
Majalah Mingguan Jerman Der Spiegel pada hari ini telah menerbitkan foto menunjukkan dua tentera Amerika Syarikat di Afghanistan dari unit tentera "nakal" bergaya dengan jasad warga Afghanistan.
Gambar: Foto-foto orang awam Afghanistan yang dibunuh oleh 'tentera pembunuh' mungkin lebih dasyat dari yang diperolehi dari Abu Ghraib ini, kata komander NATO. - Photograph: AP
Dua foto, yang Spiegel katakan berusaha dirahsiakan pemerintah Amerika Syarikat, menunjukkan dua anggota tentera, yang diduga membunuh warga Afghanistan untuk olahraga.
Dalam satu gambar, seorang perajurit dengan rokok di tangan, memegang kepala mangsa bernoda darah, yang kelihatan tak bernyawa. Dalam gambar kedua, seorang tentera menyeringai lebar sambil juga memegang korban sama.
Foto ketiga menunjukkan dua jasad disandarkan di pos, yang juga kelihatan tak bernyawa. Foto itu terkait dengan perkara besar tentera dituduh membunuh rakyat, memotong tubuh mereka dan mengumpulkannya sebagai piala.
Gambar: Jeremy Morlock (kiri) & Andrew Holmes (kanan)Spiegel menyatakan salah satu tentera di foto itu adalah Kopral Jeremy Morlock, yang menghadapi tuduhan pembunuhan berencana dalam kematian tiga warga Afghanistan. Yang lain, perajurit Andrew Holmes, dituduh berkomplot membunuh seorang lelaki Afghanistan pada Januari, kata majalah itu.
Rencananya, konon dibuat pemimpin jaringan Sersan Calvin Gibbs dan Morlock, dikatakan melibatkan penembakan seorang warga dan melempar granit buatan Rusia pada lelaki itu untuk membuatnya kelihatan sebagai pejuang musuh mereka. Pada November, Holmes mendapat penangguhan hukuman sementara dari tindakan hukum berkaitan dengan tuduhan pembunuhan, kata peguamnya.
Morlock adalah satu dari lima tentera dituduh melakukan pembunuhan dalam perkara tersebut, sementara tujuh lagi dituduh mencoba menghalangi penyelidikan, menggunakan ganja dan pemukulan keji terhadap rekannya sebagai pembalasan mengadu kepada atasan.
Spiegel menyatakan tentera Amerika Syarikat berusaha mencegah penerbitan gambar itu, kerana takut akan "pukulan" terhadap pasukannya di Afghanistan. Majalah berwibawa itu menyatakan telah lima bulan meneliti cerita dari kelompok disebut "Regu Pembunuh" itu.
"Spiegel hanya menerbitkan tiga dari 4.000 gambar dan video, hanya itu yang diperlukan untuk cerita tersebut, yang perlu dikemukakan di sini," kata majalah itu.
Dalam pernyataannya, tentera Amerika Syarikat mengatakan, "Hari ini, Der Spiegel menerbitkan foto menggambarkan tindakan menjijikkan bagi kita sebagai manusia dan bertentangan dengan ukuran dan nilai Tentera Darat Amerika Syarikat."
"Kami mohon maaf atas bahaya akibat dari foto itu," katanya.
Tindakan kelihatan dalam gambar itu adalah inti pengadilan mahkamah tentera Amerika Syarikat, yang sedang berlangsung, dengan terdakwa dianggap tidak bersalah kecuali dan sampai terbukti bersalah, tambah pernyataan itu. "Perjalanan mahkamah tentera itu berbicara sendiri," katanya.


mikirkan tentang keuntungan politik puak Najib-Umno terhadap video seks rekayasa Anwar Ibrahim itu. Apa manfaatnya kepada BN? Saya tak nampak apa-apa pun, selain boleh mencetuskan momentum baru reformasi di kalangan orang Melayu.
Pertama, pemimpin UMNO/BN kaya-raya wang berjuta sampai ada berbilion. Dari mana mereka dapat setelah menjadi ketua bahagian, wakil rakyat dan menteri? Contoh, bagaimana Khir Toyo, Muhamad Taib, Taib Mahmud dan banyak lagi jerung-jerung UMNO mampu memiliki rumah, tanah dan wang yang banyak bukan kepalang. Rakyat Malaysia, bersamalah jatuhkan UMNO/BN agar segalanya dapat disiasat secara telus demi sebuah kebenaran.
Pernah guru saya berkata, " sekali kita buat salah ia dipanggil kesilapan, tapi kalau dah banyak buat salah.... itu namanya kebodohan... Itulah kata-kata yang menjadi azimat kepada saya untuk berjaya (syukur alhamdulilah apa yang dimiliki) sehingga sekarang. Kalau guru saya itu masih hidup tentunya saya akan berkunjung dan bertanya pandangan. Tetapi beliau telah lama meninggal dan tentunya dia juga berasa tersangat kecewa seandainya kes bersiri Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang menjadi hidangan kepada rakyat Malaysia menampakan kebodohan yang jelas.
asa atau 'maruah' yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahum supaya tampil menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes bicara liwat II.
Ketika perbicaraan itu, Najib bukan sahaja tidak memberikan DNAnya, namun beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan bagi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya.
Mungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi?
Dua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini. Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan secara sulit sebelum laporan polis dibuat terhadap Anwar.
Berbekal semua “pengetahuan dan maklumat itu” Najib tetap “yakin”' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar.
Bayangkan seorang pegawai kanan polis (yang mengaku berbohong kepada Suhakam) boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu.








1 comments: