Tuesday, February 1, 2011

Demokrasi tempang: Selamat tinggal Hosni Mubarak regim yang menzalimi Ikwanul Muslimin



Pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang sewajarnya memberi pengajaran pada pemimpin di negara lain agar tidak bermegah dengan kemenangan kerana akan berhadapan dengan rusuhan sekiranya menzalimi mereka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini bagi mengulas perkembangan rusuhan yang berlaku di Mesir itu. Katanya, kemenangan yang mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

"Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini," ujarnya.

Akibatnya, jelas Tuan Guru lagi rakyat telah memprotes kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi di negara itu walaupun pada zahirnya mendapat undi yang besar. Sambungnya, rusuhan itu sebenarnya satu mesej yang besar terhadap mereka yang menipu rakyat. "Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi," ujarnya.

RAKYAT MESIR PILIH JALAN RAYA

DUA JUTA TURUN KE JALAN RAYA




PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHANRAYA


jam 12.33 malam 3/2/2011

ketika menulis ini 2 juta warga mesir telah turun ke jalan raya.
satu juta lebih di cairo
satu juta di iskandariah

dengarkan laungan : bai bai mubarak
dengarkan laungan : bai bai first ladu

dengarkan lagu nasional mesir
berkumandang di jalan jalan raya

inilah revolusi
inilah pilihan raya

jangan lupa pada tahun 2005 pilihanraya telah dijalankan di mesir
mubarak telah menggunkan suruhan jaya pelihanraya raya untuk menipu

SPR MESIR TELAH MENOLAK TUNTUTAN RAKYAT:

1 - menolak pengunaan dakwat
2 - telah menolak pembersihan nama pengundi
3 - telah mengawal radio dan akhbar
4 - menggunkan undi pos askar

DUA JUTA TURUN KE JALAN RAYA


pilihanraya 2005 adalah penipuan

semua ini untuk memastikan mahafiraun te3rus menang
semua ini untuk memastikan first lady terus bershopping
semua ini untuk memastikan firain kecil untuk anik takhta.

kerana itu 2011 rakyat mesir memilih jalan raya
kerana itu 2011 rakyat mesir memolak pilihanraya

AMERIKA UBAH DASAR

berita baru masuk
hillary clinton mahu ada perubahan
dan satu pilihanraya yang bebas dan bersih
diadalan tahun ini

john kerry bekas calon presiden amerika telah berkata:
the security pf eygptian depends on you, mister president to move over.
( ini ertinya fuck off you mahafiraun dan fuck off you fat first lady)

NOTA

demo ini disusun oleh anak anak muda
demo ini bukan sususan parti politik
anak anak muda dengan internet, sms, tweeter dan blog
telah membuka satu pentas baru untuk demokrasi.

RTM MESIR BERTUKAR

MENUNGGU MAHAFIRAUN LARI


nota:
kerajaan malaysia senyap saja
apa yang berlaku di mesir ini
akan mengubah bumi arab
bayangkan kalau demi ini akan berlaku di saudi arabia
dimana firaun moden masih berkuasa

jordan, syria, yemen dan negara telok
akan tumbang juga!!!




BERITA BARU MASUK

jam 1.26 pagi

tetiba rtm mesir berubah
radio dan tv mula berubah
banguan rtm mesir cukup ikonik
selama ini inilah pusat propaganda firauan

bila demo bermula polis telah mengawal bangunan rtm mesir ini
tetapai apabila berjuta mula turun maka rtm mesir telah berubah
suara dan bunyi tv dan radio mesir kini lebih bersimpati

di dai dataran tahrir warga mesir telah membawa radio/tv dan
memasng satelit - mereka ingin menunggu beerita mahafiraun lari

rakyat sedang menunggu first lady lady
menteri ekonomi yang baru dilantik oleh mahafiraun
buat kelakar nak bantu rakyat dengan pinjaman duit

jam 1.31

duta amerika telah jumpa ahmad baradei
magaret scubi ialah duta amerika ke mesir

duta lama amerika akan juga menenui mubarak -
mungkin untuk membantu mengemas beg dan barang barang
yang nak di bawa.

hilary clinton telah juga berubah - kini telah berkata
bahawa mesti ada pilihanraya yang bebas tanpa pengundi pos dan pengundi hantu !

NOTA:
semua parti pembangkang telah bersatu
dengan satu tuntutan : mubarak turun dari tahta


BERITA DARI TURKI

lawatan resmi kerajan turki akan ditangguhkan

JANGAN JADI BANGANG !!!

INI LAH SEJARAH


nota:
seratus tahun dari hari ini
gambar gambar ini akan dilihat
sebagai artifek sejarah - sesiapa
yang berada tahrir square minggu ini
pastilah menjadi sebahagian dari sejarah dunia!





MESIR : AMK DESAK KERAJAAN BERTINDAK SEGERA
– harakah daily

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kesal dengan kelembapan Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Luar dalam memberi respons balas mengenai krisis yang sedang melanda Mesir yang kini turut mengesani komuniti Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa.

Seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama.

Dalam jumlah ini lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keadaan makin meruncing apabila Presiden Hosni Mubarak tetap berkeras untuk mengekalkan kuasa diktaktornya, rakyat semakin bangkit dan pihak penjenayah mengambil kesempatan untuk merompak dan membakar bangunan.

“Dalam keadaan yang meruncing ini, adalah mustahil untuk para pelajar mendapatkan bekalan makanan dan kewangan memandangkan kedai semuanya ditutup,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak AMK telah menghubungi wakil AMK di Mesir dan pihak pelajar sendiri, mendapati bahawa keadaan di sana semakin teruk akibat daripada lambatnya bantuan daripada kerajaan Malaysia dan kedutaan.

Beliau berkata, bekalan makanan tidak mencukupi dan tidak menyediakan kemudahan pengangkutan untuk pulang atau keluar daripada kawasan darurat.

Krisis Mesir: Ikhwanul Muslimin dipelawa sertai kerajaan baru ganti rejim Hosni Mubarak


Pertubuhan Ikhwanul-Muslimin (Ikhwan) Mesir yang berpengaruh itu dipelawa untuk menyertai kerajaan baru Mesir selepas tergulingnya rejim diktator Hosni Mubarak. Ini dibayangkan oleh Ketua Pembangkang Mesir, Muhamad El-Baradei dalam temuramahnya dengan wartawan CNN, Fareed Zakaria beberapa hari lalu, di tengah-tengah pemberontakan rakyat Mesir yang menuntut rejim Hosni Mubarak meletakkan jawatan. 

"Mereka (Ikhwanul Muslimin) adalah orang baik," katanya, "mereka terpelajar, patriotik, berakhlak baik dan mereka adalah rakyat Mesir yang setia." El-Baradei yang kini dalam tahanan rumah ditanya pandangannya adakah Ikhwanul Muslimin itu sama seperti kumpulan militant Al-Qaeeda, kumpulan militant yang lain seperti di Iran dan di tempat lain. Beliau menjawab, "sama sekali tidak, mereka rakyat Mesir yang patriotik, terpelajar."

Tokoh yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan kerana peranannya sebagai Pengarah Agensi Kuasa Nuklear Bangsa-Bangsa Bersatu itu menyatakan kesediaannya untuk memimpin kerajaan baru Mesir jika rakyat mahukan khidmatnya walapun beliau kini ada tugas lain.

"Bagi saya sudah tentu Ikhwan akan dipelawa menyertai kerajaan baru Mesir kerana jamaah Islam itu sangat berpengaruh, orang baik dan terpelajar," katanya lagi. Sekiranya kerajaan baru Mesir pimpinan El-Baradei itu menyertakan sekali jamaah Ikhwan, maka ini berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan baru di Tunisia selepas Presiden Zein-Al-Abidin bin Ali digulingkan oleh satu  pemberontakan di Tunisia baru-baru ini. 

Kerajaan baru itu sama sekali mengenepikan Ikhwanul-Muslimin Tunisia yang juga berperngaruh.  El-Baradei mendesak Amerika supaya 'meninggalkan' Hosni Mubarak dan jangan melibatkan diri dengan krisis di Mesir sekarang. Ulama tersohor, Dr. Yusuf Al-Qaradawi turut menggesa supaya Hosni Mubarak dan kabenitnya meletakkan jawatan.

