Saturday, November 27, 2010

Kalau pun betul..tetapi nak percaya agak payah ..


ha ha ha bukan nak ada PRK atau Pru UMUM..kenapa pulak tetiba ada ahli Pas masuk UMNO..nak percaya macam mana kalau datang dari mulut umno..


Seramai 103 bekas anggota PAS, termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan DUN Selising dalam Parlimen Pasir Puteh, bertindak menyertai Umno Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini.

Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66.

"Saya sedar perjuangan PAS selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam," kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Rujhan Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita, Karimah Mohd Noor dan lebih 100 penduduk kampung berkenaan.

Nordin yang mula menyertai PAS selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi.

Nordin yang juga bekas setiausaha PAS cawangan kampung berkenaan berkata beliau mendapati banyak berlaku penyelewengan dalam parti itu selepas diberi peluang memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas.

Rasulullah Laknat Perempuan Cukur Bulu Kening


FIRMAN Allah bermaksud: Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang
beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31) 

 
Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59) 

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari) 

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban) 

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari. 

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).



Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan

1. Setelah Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Akademi Tarbiyah Pemudanya berjaya melangsungkan Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kebangsaan edisi pertama di Rusila pada bulan Oktober yang lalu ,  maka sebelum panji Ijtimak Tarbawi edisi kedua berkibar di Pulau Melaka pada tahun hadapan , kini kelangsungannya akan terus digerakkan ke peringkat kawasan - kawasan di seluruh negara .

2. Dewan Pemuda PAS kawasan - kawasan diminta supaya melaksanakan Ijtimak Tarbawi Pemuda\i edisi pertama ini di kawasan masing - masing dengan membawa objektif dan matlamat yang sama iaitu memperkasa penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda.

3. Ijtimak Tarbawi di peringkat kawasan ini boleh dilaksanakan pada cuti hujung minggu atau mana - mana tarikh yang sesuai diperingkat kawasan masing - masing untuk sekurang - kurang tempoh perlaksanaan ijtimak selama 2 hari satu malam . [ dalam maksud yang lain ialah peserta diwajibkan bermalam dengan beberapa aktiviti amal tarbawinya ]

4. Dewan Pemuda PAS kawasan - kawasan juga diharapkan dapat melaksanakan Ijtimak Tarbawi ini sekurang - kurangnya 2 kali setahun agar ia terus membugar ruh amal tarbawi dikalangan pimpinan dan anggota dewan pemuda PAS kawasan .

5. Tentatif Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan :



[ Sabtu ]

08.00 am - 09.00 am : Pendaftaran
09.10 am - 10.00am  : Perasmian Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan
[ oleh : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia \ Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri ]

10.30 am - 11.00 am : Minum pagi
11.00 am - 12.00 pm : Kertas Kerja 1 : Aafaat A'la Toriiq \ Wabak Sepanjang Jalan
[ Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri ]

12.00 pm - 02.00 pm : Rehat , Solat berjamaah dan makan tengahari .

02.00 pm - 03.00 pm : Talaqqi 1 : Feqh Tahaaluf Siasi susunan Majlis Syura Ulama'
 [ Ust Nik Zawawi Salleh : Setiausaha Majlis Syura Ulama' ]

03.30 pm - 04.30 pm : Kertas Kerja 2 : Adab Ikhtilaf \ Adab Berbeza Pendapat
[ Ust Nik Mohd Abduh bin Nik Abdul Aziz Nik Mat ]

04.30 pm - 05.30 pm : Solat Asar berjamaah dan bacaan al mathurat

06.00 pm - 07.00 pm : Taujihat ar Ruuhiyah
[ Ust Syed Abdul Qader al Joofre : Pegawai Penyelidik Majlis Syura Ulama' ]

07.15 pm - 07.45 pm : Solat maghrib berjamaah

07.45 pm - 08.20 pm : Kuliah Maghrib : 
Tarbiyah , Dakwah dan Siasah : Pakej perjuangan kita

08.25 pm - 08.50 pm : Solat Isyak berjamaah dan munajat

09.00 pm - 11.00 pm : Talaqqi 2 : Feqh Tahaaluf Siasi susunan Majlis Syura Ulama'
[ sambungan ]  [Ust Nik Zawawi Salleh : Setiausaha Majlis Syura Ulama']

