Thursday, February 27, 2014

Sejauh mana dibenar melihat aurat dalam perubatan

TUGASseorang pengamal perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan dari Allah jua).

Sesiapa yang menceburi bidang ini, sama ada doktor, jururawat atau seumpamanya adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat.

Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah untuk menjadi seorang doktor, sela masa yang lebih lama di universiti berbanding dengan profesyen lain.

Oleh kerana keistimewaan inilah tugasan yang diberikan amat besar. Justeru, tugasan ini tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak khusus belajar mengenai hal ehwal merawat pesakit. Lebih besar lagi taklifan yang diberikan kepada para pengamal perubatan ini apabila ada di antara mereka menceburi bidang yang lebih spesifik dalam ilmu dan dunia perubatan.

Sebagai contohnya pembedahan jantung oleh pakar Jantung, hal-hal khusus sakit puan oleh pakar sakit puan. Ada yang mengambil kepakaran sakit tulang, sakit kanak-kanak, sakit berkaitan darah dan sebagainya. Pendek kata bukan calang-calang orang sahaja yang mengambil bidang yang penting ini.

Ilmu Allah ini juga tidak tertakluk kepada lelaki mahupun wanita. Ianya bergantung kepada kecenderungan masing-masing dan minat yang mendalam dalam sesuatu disiplin ilmu spesifik itu.

menjaga batas syariat
Tidak sihat seseorang itu boleh membawa kepada hidup tidak berkualiti. Kerja terganggu. Ibadah pun terbatas. Malah penyakit yang dialami boleh membawa maut jika tidak diurus dengan baik oleh perawat yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang penyakit tersebut.

Namun disana timbul satu isu apabila kita sebagai seorang muslim, perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama seperti menjaga aurat sepanjang waktu. Aurat lelaki antara pusat dan lutut bagi masyarakat umum. Manakala aurat wanita adalah muka dan tapak tangan boleh didedahkan.

Batasan aurat ini boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Apa yang dimaksudkan darurat di sini sebagai contohnya jika wanita yang sudah sampai waktu bersalin, wajib hadir disisinya seorang pembantu yang mahir dalam selok belok kelahiran dan membantu proses berkaitan dengan kelahiran agar terjamin nyawa ibu dan anak.

Penjagaan batas aurat ini tidaklah termasuk dalam lima perkara penting tujuan diturunkan syariat (maqasid syar'iyyah); iaitu untuk menjaga agama, akal, nyawa, maruah dan harta.

Penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa merawat ini tidak terpakai secara langsung. Cuma hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (sama ada lelaki atau wanita) boleh mengakibatkan nyawa siibu atau sianak yang akan dilahirkan terancam.

batasan hukum penjagaan aurat
Batasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu.

Keringanan ini juga disebut sebagai 'takhfif' selain rukhsah. Ia adalah bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hamba-Nya yang berada pada keadaan tertentu. Ibnu Nujaim menyebutkan bahwa rukhsah terdiri dari beberapa jenis:

Pertama: Menggugurkan (takhfif isqath), seperti pengguguran kewajiban solat Jumaat kepada orang yang sakit kronik.

Kedua: Mengurangkan (takhfif tanqish), seperti qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir; dibolehkan solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya.

Ketiga: Menggantikan (takhfif ibdal). Misalnya mengganti wuduk air dengan tayamum menggunakan debu diakibatkan tidak adanya air yang digunakan untuk berwuduk.

Keempat: Mendahulukan (takhfif taqdim), seperti rukhsah jamak taqdim.
Kelima: Mengakhirkan (takhfif takhir). Ini termasuklah rukhsah jamak takhir, melewatkan solat Isyak dan lain-lain.

Keenam: Meringankan (takhfif tarkhish), seperti dibolehkan minum arak jika tercekik sesuatu apabila tiada minuman lain di sekelilingnya.

Ketujuh: Mengubah (takhfif taghyir). Misalnya perubahan bentuk perbuatan solat menjadi lebih ringan ketika terjadi peperangan. [Lihat Imam Musbikin, Qawa’id al-Fiqhiyah, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2001]

Dalam konteks yang dibincangkan ini, kehadiran perawat untuk merawat pesakit diringankan hukum melihat auratnya kerana kemahiran yang ada bagi perawat dan kemaslahatan yang timbul atas pesakit.

Jika digabungkan jenis rukhsah, takhfif tarkhish akan diguna pakai. Dengan sendiri isu perawat lelaki tidak timbul. Kehadiran perawat yang berkemahiran amat dituntut demi menjaga kemashlahatan nyawa pesakit.

Jika tidak melibatkan nyawa sekalipun seperti dalam pemeriksaan biasa, sentuhan dari perawat amat penting bagi menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan yang berterusan. Lebih-lebih lagi perawat itu adalah lelaki yang lebih berkemahiran. Kerana aurat kemaluan wanita bukan sahaja lelaki ajnabi yang haram melihatnya, wanita pun haram melihatnya tanpa sebab yang khusus seperti berubat.

Namun dari satu sudut yang lain sifat dan naluri seorang manusia tidak boleh lari dari malu mendedahkan anggota sulit mereka kepada sesiapa sahaja.

Disinilah perlunya satu etika khusus dalam berubat dan merawat. Iaitu tidak sewenangnya mengambil ruang rukhsah tersebut dalam mangambil kesempatan melihat aurat diluar dari batas yang sepatutnya.
____________________
Dr Suhazeli Abdullah ialah Pakar Perubatan Keluarga

Haram undi Anwar Ibrahim di Kajang... kata Ustaz Mohd Syamsul


Berita

Dengan bersandarkan beberapa hujah yang dibacanya dari media-media yang ditunggang oleh UMNO/BN, Ustaz Mohd Syamsul ni mengeluarkan satu resolusi bukan fatwa katanya.

Tulis Ustaz ini dalam satu status di Facebook miliknya "Resolusi NGO Suara Pondok Kelantan menyebut "Adalah bermula Pengundi Islam di Kajang hendaklah ia barang mengetahui bahawasanya Haram mengundi Anwar Ibrahim pada musim ini di atas 3 sebab musabab.-

(1) Adalah lisannya jelas menyebut menyokong keselamatan Negara Haram Israel.

(2) Adalah menyokong saki baki sejenis kaum Nabi Lut as.

(3) Adalah ianya bersetuju kesamarataan Ugama.


Bagi tuduhannya yang pertama iaitu Anwar secara lisannya jelas menyebut menyokong keselamatan Negara Haram Israel ianya adalah berdasarkan apa Anwar pernah berucap di Eropah dan katanya2 ditulis dlm Majalah "Wall Street Journal" milik Dow Jones and Company.

" I Support all efforts to protect the security of The State of Israel."(Sy menyokong sebarang usaha utk menjaga keselamatan Israel.)

Maka ayat Al Maidah ayat 82 digunakan untuk mempertahankan hujjahnya itu.. Allah swt berfirman,"Nescaya kamu akan dapati permusuhan yg paling kuat di kalangan manusia terhadap org beriman ialah org2 Yahudi".

Al Baqarah ayat 120(Dan tidak akan redha kpd kamu org2 Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah(cara kehendak) mrk.")Jelas firman Allah Yahudi adalah musuh Islam.

Hakikatnya apa yang Anwar ucapkan “..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Manakala bagi tuduhannya yang kedua pula tak ada sebarang hujah yang dikemukakannya jadi ianya lebih kepada satu fitnah..

Tapi ada juga dia jawab dalam Facebook dia.. tulisnya "PKR Bangi dlm twitnya mengishtiharkan "Kami tetap menyokong Ds Anwar Ibrahim walaupun dia seorang gay.

Kalau inilah hujahnya maka malanglah sesiapa yang menjadi pengikut Ustaz ini.. benda macam tu pun dia boleh jadikan sandaran untuk mengeluarkan resolusi...

Bagi tuduhan yang ketiga pula baca apa AmenoWorld jawab di ( SINI )

Cadanngan aku buat Ustaz ni.. sebelum nak keluarkan fatwa atau resolusi tentang apa sekalipun, bersandarlah kepada fakta, jangan bersandar kepada Utusan Malaysia dan lain-lain media yang dikawal UMNO/BN semata-mata..