Sementara itu, pihak Ikhwan belum lagi mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan El-Baradei itu, yang mungkin dianggap terlalu awal. Tetapi dipercayai Ikhwan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan seperti ini berdasarkan pengalaman pahitnyan di masa lalu, di zaman rejim Gamal Abd Naseer dan Anwar Sadat yang pada awalnya menghulurkan kerjasama, tetapi akhirnya rejim tersebut membunuh dan menahan serta menyeksa beribu-ibu ahli Ikhwan hingga kini, di zaman Hosni Mubarak.

Muhamad El-Baradei mengkritik dasar Amerika di Asia Barat, termasuk dasar Barack Obama di Mesir, yang menurutnya sama sekali bettentangan dengan aspirasi rakyat Mesir menyebabkan dasar Amerika itu gagal sama sekali.

Sementara itu, sebuah kenyataan terkini dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Badie menyeru umat Islam di Mesir supaya bersatu, optimis kepada perjuangan ini. Beliau menyeru umat Islam supaya bersedia menghadapi tindakan golongan penindas dan bersedia berjuang, berkorban untuk menjamin masa depan lebih baik.

Jika raskyat takut dan bimbang, kata Dr. Mohamed Badie, akan hanya menyebabkan berterusannya rasuah, kezaliman dan kemusnahan. Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menekankan bahawa inilah perjuangan dan pengorbanan yang perlu dibayar di mana kebebasan bersuara tidak akan diperoleh kecuali rakyat belajar untuk berjuang, menuntut hak asasi mereka.

Sheikh Badie menyeru semua umat Islam dan bangsa Arab menyuarakan bantahan mereka terhadap merebaknya gejala rasuah, tekanan terhadap kebebasan bersuara yang selama ini dianggap oleh rejim lama Mubarak sebagai tidak penting. 

Kebebasan bersuara ini, menurutnya, perlu dilindungi dan pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk menafikannya.  Baginya, rasuah yang kini terus berleluasa dilakukan oleh rejim dektator di mana rakyat mesti menentangnya.

Menurut pemimpin Ikwanul Muslimin itu, dunia Arab telah berada di bawah pemerintahan dektator yang bertujuan hanya untuk mengawal sepenuhnyan segala aspek, khususnya kekayaan negara di mana menyebabkan rakyat miskin, pengangguran, rasuah, penyelewengan, pembaziran dan kepura-puraan. 

Pemimpin pemerintah Arab pula, kata beliau lagi, memerintah secara kuku besi dan mengawal kebangkitan rakyat untuk kesejahteraan rakyat. Pemimpin Ikhwan itu system pemerintaha dektator dunia Arab menyebabkan golongan yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus miskin, tidak ada usaha melakukan perubahan.

Sementara itu, di tengah-tengah suasana pemberontakan di Mesir ini, ada suara kebimbangan amat sangat dari rejim Israel di Tel Aviv. Dalam satu temu ramahnya dengan CNN, bekas duta Isreal di Mesir, Eli Shaked memberitahu bahawa jika Hosni Mubarak digulingkan, dikhatirinya kumpulan Islam akan berkuasa dan akan bersikap keras terhadap Israel dan dunia Barat. 

Sementara itu, dijangkakan lebih sejuta orang akan menyertai lagi tunjuk perasaan di Tahrir Square (Medan Kebebasan) di Kaherah dan beberapa tempat lain di mesir dalam beberapa jam lagi untuk menuntut rejim Hosni Mubarak meletak jawatan segera.

Kumpulan yang menggelar diri mereka 'Gerakan 6 April' merancang mengadakan demonstrasi lebih sejuta rakyat di tengah-tengah kebencian rakyat terhadap rejim Hosni Mubarak. Para penunjuk perasaan yang masih bertahan di medan tersebut tidak pedulikan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh tentera. "Kami akan kekal di sini dan akan memperkukuh gerakan kami serta kami tidak akan berganjak dari sini," kata penunjuk perasaan yang dirakam oleh TV Aljazeera. 

Chanel tersebut kemudiannya telah ditutup oleh rejim Mubarak. Enam wartawan dan jurugambarnya ditahan. Di antara yang menyertai tunjuk perasaam itu ialah para hakim dan majistret, para doktor dan jurutera, pegawai kerajaan dan swasta serta penulis. Diberitakan, lebih seratus orang telah terbunuh dan cedera. Semua komunilkasi dengan Mesir telah terputus. Penunjuk perasaan menolak jaminan Hosni Mubarak untuk melaksanaskan pembaharuan ekonomi dan politik. Jaminan itu, menurut mereka, terlalu kecil dan sudah terlambat.

Pengundi Tenang terus tidur: Mengapa Rakyat Tunisia dan Mesir yang tenang bangkit dahulu? ,


Kebangkitan rakyat adalah menzahirkan jeritan batin akibat "dijajah" di negara sendiri yang sudah melepasi faktor ketakutan kepada kerajaan yang memerintah dengan penggunaan jentera propaganda dan jentera keselamatan berbekalkan gas pemedih mata, meriam air berkimia, peluru getah atau pukulan belantan yang hanya berfungsi untuk menyelamatkan atau mempertahankan kepentingan golongan pemerintah, bukannya rakyat.

Politik ketakutan bertukar menjadi politik harapan untuk demokrasi sebenar dan bukan demokrasi palsu yang menyekat serta memenjara aspirasi dan hak rakyat untuk hidup didalam kemerdekaan. Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang Tenang dahulu bangkit?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya kepimpinan Negara tidak korup, tidak zalim serta tidak "membunuh" jiwa dan raga satu atau beratus atau beribu insan biasa di jalanan , di penjara atau di kawasan terpencil?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak berlaku sekiranya kekayaan Negara diagih secara adil dan bukan dicuri untuk keluarga dan kroni melalui projek mewah, pembelian harta kerajaan berharga tinggi, monopoli perniagaan, komisyen besar tanpa melibatkan keringat sebaliknya menerusi penswastaan harta rakyat yang merugikan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya wanita pertama menjadi "ibu" kepada semua dan bukan menganak-tirikan serta melarikan jongkongan emas milik rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya khazanah Negara mereka digunakan untuk meringankan beban hidup akibat kos yang meningkat dengan tidak memotong subsidi rakyat sedangkan subsidi peniagaan kroni diteruskan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya golongan elit hidup mewah diluar kemampuan dengan rumah ibarat istana, kenderaan ibarat pendati emas dan perbelanjaan melampau ibarat menghidupkan syurga di dunia yang disaksikan rakyat yang semakin hari dimiskinkan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya hak bersuara termasuk kebebasan media sebagai pengimbang kuasa dan saluran suara demokrasi rakyat tidak disekat? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pemimpin Negara bersedia mendengar keluhan rakyat dan berdebat secara terbuka untuk mencari cara terbaik membangunkan ekonomi Negara untuk kesejahteraan rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pengisytiharan darurat seperti yang wujud di Mesir selama 30 tahun telah dimansuhkan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya proses pilihanraya tidak dimanipulasikan secara terang-terangan untuk demokrasi palsu melalui penipuan dan sogokan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya Negara kuasa besar ikhlas menggunakan piawaian demokrasi sebenar untuk menilai Negara-negara ini tanpa memberikan subsidi ketenteraan yang sebenarnya digunakan untuk "memerangi" rakyat dan bukan untuk kegunaan pertahanan ancaman luar?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya Demokrasi mereka dipulihkan? Rakyat Tunisia dan Mesir sudah tidak takut lagi. Memang benar kata-kata Thomas Jefferson; bila rakyat takut kepada kerajaan, itu adalah penindasan tetapi sebaliknya apabila kerajaan takut (hormat) rakyat, itu adalah kemerdekaan! Marilah kita memikirkan apa yang dapat dipelajari daripada peristiwa yang sedang berlaku di Tunisia dan Mesir sebagai pembuka mata dan pembuka hati agar kebangkitan rakyat ini menjadi teladan dan sempadan untuk kita segerakan pemulihan demokrasi Negara dengan tenang dan penuh bijaksana.

