Tuesday, May 27, 2014

Laksana syariat, ikhlas urusan Allah SWT

ISU UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 NEGERI KELANTAN 

1.         Semua pihak di kalangan umat Islam adalah wajib menerima kewajiban melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan di antara satu sama lain. Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan “ikhlas”  adalah urusan Allah, bukan urusan kita.

2.         Allah telah menegaskan wujudnya berbagai lapisan dan peringkat di kalangan umat Islam. Baca dan fahamilah firman Allah SWT :

وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ (31) ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ (32) فاطر.

Maksudnya :

(31) Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada mu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan memerhatikan.

(32) kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). [Surah Fathir]

3.         Apa yang wajib ialah membetulkan kefahaman dan menjelaskan terhadap salah faham dan kekeliruan terhadap hukum Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan di antara satu sama lain.

4.         Kita perlu juga ingati bahawa ada kalangan yang hanya mengenali isu ini sebagai isu “hukum Hudud” atau sebahagian daripada hukumnya sahaja, tanpa menyedari bahawa Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Fahamilah ilmu jenayah syariah Islam itu dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.

5.         Setengahnya juga tidak ingin memahami kesempurnaan Islam dan hukumnya yang  memberi petunjuk ke jalan yang benar tanpa menyekat kemampuan akal yang bijak dan hak asasi yang tidak melampau sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan yang sebenar. Sehingga ada yang lebih bersimpati terhadap penjenayah, tanpa peduli terhadap mangsanya. Atau lebih melihat hak asasi binatang lebih daripada hak asasi manusia yang sebenarnya.

6.         Sebenarnya kita wajib mengambil hikmah dari para perunding kemerdekaan negara yang mewujudkan Perlembagaan yang memberi ruang adanya hak hukum Syariat dan undang-undang jenayahnya, sehingga menolak dakwaan halangan perlembagaan terhadap wujudnya berbagai-bagai undang–undang dalam masyarakat majmuk.

7.         Kewajipan umat Islam sendiri ialah menafsirkan Islam yang sebenar yang wajib menjadi pegangan mereka dan membuang saki baki sekatan penjajah dalam perlembagaan, kerana kita telah mencapai kemerdekaan.

8.         Kalangan bukan Islam pula sudah ada hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Sepatutnya penganut Islam menyedari hak mereka yang sebenar untuk percaya dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.

9.         Fenomena yang berlaku diwaktu ini ialah merebaknya penyakit jenayah yang menimpa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, khususnya jenayah berat, menandakan tidak ada kehebatan undang – undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang. Adapun umat Islam wajib kembali ke pangkal jalan kepada ajaran agama Islam yang wajib diperkasakan. Ini adalah hak penganut Islam yang wajib dilindungi oleh perlembagaan yang wajib adil terhadap semua.

10.      Ada pun kebimbangan penganut  bukan Islam telah dijelaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun al-Quran ialah firman Allah:

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (42) المائدة

Maksudnya:

(42) Oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

11.      Ayat ini menunjukkan, walau pun berkait dengan penganut agama Yahudi Ahli kitab  yang ada hukum hudud dan qisas dalam kitab mereka, namun tidak dipaksakan ke atas mereka. Apa lagi kepada penganut agama yang tidak ada undang –undang jenayahnya yang tersendiri.

12.      Imam Ibnu Kathir dan lain-lain merekodkan bahawa perkara ini berlaku dalam masyarakat majmuk di awal negara Islam. Maka mazhab Islam yang diamalkan dalam masyarakat majmuk mengambil kira sejarah ini. Di antaranya mazhab Maliki, Hanafi dan  kalangan mazhab Syafe’i dan mazhab yanag lain. Perkara ini termasuk dalam konsep tidak ada paksaan dalam agama.