Mungkin sebab kalah dalam PRU baru-baru ini fikirannya dah bercelaru sebagaimana yang dikatakan oleh Hazmi Hanipa "kawe nmpk sbb utama kekalahan demo pru baru2 ini ada bnyk sngt merapu..kene muhasabah lah tu akhi..-AnakSgDerhaka 

PP terus mohon walaupun Pusat tidak lulus Skim Bekalan Air dari Sg Perak: LGE


BeritaWalaupun Kerajaan Pusat tidak meluluskan permohonan cadangan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak ke Pulau Pinang bagi menjamin keperluan air di negeri itu mencukupi selepas 2026, kerajaan negeri tetap akan terus memohon agar dipertimbangkan semula.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kejayaan Pulau Pinang menghadapi musim kemarau ketika ini dengan tidak mengadakan sebarang catuan air tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meluluskan permohonan itu.

Katanya, alasan yang diberikan Kerajaan Pusat untuk menolak cadangan itu kerana mendakwa sumber air mentah di negeri itu mencukupi sehingga 2030.

Menurutnya, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximum Ongkili dalam suratnya bertarikh 18 September 2013 menolak permohonan kerajaan negeri bertarikh 18 Jun 2013 yang meminta projek itu disegerakan sepertimana dalam perjanjian penghijrahan aset air yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 2011.

Menurut beliau, kejayaan Pulau Pinang menghadapi musim kemarau ketika ini dengan tidak mengadakan sebarang catuan air mungkin menyukarkan permohonan melaksanakan skim bekalan air dari Sungai Perak diluluskan.

“Walaupun permohonan itu ditolak, kemampuan kerajaan negeri menangani krisis kemarau tidak harus dijadikan alasan untuk tidak mengikuti syarat persefahaman yang dipersetujui sebelum ini.

“Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus meminta agar skim bekalan air ini diteruskan bagi menjaminkan masa depan generasi selepas 2026,” katanya dalam kenyataan media di Komtar, semalam.

Dr Maximus Ongkili menolak skim bekalan air berdasarkan beberapa alasan termasuk sedang melaksanakan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang membabitkan kos RM1.4 bilion yang menjadi sebahagian daripada Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Pulau Pinang yang dimeterai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

* Projek itu kini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016 yang akan meningkatkan kapasiti air mentah sedia ada sebanyak 198 juta liter sehari (JLH) dan mampu membekalkan air ke seluruh Pulau Pinang sehingga 2026.

* Di samping pelaksanaan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Program Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management) yang komprehensif juga perlu diberi tumpuan bagi memastikan penggunaan bekalan air mentah secara berhemat di Pulau Pinang.

* Cadangan itu berasaskan penggunaan air per kapita bagi negeri Pulau Pinang adalah yang tertinggi di negara ini iaitu sebanyak 285 liter/kapita/hari berbanding purata nasional sebanyak 210 liter/kapita/hari. Penggunaan air per kapita yang tinggi ini mendorong kepada pengabstrakan air mentah yang berlebihan untuk dirawat oleh operator air.

* Kerajaan Pusat juga yakin bekalan air mentah di Pulau Pinang mencukupi sehingga 2030 jika mengawal penggunaan air per kapita ke tahap yang munasabah serta mengoptimumkan penggunaan air Empangan Mengkuang iaitu ke paras 250 liter/kapita/hari bagi kawasan bandar dan 240 liter/kapita/hari bagi kawasan luar bandar

* Cadangan melaksanakan Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak/Kerian ke Pulau Pinang dianggap masih terlalu awal untuk dipertimbangkan dan meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak untuk mendapatkan persetujuan sebelum Kementerian memperakukan semula cadangan itu pada Rancangan Malaysia yang akan datang.

* Selain itu, Kerajaan Pusat juga tidak dapat mempertimbangkan cadangan itu buat masa ini kerana mempunyai keutamaan yang lebih mendesak untuk melaksanakan projek lain.-

GST : Ahmad Maslan Cuba Perbodohkan Rakyat Lagi



Agak-Agak lah Ahmad Maslan kalau ya pun lu nak MENGAMPU untuk mendapat Jawatan MENTERI Penuh, MENTANG-MENTANG lah Ulul Amri lu akan membuat ROMBAKAN KABINET waaaahhhh lu punya AMPU betul-betul tahap Orang GILA NAK MAMPOS beb.

Lu tahu tak Ahmad Maslan hanya Orang Gila Nak Mampos aje yang sanggup PUJI DIRI dengan AYAT Tiada Kerajaan Di Dunia Ini Yang Sebaik BN (BARANG NAIK @ BINI NAJIB)... kah kah kah!.

Memang BETUL Tiada Kerajaan Di Dunia Ini Yang Sebaik BN dalam MEROMPAK DAN MENYAMUN HARTA RAKYAT dari DULU KINI dan SELAMANYA, disamping mempunyai Pemimpin yang BERTARAF DUNIA BOROS BERBELANJA. Sebab itu NILAI MATA WANG Malaysia yang KAYA dengan HASIL BUMI tetapi KALAH dengan Negara yang AIR untuk MINUM pun terpaksa DIBELI dari Kita, kerana apa kerana Pandai nya Umno And The Gang Memerintah... kah kah kah!.

Berkenaan GST yang dikatakan akan MENURUNKAN HARGA BARANG selepas satu Tahun ianya berjalan, tak sudah-sudah lu cuba MENIPU RAKYAT ya Ahmad Maslan, Lu kalau dengan Kebanyakkan Ahli Umno boleh lah lu TEMBERANG beb. Sebab dia orang Kebanyakkan nya sudah GELAP HATI untuk menerima Kebenaran hingga untuk membezakan Harga Barang Naik dengan Harga Barang Turun pun dia orang sudah TAK MAMPU, apa lagi kalau lu Temberang pasal GST beb.. kah kah kah!.

Nama nya saja sudah GST iaitu yang T tersebut dalam BAHASA BAPAK UMNO adalah TAX yang bermakna CUKAI, lu FAHAM tak apa makna nya Cukai tu Ahmad Maslan. Seperti yang selalu dikatakan Cukai Pintu, Cukai Tanah, Cukai Import, Cukai Export atau pun Cukai Pendapatan. Jangan pulak lu ingat Cukai tersebut adalah seperti CHUKAI yang ada di Negeri Menteri Besar nya baru balik dari LAWATAN SAMBIL BELAJAR di Benua Antartika tu pulak beb... kah kah kah!.

Kalau dah nama nya Cukai mana ada ianya MENGURANGKAN HARGA sesuatu yang dikenakan Cukai Ahmad Masalan oiii... kecuali lah PENGHAPUSAN CUKAI itu baru dikatakan boleh MENURUNKAN Harga sesuatu Barangan. Tapi kalau lu bercakap dengan sesama Umno And The Gang mungkin lah boleh dia Percaya cakap lu tu atas sebab antara ialah seperti kata Tun Mahathir iaitu "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" mungkin lu salah seorang dari nya... kah kah kah!.

Lagi satu Ahmad Maslan rasa nya TAK SESUAI lah beb bila dikatakan yang Kerajaan BN (BARANG NAIK @ BINI NAJIB) akan menjadi Kerajaan BARANG TURUN (BT) dari segi namanya, kecuali ditukar nama BN tersebut kepada BT. Tapi kalau ditukar pulak nama BN kepada BT terpaksa tukar nama BN (Barisan Nasional) kepada apa ya Ahmad Masalan, ok lah biar gua Fikir-Fikirkan nama apa yang sesuai dengan BT tu... kejap ya Ahmad Maslan gua FIKIRKAN DULU ok... kah kah kah!.

Setelah gua Fikir-Fikirkan dan untuk BERLAKU ADIL kepada BN yang dulu singkatan daripada Barang Naik @ Bini Najib, dengan rasa RENDAH DIRI, TANPA PREJUDIS, TANPA BIAS dan TANPA WAS-WAS maka gua dapat IDEA untuk TUKAR nama BN tersebut yang lu katakan sebagai Kerajaan BARANG TURUN (BT). Rasa-rasa nya lu akan terima tak apa yang gua CADANGKAN ini Ahmad Maslan, gua tak kenakan apa-apa Bayaran atau pun WANG EHSAN BAWAH MEJA beb... kah kah kah!.

Gua IKHLAS lah Ahmad Maslan, lu tengok aje Blog gua pun sudah cukup beb, mana ada satu IKLAN yang gua TARUK. Jadi jangan Risau tentang Bayaran kerana ianya PERCUMA atau dalam Bahasa Bapak Umno dikatakan sebagai FREE OT CHARGE (F.O.C). Cerita banyak pun tak guna SEMPENA untuk MEREALISASIKAN perkataan Kerajaan BARANG TURUN (BT) selepas satu Tahun apabila GST dijalankan seperti kata lu, apa kata Tukar nama Barisan Nasional (BN) kepada Barisan TOTOL (BT)... kah kah kah!. sumber klik sini

hemmmmm..... orang jawa dikatakan seperti orang cina gak beb iaitu kebanyakkan nya cerdik... tapi jawa seorang ni adalah antara jawa bodoh berlagak pandai sama seperti herman tino tu... kah kah kah... A B U."