11.30 pm - 04.40 am : Tidur dan hirasah

[ Ahad ]

04.40 am - 06.00 am : Qiamulail , solat subuh berjamaah dan bacaan  al Mathurat

06.15 am - 07.15 am : Kuliah Subuh : Akhlak Pejuang
[ Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri ]

07.30 am - 09.00 am : Sarapan dan rehat

09.00 am - 11.00 am : Forum Tarbawi :  
                                   Tarbiyyah mendasari Perjuangan Kita menuju kemenangan.
                                   Panel : Ketua Pemuda PAS Kawasan [ pengerusi ]
                                   Exco DPP Malaysia
                                   EXCO DPP Negeri
                                   EXCO DMP Malaysia

11.30 am - 12.30 pm : Ucapan Penutup
Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan
[ Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia ]

12.30 pm - 01.00 pm : Ikrar dan baiah pejuang [ doa wehdah ]

01.10 pm - 01.30 pm : Solat Zohor berjamaah

Bersurai .

6. Tentatif ini [ hari , masa , penceramah atau pembentang dan perasmi atau penutup adalah tertakluk kepada pindaan semasa yang bersesuaian tanpa meminda tajuk - tajuk perbahasan yang telah ditetapkan .

7. Semoga tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh DPP kawasan - kawasan . Ijtimak Tarbawi ini tidak dilaksanakan di peringkat pemuda negeri sebaliknya pemuda negeri berperanan sebagai pemantau melalui Lajnah tarbiyah DPP negerinya. EXCO DPP negeri - negeri boleh menyertai Ijtimak Tarbawi melalui kawasan masing - masing ,

8. Pengarahan rasmi telah dihantar melalui setiausaha DPP negeri dan Kawasan masing - masing . Semoga Allah memberkati kita dan mengurniakan kekuatan kepada kita semua agar amanah ini dapat ditunai dengan sebaik mungkin.

Sekian
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah Pemuda
Dewan pemuda PAS Malaysia

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang Membantah Saman Ekor.


Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang membantah saman ekor (notis POL 170A) yang dikeluarkan oleh Polis Trafik Polis Diraja Malaysia. Kami juga menyokong penuh pendirian pimpinan PAS Pusat terutamanya Pengerusi Kempen Anti-saman Ekor (KASE) Dato' Hj Mahfuz Omar berkaitan isu ini berasaskan beberapa faktor yakni:

1. Pesalah yang tidak membayar saman ini akan disenarai hitamkan oleh JPJ daripada memperbaharui cukai jalan.

2. Pesalah tidak ada peluang untuk membela diri kerana tidak menyedari bila kesalahan dilakukan dan adakah benar dia telah melakukan kesalahan tersebut. Ini berikutan surat saman yang sampai di rumah setelah beberapa hari dari tarikh saman dikeluarkan.

3. Saman ekor menafikan hak pengguna daripada menggunakan kenderaan sebagai harta persendirian apabila kenderaan mereka disenarai hitamkan atas kesalahan trafik yang tidak disedari oleh mereka.

4. Saman ekor ibarat 'ISA Kedua' kerana penerima notis tidak diberikan hak untuk melalui proses pengadilan di mahkamah.

5. Pesalah saman ekor tidak dibuktikan kesalahan mereka tetapi dipaksa membayar saman tersebut.

6. Kadar saman yang tinggi menyebabkan golongan yang kurang berkemampuan tidak mampu melunasinya mengakibatkan kehidupan mereka menjadi susah setelah kenderaan mereka disenarai hitamkan.

7. Saman ekor boleh menyebabkan syarikat pengusaha pengangkutan awam gulung tikar akibat menanggung banyak saman yang tertunggak kerana tidak mampu mengesan siapa pemandu di syarikat mereka melakukan kesalahan tersebut. Ini disebabkan oleh penerimaan notis yang lambat dari tarikh saman dikeluarkan.


Dengan ini, kami menuntut supaya kerajaan mengambil tindakan:

1. Memansuhkan saman ekor (POL 170A).

2. Hanya menguatkuasakan saman pada masa pemandu melakukan kesalahan yang jelas.

4. Menarik semula tindakan menyenarai hitamkan kenderaan yang telah dikenakan saman ekor dan tidak akan menguatkuasakannya semula.

