Monday, January 4, 2010

Minta umat Islam bertenang

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu “memanaskan“ isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan “Allah“ dalam penerbitannya.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin.
“Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
“Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar di Parlimen Pekan, di sini, semalam
“Seperti diketahui, rayuan boleh dikemukakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan,” katanya ketika diminta mengulas pelbagai reaksi masyarakat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan “Allah“ dalam penerbitannya.
Najib berkata, Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.
Selain itu, Perdana Menteri berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses rayuan berkenaan.
“Mereka (KDN) akan kemuka rayuan dan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja,” katanya.
Beliau berharap penyelesaian terhadap isu yang amat sensitif itu kelak dibuat dengan penuh kebijaksanaan.
Najib juga berharap isu itu tidak akan diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi serta pelbagai petisyen dan memorandum berhubung perkara itu.
“Saya tak galakkan (umat Islam membuat demonstrasi dan sebagainya), (tapi) saya tahu perasaan di kalangan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan.
“Cuma saya berharap perkara yang amat sensitif, kita biarkan kerajaan tangani isu ini dengan sebaik-baiknya melalui proses rayuan (di mahkamah)...saya tak nak terlalu memanaskan isu, kerajaan faham perasaan umat Islam, biarlah kita cari jalan sebaik-baiknya.”
Terdahulu, sebelum Najib mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan, beliau menerima memorandum daripada 24 badan bukan kerajaan (NGO) Pahang berhubung isu berkenaan.
Menurut jurucakap NGO berkenaan, Amidi Abdul Manan yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), KDN perlu memfailkan rayuan secepat mungkin bagi menghilangkan keresahan umat Islam di negara ini. - Bernama

Bontu Kepala yeop....?

‘Sijil halal’ ayam cucuk

GEORGETOWN: Pengusaha sebuah kafe di Jalan Penang di sini dikesan menggunakan sijil halal tanpa pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain menyajikan minuman keras dan ayam tidak disembelih mengikut hukum syarak ditetapkan.
Lebih mengejutkan, kafe baru dibuka kira-kira sebulan lalu terletak di kawasan popular bagi pelancong asing, juga sering dikunjungi pelanggan beragama Islam yang tertipu dengan muslihat pengusaha tidak bertanggungjawab terbabit.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, pengusaha kafe itu yang berusia 36 tahun cuba memberi pelbagai alasan apabila disoal siasat dengan mengatakan tidak tahu tindakan yang dilakukan itu salah.

Serbuan dijalankan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hasil pemantauan dilakukan sejak kafe berkenaan dibuka sebulan lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP, Faizal Ibrahim, berkata ketika pemeriksaan, pihaknya mendapati kafe berkenaan menyediakan minuman keras kepada pelanggan selain menyediakan menu mempunyai logo halal.

Beliau berkata, pengusaha didapati menyalahgunakan sijil halal diperoleh daripada sebuah pusat penyelidikan makanan Islam Malaysia dan Asia (IFRC) beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan kafe berkenaan mempunyai sijil halal sah tempoh sehingga 26 Oktober 2011, namun ia tidak mendapat pengiktirafan Jakim atau mana-mana jabatan agama Islam di negara ini.

“Pemeriksaan di dapur pula mendapati ayam dibekalkan kepada kafe berkenaan ayam cucuk yang teknik penyembelihan amat mencurigakan berikutan leher ayam dilihat mempunyai kesan cucuk.

“Siasatan mendapati ayam berkenaan tidak disembelih mengikut hukum syarak mengikut Mazhab Syafie kerana tiga urat penting di leher ayam yang disembelih perlu putus, iaitu urat pernafasan serta urat makan dan minum,” katanya.

Faizal berkata, dalam pemeriksaan itu, 22 ayam disimpan dalam peti ais, sijil halal dari IFRC, tiga logo halal, sembilan botol minuman keras dan menu minuman keras dirampas dan pengusaha kafe itu ditahan.

Beliau berkata, pengusaha kafe dibebaskan selepas diambil keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti syarikat pembekal ayam kepada kafe berkenaan.

Katanya, semua barangan dirampas diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut dan pihaknya memandang serius mengenai isu halal ini.

 Ini LAH akibatnya Ajaran rasuah from UMNO haram @halal....bontu kepala yeop....?

Remaja bikin ‘dapur segera’ untuk lepas gian

GOMBAK: Kreatif songsang itulah istilah tepat diberikan kepada segelintir remaja dan penagih dadah apabila bijak menghasilkan 'dapur segera' menggunakan bahan terpakai sebagai material utama sebelum melepas gian.
BUKTI...pelbagai ‘dapur’ dihasilkan penagih dadah.
BUKTI...pelbagai ‘dapur’ dihasilkan penagih dadah.
GOMBAK: Kreatif songsang itulah istilah tepat diberikan kepada segelintir remaja dan penagih dadah apabila bijak menghasilkan 'dapur segera' menggunakan bahan terpakai sebagai material utama sebelum melepas gian.

Perbuatan remaja itu dikesan dalam pemeriksaan yang pernah dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam beg milik seorang remaja berusia belasan tahun yang juga pelajar sekolah menengah di sekitar Gombak di sini dalam satu operasi, baru-baru ini.

Antara bahan buangan terpakai digunakan untuk menghasilkan dapur terbabit termasuk botol minuman keras, botol air mineral, bekas pewangi, paip getah dan pelbagai bahan lain.

Difahamkan, dapur segera itu kerap digunakan untuk melepaskan gian dadah jenis ganja dan syabu berikutan lebih senang untuk dihisap, selain turut dikongsi dengan rakan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pegawai AADK Gombak, Halili Busu, berkata pihaknya dalam operasi dilakukan sepanjang tahun lalu merampas pelbagai jenis dapur segera yang digunakan penagih dadah untuk melepaskan gian.
"Semuanya dirampas dalam operasi berkala di sekitar Selayang. Bagi mengelak gejala tidak sihat ini menular di kalangan remaja, kami dengan kerjasama pihak sekolah melalui program Sekolah Bebas Dadah sering mengadakan lawatan mengejut ke sekolah terpilih.

"Antara aktiviti dijalankan adalah ceramah juga ujian air kencing secara rambang terhadap pelajar disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah, sekiranya didapati positif mereka ini akan diletakkan di bawah program pemulihan khas," katanya.

Antara langkah pemulihan dilakukan adalah dengan memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk perbincangan dan diletakkan di bawah program khas dikenali Program Intervensi Pelajar supaya mereka tidak lagi terjebak dengan penagihan dadah.

"Mereka ini juga akan diwajibkan menghadiri kem khas yang biasanya dijalankan pada setiap musim cuti sekolah," katanya.

Katanya, sehingga kini daripada ujian air kencing dijalankan 10 pelajar disyaki terbabit penyalahgunaan dadah, bagaimanapun, ujian makmal mengesahkan hanya enam daripada mereka disahkan positif dadah jenis ganja.

Kasiiiiii Pecah la....???

Piiiirahhhh!!!.. Pemuda UMNO kecewa kununn...


Kenapa mereka tidak kecewa dikala Mahathir mencadangkan agar Al~Quran ditafsir semula mengikut kesesuaian masakini. Bagi Mahatir,Islam adalah penghalang utama untuk merealisasikan wawasan sekularnya yang penuh kemungkaran.. Adakah mereka pekak semasa itu?
 