13.      Adapun dakwaan tidak adil terhadap penganut Islam adalah sebenarnya berpunca daripada kejahilan, sehingga salah faham terhadap ajaran agama sendiri, kerana tidak  menyedari hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan sehingga kadar jenayah menurun dan akhirnya hapus di kalangan penganut Islam. Adalah salah akal, sekiranya memahami bahawa rakyat akan berlumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki, apa yang sebenarnya berlaku ramai kalangan para penjenayah akan bertaubat.

14.      Wajib difahami, bahawa undang-undang jenayah Islam lebih bersifat mendidik daripada menghukum, kerana adanya syarat-syarat yang sangat menyusahkan bagi menjatuhkan hukuman Qisas dan Hudud yang dinaskan dan lebih banyak ruang kepada hukuman Takzir yang lebih ringan dan dengan mendidik. Dalam masa yang sama hakim diminta mencari jalan untuk membebaskan, sama ada daripada kefahamannya sendiri atau bantuan para peguam, dengan meneliti segala keterangan saksi dan lain-lain, disertakan dengan ayat al-Quran dan Hadis yang lebih menggalak bertaubat kepada Allah dan memaafkan di luar mahkamah.

Sabda Rasulullah  s.a.w.:

تدرأ الحدود بالشبهات

"Hukum hudud ditolak dengan adanya kekeliruan."
15.      Kekeliruan yang wujud semasa perbicaraan adalah meliputi sama ada wjudnya unsur paksaan, kejahilan tegar, atau fitnah dalam sesuatu kes itu. Dalam hal ini  Imam Malik menegaskan : ”Sekiranya ada satu unsur kekeliruan daripada  sembilan puluh sembilan bukti yang sahih maka tidak boleh dijatuhkan hukuman. Sabda Rasulullah  s.a.w. :

“Kesilapan hakim membebaskan orang yang dituduh lebih baik daripada kesilapan menjatuhkan hukuman”

16.      Kalangan penentang pelaksanaan Syariat sengaja memilih aspek Hudud dan khususnya isu memotong tangan pencuri dan perompak dan mencacatkan anggota menjadi ruang untuk menyerang undang-undang syariat Allah yang dinaskan, tanpa menghormati hak mangsa jenayah dan lebih mempertahankan penjenayah yang sangat zalim.

17.      Hudud dan Qisas adalah hukum jenayah yang dinaskan dalam Al Quran dan Hadis, di mana sejumlah kecil sahaja yang disenaraikan, hanya dalam perkara yang tidak mungkin diselesaikan oleh akal manusia, maka Allah memberi petunjuk dengan rahmatnya. Ada juga yang boleh dikeluarkan daripada senarai Hudud kerana adanya kalangan ulama yang tidak mengiranya kerana nas yang bersifat umum. Ada perkara lain yang tidak terkiranya banyaknya, maka Allah mengizinkan kebijaksanaan manusia dan pengalamannya.

18.      Cukuplah dengan akibat tidak mampu mengatasi jenayah khususnya keganasan dan moral yang memusnahkan kehidupan manusia. Bagi penganut Islam, keizinan ini menjadi sempadan aqidah yang besar, kerana firman Allah memberi amaran :

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ (20) أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21 ) الشورى .

(20) Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

(21) Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

19.      Kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS sepenuhnya sejak tahun 1990. Undang–undang jenayah syariat dikemukakan mengikut proses siyasah syariah, politik demokrasi dan pengurusannya. Setelah disusun oleh pakar Syariah dan perundangan moden, ianya di bawa terlebih dahulu kepada umum dengan jemputan kepada semua parti politik, NGO Islam dan bukan Islam untuk mendengar dan memberi penjelasan kepada semua pihak. Selepas ini selesai, baharulah ianya dibawa kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan, kemudiannya Terengganu dan berlakulah polemik ilmu secara terbuka selepas dari itu.