Semoga Tunisia dan Mesir kembali tenang dengan kuasa rakyat dan demokrasi sebenar.

Mengapa PAS tewas di Tenang..!!!

Banyak yang telah diperkatakan berhubung pilihan raya kecil DUN Tenang sebagai pentas ujian bagi BN untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut.
Ini berdasarkan komposisi kaum di kerusi campuran itu yang menjadi contoh tipikal kepada kerusi-kerusi yang dipertandingkan di di Semenanjung Malaysia.
azlanNamun, persoalannya apakah kemenangan BN dengan majoriti 3,707 undi ini menjadi petunjuk bahawa sentimen pengundi telahpun kembali memihak kepada parti pemerintah itu? Jawapannya, ya dan tidak.
Kejadian hujan lebat dan banjir yang tidak dijangka, disifatkan warga setempat sebagai peristiwa yang lebih buruk daripada bah besar pada 2006 – banyak menjejaskan pusat-pusat pengundian di kawasan majoriti Cina.
Keadaan ini memberi kesan kepada ukuran sebenar bagi sokongan terhadap BN mahupun kepada Pakatan Rakyat, di mana peratus keluar mengundi di sesetengah kawasan adalah serendah 55 peratus seperti di Bandar Labis Tengah yang mempunyai 95 peratus pengundi Cina
Hujan dan bah tersebut juga menjadi sebab peratus keluar mengundi yang turun sehingga 66 peratus berbanding 73.52 peratus pada pilihan raya umum 2008. Hujan lebat turun sebelum pusat mengundi dibuka pada 8 pagi.
Menurut setiausaha publisiti DAP Tony Pua, peratus keluar mengundi di kalangan pengundi Cina dan India turun mendadak – di antara 23 dan 39 peratus bagi pengundi Cina dan lebih mengejutkan penurunan sebanyak 54 peratus di kalangan pengundi Cina.
Bagaimanapun, peratus keluar mengundi bagai pengundi Melayu menyaksikan peningkatan sebanyak dua peratus kepada 81 peratus.

Tenang paksa Pakatan fokus strategi baru, kata pemimpin

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Keputusan kerusi Tenang yang menyaksikan kekalahan keempat dalam lima pilihan raya kecil sejak setahun lalu dan sikap pengundi Melayu pula masih meragui DAP, Pakatan Rakyat (PR) melihat keperluan mengkaji semula strateginya dalam mencabar kerusi-kerusi kubu kuat Umno di kawasan luar bandar.
Meskipun mengakui usaha mahu mengambil alih Putrajaya sukar tanpa sokongan pengundi luar bandar, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sudah mula memikirkan untuk “memilih pertempuran mereka” dan menyasarkan kerusi-kerusi yang mudah berubah demi mengatasi Umno.
Umno memperoleh 83 peratus undi pada pilihan raya kecil ke-14 itu, empat peratus lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 2008, sekali gus membolehkan calonnya Mohd Azahar Ibrahim memperoleh majoriti 3,707 undi berbanding calon PAS Normala Sudirman.
“Hubungan DAP-PAS adalah baik di kebanyakan kawasan, tetapi satu liabiliti di sini. Felda menyifatkan kami sebagai Barua DAP,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad mengenai layanan yang pihaknya terima daripada kalangan peneroka-peneroka Felda.
Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatannya untuk melaga-lagakan kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat ini dan media dimiliki Umno pula terus mendakwa DAP sebagai parti anti-Melayu.
“Pemimpin-pemimpin kami perlu memilih pertempuran mereka. (Saya melihat) tanggapan bahawa (kesan) politik baru akan meningkat secara berterusan adalah satu tindakan yang tidak bijak.
“Kita tidak boleh bertarung setiap kali ada kekosongan sebab kita kekurangan sumber dan kekalahan pula akan menjejaskan soal moral dan imej,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.
Susulan kerusi DUN Tenang, parti-parti politik sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil ke-15 iaitu di Merlimau, Melaka.
Malah kata beliau, mustahil untuk meminta pengundi berubah hanya dalam satu tempoh kempen yang singkat, yang lazimnya 10 hari.
Pemimpin DAP dari Bukit Bendera Liew Chin Tong juga mengakui pengundi-pengundi Melayu di luar kawasan utara Semenanjung masih kelihatan sebagai “deposit tetap” Umno.
Oleh itu menurut Ahli Parlimen ini, Pakatan Rakyat perlu menyusun strategi dan memberi tumpuan ke atas kerusi-kerusi yang boleh “berubah mudah” berbanding “kawasan-kawasan hitam.”
“Kami harus berusaha untuk mewujudkan sokongan baru atau pengundi-pengundi tidak berdaftar, bukannya di kawasan-kawasan yang memerangkap (kami),” kata beliau dengan merujuk kepada kawasan-kawasan Felda yang menjadi kubu kuat BN selama ini.
Sementara kedua-dua Dzulkefly dan Liew menekankan kemungkinan mengambil alih kerajaan persekutuan adalah mustahil tanpa undi orang Melayu dari kawasan luar bandar, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, Pakatan Rakyat tidak boleh lari daripada mencabar Umno di kawasan kubu kuatnya.
“Jika kita mahu pergi ke Putrajaya, maka kita mesti menang kawasan-kawasan ini,” kata Adun Seri Setia ini.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh melakukannya dengan hanya bergantung pada kempen-kempen pilihan raya, tetapi perlu menghimpunkan sumber-sumber untuk menarik sokongan dan undi kalangan peneroka Felda.
Dengan keputusan pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang kelmarin, DAP mendakwa mereka mampu mengekalkan bahagian pengundi Cina mereka berbanding MCA, tetapi ia dinafikan oleh parti komponen BN itu.

Tenang: Persoalan sukar DAP kepada MCA


Walaupun pedih dengan kekalahan calon PAS Normala Sudirman dalam pilihan raya kecil tenang, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, terdapat persoalan yang sukar harus dijawab oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONE"Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?

"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Ipoh Timur itu menambah, ketika MCA bermegah dengan kemenangan di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, Dr Chua gagal menyedari bahawa hanya 35 peratus memilih BN walaupun tempat itu dianggap taman permainannya sendiri.

Chua merupakan bekas ahli parlimen Labis - tempat letaknya Tenang - sebelum memberikan kerusi itu kepada anaknya Chua Tee Yong.

Islam Mahathir dengan Islam Nik Aziz

Ketika berperang kata-kata dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba menghunuskan keris beliau kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana keengganannya untuk turut serta menghentam Kuan Yew.

Mahathir, tiba-tiba ingin muncul sebagai hero membela Islam dalam menghentam Kuan Yew, yang baru menerbitkan buku terbarunya bertajuk ‘Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going’ menyeru umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut, selain mengkritik cara Mahathir melayani pengganti-penggantinya selepas bersara menjadi Perdana Menteri.

Nik Aziz, bagaimanapun enggan terlibat dalam pertengkaran dua pemimpin tersebut, dengan mengatakan bahawa ada orang Melayu-Islam yang turut menolak Islam.

“Kuan Yew hanya cakap jangan pegang Islam kuat sangat berbanding dengan orang Melayu di negara kita yang buang semua (Islam) dan ambil kebangsaan,” Nik Aziz dipetik sebagai berkata.

Ekoran kenyataan Nik Aziz, Mahathir terus menuduh beliau sebagai tidak menyokong Islam kerana lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Kuan Yew.

Namun begitu, serangan Mahathir terhadap Nik Aziz penuh dengan hipokrisi dan kemunafikan Umno, terutama ketika dilihat berlatarkan insiden-insiden terbaru cukup untuk menunjukkan Umno selektif dalam "membela Islam" dan untuk keuntungan politik semata-mata.

Contoh terbaru sifat hipokrisi ini terserlah ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang yang baru berakhir, di mana Umno gagal untuk memberikan sebarang teguran terhadap pemimpin-pemimpin MCA yang menyerang amalan Islam semata-mata untuk menakutkan pengundi Cina terhadap PAS – satu misi, yang akhirnya gagal dengan teruknya berdasarkan keputusan pilihanraya di mana undi Cina kekal di tangan PAS.

