Tuesday, December 28, 2010

Biar Beruk aje yang terkejut



Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila beliau membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan.  Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT.


Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikin walau sedikit kecewa kerana orang No. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir Negara.  Ini menunjukkan UMNO-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk pada 2008 yang lalu.

Kerana kedangkalan pemikiran pemimpin BN terhadap keperluan rakyat, Pakatan Rakyat mempersembahkan program 100 hari untuk rakyat Malaysia bagi melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pentadbiran; perundangan, ekonomi dan pendidikan.  Sebagaimana yang dijangka, tanpa berfikir panjang Muhyiddin melahirkan keraguan terhadap kemampuan Negara dan mempersenda pula jasa para guru apabila menyatakan Negara akan bangkrap jika imbuhan RM500 diberikan kepada mereka.  Dengan gelojoh pula mencabar negeri Pakatan melaksanakannya.
Terbukti Muhyiddin (gambar kanan) dan BN telah menjadi mangsa kepada perbuatan mereka sendiri yang menggunakan arus perdana alat propaganda untuk memutar belit fakta sehinggakan mereka jelas tidak tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telahpun melaksanakan lebih daripada 60% daripada sembilan program yang disenaraikan di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.  Bajet Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat begitu komprehensif telah melaksanakan agenda Pakatan tersebut.

Pakatan Rakyat Selangor telahpun menjaga kebajikan kakitangan awam khusus profesion perguruan.  Bukan sahaja kita mengikhtiraf kewujudan dan kepentingan peranan mereka, kita telah menaikkan elaun guru KAFA sebanyak RM500 menjadikannya RM1,000 sebulan dalam tempoh setahun mentadbir Selangor.  Kakitangan kerajaan pula diberikan sumbangan musim perayaan sebanyak RM500 dan RM500 lagi untuk bonus hujung tahun.  Inilah yang dikatakan rakyat didahulukan, bukan sekadar slogan murahan.
         
Selangor telah memperkemas urusan pentadbiran negeri yang lebih telus dan bertanggungjawab dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang telah berjaya mengadakan beberapa siri sesi pendengaran awam berhubung dakwaan penyelewengan dana awam dan salah urus tadbir.

Selangor telah menjangkau ke hadapan apabila meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat untuk membolehkan rakyat tahu bagaimana negeri Selangor ditadbir termasuk tatacara perbelanjaan hasil negeri.  Selangor mahu pembayar cukai turut serta dalam pembangunan, pada masa yang sama mewujudkan proses timbangtara dalam penggunaan hasil negeri.  Untuk itu Selangor menjadi negeri pertama yang melaksanakan pendengaram awam di kesemua Pihak Berkuasa Tempatan.  Melalui Pelan Tiga Tahun Selangor seluruh rakyat Selangor berpeluang berbincang bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan berkaitan permasalahan rakyat baik dari segi mutu perkhidmatan yang ditawarkan, masalah keselamatan hinggalah masalah domestik.  Penyelesaian menyeluruh juga telah dicadangkan dalam sesi tersebut.

Visi melindungi dan menyelamatkan Khazanah Nasional.  Di Selangor, kita telah memperkasa Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) yang membolehkan MBI mengambil alih kesemua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya pentadbirannya selari dengan matlamat penubuhan dan menyelamatkan aset milik kerajaan Selangor dari disalahguna samada atas tiket penswastaan mahupun oleh pemimpin dan syarikat kroni yang tamak.

Dalam tempoh kurang tiga tahun memerintah, MBI telah Berjaya mengenal pasti dan mengutip semula hutang lapuk dari syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) berjumlah RM392 juta yang ditinggalkan kerajaan BN.  Hasilnya, sebanyak RM50 juta dari kutipan hutang ini kita kembalikan semula kepada rakyat menerusi Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) untuk membantu golongan miskin luar bandar manakala RM20 juta diperuntukkan untuk membantu rakyat miskin di Bandar menerusi skim yang sama.

Mengenai Felda yang tersimpang jauh dari matlamat asal penubuhan; yakni memberi peluang peneroka memiliki tanah yang telah mereka usahakan maka terdapat banyak tanah Felda di Selangor tergadai kepada pihak ketiga.  Malang sungguh kerana terdapat juga tangan-tangan pemimpin UMNO yang turut terpalit.  Kerajaan Selangor sedang berusaha keras menyelamatkan tanah-tanah milik peneroka Felda termasuk tanah-tanah peserta program Revolusi Hijau yang telah tergadai kerana penyelewengan yang dilakukan kroni-kroni BN.  Kita telah berjaya menyelamatkan ribuan ekar tanah dan menyelesaikan ribuan unit rumah terbengkalai menerusi program pembangunan semula projek terbengkalai antaranya di Bukit Botak, Ukay Perdana dan Alam Perdana.