20.      Oleh kerana PAS terus memimpin di Kelantan, maka PAS memilih Kelantan sahaja, dan PAS wajib menerima secara positif  terhadap semua pihak yang bersedia menerimanya dan bersedia memberi penjelasan terbuka atau tertutup kepada semua pihak yang masih ragu atau tidak faham hakikatnya yang sebenar. Marilah kita menjelas dan menyatakan Islam adalah rahmat kepada seluruh manusia.

PRESIDEN PAS

Mari boikot coklat ada DNA babi

berita yang menggemparkan beberapa hari lalu ialah pengesahan adanya DNA babi dalam beberapa kategori coklat keluaran Cadbury.

Bagi saya, pendedahan dan perakuan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini merupakan sesuatu yang besar dalam masyarakat Malaysia yang majoritinya penduduknya beragama Islam. Hal ini tidak wajar berlaku kerana syarikat pengeluar cadbury bukanlah baru setahun dua berniaga di Malaysia dan negara Islam lain.

Saya berpendapat, umat Islam di Malaysia wajar memboikot semua produk cadbury dan yang sejalur dengannya. Masih banyak lagi makanan yang seumpamanya yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Jika kita tidak makan coklat keluaran cadbury pun tidak akan menjejaskan apa-apa.

Pemboikotan itu wajar juga diperluas kepada lain-lain produk daripada syarikat yang sama. Hal ini kerana dilaporkan ada 15 peroduk lagi yang tidak dipastikan halal.

Sudah sampai masanya umat Islam bertegas dalam hal ini. Pihak kerajaan pula jangan beri muka kepada syarikat-syarikat ini, yang seolah-olah bermain tarik tali. 

Pihak kerajaan jangan bersikap lembut terhadap syarikat terbabit hanya kerana memikirkan kerugian daripada kutipan cukai dan statusnya bersifat antarabangsa. Kerajaan mesti medahulukan rakyat dalam mendapatkan makanan yang halal dan baik.

Ayuh... Malaysia boleh!

Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar P'jaya PAS


Akhbar Berita Harian tidak mengamalkan amalan kewartawanan beretika dan profesional apabila menggunakan gambar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipotong di bahagian kepala dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan Bantu Lima Beradik’ yang disiarkan, semalam.

Selangor Kini melaporkan, Razman yang turut menyedari gambar beliau digunakan akhbar itu, mengesahkan gambar beliau itu diambil sehari selepas hari ibu dan bapa lima kanak-kanak yang terlibat dalam satu kemalangan maut dikebumikan baru-baru ini.

Tambahnya, sebenarnya gambar itu diambil sehari selepas hari pengkebumian arwah ibu dan bapa mereka.

"Ketika itu kami menziarahi anak-anak arwah untuk menghulurkan sumbangan.

“Memang dah rutin kami menziarahi mana-mana pihak yang ditimpa malang seperti kejadian ribut yang merosakkan 12 rumah di Ipoh Timur baru-baru ini dan mana-mana kejadian malang seumpama yang menimpa anak-anak ini.

“Pada kami dah jadi kebiasaan akhbar arus perdana tidak sesekali memberi ruang kepada kami tetapi gambar kami pula digunakan.

Apalah salahnya kalau siarkan gambar penuh sekalipun, bukan orang kenal saya pun,” kata Razman ketika dihubungi Selangor Kini.

Razman memberitahu, selain beliau turut sama dalam lawatan tersebut, Ketua Cawangan PAS Kampung Changkat Sulaiman, wakil Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Perak dan beberapa yang lain.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu, Jefri Mohd Zain, 46 dan Noorsalawati Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

MB lawat anak yatim, PM lawat panda

Pemimpin Pakatan Lawat 5 Beradik Yatim Piatu, Pemimpin Umno BN Lawat Panda


panda Najib[kd]- Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keprihatinan Abdul Khalid ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lebih mendekati panda berbanding rakyat.

Sehingga kini, Najib tidak sekalipun menyatakan simpatinya terhadap penderitaan lima beradik ini apatah lagi mengunjungi mereka, tetapi lebih menyayangi dua ekor panda yang dilawatinya di Zoo Negara semalam.