Tiada seorang pun pemimpin Umno, termasuklah Mahathir yang tampil ke depan untuk mengkritik Presiden MCA, Chua Soi Lek atas penghinaan terang-terangan beliau terhadap Muslimat yang enggan bersalam dengan kaum lelaki bukan muhrim.

Disokong dengan kesenyapan Umno dan bermati-mati untuk tidak memohon maaf, Chua yang pernah ditangkap bertelanjang bulat dalam skandal video seksnya, telah secara angkuh mempertahankan kenyataannya. Dan ketika dikritik atas sifat jahilnya terhadap budaya lain, Chua membalas bahawa ‘there was nothing great’ (Apa yang hebat sangat) untuk mengenali amalan agama Islam.

"So what is so great about that? That is your religious values which I don't know. How am I to know when I'm not practising that religion?”

"I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands," Chua dipetik sebagai berkata.

(Apa yang hebat sangat tentang itu? Itu amalan agama kamu yang saya tak tahu. Macammana saya nak tahu jika saya tak pratikkan agama itu?

(Saya mempunyai hak untuk mengatakan bahawa ini adalah sikap sopan-santun yang asas untuk bersalam dengan orang lain. Itu nilai saya. Faham? Kamu mesti juga menghormati nilai saya, iaitu sikap sopan-santun yang baik, termasuk bersalam)

Dalam isu perpecahan umat Islam di negara ini, Mahathir sekali lagi lupa memandang cermin apabila menyalahkan PAS dan Nik Aziz sebagai pemecahbelah orang Islam kepada tiga kumpulan yang menjadi penghalang terbesar kepada ‘perpaduan Melayu’, apabila sejarah jelas menunjukkan bahawa siapa yang memecahkan politik orang Melayu pada tahun 1988 dan 1998.

Pada tahun 1988, pertarungan hebat Mahathir dengan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Presiden Umno telah memecahkan Melayu Umno kepada dua, dengan terbentuknya parti Semangat 46 yang menjadi kepada pemangkin kepada gabungan parti pembangkang yang pertama, Angkatan Perpaduan Ummah antara PAS dan Semangat 46 (serta Hamim dan Berjasa).

Satu dekad kemudian, orang Melayu, dan orang Malaysia pada keseluruhannya dilanda kemelut apabila Mahathir mengambil keputusan untuk membuang Anwar Ibrahim daripada kabinetnya, dengan tuduhan-tuduhan yang paling dahsyat yang tidak pernah dilihat dalam sejarah politik orang Melayu.

Ini membuka kepada lanskap politik yang baru dengan pembentukan Parti Keadilan Rakyat, yang kini menjadi salah satu daripada tiga komponen parti terpenting dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PAS.

Dalam meneruskan hujahnya, Mahathir juga menyoal, teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam apabila mereka memastikan negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam dan juga menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.

Mahathir, sudah tentunya tidak mengiktiraf masalah yang paling jelas pada saat ini yang mengganggu pemimpin “nasionalis Melayu” iaitu rasuah dan salahguna kuasa yang kian berleluasa.

“Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?” kata Dr Mahathir, sekali lagi menunjukkan kejahilannya dalam politik Islam.

Mahathir akan menjadi orang terakhir untuk menerangkan samada korupsi berleluasa, kebocoran dan ketirisan besar-besaran, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi terhadap bangsa lain melalui slogan bauran Ketuanan Melayu juga sebahagian daripada "amalan Islam" yang disebutnya.

Sebaliknya, Nik Aziz nampak lebih konsisten dengan mesejnya bahawa Islam adalah penyelesaian kepada masalah-masalah negara, dan untuk beliau, tiada alasan untuk pemimpin Melayu-Islam untuk menolak Islam dalam pentadbiran mereka.

Untuk membuktikan keIslaman, mereka hanya perlu menghentikan rasuah, salahguna kuasa, kebocoran kewangan, ketidakadilan dan diskriminasi terhadap kaum lain.

Walaupun ramai yang nampak bahawa ini adalah satu percubaan (daripada buku politik Mahathir) untuk mengalihkan padangan orang Melayu kepada satu “common enemy” (musuh bersama) daripada kepincangan dan masalah yang sedang dialami negara kita, serangan Dr Mahathir mungkin mempunyai agenda yang lebih besar iaitu untuk membantu Umno untuk menyingkirkan musuh yang paling digeruni mereka, iaitu Nik Aziz.

Apa tidaknya, Nik Aziz telah menjadi batu sandungan (penghalang) terbesar kepada idea perpaduan Mahathir dan ipar-iparnya di Perkasa, dan mematikan Nik Aziz juga akan melumpuhkan segala usaha menjadikan Parti Islam SeMalaysia sebagai pengganti Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.

Demo Besar-Besaran Protes Barang Naik Dan Isu Mesir Jumaat Ini

KUALA LUMPUR 1 FEB : Satu perhimpunan besar-besaran pada Jumaat ini dirancang gabungan Pakatan Rakyat bersama 71 NGO dan orang ramai yang akan berhimpun di kedutaan Amerika selepas solat Jumaat 4 Februari ini.

Ini kerana, Amerika dianggap adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak RON 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.50.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga kos minyak RON 97 pada masa ini (semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain  termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain.

