Wednesday, August 10, 2011

Percaya Tak? Disangka Mengandung Rupa-rupanya Ular Membesar di Dalam Perut Wanita Pakistan

Lahore: Aneh tetapi benar. Seorang perempuan Pakistan mengaku mengandung seekor ular besar di dalam perutnya.  Menurut laporan media Pakistan, baru-baru ini, perempuan berusia 50 tahun bernama Rasheedan Bibi yang berasal dari Saggar, Lahore utara, mengaku secara tidak sengaja tertelan anak  ular kecil  yang berada di dalam air minumannya beberapa bulan lalu.

Namun setelah beberapa minggu, perut Rasheedan mulai membesar secara luar biasa, dan ia yakin bahawa dirinya hanya hamil.  Dengan perutnya yang terus tumbuh membesar, ia juga mengaku kesakitan. Setelah tujuh bulan perutnya membesar, Rasheedan akhirnya mencari bantuan perubatan dan pergi ke rumah sakit untuk memeriksa  perutnya.

Menurut Rasheedan, staf rumah sakit sudah menggunakan ultrasound  untuk melihat apa yang tumbuh dalam dirinya dan mengatakan ada seekor ular besar yang melilit isi perutnya.
Rasheedan wanita yang berasal dari latar belakang keluarga miskin itu segera meminta bantuan dengan pihak berkuasa tempatan  agar dapat membantunya mendapatkan pengubatan operasi pengeluaran ular besar itu.  

Menurut seorang pengomen dalam akhbar berkaitan, berita ini berkemungkinan palsu.  Asid di dalam perut manusia tidak akan membenarkan ular untuk hidup, apatah lagi hidup dan membesar. [TheMorningStar.co.uk]

Lagi 'pengundi klon' dikesan dalam daftar pemilih


Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi - dan sekarang lebih banyak 'pengundi klon' pula muncul dalam daftar pemilih.

Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah 'diklonkan' dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor MyKad berbeza.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali.

Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor MyKad yang berbeza - 380913105681 dan 510913105553.

Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan:

1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftrakan di Titiwangsa)

2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

Berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu.

Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) - mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (MyKad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (MyKad: 620108086713).



Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur.

Pengundi kedua - Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) - juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor MyKad berasingan - 611110015143 and 611110115371

Kalau Macam Ni Punya Perangai, Baik Join Kristian Sajalah..

Selamba beli makan tengah hari !!!

Sebahagian daripada pelanggan dipercayai beragama Islam membeli makanan tengah hari di sebuah gerai di AU3 Keramat pada kira-kira pukul 11 pagi, semalam.

Setiap kali bulan Ramadan menjelma hinggalah bulan mulia yang penuh keberkatan itu melabuhkan tirainya, cerita tentang kaki ponteng puasa pasti kedengaran.

Pelbagai alasan diberikan oleh kaki ponteng terbabit untuk mewajarkan perbuatan mereka itu dan mereka juga sering dilihat membeli makanan secara bungkus tanpa rasa bersalah.

Tinjauan berjaya mengesan sebuah gerai di Jalan AU3/29, Keramat di sini yang dilihat menjadi ‘lokasi terbaik’ untuk kaki ponteng puasa melayan selera.


Golongan tersebut dilihat semakin berani, tanpa segan-silu dan secara terang-terangan mengunjungi gerai nasi berlauk yang dibuka sejak pagi setiap hari itu.

Sepanjang pemerhatian selama satu jam bermula pukul 10.30 pagi semalam, gerai tersebut didatangi lebih daripada 10 lelaki yang dipercayai beragama Islam untuk membeli pelbagai makanan di situ.

Kesemua lelaki berusia awal 20 hinggalah warga emas itu dilihat membungkus makanan sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat seperti rumah masing-masing untuk menikmatinya.

Penulis yang kemudiannya mengunjungi gerai itu dan berpura-pura ingin membeli makanan mendapati terdapat lebih 10 jenis lauk terhidang secara terbuka di gerai tersebut.