5. Mengembalikan hak rakyat untuk menjalani proses pengadilan di mahkamah atas kesalahan mereka.

6. Membatalkan semua saman di Seksyen 115 (1) (a) di bawah Akta Pengangutan Jalan 1987*.


Usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kami adalah membantu KASE mengumpul 10 juta tanda tangan rakyat yang membantah saman ekor. Tanda tangan ini kemudiannya akan dilampirkan bersama-sama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Kementerian Pengangkutan.





* Section 115(1) (a) states that - "duty to give information and use of statements as evidence" Generally the police will send a traffic offence notification known as POL 170A notices under section 115 for motorist to provide the drivers particulars within 7 days of receiving the said notice. But the contention of many is that "registered owners of vehicles" who admit that they have committed the traffic offence need not furnish particulars of drivers. But unfortunately the police have been imposing an additional RM300 fine on motorist who has not responded to when the police issue a POL170A notice.


-Setiausaha DPPKBG

Pemuda PAS Akan Hadir Sebagai Pemerhati Sidang DUN Perak

Kepada :
Setiausaha,
Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak,
Bahagian Majlis,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan,
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh.
(No. Fax : 05-241 0451)

Y.Bhg. Tuan;

PERSIDANGAN PENGGAL KETIGA DEWAN NEGERI YANG KE – 12 PERAK DARUL RIDZUAN PADA 30 NOVEMBER 2010

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin memohon menghadiri dan menghantar wakil pemerhati bagi persidangan tersebut sepertimana makluman di atas.
Pihak kami memohon untuk menjadi pemerhati bagi persidangan tersebut sepertimana yang dibenarkan sebelum ini. Pihak kami akan menghantar 15 orang Exco DPPN Pk bagi menyertai persidangan tersebut kelak.
Sekian dipohon, terima kasih.

Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


s.k:    1. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahulah
Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan ,
33007 Kuala Kansar.
(No. Fax : 05-776 3724)

2. DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Istana DYTM Raja Muda Perak,
J
alan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh.
(No. Fax : 05-241 0676)

3. DYAM Raja DiHilir Perak
Raja Dato' Seri Jaafar bin Raja Muda Musa
Istana DYAM Raja DiHilir Perak,
Jalan Raja DiHilir,
30350 Ipoh .
(No. Fax : 05-243 1832)

4. Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia,
Jabatan Parlimen Malaysia ,
Bangunan Parlimen,
50680 Kuala Lumpur .
(No. Fax : 03-2070 8654)

5. Tan Sri Hasmy Agam
Pengerusi,
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM),
Level 29, Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur .
(No. Fax : 03-2612 5620)

6. Kamal Malhotra
Koordinator Residen,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia,
570, Jalan Bukit Petaling,
50460 Kuala Lumpur .
(No. Fax : 03-2141 1780)


"Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak kenakan saya"

Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.
Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.'