Ahli PAS sebagai muslim haraki


Orang Islam mempunyai tanggungjawab terhadap Islam dan membela Islam di atas muka bumi ini. Haram kita membiarkan Islam dipermainkan dan dihina. Islam tidak iktiraf manusia yang membisu seribu bahasa dan beriktikaf di dalam masjid tanpa mengambil peduli apa yang berlaku sekelililngnya.

Kehadiran kita sebagai manausia, bukan diminta, tetapi semuanya adalah takdir Allah SWT yang Maha Mengetahui apakah hikmah yang tersurat dan tersirat. Yang jelas kewujudan manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah Allah SWT untuk memakmur dan menguruskan bumi ini dengan agama.

Tidak ada siapa yang terlepas daripada tanggungjawab di hadapan Allah SWT. Mungkin di dunia, ia dapat melepas lari, tetapi tidak di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW, "Semua kamu adalah pemimpin, dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya."

Hadis ini sebagai satu penyataan umum kepada kita bahawa semua manusia yang mukallaf bertanggungjawab atas kehidupannya ketika berada di dunia. Mereka boleh memberi berjuta alasan ketika berada di atas dunia, tetapi di akhirat medannya sudah berlainan. Waktu itu amalan yang menjadi saksi atas pebuatan mereka.

Muslim Haraki ialah ahli Pas yang telah berjanji setia dan akur kepada Perlembagaan Parti dan disiplin parti selagi tidak bertentangan dengan syariat. Mereka bersedia untuk melaksanakan amanah parti yang produktif dan mempunyai nilai tambah kepada parti. Mereka bukan ahli yang jumud dan tidak memberi manfaat kepada orang ramai di dalam rangka untuk membina masyarkat Islam dan negara yang berpandukan kepada syariat Allah SWT.

Kita kesti menjadi muslim Haraki, kerana ini merupakan sunnah para Rasul yang terdahulu sehingga terpaksa mengorbankan diri mereka semata-mata untuk melihat dakwah subur di atas muka bumi ini. Nabi SAW tidak akan berhijrah ke Madinah jika baginda merupakan orang yang mempunyai kepentingan diri. Baginda boleh selamatkan diri jika baginda mahu. Sebagaimana tawaran dunia yang cukup lumayan, bukan Jusa A atau Turus.

Pembesar Quraish menawarkan "Wahai Anak Saudaraku jika kamu bawa agama kerana hendak harta kekayaan, maka kami akan mengumpul kekayaan sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya dalam kalangan kami. Jika engkau bawa agama ini untuk hendak menjadi ketua, Maka kami akan tabal kamu menjadi pembesar di Makkah". Kesemuanya ini ditolak. Kerana apa?. Semuanya ialah kerana baginda bukan hendak menjaga kepentingan diri, tetapi untuk maslahah umum.

Jika baginda mempunyai kepentingan diri, baginda tidak perlu meninggalkan kampung halaman baginda. Baginda boleh melepaskan diri dengan membiarkan pengikutnya terseksa. Baginda juga boleh menyelamatkan diri sendiri, kerana keluarga baginda adalah golongan kenamaan. Kerana menjadi adat di dalam masyarakat jahiliah cukup menghormati darjat dan keturunan. Mereka malu untuk membuat sebarangan terhadap batang tubuh baginda.

Muslim haraki mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam masyarakat. Kehadiran mereka dirasai dan ketiadaan mereka dirindui. Mereka mengembelingkan tenaga mereka di tengah- tengah masyarakat dengan menjual produk Islam kepada orang lain sehingga terasa Islam itu rahmat untuk semua.  Sabdara Rasulullah SAW, "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya (sensitif) di tengah-tengah manusia."

Mereka mesti menjadi juara kepada ummah, bukan sahaja kepada kelompok tertentu sahaja. Mereka begitu sensitif terhadap perkembangan semasa yang membabitkan akidah, ekonomi, politik dan moral.

Muslim haraki bukan sahaja pandai berbicara tetapi melaksanakan. Bukan Muslim Haraki jika hanya pandai mengkritik tetapi tidak membawa penyelesaian. Muslim haraki bukan sahaja pandai menghukum, tetapi mesti menjinakkan mad'u (sasaran). Di dalam dunia hari ini orang sudah tidak mahu "talk no action" (bercakap tetapi tidak bertindak). Jangan kita marah jika masyarakat jauh dengan perjuangan kita jika kita hanya berteori tetapi tidak melaksanakan. Jangan kita rasa pelik masyarakat akan mendekatkan diri dengan ideologi lain lantaran kita tidak menjadi Muslim Haraki yang menunjukkan suri teladan yang baik. Muslim haraki mesti buktikan mereka adalah amanah kepada harta rakyat apabila diberi amanah.

Mengapa PAS menentang GST?


Firman Allah:
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا (79)الكهف.
Maksudnya:
Khadir berkata: “Adapun kapal (yang aku rosakkan) ini adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut. Aku jadikannya rosak, kerana mereka akan melalui negeri yang Rajanya merampas setiap kapal yang tiba.”

Firman Allah:
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا (94) قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا (95) آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا (96(الكهف.
Maksudnya :
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (94)
Dia menjawab: "(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku kurniakan kepadaku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah aku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh." (95)
"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu. Dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu."  Sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya." (96)

Al Quran memaparkan dalam satu surah, dua kisah benar di zaman silam, supaya diambil iktibar. Ianya merupakan kisah perbandingan di antara kerajaan yang zalim yang merampas setiap kapal yang lalu ke negerinya tanpa mengira pemiliknya kaya dan meskin, lalu nabi Khaidir merosakkan kapal kepunyaan orang-orang miskin bagi menyelamatkannya. Berbeza pula kerajaan yang adil, Rajanya seorang yang soleh dan bijak bernama Dzulqarnain, membantu kaum yang lemah, kerana kewangannya surplus,  sehingga menolak tawaran untuk membayar cukai bagi membantu mereka menghadapi pencerobohan kaum yang ganas.
sumber kewangan negara
Islam adalah membawa rahmat kepada seluruh manusia. Dalam konsep mengumpul sumber kewangan negara yang dilaksanakan dalam sistem ekonomi di peringkat masyarakat dan negara, nasional dan antara bangsa  dan inter negara-negara, Islam  menentang pengambilan kekayaan secara rakus tanpa mengira batas timbang rasa kemanusiaan. 

Dalam hal ini, Islam tetap menggalakkan kemajuan ekonomi sehingga berkemampuan untuk diri dan membantu pihak yang memerlukan bantuan. Islam juga tidak menyekat kekayaan yang diambil dengan cara yang baik dan membelanjakannya juga untuk kebaikan, dengan menetapkan sempadan dan kewajipan, serta menghalang kekayaan negara berpusing di kalangan orang-orang yang kaya dan pihak yang berkuasa. Batas halal dan haram dalam segala aspek, barangan, operasi dan akhlak dalam semua urusan, adalah sempadan dalam kegiatan ekonomi. Sistem ekonomi liberal kapitalis tidak mempunyai roh akhlak, halal – haram ini. Semua ini bertujuanuntuk menjaga kesaksamaannya dan keharmonian dalam kehidupan manusia yang bermasyarakat madani.

Dalam aspek sumber kewangan masyarakat dan negara, maka Islam mewajibkan sumber zakat secara ibadat yang menjadi rukun Islam kepada penganutnya. Para ulama juga mengizinkan percukaian dilaksanakan sekiranya sumber kewangan negara tidak mencukupi dengan  konsep yang adil  seperti zakat  juga.

Zakat diwajibkan keatas penganut Islam sehingga dimasukkan dalam rukun agama dan ibadat yangtidak boleh dibatalkan. Maka zakat tidak boleh dikenakan kepada penganut bukan Islam  kerana hak yang berbeza dalam prinsip ibadat dan konsepnya. Adapun cukai dikenakan kepada penganut bukan Islam dan penganut Islam juga dalam konsep bermasyarakat dan bernegara. Sekiranya kewangan negara mendesak maka cukai boleh ditambah; dikurang dan boleh pula dihapuskan sekiranya sudah ada sumber kewangannya mencukupi atau sebab-sebab yang lain.
golongan tidak diwajibkan zakat
Zakat terhadap penganut Islam diwajibkan kepada kalangan berkemampuan dan kaya sahaja, dimana kalangan miskin tidak diwajibkan zakat. Maka hukum Islam menetapkan kadar mewajibkannya yang dinamakan nisob. Dimana nisob ini juga dikira kadar lebihan daripada keperluan diri, keluarga dan pengurusan, dengandikecualikandaripada perkiraannya. Mereka yang berpendapatan tidak mencapai nisob dikira miskin atau yang tegarnya dinamakan fakir dan tidak diwajibkan zakat. Pungutan zakat pula mengikut haul (tahunan) atau musim bagi hasil pertanian.