Penstrukturan semula syarikat GLC telah membolehkan Selangor melaksanakan program pemberian air percuma sejak Jun 2008.  Pemberian air percuma ini bukti kita mengurus harta rakyat dengan cekap dan bijaksana.  Dengan kebijaksanaan inilah maka hari ini kita telah mengenal pasti asset milik rakyat bernilai lebih RM10.9 bilion yang digunakankan syarikat kroni yang tamak.  Pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan lebih efisien dan berfaedah kepada rakyat sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih semula pengurusan air, malangnya mendapat kekangan dahsyat dari Kerajaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat Selangor juga telah mereformasikan suruhanjaya bebas supaya adil dan tidak dikawal oleh parti-parti atau pemimpin politik tertentu.  Kita menawarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka pejabat cawangan di Pejabat Menteri Besar dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).  Malah, SPRM dan KSSB telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi menghalang jenayah rasuah.

Program yang dinyatakan ini tidak termasuk program kebajikan yang kita laksanakan seperti Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Tabung Warisan Anak Selangor, Ujian Kesihatan Untuk Wanita, Tuisyen Rakyat, dana kesihatan, bantuan untuk sekolah agama rakyat, sekolah Cina serta Tamil dan banyak lagi.

Kesemua program yang kita laksanakan ini tidak pula menyebabkan Selangor jatuh bankrap.  Malah, Selangor mencatatkan lebihan pendapatan sepanjang 2010 dan berjaya membentangkan belanjawan berimbang untuk 2011.

Ini jauh lebih baik berbanding sesetengah negeri di bawah BN yang membentangkan belanjawan defisit.  Malah Malaysia sendiri membentangkan bajet defisit sejak 10 tahun yang lalu.  Manifesto yang dibuat Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negeri bankrap jika diurus dengan baik, jujur, telus dan bertanggungjawab seperti diamalkan di Selangor.

Program kebajikan ini kita gunakan 100% hasil negeri tanpa mengharapkan satu sen pun bantuan dari Kerajaan Pusat.  Menerusi pentadbiran yang amanah, jujur dan iklas, kewangan Selangor masih kukuh dan lebih baik berbanding negeri-negeri bawah BN.

Walaupun tanpa slogan perpaduan yang diciplak daripada Kerajaan Zionis dengan bayaran RN78 juta, Kerajaan Selangor telah melaksanakan program tersebut yang telah memanfaatkan semua bangsa.  Malah, orang UMNO juga menerima manfaat daripada program berkenaan.

Muhyiddin boleh mengulangi komitmennya terhadap "Melayu dulu" serta mengulangi retorik mahu membantu rakyat di bawah lembayung slogan 1Malaysia tetapi Pakatan Rakyat akan terus melakukan apa yang diperjuangkan sejak mula lagi iaitu  melakukan reformasi dengan telus dan kebertanggungjawaban.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar atas) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Siasat menteri ‘perogol’, desak MP Pakatan

alex_surat_migrancare
Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat mendesak agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang menteri telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.
Kes rogol ini dikhabarkan telah disembunyikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.
Menurut penulis blog terkenal Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, dakwaan ini dibuat melalui laman web pendedah WikiLeaks.

“Memandangkan seorang menteri terlibat, kerajaan perlu berterus terang dalam perkara ini. Mereka perlu menjelaskan perkara ini,” kata MP Klang-DAP Charles Santiago.
Tambahnya, meskipun kejadian tersebut berlaku semasa pemerintahan Abdullah, perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab.
“Pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab. Adakah Najib tahu kisah di sebalik kes ini? Ini adalah persoalan yang perlu ditanya,” katanya.
MP Shah Alam – PAS Khalid Samad memberitahu FMT bahawa dia hairan perkara sebegini berlaku semasa pentadbiran Abdullah.
Jika ia benar, ia sangat tragis. Abdullah dilihat sebagai insan yang mempunyai moral tinggi,” kata beliau.
Khalid menambah bahawa dia tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang yang dipandang mulia seperti Abdullah boleh membenarkan kes sebegini disembunyikan.
Beliau turut mempersoalkan mengapa menteri yang didakwa perogol telah dibenarkan untuk meneruskan khidmatnya.
“Saya tidak fikir Malaysia kekurangan pemimpin yang baik dan berkebolehan (supaya mereka boleh) tutup kes ini untuk membolehkannya (perogol) kekal sebagai menteri,” kata beliau.
“Ini satu dakwaan serius. Kerajaan tidak sepatutnya hanya mengetepikannya tetapi perlu mendalami perkara ini.”
Berhati-hati dengan Wikileaks
Para MP juga sangat berwaspada terhadap pendedahan sebegini. MP Balik Pulau-PKR Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata penyiasatan rapi perlu dibuat atas dakwaan dibuat.  Sehingga penyiasatan dibuat, sesiapa pun boleh mengatakan apa sahaja mengenai menteri tersebut,” kata beliau.
Yusmadi menambah bahawa penyiasatan memberikan peluang kepada mangsa rogol tampil ke hadapan dengan bukti.
Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi. “Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak,” tambah beliau.
“Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk,” kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia.”
Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.
“Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan,” kata beliau.
“Jika ia disahkan benarkan dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik,” tambah Navaratnam.
Sementara itu, harakahdaily melaporkan, kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.
Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.
"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali.
Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah.
Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.
Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.
Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.
Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.
Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.
Perjalanan ke Banjarnegara
Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.
"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.
Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.
Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.
"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.
Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.
"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.
Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.
Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.
Pengakuan Robengah
Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.
Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.
Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.
Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.
Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.
Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.
Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.
Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.
Kenyataan media
Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).
Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada  26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.
Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.
Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.
Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.
Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Rakyat Iran dinasihat hormati undang-undang Malaysia