Bukan sahaja rakyat mahupun para petugas, kakitangan kerajaan negeri, sukarelawan, agensi penyelamat dan semua yang terlibat dalam operasi banjir merasa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, tetapi turut menarik perhatian Tuanku Sultan Kedah yang dukacita dengan perkhabaran itu.
Dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan pembukaan siadang DUN Kedah, baginda melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
"Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.
Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah  badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.
Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini  jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini  yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana banjir.
Perasmian berakhir dan bersurai dengan baik, namun di luar pagar Wisma Darul Aman, kumpulan media eletronik terdiri daripada RTM dan Tv3 yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang 'tidak menjemput' mereka membuat liputan sidang DUN, cuba mendapatkan komen-komen negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kebebasan media yang disekat.
Antara yang tampil menjawab soalan provokasi media terbabit ialah pemuda Gerakan dan Adun-Adun BN seperti Ketua Pembangkang Dato' Mahadzir Khalid, Adun Kuala Nerang Dato Syed Sobri, Adun Belantek, Tajuddin dan lain-lain lagi.
Wartawan RTM cuba mengemukakan soalan "adakah hak Sultan dinafikan?" berikutan sekatan media kepada Adun-Adun BN namun sebilangan cuba mengelak daripada menjawab isu Sultan dan tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang tidak berasas itu.
Selesai 'sidang media' luar pagar itu, kedengaran suara wartawan RTM berkata kepada para Adun-adun BN dengan jelas:"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini."
Hakikatnya media terbabit terasa 'terhina' berikutan larangan tersebut sedangkan 13 agensi media yang dianggap bertanggungjawab dan beretika telah dijemput melalui surat pekeliling Setiausaha Akhbar Menteri Besar terdiri daripada The Star, Sinar Harian, Bernama, 6 akhbar Cina, 2 akhbar India dan Harakah.
Pada sebelah petangnya, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak membentangkan bajet 2011 bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian. Pembentangan bajet itu, disampaikan secara ringkas dan padat tanpa sebarang gangguan.
Selesai ucapannya, di luar Dewan, Syed Sobri berjabat tangan dengan Ustaz Azizan dan mengucapkan tahniah di atas bajet yang dibentangkan.
Desas-desus pada awalnya, membayangkan kononnya ada usul tergempar ingin dibawa oleh Adun-adun BN untuk menghangatkan suasana dewan ekoran larangan dan sekatan ke atas RTM dan TV3 melaporkan perjalanan sidang DUN, namun telahan itu meleset kerana tidak ada sesiapa pun berani untuk 'membela' media yang diragui kewibawaannya itu.
Sungguhpun begitu, pada hari berikut perbahasan dijalankan, beberapa Adun BN membangkitkan persoalan kebebasan media, namun dibidas oleh kalangan Adun Pakatan Rakyat antaranya Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa.
Kata Nasir, sikap tidak bertanggungjawab media pembohong telah mencetuskan suasana resah di kalangan rakyat yang ketika itu dilanda musibah banjir yang teruk. Sepatutnya media terbabit sama-sama 'menenangkan' keadaan dan melaporakn berita benar supaya semua pihak berada dalam kedaan yang tidak stabil, katanya.
Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid.
Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik.
"Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja..."
Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik.
"Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan.
"Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas.
Dalam pada itu Sidang DUN sekali lagi dipersembahkan isu rasional kenaikan tarif air yang kemudian diperjelas secara panjang lebar oleh Exco berkaitan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Adun-adun BN yang seolah-olah keliru dan tidak mahu memahami keadaan.
Amiruddin sempat mendedahkan sikap kerajaan Bn terdahulu yang menswastakan air sehingga menyebabkan kerajaan negeri kini menanggung kerugian dan hutang yang banyak di samping kos rawatan dan penambahbaikan saliran air yang semakin meningkat malah kenaikan berlaku setelah 17 tahun pada kadar negeri kedua terendah di Malaysia.
Dalam keseriusan, ada juga gurau senda dan gelak ketawa di dalam sidang DUN Kedah. Lazimnya dua Adun bebas iaitu Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Radzi (Lunas) dianggap sebagai 'pelawak' dalam sidang DUN dengan idea-idea yang mencuit hati pemerhati dan adun-adun.