Maka cukai yang dikenakan bagi keperluan negara yang melibatkan rakyat supaya menyumbang, tanpa mengira agama hendaklah berpandukan konsep pungutan zakat dengan mengecualikan kalangan miskin daripada cukai dan juga tidak membebankan lebih daripada kemampuan, serta menghalang bebanan daripada kesannya seperti berlakunya inflasi.

Khalifah Umar bin Al Khattab r.a. dan Umar bin Abdul Aziz yang banyak memperkenalkan cukai yang dinamakan jizyah,kharaj dan usyur, daripada sumber kegiatan ekonomi, berpandukan kepada konsep yang tidak membebankan rakyat miskin dalam sistem zakat. Maka cukai tidak dikenakan terhadap kalangan rakyat yang pendapatannya tidak mencapai tahap selesa atau kalangan penganggur atau kalangan yang bergantung sumbangan daripada pihak lain seperti paderi dan sami atau yang berkhidmat kepada negara dan masyarakat.
cukai boleh dihapuskan
Cukai boleh dihapuskan kerana tidak berkait dengan ibadat, tidak seperti zakat yang diwajibkan dan tidak boleh dibatalkan kepada penganut Islam kerana ianya dimasukkan dalam perkara ibadat sepanjang masa. Sejarah membuktikan bagaimana cukai lebih rendah kadarnya dibandingkan dengan zakat. Penurunan dan sehingga penghapusan cukai pula berlaku tidak seperti zakat, apabila tujuan daripada pungutannya tidak ada lagi kerana hasil lain yang mencukupi atau pihak berkenaan tidak berfungsi menunaikan tanggung jawab terhadap pembayar.

Contohnya Abu ‘Ubaidah (pemerintah wilayah Syam) membatalkan cukai jizyah yang bertujuan menjaga keselamatan pihak yang membayar daripada kalangan bukan Islam, apabila beliau menghadapi ancaman pihak tentera Rom, sehingga tidak mampu menjaga keamanan pembayar, atau mereka yang terlibat bertugas menjaga keamanan dan keselamatan.Cukai juga dikurang bahkan ditiadakan apabila sumber yang lain telah mencukupi, contohnya  Khalifah Umar bin Al Khattab pernah menghapuskan Usyur (cukai perniagaan) yang dikenakan kepada barangan asasi keperluan harian rakyat di tahun kemelesetan ekonomi bagi menurunkan harganya. Adanya kalangan negara Arab yang mempunyai sumber petroleum yang banyak membatalkan beberapa cukai kerana mewarisi kesan pemerintahan Islam.

Khalifah Umar bin Al Khattab dan Umar bin Abdul Aziz adalah contoh yang paling ideal kerana memerintah di zaman paling majmuk, wilayah yang luas dan mencabar. Di antara arahan mereka adalah melarang sekeras-kerasnya mengenakan cukai tanpa kemampuan pembayarnya. Mereka menggalakkan pengurusan yang menambahkan sumber yang ada tanpa membebankan rakyat bahkan mengancam untuk memecat sesiapa sahaja yang menaikkan cukai tanpa berlaku adil dan menunjukkan tidak berkemampuan mengendalikan urusan kewangan wilayahnya yang diberi autonomi.
krisis kewangan
Terkini negara kita sedang menghadapi krisis kewangan walaupun pihak kerajaan sentiasa  menafikannya. Maka dilakukan kenaikan cukai yang telah sedia ada dan mengadakan cukai baru. Terakhir pula diperkenalkan GST, cukai  terhadap barangan dan perkhidmatan. Alasannya supaya berlaku adil dengan melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaya dan miskin menanggung bebanan menampung keperluan negara. Pendekatan ini adalah salah tafsir terhadap prinsip keadilan, konsep dan objektifnya.

Adil mengikut takrif Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya membebankan kepada semua tanpa mengira tahap kemampuan. Sudah pasti ada kalangan yang miskin yang terbeban dengan terlalu sedikit penambahan cukai daripada barangan keperluan dan menanggung kesan inflasi juga terhadap barangan yang kononnya tidak bercukai atau dalam kawalan. Dalam masa yang sama ada segelintir kalangan yang kaya-raya dan tidak bermasalah dalam semua keadaan, mereka inilah yang sepatutnya mengambil tanggung jawab cukai tambahan.

Sepatutnya pihak kerajaan yang diamanahkan melakukan muhasabah diri secara ikhlas, terhadap ketirisan daripada sumber yang telah sedia ada dan membetulkan kesilapan yang berlaku serta berani,tegas dan telus bertindak terhadap penyelewengan, disamping melakukanislah(reformasi) sebelum transformasi. Transfomasi tanpa Islah boleh membawa keadaan yang lebih parah.

Saya tegaskan dalam ucapan bajet, bahawa ketirisan berlaku dengan sebab projek mewah sehingga meninggalkan perkara aulawiyyat(keutamaan) bagi rakyat  menyebabkan keborosan dan pembaziran. Masih berlakunya rasuah yang mencacatkan projek yang dirancang dengan baik dan menggagalkannya. Hutang bersama riba yang terpaksa dibayar daripada peruntukan negara dan bencana alam disebabkan kesalahan manusia dan lain- lain. Kebocoran ini menyebabkan defisit yang memerlukan penampungan daripada sumber kewangan tambahan. Semuanya daripada kesalahan kerajaan, bukannya rakyat.

Penyelesaiannya bukan dengan membebankan rakyat yang lemah,dengan menaikkan cukai sedia ada, mengadakan cukai baru dan kenaikan harga barangan daripada kesannya yang tidak terkawal, termasuklah bayaran tol yang sepatutnya diturun dan akhirnya dihapuskantetapi dijadikan kesempatan mengambil duit rakyat tanpa mengira kaya dan miskin.
menyekat ketirisan
Penyelesaiannya ialah menyekat ketirisan dan menghapuskannya. Bertindak terhadap sumber dan puncanya dengan berani, ikhlas dan tegas. Menampung kekurangan sementara waktu terhadap mereka yang berkemampuan sahaja dengan menukarkan bayaran rasuah untuk segelintir manusia, digantikan kenaikan cukai untuk semua rakyat. Memayungi rakyat yang lemah supaya tidak menerima tempiasnya dengan langkah yang bijak, saperti kawalan harga barangan keperluan, penurunan dan penghapusan cukai dan subsidi dengan cara yang sistematik daripada sumber kekayaan dan keuntungan pihak tertentu.

Malangnya kerajaan mengambil jalan pintas tanpa peduli rakyat. GST adalah percukaian zalim, kalau zakat dikira nisob nya, adapun GST tanpa nisob mengambil daripada sekecil-kecil barangan dan mencakar paling miskin, sehinggalah paling mahal dan paling kaya, bahkan yang kaya lebih selesa. Kalau zakat mengikut haul (tahun) dan musim, maka GST setiap hari dan saat. Kalau cukai mengikut Islam mengambil iktibar daripada zakat, maka GST mengikut selesa tanpa iktibar. Laksana lebih daripada raja yang merampas kapal yang elok, adapun yang dirosakkan tidak dirampas. Maka jauh sekali daripada menyontohi raja yang adil, Dzulkarnain yang disanjung oleh Al Quran apabila tidak menerima cukai kerana kewangannya surplus, bahkan GST adalah menyontohi raja zalim yang merampas setiap kapal.

Rumah: Pahit getir kumpulan pertengahan Lembah Klang

Minggu lalu, penduduk di Lembah Klang dikejutkan dengan Kajian Indeks Pendapatan Isi Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Bhd bersama dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM), yang menyatakan bahawa rata-ratanya pendapatan isi rumah bulanan RM14,580 diperlukan bagi memiliki sebuah rumah di Lembah Klang atau, secara spesifik, RM12,300 di Kajang dan seumpamanya. Tambahan pula, kajian turut mendapati bahawa sesetengah penduduk di kawasan-kawasan tersebut berkemampuan untuk memiliki kediaman yang bernilai 56 kali ganda gaji mereka, dan juga mampu menampung perbelanjaan sehingga 26 kali ganda pendapatan isi rumah bulanan mereka bagi bayaran gadai janji!