Gambar dari Pemuda UMNO Nibong Tebal

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang telah berkata, Pemuda Umno kecewa dengan kelulusan membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' milik umat Islam dan bimbang ia akan disalahgunakan majalah berkenaan untuk menyeleweng agama Islam di negara ini berbanding sebelum ini mereka membuat pengakuan tidak akan berbuat demikian.

"Pemuda Umno Pulau Pinang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu," katanya kepada Harian Metro.

Kenapa tiba-tiba puak-puak UMNO ini cuba menjuarai isu ini sedangkan keputusannya masih belum muktamad? Keputusan adalah dari Mahkamah Tinggi dan belum dibawa kemahkamah rayuan lagi..

Kenapa mereka tidak kecewa bila Najib meluluskan tambahan 10 lagi lesen judi diawal pemerintahannya? kemana mereka-mereka ini menghilang dan kenapa membisu? Sedangkan judi itu nyata Haram dalam Islam.

Dan adakah mereka buta bila suatu masa dulu Mashitah pernah mengatakan melacur itu dimaafkan jika terdesak? Kenapa mereka tidak merasa kecewa dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Mashitah?

Sewaktu menjadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mashitah pernah mengatakan bahawa melacur atau menjual diri dimaafkan jika terdesak dan darurat, termasuk demi memberi makan dan membesarkan anak. Pendapat beliau itu disiarkan Harian Metro, 21 Jun 2005.

"Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan," katanya.

Kenapa mereka tidak kecewa dikala Mahathir mencadangkan agar Al~Quran ditafsir semula mengikut kesesuaian masakini. Bagi Mahatir,Islam adalah penghalang utama untuk merealisasikan wawasan sekularnya yang penuh kemungkaran.. Adakah mereka pekak semasa itu?

Tidak kecewakah mereka bila Mahathir menyokong kumpulan antihadis, dengan tidak mengambil tindakan ke atas Kasim Ahmad (yang terang-terang menolak hadis ) malah memberi bantuan pula kepada Kasim Ahmad.Kasim Ahmad bebas menulis diakhbar-akhbar sambil memasukan jarum anti hadisnya.

Tidak kecewakah mereka bila Mahathir memecat kemudian menyelar mufti yang mengeluarkan fatwa yang tidak disenangi olehnya semata-mata kerana tidak mahu melihat bahawa seolah-olah Islam ada kuasa dalam negara yang didakwanya negara Islam ini !

Adakah mereka juga pekak dan buta lalu menyebabkan mereka tidak kecewa ketika Mahathir menghina dan menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai bahan jenaka . Cercaan ke atas amalan janggut Rasulullah adalah manifestasi kebencian pada cara hidup Rasulullah SAW yang dianggap kolot oleh Mahathir.

Dalam satu ucapannya di JAKIM Mahathir berkata Siapa tau janggut Nabi macam mana?.siapa biasa tengok janggut Nabi ..ada gambar ka ? Kita tak tau . Kita tak tau betuilah dia ada janggut?tapi betul ka janggut dia (Nabi)?Di zaman itu..pisau cukur ada kaaa?dia bukan ada Gillette, zaman Nabi ada Gilletteka.?Cakap (menyuruh hadirin cakap) ..Pisau cukur pun tiada masa tuuu ( zaman Nabi ). Jadi masalahnya dia (Nabi ) dok berjalan ke sana sini..naik unta,bukan nak dapat air yang banyak?padang pasir?. Macam-macam lagi tafsiran diberi untuk menidakkan amalan Rasulullah SAW.

Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda “Barangsiapa tidak suka pada sunnah kelakuanku, dia bukanlah dari kalangan umatku

Tidak kecewakah mereka dengan tindakan-tindakan dari pemimpin mereka yang jelas dan nyata menolak hukum-hukum Allah?

Kecewa kununn... piiirahh!!!

JANGAN BUAT AUTA


INI BUKAN MANDELA INI MOMBAMA

 TAK HAIRAN SUARA KEADILAN ENGGAN MOHON MAAF – berita hairan

Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak hairan jika Suara Keadilan enggan memohon maaf walaupun menyiarkan berita palsu dan fitnah keterlaluan kerana akhbar itu dan pemimpin partinya sentiasa merasakan diri mereka hebat dan tidak pernah melakukan kesalahan.

Secara sinis Zambry berkata, akhbar yang menjadi lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sentiasa berlaku `adil' dan laporan yang dimuatkan kononnya mewakili keadilan sejagat apabila mendakwa beliau ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ketika mahu memasuki negara itu dalam misi pelaburan kerajaan Perak, selepas namanya ada dalam senarai pengganas sebelum diarahkan pulang.

"Oleh itu, saya tidak fikir dia akan meminta maaf dan isu minta maaf tidak timbul kerana pemimpin nombor satunya dianggap manusia paling hebat di dunia dan mewakili keadilan sejagat, sentiasa adil dan dia rasa mana pernah buat salah...sekarang mereka (mahu) berlawan dengan saya, baiklah, saya lawan.

KAH KAH KAH….

woit… BETUL KE EEE INI NAK SAMAN ?.... kah kah kah…

woit…ATAU HANYA EEE INI NAK GERTAK GERTAK …. kah kah kah…

nota:
sama sama lihat dan tunggu.

cukup senang untuk membuktikan suara keadilan
buat fitnah dan tohmah. sila tunjukkan paspot.
akan ada tarikh keluar dan tarik masuk ke amerika.
kalau tarik masuk dan tarikh keluar dalam hari yang sama
atau sehari kemudian ertinya laporan suara kaeadilan betul.

tak mungkin lawatan resmi eee ini cepat berakhir.

atau eee cepat keluar kerana tersalah masuk negeri.
eee kita ini nak melawat mandela
bukan nak jumpa mombama kah kah kah.

Isu Kalimah Islam: Akhbar Cina berwaspada

Isu kalimah Islam semakin hangat, lebih-lebih lagi apabila ditonjolkan pada muka surat depan media cetak bahasa Melayu untuk beberapa hari berturut-turut. Malah, tulisan sama ada dalam bentuk laporan,

analisa mahupun komen lebih cenderung untuk berpaksikan perspektif "muslim perlu bersatu untuk membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam".


Berbanding dengan media cetak bahasa Melayu, akhbar Cina nyata lebih "berwaspada" dalam isu ini. Walaupun rata-ratanya memberi ruang liputan kepada laporan aktiviti membantah penggunaan kalimah Allah, namun kebanyakan akhbar Cina mengelakkan diri untuk memberi komen terhadap isu ini.

Menurut seorang pengamal media dalam akhbar Cina, walaupun tiada arahan dari Kementerian Dalam Negeri setakat ini, namun pihaknya lebih berhati-hati, memandangkan kontroversi karikatur Nabi sebelum ini pernah mengakibatkan salah satu akhbar Cina, Guan Ming Daily digantung untuk dua minggu.

Hormati penghakiman mahkamah

China Press pada 4 Januari 2010 menyiarkan hujah Perdana Menteri, Najib Abdul Razak di muka surat depannya, menggesa supaya muslim bertenang, di samping memetik hujah Presiden UMNO ini yang berbunyi, "Saya tidak menggalakkan agar ketidakpuasan dilepaskan melalui aktiviti demonstrasi."



Walau bagaimanapun, ketika mengulas isu utama ini dalam ruang lidah pengarang di muka surat A10, China Press menganggap usaha gagasan "1Malaysia" yang mula menampakkan hasilnya dijejaskan sedikit sebanyak kerana perkembangan isu ini.