Lebih memeranjatkan, minuman teh 0 panas yang sudah siap dibungkus turut disediakan bagi memudahkan kaki ponteng membelinya dan membawa pulang.

Salah seorang pekerja di gerai itu mendakwa gerai tersebut beroperasi pada sebelah malam pada hari biasa dan dibuka pada waktu tengah hari pada bulan Ramadan.

Ditanya tidakkah dia rasa bersalah kerana menggalakkan orang ramai ponteng puasa, pekerja berusia akhir 30-an itu mendakwa dia hanya bekerja di situ dan tidak tahu perkara-perkara lain.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Din berkata, sejak hari pertama berpuasa, gerai itu menjadi tumpuan kaki ponteng puasa dan keadaan itu benar-benar memalukan.

Sehubungan itu, dia meminta supaya tindakan bukan sahaja diambil kepada kaki ponteng puasa tetapi juga kepada peniaga yang membuka perniagaan dan menjual makanan sebelum waktu yang dibenarkan.

Percintaan Pasangan Tukar Jantina


PRAGUE - Sepasang kekasih di Republik Czech layak digelar pasangan paling pelik di dunia kerana mereka jatuh cinta selepas kedua-duanya menjalani pembedahan menukar jantina.

Dominik Sejda, 45, atau nama asalnya Ilona Tomeckova, dilahirkan sebagai wanita pernah menjalani pembedahan menukar jantina untuk menjadi lelaki dan dia kini hidup bersama dengan seorang lelaki yang telah menukar jantina menjadi perempuan, Andrea Kajzarova, 32.
Sejda memainkan peranan sebagai lelaki manakala Andrea merupakan wanita dalam hubungan tersebut.
Mereka yang bekerja sebagai pembantu ambulans di dua hospital di sini, berkenalan dalam satu laman web pondan.
Lebih aneh, Sejda pernah melahirkan seorang anak lelaki 25 tahun dahulu, Radim, yang juga telah menjalani pembedahan untuk menukar jantinanya menjadi wanita.

Orang Yang Tinggal Di Burj Khalifa Tingkat Paling Atas Perlu Puasa Lebih Lama - Fatwa!

Burj Khalifa
Ulama mengeluarkan fatwa terhadap para penghuni di bangunan paling tinggi dunia, Burj Khalifa hari ini untuk menangguhkan waktu berbuka mereka mengikut tingkat ke berapa mereka tinggal.

Bagi yang tinggal di tingkat yang lebih dari ke-150, waktu berbuka mereka adalah lewat sebanyak 3 minit daripada biasa. Bagi yang tinggal antara tingkal 80 ke 150, waktu berbuka mereka adalah lebih lewat sebanyak 2 minit daripada biasa.

Ini berikutan mereka yang tinggal pada tingkat yang lebih tinggi masih dapat melihat matahari terbenam lebih lama berbanding daripada mereka yang berada di bawah.

Begitu jugalah ketika waktu bersahur, mereka yang berada di tingkat yang paling tinggi akan menyaksikan dulu matahari naik berbanding mereka yang berada di bawah. Baca laporan asalnya di bawah:


Tak terfikir pulak selama ini tentang masalah tersebut. Memang betul secara logiknya mereka yang berada di atas sudah tentu bakal menyaksikan matahari terbenam lebih lewat daripada mereka yang berada di bawah. Banyak impliksinya terhadap fatwa terbaru di atas.


Zaman sudah berubah, dulu paling tinggi manusia hanya tinggal atas pokok. Kini manusia berlumba-lumba membina bangunan-bangunan tinggi mencakar langit dan menghebohkannya di seluruh dunia. Negar kita juga tidak ketinggalan mengikut perangai sebegini apabila membina KLCC sebagai menara berkembar paling tinggi suatu ketika dulu. Begitu juga dengan projek bangunan warisan yang mahu dibina PM kita sekarang.

Bagaimana dengan mereka yang berada di tingkat KLCC pada tingkat yang paling atas, adakah ada perbezaan waktu antara waktu berbuka mereka dengan orang yang berada di bawah dan bagaimana menentukannya.