Tidak seperti Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang menziarahi kelima-lima beradik tersebut pada hari ini yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.

Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.

MB lawat anak yatim“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya, seperti dilapor SelangorKini.

Terdahulu, Abdul Khalid hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.

Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.

“Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.

Selepas hampir sejam bersama anak-anak itu, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.

Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.

Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain, 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, maut dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.

Jenazah suami isteri itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.
BH tipu
Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar Pesuruhjaya PAS untuk berita puji BN
Akhar Berita Harian tidak mengamalkan amalan kewartawanan beretika dan profesional apabila menggunakan gambar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipotong di bahagian kepala dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan Bantu Lima Beradik’ yang disiarkan, semalam.

Razman yang turut menyedari gambar beliau digunakan akhbar itu, mengesahkan gambar beliau itu diambil sehari selepas hari ibu dan bapa lima kanak-kanak yang terlibat dalam satu kemalangan maut dikebumikan baru-baru ini.
 
Bh“Sebenarnya gambar itu diambil sehari selepas hari pengkebumian arwah ibu dan bapa mereka.

Ketika itu kami menziarahi anak-anak arwah untuk menghulurkan sumbangan.
“Memang dah rutin kami menziarahi mana-mana pihak yang ditimpa malang seperti kejadian ribut yang merosakkan 12 rumah di Ipoh Timur baru-baru ini dan mana-mana kejadian malang seumpama yang menimpa anak-anak ini.

“Pada kami dah jadi kebiasaan akhbar arus perdana tidak sesekali memberi ruang kepada kami tetapi gambar kami pula digunakan.

Apalah salahnya kalau siarkan gambar penuh sekalipun, bukan orang kenal saya pun,” kata Razman ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Razman memberitahu, selain beliau turut sama dalam lawatan tersebut, Ketua Cawangan PAS Kampung Changkat Sulaiman, wakil Lajnah Kebajikkan dan Kemasyarakatan Perak dan beberapa yang lain.

Dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan bantu lima beradik’ di Berita Harian pada 26 Mei, gambar Razman dan rombongan beliau dipotong dengan kaedah ‘croping’ di bahagian kepalanya dengan memaparkan laporan positif untuk Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, satu kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur Sabtu lalu meragut nyawa Allahyarham Jefri Mohd Zain, 46 dan Noorsalawati Ibrahim, 40 yang juga merupakan pasangan ibu dan bapa lima kanak-kanak terbabit.

DNA babi: Cadangan bakar kilang, tukar darah keterlaluan

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) begitu prihatin dengan penemuan ramuan yang berunsurkan babi pada produk Cadbury. 


“Abim berpendirian satu tindakan yang tegas di sisi undang-undang perlu dikenakan terhadap syarikat berkenaan,” ujar presidennya, Amidi Abd Manan.

Begitu juga, katanya dengan prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang perlu diperbaiki.

Namun, kata beliau Abim memandang berat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (BBK) berhubung kes ini.

“Kenyataan yang dipenuhi emosi dan terkeluar dari batasan rasional amat memalukan umat Islam.

“Cadangan untuk membakar kilang, tukar darah dan sebagainya adalah cadangan yang keterlaluan,” ujarnya lagi.

Begitu juga, tambanya jika ada yang mengaitkan dari sudut kepayahan untuk mendidik dan mendapat hidayah lantaran kononnya jasad telah dicemari makanan yang haram.

“Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam,” katanya.

Amidi menjelaskan, Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi.

Kata beliau, kenyataan seperti itu boleh membawa imej yang negatif kepada agama Islam.

Menurutnya lagi, ada yang mahu menyamak usus sendiri jelas terkeluar dari tuntutan syariat Islamiah.

“Umat Islam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegini bagi menggambarkan kemarahan apatah lagi Islam sendiri telah pun ada penyelesaiannya yang jauh terhormat dan penuh hikmah,” katanya.