Lidah pengarang ini menerima kenyataan bahawa agama sebagai isu yang sensitif dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan budaya. Menurutnya, tentangan keras daripada masyarakat Melayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menunjukkan jurang yang lebar antara etnik setelah 53 tahun merdeka.

Lidah pengarang China Press menekankan bahawa Malaysia adalah negara rule of law, maka sesiapa yang menyerahkan kesnya untuk dikendalikan oleh mahkamah, harus menghormati dan mematuhi penghakiman mahkamah. Seandainya tidak berpuas hati, mereka perlu merayu mengikut saluran yang diperuntukkan undang-undang.

Malah, China Press menyetujui bahawa mereka yang tidak berpuas hati boleh menyerah memorandum kepada pihak yang berkenaan untuk menyampaikan pandangan, menggesa agar pihak berkenaan mengambil prihatin terhadap isu tersebut. "Namun, kami tidak menggalakkan rakyat menggunakan cara yang radikal, misalnya demonstrasi jalanan yang mungkin mencetuskan kecelaruan dan mengganggu hidupan harian rakyat jelata."

Lidah pengarang ini berharap agar rakyat melihat isu ini secara rasional, dan tidak menghasut antara satu sama lain secara sengaja, sebaliknya menggunakan sikap yang lebih tamadun untuk menganut, menyebar dan mewarisi agama masing-masing. Tulisan ini menyimpulkan bahawa semua agama mendukung kedamaian dan keharmonian, maka penganutnya yang bertaqwa harus menjadikan masyarakat lebih aman, dan bukannya menunjukkan ketaatan dengan keganasan.

Negara Islam yang konservatif?

Sin Chew Daily pula, menyiarkan laporannya dalam isu ini di muka surat 5, pada 4 Januari. Berita PM Najib yang mengesahkan bahawa kerajaan akan merayu dalam kes ini dijadikan sebagai berita utama, sementara reaksi ahli Parlimen Shah Alam PAS, Khalid Samad terhadap ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mencabarnya untuk keluar parti juga ditonjolkan.




Walau bagaimanapun, komen terhadap isu ini hanya terselit dalam satu artikel kolum oleh Lim Sue Goan, penolong editor Sin Chew Daily. Dalam artikel yang berjudul "Permulaan tahun baru yang mengecewakan", beliau mempersoalkan tindakan mereka yang tidak menghormati mahkamah, malah masih berdemonstrasi walaupun kerajaan telah mengambil keputusan untuk merayu terhadap keputusan mahkamah.

"Ini menyampaikan satu mesej kepada masyarakat global, seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara Islam yang konservatif," tulisnya, yang terkilan dengan pelbagai isu yang berlaku pada permulaan tahun 2010.

Demontrasi di merata tempat



Nanyang Siang Pau pula, menyiarkan bantahan umat Islam di merata tempat pada muka surat A3, 4 Januari. Malah, akhbar ini menyiarkan gambar demonstrasi di Pulau Pinang, Melaka dan Pekan, kawasan parlimen PM Najib. Di bawah muka surat A3, Nanyang Siang Pau menyiarkan berita "serang-menyerang" antara Khalid Samad dengan Zulkifli Noordin yang bercanggah pendapat dalam isu ini.

Oriental Daily pada hari ini menjadikan "PM nasihat umat Islam bertenang" sebagai tajuk di muka surat depannya, sementara menyiarkan berita isu ini di muka surat A3 dan A4. Malah, di bawah muka surat A3, Oriental Daily melaporkan cara bagaimana Utusan Malaysia melaporkan isu ini pada 3 Januari 2010.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 4 Januari 2010, berkisar pada isu penggunaan kalimah Allah. - Merdeka Review

Allah (Lagi)


1. Saya pernah menulis mengenai kalimah Allah di blog ini (lihat sini). Intinya saya tidak bersetuju kalimah tersebut dibenarkan untuk kegunaan penganut agama selain Islam.

2. Kalimah Allah bukan sahaja bererti Tuhan. Ia membawa sama 'nilai kesucian' yang tersendiri buat penganut agama Islam. Kerana itulah seseorang muslim dalam keadaan janabah misalnya tidak akan memegang (ayat-ayat suci) al-Quran. Kerana itulah jika kita terserempak keratan kertas bertulis 'Allah, Nabi Muhammad' di atas jalan, kita akan mengutipnya, dan cara untuk melupuskan keratan itu selalunya kita membakar ia sehingga musnah. Pendek kata Allah bukanlah semata-mata 'Tuhan'. Ia membawa 'keberatan' atau weight yang lebih mendalam.

3. Kebenaran penggunaan kalimah Allah buat penganut agama lain akan memberi kesan dalam bahasa Melayu juga. Bayangkan Allah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud 'Tuhan Yang Esa' terpaksa dirombak, tunduk menurut ajaran Kristian dengan sisipan ayat contoh kedua: (Astaghfirullah) Jesus adalah anak Allah. Kita juga mungkin (terpaksa) merujuk gereja sebagai 'sebuah lagi rumah Allah'. Ini kerana bukan sahaja masjid lagi dapat dirujuk sebagai 'rumah Allah'.

4. Jika Allah hanyalah satu kalimat bermaksud Tuhan, maka orang Islam (Muslim India dan Melayu) Singapura tidak akan turun ke jalanraya satu masa dahulu untuk mempertahankan akidah Natrah. Kita juga tidak perlu berheboh-heboh mengenai Nur Aishah Bukhari, tidak berheboh-heboh mengenai Lina Joy. Jadi, Allah adalah lebih dari Tuhan.

5. Seperti yang pernah saya sebutkan, mintalah pendita Kristian menyelak Bible (yang asal Vatican) mereka dan tunjukkan di mana ada kalimah Allah?


 
6. Sebenarnya Vatican sendiri menolak pengunaan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan. Pernahkah anda mendengar Pope Benedict (pendita rujukan penganut Katolik sedunia) misalnya menggunakan kalimah ini dalam khutbah atau misa beliau? Ini kerana dalam "Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' telah pun menyatakan Allah dan Tuhan Kristian berbeza.

7. Konsili Vatican Kedua tersebut menyatakan dengan terang-terang bahawa Allah dalam al-Quran (Islam) berbeza dengan Tuhan yang digambarkan oleh kitab Bible rujukan penganut Kristian. Penyataan Konsili tersebut bermula dengan kata-kata penghormatan buat muslim tetapi menegaskan yang dalil-dalil dari Al-Quran dan Bible tentang 'Tuhan' adalah bertentangan.

8. Penyataan konsili itu menyebutkan:

Ayat dari Bible '2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.

Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"

- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'

Sila rujuk surah Maryam ayat 88 dan 89.

9. Terdapat banyak ayat-ayat perbandingan lain dari Bible dan Quran lagi dikemukakan dan Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' itu secara tegas menolak penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian. Ini kerana Vatican sendiri menyatakan; Allah menurut Islam tidak punya anak. Sedangkan dalam agama Kristian, Allah punya anak (Astaghfirullah).

10 Oleh kerana Vatican sendiri menolak penggunaan kalimah Allah untuk penyebaran agama Kristian; maka kita tertanya-tanya apakah sebabnya Kristian di Malaysia beria-ia dan bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan dalam akhbar mereka?