Kajian mengenai trend perbelanjaan isi rumah semasa, harga rumah dan kadar gadai janji tersebut dilancarkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan ia dikatakan bertujuan menentukan indeks berdasarkan lokasi untuk menggambarkan tahap mampu milik melibatkan 12 kawasan di sekitar Lembah Klang, termasuk Subang Jaya, Putra Height, Ara Damansara, Mont Kiara, Kajang, Nilai, Bukit Jelutong, Denai Alam, Bandar Bukit Raja dan Subang.

Selepas timbulnya kekeliruan dan juga kritikan di kalangan masyarakat, Sime Darby Property Berhad tampil menjelaskan bahawa kajian indeks tersebut adalah untuk memberi maklumat kepada akses perumahan, khususnya bagi penduduk Lembah Klang yang ingin menaik taraf atau melabur dalam rumah kedua. Menurut pihak Sime Darby Property Berhad, seramai 1,529 responden dengan 1,183 orang di antaranya merupakan pemilik rumah di kawasan terpilih, dengan pendapatan purata RM14,580 yang diperlukan untuk memiliki kediaman di Lembah Klang. Kajian ini tidak mencerminkan tahap pendapatan purata Negara. Lebih-lebih lagi, kajian tersebut tidak melibatkan pembeli rumah kali pertama, dan ia juga tidak merangkumi aspek perumahan mampu milik.

Kemelut Kumpulan Pertengahan 40% yang terpinggir

Sementara penjelasan diberi bagi meredakan kritikan, Kajian Indeks Pendapatan Isi Rumah, walau bagaimanapun, telah mendedahkan trend harga perumahan yang kian melonjak tinggi, terumatanya di kawasan Bandar.

Badan pemikir, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, kajian indeks yang hanya boleh diambil sebagai rujukan oleh golongan berpendapatan tinggi tersebut bukan sahaja gagal mencerminkan tahap pendapatan rakyat Malaysia, seperti yang diakui oleh pihak Sime Darby Property Bhd, malahan memberi ruang kepada spekulasi yang bakal menyebabkan harga rumah di kawasan-kawasan tersebut membumbung tinggi.

Bagi kumpulan yang berpendapatan tinggi, sudah tentu mereka berpeluang lagi berkemampuan untuk menaiktaraf rumah yang sedia ada atau melabur dan membeli rumah yang kedua atau selebihnya; ini juga rasional syarikat atau korporat besar yang menetapkan sasaran mereka pada kumpulan berpendapatan tinggi 20% untuk memacukan pertumbuhan jualan dan keuntungan syarikat masing-masing.

Namun, menyedihkan sekali, 40% kumpulan pertengahan – di mana pendapatan isi rumah bulanan mereka masih berada dalam lingkungan kurang daripada RM5,000 secara purata, berkemungkinan besar tidak berpeluang untuk memiliki sebuah kediaman di kawasan Lembah Klang, seperti yang disenaraikan.

Menurut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012,  pendapatan isi rumah bulanan purata di kawasan Bandar pada tahun 2012 ialah RM5,742, meningkat 6.6% berbanding dengan RM4,705 yang dicatat pada tahun 2009. Apabila ditelitikan pendapatan isi rumah bulanan purata masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor, agar lebih sesuai dibandingkan dengan Kajian Indeks Pendapatan Isi Rumah yang dikemukakan bagi memiliki kediaman di Lembah Klang, pendapatan isi rumah bulanan purata di negeri-negeri tersebut pun masih belum mencatat pendapatan seperti yang dinyatakan oleh Sime Darby Bhd dan Fakulti Alam Bina, UM.
Jadual: Pendapatan isi rumah bulanan purata dan kadar pertumbuhan tahunan purata mengikut 
negeri, Malaysia, 2009 dan 2012
Negeri
2009
2012
Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%)
W.P. Kuala Lumpur
5,499
8,586
14.9
W.P. Putrajaya
6,747
8,101
6.1
Selangor
5,962
7,023
5.5
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Nyatanya, pendapatan isi rumah bulanan purata seperti yang dibentangkan tersebut hanya sesuai diambil sebagai rujukan oleh kumpulan pendapatan tertinggi, iaitu golongan 20% teratas di Malaysia, di mana pendapatan isi rumah bulanan purata mereka mencecah jumlah lebih daripada RM12,000.
Jadual: Pendapatan isi rumah bulanan purata bagi kumpulan pendapatan tertinggi 20%, 
pertengahan dan terendah 40%, Malaysia, 2009 dan 2012
Kumpulan Pendapatan
2009
2012
Tertinggi 20%
9,987
12,159
Pertengahan 40%
3,631
4,573
Terendah 40%
1,440
1,847
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Bagi kumpulan pendapatan pertengahan 40%, harapan bagi memiliki kediaman idaman adalah agak sukar direalisasikan, memandangkan gaji tidak dinaikkan selari dengan peningkatan harga rumah. Maka, pilihan adalah terhad: sama ada sewa rumah ataupun membeli rumah mampu milik. Sememangnya, kerajaan pusat telah melancarkan dan melaksanakan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikatakan untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan mampu milik bagi penduduk Bandar berpendapatan sederhana, iaitu mereka yang berpendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500. Namun demikian, kemajuan pembinaannya terlalu lambat bagi menampung keperluan rakyat berpendapatan sederhana. Dalam persidangan Dewan Rakyat yang lalu, apabila ditanya tentang pelaksanaan projek PR1MA sama ada sasaran kerajaan untuk pembinaan 80,000 unit rumah mampu milik dapat dicapai menjelang akhir tahun 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pula cuba berdalih bahawa proses pembinaan adalah begitu rumit, dan projek pembinaan bagi sebanyak 44,223 unit rumah PR1MA daripada sasaran 80,000 unit telah diluluskan di seluruh Negara setakat 30 September 2013. Diluluskan tidak sama dengan siap dibina! Persoalannya, berapakah unit rumah mampu milik di bawah PR1MA yang telah disiapkan dan sedia dipindah masuk?

Ironi sekali, kumpulan pertengahan 40% tersebut yang berkemungkinan masih belum memiliki rumah sendiri pula terpaksa menyumbangkan cukai bagi menampung penggunaan utiliti elektrik dan air untuk kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencecah kira-kira RM2.5 juta (RM2,237,788.13) pada tahun 2012! Jumlah bayaran bil tenaga elektrik dan air bulanan bagi Kompleks Seri Perdana di Putrajaya itu adalah sekitar 40 kali ganda pendapatan isi rumah purata bulanan bagi kumpulan pendapatan pertenghan tersebut!

Sememangnya, inilah elegi atau pahit getir yang penuh dengan rintihan dan keluhan rakyat jelata yang bertungkus-lumus demi kehidupan. Sebaliknya, terdapat pula pemimpim-pemimpin rakyat yang cukup bertuah menikmati keselesaan dan kemewahan. Misalnya, pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memiliki sebuah ‘Istana gaya Bali’ di kawasan seluas 50,000 kaki persegi di Shah Alam, yang didakwa anggaran kos pembinaannya mencatat RM20 juta, manakala tanah pula dibeli dengan harga RM3.8 juta. Ketua Wanita UMNO, keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil juga pernah didedahkan pada Disember 2011 dan Feburari 2012 bahawa mempunyai 3 kondominium mewah di Singapura, sejumlah RM44.5 juta.

Kumpulan Pertengahan 40% yang tertekan

Sementara kumpulan pendapatan terendah 40% di Malaysia berpeluang menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditawarkan oleh kerajaan BN, meskipun bantuan tunai secara one-off tersebut dikatakan kurang berkesan dan kurang konstruktif dalam menangani kemiskinan dalam jangka panjang; kumpulan pertengahan 40% diketepikan juga, semata-matanya pendapatan isi rumah mereka melepasi garis takrifan kerajaan, di mana pendapatan kasar isi rumah penerima BR1M haruslah tidak melebihi RM3,000 dan yang terkini, termasuk golongan berpendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM4,000.

Dalam era yang terhimpit dengan tekanan barang naik, bukan sahaja kumpulan pendapatan terendah 40% sahaja yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malahan kumpulan pendapatan pertengahan turut berdepan dengan tekanan besar. Sejauh mana golongan berpendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM4,000 mampu menanggung perbelanjaan seharian, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar di mana kos kehidupannya lebih tinggi dan begitu membebankan?