Apa tidaknya, Radzi yang mendengar perbahasan berkaitan pusat penyembelihan babi, bangkit mencadangkan Kedah Agro, anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan produk pertanian dan ternakan di negeri ini agar menguruskan pula hal berkaitan penyembelihan dan pengedaran daging babi.Pecah perut satu dewan mendengar saranan bernasnya itu!
Exco baru dilantik, Tan Chow Kang disifatkan antara yang pandai menarik perhatian dalam ucapannya penggulungannya dengan keletah dan bahasanya yang bersahaja.
"Kalau nak tunggu bintang jatuh, sampai tunggu air laut keringlah..." katanya membidas kata-kata adun BN tentang usaha dipihaknya yang belum menampakkan hasilnya.
Chow Kang terus mencetuskan ketawa Dewan apabila memuji adun-adun BN:"Saya pujilah , sidang DUN kali ini soalan-soalan pembangkang nampaknya sudah matang. Saya banyak happylah!"
Ketegasan dan suasana sedikit tegang, tatkala Exco berkaitan perumahan Dato' Ir Pharolrazi mempertahankan isu kuota tanah dan pemilikan rumah yang dibangkit oleh seorang Adun BN yang dilihat cuba mengheret sentiman perkauman.
"Selepas ini, saya tak mahu lagi dengar isu ini dimainkan sebagai sentimen perkauman.
"Saya bukan wakil rakyat daripada politik kaum Melayu, yang dilihat mempertahankan hak melayu. Saya adalah wakil rakyat parti Islam yang memberi keadilan kepada semua kaum," kata Pharolrazi tegas.
Ketika, umat Islam khususnya di Kedah pada sebalah petangnya sedang berpusu-pusu pulang untuk berhari raya pada Selasa 16 November, di Dewan Undangan Negeri semua adun kerajaan dan pembangkang masih setia pegun, khusyuk dan fokus kepada agenda terakhir sidang iaitu sesi penggulungan perbahasan oleh Ustaz Azizan.
Mukadimah yang bersahaja, Ustaz Azizan kemudian memulakan buah kilas dan libasan tajamnya kepada media yang memutarkan belitkan cerita.
"Mereka silap kalau nak kenakan saya. Saya pernah jadi Pengarah Urusan Harakah selama lima tahun dan saya pun tahu jenis soalan wartawan.
"Harakah pun dulu dan sekarang pun disekat. Ada tempat yang kita tidak dibenarkan membuat liputan, tapi saya tak pernah komen.
"Tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada media tersebut kerana tayangan itu, menyebabkan saya mendapat publisiti yang meluas. Saya harap gambar-gambar saya itu ditayangkan sehingga pilihan raya akan datang...bukan senang muka saya nak masuk tv...
"Cuma saya ni lama dah bersabar...jangan jadi pembohong. Saya bukan ular senduk yang naik kembang tapi jenis ular kapak yang jika terpijak ekor terus patuk!" katanya yang merupakan Adun Sg Limau, Adun yang paling lama dan 'senior' dalam DUN Kedah.
Laksana pahlawan, beliau kemudiannya mengepak, mengunci dan mencantas soalan-soalan yang dikemukakan oleh adun-adun BN dengan penjelasan mudahnya. Sungguhpun sesekali, beberapa adun mencelah, Ustaz Azizan tetap tenang mengahadapinya.
Tidak ada latah atau raut emosi beliau memarahi soalan-soalan provokasi, bahkan mengucapkan terima kasih di atas saranan dan kritikan yang diberikan disamping berjanji akan berusaha memperbaiki dan memantapkan lagi pentadbirannya.
Ketika menjawab persoalan Adun Kuala Ketil tentang kewajaran menurunkan harga hantaran kahwin, bagi memudahkan perkahwinan,Ustaz Azizan dengan nada perlahan berseloroh:
"Kalau harga hantaran kahwin dapat turun sikit, dapatlah yang lain-lain tumpang sama," katanya disambut gelak ketawa kedua-dua belah pihak.
Dengan nada yang rendah dan bersifat ramah kepada rakan dan lawan, Ustaz Azizan mencuri tumpuan kerana mampu 'mengawal' dewan daripada sebarang terjahan mahupun pencak silat pembangkang. Sesekali ayat-ayat jenaka dan pemanisnya mengubat keadaan.
"Terima kasih atas cadangan dan kritikan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengembleng tenaga untuk memastikan rakyat dan negeri ini kekal sejahtera," katanya mengakhiri penggulungannya kira-kira jam 5.30 petang.
Secara purata, pemerhati dan penganalisis memuji Bajet 2011 kali yang amat mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya untuk meningkatkan pendapatan dan membantu bagi golongan yang memerlukan.
Selain itu perjalanan sidang DUN selama tiga hari yang begitu lancar, malah dilihat proses demokrasi di sini berada dalam suasana yang begitu harmoni antara kedua-dua belah pihak, sungguhpun berlainan fahaman politik.
Seperti titah Sultan Kedah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif.
Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti.
"Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah.

