Tuesday, February 9, 2010

Terima Kasih Rakyat-DSN

9 Feb 2010 Ipoh : Dato Seri Nizar dalam sidang media di pejabat Pakatan Rakyat Perak telah menggariskan beberapa perkara yang perlu disampaikan kepada Rakyat mengenai apa yang berlaku pada hari ini dan keputusan mahkamah persekutuan awal pagi tadi.Antaranya beliau menyatakan bahawa Keputusan mahkamah hari ini sekaligus dengan jelas telah menolak rayuan yang difailkan oleh Dato Seri Nizar pada 5.11.2009 yang lalu.Walaupun 3 persoalan yang dikemukakan oleh peguam beliau dijawab namun Dato Seri Nizar menyatakan bahawa beliau dan pimpinan PR yang merasakan bahawa jawapan itu tidak begitu memuaskan dan ia akan diteliti oleh mereka dalam masa terdekat ini.

Keputusan juga dirasakan tidak konsisten dan hujah yang dibacakan juga berlanggaran diantara satu sama lain.Namun beliau menyatakan bahawa keputusan mahkamah hari ini ialah sekadar intepertasi mahkamah dan beliau menyatakan bahawa Rakyatlah sebenarnya penentu kepada sesebuah Kerajaan yang ada dan bukanya mahkamah.

Dato Seri Nizar turut menyatakan apa yang berlaku hari ini ialah sebuah Sejarah Hitam bukan sahaja kepada Rakyat Perak namun segala yang berlaku meninggalkan kesan dan juga impak kepada Negara ini.Keputusan hari ini juga akan ditafsir akan menjejaskan kuasa Parlimen dan juga Dewan Negeri dan beliau juga menyatakan bahawa akibat dari ini juga segala keputusan memungkinkan ia hanya dibuat berdasarkan dokumen dan tidak lagi melalui saluran yang betul.

Akhirnya Dato Seri Nizar menyatakan sekiranya dato seri Zambry memetingkan Rakyat dan yakin sokongan Rakyat berpihak kepada mereka apa sudi kiranya beliau akur dengan desakan rakyat dan bubarkan dun Perak dan kita berentap di gelanggang rakyat dalam menentukan Kerajaan yang Rakyat mahu.

Akhirnya Dato Seri Nizar menyatakan ribuan terima kasih kepada semua Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan beliau juga mewakili pimpinan PR memohon kemaafan dari seluruh Rakyat sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sepanjang masa pemerintahan dan berjuang.Dato Seri Nizar mengajak rakyat untuk bersikap tenang dan jangan bertindak di luar batasan dan patuh kepada undang - undang.

UMNO Mungkin dimalukan!!!?; Nantikan Keputusa...

“Zambry MB Perak” itulah tajuk utama Utusan Malaysia pada 06 Februari 2009 dan “beliau akan mengangkat sumpah esok (Jumaat) manakala barisan Exco pada Selasa”. Lihat ; http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Ana amat terkejut dengan situasi yang berlaku di Perak pada ketika itu. Pada pagi 6 Februari itu juga ana dipanggil untuk mengadap seorang yang bergelar “Datuk”. Sebaik ana duduk dihadapannya, dia bertanya kepada ana samada ana sudah membaca surat khabar. Ana hanya menggelengkan kepala, ttp sebenarnya ana sudah pun membacanya melalui utusanonline.

Dia terus memberikan kepada ana akhbar Utusan dan menunjukkan pada ana tajuk utama iaitu “Zambry MB Perak”. Belum pun ana memulakan bicara, dia terus berkata pada ana “mana boleh buat macam ni, Umno tak tengok perlembagaan Negeri Perak ke?”. Ana mendiamkan diri dan membiarkan dia berkata apa yang dia mahu katakan.


SULTAN Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong di Istana Kinta, Ipoh, pada 5 Februari 2009 berikutan tindakannya keluar daripada DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri- BERNAMA

Utusan turut menyatakan “Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta. Jawatan Menteri Besar dan Ahli-ahli Exco dianggap kosong sekiranya enggan meletak jawatan.”. Kenyataan itu dipetik dari Kenyataan media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Lihat http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Ana berfikir sejenak memikirkan situasi yang berlaku. Ana bertanya pada diri ana atas “ceases to command the confidence of the majority” apakah yang menjadi pertimbangan ketika itu? dan adakah tindakan yang dilakukan itu berpelembagaan? .

Pada 11 Mei 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Mohammad Nizar tidak pernah meletak jawatan selain itu tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, pada 22 Mei 2009, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Md. Raus Shariff berpuas hati bahawa Sultan Perak betul ketika melantik Zambry menggantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Selang beberapa hari selepas keputusan Mahkamah Rayuan itu, seorang "Datuk" yang lain memberitahu pada ana bahawa "Umno akan dimalukan jika sekiranya kes Menteri Besar Perak diteruskan di mahkamah, lebih baik jika DUN Perak dibubarkan sahaja"


Bagi ana, Sultan tetap tiada kuasa memecat Nizar... seperti yang ana tulis di bawah ini..baca dan fahami maksud setiap hujah peguam Nizar..
“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.
Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.  
Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.  
Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.  
Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.
Ana harapkan apa sahaja keputusan nanti perlu dihormati sebagai tanda mempertahankan institusi kehakiman dan seterusnya melihat ia sebagai satu hakikat atas kepentingan rakyat. Jika ada yang tidak puas hati, tunggu Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk menterjemahkan perasaan itu.

Bagaimanapun, pihak yang kalah dalam kes ini masih boleh memohon Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya sendiri mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mencabarnya berdasarkan hujah dari sudut perlembagaan.

MB vs MB : Zambry Menang, Nizar Tumpas..

Hahahaha.. keputusan dah tau dah kan...??

mkinilive_bm: Rayuan Nizar ditolak sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan dan memutuskan Datuk Seri Zambry adalah Menteri Besar yang sah.

Anil: Edmund: (note this post may contain mistakes as it is paraphrased. Full judgment will be posted soon and this post will be removed by the end of the day)

1109 no order as to costs by consent. Question 1 answered in affirmative, question 2 answered that extraneous means possible, question 3 if mb doesn’t resign, post can be deemed vacant. However all is not lost, nizar still able to move a no confidence motion in housev zambry or make rep to sultan that zambry no longer commands majority.

1105: word “shall” is mandatory so if nizar’s request to dissolve was refused, nizar must resign. If nizar doesn’t resign, nizar went v 16(6) and sultan can remove. Appeal dismissed

So makna sekarang ketua pembangkang di parlimen buleh bawa lagi 34-35MPs, pegi jumpa Agung dan buat kerajaan baru...baguss. ...lagi senang..lepas nie..tak payah mengundi dah..suruh Agung atau Sultan lantik saja sapa2 untuk jadi ketua kerajaan...bagussss ssss..well done play..!!

Tahniah Zambry..sebab hang menang kerana cara yang paling tak bermaruah... dan ingat what goes around comes around, what goes up must come down!!..


Tahniah kepada Nizar sebab terus lawan..dan lawan...tak kira la menang ka kalah..yang pasti..nama Nizar akan di kenang sampai bila2 oleh rakyat Perak..malah seluruh dunia..

TAHNIAH...

p/s: Lepas nie aku tau apa yang ayat mula2 sekali Zambry nak cakap "alhamdullialh sebab sy dah buat solat hajat baru2 nie..tuhan dah pekenan permintaan saya..." ..ok latu..tungguu. ...PRU 13 akan tumbang punya la...

Menulis semula perlembagaan??

Hari ini termaktub satu sejarah dalam perjalanan demokrasi di negara kita bilamana Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi serta mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, bahawasanya Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah dari segi undang-undang.


Penghakiman oleh panel lima orang hakim menyorot dua perkara penting dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu Perkara 16 (6) dan 36 (2). Perkara 16 (6) menerangkan keadaan bilamana seorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka beliau sama ada menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon perkenan membubarkan DUN atau beliau secara bertanggungjawab meletak jawatan.