Bulan menjadi saksi di Tenang

Zulkefli Hamzah

1 FEB — Bulan mewakili hatiku atau Yue Liang Dai Biao De Xin (Moon represents my heart), lagu Mandarin yang dinyanyikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama penduduk pekan Labis pada malam Sabtu lalu membawa banyak erti.
Begitu sekali populariti dan pengaruh tembang cinta nan romantik ini sehinggakan ia menjadi lagu pilihan bekas Menteri Besar Perak itu dalam kempen meraih undi kaum Cina pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.
Nizar pun bukan pertama kali menyanyikan lagu malar segar yang dipopularkan oleh penyanyi Taiwan, Teresa Teng. Beliau biasa menyanyikan lagu Bulan menjadi saksi (versi Indonesia) ini di majlis-majlis tertentu yang dihadiri kaum Cina. Aksinya itu boleh disaksikan di Youtube.
Sebenarnya bukanlah Nizar seorang mengilai lagu universal ini. Siti Nurhaliza pun khabarnya pernah menyanyikan lagu itu. Dalam tiupan saksofon Kenny G ada terselit lagu ini yang selalu juga dibawakan dalam konsertnya.
Lagi ini memang unik yang tidak mengenal batas wilayah, bahasa, budaya dan agama. Bukan rakyat Taiwan dan China sahaja yang menggemarinya tetapi juga tersohor di Korea, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Banyak drama dan filem memanfaatkan kesyahduan lagu yang begitu menyentuh perasan ini.
Tetapi dalam konteks Nizar dan pakatan pembangkang, dendangan Bulan menjadi saksi gagal memberi kesan besar kepada undi Cina di Tenang. Ghairah mendendangkan lagu ini tidak terlihat dalam bentuk undi. Begitu juga ghairah Nizar membuat ‘fatwa’ haram undi calon Umnodan BN tidak diendahkan oleh penduduk Tenang.
Walaupun MCA dan Gerakan digambarkan masih tempang untuk menyaingi DAP dalam melaksanakan misi memikat pengundi Cina tetapi sudah ternampak cahaya terang di hujung terowong. Tiga kawasan majoriti pengundi Cina berjaya ditawan semula BN walaupun bukan dengan majoriti besar.
Kawasan majoriti kaum Cina ialah Labis, Tenang Station, Bandar Labis Tengah dan Bandar Labis Timur. Hanya satu peti undi kekal di tangan pembangkang iaitu peti undi Bandar Labis Tengah dengan majoriti 486 undi. Di peti undi ini, BN mendapat 365 undi manakala Pas 851 undi.
Di peti undi Bandar Labis Timur, BN memperoleh 669 undi manakala Pas 632 undi iaitu majoriti 37 undi dengan 16 undi rosak. Begitu juga di peti undi Tenang Station, BN mendapat 744 undi manakala Pas 352 undi dan 12 undi rosak.
Bolehkah Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Koh Tsu Koon berpuas hati dengan undi kaum Cina yang masih dalam lingkungan 30 peratus memihak kepada BN ini? Tentulah tidak. Mereka seharusnya terus menunjukkan komitmen mendekati pengundi Cina, selain sudah tentu tanpa mengetepikan kaum lain.
Cabarannya bukan kepalang. Undi kaum Cina di Tenang sepatutnya lebih besar. Ini kerana Tenang tidak asing buat Soi Lek yang pernah menjadi Ahli Parlimen Labis dan Exco kerajaan negeri. Johor pula ialah kubu kuat BN yang selama ini memang sukar untuk ditembusi oleh PKR, DAP mahupun Pas.
Mungkinkah faktor cuaca buruk atau boikot pengundi Cina menjadi puncanya? Bagi sesetengah penganalisis, mereka menyatakan kejanggalan kerana peratusan keluar mengundi di kawasan majoriti pengundi Cina ini begitu rendah. Di Labis hanya 53 peratus, Bandar Labis Tengah 30 peratus manakala Bandar Labis Timur 51.4 peratus.
Tidak seperti lazimnya, pengundi kaum Cina yang selalu dikenal kental dengan semangat ‘satu undi’ tidak menterjemahkannya di Tenang. Di Tenang, suasananya berbeza sehinggakan para juru kempen DAP pun sempat panik. Pada awal proses pengundian, mereka menggunakan segala langkah merayu pengundi Cina agar keluar mengundi.
Pakatan pembangkang memang sangat mengandalkan 39.08 peratus pengundi Cina untuk membuat kejutan atau setidak-tidaknya, mengurangkan majoriti BN di Tenang. Mereka terutama Pas, sangat optimis untuk melakukannya.
Tetapi momentum itu tidak lagi menyebelahi pakatan tiga parti ini. Waktu manis seperti itu sudah semakin berlalu. Kebiasaan menuding hanya BN yang salah, sudah kurang menyengat hati pengundi. Janji mewujudkan kesejahteraan rakyat ditakrif hanya gema pemanis mulut.
Faktanya, BN menang dengan majoriti lebih besar pula. Bulan menjadi saksinya. Dacing tetap mewakili hati majoriti penduduk Tenang. Dan dalam skala nasional, momentum kemenangan BN selepas DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah memberikan signal yang jelas. Kian hari jalan ke Putrajaya untuk pembangkang kian suram.
Sindiran DAP mahupun PKR ke atas Soi Lek yang dianggap kalah dalam permainan di kubu majoriti Cina, hanyalah helah supaya dalam kalangan komponen BN terus saling menyalahkan. Memang Soi Lek boleh berasa bangga. Pendekatan ‘tidak menonjol dan menggunakan pemimpin tempatan’ menjadi di Tenang. Mungkinkah ia boleh dilakukan di tempat lain?
Jangan pandang ringan strategi gegak-gempita PAS, DAP dan PKR. Sebenarnya beban BN terutama MCA dan Gerakan semakin berat dengan kelicikan pembangkang memanipulasi suasana dan sentimen. Dan mereka akan terus mendendangkan Bulan mewakili hatiku dan pada masa sama menyanyikan lagu undi BN itu jahiliah, undi BN itu haram.
Bulan Menjadi Saksi
Kau bertanya kepadaku
Cintakah padamu
Cintaku tulus
Suci dan murni
Bulan menjadi saksi
Kau bertanya kepadaku
Sayangkah padamu
Hanyalah engkau
Yang kusayangi
Bulan menjadi saksi
Pelukan yang hangat
Menyejukkan jiwaku
Kucupan yang mesra
Meluluhkan hatiku
Kuberjanji kepadamu
Cintaku abadi
Sampai kiamat
Takkan berubah
Bulan menjadi saksi
(versi Indonesia) — Utusan Malaysia

First Lady of Egypt lari dengan 97 beg pakaian.

Telah diberitakan oleh Media British bahawa First Lady of Egypt Suzzane Mubarak telah melarikan diri ke kota London dengan membawa 97 buah beg pakaian, Anak lelaki Mubarak juga telah dilihat di Lapangan terbang Heathrow ketika beliau tiba dengan jet peribadinya..

The Mubarak family: London calling


Suzanne Mubarak and Carla Bruni-Sarkozy - Bastille Day Celebrations Proceed

Egypt President’s Hosni Mubarak’s family has fled to London, British media have revealed. Mubarak’s son was spotted at London’s Heathrow airport where he came on a private jet with 97 suitcases.


Mubarak’s nickname in Egypt was “Pharaoh” for his long-lasting presidency and vast fortune. The 82 year old, his wife and sons Gamal and Alaa epitomize corruption for Egyptians, and have property and assets all over the world, Britain’s The Mail on Sunday newspaper writes and suggests that they have British passports. Mubarak’s wife Suzanne and his son Gamal were spotted with their enormous luggage both by Cairo and London airport staff.

Suzanne Mubarak is herself half Welsh by blood, born in 1941 to a British nurse Lily May Palmer who married Egyptian student Saleh Thabet in 1934 in Cardiff .

British media assume that Suzanne and her spouse have 25 bn pounds (59 bn dollars) behind them. She loves soirees also attended by France’s First Lady Carla Bruni and charity funds but reporters say the money ends in her accounts. Lady Mubarak goes for trendy outfits and Egyptian reporters call her the country’s Maria Antoinette.

Mubarak’s sons Gamal and Alaa are looking at the world through the windows of their limos and both have a share in arms supplies. The 47 year-old Gamal spent his last 10 years in London working for the Bank of America and established his own investment company Medinvest Associates in 1996. He and his beautiful wife Khadija own a £9M townhouse in London’s trendy Knightsbridge near Hyde Park which is walking distance from his workplace.

Egyptian diplomats deny that the Mubaraks are in London but some people have already seen Suzanna in Oxford Street heading to the posh Selfridges department store.-
The Voice of Russia

Chua Soi Lek tak Tenang!