Isu Ancak Zambry: Pemuda Pas sekali lagi nyatakan sedia debat

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar semua pengendali laman web atau blogger pro Umno BN agar berdepan bersama di atas satu pentas untuk mengemukakan hujah-hujah mereka jika benar-benar berani bersemuka berhubung ancak tiang seri.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, ini kerana pihaknya melihat trend penyokong Umno BN yang mengendalikan laman web atau blog pro parti itu sedang menunjukkan mereka di pihak benar dengan memberikan hujah-hujah terutama berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.
DPPN Pk, katanya mengalu-alukan terutama pengendali laman web peraktoday.com dan juga bloggertaipingmali.blogspot.com agar menerima saranan berdebat tersebut.
Beliau menambah, DPPN Pk merasakan trend hujah satu hala itu tidak profesional dan menganggapkan berdebat atas satu pentas adalah lebih matang lagi bersifat profesional.
“Mengapa takut jika mereka benar-benar mampu mengemukakan sebarang hujah berkaitan kenyataan DPPN Pk?” soalnya dalam satu kenyataan di sini.
Di atas pentas tersebut, tambahnya masing-masing boleh mengemukakan hujah dan lebih matang serta bersifat berani dengan hujah tersebut.
Tegasnya, DPPN Pk akan menunggu persetujuan bersama untuk berdebat atas satu pentas nanti.
“DPPN Pk berharap mereka tidak takut malah berani untuk menyahut cabaran ini. Bagi DPPN Pk, sama-samalah kita menanti apakah hujah mereka selepas ini,” katanya lagi.

Ajaran Sesat Islam Jamaah


[HM] PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.

Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah.

“Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.

Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.

Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.

“Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan ‘orang kita’ dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).

“Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat,” katanya.

Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.

Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan. -Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.
RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.
SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.

Berapa Kos Rawatan "Syaitan" Ini?


Syaitan yang digelar "Ariel Sharon" sudah dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm baru-baru ini. Anda tahu berapa kos untuk merawat syaitan ini? Menurut kerajaan Israel, sebanyak NIS1.6 juta setahun (sekitar AS450 ribu dolar) diperuntukkan untuk menanggung kos rawatannya. Manakala sebanyak NIS1.5 juta pula telah diperuntukkan untuk mengubah suai rumah syaitan sebelum lahanat ini dipindahkan ke rumahnya.

Cerita lanjut sila ke pautan ini.

Bil Hospital RM23 Ribu Walaupun Gagal Sembuhkan Batuk!

Kapitalis Perubatan mengganas. Hati-hati apabila menerima rawatan di hospital swasta, begitu juga di klinik swasta. Bukan sekadar bilnya cekik darah, namun kadang-kadang hasilnya tidak mencapai tahap yang diharapkan. Saya petik:
Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans

[BH] KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.

Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.

“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.

Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.-

Pemuda PAS: Hudud dapat tangani zina, buang bayi

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata masalah gadis yang hamil luar nikah dan isu pembuangan bayi hanya akan dapat ditangani melalui penguatkuasaan hukum hudud.

Kerajaan sepatutnya mengenakan "undang-undang selayaknya" bagi pesalah zina "seperti sebat terhadap mereka yang belum berkahwin dan rejam hingga mati bagi mereka yang telah berkahwin."

Katanya, usaha BN untuk menubuhkan bank bayi, sekolah mengandung dan penggunaan kondom juga merupakan satu perkara "mengarut."

Beliau turut menuntut supaya kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengajar pendidikan seks kepada pelajar sekolah kerana "ia tidak menyelesaikan masalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku."

Jelasnya, kes buang bayi bukanlah kesan daripada kejahilan berhubung seks tetapi disebabkan "pergaulan bebas, tidak mengenal dosa dan pahala, tidak takut azab Allah, tidak menutup aurat dan tidak memilik kawan atau sahabat."

Dalam satu kenyataan, Nasruddin berkata, kerajaan juga seolah-olah "mahu menggalakkan" zina dengan "mengemukakan cadangan songsang sebegini agar masyarakat tidak memfokus terhadap isu sebenar iaitu zina dan maksiat."

Perkara itu dilihat apabila kerajaan mencadangkan pembinaan hab hiburan di bawah pelan transformasi ekonomi (ETP).Katanya, usaha itu akan membiakkan lebih banyak aktiviti pelacuran, penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

Tambahnya, kerajaan BN sepatutnya lebih serius dalam menangani masalah berkenaan dengan membasmi pusat maksiat dan menjalankan kempen anti-zina.

Moga-moga dapat petunjuk,, Tetapi dimana mek penyibuk... Satu penghormatan besar buat PM 1Malaysia......


Kalau dengan penyanyi hebat yang sebelum ini bukan Islam boleh diberi hidayah oleh Allah S.W.T,, maka harapan aku buat PM kita ni pun moga-moga mendapat hidayah Allah....