Tutup kilang Cadbury, saran Imam Besar Masjid Negara


Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya.
  
Beliau berkata tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal.
  
"Apa sahaja keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap syarikat itu akan kita sokong, asalkan ia tidak berulang pada depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mahabbah dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.
  
Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lalu yang mengesahkan dua sampel coklat keluaran Cadbury mempunyai DNA khinzir.
  
Mengulas lanjut, Syaikh Ismail juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berniat jahat dengan menjadikan makanan sebagai alat untuk menggugat akidah umat Islam.

Justeru, beliau menyeru umat Islam agar lebih berhati-hati dengan status makanan yang diambil kerana sikap sambil lewa terhadap perkara itu hanya memudaratkan umat Islam sendiri.
  
"Jika umat Islam memandang remeh perkara ini, ia sama sahaja seperti orang yang tidak beriman yang makan apa sahaja tanpa mengira halal haramnya sesuatu produk itu.
  
"Pada masa sama, kita mengharapkan pihak berkuasa terus memantau syarikat pengeluar makanan yang lain bagi mengelak perkara ini terjadi," katanya. -

Narendra Modi angkat sumpah PM baru India


Narendrabhai Damodardas Modi, 63, (gambar) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri India yang baharu di hadapan Presiden Pranab Mukherjee dalam upacara besar-besaran di Rashtrapati Bhavan (Kediaman Presiden) di sini hari ini.
   
Modi dijangka mengetuai kabinet yang lebih kecil daripada bekas perdana menteri Manmohan Singh.
  
“Mengekalkan komitmen kepada 'Kerajaan Minimum, Tadbir Urus Maksimum', kita telah membuat perubahan positif dan belum pernah dilakukan dalam pembentukan Kementerian,” kata Modi.
  
Beliau juga berkata pelbagai kementerian akan ditransformasikan menjadi kementerian organik untuk mempercepatkan kerja dan mewujudkan koordinasi yang lebih baik antara jabatan.
  
Buat kali pertama, pemimpin negara-negara Persatuan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) diundang ke upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri India.
  
Pemimpin yang hadir termasuk Presiden Afghanistan Hamid Karzai, Perdana Menteri Bhutan Tshering Tobgay, Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom, Perdana Menteri Nepal Sushil Koirala, Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif dan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa.

Bangladesh diwakili oleh Speaker Shirin Chaudhury sementara Perdana Menteri Mauritius Navinchandra Ramgoolam juga hadir.
   
Bekas presiden India iaitu Pratibha Patil dan A.P.J. Abdul Kalam, perdana menteri yang berundur Manmohan Singh dan presiden Parti Kongres Sonia Gandhi adalah antara kenamaan yang hadir.
  
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Naimun Ashakli Mohammad ialah antara diplomat asing yang menghadiri upacara itu. Kira-kira 4,000 tetamu menghadiri upacara.
   
Modi, tokoh nasionalis Hindu dan pemimpin Parti Bharatiya Janata memenangi pilihan raya umum India yang mencatat sejarah yang belum pernah disaksikan sejak 1984.
  
Modi yang dilahirkan di Vadnagar di daerah Mehsana yang ketika itu negeri Bombay (sekarang Gujarat) pernah membantu ayahnya menjual teh. Beliau memasuki politik pada 1985 apabila menyertai BJP.

Sepanjang pembabitannya dalam politik, beliau membentuk gabungan dengan ahli-ahli politik dalam BJP dan menduduki jawatan yang berpengaruh dalam parti di Gujarat.
  
Pada 2001, beliau menjadi ketua menteri negeri itu dan menyandang jawatan itu sehingga 2014 apabila beliau melepaskan jawatan untuk menjadi Perdana Menteri India.
  
Tadbir urus dan pembangunan progresif di Gujarat merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kemunculannya dalam arena politik India dan dunia.