Rakyat Iran yang berada di Malaysia dinasihatkan supaya menghormati undang-undang dan peraturan di negara ini selain melakukan aktiviti yang didasarkan kepada perpaduan dan persaudaraan Islam.
Menurut kenyataan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di sini, apa yang harus diutamakan ialah prinsip amalan umat Islam berhubung kerjasama, persefahaman dan rundingan.
“Kami yakin prinsip ini lebih penting daripada berbalah mengenai perbezaan yang kecil,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan berikutan bantahan terhadap laporan media mengenai pengikut ajaran Islam tertentu.
Konsul itu berharap kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengikis kesan negatif daripada dakwaan terhadap ajaran itu dan mengelaknya daripada berulang. –

Perkasa mahu QSR, KFC kekal di tangan Bumiputera


Perkasa menggesa sayap pelaburan Johor, JCorp memastikan pegangannya dalam QSR Brands dan KFC Holdings kekal di bawah kawalan Bumiputera.
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar menamakan  Felda dan Tabung Haji sebagai syarikat terbaik untuk mengambil alih aset-aset JCorp sekiranya ia memutuskan untuk meneruskan penjualan pegangannya.
“Perkasa gembira dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi JCorp bahawa QSR Brands dan KFC Holdings tidak akan dijual,” kata Abdul Rahman pada sidang media selepas mesyuarat biro ekonomi Perkasa di sini hari ini.
Semalam, Ghani berkata isu mengenai cadangan untuk melupuskan kepentingan JCorp di dalam kedua-dua syarikat itu tidak timbul sama sekali.
“Isu (penjualan kepentingan dalam QSR Brands dan KFC Holdings) itu tidak timbul sama sekali. Ia sama sekali tidak benar,” katanya.
JCorp dalam satu kenyataan semalam berkata, ia tiada rancangan untuk menjual aset-aset berharganya, QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, yang dipegang menerusi anak syarikatnya Kulim (M) Bhd.
JCorp memiliki 53 peratus dalam Kulim, yang menguasai 57.5 peratus pegangan QSR. QSR pula ada 50.6 peratus pegangan dalam KFC.
Ia menerima dua bidaan untuk memiliki syarikat, kedua-duanya membabitkan firma ekuiti persendirian asing.
Tokoh perniagaan tempatan Tan Sri Halim Saad cuba membida QSR bersama ekuiti persendirian  Kumpulan CVC sebelum Carlyle Group membuat tawaran RM1.94 bilion.
Berhubung hutangnya, Perkasa mengesyorkan agar JCorp disusun semula bersama dengan kesemua anak syarikatnya.
“Perkasa mengalu-alukan langkah JCorp untuk menyusun semula pengurusan JCorp dan anak-anak syarikatnya,” kata Abdul Rahman.
Katanya, mereka yang menyebabkan beban kewangan  JCorp tidak wajar memegang jawatan dalam syarikat itu lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mengetuai perbadanan itu selama 28 tahun melepaskan jawatannya Julai lalu.
Beliau dugantikan oleh Kamaruzzaman Abu Kassim.

HALANG KHUSRIN DARI MASUK PEJABAT


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) yang juga bekas Menteri Besar Perak menyarankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan Datuk Khusrin Munawi masuk ke dalam pejabat setiausaha kerajaan negeri selama sebulan sebagai tanda protes.

Cadangan ini diajukan oleh Nizar berikutan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam tanpa merujuk kepada kerajaan negeri yang dianggap bertujuan untuk mencapai kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

“Jadi saya cadangkan supaya Tan Sri Khalid menggunakan kuasa dia untuk mengunci dan anggota keselamatan jangan membenarkan Khusrin masuk selama satu bulan ke pejabat dia.

“selepas kunci bilik tu dia kena keluarkan, Tan Sri Khalid keluarkan satu nota kepada Datuk Khusrin supaya tidak masuk ke pejabat SS dan hanya duduk di rumah, dan kerja dia hendaklah dipangku oleh orang lain,” katanya yang dihubungi TV Selangor hari ini.

Nizar mengemukakan cadangan ini kerana khuatir apa yang berlaku di Perak akan berulang lagi di Selangor dan cadangan tindakan ini dilakukan bagi menyelamatkan tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Sebelum ini, UMNO-BN telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara dua ADUN PKR (Behrang & Changkat Jering) dan satu ADUN DAP (Jelapang) telah bertindak keluar parti dan menjadi Bebas, kelayakan ketiga-tiga ADUN ini dipertikai kerana kerusi DUN yang berkenaan telah diumumkan kosong oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

Nizar juga menolak tindakan perlantikan Khusrin ini dan menganggap ia sebagai membelakangkan Menteri Besar Selangor kerana keputusan dibuat tanpa meminta pandangan Menteri Besar itu.