Tetapi itulah,, mana bininya yang selalu tu sibuk sangat bila orang-orang kenamaan mengunjungi Seri Perdana,,, tambahan pulak artis-artis terkenal,, tak kiralah dari bolyywood, artis Malaysia Mawi.. selalunya tak lepas peluang...

Hairan pulak,,, ya,, kenapa penyanyi terkenal datang dari negara Barat,, Mat Saleh terkenal... tak nampak pula,,,, malu atau tak berminat dengan lagu-lagi nasyid atau pun Cat Steven tu dah tak hensem........

Kesibukan ke sidang parlimen Nizar tetap layan wartawan


DS Nizar sedang ditemuramah wartawan siasah di R&R Jejantas Sungai Buloh di Kopitiam Kaya .
DS Nizar menjawab persoalan yang ditimbulkan wartawan Siasah.
Kesibukan DS Nizar untuk ke sidang parlimen tidak menghalang DS Nizar memenuhi permintaan akhbar tabloid Siasah untuk diwawancara.

Changkat Jering- Osman Jailu tidak terpilih.

Kita diberitahu teman-teman UMNO, YB Rosli Husein ,Adun Trong kini semakin sah bertanding di DUN Changkat Jering dalam PRU 13.

Penduduk Trong memberitahu kita Rosli Husein pernah memberitahu mereka,dia tidak memerlukan undi penduduk Trong lagi.

Mereka memberi contoh kenduri kahwin,kematian dan pelbagai aktiviti masyarakat YB Rosli sudah mula tidak kelihatan.

UMNO Bukit Gantang dikhabarkan akan menjual kerusi Melayu DUN Trong kepada MIC.Ahli Umno Bukit Gantang berbangga kerana dahulupun mereka beri kerusi Parlimen Bukit Gantang kepada Tan Lian Hoe pada PRU 12.

Namun begitu menurut orang Osman Jailu, Osman Jailu tak terpilih pun sudah dijanjikan habuan.

Seorang pegawai Osman yang wataknya seperti sesumpah atau cicak pokke selalu senyum memanjang setiap kali jumpa Osman Jailu dapat sampul.Tapi apabila Osman Jailu tiada kuasa baru dia tahu langit tinggi rendah.

OPS BUBAR DUN PERAK...Apakah nasib mereka???

"Court Bangun!!!!!" Nyaring dan panjang sekali jeritan Che' Din, polis di dalam Kamar Mahkamah Hakim Puan Norsalha di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Seperti biasa dia akan menjerit sekuat hatinya sebelum Puan Hakim masuk duduk di kerusi tingginya. Lain mahkamah lain tatatertib dan akhlah yang perlu di jaga.
"Encik Augustine, are you ready?" tanya Che' Din lagi kepada peguambela kami yang sejak sejam lepas telah lama santai-santai menanti Puan Hakim masuk. Beberapa saat kemudiannya Puan Hakim muncul dan duduk di kerusi tingginya.

Peguambela Augustine Anthony memberikan taklimat sebaik mahkamah ditangguhkan. Turut kelihatan di sebelahnya ialah En Bah Tony seorang aktivis Orang Asal yang membantu pihak pembelaan dalam hujahan bertulis.

Senyum sahaja kelihatannya Puan Hakim kali ini. Hati yang panas dan menggelegak lantaran perlu menghabiskan banyak masa di dalam mahkamah menanti dan terus menanti sejak jam 8.30 pagi terubat jua.

Tarikh 26hb November 2010 telah ditetapkan sebagai tarikh untuk penggulungan kes Ops Bubar Dun Perak ini sejak 2 bulan yang lepas ketika Mahkamah menangguhkan perbicaraan buat kali terakhir. Seperti biasa kami yang perlu berulang alik dari Gombak Selangor akan keluar dari rumah seawal jam 5.30 pagi untuk tiba di kompleks Mahkamah Kuala Kangsar jam 8.30 pagi.

Kami minum dan bersarapan dahulu bila masa diberikan untuk kes bermula di awal pagi.