Begitu juga bagi mereka yang sedang berada udara di dalam kapal terbang dalam perjalanan. Sudah tentu mereka berada pada kedudukan paling tinggi jauh melebih Burj Khalifa dan sudah tentu jarak berbuka antara mereka dengan orang di darat jauh lebih lama.

Selaion daripada waktu berbuka atau bersahur, kita juga terpaksa melihat semua waktu bersolat 5 waktu kita yang mana ianya akan berbeza-beza antara yang berada di tempat tinggi dengan mereka yang berada di tempat yang rendah.

Wanita Islam Murtad Masuk Kristian Dibogel Dan Dipukul Oleh Orang Ramai

New Delhi, Sekitar 50 orang Islam mengamuk di sebuah gereja menuntut seorang wanita, Selina Bibi agar bertaubat dan masuk semua ke dalam Islam. Mereka mengugut untuk membakar gereja tersebut jika waniat itu enggan memeluk bertaubat.

Sebelum itu Selina Bibi telah dibogelkan oleh 2 orang wanita muslim yang datang bersama sekumpulan orang ramai ke rumahnya bagi melihat tanda dia telah menjadi Kristian. Mereka percaya seorang muslim yang murtad menjadi kristian akan terdapat tanda pada tubuh badannya.

India bukanlah sebuah negara Islam tetapi rakyatnya akan segera bangun jika ada orang Islam yang murtad. Berlainan bagi negara kita kini yang didakwa sebagai sebuah negara Islam tetapi apabila penguatkuasa agama yang memang ada peruntukan undang-undang mencegah murtad membuat pemeriksaan di geraja riuh satu negara. Itu baru buat pemeriksaan dan bukannya serbuan kasar atau tidak beradab.


Kita hanya mengambil isu murtad sebagai modal untuk mencari siapa salah samada kerajaan atau pembangkang sedangkan isu ini bukanlah masalah samada pembangkang atau kerajaan yang bersalah. Ia adalah masalah keseluruhan umat Islam di negara kita yang perlu mencari jalan penyelesaian dan menampal segala kelemahan yang ada.

Walau bagaimanapun Kerajaan perlu memikul semua tanggung jawab tersebut kerana rakyat telah mengamanahkan mereka untuk menerajui negara. Dan tidak lupa juga Majlis Raja-Raja dan Agong yang menjadi penaung dan berkuasa penuh dalam hal ehwal agama perlu aktif menangani masalah ini.

Baca laporannya di sini.

Perempuan Ini Bukan Saja Hina Nabi Muhammad, Malah Maki Serapah Allah Dengan Selamba !!!

Katanya wanita dalam bulatan itu
adalah tuan punya badan yang
memiliki blog laknat tersebut !
Bagi yang dah biasa melayari dunia cyber tentu pernah terjumpa dengan web atau blog atau yang seumpama dengannya yang memuatkan tulisan mencerca dan menghina agama Islam. Kebiasaannya mereka adalah para pendokong fahaman tidak bertuhan.

Seburuk-buruk musuh Islam seperti Yahudi atau Nasrani, jika mereka masih setia dengan agama tersebut paling teruk pun mereka hanya menafikan kenabian Muhammad S.A.W dan mereka tidak akan sekali-kali mencerca dan memaki hamun Tuhan.

Tapi amat mengejutkan jika terdapat mereka yang berkemungkinan dilahirkan sebagai Islam dan membawa identiti nama sebagai islam sanggup menjadikan amalan hariannya dengan maki hamun manusia yang kita muliakan iaitu Nabi Muhammad dan yang paling teruk lagi dia juga dengan selamba mempermainkan Allah dengan memberi berbagai gelaran yang menyeramkan bulu roma kita yang beriman.



Daripada tajuk blog tersebut, "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" menambahkan lagi kemarahan kita orang Islam apabila kandungannya 100% mempermainkan Islam dan menghina Islam.

Terdapat dakwaan hasil daripada siasatan para cerdik pandai dunia cyber bahawa kononnya identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara laknatullah tersebut adalah seorang wanita yang berumur 26 tahun. Nama sebenarnya adalah Nor Arlene Tan Bte Khaled, seorang warga kacukan Melayu dan juga Cina. Baca kat sini.