“Saya berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat sebab dia sebagai menteri besar, mestilah diberikan keputusan ataupun ruang untuk memilih orang yang dia boleh berkerja sebagai SS walaupun dia ada perlantikan daripada Putrajaya tapi pandangan dia mesti dihormati oleh Putrajaya ataupun SPA, jadi ini menunjukkan membelakangkan Tan Sri Khalid dengan hanya menggunakan Tuanku Sultan,” katanya.

Nizar turut memberitahu jika perlantikan Khusrin ini diteruskan, mungkin akan terdapat campurtangan dari kerajaan Pusat dalam membuat keputusan mesyuarat Exco.

“Apa saja keputusan-keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat exco, kita sepatutnya SS akan keluarkan arahan dan laksanakan yang diputuskan dalam mesyuarat exco dia lengahkan, dia tak buat.

“kemudian apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan dari mesyuarat exco,” ujar Nizar.

Mohd Khusrin, 54 tahun, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang bersara pada hujung minggu ini, dilihat sebagai pegawai kanan yang kontroversi ketika menerajui JAIS.

Di bawah terajunya JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat turut dilarang memberi ceramah di masjid-masjid Selangor.

JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu.


Aziz Bari: Pusat-negeri konflik, elak lantik Khusrin SUK Selangor


Pakar perundangan Prof A Aziz Bari berpendapat pelantikan Pengarah Jais Datuk Khustin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru perlu dielakkan memandangkan sudah wujud konflik awal antara negeri dan pusat.

“Dalam keadaan Khusrin telah sedia berkonflik dengan pentadbiran negeri, pelantikannya perlu dielakkan. Apatah lagi apabila kerajaan negeri telah pun mengemukakan nama-nama lain,” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Nama Khusrin disyorkan oleh Putrajaya manakala kerajaan negeri pula telah mencalonkan tiga nama hasil temu duga khas yang diadakan iaitu ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majis Daerah Sabah Bernama.

Malah Aziz juga berpendapat Sultan Selangor juga perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dalam soal pelantikan penyandang jawatan tersebut.

“Soalnya sekarang ialah apakah memang selama ini khususnya ketika pentadbiran BN... memang Sultan mempunyai kata putus? Apa pun melihat kepada apa yang berlaku di Perak dan Selangor, khususnya dalam kes Khusrin, sepatutnya istana bertanya dan berbincang dengan kerajaan negeri,” kata Aziz lagi.

Malah menurut Aziz, perbincangan seumpama itu perlu kerana setiausaha kerajaan negeri ialah ketua pentadbiran negeri dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi kerajaan.

“BN sendiri, khususnya di zaman pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), begitu tidak selesa dengan campur tangan istana.

“Jadi sekarang BN tidak harus, kalau ia benar-benar memegang prinsip campur tangan. Apa yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan memberi isyarat campur tangan.

“Sepatutnya, kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan negeri dahulu,” kata beliau yang menegaskan, pelantikan Khusrin perlu dielakkan bagi mengelakkan konflik.

Aziz menambah, kontroversi yang melibatkan Khusrin dengan sendirinya tidak melayakkan beliau diletakkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Sepatutnya dicari pegawai lain. Meletakkan Khusrin memberi isyarat yang istana tak peduli soal itu.

“Kerajaan persekutuan, yang dipimpin oleh Umno, tidak sepatutnya dibiarkan oleh istana. Keputusan istana mengesahkan Khusrin meletakkan istana dalam kontroversi sebagaimana di Perak dan Kelantan.

“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.

Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.

Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.

Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.

“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San pula berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52(1), jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu diwujudkan dan pelantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan daripada kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Katanya, Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam serta hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pentadbiran negeri.

“Saya ingin merujuk kepada lapporan hari ini berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa pada ‘pendapat’ beliau, keputusan untuk melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah ‘confirm’ kerana Tuanku telah berkenan untuk melantik beliau.

“Kenyataan oleh Datuk Munir sebenarnya tiada sebarang asas perlembangan,” katanya.

Oleh itu kata beliau, adalah jelas bahawa pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malah, ia boleh dilantik daripada kalangan mereka di “Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan” termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor.

Perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam” tidak disebut secara khusus dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

“Selain itu, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri perlu mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

“Ini sekali gus bermakna bahawa Setiausaha Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terus kepada Menteri Besar,” katanya.

Oleh itu kata beliau, pelantikan penyandang jawatan tersebut wajar dirujuk kepada kerajaan negeri Selangor dan lebih baik lagi pendangan dan pendapat kerajaan negeri diambil dan diterima pakai kerana Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan jawatan yang penting.

“Dan, sesiapa yang memegang jawatan ini mestilah seorang yang berupaya dan berkebolehan. Sesiapa yang dilantik ke jawatan ini perlulah seorang yang tidak berkontroversi,” katanya.

Rais Yatim, Sila Buat Penafian !!

Atau diam itu tandanya setuju...

"and now with talk in the Umno Blogs that the Minister who raped the Indonesian maid is Rais Yatim the government may be hard-pressed in covering up this scandal any further."