MCA semestinya tidak merasai kemanisan di sebalik kemenangan Barisan Nasional dalam PRK Tenang, semalam.  Meskipun Timbalan Pengerusi, Muhyiddin Yassin mendakwa BN "menang dua daripada tiga peti undi majoriti Cina", namun ia gagal menutup realiti bahawa Chua Soi Lek gagal mengembalikan sokongan pengundi Cina di kubunya sendiri.
Pertikaian berlaku di antara MCA dan DAP, yang masing-masing mendakwa dirinya meraih sokongan pengundi Cina yang lebih tinggi.  Biar kita merujuk kepada statistik dalam PRU ke-12 untuk mengetahui gambaran sebenarnya.  PAS berjaya menewaskan UMNO-BN di tiga peti undi majoriti Cina, iaitu Labis (421vs411 undi), Labis Timur (740vs669 undi) dan Labis Tengah (1013vs504 undi) pada tahun 2008.
Dalam PRK semalam, BN menang tipis di peti undi Labis (majoriti 64 undi) dan Labis Timur (37 undi), tetapi tewas dengan majoriti 486 undi di Labis Tengah.  Perlu diingatkan bahawa nisbah pengundi Cina di Labis dan Labis Timur adalah sekitar 60%, namun Labis Tengah mencatat 95.7% pengundi Cina.  Justeru itu, DAP mengambil keputusan di Labis Tengah sebagai kayu ukur untuk menyukat sokongan pengundi Cina.
Realitinya...
Demikianlah senarionnya jikalau dilihat kepada statistik.  Apapun tafsiran yang diberikan semata-mata untuk menyuntik semangat mahupun menutup parut di muka, gagal membohongi diri sendiri.  Realitinya berbunyi, BN tetap gagal menawan hati pengundi Cina, sungguhpun menawarkan hampir segala-galanya untuk memikat undi pengundi mereka.
Kecenderungan ini telahpun diperlihatkan dalam beberapa PRK yang lalu.  Dalam PRK Hulu Selangor, janji peruntukan RM3 juta untuk SRJK (c) Rasa gagal merasuah pengundi Cina; malah, ungkapan "You help me, I help you" yang terkenal dari bibir seorang Perdana Menteri bersama tawaran RM5 juta (untuk menyelesaikan masalah banjir) gagal memancing undi Cina di Rejang Park, PRK Sibu yang lalu.
Jadi, apa yang istimewa di PRK Tenang?  Jika dilihat kepada kesungguhan yang ada pada Presiden MCA, Chua Soi Lek, maka kita akan menemui jawapannya.  DUN Tenang terletak di bawah kerusi parlimen Labis, yang pada asalnya diwarisi Chua Soi Lek daripada mantan Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004, sebelum diserahkan kepada anaknya Chua Tee Yong pada tahun 2008, lantaran skandal seks yang memalit dirinya.
Chua Soi Lek memikul misi untuk membuktikan kepada Pengerusi BN, Najib Razak bahawa beliau diterima masyarakat Cina, dan cukup berwibawa untuk mewakili kaum Cina di Malaysia, apatah lagi di kawasan kubu sendiri.  Maka Chua Soi Lek perlu sekurang-kurangnya memahami keperluan komuniti Cina, kalaupun masih gagal untuk menggarap imaginasi komuniti Cina dengan gagasan MCA-BN.
Kekentalan Chua Soi Lek
Keupayaan Chua Soi Lek disanjungi daripada dua aspek.  Pertama, beliau dengan berani mengakui dirinya watak utama dalam vcd skandal seks yang tersebar pada akhir tahun 2007, sungguhpun beliau boleh berdolak-dalih dengan "it looks like me, sounds like me".  Beliau tidak meneladani VK Lingam, lantas meletak jawatannya sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu.
Keduanya, Chua Soi Lek (gambar kiri) memperlihatkan kekentalannya ketika bangkit semula dalam pergelutan kuasa MCA pada tahun 2008.  Ong Tee Keat, Presiden MCA pada ketika itu menggunakan segala sumber yang ada untuk menyekat Chua Soi Lek, yang dikhuatiri bakal mengancam kedudukan dirinya.  Krisis yang berlanjutan hampir setahun ini berakhir dengan Chua Soi Lek sebagai Presiden baru MCA.
Namun demikian, keupayaan Chua Soi Lek langsung tidak terserlah dalam PRK Tenang kali ini.  Malah, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim telah memberi amaran seawal hari penamaan calon lagi, bahawa MCA tersilap langkah dalam percaturan strateginya jikalau menggunakan isu Negara Islam dalam PRK ini.
Chua Soi Lek yang berdegil akhirnya ditenggelami air bah daripada pengundi Cina semalam, tsunami yang bukan kecil untuk membadai ego dirinya.  Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang tak kena pada Chua Soi Lek dan MCA?
Perwatakan dan latar belakang Chua
Mungkin benar jika dikatakan ramai yang mengkagumi ketegasan Chua Soi Lek berbanding pemimpin MCA yang lain.  Barangkali ada kaitan dengan latar belakang pendidikannya, yang berasal dari aliran Inggeris, dan kerjayanya sebagai doktor.  Seperti Mahathir Mohamad, doktor biasa berterus-terang dengan keadaan sebenar.
Namun demikian, ramai yang tidak perasan bahawa Chua Soi Lek hanya menjadi pemimpin "peringkat kebangsaan" selepas PRU ke-11 pada tahun 2004, apabila beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan dalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi.  Chua Soi Lek tidak lebih sebagai pemimpin tempatan dan peringkat negeri sebelum ini.  Beliau terpilih sebagai ADUN buat kali pertama pada tahun 1986, kemudian dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri Johor pada tahun 1990.
Dengan kata lain, untuk hampir setengah hayat politiknya, Chua Soi Lek hanya bergiat dalam lingkungan negeri Johor.  Maklumlah politik di Johor yang jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Lembah Klang, yang menjadi pusat kepada segala pergelutan kuasa.  Chua Soi Lek mungkin jelas dengan denyutan nadi penghuni desa, kampung baru Cina, pekan kecil, tetapi tidak semestinya mengetahui citarasa penghuni bandar.
Keadaan ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek berkeras kepala untuk menggunakan senjata "Negara Islam".  Untuk Chua, paparan gambar tangan dipotong di bawah hukum hudud semestinya cukup ngeri untuk menakutkan penduduk Cina di kawasan desa.  Apatah lagi apabila DAP perlu bertungkus-lumus membalas serangan setiap kali peluru "Negara Islam" dilepaskan - kesemua ini menunjukkan bahawa DAP masih gusar dengan isu ini.
Chua tersilap langkah
Jelas, Chua Soi Lek tersilap langkah kali ini.  Pengundi hanya takut apabila berdepan dengan sesuatu yang tidak diketahuinya, atau sesuatu yang tidak menentu.  Chua Soi Lek mungkin tidak sedar, Pakatan Rakyat mempunyai lebih masa dan ruang untuk menyebarkan maklumat dalam PRK kerana lebih tertumpu.  Lebih-lebih lagi, senario selepas tsunami 8 Mac 2008 menyediakan model negeri PR yang nyata untuk pengundi - bagaimana PR akan mentadbir jikalau mengambil-alih kuasa.  Apabila fakta digunakan sebagai senjata, maka ketakutan akan hilang sendirinya.
Bacaan Chua Soi Lek tersasar apabila hanya menumpukan kepada isu Negara Islam sepanjang tempoh kempen.  Persoalan dasar tidak dibangkitkan, kepincangan kerajaan BN sendiri tidak terjawab, tetapi asyik dengan tangan Normala Sudirman yang bersarung.  Laporan Malaysiakini yang membuat tinjauan di situ selepas hari penamaan calon telah menunjukkan bahawa pengundi tidak ambil peduli isu salam, namun jelas Chua Soi Lek juga tidak ambil peduli laporan media.
Chua Soi Lek mungkin tertekan untuk mempertahankan kubu DUN Tenang.  Mungkin beliau enggan mengalah sebelum terbukti silap.  Akhirnya isu salam ini diperbesarkan sehingga menyinggung perasaan masyarakat Melayu-Muslim, dan Muhyiddin terpaksa menegurnya secara terbuka.  Apabila isu ini diberi tumpuan yang lebih, malah tidak memihak kepada BN, Chua Soi Lek pula menuding jari kepada media.  Reaksi ini memberi peluru percuma kepada PR untuk menyerang BN.
Gagal menggarap imaginasi komuniti Cina
Mungkin ada yang akan menghitung hari-hari yang tertinggal untuk Chua Soi Lek dalam hayat politiknya setelah kecundang dalam PRK Tenang.  Namun, kekalahan MCA ini jauh daripada kesilapan percaturan strategi politik, malah kepimpinan Chua.  Masalah yang menimpa MCA adalah kegagalan MCA menggarap imaginasi komuniti Cina dalam kerangka Barisan Nasional.
Apabila rakyat semakin celik untuk membezakan antara "gula" dengan "dasar", apabila "ketakutan" diyakini dengan "fakta", apabila "politik baru yang mahukan harmoni" menggantikan "politik untuk mencetus permusuhan", maka MCA gagal melakukan apa-apa untuk mengembalikan sokongan komuniti Cina.
Model BN yang mempertanggungjawabkan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India semakin ditolak.  Ramai orang yang agak tidak senang, termasuk komuniti Cina apabila MCA cuba menakutkan pengundi Cina dengan nilai Islam.  Malah, apa yang terharu buat semua adalah apabila perbidaan baju merah "TUKAR" dalam majlis PR menyaksikan seorang Cina yang mendapat baju itu dengan RM1000 menghadiahkannya kepada seorang Melayu yang gagal membida kerana menawarkan harga RM400.
Keputusan PRK Tenang mungkin tidak menceriakan PAS, malah mungkin mencungkil kegelisahan dalaman kerana pola pengundian sedemikian tidak memanfaatkan PAS yang lebih banyak bertanding di kawasan desa majoriti Melayu.  Namun, apa yang mungkin boleh direnungi pemimpin PAS adalah, sanggupkah PAS kembali kepada politik lama, yang pada satu hari nanti akan menyaksikan kesudahan seperti Chua Soi Lek-MCA?