Jurulatih Pilot Royal Air Force Tertinggi British Peluk Islam Menggemparkan Ketua Tentera British !!!

Dr Hayward (Kiri) dalam satu majlis
bersama Persatuan Tentera Udara
Muslim.
Jurulatih penerbangan Britain berprofil tinggi, Dr Joel Hayward yang juga individu bertanggungjawab melatih Putera William mengejutkan ketua turus angkatan tentera British apabila memeluk Islam dan mengecam tindakan tentera NATO yang menyerang Libya.

Beliau yang dilabelkan sebagai "Ayatollah Turus Angkatan Tentera Udara British" mempersoalkan samada betul Gaddafi benar-benar melancarkan serangan ke atas rakyatnya atau tidak dan dengan membiarkan NATO menyerang Libya hanya akan menimbulkan ketidak percayaan orang ramai terhadap NATO.

Dia membuat kenyataan tersebut dalam sebuah majalah Islamik di sana baru-baru ini. Baca laporannya di sini. Kenyataan tersebut mendapat reaksi negatif dari berbagi pihak yang menegaskan bahawa itu hanyalah kenyataan peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan RAF. Baca kat sini.

Fuhh Panass..Ini Semua Kerja Jahat Umno - Utz Azli

Tindakan Umno BN yang menyekat perkembangan ilmu, terutama ilmu agama yang membabitkan tasauf, dari disebarkan di masjid-masjid amat dikesali kerana ia jelas suatu kerja jahat dan bertujuan untuk membolehkan parti itu kekal berkuasa, walaupun jelas akan merugikan rakyat. Dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh parti itu, rakyat negara ini pasti akan kerugian berpanjangan, terutama dari segi perkembangan kerohanian, peningkatan iman serta amal, jika terus berada di bawah pemerintahan Umno BN.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menegaskan, tindakan Umno yang menyekat perkembangan ilmu di kalangan rakyat amat jelas apabila diteliti peraturan yang dikenakan oleh mereka bagi penyampaian tazkirah di masjid-masjid.
Menurut beliau, antara peraturan yang dikenakan itu termasuklah larangan kepada para penceramah menyampaikan ceramah-ceramah yang menyentuh perkara-perkara besar terutama tasauf dan kepentingan politik Islam kepada umat Islam.
Katanya, tindakan tersebut dilakukan untuk menjadikan rakyat jahil tentang tasauf dan ilmu politik Islam kerana jika rakyat memahami ilmu-ilmu itu dibimbangi rakyat tidak akan menyokong Umno BN dalam pilihanraya.
"Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai.
"Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah.
"Perkara-perkara lain yang besar, penting seperti tauhid, tasauf, politik Islam, jihad tidak boleh disampaikan kerana dilarang oleh para pemimpin Umno BN menerusi sekatan-sekatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung di masjid-masjid dan surau-surau," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.
Dengan keadaan itu, menurutnya, ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, surau- surau yang dikuasai Umno BN itu dengan sendirinya tidak memerlukan penceramah-penceramah yang hebat.
Katanya, kalaupun penceramah-penceramah itu juga tergolong dalam golongan penceramah hebat seperti mufti, mereka juga tidak perlu membaca banyak kitab untuk meneliti banyak perkara besar kerana ceramah-ceramah yang perlu disampaikan hanyalah membabitkan perkara-perkara kecil sahaja.
"Dengan itu, secara langsung, jika terdapat soal jawab dalam ceramah tersebut sekiranya ada ruang soal jawab yang dibuka oleh penceramah kepada orang ramai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta juga tentu sekali hanyalah perkara-perkara kecil yang tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk dijawab oleh penceramah-penceramah itu," katanya.
Perkara itu, tegasnya, berbeza dengan ustaz haraqi yang tentunya boleh mengajar pelbagai bidang dalam Islam termasuk tauhid, fekah, usuludin, tasauf, politik Islam, jihad dan sebagainya, sejajar dengan tahap pengajian mereka yang tinggi yang meliputi pelbagai bidang pengajian dalam Islam.
Ceramah-ceramah yang melibatkan ustaz haraqi atau guru-guru tasauf itu, tegas beliau, tentunya bukan anjuran pihak yang mempunyai kaitan dengan Umno BN, tetapi PAS dan NGO-NGO Islam.
"Walaupun para pemimpin Umno BN berusaha keras untuk terus menjahilkan rakyat dalam agama terutama yang menyentuh tentang tasauf, politik Islam dan jihad untuk mengelakkan rakyat menentang mereka balik, PAS dan NGO-NGO Islam tetap berusaha mendokong perkembangan ilmu dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu di seluruh negara.
"Kalau di Kuala Lumpur, hanya nak belajar atau tak nak belajar sahaja, majlis-majlis ilmu anjuran PAS dan NGO-NGO Islam itu berada di mana-mana. Begitulah juga di tempat-tempat lain di seluruh negara," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban menegaskan, setiap umat Islam perlu bijak mengambil peluang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu itu bagi menambah ilmu kerana ia sememangnya diadakan untuk setiap umat Islam yang juga untuk setiap manusia oleh pejuang-pejuang Islam.
"Tindakan para pejuang Islam tentunya berbeza sama sekali dengan pihak Umno. Kepada pejuang-pejuang Islam, setiap ilmu yang dimiliki apatah lagi ilmu-ilmu yang membabitkan perkara besar dan penting pasti akan diusahakan disebarkan kepada orang ramai, berbanding tindakan Umno BN yang hinggakan nak bagi kuliah pun nak menyusahkan," ujar beliau.