11. Umat Islam dari apa jua parti dan jalur mesti bersatu untuk mendepani 'kekeliruan' yang boleh tercetus akibat dari 'insiden/tuntutan aneh' ini. Sila berhenti menyalahkan satu sama lain dan sila berhenti menunjukkan yang kumpulan atau parti anda lebih (kononnya) terkehadapan dalam memperjuangkan isu ini. Ulama dan tokoh politik Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah buat orang Kristian eloklah bertaubat.

Kita berharap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan peka dengan isu yang boleh menjadi api dalam sekam ini di tengah-tengah usaha untuk kita memelihara keharmonian bangsa-bangsa Malaysia.





12. Menurut Islam, kalimah Allah mestilah sentiasa digandingkan dengan kalimah Muhammad kekasih-Nya. Saya tidak dapat membayangkan kalimah Allah digandingkan dengan kalimah Jesus 'selaku anaknya'. Bolehkah anda selaku seorang Muslim (tidak kiralah saudara ahli UMNO, PAS atau PKR) menerimanya?

* Jika saudara ingin menyalin entri ini, harap dipautkan kepada blog saya ini. Terima kasih.

Pemuda Umno S'gor tangguh perhimpunan

Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh Selangor Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

"Kami menghormati saranan Perdana Menteri yang tidak mahu isu itu penggunaan
kalimah Allah) diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi ataupun perhimpunan,"
katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam, yang turut hadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Selangor., lapor Bernama.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar
mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Esok, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember....


-PAKAI TAK BERHIMPUN DAH AIH,,, TENANG KOT MANA LAGI NAJIB WEI,,, NI BAB AGAMA,,, YG PENGIKUT PUN SAMA BANGGANG,,, IKUT JER,,, KLAU SURUH MAKAN TAIK, DEPA MAKAN KOT,,,

GERENTI PAKAI SUNYI TERUIH LA KES NI,, MCM YG DOK ADA,, MCM KES KAT PERAK,, SEPUTEH,,, ,, BANYAK LAGI LA KLAU NAK CERITA,,,,

Kalau ni kira tak menghina Islam Ke????


Tu blum kira masuk toilet, buang yang besar, yang kecik.....camni nih? buleh ke?tolongla kongsi ilmu skit









 Siapa pemakai logo polis ini ? adakah semuanya islam? Kita marah bila non muslim guna sebutan "ALLAH", tetapi bagaimana dgn pemakai logo polis yang bukan beragama islam... Tidak dikira menghina ke? Yang ni tak nak buat demo ke ?.. bujangsusah..

Mana orang-orang UMNO..... cepat pi buat demo..... bantah orang-orang non muslim pakai logo yang ada kalimah ALLAH dan MUHAMMAD.... ..

Kenyataan Akhbar Mengenai Isu Pengguna


Kenyataan Akhbar

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada.

Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud: "Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi.

Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang.

Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini.

Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64) . Sekian. Terima kasih.

FOWARDKAN JIKA ANDA RASAKAN IA SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM.....

CELAKA PUNYER YAHUDI...... ......... .

SApE RasE diE KafiR,MEMANG CILAKA LA DUNIA N AKHIRAT!!!!! !!!
 
BANGUN DENGAN KEKUATAN

Abu Kassim angkat sumpah ketua pesuruhjaya baru


Datuk Abu Kassim Mohamed hari ini mengangkat sumpah sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abu Kassim, 48, menerima surat pelantikannya dari Yang di-Pertuan Agong.

Beliau menggantikan Datuk Ahmad Said Hamdan yang sebelum ini memohon untuk mempercepatkan tempoh tamat kontrak perkhidmatannya - dari 25 Mei 2010 kepada 31 Disember 2009.

Abu Kassim mewarisi SPRM yang reputasinya tercemar ekoran kematian Teoh Beng Hock tahun lalu.

SPRM turut dikecam kerana didakwa mengamalkan dwi-standard apabila menyiasat ahli politik BN dan Pakatan Rakyat.

Abu Kassim adalah lulusan ijazah sains social dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan ijazah sarjana dalam keadilan jenayah dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Beliau menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 sebagai pegawai penyiasat. BPR kemudiannya ditukar namanya kepada SPRM tahun lalu.

Abu Kassim juga pernah berkhidmat sebagai pengarah perancangan dan penyelaras dasar di ibupejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Anti-Rasuah Malaysia dan pernah dipinjamkan ke Amanah Raya Berhad sebagai ketua bahagian integriti.

Beliau dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (operasi) BPR pada 1 Januari 2001 dan kemudiannya berikutan penguatkuasaan akta baru pada 1 Januari 2009, beliau dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.


™ kaasii peecaahhh laaa...®


Gani 4tail dah jumpa enjin jet???


KUALA LUMPUR, Jan 4 — Peguam Negara Tan Sri Gani Patail (gambar)mengesahkan hanya kakitangan peringkat bahawa terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Mereka akan dihadapkan ke mahkamah dalam waktu terdekat, kata beliau di sini hari ini.
Rabu lalu polis telah hantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik TUDM kepada Jabatan Peguam Negara semalam setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.
Musa berkata tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.
Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah TUDM ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.
Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.
Gani menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai “perkara serius”, dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.
themalaysianinsider

Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 1/04/2010 07:06:00 PM 


Sunday, January 3, 2010

PAS kecewa Mahkamah benarkan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic


Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.




Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.



Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.



Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.



Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.



Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.



Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat.

Tiada tokoh dalam UMNO yang boleh dilantik untu...


KOTA BHARU, 3 Jan: Umno dianggap benar-benar ketandusan kepemimpinan ulama sehingga terpaksa menawarkan jawatan Ketua Ulama Umno kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Sedangkan jawatan seumpama itu tidak pernah wujud dalam sejarah perjuangan Umno sejak 1946.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, hari ini Umno baru mengakui tiada tokoh dalam parti itu yang boleh dilantik sebagai mengetuai kumpulan ulama dalam Umno.

“Ini kerana ulama yang makan gaji dengan kerajaan yang ada sekarang hanya sebagai alat untuk menggambarkan Umno juga mendaulat Islam.

“Namun sebaliknya ulama seperti itu tidak mampu dilantik sebagai ketua di kalangan mereka. Lagi pun saya cukup hairan sejak bila pula tiba-tiba Umno mengiktiraf peranan ulama,” katanya di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin mempelawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyertai Umno bagi membolehkan dilantik sebagai ketua ulama Umno.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, lebih baik Bazlan dan pengikutnya menyertai PAS kerana baru menyedari kepentingan peranan ulama dalam kehidupan umat Islam.

“Tinggallah parti assobiah yang sempit itu kerana perjuangan mendaulatkan bangsa dan meninggalkan ketaatan kepada Allah akan menemui kehancuran,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa hairan tiba-tiba pemuda Umno melahirkan idea seperti itu sehingga memperlihatkan bertentangan sama sekali dengan tindak tanduk mereka sebelum ini.

Menurutnya juga pelawaan seperti itu biar pun tujuan mempersendakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, namun ia memperlihatkan tahap pemikiran sebenar pemimpin Umno.

“Orang ramai yang membaca kenyataan itu tentunya ketawa seorang diri. Ia seumpama meludah ke langit yang terkena kepada dirinya sendiri,” tambahnya.harakahda ily

kah...kah... kah.... depani manala ada ulamak...... yang ada semua ular dalam semak... mulut dah kena kunci.... tak berani tegur pemimpin untuk kebaikan islam.....