Sumber dari sini.

Saya merayu kepada menteri warisan agar buat penafian segera atau akhirnya akan berlaku fitnah yang sememangnya tidak diundang.

Jika sebelum ini berlaku fitnah BESAR terhadap ADUN Selising kononnya terlibat dengan skandal tangkap basah dalam koc keratapi kelas pertama, namun ADUN berkenaan sekurang-kurangnya telahpun membuat penafian walaupun belum mengambil tindakkan undang-undang terhadap si pengfitnah. Sedikit lewat tidak menafikan kebenaran.

Kini tibalah giliran menteri berkenaan untuk membersihkan namanya kerana telah terdapat tuduhan di merata blog dan laman sosial lain, membabitkan Rais Yatim(sepertimana dalam quote di atas) dengan skandal merogol amah - satu skandal yang sangat memalukan nama negara.  

Kita tidak prejudis dalam perkara serius ini, tetapi satu kenyataan media bagi menafikan tuduhan di atas adalah diperlukan bagi membersihkan nama Rais sendiri dan seterusnya membersihkan nama negara buat seketika. Tetapi ini tidak bermakna perogol VVIP terbabit harus dibiarkan bebas! Difahamkan, perogol VVIP itu masih lagi salah seorang menteri kabinet Najib, yang juga sebelum ini merupakan menteri kabinet bagi Perdana Menteri terdahulu iaitu Paklah.

Sebagai rakyat, jangan kita biarkan peristiwa yang berlaku melibatkan VVIP seperti Rahim Thambi Chik di Melaka dan Jamaludin Jarjis di dalam pub berulang dengan pesalah dibiarkan lepas dan masih lagi memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Begitulah juga dengan skandal Soi  Lek yang kini susuk tak bermoral itu masih diangkat menjadi presiden MCA.

Justeru itu, sekali lagi diingatkan kepada Rais Yatim, agar menafikan tuduhan perogol amah ini dengan segera. Atau diam itu tandanya setuju...

Coli laser Julia Perez menanti skuad Malaysia...wakah.kah..kah...laser power seh..!!!


JAKARTA: Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.

Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.

“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.

“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.

“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.

Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.

Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.

“Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya,” katanya. - Agensi

Pemuda PAS lancar jelajah tawan Putrajaya

Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

NONEKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri) berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.

"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas daripada Nasrudin.

Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda.

Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan.

NONEDitanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.

"Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya.

Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.

Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya.

"Ada negeri dah serah borang permohonan dua minggu lebih awal untuk mohon permit," kata beliau yang menjangka tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu.

Siapa yang berkuasa lantik SUK sebenarnya?

Aku mushkil sangat berkenaan kuasa siapa sebenarnya untuk lantik SUK negeri-negeri. Kalau tanya rakyat Malaysia, aku jamin majoriti besar akan kata kuasa melantik SUK mesti ada pada kerajaan negeri kalau tidak pun kuasa mutlak menteri besar negeri tersebut.

Entah macamana tiba-tiba satu Malaysia terkejut dan keliru bila Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara mengumumkan perlantikan Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor yang baru.

Tambah mengelirukan bila tak lama lepas tu, MB Selangor Khalid Ibrahim pulak buat kenyataan yang perlantikan itu belum muktamat. Bila baca berita tu aku rasa macam ada "something wrong somewhere". Maksud aku "Apa cerita sebenarnya ni?"

Kerajaan Selangor katanya dah pun buat temuduga untuk jawatan tu dan telah pun menghantar 3 nama kepada pihak istana untuk mendapat berkenan. Khalid juga bagitau yang dia akan mengadap sultan pada 29 Disember berkenaan isu perlantikan SUK tu.

Hari ni keluar satu kenyataan dari  ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini
Mkini juga menyiarkan satu kenyataan kenyataan dari Dr. Aziz Bari
“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.

Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.

Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.

Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.

“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi. - MI
Kalau Pakatan Rakyat tak mampu nak buat apa-apa dalam hal-hal yang cukup penting macam ni, aku tak heran langsung kalau Pakatan Rakyat masih tak dapat nak masuk Putrajaya walaupun Umno BN tewas dalam PRU 13 nanti,

Mungkin jugak betui macam yang selalu TukarTiub tulis pada nota diakhir entry dia.
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama pilhanraya di haramkan di malaysia
kah kah kah

Cukup-Cukuplah Ridhuan Tee, Takkan Tak Kenyang Lagi ?

"
DS Wan Azizah `bersarung tangan' menjulang tangan Lim Kit Siang...
Apa komen Ridhuan Tee agaknya?

APA masalahnya dengan `Ustaz' Muallaf Ridhuan Tee ni aku tak tau lah. Aku terbaca rencana beliau di dalam Mingguan Malaysia semalam, aku tak sangka Ridhuan Tee ini lebih Umno dari Umno. Samada beliau sudah `masuk Melayu' atau `masuk Islam' aku sudah jadi kompius.