Selamat selepas 16 jam tempuh banjir


KUALA LUMPUR, 1 Feb: Selepas terperangkap kira-kira 16 jam di 'pulau banjir' Pogoh dekat Segamat, dua Naib Presiden PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Mahfuz Omar bersama driver mereka selamat sampai awal pagi tadi.
(Gambar atas: KENANGAN...Mahfuz bergambar kenangan dengan penduduk Kampung Bukit Limau Manis, Segamat ketika seharian terperangkap di situ.)
Mereka sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi tadi selepas menempuh pelbagai rintangan dalam perjalanan itu.

Ketiga-tiga mereka bertolak dari Labis melalui Felda Chempelak kira-kira jam 1.30 pagi selepas selesai semua urusan pilihan raya kecil Tenang.

Mengikut perancangannya, mereka akan melalui jalan dari Segamat menuju Pagoh sebelum masuk ke lebuhraya.

Namun, kira-kira jam 2.00 pagi, mereka telah tersilap jalan apabila melihat satu papan tanda Pogoh yang mereka ingat Pagoh.

Rupanya jalan ke Pogoh itu akan membawa mereka Segamat semula bukannya Pagoh.

"Selepas melalui beberapa jalan berair kami sampai ke satu jalan yang penuh dengan air lagi. Tetapi apabila kami melaluinya, airnya sangat deras dan dalam.
(Gambar: Dr Hatta bergambar kenangan di Kampung Bukit Limau Manis, Segamat sambil menunggu pertolongan tiba)

"Apabila air masuk ke dalam kereta Toyota Fortuner Dr Hatta itu, saya ingat kami dah mati di bawa arus yang deras itu," cerita Mahfuz.

Namun, dengan kecekapan pemandu Dr Hatta iaitu saudara Aziz, mereka berjaya melepasinya.

Apabila sampai di jalan yang kering, Dr Hatta bercadang mahu meneruskan perjalanannya menempuh air berikutnya, namun Mahfuz tidak bersetuju kerana  bimbang.

Hasilnya mereka mengambil keputusan tidur dalam kereta di Kampung Bukit Limau Manis dan terkejut ketika hari hampir siang.

Mereka kemudian tumpang sembahyang di sebuah rumah di situ.

Di kampung yang ibarat pulau inilah mereka terpaksa menunggu sehingga lewat petang menunggu pertolongan tiba.

"Saya hubungi semua pihak, polis, tentera, Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya. Seorang jeneral tentera menghubungi saya tetapi usaha untuk menghantar sebuah bot tempur untuk mengambil kami gagal kerana arus terlalu deras.

"Kalau kami tak keluar lagi, pagi ini mereka akan hantar helikopter untuk mengambil kami," cerita Mahfuz.

Usaha pasukan Smart untuk menghantar bot mereka juga gagal kerana arus yang deras.

Namun, dengan pertolongan anggota Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamad, sebuah bot telah dihantar untuk mengambil beliau dengan melalui jalan-jalan yang kurang arus deras.

"Jam 7 malam, kami di bawa keluar dengan bot kecil kepunyaan orang kampung dan melalui perjalanan selama 30 minit merentasi apa yang dulunya sebuah kampung.

"Air banjir hampir melepasi atap rumah. Sewaktu kami berlepas, bantuan makanan belum sampai ke Kampung Bukit Limau Manis, tapi saya merasakan bekalan makanan penduduk kampung masih cukup untuk sehari dua lagi.

"Tiba di Kampung Lubuk Selimar jam 7.30 malam kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan 4 roda melalui jalan estet getah ke Bukit Siput. Bertemu MP Sekijang di situ. Kemudian dibawa ke Labis. Tiba KL jam 3 pagi, 24 jam lewat dari jadual," cerita Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Banjir kali ini dikatakan lebih teruk dari tahun 2006. Tidak ada amaran awal diberikan. Kerosakan hartabenda tanaman ternakan dijangka amat besar.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami," kata Dr Hatta.

