Monday, December 3, 2012

Khalwat Dengan Jururawat: KP Kesihatan Dr Hasan Diturunkan Pangkat


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama 

Gadis sunti diraba 'polis' dalam tandas sekolah



Gambar hiasan
MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang sedang berjoging di tepi pantai mendakwa beliau telah dicabul oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang pegawai polis.

Budak perempuan tersebut mendakwa ketika beliau sedang berjoging seperti biasa di sepanjang Pantai Puteri di Tanjung Keling beberapa hari lepas, beliau telah diarahkan berhenti oleh suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

Suspek kemudian bertanyakan arah dan mengajak mangsa menunggang bersamanya untuk menunjukkan jalan. Suspek kemudiannya membawa mangsa ke sebuah sekolah menengah beberapa kilometer dari pantai tersebut.

Setibanya di sekolah tersebut, suspek mengarahkan mangsa untuk membuat ujian air kencing kerana dakwa beliau, mangsa disyaki penagih dadah. Suspek kemudian memaksa mangsa menggunakan tandas dan kemudian meraba kemaluannya.

Ketika suspek sedang membuka zip seluarnya, mangsa telah lari keluar dari tandas dan menjerit meminta tolong.

Suspek kemudian terkejut dan ketakutan terus memecut dengan motorsikalnya.

Mangsa memberitahu ibu bapanya dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling. Beliau juga mendakwa suspek telah mengambil gelang, cincin dan telefon bimbitnya.

Penolong OCPD Melaka Tengah, Supt Muhammad Koey Abdullah mengesahkan laporan tersebut.

The Star