ARAB SAUDI MENGANGGAP MALAYSIA NEGARA ISLAM CONTOH

KUALA LUMPUR 2hb Jan 2010 : Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain. Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini mengenai lawatan dua hari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ke Arab Saudi, menjelaskan bahawa kerajaan Saudi menyatakan puas hati terhadap hubungan bilateral yang wujud sekarang antara kedua-dua negara dan komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang lain. Semalam, Anifah mengunjungi Menteri Kewangan Arab Saudi Ibrahim Abdul-Aziz al-Assaf, Menteri Luar Putera Saud al-Faisal Abdulaziz, dan Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef Abdulaziz al-Saud. Pada pertemuan dengan Putera Saud, isu Palestin dan perkembangan politik dan keselamatan di rantau berkenaan baru-baru ini yang memberi kesan kepada Arab Saudi dan negara-negara Islam menjadi topik utama dibincangkan.


Bumi Lahirnya Islam Pun, Tidak Mengenal Hakikat Sebenar Sebuah Negara Islam

Pelik tetapi benar apabila kita melihat bagaimana para pemimpin sekular Arab Saudi memuji dan melabelkan Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam yang progresif. Apakah cukup dengan melihat pembangunan yang bersifat material maka Malaysia dianggap sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain termasuk Arab Saudi? Hebat sungguh Malaysia! Apakah benar Malaysia sebuah negara yang cukup hebat sehinggakan negara kelahiran Islam seperti Arab Saudi wajar mencontohi Malaysia sebagai sebuah ‘negara Islam progresif’?

Di manakah letaknya kehebatan Malaysia itu? Persoalan yang kita boleh lontarkan ialah, apakah standard yang digunakan untuk mengukur Malaysia sebagai sebuah negara Islam progresif? Apakah ia berasaskan syara’ ataupun aqal dan hawa nafsu semata-mata? Jika hanya dengan melihat realiti dan fakta yang ada saat ini, gelaran yang diberikan kepada Malaysia itu bolehlah diibaratkan seperti orang buta yang mendeskripsi bentuk seekor gajah dengan hanya meraba bahagian ekornya. Jika kemajuan material-lah yang dijadikan sandaran bagi sifat progresif ‘negara Islam’ Malaysia, mungkin pihak Arab Saudi harus juga mengambil kira kilang arak Carlsberg dan Guinness Stout, Pusat Judi Genting Highlands, rumah-rumah pelacuran yang bersepah di Bukit Bintang, bank-bank riba yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan 1001 macam perkara maksiat yang bersepah di sana sini.

Hakikatnya amat malang sekali bagi umat Islam hari ini apabila mereka yang berada di negara tempat lahirnya Islam itu sendiri sudah tidak mengenali dan tidak peduli langsung dengan sistem pemerintahan dan negara yang pernah didirikan oleh Rasulullah SAW. Kebodohan ini tidak lain adalah hasil dari acuan peninggalan sekular. Amat buruk buruk sekali cara berfikir golongan ini.

Sumber:HT

Salaam & Regards

Amri el Wahab

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-%20amal.blogspot.%20com/

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

Sent from Kuala Lumpur, Malaysia



__._,_.___

apa ada pada kalimah ALLAH....??

Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia. Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair. Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.


Pertama : Surah Al-Ankabut : 61



وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ



Maksudnya;

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”



(Surah Al-Ankabut : 61)



Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.



Kedua : Surah Al-Ankabut : 63



وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ



Maksudnya;

“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”



(Surah Al-Ankabut : 63)



Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

sumber http://g-82.%20blogspot.%20com/

-Orang Arab, kebanyakan mereka, guna nama Arab. Tak kira nama Arab asli atau nama Arab impot. Contoh nama Arab impot ialah Ibrahim (إبراهيم), Yusuf (يوسف) dan Ya'kub (يعقوب). Kebanyakan Arab yang guna nama Nabi-Nabi tersebut adalah beragama Kristian.



-Orang Arab, berbahasa Arab. Tak kira apa jua agama. Orang Arab Muslim menyebut Allah itu الله. Begitu juga orang Arab Kristian. Begitu juga orang Arab beragama Yahudi. Sapa kata orang Arab semua Islam? Sapa kata Yahudi hanya agama bani Israel?



- Allah SWT menyatakan mereka semua sebut Allah itu الله. Baca ayat 30, surah at-taubah:



وقالت اليهود عزير إبن الله

"Dan golongan Yahudi berkata: 'Uzair itu anak Allah"





وقالت النصارى المسيح إبن الله

"Dan golongan Nasrani berkata: Al-Masih itu anak Allah"



ذلك قولهم بأفواههم

"Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri."



sumber http://siyasahsyari%20yah.blogspot.%20com/

Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH ? Bukankah perkataan ALLAH itu ZatNya yang maha agong yang tetapkan dengan nama tersebut, dan bukankah Allah sendiri yang mahukan hambanya memanggil dirinya sebagai Allah ? Apabila ALLAH menurunkan kalamNya maka perkataan ALLAH itu di perintahkanNya supaya di seru untuk bagi diriNya dan untuk semua bangsa tak kira agama, cubalah baca Al Fatihah ayat satu yang menunjukkan Allah sendiri yang tetapkan RububiyahNya

Perlu di ingat bahawa semua bangsa dalam dunia ini percaya kepada Tauhid Rububiyah yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan mereka akan tetapi yang mereka tak percaya ialah Uluhiyah sahaja sebagaimana mereka tidak percaya kepada kitab yang menetapkan cara beruluhiyah, kalau nak kira orang melayu juga tak boleh gunakan perkataan ALLAH, yang mereka boleh gunakan ialah perkataan TUHAN sahaja kecuali mereka yang beragama islam

Dalam masalah Rububiyah ini ahli kitablah yang dahulu menggunakan perkataan Allah dalam kitab taurat,zabur dan Injil.



sumber PakKaramu

kita biasa mendengar non muslim guna ayat ini..

" itu tuhan alah(Allah) punya kuasa la.."

"Tuahan alah(Allah) juga kasi kita sakit ka..sihat ka..kaya ka miskin ka..semua tuhan alah(Allah) bikin ma.."

dialog tu selalu non muslim gunakan ketika bercakap dengan org Islam..ummi tak boleh nak ulas lebih2..biar hanya yang arif sahaja yang bersuara..kata orang banyak cakap takut banyak buat silap...

peringatan buat ummi dan semua..ilmu Allah itu luas dan masih banyak perlu kita terokai dan dalami...tuntutlah sehingga ke liang lahat..


wallahua'lam. .
--

Posted By ~♥ UmmiAnni ♥~ to (`•.¸ ♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´) at 1/02/2010 05:29:00 PM

Berceramah tanpa Pembesar Suara..??-Adoiyai

2.10.2010 Bukit Gantang :Jika semalam Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah turun bagi bersama-sama dengan rakyat di Dun beliau,hari ini beliau telah turun di Parlimen Bukit Gantang bagi bersama-sama dengan rakyat disana.Program bermula dengan Dato Seri menghadiri 2 majlis perkahwinan penduduk di sekitar Parlimen.

