Friday, November 30, 2012

Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasan Bentong yang menurutnya tidak akan dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong telinga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Berita penuh: http://www.malaysiakini.com/news/215588

P/S : Mari kita pastikan DAP menang di Bentong....tak sabar nak tgk orang kena potong telinga...adoyaiiii...uk pengetahuan di Bentong calon DAP akan bertanding menentang calon MCA...
 — 

GAMBAR JADI SAKSI!!! UMNO dakwa berjuang Islam tuduh PAS sesat, hakikatnya...


 
GAMBAR JADI SAKSI!!! UMNO dakwa berjuang Islam tuduh PAS sesat, hakikatnya...



Cuitkan minda dan gegarkan sedikit akal...Lihat dengan mata kepala sendiri dengan gambar diajak berbicara demi pencerahan minda. 

Jangan kita hina kebijaksanaan diri kita sendiri disebabkan anutan politik sambil menolak kebenaran yang jelas terpampang didepan mata. 

Kebenaran itu perit. Terimalah kenyataan walaupun dari musuh politik anda. Kebenaran dan kesahihan tidak boleh diselindung dan diselimut dengan dipadam hitam dimedia arus perdana kerana kini kita sedang berada dizaman informasi dihujung jari.

WANG PAMPASAN MANGSA TRAGEDI DITELAN OLEH "GOD CHOSEN PARTY"

WANG PAMPASAN MANGSA TRAGEDI DITELAN OLEH "GOD CHOSEN PARTY"....parti haram jadah UMNO + BN tipu duit tawanan perang ........( ada hati kata tuhan sayang...., bodoh nak mampos betul....seorang penipu disayangi tuhan kerana tipu rakyat sendiri )

Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilion untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.

Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

perubahan melalui Barisan Nasional (BN).


KUALA LUMPUR: Perubahan terhadap negara bukan perlu dilakukan dengan mengubah kerajaan yang memerintah tetapi sebaliknya menerusi perubahan melalui Barisan Nasional (BN).



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu jelas sekiranya rakyat terutama generasi muda di negara ini menuntut perubahan negara.
"Kita tidak perlu ubah kerajaan untuk mendapat perubahan negara disebabkan agenda 
Umno dan Barisan Nasional di bawah (kepimpinan) Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah agenda transformasi.
"Segala transformasi yang kita buat seperti ekonomi, politik dan kerajaan, semuanya daripada kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita mengenai ucapan dasar presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, idea dan cadangan bahawa perubahan hanya dapat dilakukan sekiranya kerajaan diubah tidak diperlukan, di mana ia sama sekali ditolak dan disangkal.
"Menerusi ucapan presiden parti, perubahan itu akan datang melalui BN tanpa menjejaskan masa depan negara," katanya.
Menurut Khairy, Najib sebagai Presiden Umno memberi isyarat yang serius bahawa pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang amat penting mengenai soal masa depan parti dan rakyat.
"Pilihan yang terbaik iaitu Barisan Nasional dan bukannya pakatan pembangkang yang memusnahkan negara," katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2012 membuka tirai secara rasmi pada Khamis dengan fokus kepada amanat Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan Umno memimpin Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan yang dihadiri 2,759 perwakilan akan berlangsung selama tiga hari di Dewan Merdeka, PWTC di sini.

Lakonan Pejuang Melayu Bermula Semalam




Oleh Idris Hj Ahmad

Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, mengelupor seperti lembu yang hendak mati. Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan Agama.

Walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah. 

Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan. Mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama. Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja.

Pemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno. Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang. Pada hal yang mengkhianat sesama Melayu ialah Umno. Mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu. Tetapi Umno membaling batu sembunyi tangan atau pun seperti pencuri menjerit pencuri.

Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat. Andaiannya, Umno boleh buat apa sahaja kerana dia Melayu. Seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri . Walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanam sesama bangsa dan agama. Penapian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak sokong Umno contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno. Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?

Sumber: idrisahmad.wordpress.com