Kes ini mula dibicarakan pada 13hb Februari 2009 dan dibicarakan dengan mengikut jadual waktu perbicraan yang sangat ketat dan cepat. Setiap dua minggu sekali kami perlu berada di mahkamah selama 2-5 hari mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh Puan Hakim. Tidak boleh menguzurkan diri. 13 orang OKT istiqamah menghadirkan diri ke mahkamah. Segala cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi. Ada yang kehilangan kerja, ada yang terpaksa dipotong gaji lantaran tiada lagi cuti tahunan yang bersisa.

Syukur yang teramat apabila Puan Hakim memutuskan bahawa 26hb November adalah tarikh penggulungan kes dan keputusannya akan diketahui bila-bila masa saja sebelum tahun 2010 melabuhkan dirinya. Bukan tidak risau dengan keputusan yang bakal dijatuhkan namun terasa kurang beban yang perlu digalas.

Mahkamah Kuala Kangsar

26hb November semua hadir dengan para penyokong di sekitar Kuala Kangsar turut hadir memberikan sokongan termasuk Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar. Syukur dan terharu di atas sokongan.

"
Ada yg kecewa bila pimpinan tak beri sokongan. Namun kita tetap terus berjuang.Berjuang utk rakyat.Jika mereka muncul kita berbesar hati."

Baca selanjutnya di blog UmmuAsiah


CARA PAS FAHAM POLITIK BERBEZA DENGAN UMNO - TIMBALAN PRESIDEN PAS / چارا ڤاس فهم ڤوليتيک بربيذا دڠن امنو - تيمبالن ڤريسيدن ڤاس


Politik yang dibawa oleh PAS adalah sangat berbeza dengan politik yang dibawa oleh UMNO. Itulah antara rahsianya PAS dapat kekal di persada dakwah dan politik negara walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Beliau menyampaikan dalam majlis Ceramah Perdana anjuran PAS Kawasan Teluk Intan. Ceramah telah di adakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

PAS, menurut Ustaz Nasaruddin mengambil siasah (politik) sebagai satu cara untuk mengurus dan memandu  manusia agar manusia suka kepada kebaikan. 

"Kita menggunakan politik untuk mengajak manusia ke arah yang baik dan mencegah manusia daripada melakukan yang tidak baik. Kita menjadikan politik sebagai satu cara untuk mengajak rakyat bersikap jujur, jauhi rasuah dan sebagainya."

"PAS juga berpolitik dengan pemahaman bahawa segala yang dilakukan di dunia ini tidak akan terhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya, segala apa yang dilakukan di dunia ini akan dibawa ke akhirat untuk dipertangungjawabkan dan menerima balasan baik atau buruk."

Politik begini akan membawa negara kepada sebuah negara yang aman makmur di bawah keredhaan dan keampunan Allah SWT.

Menurut beliau lagi yang merupakan ahli parlimen Bachok, ini amat berbeza dengan UMNO yang menjadikan politik sebagai alat untuk duniawi semata-mata tanpa memperkirakan balasan di akhirat. Apabila sesuatu amanah itu diberikan kepada yang bukan ahli maka akan tibalah saat kehancuran seperti gejala sosial yang semakin membarah, rasuah, kezaliman, wabak penyakit dan sebagainya.

Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada rakyat memilih pemimpin dan parti yang benar-benar membawa kesejahteraan secara seimbang dunia dan akhirat. Dalam konteks ini ialah memilih pemimpin di dalam pilihan raya.

Apabila diberikan amanah kepada pemimpin yang bukan ahlinya maka ia dapat dilihat di negara ini. Dalam keadaan ekonomi menguncup, pemimpin BN sanggup membina bangunan 100 tingkat. Dalam keadaan gejala sosial yang kronik, atas nama menjana ekonomi negara pemimpin UMNO menjadikan negara ini sebagai hub hiburan malam yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu.

Oleh itu, Timbalan Presiden PAS menyeru kepada rakyat agar melakukan perubahan dalam PRU akan datang demi menyelamatkan negara daripada terus dipimpin oleh pemimpin yang rakus.
YB Anuar dan YB Zainuddin turut berceramah.
Kehadiran begitu ramai walaupun sebelumnya hujan turun.

Beliau juga menyentuh tentang konsep tahaluf siyasi dan penubuhan sayap baru Dewan Himpunan Penyokong PAS. Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh PAS kini menjadi satu kejayaan yang besar dan mendapat pujian dan panduan kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia.

intanhijau.blogspot.com