Maka, wujudnya golongan yang digelar “pekerja miskin” (working poor). Konsep kemiskinan pekerja diperkenalkan terlebih dahulunya oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization, ILO), dan secara umumnya, ia merujuk kepada individu makan gaji yang tidak dapat menampung perbelanjaan seharian isi rumah, dan terperangkap dalam kemiskinan.

Pembangunan dan perkembangan pesat yang disanjung tinggi, walau bagaimanapun, gagal membasmi kemiskinan dan menawarkan kehidupan selesa kepada setiap orang di sudut sedunia ini, seperti yang dijanjikan. Negara maju, seperti Amerika Syarikat (AS), turut menghadapi masalah kemiskinan di kalangan golongan pekerja bergaji, malahan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa masalah pekerja miskin adalah paling serious di AS.

Menurut kajian Brady, Fullerton, dan Cross pada tahun 2010, kadar kemiskinan di kalangan golongan pekerja di AS adalah lebih tinggi daripada kadar kemiskinan di kalangan golongan yang tidak berpekerjaan, dan kadar tersebut adalah yang tertinggi berbanding dengan Negara-negara Eropah maju.

Kira-kira 46 juta warga di AS, atau 15% daripada populasinya, menjalani kehidupan di bawah garis kemiskinan pada tahun 2011. Lebih kurang 10.4 juta daripada mereka boleh dikatakan sebagai pekerja miskin – yang mana golongan tersebut memang digaji, atau mencari kerja sekurang-kurangnya setengah tahun, tetapi masih berada di bawah garis kemiskinan.

Dengan kata lain, gaji yang diperolehi oleh pekerja miskin tidak mencukupi bagi membiayai kos asas kehidupan. Golongan pekerja miskin mencakupi 7% daripada tenaga buruh AS pada tahun 2011, meningkat daripada 5.1% pada tahun 2007. Antara 4.4 juta daripada sejumlah 10.4 juta pekerja miskin bekerja sepenuh masa, manakala 14% pekerja miskin yang lain pula ialah pekerja separuh masa.

Apakah situasi sebenar di Malaysia? Isu pekerja miskin masih tidak mendapat perhatian serius, terutamanya daripada pihak kerajaan pusat. Tiada data dan statistik rasmi daripada jabatan kerajaan tentang bilangan pekerja yang menjalani kehidupan mereka di bawah garis kemiskinan, meskipun dengan adanya Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), iaitu pendapatan atau keperluan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah bagi memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan bagi setiap ahlinya, yang digunakan untuk mengenalpasti bilangan isi rumah miskin dan mengukur insiden kemiskinan. Jadual terpapar berikut ialah PGK semasa mengikut wilayah.
Jadual: PGK semasa (mengikut wilayah)
Wilayah
Miskin
Miskin Tegar
Isi Rumah (RM)
Per Kapita (RM)
Isi Rumah (RM)
Per Kapita (RM)
Sem. Malaysia
760
190
460
110
Bandar
770
200
450
120
Luar Bandar
740
170
490
110
Sabah & Labuan
1,050
230
630
130
Bandar
1,020
230
590
130
Luar Bandar
1,080
230
670
140
Sarawak
910
210
590
130
Bandar
940
210
600
130
Luar Bandar
880
210
580
130
Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Mengikut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, kadar kemiskinan di Bandar dan luar Bandar adalah masing-masing 1.0 dan 3.4 pada tahun 2012, manakala kadar kemiskinan tegar di Bandar dan luar Bandar pula berada pada paras 0.1 dan 0.6. Sememangnya, kadar kemiskinan seperti yang dilaporkan tersebut boleh dikatakan agak rendah, dan pada hakikatnya, kemiskinan dalam erti kata sebenar telah pun berjaya dikurangkan. Persoalannya, sejauh manakah kadar kemiskinan dan garis panduan berhubung takrif kemiskinan tersebut mencerminkan realiti semasa? Apakah tekanan akibat terhimpit dengan kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan yang dihadapi oleh penduduk di Bandar dan di kawasan luar Bandar ada perbezaannya?

Pada pandangan KPRU, garis panduan PGK dan garis kemiskinan harus disemak semula agar lebih realistik untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di kalangan kumpulan berpendapatan pertengahan 40% daripada sosioekonomi. Khususnya, tumpuan perlu diberi terhadap usaha menangani kemiskinan Bandar yang diburukkan lagi oleh pelbagai isu yang belum selesai seperti peningkatan ketidaksamarataan pendapatan dalam konteks inflasi, kes jenayah yang berleluasa, serta kemudahan awam dan rumah mampu milik atau rumah pangsa kos rendah yang belum mencukupi.

Sesungguhnya, KPRU berpendapat, jurang antara realiti dan perolahan statistik kerajaan adalah begitu besar sekali.

Hutang isi rumah mencatat tahap tinggi

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, hutang isi rumah kini telahpun mencecah 85.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),  antaranya hutang membeli rumah adalah yang tertinggi, iaitu sebanyak 44.3%, diikuti hutang kenderaan 17.3% dan hutang peribadi 16.8%. Meskipun kadar hutang isi rumah terus meningkat, Ahmad Maslan pula tidak mengambil kira isu tersebut sebagai satu perkara yang merunsingkan kerana menurutnya, pinjaman tidak berbayar (NPL) kini berada pada tahap 1.4% berbanding 98.6% yang membayar mengikut masa yang ditetapkan.  Kenyataannya mencerminkan ketidaksungguhan kerajaan dalam menangani kemelut rakyat jelata, malahan cuba melarikan diri daripada kewajipan sesebuah kerajaan dalam membekalkan kebajikan dan membawa kesejahteraan kepada rakyatnya.

KPRU berpegang teguh pada pendiriannya bahawa masalah ini tidak patut dipandang ringan, kerana soal pokok rakyat Malaysia terjebak dalam masalah hutang masih tidak terjawab. Pada Disember lalu, Standard & Poor (S&P) turut membunyikan penggera berhubung peningkatan hutang isi rumah dalam Negara di samping kenaikan harga rumah, dan menekankan bahawa trend sedemikian berkemungkinan menyumbang kepada ketidakseimbangan ekonomi, maka unjuran kredit bagi empat bank dalam Malaysia diturunkan. Apakah ini bukan perkara yang membimbangkan?

Secara umumnya, sesetengah pihak menuding jari terhadap golongan yang terbelenggu dengan hutang keliling pinggan bahawa gaya perbelanjaan mereka tidak berhemah atau kekurangan pengetahuan pengurusan kewangan dan kredit. KPRU tidak menafikan sebab-sebab yang dilontarkan tersebut, tetapi apa yang harus diberi perhatian dan penekanan di sini ialah: hutang isi rumah berkait rapat dengan kemiskinan golongan pekerja berpendapatan.

Pada pendapat KPRU, salah satu jalan penyelesaian adalah melalui pewujudan pekerjaan yang berproduktiviti. Cadangan ini juga selaras dengan ILO bahawa dengan hanya mewujudkan pekerjaaan tidak dapat mengangkat pekerja daripada kemelut kemiskinan; apa yang diperlukan ialah produktiviti pekerjaan. Peningkatan produktiviti, secara idealnya, dapat meningkatkan gaji, membolehkan pekerja mendapat balik gaji yang setimpal atau lebih tinggi di samping mengurangkan masa kerja. Peningkatan produktiviti juga bermakna akan memberi ruang kepada kemajuan teknologi, pembangunan infrastruktur, pertumbuhan pelaburan, peningkatan kualiti modal manusia, pembekalan sistem pendidikan dan kesihatan, serta sebagainya. 

Pelaksanaan GST memberi tamparan kuat kepada kelas menengah

Sudah menjadi kelaziman bahawa 40% kumpulan pendapatan pertengahan di Malaysia dipandang sebagai golongan yang berpendidikan dan maka lebih berdikari dalam mencari nafkah untuk menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga masing-masing, berbanding dengan kumpulan yang berada pada peringkat terbawah dalam sosioekonomi. Justeru, kesusahan kelas menengah ini pun diabaikan. Sesungguhnya, dalam zaman “Barang Naik” ini, tiada mana-mana pihak dapat melarikan diri daripada impaknya, perbezaannya sekadarnya tahap kesan yang dialami. Bagi golongan yang terhimpit di tengah dalam struktur sosioekonomi ini, kesannya adalah ketara sekali. Tambahan pula dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April tahun 2015, 40% kumpulan pendapatan pertengahan ini bakal menghadapi tamparan bertubi-tubi sekali lagi.

