Thursday, January 7, 2010

Gambar tekini Dato Seri Nizar di Wad


7.1.2010 IPOH :Pagi ini kira-kira dalam jam 9.20 minit pagi telah berlaku satu kemalangan di hadapan Hotel cuasarina Ipoh yang melibatkan kenderaan Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan sebuah lagi kenderaan jenis BMW.Kejadian berlaku sekitar jam 9.20 minit pagi yang mana ketika itu Dato Seri dalam perjalanan untuk temujanji bersama doktor gigi di sebuah Klinik di Pekan Ipoh.Kami difahamkan bahawa Dato Seri menyedari akan kehadiran kenderaan tersebut dan telah memberikan hon namun kenderaan tersebut telahpun keluar dan terus memasuki lorong kanan jalan menyebabkan Dato Seri hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan kenderaan yang dinaiki terbalik.Untuk pengetahuan kenderaan tersebut dipandu oleh beliau sendiri.




Pihak kami juga dimaklumkan bahawa sejurus selepas itu Dato Seri bertindak keluar dari kenderaan beliau dan meminta pertolongan dan sebuah kenderaan Proton Savvy yang dipandu oleh seorang lelaki telah membawa dan menghantar beliau ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh.Dato Seri tiba di Hospital kira-kira jam 9.30 pagi dan ditempatkan di wad kecemasan sebelum dibawa ke wad bagi rawatan susulan kira-kira jam 11.00 pagi.



Dato Seri yang hanya mengalami kecederaan ringan di siku ( satu jahitan) dan juga sedikit kesan calar dimuka telah dikunjungi oleh Dr. Mah Hang Soon yang mewakili UBN kira-kira pada jam 2.15 minit petang.Sehingga kini beliau masih ditempatkan di wad untuk pemerhatian Doktor dan akan dibenarkan pulang sekiranya keadaan mengizinkan.



Kepada semua rakyat yang prihatin Kami mewakili Keluarga Dato seri Ir Hj Nizar Jamaluddin berbesar hati dengan kunjugan yang tidak putus sejak pagi tadi.Dato Seri dan Keluarga merakamkan ucapan Terima kasih juga kepada semua Rakyat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Dato Seri Nizar.Kami berharap agar Rakyat memahami keadaan beliau dan tidak mengadakan kunjungan untuk masa terdekat bagi memberikan ruang buat Dato Seri berehat.



Maklumat dan keadaan terkini beliau akan kami bawakan dari masa ke masa.buat Rakyat di luar sana teruskan berdoa dan semoga apa yang terjadi membawa seribu Hikmah.







--

Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/07/2010 05:32:00 PM

__._,_.___

Dato Seri Gadai Nyawa halang Kemalangan Lebih Teruk..!


Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"-Dato Seri Nizar.




Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk.



Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital.



Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..!



Kami mendoakan agar Dato seri kembali sembuh dan dapat berjuang kembali bersama-sama dengan Rakyat!



--

Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/07/2010 08:35:00 PM

DSNizar dalam keadaan stabil

Dato Seri Nizar kini ditempatkan di Hospital Tuanku Bainun.Keadaan beliau kini stabil dan hanya mengalami luka-luka ringan.keadaan dari semasa ke semasa akan diupdate kemudian.




--

Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/07/2010 12:07:00 PM

Jika UMNO benar-benar sayangkan ALLAH gubal seg...

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Jika para pemimpin Umno benar-benar sayangkan Allah, mereka hendaklah menggubal undang-undang mencegah murtad untuk diluluskan oleh Parlimen, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.


"Dalam Dewan Rakyat kini terdapat 132 Ahli Parlimen yang beragama Islam. Saya yakin, kesemua mereka akan memberikan sokongan padu jika kerajaan yang diterajui Umno membentangkan rang undang-undang mengenai kesalahan murtad.
"Saya juga berharap mereka yang mahu berdemonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain turut mengemukakan tuntutan kepada kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya menggubal undang-undang mencegah murtad," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai demonstrasi tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

"Oleh kerana kerajaan tidak menghalang demonstrasi tersebut dan tidak ada operasi seperti Operasi Lallang 1987 di mana saya dan rakan-rakan lain tidak fasal-fasal menjadi mangsa, tentulah kerajaan juga tidak menghalang mereka yang berdemonstrasi itu menuntut penggubalan undang-undang mencegah murtad," kata Mohamad.

PAS, kata beliau, bukan sahaja dizalimi ketika demonstrasi dan majlis-majlis ceramah, malah tidak dibenarkan membentang usul mengenai murtad atau rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad di Parlimen.

Menurut beliau, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS kini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mohamad lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Oleh kerana PAS buat semua tak boleh, saya yakin orang-orang Umno yang hendak berdemonstrasi ituboleh menuntut kerajaan menggubal undang-undang mencegah murtad.

"Mereka sepatutnya berbuat demikian jika benar mereka sayangkan Allah," kata beliau.

Mohamad juga menyokong saranan Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin badan-badan Kristian bagi mencari jalan menyelesaikan pelbagai masalah.

"Saya harap dialog tersebut boleh disegerakan dan sebagai langkah awal, PAS boleh menginisiatifkan dialog tersebut.

"Saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya.

Beliau juga yakin perbincangan tersebut boleh menjadi agenda berterusan di pihak PAS, bukan sahaja dengan badan-badan Kristian malah dengan badan-badan agama lain juga :-Abdul Aziz Mustafa