Di dalam rencananya beliau ada menyentuh tentang hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Beliau menyerang PAS kerana PAS berkawan dengan PKR dan DAP. Disentuh juga oleh beliau tentang DS Wan Azizah memegang dan menjulang tangan Lim Kit Siang sewaktu Konvensyen PR baru-baru ini. Butakah mata Ridhuan Tee melihat bagaimana ketika itu tangan DS Wan Azizah memakai sarung putih? Ini bermakna tiada sentuhan kulit di antara DS Wan Azizah dengan Lim KIt Siang.

Wah ! Peka sungguh Ridhuan Tee tentang hal sentuhan kulit lelaki dan perempuan. Tidak tahukah selama ini bahawa Ustazah Umno Mashitah juga selalu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya tanpa berlapik? Bahkan. Ustazah Umno ini menyebut tidak mengapa bersalam dengan lelaki yang berumur dan juga dengan ketiadaan nafsu. Apa komen Rihuan Tee? Apa pula komen Ridhuan Tee tentang `fatwa' boleh melacur kerana dharurat seperti yang pernah disebut oleh ustazah ini?

Bagaimana pula komen Rihuan Tee tentang gambar di atas? Siapa wanita itu? Adakah lelaki itu suaminya? Bagaimana tentang Rosmah yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Islam yang menggayakan fesyen menghina Islam itu? Terkuncikah mulut Ridhuan Tee?

Alahai...Rihuan Tee...cukup-cukuplah untuk cari makan....takkan tak kenyang-kenyang dari dulu lagi....

Kemana 'Ketuanan Melayu' Umno ingin membawa anak muda ini???



Selepas Umno parlimen Kuala Selangor (klik), kini giliran Umno Pandan anjurkan "Battle of The Band"..jika dahulu 'karaoke', kini 'rock' punyai stail..

Usah risau, ketuanan Melayu tidak akan terjejas dgn program2 sebegini, malah Melayu semakin kuat dan gagah...hidup ketuanan Melayu!!!!

















Artikel berkaitan:

- Umno Selangor bantah karaoke?..Umno Kuala Selangor siap anjur battle of The Band lagi...

Bank Amerika arah pelabur keluar - Mahfuz

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan terdapat institusi kewangan dari Amerika Syarikat mengarahkan pelabur-pelabur dari negara itu mengalihkan perniagaan ke negara lain selepas isu penggantungan Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan, perkembangan tersebut berlaku akibat timbul krisis keyakinan terhadap pemerhati ekonomi luar negara kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung.
Berucap dalam satu majlis dialog isu semasa dengan ahli-ahli PAS Kawasan ini yang berlangsung di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini, Mahfuz berkata keadaan tersebut sudah tentulah merugikan negara dari aspek ekonomi.
“Saya diberitahu apabila Anwar Ibrahim bersama tiga orang ahli parlimen pembangkang digantung, sebuah bank di Amerika segera menasihatkan para pelabur Amerika yang berurusniaga di sini segera mengalih dana mereka ke negara lain.
“Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung dan mereka yang sentiasa memerhati perkembangan bimbang dengan kesan kestabilan politik dan kesannya akan dirasai nanti,” katanya.
Tambahnya, dengan perkembangan ini dan beberapa faktor yang tidak menyebelahi pemerintah, beliau berpendapat tidak mungkin pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada masa terdekat tetapi tidak akan melebihi tempoh 18 bulan.
Berucap di hadapan lebih 100 ahli PAS, Mahfuz berkata sasaran PAS pada PRU akan datang ialah bagaimana untuk meningkatkan undi Melayu dan pengundi muda justeru jentera PAS di semua peringkat perlu ada penumpuan khusus bagi mendekatkan parti dengan kelompok tersebut.
“Sebenarnya pada PRU 1999 PAS sudah dapat mendominasi undi Melayu. Malangnya momentum yang ada tidak berterusan. PRU 2008 juga kurang mendapat swing undi Melayu, sebaliknya mendapat swing undi bukan Melayu.
“Saya nak tekankan bahawa harus dilihat generasi anak muda yang baru pertama kali mengundi dan mereka ini kurang memahami dan belum terdedah dengan sepak terajang politik. Mereka inilah yang perlu diambil perhatian kerana life stylenya berbeza. Ada kajian mengatakan kebanyakan mereka tidak memihak kepada kita mungkin salah satunya faktor hiburan.
“Sebab itu bagi saya, perlu ada ikon daripada kalangan parti yang dilatih membuat penampilan dan membina imej PAS di kalangan anak muda supaya mereka merasa tiada jarak dan kita pula memahami cita rasa mereka sambil tidak melupakan anak-anak ahli dipastikan mendaftar sebagai pengundi,” ujarnya.
Tambah Mahfuz, bertolak daripada sekarang jentera penerangan PAS mestilah melaksanakan program-program penerangan dan sebaran risalah bagi menjana mood rakyat supaya lahir momentum perubahan politik.

Cikgu Kamariah saja yang tak mahu RM500 sebulan..

Tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menaikkan imbuhan sebanyak RM500 kepada warga pendidik merupakan sesuatu yang menarik. Hal ini kerana tawaran tersebut membabitkan kira-kira 400 ribu guru. Sudah pasti sebelum membuat tawaran ini pihak PR telah membuat kajian kerana wang yang diperlukan untuk tujuan tersebut mencecah RM3.2 bilion setahun.
Tawaran ini bolehlah disifatkan sebagai serampang dua mata – politik dan tanggungjawab. Dari sudut politik, seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo tawaran kenaikan gaji guru sebanyak RM 500 ini boleh mempengaruhi rakyat untuk memberi undi kepada PR.
Menurut Dr Khir, tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Hal ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.
Tambahan pula kos sara hidup yang kian meningkat yang diakibat oleh pemotongan subsidi oleh kerajaan. Isu boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun Dr Khir mendakwa PR mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. Pada masa yang sama alasan pemotongan subsidi pula sekadar melepas batuk di tangga.
Dari sudut tanggungjawab pula, Ahli Jawatankerja Kerja PAS Pusat, merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa imbuhan RM500 untuk guru adalah suatu penghargaan kepada warga pendidik dan bukanlah suatu tindakan politik murahan bagi meraih undi mereka pada PRU akan datang.
Pernyataan Dr Dzulkefly ini ada asasnya. Jika imbuhan ini bersandarkan semata-mata kepada politik, PR sepatutnya menawarkan imbuhan yang sama kepada kakitangan kerajaan yang lain. Namun, PR menyedari bahawa bidang perguruan bukanlah suatu kerjaya seperti kerjaya lain. Tugas mendidik adalah tugas membentuk generasi masa depan.
Menurut Dr Dzulkefly lagi, membentuk modal insan tidak akan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Prosesnya memakan masa, wang ringgit dan pengorbanan dan tugas ini terpikul di atas bahu para guru. Hal ini kerana dari gurulah maka lahirnya ahli politik, ulama, jurutera, doktor, kerani, pegawai tentera dan sebagainya.
Jika PR berniat menawarkan imbuhan ini atas dasar politik murahan dan kepentingan peribadi untuk menang PRU, lebih baik tawaran ini diperluaskan kepada semua kakitangan kerajaan, warga emas, penganggur, dan sebagainya.
Oleh sebab itulah pihak lain selain guru ditawarkan imbuhan dalam bentuk lain seperti penghapusan tol, skim warga emas dan lain-lain.
Hakikatnya, kenaikan imbuhan sebanyak RM500 itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan peranan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru. Di sekolah, guru bukan sahaja mengajar anak-anak muridnya, malah mereka juga bertindak sebagai pegawai tadbir, kerani, atlit, imam malah kadang kala menjadi tukang kebun.
Namun, oleh sebab tawaran ini datangnya daripada PR, maka tidak dapat tidak akan dipolemikkan oleh ahli-ahli politik. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan yang kini diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melihat tawaran ini dengan serius. Mungkin beliau memandang tawaran ini sebagai sesuatu yang terpencil.
Namun, ingatan Dr Khir bahawa kesilapannya kurang mengambil kira tawaran PR dalam PRU yang lalu menyebabkan Selangor terlepas harus menyedarkan Muhyiddin. Dalam hal ini, bukan soal wang ringgit semata-mata, Muhyiddin mesti melihat permasalahan warga pendidik dalam kerangka yang lebih luas.
Banyak permasalahan dalam bidang pendidikan yang masih belum selesai. Antara isu yang paling besar ialah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), isu kekurangan guru dalam dalam mata pelajaran kritikal, isu pemansuhan peperiksaan utama, isu disiplin pelajar, isu bantuan sekolah agama, isu elaun dan sebagainya.
Namun, walaupun dihimpit dengan pelbagai isu, para guru di Malaysia tidak pula mengadakan demontrasi atau mogok. Mereka tetap meneruskan tugas yang diamanahkan.
Harus diingat, guru juga manusia seperti insan-insan lain. Ada hati dan perasaan. Tidak selamnya kepala mereka boleh dipijak, ditolak ke kiri dan kanan. Diam bukan bererti setuju, tetapi mungkin memberi peluang untuk pihak lain membetulkan kesilapan. Tetapi jika kesilapan itu diulang-ulang, seolah-olah para guru ini seperti robot, anda silap. Kesabaran manusia ada hadnya. Pengorbanan juga ada batasnya.
Jika pengorbanan yang dicurahkan selama ini, tidak pernah dipedulikan. Malah dijadikan kambing hitam pula atas kepincangan sosial masyarakat. Maka, akan sampai ke suatu tahap bahawa ada suatu lagi pilihan yang lebih baik, maka siapakah yang sanggup menolaknya. Mungkin nilai RM500 itu kecil, tetapi bakal membawa perubahan yang besar terhadap masa depan generasi anak-anak kita.

Pemimpin dan ahli MTUC digesa bersatu

syedshahrir Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Mohamud menggesa pemimpin dan ahli bersatu dalam satu gerakan yang besar dan kukuh dalam menghadapi isu besar membabitkan pekerja.
Berucap dalam mesyuarat perwakilan MTUC hari ini, beliau juga menegaskan gabungan pekerja terbesar itu tidak memerlukan pujian dari mana-mana pihak.