Pendek kata, KPRU menggesa pihak kerajaan pusat agar memberi perhatian serious terhadap masalah kemiskinan di kalangan kumpulan tersebut sebelum menjadi parah, terutamanya sebelum pelaksanaan GST yang dijangka bakal memburukkan lagi situasi golongan tersebut, termasuk penduduk di Kajang.

Bukti, BR1M cukup untuk belanja selama setahun tersebar

DIPERCAYAI untuk mempertahankan kenyataan Perdana Menteri, Najib sebelum ini yang mendakwa bahawa duit BR1M cukup untuk belanja selama setahun, satu info grafik disebar di laman sosial facebook dan twitter.

Info grafik tersebut mendedahkan fakta bahawa duit BR1M yang diterima sebanyak RM650 cukup untuk perbelanjaan berhemah selama setahun. Malah masih ada baki RM22.10.

Berikut info grafik yang dimaksudkan.


Namun hasil pengiraan aku, sebenarnya duit BR1M RM650 itu sebenarnya cukup untuk perbelanjaan selama 17 tahun, malah masih ada baki RM29.20 jika dibelanjakan sehari "seposen"~ MiLoSuaM

.. Apa yang macai dah tolong kira tu nampak macam untuk seorang makan saja tu..

Bagaimanapula kalau dalam keluarga tersebut  terdapat lima atau enam orang?.. cukup ke?

Kalau nak tahan lebih lama duit BR1M tu makan kangkung sajalah... mahu lima atau enam belas tahun boleh tahan duit tu.. ha..ha..ha...
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Presiden PAS turun ke Kajang malam esok

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan akan turun ke Taman Mesra, Kajang pada malam esok.

Beliau dijangka akan melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Pakatan Rakyat di Padang Rekreasi Taman Mesra pada jam 9 malam.

Menurut Pengarah PRK PAS Kajang Dr Hatta Ramli barisan pemuda adalah pemangkin bagi menentukan sokongan pengundi muda dalam satu-satunya pilihan raya.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang dihubungi berkata, pihaknya akan menurunkan jentera bagi membantu pilihan raya kecil Kajang.

"Kami akan turun pada 28 Febuari ini melancarkan jentera Pemuda Pakatan Rakyat dan akan menyediakan jentera untuk berkempen," katanya.

PRK Kajang berlaku ekoran perletakan jawatan oleh Adun Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Ekoran itu, Majlis Pimpinan Selangor telah memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi tersebut, manakala BN telah memilih calon wanita daripada MCA Chew Mei Fun bagi mencabar Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian manakala 11 Mac ini hari penamaan calon.

Presiden PAS fail permohonan ketepi penghakiman ingkar


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
    
Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini hari ini.
    
Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.
    
"Saya akan hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif dalam masa terdekat, sementara itu jika ada apa-apa hujah mereka boleh failkan kalau ada peluang kita jawab terhadap dokumen yang mereka failkan.
    
"Sebenarnya kita baru ketahui kehadiran perintah ini Ahad lalu (23 Feb) walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Feb) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    
Ahad lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.
    
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
    
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. –

Logo rasmi Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 dipilih

Mesyuarat Jawatankuasa Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima hari ini telah memutuskan logo rasmi konvenyen tersebut yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 8 Mac ini.

Logo tersebut dipilih selepas membuat saringan terhadap hampir 50 penyertaan dalam pertandingan logo Konvensyen yang dibuka sebelum ini.

Pencipta logo yang terpilih ini bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM1500 yang akan disampaikan pada hari konvensyen nanti.

"Pemilihan logo tersebut dibuat sesuai dengan tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima iaitu ‘Pakatan Membela Rakyat’," kata Zaidy Abdul Talib selaku Pengurus Media & Publisiti konvensyen tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini merupakan konvensyen yang kelima dan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah diamanahkan sebagai tuan rumah serta penganjur utama.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri dipilih sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen dan dibantu oleh Shuhaimi Shafiei dan Datuk Teng Chang Khim sebagai Timbalan Pengarah 1 dan 2.

Penganjur mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 1000 orang perwakilan dari parti-parti Pakatan Rakyat ke konvensyen kali ini.

Anti hadis dan anti hudud

Heboh cerita pasal Kassim Ahmad yang anti hadis. Dalam pada Kassim dibelasah kiri dan kanan, atas dan bawah, alih-alih beliau dibela oleh Tun Mahathir. Tiba-tiba golongan yang begitu tinggi semangatnya mempertahankan Melayu Islam menjadi suam-suam kuku.

Tiada darah terpercik seperti dalam isu Teresa Kok, ataupun isu daging babi dilempar ke masjid. Mana pergi semangat kejantanan mereka? Janganlah kerana ada Tun Mahathir di belakangnya maka semua pihak – Umno, mufti, jabatan agama dan sebagainya berasa malu-malu untuk bertindak tegas seperti mana dalam kes-kes menghina agama sebelum ini. Atau adakah hanya Kassim berbangsa Melayu maka marahnya agak berbeza?

Dalam isu agama, sepatutnya tidak kiralah sama Melayu, Cina atau India, berdarjat atau tidak, tindakan sewajarnya mesti diambil. Saya bimbang, kemarahan meluap-luap sehingga sanggup mengorbankan binatang itu bukan ikhlas kerana mempertahankan agama tetapi lebih kepada sikap rasis dan kepentingan politik.

Saya teringat ketika Kelantan mula-mula berhasrat melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan, antara yang dikatakan menghalangnya ialah Tun Mahathir. Pelbagai alasan dan cara digunakan untuk menghalang undang-undang tersebut daripada terlaksana. Pelaksanaan penuh undang-undang tersebut memerlukan prasarana dan sokongan dari pusat – polis, mahkamah, penjara dan sebagainya.

Jadi tidaklah agak pelik jika seorang yang anti hadis berkawan dengan seorang yang pernah menghalang undang-undang jenayah Islam yang hudud termasuk di dalamnya. Cuma saya tidak mahu mengatakan orang anti hadis berkawan dengan orang anti hudud. Hal ini kerana saya percaya Tun Mahathir bukan anti hudud tetapi penasihat agamanya tidak memberi maklumat yang sepatutnya.

Kesimpulannya, saya berharap JAKIM dapat menangani isu Kassim Ahmad ini dengan bijaksana.

Perjuangan PAS bukan untuk taksub individu

Apabila Rasulullah wafat, Saidina Umar Alkhattab bangkit menyatakan dengan marah siapa yang kata baginda wafat maka akan dikenakan hukuman. Maka Saidina Abu Bakar Assidiq bangun dengan ungkapannya yang masyhur "Siapa yang menyembah Nabi Muhammad SAW sesungguhnya Nabi Muhammad sudah wafat, siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati". Ini dalil hendak menunjukkan bahawa ajaran Islam mengajar penganutnya hanya menyembah Allah tuhan yang esa bukannya menyembah makhluk. Ajaran baginda SAW hanya menyeru manusia menyembah Allah, bukan menyembah baginda. Baginda sebagai manusia biasa, cuma baginda mempunyai sifat maksum dan dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT.

Maka asas inilah juga PAS sebagai sebuah Jamaah Islam yang bergerak dijaluran dakwah dan politik,  menyeru manusia supaya kenal Allah dan mengabdikan sepenuhnya kepada Allah bukan kepada manusia. PAS bertugas menyeru manusia supaya menghayati Islam sepenuhnya. PAS tidak ajak manusia supaya taksub kepada mana-mana individu di dalam parti. Ketaatan kepada pemimpin selagi mereka taat kepada Allah dan Rasul. Mereka akan keseorangan dan menjadi kera sumbang apabila mereka meninggal dan mengkianat parti. Ahli PAS hanya wala' kepada mereka apabila pemimpin wala' dengan Allah dan Rasul.

Firman Allah SWT bermaksud;
"sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka percayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang". (Al-Maidah 55-56).

Oleh sebab itu PAS pernah kehilangan Yang Dipertua PAS pertama Ustaz Haji Ahmad Fuad, apabila beliau mengikut Dato' Onn Jaafar. PAS tetap bergerak dipaksi perjuangannya. Bekas Setiausaha Agung Pas Ustaz Osman Abdullah keluar parti untuk menyertai Umno, beliau pernah manjadi ahli Parlimen Tanah Merah pada tahun 1959. Seorang yang hebat dan petah berpidato. Pernah mendapat didikan Parti Masyumi Indonesia yang dipimpin oleh Pak Mohd Nasir. Ustaz Osman juga pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat. Apabila beliau keluar parti tidak dapat mempengaruhi orang lain. PAS tetap utuh dan bergerak terus memacu perjuangannya tanpa memaling kekiri atau kanan. PAS pernah kehilangan Panglima Jihad Ustaz Hassan Adli, apabila beliau tidak bersama dengan keputusan pimpinan PAS yang membuat keputusan meletak jawatan dalam kabinet dan semua agensi kerajaan setelah PAS menentang Akta darurat di Kelantan pada tahun 1977.