Nizar membawa kesnya ke mahkamah menggunakan Perkara ini, bahawa beliau telah menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon pembubaran DUN tetapi tidak diperkenankan. Dalam keadaan begini Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak telah mengambil tindakan melantik Menteri Besar yang baru iaitu Zambry, pada ketika Nizar belum meletak jawatan. Berdasarkan Perkara 16 (6) ini, sebelum Nizar meletak jawatan, beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mengizinkan beliau, selagimana tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang, dipecat oleh sesiapa, wa’ima oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak sekalipun. Dari sinilah krisis bermula…

Perkara 36 (2) pula adalah pernyataan umum tentang kuasa Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN, kerana ia umum, maka ia boleh digunakan sama ada dalam keadaan biasa atau luar biasa, sama ada untuk keperluan pilihanraya lima tahun sekali atau untuk keperluan-keperluan mendesak seperti yang berlaku di Perak.

Yang menarik untuk dibincangkan adalah bagaimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri hanya semata-mata berasaskan sebuah “pertemuan” di antara Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak dengan 31 orang ADUN. Mahkamah mencatatkan bahawa adalah memadai dengan pertemuan tersebut untuk menjadi tanda bahawa DUN telah hilang kepercayaan terhadap Nizar.

Ini yang ditulis, dan ini untuk berpuluh atau beratus tahun akan datang bakal kekal sebagai sebahagian dari Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tetapi kesan keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan hanya terhadap Negeri Perak tetapi ia juga “mencederakan” pemerintahan negeri lain.

Jika proses menentukan hilang kepercayaan terhadap seorang Menteri Besar begitu mudah boleh dilakukan hanya melalui sebuah “pertemuan,” bagaimana halnya bila pada 23 Mac 2008, Rosol Wahid yang mengetuai sekumpulan 22 orang ADUN BN di Terengganu menghantar memorandum kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, membantah perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru. Pada hari yang sama juga Ahmad Said menerima watikah perlantikan Menteri Besar dari MPPR. Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menyifatkan perlantikan Ahmad Said tidak mengikut perlembagaan kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN BN.

Nah… jika status sebuah “pertemuan” boleh dipakai untuk mengesahkan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, apa bezanya sebuah memorandum yang menggabungkan suara 22 orang ADUN? Kalau mengikut logik Mahkamah Persekutuan hari ini (yang sedang menulis semula perlembagaan) , Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dalam keadaan beliau, bukan sahaja hilang, tetapi tiada kepercayaan dari majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Salah? Rosol kena buat usul undi tidak percaya di DUN, memorandum tidak terpakai? Kalau memorandum tidak boleh pakai, maka “pertemuan” itu juga tidak bererti apa-apa.

Mahkamah Persekutuan hari ini juga menghukum rasionalnya “pertemuan” boleh menjadi penentu bahawa Nizar telah hilang kepercayaan DUN kerana tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang usul undi tidak percaya. Memang tiada, kerana undang-undang kita digarap berkiblatkan gaya Westminster, seperti United Kingdom, Kanada dan Australia, terutamanya United Kingdom yang merupakan bekas penjajah kita. Mengikut gaya ini, usul undi tidak percaya diformalisasikan mengikut konvensyen berperlembagaan (constitutional convention). Maka Mahkamah Persekutuan hari ini telah lari dari gaya Westminster dan merujuk perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol yang punya undang-undang bertulis tentang usul undi tidak percaya. Sekali lagi perlembagaan kita sedang ditulis semula…

Kalau benarpun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berasaskan kepada kepercayaan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri, bagaimana mungkin di ketika Nizar belum meletak jawatannya, seorang Menteri Besar baru boleh dilantik? Jika Mahkamah Persekutuan mengatakan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang perlunya usul undi tidak percaya, maka Undang-Undang Tubuh yang sama tidak juga langsung memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh dipecat oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak, tidak pula memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh terlucut jawatannya semata-mata kerana sebuah “pertemuan.”

Kalaupun benar kata Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti, 31 dari 59 orang ADUN, bolehkah beliau dilantik sebagai Menteri Besar dalam keadaan Nizar belum meletak jawatan? Berdasarkan konvensyen berperlembagaan gaya Westminster yang selama ini menjadi rujukan kita sebagai salah sebuah negara Komanwel, dan ia juga selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, andai berlakunya usul undi tidak percaya, Nizar ada dua pilihan, pertama meletak jawatan, kedua mendapatkan kelulusan pembubaran DUN dan memanggil satu pilihanraya baru.