Dari 2006 hingga 2011: Tenang kita hadapi banjir

Aku masih ingat kejadian yang melanda bayi sebuah keluarga di Kampung Abdullah bandar Segamat semasa banjir besar melanda Daerah Segamat dan daerah-daerah lain pada 18 hingga 21 Disember 2006.  Bayi yang terlepas dari tangan ibu dihanyut air banjir yang deras tanpa sempat diselamatkan ibunya kerana sampan yang datang menghulurkan bantuan terbalik semasa dinaiki ibu.  Pada ketika bayi itu dipercayai telah menemui maut, ibu menjumpai bayi kesayangannya di sebuah pusat pemindahan sementara.
Rupa-rupanya seorang pakcik sempat menyelamatkan bayi tersebut pada satu jarak yang agak jauh dari tempat sampan terbalik tanpa disedari ibu.  Sementara itu, datuk kepada bayi tersebut yang bermalaman dalam kesejukan dan tanpa makan minum dan berak di atas bumbung rumah, sebahagian besar rambutnya bertukar kepada warna putih pada keesokan hari seolah-olah diselubungi salji.
Bantuan lambat datang.  Anggota penyelamat dan sampan penyelamat tidak mencukupi sementara pemimpin negara memerhatikan perkembangan dengan hati yang tenang, memberi komen kepada pihak media tanpa mengarahkan dan memastikan tindakan segera dan "full force" semua pihak yang terlibat dari seluruh pelosok negara.  Dari "Segamat 2006" ke "Segamat 2011", peristiwa yang lebih kurang sama berlaku.  Seakan-akan dengan hati yang tenang, aman dan sejahtera, lambat bertindak untuk beberapa jam bukan isu besar, yang penting pengundi tidak terlewat memberikan sokongan undi di Tenang!
Banjir bukan masalah penting?
Seolah-olah keadaan banjir masih bukan masalah yang paling serius.  Tidak apa-apa kalau  keluarga-keluarga yang terperangkap di tingkat dua sesebuah rumah - mereka masih boleh buang berak ke dalam air yang deras, bau busuk hilang dengan cepat!  Tidak apa kalau kesejukan kerana berada dalam keadaan basah tanpa bekalan air dan elektrik, satu malam sahaja! 
Yang penting pemimpin politik mendapat liputan media.  Kononnya nak segerakan kajian dan penggunaan sistem amaran awal, cukup hebat idea itu untuk dimuatkan dalam liputan media.  Kononnya nak hantar pegawai kesihatan bagi memastikan keluarga yang masih terperangkap di tingkat dua atau bumbung rumah masih sihat, cukup bernas idea itu untuk menempah ruang dalam dada akhbar.
Bukan isu mangsa banjir terperangkap di atas bumbung atau di dalam ladang tanpa bekalan makanan.  Hari pengundian telah selamat dijalankan.  Untuk yang tidak mengundi Kerajaan Barang Naik, barangkali ini satu pengajaran.
Sesungguhnya, bukan dua kali tetapi sudah tiga kali penduduk Segamat mengalami banjir besar semenjak tahun 2006!  Kali pertama banjir besar melanda Johor, Melaka,  Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada 18 hingga 21 Disember 2006, Daerah Segamat merupakan antara daerah yang paling teruk dilanda banjir.
Banjir ketiga sejak tahun 2006
Apabila banjir besar kembali melanda pada 11 hingga 17 Januari 2007, Segamat sekali lagi tidak dikecualikan dan ini merupakan kali kedua Segamat dilanda banjir dalam masa yang singkat.  Jumlah hujan bulanan pada ketika itu setinggi 400mm, dianggap sebagai punca banjir kilat berlaku.  Selepas banjir mulai reda, yang dititikberatkan ialah peruntukan demi peruntukan.  Masalah pembangunan tidak mapan tidak perlu diberi perhatian.  Projek peruntukan tidak perlu dipantau bagi memastikan penyempurnaannya.  Perbelanjaan berhemah atau tidak juga bukan persoalannya.
Pada tahun 2006, Segamat mempunyai penduduk seramai 178,620 orang iaitu 8.6% daripada jumlah penduduk Johor.  Semasa banjir Disember 2006 dan Januari 2007, sebanyak 104,023 penduduk terpaksa dipindahkan.  Dengan kata lain, 58% daripada penduduk Segamat telah mengalami banjir yang teruk semenjak empat tahun yang lepas sementara disuapkan dengan laporan media - memetik komen-komen pemimpin negara seakan-akan dengan peruntukan kerajaan, secara otomatik banjir tidak akan berlaku lagi!  Kononnya dengan komen dan peruntukan kerajaan, bantuan dalam segala aspek yang perlu, wajar dan wajib akan dihulurkan dengan segera!
Apabila ditinjau Belanjawan Negara 2008 yang dikemukakan pada tahun 2007, anggaran perbelanjaan persekutuan telah membelanjakan RM11 juta pada tahun 2007 untuk maksud "Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir".  Tetapi kali ini apabila berlaku banjir besar, penduduk Segamat sekali lagi disuapkan dengan laporan media yang memetik komen pemimpin negara, bahawa isyarat amaran bahaya banjir yang lebih sempurna akan disediakan.
Ke mana perginya peruntukan?
Persoalannya, ke mana perginya peruntukan yang sebegitu besar?  Adakah jenis pembiayaannya serupa dengan jumlah perbelanjaan Perdana Menteri dan Menteri Melancong melibatkan wang rakyat sebanyak RM12 juta untuk terbang ke luar negara?  Yang lebih penting, sejauh manakah keupayaan, keberkesanan dan kapasiti Kerajaan Barang Naik dalam menyelesaikan masalah banjir tanpa memboroskan wang rakyat?
Menurut Belanjawan Negara 2008, anggaran harga projek berjumlah RM105 juta untuk maksud "Membaiki dan Memulih Semula Projek-projek Yang Rosak Oleh Banjir" telah diperuntukkan.  Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setiap tahun dianggarkan 29,800 kilometer persegi kawasan di Malaysia mengalami  kejadian banjir dan semasa kejadian banjir pada tahun 2006 dan 2007, negara telah mengalami kejadian banjir yang teruk yang menyebabkan kerugian masing-masing mencecah RM1.1bilion dan RM776 juta hanya bagi aset-aset kerajaan di negeri-negeri  yang terlibat.
Kerugian aset kerajaan tidak termasuk kerugian yang ditanggung oleh rakyat dan kerugian tidak langsung terhadap ekonomi di kawasan yang dilanda banjir.  Secara perbandingan, kerugian aset kerajaan juga tidak dimasukkan dalam maksud "Membaiki dan Memulih Semula Projek-projek Yang Rosak Oleh Banjir" kerana nilainya tidak setimpal.
Maka persoalan di sini adalah, ke mana perginya peruntukan RM105 juta sedangkan selepas kejadian banjir pada tahun 2006 dan 2007, Bank Negara telah memperuntukkan RM500 juta dalam bentuk kemudahan bantuan khas kepada industri  kecil dan sederhana yang dilanda banjir melalui Bank komersil, Bank Perusahaan  Kecil & Sederhana Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank Pertanian.
Selain itu, pelbagai lagi kemudahan kewangan dalam bentuk pinjaman mikro juga diperuntukkan oleh Kerajaan kepada masyarakat bagi maksud Program Pembasmian Kemiskinan bagi memastikan masyarakat terkeluar dari tampuk kemiskinan dan seterusnya membina ketahanan mereka terhadap bencana.  
Secara am, salah satu punca utama kepada banjir kilat ialah kerana sistem saliran air yang gagal berfungsi apabila berhadapan dengan jumlah hujan yang terlalu tinggi.  Namun masalah pengaliran air tidak wajar dilihat sebagai isu teknikal sahaja sebaliknya kerangka analisa yang lebih luas yang melibatkan paradigma pembangunan tidak mapan serta kegagalan atau ketidakupayaan kerajaan hari ini menangani masalah banjir wajar diberi perhatian serius.
Aku senantiasa pergi ke Segamat.  Aku suka ambil Jalan Tangkak, menghala ke arah selatan, masuk pekan Segamat dan menghala terus ke arah kedai wantan mee.  Kalau untuk sarapan pagi aku sukakan "Roti Canai Jackie Chan" dan Kopi Hailam.  Kini aku lebih risaukan keadaan rakan-rakan di Segamat yang masih terperangkap dalam tingkat dua rumah masing-masing atau rumah orang lain.
Kalau empat tahun yang lepas aku hanya bawa banyak air mineral semulajadi semasa melawat rakan-rakan di Segamat, kali ini aku akan bawa sayur-sayuran, Oren Mandarin dan kuih tahun baru Cina ke sana.  Jumpa nanti Segamat.  Jangan kita lupakan ketidakupayaan kedua-dua Ahli Parlimen Labis (anak) dan bekasnya (bapa) yang hanya tahu menyerang isu bersalaman membuta tuli!

himpunan 30k pemuda pas MALAYSIA



1.0 PENDAHULUAN
Himpunan 15 K pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukuran melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut. Mengikut rekod, Himpunan tersebut dihadiri seramai 12,600 peserta dari seluruh negara kecuali dari Johor dan Melaka (kerana musibah besar berlaku di duna negeri tersebut).
Kini setelah 4 tahun berlalu Himpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta yang lebih besar sekali ganda dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Ukurannya adalah seramai 10 orang pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ. Jika dikumpulkan sebanyak 3000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan.
Himpunan ini memerlukan pengorbanan yang besar serta komitmen yang tinggi dari semua Ahli jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya. Sudah pasti, tujuan kehadiran peserta adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13 dan menambah motivasi petugas-petugas PAS di seluruh negara.

2.0 OBJEKTIF
2.1. Mengumpulkan kekuatan pemuda seramai mungkin sebagai persiapan menghadapi PRU ke 13.
2.2. Mempertahankan kerajaan negeri Kedah pada pilihanraya umum ke 13.
2.3. Menonjolkan pemuda PAS sebagai pendokong utama kerajaan negeri Kedah Darul Aman.

3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT

Tarikh : 19 Februari 2011 / bersamaan 16 Rabiulawal 1432 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 malam
Tempat: Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar – Sungai Petani, 06650 Simpang
Empat, Alor Setar, Kedah.

5.0 PESERTA
5.1. Ahli sistem Komuniti UKJ yang telah didaftarkan dan disenarai pendek dan bukan Exco DPPK (Minimum 10 orang 1 cawangan x 3000 cawangan)
5.2. Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (Pemuda) = 100 setiap negeri
5.3. Exco DPPK (20 orang x 150 kawasan)
5.4. Exco DPPN (15 orang x 14 negeri)
5.5. Exco DPPP ( 35 orang)
Yuran Penyertaan : RM 10 seorang

12.0 PENUTUP
Semoga program ini mendapat sokongan yang padu dari semua pihak. Sesungguhnya kejayaan yang kita dambakan menuntut komitmen dan pengorbanan serta rasa kebersamaan yang tinggi seluruh ahli pemuda. Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk kita menghadapi mehnah PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Hanya padaNya kita berserah dan hanya padaNya kita mohon pertolongan. Wallahu’alam.

ATURCARA PROGRAM

(19 Februari 2011 – SABTU)
PAGI
6.30 pagi – 9.30 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.45 pagi : Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
9.50 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah
10.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu PAS dan AMAL.
: Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
: Ucapan Aluan Pengarah Himpunan
: Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
: Ucapan Perasmian
Oleh : YAB Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak
– Menteri Besar Kedah.
11.00 pagi : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda
Ybhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YB Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Ustaz Idris Hj Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
YBhg Dato’ Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat
YBHg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat

PETANG
1.30ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur
2.30 ptg : Program Anak Muda - KONSERT
4.00 ptg : Ucapan Penutup
Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
5.00 ptg : Perlawanan Bolasepak Persahabatan
Pasukan Pemuda PAS vs Pasukan Bekas Pemain Bolasepak Kebangsaan
6.45 ptg : Rehat

MALAM
7.30 malam : Solat Maghrib dan Munajat Perdana bersama
YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
9.00 malam : Ceramah Umum
YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ybhg Ustaz Nasharuddin Mat Isa
YBhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
YAB Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan Abd