Men'jaja-tubuh'......harus?.....oh, bila darurah.....biar betul Mak Cik


Ingat lagi pada Mak Cik yang bercakap ala-ala 'lucah' tapi amat berlapik suatu ketika dulu tak?

Oh......sudah lupa.....maklumlah orang Melayu memang mudah lupa. Sebab mudah lupalah yang umno/BN sesenang hati menipu mereka......dapat batik dan pelikat boleh bikin Melayu 'hilang ingatan' 5 tahun.

Mana-mana yang sudah lupa, cuba-cuba ingatkan siapa yang kata, "dalam keadaan daruroh.....perempuan 'harus' men'jaja' badannya untuk mencari nafkah menanggung anak-anak".....

Hari ini bila sana bising.....sini bising pasal orang Islam.....Melayulah tu yang hidup melarat lagi merempat menerima bantuan dari gereja.....Mak Cik ini tak nak mengalah.....sekarang nilah pulak nak diadakan gerakan besar-besaran untuk menjejaki orang Islam yang perlukan bantuan.

Nak tergelaklah pulak Mak Cik ni mengigau......oh hukum harus men'jaja-badan' sudah berubah rupa ye.

Selama ke ni apa yang Jabatan Kebajikan buat kerja?.....Apa yang Majlis Agama Islam setiap negeri yang jaga kutipan zakat buat kerja?

Nak tunggu orang Islam berada dilembah murtad atau pun sudah murtad baru nak buat gerakan besar-besaran nak bantu mereka?
Nak tunggu orang Islam men'jaja-badan' baru nak buat gerak gempur, nak bantu mereka?
[sumber .]
al-brangionline;
umno/BN dulu...kini dan selama-lamanya memang tak boleh harap...cuma orang Islam (orang Melayu totok yang menyokong umno) yang masih lagi bengap.
p/s ayuh......bangkitlah orang Islam, tumbangkan umno/BN dalam PRU13 akan datang...suburkan demokrasi.....raikan demokrasi.....buat ketetapan sekarang.

Kebuluran di Afrika Timur. Di Mana Kita?

Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. 

Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.

Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Mari kita lihat gambar-gambar keadaan di sana.

Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg

Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air

Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.

Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan

Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api

Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad

Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya

Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh

Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley

Tin makanan yang telah di gunakan dari USA

Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia

Keadaan haiwan ternakan di sana

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011

Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley

Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas

Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011

Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011

Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.

Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan

Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)

Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011

Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian

Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya

Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011

Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam. 

Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.