Masalahnya, usul undi tidak percaya tidak pernah berlaku, Nizar tidak mahu meletak jawatan dan lebih cenderung dengan pilihan kedua iaitu pembubaran DUN dan pilihanraya baru, tiada masalah sama ada Nizar memohon perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak berdasarkan Perkara 16 (6) atau 36 (2). Disinilah perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memainkan peranannya. Selagi Nizar belum meletak jawatan, selagi DUN belum dibubarkan dan pilihanraya baru tidak dipanggil, selagi itulah Nizar masih Menteri Besar Perak.

Nampaknya. bukan hanya sejarah ditulis oleh orang yang menang, undang-undang juga begitu! Selepas Nizar nanti tiba pula giliran Anwar yang menyerahkan nasib mereka kepada mahkamah. Apa yang saya mampu harapkan, teringat sebaris dialog dalam siri drama West Wing yang saya pernah tonton dahulu, “… sometimes opposition win…” Kadang-kadang sahaja, yang kadang-kadang itupun kadangkala dirampas, ingatlah itu.
thatguy- apa2 pun ternyata sultan lebih bertahta...tapi sampai bila? satu qoute dari sahabat saya mengatakan "yang berkuasa akan mempengaruhi pihak yang satu lagi"...mungkinkah ini yang berlaku??

Siapa yang mengkianati orang Melayu??


Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.


2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Sedia Berdepan Rakan Tidak Sehaluan









SEBERANG JAYA, 8 Feb:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup berhadapan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat yang tidak sehaluan semata-mata untuk menjaga kepimpinan yang diamanahkan oleh rakyat pada 8 Mac 2008 lalu. "Jika dulu kawan, sekarang lawan, nak buat macam mana, mereka yang pilih macam tu. Demi perubahan Pulau Pinang, saya sedia menerima risiko," katanya semasa menutup Karnival Penang Harmoni: Muhibbah dan Berintergeriti anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri di tapak ekspo, di sini, malam tadi.
Katanya, kerajaan negeri tidak akan mengubah dasar Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) untuk memenuhi hasrat rakan-rakan.
"Sebaliknya jika sesiapa yang mahu projek, mereka kena ikut cara tender terbuka tidak melalui 'kabel politik' macam dulu di zaman Barisan Nasional," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih berkata, sekarang kerajaan negeri telah memperkenalkan tender terbuka menerusi hujung jari, tidak lagi perlu menulis borang.
Tambahnya, cara berkenaan lebih efisyen dan pantas sesuai dengan era teknologi terkini di mana manusia terlampau sibuk dengan berbagai urusan peribadi, perniagaan ataupun apa sahaja.
Menyentuh mengenai isu dua orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, beliau menambah, bagi merealisasikan pemerintahan yang dinamik, bertamadun dan berkeyakinan pasti muncul rintangan sama ada dalaman ataupun luaran.
"Sudah menjadi kebiasaan bila nak buat baik mesti ada rintangan. Tak apa, sudah lumrah, yang penting kita mesti hadapinya dengan tenang walaupun berisiko," ucapnya penuh bersemangat.
Beliau sedar sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik pelbagai peristiwa sepanjang dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat ialah Umno dan komponen BN.
Katanya, kepimpinan mereka tidak akan duduk diam memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat yang jauh lebih kemampuan dan baik berbanding BN yang sudah 50 tahun memerintah.
Menurutnya, pemimpin BN mengambil kesempatan terhadap kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk menambah karung kocek sendiri.
"Jika Umno dan BN benar-benar ikhlas berjuang terhadap bangsa, apa salahnya mereka membantu kerajaan sekarang untuk meningkatkan pendapatan negeri di samping memberi pandangan bernas berhubung kepentingan bersama. Elakkan pertembungan yang berterusan. Jangan jadikan perbezaan politik mengakibatkan kita sama-sama rugi padahal negeri lain mengecapi pembangunan, " ujarnya.

Kisah Benar : Pendemo NGO ...

