Tuesday, June 29, 2010

Kisah Bergambar Syeikh Nabeel

To all
my dear friends…….
YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… AMIN..YA ROBBULALAMIN…

cid:image001.gif@01C7C2DD.173BE270
   Selamat Sejahtera
 Assalammualaikum WBT
 Nikmat Kesihatan

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_1.jpg



Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari
Kuwait.  Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_2.jpg

Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.

 
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya  dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.

 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_3.jpg
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim

 
http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_4.jpg
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel

 
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.


 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_5.jpg
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim

 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_6.jpg
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel

 
 Syeikh  Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.

 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_7.jpg
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.


 
http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_8.jpg
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan

 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_9.jpg
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim

 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_10.jpg
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya  di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

Premis judi: Tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai ‘negara Islam’ yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi.
"Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam.
Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara.
Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.
"Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya.
Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab.

Deyyyy..K’jaan akan kerugian RM500 juta lagi ...

Mengapa Kementerian Pengangkutan membeli 38 tren elektrik enam gerabak (EMU) dari syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive Co. Ltd (China) dengan harga RM1,824 bilion secara runding langsung atau RM500 juta lebih mahal dari asal tender sebelumnya.

Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT) kepada soalan tambahan YB Tumpat tentang ‘refurbishment’ atau menaiktaraf koc lama Eletric Multiple Unit (EMU) milik KTMB tidak dijawab oleh Timbalan Menteri. Menariknya, Timbalan Menteri terus menerangkan tentang pembelian 38 EMU 6 gerabak dari sebuah consortium katanya dari negara China (tidak disebut namanya) dengan harga RM1.8 bilion.

Saya gagal untuk mendapatkan soalan tambahan kedua dari Speaker, setelah YB Parit Sulong diberikan laluan tersebut. Saya ingin mempertikaikan jawapan kementerian, sekaligus mendedahkan bagaimana dengan pembelian rundingan langsung ini, kerajaan akan membayar pembelian ini dengan bayaran sehingga RM500 juta lebih tinggi dari sepatutnya.

Ringkasan cerita:
  • Perkara ini berbeza dengan isu ‘refurbishment’ atau naiktaraf taraf koc lama. Pada 3 Januari 2009, Presiden KTMB menyebutkan tentang hasrat pihak mereka untuk membuka tender bagi pembelian 38 set tren 6 gerabak (EMU). Dikatakan bahawa penawaran tender akan dibuat secepat mungkin kerana EMU perlu siap pada 2012. Kepentingan pengangkutan adalah sebahagian dari penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dalam NKRA PM Najib menjelang 2012.
  • Terdahulu tender bagi membekalkan 8 set tren 3 gerabak (EMU) telah dipanggil pada 7 Mei 2008, sebelum NKRA diperkenalkan lagi pada 11 Julai 2009. Tender tutup pada 3 September 2008 tetapi tempoh sahlaku tender (tender validity) diperbaharui 5 kali sehingga terakhir pada 26 Mei 2010.
  • Membaca dari laporan terdahulu (cnth 2 Jun, UM), sumber industri telah pun melaporkan bahawa syarikat pengeluar Zhu Zhou dari China yang dilantik menjadi pembekal EMU enam gerabak sebelum ini, telah pun berjaya memenangi satu tender membekalkan 8 EMU 3 gerabak.
  • Syarikat Zhu Zhou adalah merupakan antara 3 syarikat dari China yang menawarkan harga yang rendah dari 8 pembida. Zhu Zhou menawarkan harga Euro 2.745 juta setiap set EMU 3 gerabak atau RM13.725 juta. Zhu Zhou juga menawarkan penguruangan harga bagi opsyen 5 set EMU tambahan ketika itu.
  • Jelasnya tender lama berbeda dengan tender keperluan NKRA di segi set EMU 3 gerabak ditukar kepada set EMU 6 gerabak. Dengan kata lain, keperluan KTMB melalui ’Satements of Needs’ atau ’Pernyataan Keperluan’ mereka ialah konfigurasinya. Namum hakikatnya set 6 gerabak sebenarnya adalah mengandungi dua (2) set EMU 3 gerabak.
  • Mengambil kira perbezaan spesifikasi yang ketara khususnya keperluan permasangan CCTV dan Slide Destination Panel, maka adalah menasabah mengandaikan ketika satu set EMU 3 gerabak bernilai RM13,725 juta, maka satu set EMU 6 gerabak ialah RM27,450 juta.
  • Berdasarkan keperluan untuk memenuhi ketetapan NKRA dengan kadar segera, Kementerian telah mendapat kelulusan untuk mengadakan rundingan terus kerana dikatakan juga akan mendapat penjimatan sekiranya membeli dengan kuantiti yang banyak atas faktor ’economy of scales’.
  • Amat malang bagi rakyat dan negara, apa yang diperolehi oleh Kerajaan ialah ’Harga Tawaran” yang jauh lebih mahal dari harga yang dipersetujui Kementerian ketika memulakan tender terbuka membekal 8 set EMU 3 gerabak dahulu. Sementara itu tender membekal 8 set EMU 3 gerabak telah dibatalkan padaa 27 April 2010.
  • Rakyat kini ingin tahu, mengapa ketika berlaku rundingan terus, syarikat ZhuZhou yang dulu menawarkan harga RM13.725 juta satu unit EMU 3 gerabak dan RM30 juta untuk satu set EMU 6 gerabak bagi membekalkan 5 set EMU 6 gerabak pada November 2007, telah mengambil kesempatan menawarkan harga setinggi RM48 juta satu unit EMU 6 gerabak atau RM1.824 bilion bagi 38 unit EMU 6 gerabak (Mei 2010). Harga ini, untuk pengetahuan umum, tidak termasuk maintenance, repair dan overhaul.
Sehubungan dengan perkembangan ini, kerajaan digesa membatalkan segera LOA yang dikeluarkan kepada Zhu Zhou dan menyenaraikanhitamk an syarikat Zhu Zhou .tersebut. Negara bakal kerugian sehingga RM500 juta sekiranya meneruskan pembelian 38 set EMU 6 gerabak dari syarikat Zhu Zhou ini.

Saya juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dipertanggungjawabk an atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan kerugian kepada kerajaan sehingga RM500 juta.

Kerajaan boleh sahaja meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari China bagi mempastikan hubungan baik antara negara dan masih memenuhi tuntutan NKRA yang telah ditetapkan oleh YAB PM.

28 Jun 2010.