habitat semulajadi depa ni jauh di Kelantan sana sehinggalah baru baru ni telah terbuka cawangan disekitar Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor. Kini ianya bertambah moden dimana perkampungan baru telah mula dibina sekitar bangunan Parlimen dengan izin dari ketua umum depa.

Apa perkerjaan mereka?

Kerja asas mereka adalah sidang akhbar, demo dan bakar, sidang akhbar, demo dan bakar. Jika Pak Long tak salah, mereka mereka ni akan timbul bilamana ada kontroversi baru yang melibatkan bangsa lain dari bangsa Umno. Pendekatanya kalau bangsa Umno yang kena depa buat tak tau la. Contoh jelas depan mata ialah, Apco - Umno.

Kepakaran jelas mereka ialah cium keris.

Sapa yang layak menjadi ahli Perkasa?

Sesapa jugak yang perasan yang depa tu lebih Melayu dari Melayu yang lain, adalah layak. Kelayakan ahli ahli Perkasa boleh dikategorikan dalam tiga peringkat keahlian.
  • Boleh pakai kopiah tinggi tiga jengkai dah layak menjadi ahli
  • Boleh bersembang pandai dah boleh jadi jawatankuasa
  • Boleh gempaq lebih dan pandai cium keris dah amat layak jadi Presiden
Pak Long harapkan penjelasan diatas sedikit sebanyak dapat meredakan keghairahan anak anak yang nak mengenali lebih dekat mengenai Perkasa. Sekian...

Wassalam...

Perhimpunan BERSIH Tetap Diteruskan. Terengganu Hantar 50,000, Perak 30,00

Bersih promosi demokrasi telus

SHAH ALAM – Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap diadakan bagi mempromosi tuntutan demokrasi dan pilihan raya bebas serta adil yang menjadi harapan seluruh rakyat.

Presidennya, Datuk S Ambiga berkata, perhimpunan Bersih 2.0 diharap berjalan dengan lancar dengan kerjasama penuh daripada pihak polis.

Menurutnya, beliau berharap supaya perhimpunan itu akan berlangsung secara aman dan tidak berakhir dengan keganasan seperti sebelum ini.

“Saya akan menghadapi sebarang hukuman yang akan dikenakan berikutan perhimpunan ini, jika apa yang berlaku selepas ini adalah sebaliknya.

“Tetapi, jika Bersih 2.0 mendapat kerjasama polis pasti ia akan berjalan lancar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini perlu bersama-sama memperjuangkan agenda itu untuk membentuk masyarakat madani dan membantu menyalurkan suara rakyat ke peringkat sepatutnya.

“Sekiranya ada pihak meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, membuktikan mereka menindas suara rakyat yang cuba dibangkitkan.

“Semua pihak sama ada ahli politik dan rakyat mempunyai hak menikmati kebebasan yang dinamik dan telus ini,” katanya

Menurutnya, Bersih 2.0 yang dilancarkan pada 10 November tahun lalu hanya terdiri daripada ahli-ahli golongan masyarakat madani.

Katanya, perhimpunan kali ini adalah satu inisiatif yang dipimpin masyarakat madani dan kami telah menjemput golongan-golongan lain, termasuk semua parti politik yang ada. -SH


DPP hantar 50,000 sertai Bersih

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu dijangka menghantar sekurang-kurangnya 50,000 ahlinya menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya belum memutuskan tarikh sesuai untuk bertolak ke sana.

Menurutnya, walaupun banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis, khusus di negeri ini, untuk membantah penganjuran tersebut, pihaknya tetap tidak akan berganjak daripada keputusan yang dibuat.

“NGO tersebut tidak faham makna demokrasi. Kalau kita tengok mereka akan bersikap ‘double standard’ (berat sebelah) bila orang lain buat demonstrasi, khususnya Pemuda UMNO.

“Mereka akan senyap dan keadaan itu boleh dilihat sebagaimana yang berlaku ketika zaman Pas memerintah Terengganu, ini menunjukkan mereka diperkudakan oleh UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa NGO yang membuat laporan polis berhubung penganjuran perhimpunan Bersih.

Ditanya sama ada perhimpunan itu mungkin mendatangkan kekacauan kerana dijangka kira-kira 300,000 orang terlibat, Mohd Nor berkata, ia akan dilakukan secara aman dan polis juga akan memainkan peranannya dengan baik.

Beliau mendakwa, kekacauan yang berlaku dalam demonstrasi yang dilakukan sebelum ini adalah akibat provokasi pihak tertentu yang menyembur air dan sebagainya, sehingga menakutkan orang ramai.

Perhimpunan Bersih bertemakan ‘Walk For Democracy’ (Berjalan Untuk Demokrasi) bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil itu dijadualkan bermula jam 2 petang dan himpunan tersebut diputuskan oleh Bersih bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat 19 Mei lalu. -SH


Pemuda Pas sokong Bersih, Hantar 30 Ribu Peserta

IPOH - Pemuda Pas Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu orang akan bersama-sama dalam himpunan tersebut dan menggesa rakyat negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih Menteri Besar sah supaya dapat bersama mereka.

“Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem Pilihan Raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan.

“Himpunan ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya Pilihan Raya perlu bersih,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Akmal berkata, kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan beberapa tuntutan yang sepatutnya.

“Tuntutan seperti penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara, penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan serta semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio.

“Begitu juga dengan iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih dan media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik,”katanya.

Beliau berkata, mereka tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti.

“Tetapi kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Kami bersama Badan Bukan Kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti,”katanya.

"Kenyataan Ibrahim Ali Sangat Bahaya" - KJ Mahu Ibrahim Ali Disiasat

Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu

Kenyataan bersifat ‘rasis’ dibuat Datuk Ibrahim Ali khususnya terhadap kaum Cina ketika satu majlis anti-Bersih 2.0 semalam tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini.

“Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu.

“Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini,” kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.

“Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya semalam.

“Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.

“Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,”
 katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Bersih - Pesanan Kepada PDRM..!!! Wajib Baca!! ,



Salam BERSIHkan 1Malaysia,

Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung.

Pertama sekali, berhubung dengan 36 laporan polis terhadap usaha perhimpunan BERSIH2 9 Julai nanti. Laporan-laporan polis yang banyak itu adalah sebenarnya suatu yang memberangsangkan malah menggalakkan lebih ramai yang akan menyertai himpunan terbesar dalam sejarah. Justeru itu, ucapan setinggi terima kasih dirakam kepada NGO dan individu yang telah membuat laporan polis. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mempromosi event BERSIH2, malah memaklumkan pada pihak berkuasa betapa kali ini himpunan aman adalah luar jangkaan kehadirannya. Saya ulang, himpunan aman menuntut pilihanraya BERSIH dan Adil.

Pihak polis harus sedia maklum, dengan jumlah demonstran yang seramai lebih 3 ratus ribu, pastinya tindakan lebih baik untuk pihak polis dan FRU ialah dengan menjalankan tugas menjaga para demonstran, bukan memukul sepak terajang. Adalah lebih baik pihak polis mengambil langkah mengawal laluan demonstran ke Istana Negara daripada menghalang demonstran dengan gas dan air kimia.

Percayalah sekiranya perhimpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak polis, sudah tentu semua demonstran akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jika polis tidak menyerbu demonstran tak tentu hala, manakan sanggup peserta demonstrasi lari masuk ke Sogo untuk berlindung? Lari masuk HQ PAS itu adalah kes berasingan. Mungkin Sogo juga akan buka seperti biasa dengan market ratus-ribu pengunjung dari seluruh negara akan berada di depan Sogo.

Tetapi agak malang polisi perkara 10 perlembagaan Malaysia tidak langsung dihormati, jadi mengapa peserta himpunan dipersalahkan? Pihak polis tidak pernah disalahkan sekiranya berlaku kekecohan akibat dari halangan oleh pihak polis sendiri, akhirnya berlaku aksi kejar mengejar, pukul memukul, tembak-menembak peluru gas pemedih mata. Apakah rakyat yang berhimpun itu masih bersalah sedangkan hak untuk berhimpun telah dinafikan! Polis sentiasa betul, tembak orang melutut pun masih betul dan tembak amirul rashid berpuluh das juga masih betul? wallahualam.

Masuk bab kerugian di hari berlaku perhimpunan aman. Di manakah faktor kerugian jika ada tambahan 300ribu manusia dari hari biasa di tengah bandar KL? Bukankah kedai makan akan untung? Tandas awam, pengangkutan awam seperti bas dan LRT, kedai pakaian, penjual air dan keropok lekor, kedai-kedai kasut, malah pasaraya besar juga sepatutnya untung. Kita faham, keuntungan ini hanya berlaku jika pihak polis mengawal dan menjaga keselamatan. Namun kita tidak faham mengapa hak rakyat untuk berhimpun tidak langsung dipeduli.

Bila dikaitkan pula dengan cadangan demonstrasi di Stadium, kerajaan melalui KDN seolah-olah tidak sekolah apabila tidak memahami konsep perhimpunan aman. Ia pastinya untuk menarik perhatian umum dan khalayak ibu negara adalah tempat yang paling sesuai. Barulah ada liputan yang lebih meluas maka objektifnya tercapai. Jika kerajaan berkeras untuk mengarahkan demonstrasi dibuat dalam stadium, maka perlulah diingat bahawa kami di Pakatan Rakyat bukan seperti kerajaan yang suka membazir menghimpun rakyat di Stadium. Contoh pembaziran ialah, penyediaan tupperware percuma dan kehadiran artis top yang bayarannya mencecah ratusan ribu dalam satu bab sahaja.

Rakyat yang bijak sentiasa di belakang Pakatan Rakyat. Mereka juga hadir dengan tawaran dan imbuhan tetapi tawaran dan imbuhan itu bukan boleh diterima pada hari yang sama. Tawaran dan imbuhan contohnya seperti buku jingga hanya hadir setelah kerajaan sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya. Rakyat bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13 maka oleh sebab itu jugalah mereka turun ke perhimpunan aman BERSIH 2 dengan harapan Barisan Nasional tidak lagi mudah untuk menipu sekiranya menimbang secara serius tuntutan BERSIH.

Apakah terlalu susah untuk kerajaan menyediakan sebuah sistem pilihanraya yang adil? Saya percaya andainya kerajaan mengumumkan mengeluarkan akur janji untuk menerima beberapa perkara tuntutan BERSIH (yang penting), sudah pasti himpunan aman ini akan dibatalkan. Kita juga percaya bahawa rakyat mana yang tak sayangkan negaranya? Jadi sebab sayanglah kita wajib turun ke medan BERSIH kali ini !!

Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.

Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?

Akhir kalam, sekarang fahamkah saudara sekalian apakah sebabnya kita turun berhimpun menyertai BERSIH versi dua? Mengapa Sogo menutup perniagaannya di kala perniagaan pada hari tersebut boleh untung berjuta-juta? Bagaimana sebuah himpunan aman menjadi ganas dengan campurtangan pihak polis? Juga bagaimana mungkin Dataran Merdeka berubah menjadi Tahrir? Apabila hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan walaupun dengan kekuatan rakyat setengah juta di jalanraya pada tanggal 9 Julai!

Ayuh turun ke jalanraya menyertai BERSIH2 demi demokrasi yang dikongkrit oleh kerajaan sejak sekian lama!! Kita hadir dengan aman! Hanya kotoran sahaja yang takut kepada BERSIH !

Jadilah sebahagian dari sejarah!!

Semua Jangan Cakap Banyak Lagi, 99% Sokong Himpunan Bersih Diteruska

Reaksi positif yang diberikan rakyat Malaysia berhubung perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan jelas menunjukkan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) kini semakin didesak untuk mengkaji semula sistem pilihan raya di negara ini, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah menurut ahli parlimen Kubang Kerian, bancian portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

"Saya yakin dan percaya ia sememangnya hasrat rakyat Malaysia untuk melihat wujudnya satu sistem pilihan raya adil dan bersih dan ia telah mencapai satu tahap yang begitu kritikal. Ini bermakna perjuangan BERSIH telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan ia telah melampaui batas-batas agama, kaum dan bangsa, " tegasnya ketika ditemui di sidang Parlimen semalam.

Tegasnya lagi, himpunan besar-besaran pada 9 Julai itu akan berlangsung secara aman tanpa sebarang kekecohan mahupun ketegangan dan ia merupakan janji penganjur BERSIH 2.0 kepada kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Bancian portal dalam talian The Star Online semalam mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

Bagaimanapun, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu dihentikan sejak tengahari semalam.


Berdasarkan paparan skrin yang disiar pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25 tengahari, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi semalam, yang dirakam dari google cache.

Berdasarkan pertanyaan ‘Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini’, seramai 1,312,917 responden menjawab ‘Ia patut dibenar diteruskan’.

Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan “Ia patut dibatalkan’.

Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook ‘Curi-Curi Malaysia’ yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.

Dalam pada itu ahli parlimen Batu, Tian Chua yang ditemui diluar sidang parlimen memberitahu sungguhpun bancian seperti itu tidak dilakukan, beliau yakin bahawa rakyat tetap akan turun ke jalan biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman.

Katanya, ini kerana rakyat Malaysia kini sudah sedar dan matang dalam memahami prinsip demokrasi yang menjadi tuntutan setiap masyarakat di negara ini.

"Perhimpunan BERSIH 2.0 disokong oleh orang ramai sungguhpun ada pihak mengatakan ia tidak berapa tepat (ini online sahaja dan bukan pungutan suara saintifik) tapi secara amnya ia menunjukkan bahawa rakyat rasa BERSIH adalah satu perhimpunan yang aman dan perlu diteruskan."

Manakala menurut ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hata Ramli pula, himpunan BERSIH 2.0 kali ini merupakan maklum balas rakyat kepada kerajaan dan pihak polis supaya memberikan kerjasama dan kelulusan kepada pihak penganjur agar perhimpunan itu dapat berlangsung secara aman.

Tambah Dr Hata, rakyat tidak perlu gentar dengan ugutan-ugutan yang dilemparkan kerana apa yang lebih penting adalah hasil daripada himpunan itu nanti.

"Saya melihat ini merupakan satu maklum balas ataupun signal daripada rakyat yang mahu melihat satu sistem yang adil, bebas dan bersih dalam negara kita. Dan kerajaan perlu menghormati kehendak rakyat serta memberi kerjasama untuk memberikan ruang mereka berhimpun dalam menyatakan pandangan mereka tentang kempen Bersih ini," katanya Anthony Loke kepada Tvselangor.

"Rakyat sudah determine untuk turun, jadi kerajaan tidak perlu menimbulkan suasana kurang baik dengan menimbulkan kekecohan. Saya harap kerajaan dapat menghormati keputusan bancian yang dilakukan," tegas Dr Hata. -tvsnews