(memang betoi la geng 786 da mamak pedukang yg ramai join demo ni...bukan zulmamakpng blogger aaa..)

Saya berjaya bercakap dengan salah seorang kawan saya dari Penang. Beliau ni agak mahir jugak selok belok politik Penang ni. Saya terus tanya pasal kes demo di Penang baru-baru ni. Saya kata dahsyat punya marah puak2 tu sampai bakar gambar Guan Eng.

Dia cakap jangan tertipu dengan aksi-aksi agresif puak-puak tu. Dia kata kepala-kepala demonstrans tu adalah kroni-kroni Nor Mat Yaakob. Masa Pak Lah tengah kuat, puak2 786 tu jadi sangat rapat dengan Koh Tsu Koon. Koh Tsu Koon dok bagi depa projek sampai tak mau.

Koh Tsu Koon pun tau Nor Mat Yaakob ni satu negeri dan kabel kuat dengan Pak Lah. Jadi, demi menjaga hubungan mereka, kepala-kepala demonstran ni diberikan banyak projek-projek dan kontrak-kontrak. Mereka macam buaya kenyang sepanjang Penang diperintah BN.

Dia kata lagi, Melayu-melayu UMNO Penang pun tak suka puak2 ni. Sebab tu demo di Penang minggu lepas, mana ada nampak muka Melayu sangat. Kalau ada pun Ibrahim Ali je. Ramai Melayu UMNO menyumpah puak2 ni sebab dulu, diorang ni yang monopoli projek dari kerajaan negeri.

Masa Nor Mat Yaakob kempen 2008 dulu pun, puak2 ni yang dah kenyang dapat kontrak, bukan nak tolong kawasan lain sangat. Semua tertumpu di kawasan Nor Mat Yaakob bertanding. Last-last bila result keluar, semua tergolek dog, tinggal Nor Mat Yaakob je yang menang.

Jadi, kawan saya kata demo di Penang tu bukan demo Melayu tetapi demo 786. Jadi, dia sendiri pun "tak lapaq nak turun".

Dia juga bagitau, puak2 786 yang demo tu juga sering sponsor Cikgu Azmi dan Teras. Ada kepala2 demo tu selalu bagi duit kat CIkgu Azmi untuk aktiviti-aktiviti TERAS. Tu yang semenjak PR menang, kita lihat Cikgu Azmi ni slow sangat dalam menyerang UMNO.

Dalam isu Kalimah Allah baru-baru ni pun, CIkgu Azmi bersengkongkol dengan UMNO dan NGO2 UMNO walaupun hukum tak berapa jelas samada ia haram atau tidak.
Saya kata saya ada dengar cerita Cikgu Azmi selalu dapat derma dari kepala-kepala 786 ni. Tapi, saya akan cuba cari bukti lagi.

Kawan saya kata, dia sendiri pun bengang dengan UMNO Penang. Dalam keadaan kalah pun, masih nak bergaduh sesama sendiri. Selama ni pun bukannya Melayu terbela di Penang.

Semenjak dari dulu lagi, bila ada orang-orang yang baik dan bijak serta berkelayakan masuk UMNO, orang itu akan dicari jalan supaya ditendang keluar dari parti. Kalau tiada salah, mereka akan buat cerita kononnya orang ini datuknya anak haram, nenek anak haram. Cerita2 fitnah ni diulang-ulang untuk buat orang2 yang baik dan layak ni "fed-up" dan menarik diri.

Tinggalah orang-orang yang tidak berguna dalam UMNO Penang yang terus memimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian.

Kawan saya kata lagi, siapa di kalangan kepimpinan UMNO Penang yang kita nampak layak untuk memimpin UMNO Penang sekarang ni? Tiada langsung. Semua hempeh. Semua ada kes. Semua tak boleh pakai.

Oleh kerana itulah, dalam keadaan UMNO kalah macam ni pun, mereka tak boleh bangkit kembali. Mereka lebih suka bergasak sesama sendiri berebut projek2 Persekutuan dari mencari jalan membina UMNO semula.

Penghabisan dia kata, dia pun dah jadi NGO, tak mahu terlibat dalam UMNO Penang.