"Zambry janji nak bagi kami Geran Tanah "-Rakyat

















Itu antara keluhan yang dilontarkan kepada Dato Seri yang mana beliau telah hadir dalam satu majlis dialog bersama penduduk di Kg Pak Dollah,Kemunting. Mereka-mereka yang hadir ialah antara penduduk-penduduk setempat yang mahu mengadu nasib mereka kepada Dato Seri Nizar.Pelbagai soalan dan juga aduan yang memohon perhatian Dato Seri sebagai Ahli Parlimen mereka bagi membantu mereka yang di himpit dengan pelbagai masalah..


Menjawab persoalan diatas Dato Seri berkata kepada penduduk yang hadir bahawa untuk apa kita mendengar janji-janji yang dilafazkan oleh Kerajaan UBN khususnya Zambry yang dikatakan telah menabur janji beliau di kawasan tersebut.Dato Seri yang hadir bersama-sama dengan Pegawai Khas Parlimen beliau telah menyatakan akan membantu Rakyat dengan sekadar termampu yang boleh agar kesempitan dan kesusahan itu dapat diringankan.

Semangat Katuanan Melayu mana Rasionalnya. .??







 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin di dalam tazkirahnya menekankan agar kita tidak memperjuangkan semangat Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan UBN hari ini.Akibat dari dakyah dan juga pembentukan pemikiran rakyat yang mana UBN menerapkan semangan Katuanan Melayu telah membawa kehancuran dan kezaliman kepada rakyat yang ada.


Hujah beliau telah dikuatkan dengan ayat Allah swt yang bermaksud :

" Hai orang-orang yang beriman hendaklah kami jadi orang-orang yang selalu menegakan (kebenaran) kerana Allah swt,menjadi saksi dengan ADIL.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk berlaku TIDAK ADIL.Kerana ADIL itu lebih dekat kepada TAKWA.Dan bertakwalah kepada Allah swt,sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."-Al- Maidah ayat 8

Semangat Ketuanan Melayu yang diamalkan oleh UBN yang sama sekali tidak berdasarkan hukum Allah swt memperlihatkan ia sebagai satu cara yang akhirnya hanya akan membawa rakyat kepada fahaman Asobiyah (semangat Kebangsaan) yang akan membuatkan kita menzalimi dan menindas bangsa yang lain.

Bantuan Persekolahan Kepada Rakyat Kurang Berkemampuan Dari MP Bukit Gantang..



Seramai 5 penerima telah menerima bantuan berbentuk beg sekolah dan peralatan sekolah sumbangan dari Dato Seri Nizar kepada anak-anak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.


"Berceramah Tanpa Pembesar Suara "-Ketua Polis Taiping




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kemuncak kepada program Dato Seri di Bukit Gantang ialah Ceramah Penerangan isu-isu semasa di Taman Kuning Sari.Turut serta dalam program tersebut ialah Yb Kesavan,Hj Ismail Yusop dan juga YDP Pas B.Gantang Ust Noordin.Dalam program ini juga Dato Seri telah merasmikan Markaz Pas Taman Kuning Sari.


Apa yang menarik dalam program malam ini ialah arahan dari pihak Polis yang menyuruh agar ceramah malam ini dipindahkan ke tempat lain iaitu di Markaz Pas Air Kuning.Namun setelah ia tidak diendahkan oleh pihak penganjur yang merasakan ia tidak perlu dipatuhi,Pihak Polis keluar dengan arahan yang baru iaitu berceramah tanpa sound system yang membawa maksud tiada pembesar suara yang dibenarkan digunakan.Namun ia turut tidak diendahkan oleh pihak penganjur dan ia alhamdulillah ceramah berjalan dengan baik dan kehadiran rakyat melebihi jangkaan awal.

Apakah rasional untuk pemimpin berbicara dengan rakyat tanpa bantuan pembesar suara..??Apa yang dikesalkan ialah Kecerdikan akal Ketua Polis yang baru tidak setinggi pangkatnya.. .!
--

Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/03/2010 04:01:00 AM

__._,_.___

Al-Fatihah : Blogger Ambuy...


Dari Allah kita datang, kepada Dia jua kita kembali.


Ustaz Abidin Omar, 52 tahun, guru di Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar kembali ke rahmatullah jam 6 pagi ini (2hb Januari 2010) di Hospital Papar. Jenazah akan dikebumikan di Taman Perkuburan Kg Benoni Papar.

Ust Abidin adalah seorang guru, otai, dan blogger yang menjadi inspirasi saya sebenarnya. Dalam blognya http://ambuyatel-%20binangkit.%20blogspot.%20com/ beliau menulis mengenai dirinya :

TIADALAH AKU MELAINKAN SEORANG HAMBA ALLAH SWT YANG DAIF. KERANA ALLAH HAMBA BERJUANG DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI INI(BUKAN ISLAM HADHARI.)"

Mengenai blognya, beliau menulis :

Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.

Kemaskini terakhir blog beliau ialah pada 28 Disember lalu dengan memaparkan berita politik Pakatan Rakyat




Ust Abidin @ Abdin bin Umar @ Omar dilahirkan di Kampung Benoni Papar pada 27 Disember 1957. Beliau meninggalkan seorang isteri yang dinikahi pada 1984 dan 7 orang anak.




Ketika menziarahi beliau pada hari raya lalu, saya menulis :

Beliau sarat dengan pengalaman. Berada di Universiti al-Azhar 1982-1987 dalam bidang Usuluddin (Tafsir).

Dalam perkhidmatan awamnya, pernah menjadi pengetua di SMAI Tawau, SMAI Papar, Ketua Nazir Pendidikan JHEAINS, PTA JHEAINS Sandakan dan Pengetua SMAI Beaufort.

Kini beliau kembali dan memilih sebagai guru agama biasa saja atas beberapa alasan kesihatan dan kesibukan tugas.

Beliau juga adalah hakim MTQ Negeri Sabah dan Fertival Kompang, Barzanji dan Marhaban Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jangan lupa, beliau juga adalah pengendali blog terkenal : http://ambuyatel-%20binangkit.%20blogspot.%20com/.Statistik menunjukkan lebih 600 ribu pengunjung sejak november 2007.

Isi kandungan blog beliau bukan setakat berita terkini tetapi juga koleksi bahan-bahan yang boleh menjadi rujukan semua.

Berita lanjut akan menyusul. Saya hendak bergerak menziarahi janazah Allahyarham di Papar. Sama-sama kita menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

dari - http://abunuha.%20wordpress.%20com/

Al-Fatihah.. .
--

Ahakksss.... ..

http://bloghijat.%20blogspot.%20com/
--

Dicatat Oleh Hijat Panjang... ke Hijat Panjang... - " Hentam Ajer Lah Labuuu...." di 1/03/2010 07:45:00 AM

Prof Dr P Ramasamy - Perjuangan Moorthy dan Hin...


GEORGETOWN - “Kalau betul dia anak jantan, saya cabar dia balik ke Malaysia dan jumpa saya di mahkamah," kata Timbalan Ketua Menteri (TKM) II, Prof Dr P Ramasamy ketika diminta mengulas tindakan Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy, menyaman beliau atas dakwaan memfitnah.


Menurutnya, beliau menafikan kenyataan Moorthy yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan memfitnahnya dan pertubuhan Hindraf yang disiarkan oleh enam media tempatan pada pertengahan Ogos lalu, sebaliknya menjelaskan kenyataannya ketika itu hanyalah mempersoalkan ke mana perginya wang RM700,000 yang kononnya dikutip demi tujuan memfailkan guaman sivil terhadap kerajaan British di London.