PAS juga pernah kehilangan Datuk Asri Hj Muda bekas Yang Dipertua Pas Pusat. Seorang pemidato yang mempunyai suara serak basah, dengan penggunaan bahasa sasterawan yang tinggi. Seorang yang diasuh sebagai pejuang kemerdekaan bersama dengan hizbul Muslimin, akhirnya mengakhiri hidupnya dengan Umno. Sebuah parti yang ditentang sejak beliau remaja. Kehebatan beliau ketika memimpin PAS, sehingga orang menganggap bahawa PAS akan mati tanpa Asri. Sehingga musuh-musuh PAS menamakan PAS ialah "Parti Asri Sekeluarga". Namun apabila ketiadaan beliau PAS bangkit dengan gagah dengan wujudnya kepimpinan Ulama yang dikawal oleh Majlis Syura Ulama. Selepas ketiadaan beliau, PAS bergerak maju selari dengan Gerakan Islam Seluruh dunia. Dahulunya PAS sebagai parti yang dianggotai majoritinya pak lebai kampung sekarang tanzim PAS wujud diseluruh dunia. Penyertaan daripada kalangan cerdik pandai berbondong-bondong ke dalam PAS. Sebelum adanya kepimpinan Ulama, perjuangan PAS tidak mempunyai watak dan syaksiah yang berbeza dengan Umno. Persoalan tarbiah tidak diberi keutamaan. Mungkin kerana tidak ada orang yang menggerakkanya secara sistematik.

Pas pernah ditinggal oleh Ustaz Nakhaei Haji Ahmad, tokoh pemikir PAS yang hebat. Beliau pernah menduduki kerusi Naib Presiden PAS dan Ahli majlis Syura PAS. Ustaz Nakhaei juga terkenal sebagai penulis yang hebat, banyak menulis buku-buku tarbiah. Penulisannya sentiasa hidup dan segar. Idea-idea beliau juga bernas dilontarkan ke dalam PAS. Hebat macam mana sekali pun, apabila beliau mengambil keputusan keluar parti sedikit pun tidak memberi kesan kepada PAS. Beliau hebat kerana bersama dengan PAS. Ahli PAS hanya akan ikut selagi ia berada bersama PAS. Jika beliau meninggalkan perjuangan, maka ibarat hidup sebatang kara.

Tan Sri Samad Idris bekas Menteri, pernah membayangkan “Faktor fanatik kepada perjuangan PAS tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan PAS, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Datuk Mohd. Asri dan Mohd Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap  melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990)

Inilah bukti kejayaan tarbiah PAS. Ia tarbiah ahlinya supaya wala' kepada Allah, Rasul dan pemimpin. Mereka ditarbiah, pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Mereka tidak akan ikut pemimpin yang meninggalkan parti. Mereka sudah diberi kefahaman awal supaya jangan taksub kepada pemimpin. Perjuangan yang menyeru supaya taksub kepada individu ia adalah satu penyelewengan dalam dakwah. Nabi Muhammad SAW tidak ajar pengikutnya supaya sembah kepada baginda, sebaliknya baginda menyeru supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Saturday, February 1, 2014

TG Nik Abdul Aziz selamat nikahkan Exco Kelantan


KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengakad nikah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan pasangannya, Wan Sakinah Wan Ismail di Kampung Banggol, Kota Bharu. (Foto: Facebook Tuan Guru)

Abdul Fattah merupakan wakil rakyat Dun Bukit Panau, Tanah Merah di mana isterinya sebelum ini, Datin Fahimah Mahmod, meninggal dunia pada 28 April tahun lalu di Hospital Pakar Perdana, kerana mengidap barah paru-paru.

Muhammad Ali peluk Islam di puncak kegemilangan

SIAPA tidak kenal Muhammad Ali, peninju dunia kulit hitam berasal daripada Amerika Syarikat?

Muhammad Ali dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay, Jr. Dilahirkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1942; beliau kini berusia 72 tahun.

Ketika berusia 33 tahun, beliau menyertai Nation of Islam pimpinan Elijah Mohamad dan akhirnya memeluk Islam pada 1975.

Pada 1999, Ali dianugerahi “Sportsman of the Century” oleh Sports Illustrated. Beliau menyandang juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali.

Dengan jolokan “The Greatest” (Yang Maha Besar, meskipun beliau kemudiannya menyedari bahawa hanya Allah Yang Maha Besar), Ali terlibat dalam beberapa pertarungan tinju bersejarah. Di antaranya dengan Joe Frazier dan George Foreman yang dikalahkannya dengan KO (knockout) untuk memenangi juara tinju dunia bagi kali kedua.

Di sepanjang kareer tinjunya, Ali hanya mengalami 5 kekalahan (4 kalah dengan kiraan mata dan satu TKO) dan tanpa seri.

Ali mencatat 56 kali kemenangan dengan 37 KO dan 19 kiraan mata.

Ali terkenal dengan gaya bertinjunya yang lain dari yang lain. Dia digambarkan sebagai “menari bak kupu-kupu dan menyengat bagaikan lebah” dan menggunakan teknik “the rope-a-dope”.
Ali pernah digantung daripada beraksi kerana enggan menyertai program kerahan tenaga tentera pemerintah Amerika Serikat dalam perang Vietnam. Ungkapan beliau yang terkenal ketika menolak kerahan tenaga itu adalah:Saya tidak ada masalah dengan orang-orang Vietcong, dan tidak ada satupun orang Vietcong yang memanggilku dengan sebutan Nigger!”

Sikap antiperang beliau terserlah apabila mengecam secara terbuka kempen ketenteraan Amerika Syarikat di Vietnam dengan berkata:

“Saya tidak akan pergi 10 ribu batu untuk menolong serangan dan pembakaran terhadap manusia dan melanjutkan dominasi majikan kulit putih yang memperhambakan manusia berkulit berwarna di seluruh dunia. Ini adalah hari dan era di mana ketidakadilan yang biadab berakhir.

“Mengapa mereka mengarahkan saya memakai uniform dan pergi puluhan ribu batu jauhnya dari kediaman saya dan menggugurkan bom dan menembak peluru ke arah orang berwarna perang di Vietnam sedangkan orang yang dipanggil Negro di Louisville (Amerika Syarikat) dilayan seperti anjing dan dinafikan hak asasi mereka sebagai manusia?”
Paling membanggakan Malaysia mempunyai pengalaman manis bersama Muhammad Ali!

Pada 30 Jun 1975, satu perlawanan bersejarah untuk merebut Tali Pinggang Tinju Heavyweight Sedunia (World Heavyweight) telah diadakan di antara Muhammad Ali dan seorang lagi lagenda tinju dunia, Joe Bugner.

Sebelum itu, Bugner yang juga Juara Tinju Eropah kelahiran Hungary, pernah bertarung dengan Ali pada 1973. Ali menang dalam perlawanan 12 pusingan itu. Dalam perlawanan itu, Ali mengakui bahawa Bugner mempunyai keupayaan untuk menjadi juara dunia dalam sukan tinju.

Ini mendorong Bugner untuk bertemu kali kedua dengan Muhammad Ali dan Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi acara bersejarah itu.

Pertarungan bersejarah pada 1975 di Stadium Merdeka telah disaksikan secara langsung di seluruh tanah air (menerusi RTM) dan 59 buah negara lain. Sekalipun tewas, Bugner kemudiannya menempa nama selaku Juara Tinju Heavyweight WBF, Juara Tinju Heavyweight Australia dan Juara Tinju Heavyweight PABA, pada tahun-tahun berikutnya.

Ali telah mengaut keuntungan sebanyak $2 juta manakala Bugner mencatat keuntungan $500,000 dalam perlawanan yang disaksikan lebih 22,000 orang penonton di Stadium Merdeka.

Selepas perlawanan bersejarah ini, Ali buat kali pertama menyatakan hasratnya untuk bersara. Meskipun perlawanan ini kemudiannya dicemari dengan kontroversi kes mahkamah yang menggegarkan politik Selangor dan negara, pertarungan Muhammad Ali-Joe Bugner akan terus dikenang oleh peminat tinju tanah air khususnya, sebagai salah-satu peristiwa bersejarah negara.