“Tidak penting supaya kita dipuji oleh orang lain, baik oleh majikan, parti politik atau sesiapa sahaja.
“(Tetapi) yang penting kita mendapat pujian dari pekerja sendiri yang bertungkus lumus mendapatkan gaji dan saraan yang adil dan saksama dalam memastikan kebahagiaan keluarga masing-masing,” katanya.
Lebih 500 perwakilan menghadiri mesyuarat perwakilan selama dua hari mulai hari ini.
Syed Shahir yang menjadi presiden MTUC sejak pemilihan 2004 dicabar oleh Mohd Khalid Atan. Keputusan semua jawatan akan diumumkan pada petang esok.
Menurutnya, perjuangan MTUC membela pekerja tidak pernah terhenti walaupun beberapa kejayaan telah diperolehi.
Pintu rundingan
Beliau juga menegaskan pintu rundingan antara majikan dan kerajaan dengan MTUC sentiasa terbuka.
“Tetapi rundingan hendaklah dibuat secara adil tanpa mengenepikan hak dan tuntutan pekerja. Kami sedia berunding dengan majikan dan kerajaan asalkan kesatuan sekerja diiktiraf hak dan dihormati selayaknya,” katanya,
Syed Shahir menambah, kini bukan masa untuk mana-mana pemimpin MTUC mencari keselesaan.
Sebaliknya, mereka perlu bersedia berjuang bersama-sama kesatuan dan pekerja. Dalam masa yang sama katanya, pemimpin MTUC perlu memberi perhatian serius dalam usaha menjadikan gabungan pekerja itu terus relevan.
MTUC adalah kubu yang sentiasa bersama mempertahan dan membela hak, kedudukan dan kepentingan pekerja tanpa mengira risiko.

HOT: Akibat tidak tertahan diganggu Puteri Umno, suri rumah buat laporan polis!



Suri rumah dakwa diganggu Puteri Umno

TEMERLOH: Setelah tidak tahan lagi hidup dalam kesusahan angkara suaminya tidak pulang ke rumah selama lima bulan gara-gara mempunyai hubungan dengan seorang anggota Puteri Umno, seorang suri rumah akhirnya membuat laporan polis.

Edah Abdul Rahim, 38, dari Kampung Paya Batu dekat sini, dalam laporannya mendakwa rumah tangganya menjadi porak peranda dan mereka anak beranak hidup terhimpit akibat perhubungan suaminya dengan Puteri Umno berkenaan.

Dalam salinan laporan polis yang difakskan ke pejabat harakahdaily antara lain menyebut, semenjak dua tahun yang lepas sehingga ke hari ini Puteri Umno itu tidak henti-henti menggangu rumah tangganya.

Malah suri rumah tersebut mendakwa hampir setiap malam puteri Umno itu menalipon suaminya untuk diajak keluar kononnya atas urusan perniagaan.


(Gambar Hiasan: Puteri Umno cukup sinonim dengan 3 G, Gempal, Gemuk dan 'GEDIK'..bukan penulis yg kata, tetapi perwakilan Umno yg megakuinya sendiri..klik di SINI..penulis tambah satu G, 'Gatal'!...)

“Disebabkan Puteri Umno itu saya dan keluarga saya tidak lagi mendapat apa-apa perlindungan dari segi pakaian, kemudahan pembelajaran anak-anak dan suami saya hampir 5 bulan tidak balik ke rumah.

“Saya juga pernah beberapa kali berjumpa dengan Puteri Umno itu dan menasihati beliau supaya jangan mengganggu hidup saya dan anak-anak tetapi beliau menafikannya. Saya juga pernah terserempak dengan beliau bersama suami saya pada jam 9.00 malam di sebuah Taman dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ke balai polis.”

Dalam laporan berkenaan Edah turut memberitahu telah beberapa kali merujuk perkara ini kepada Ketua Bahagian Umno, Ahli Parlimen dan pejabat JASA namun sehingga kini beliau mendakwa tiada sebarang tindakan diambil.

Edah yang berasal dari Chenor, Maran telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya selama 20 tahun dan dikurniakan empat orang anak.

Difahamkan, Puteri Umno berkenaan masih mempunyai suami dan borkongsi perniagaan membuat kontrak dengan suami Edah bertindak sebagai pelobi bagi mendapatkan pekerjaan.

Sementara itu Majlis Tindakan Dun PAS Kuala Semantan yang bersimpati dengan nasib Edah sekeluarga, baru-baru ini turut tampil menghulurkan sumbangan barangan dan wang tunai melalui pengarahnya Ahmad Zubir Omar. - HD

Lagi cerita panas berkaitan puteri Umno...pengakuan pimpinan Puteri Umno sendiri ttg hakikat puteri Umno dan para pemimpin2nya...
Kata exco puteri UMNO Dati Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti...

kata penolong setiausaha PuteriUMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"
Baca seterusnya di SINI...baca, tapis dan fikir2kan..anda pembaca yang bijak..wallahua'lam..