“Saya sama sekali tidak tergugat dengan tindakan Moorthy dan adiknya, P Uthayakumar yang cuba menyaman saya bersama sembilan defendan yang lain kerana saya berada di pihak yang benar dan sebagai wakil rakyat, saya mempunyai hak untuk mempersoalkan ke mana perginya wang kutipan hampir RM700,000 daripada masyarakat India di negara ini.

“Tindakan Moorthy yang kini bersembunyi di United Kingdom (UK) sejak tahun lalu jelas menunjukkan beliau cuba melarikan diri daripada sesuatu dan saya yakin ia tidak lain dan tidak bukan melibatkan wang kutipan itu yang mana sehingga kini beliau tidak menunaikan janji terhadap rakyat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan British,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ramasamy turut membidas tindakan Moorthy yang turut menyaman enam media tempatan termasuk beberapa media yang menjadi suara utama orang India iaitu akhbar Makkal Osai, Malaysia Nanban, dan Tamil Nesan serta menyifatkan tindakan itu sebagai menyekat kebebasan media untuk menyuarakan permasalahan rakyat.

Menurutnya, beliau juga menganggap tindakan Moorthy dan Uthayakumar bertentangan dengan objektif penubuhan Hindraf dan Makkal Sakti yang sebelum ini bersedia memperjuangkan suara rakyat, namun kini bertindak menyaman media atas alasan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan Hindraf.

“Dulu beliau sendiri yang memperjuangkan hak kebebasan media dan berjanji kepada masyarakat India di negara ini akan mengembalikan hak orang India di negara ini daripada tangan Kerajaan British yang pernah memerintah negara sebelum kemerdekaan.

“Kini, di mana janji-janji beliau untuk memperjuangkan hak orang India negara ini? Di mana suara beliau memperjuangkan hak kebebasan media di negara ini? Saya fikir rakyat India di negara ini sudah faham bahawa perjuangan Moorthy dan Hindraf untuk kepentingan peribadi semata-mata,” katanya.

Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan pe...


Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH ? Bukankah perkataan ALLAH itu ZatNya yang maha agong yang tetapkan dengan nama tersebut, dan bukankah Allah sendiri yang mahukan hambanya memanggil dirinya sebagai Allah ? Apabila ALLAH menurunkan kalamNya maka perkataan ALLAH itu di perintahkanNya supaya di seru untuk bagi diriNya dan untuk semua bangsa tak kira agama, cubalah baca Al Fatihah ayat satu yang menunjukkan Allah sendiri yang tetapkan RububiyahNya


Perlu di ingat bahawa semua bangsa dalam dunia ini percaya kepada Tauhid Rububiyah yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan mereka akan tetapi yang mereka tak percaya ialah Uluhiyah sahaja sebagaimana mereka tidak percaya kepada kitab yang menetapkan cara beruluhiyah, kalau nak kira orang melayu juga tak boleh gunakan perkataan ALLAH, yang mereka boleh gunakan ialah perkataan TUHAN sahaja kecuali mereka yang beragama islam

Dalam masalah Rububiyah ini ahli kitablah yang dahulu menggunakan perkataan Allah dalam kitab taurat,zabur dan Injil, saya masih ingat lagi semasa sekolah inggeris di Assumption dahulu (Fathernya bernama Key orang Burma) dia menerangkan terjemahan Al Fatihah dengan terus menggunakan perkataan ALLAH mulanya saya berasa janggal juga akan tetapi apabila di selidiki maka fahamlah saya bahawa rupanya agama dia yang pakai perkataan itu dulu, masa tu saya memang bangang macam bangangnya UMNO sekarang juga

DARI PAK KARAMU

Isu Penggunaan nama Allah... siapa yang patut d...

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya mejadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan taHUN 2010.


Siapa yang menang dalam masalah ini saya kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang saya rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.

Tidak adakah lagi hakim berbangsa Melayu dan beragama islam yang boleh diputuskan oleh pihak yang terbabit untuk mendengar dan memutuskan perkara tersebut. Sedangkan Implikasi yang sangat besar kepada agama Islam. Bila ianya diputuskan oleh hakim yang bukan Islam tentunya saya melihat sesuatu yang tidak kena sekali lagi dalam sistem kehakiman di negara kita..

Rantaian penghakiman yang menyebabkan kepercayaan kepada sistem kehakiman negara yang semakin tidak dihormati adalah sesutu yang tidak boleh dinafikan lagi. Tambahan pula dalam kes perkataan Allah ini telah menambah banyakkan koleksi tersebut.

Bagi saya kesan yang besar akan berlaku dalam sisitem beragama di negara kita hasil dari keputusan tersebut ialah anggapan masyarakat pada satu masa nanti di mana semua agama akan dikatakan sama sahaja.

Realiti tersebut telah berlaku di negara Indonesia dan apakah kita sanggup berdepan dengan keadaan itu dalam keadaan sistem beragama di Malaysia yang saya kira sudah cukup baik apabila semua pihak sudah menerima pakai perkataan Allah itu adalah milik agama islam.

Sebenarnya semacam ada pengaruh pihak tertentu dan pihak luar yang cuba memporak perandakan sistem beragama di Malaysia yang sekian lama diguna pakai.

Persoalannya siapakah yang ingin dipersalahkan, adakah hakim yang bukan Islam yang memutuskan perkara tersebut atau pihak mana yang sebenarnya bertanggung jawab dan patut dipersalahkan.

Sebenarnya inilah kelemahan UMNO yang menunjangi kerajaan yang ada pada masa ini. Kerana UMNOlah sebenarnya agama Islam di bumi tercinta yang subur dengan Islam satu masa dulu telah dimusnahkan.

Kemusnahan dan kehancuran Islam di Malaysia adalah lahir dari sikap pemimpin negara sendiri yang lemah pengamalan Islamnya. Agenda Islam cuma bermain dibibir namun jauh sekali dalam perlaksanaan kehidupan seharian.

Realitinya kepada usaha pengamalam Islam yang lebih syumul sentiasa disekat dan dilemahkan di negara kita.Islam yang lebih liberal dan bercelaru sentiasa didokong oleh kerajaan.

Malah pada satu masa PM Malaysia sendiri memperkenalkan Islam bentuk baru iaitu Islam Hadhari. Jelas UMNOlah yang salah dalam persoalan ini.

cina Islam

Isu Allah oleh Al Syeikh Al Ustaz AdukaTaruna Al Hafiz.

Oleh : AdukaTaruna

Gua ringkaskan jer la pandangan gua dalam isu Allah oleh agama lain nih. Memula pendapat peribadi gua dulu. Keadaan skang umat Islam produk UMNO sejak 60 tahun dulu tidak bersedia bhai menghadapi tipu daya yang terbuka akibat kebenaran penggunaan nama Allah oleh agama lain. Gua lebih condong kepada Taib Baling.

Tapi masalahnya, Allah tidak halang. Malah hujah waqi' (suasana) oleh beberapa ulama (seperti hujah Taib Baling) pula adalah pendapat ulama. 3rd party punya Islam. So, antara follow Al-Quran secara jelas (bahan mentah) atau memilih 3rd party ulama?

Khalid Samad.

Klhalid Samad setuju penggunaan Allah oleh bukan Islam. Katakan gua tak setuju. Tapi gua tak setuju atas hujah apa? Hanya atas hujah peribadi yang umat Islam skang bla bla bla... Nak lawan dengan apa yang dibentangkan Khalid Samad, yakni bahan mentah, gua ingat satu benda yang tidak munasabah. Melainkan terdapat bahan mentah yang lebih auliya yang gua tak tahu, yang boleh menenggelamkan bentangan Khalid Samad.

Nik Aziz.

Nik Aziz penjaga dasar. Mursyidul Am. Sebagai penjaga dasar, Nik Aziz sudah bagi pendirian tentang isu ini. Yakni penggunaan word Allah oleh bukan Islam memang dibolehkan. Itu dasar. Kita tinggalkan kejap tajuk ni.

Hadi.

Masalah mamat sekor nih. Ghaib sekali lagi dalam gua Hiraq. Kengkonon taraf nabi la tuh. Presiden penjaga organisasi, penjaga taktikal.

Katakan Presiden berpendapat taktikalnya, penggunaan Allah oleh bukan Islam perlu dilarang. Hujahnya apa sahaja. Tapi katakan, itu pendapat Presiden.

Maka, dasar Nik Aziz tadi (falsafah jati), bertembung dengan taktikal (falsafah cabang), bagi mendapatkan falsafah jati itu sendiri. Mengikut Hukum Aduka Taruna 1, maka, dasar Nik Aziz boleh ditangguhkan. Dengan cara apa? Dengan kenyataan rasmi Presiden yang berbunyi begini (contoh) :

Kami (PAS) adalah gerakan politik yang sentiasa merujuk Islam. Seperti mana yang yang telah ditegakkan oleh Mursyidul Am kami, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak melanggar ajaran Islam itu sendiri. Musyidul Am adalah penjaga dasar gerakan kami.

Jadi, jelaslah bahawa penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam adalah dasar dan pendirian gerakan kami. Namun, dalam keadaan umat Islam yang 60 tahun dilahirkan melalui pemerintahan serba silap ini, pihak jawatankuasa PAS mengambil ketetapan sementara, bahawa, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam perlu ditangguhkan.

Bagaimanapun, kami bersedia untuk menerima rundingan meja bulat dari mana-mana pihak yang membantah pendirian kami ini.

Kenyataan yang berwarna merah adalah satu percaturan. Gua tak tahu bidang perlembagaan negara atau undang2. Tapi dalam n3 ini, andaikan perlembagaan dan undang2 negara memang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Nak lawan lagu mana pun memang tak boleh. Kecuali ISA atau melakukan pembunuhan etnik jer. Selain itu, memang tidak boleh kerana perlembagaan negara membenarkannya. So, di sinilah fungsi kenyataan warna merah. Rundingan.

Dari kalah sia-sia, lebih baik dapat sedikit tawaran. Maybe PAS boleh tuntut pihak NGO Kristian :

Dalam bentuk dana bagi tujuan penjelasan kalimah Allah sebenarnya dibenarkan dalam Al-Quran. Cetakan, pembelian ruang iklan di akhbar bahasa Inggeris, Cina dan Tamil selain akhbar tumpuan Melayu, penganjuran forum, etc.

Dalam bentuk persetujuan mengadakan dialog terbuka membincangkan perkara ini. Antara ulama PAS + bebas dan Mubaligh Kristian.

etc.

Itu kalau perlembagaan penjajah memang menetapkan begitu. Tapi, kalau ada ruang untuk halang, berbeza plak kenyataan Presiden. Maybe seperti ini :

Kami (PAS) adalah gerakan politik yang sentiasa merujuk Islam. Seperti mana yang yang telah ditegakkan oleh Mursyidul Am kami, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak melanggar ajaran Islam itu sendiri. Musyidul Am adalah penjaga dasar gerakan kami.

Jadi, jelaslah bahawa penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam adalah dasar dan pendirian gerakan kami. Dalam tajuk demokrasi, kami menghormati pihak Kristian yang menggunakan kaedah demokrasi, aman dan bertamadun bagi mendapatkan tuntuan mereka.

Dan dalam tajuk demokrasi juga, PAS mengambil ketetapan sementara menghalang tuntutan mereka. Ketetapan sementara ini diambil berdasarkan keadaan umat Islam hasil pemerintahan 60 BN ini tidak mampu mengharungi situasi yang mengejut seperti ini.

Satu hari nanti, mungkin dalam beberapa penggal terdekat, kami pasti kembali kepada dasar yang telah kami jelaskan. Juga menegaskan, kami tidak mengambil tindakan menghalang yang kasar, ganas, tidak bermadun, di luar demokrasi. Malah kami mengutuk tindakan seperti itu.

Mungkin la. Mungkin Presiden sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu. Asalkan tidak ghaib, dan terus wafat. Mayat tempatnya di rumah mayat atau di rumah bakar. Bukan di atas kerusi Presiden PAS.

Jalan paling mudah.

Jalan paling mudah ialah ikut Al-Quran. Maybe ada hikmah yang satu hari nanti baru kita nampak mengapa kita 'terpaksa' benarkan penggunaan word Allah oleh bukan Islam dalam waqi (suasana) Malaysia.

At least kalau Allah tanya kita nanti, kita boleh jawab yang kita follow Al-Quran. Dah benda alah tu tidak dilarang, kan. Apa pun, diakhir kata, 4 mazhab menetapkan tanpa khilaf, tempat mayat berada di rumah mayat. Bukannya di kerusi Presiden PAS.

Wallahualam.

p/s : Eh... ringkas ke nih?
--

Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 1/03/2010 11:04:00 AM

__._,_.___

Sessi dialog dan perancangan strategik staff Pejabat YB Haji...

Prog Perbincangan sedang berjalan


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Perbincangan Dalam Kumpulan









 
 
 
 
Peserta yang hadir
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rombongan tiba di jeti Pulau Jerjak
 
 
3 hb Jan 2010 Pejabat YB Haji Abdul Malek Kassim ADUN Batu Maung dan Exco Agama , Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan sessi dialog dan perancangan strategik staff pejabat beliau. Program tersebut diadakan di Jerejak Island Resort. 12 orang pegawai dan kakitangan pejabat beliau hadir mewakili 3 kumpulan


a. Halal Development Corp

b. Pejabat Exco Agama serta Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

c. Pusat Khidmat ADUN Batu Maung.



Program ini berjalan sejak jam 9.00am hingga 6.00pm. Perancangan khusus untuk memantapkan pengurusan dan keupayaan ketiga-tiga entiti dibincangkan secara mendalam didalam program ini.
Posted By zul mamak png to N37 Batu Maung at 1/03/2010 10:03:00 P

Tiada PRK Parlimen Hulu Selangor- Khalid


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad tidak akan melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat kawasan itu ekoran masalah kesihatan yang sedang beliau lalui sekarang.


“Dr. Zainal akan kembali bertugas,” kata beliau sambil menolak khabar angin akan ada pilihan raya kecil di kerusi tersebut.

Khalid berucap pada majlis makan malam di bahagian Parlimen yang kini diwakili oleh Zainal, di sini semalam.

Zainal juga menafikan desas-desus beliau akan melepaskan kerusinya ekoran masalah kesihatan yang berpanjangan.

Sebaliknya beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat bahagian itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Wakil rakyat PKR itu juga menyangkal bahawa beliau telah meminta Anwar mengumumkan kononnya mahu bersara sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.sini

Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah de...


Begitu juga dengan Mahathir.


Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.

Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.

Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.

Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" .

( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? " (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.

Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.

pendikar gunung